23
Apr
08

BPR Menjadi Suruhanjaya: Jangan Sekadar Retorik!

PM Abdullah meneruskan siri pengulangan pengumuman menarik. Kali ini beliau ingin menambah taring BPR.

Kalangan yang sabar, boleh saja menunggu.. Perubahan hanya bermakna dengan peruntukan undang-undang dan bidang kuasa jelas termasuk pendakwaan. Pegawai juga harus bebas dan berwibawa.

Ujian awal ialah fail kes rasuah besar yang bertimbun yang masih tersimpan di almari!

Semalam saya dan Azizah sempat menziarah Tuan Guru Haji Hadi di samping berbincang gagasan PR serta beberapa langkah lanjut. MB Kedah Ustaz Azizan, Dr. Hatta dan Dr. Syed Azman hadir bersama.

Di sebelah petang saya berbual panjang dengan Sdr. Lim Kit Siang dan Dr. Chen Man Hin di sekitar mauduk yang sama.

Mudah-mudahan kerjasama malah muafakat yang terjalin dapat terus dimantapkan.

ANWAR IBRAHIM


26 Responses to “BPR Menjadi Suruhanjaya: Jangan Sekadar Retorik!”


  1. 1 adihamka Apr 23rd, 2008 at 8:04 am

    Dato Seri,

    saya setuju bahawa perubahan ini dialu-alukan, dan selagi pendakwaan masih tertakluk di bawah bidang kuasa AG, anggap saja ini sebahagian daripada kosmetik terbaru keluaran mereka.

    http://nahdah.wordpress.com/2008/04/21/penaiktarafan-bpr-disambut-baik/

    Reply

  2. 2 thales Apr 23rd, 2008 at 8:09 am

    Janji janji janji, lepas itu Pak Lah tidur hingga hujung tahun sedar sedar orang lain jadi Perdana Menteri.

    Orang macam ini memang tidak boleh merajui Perniagaan mahu pun Kerajaan … sesuai duduk di Surau atau Madarasah ajar budak budak kecil mengaji atau orang2 tua pencen Islam Hadhari guna pakai Kitab apa saya pun tidak tahu.

    Minta Maaf Pak Lah.

    {this must be the beginning of the Fall of a Civilisation …abysmal !]

    Reply

  3. 3 Teropong Sbg Perai Apr 23rd, 2008 at 8:40 am

    Memang senang menabur janji selepas “kekalahan” tetapi sejauh mana kerajaan Pak Lah mempunyai kekuatan moral ahli-ahli UMNO untuk melaksanakan perubahan-perubahan ini…kecualilah mereka benar-benar merasakan bahawa mereka tidak dapat lari dari menjawab soalan-soalan di mahkamah Allah Rabbul Jalil kelak….maka perlu lah diselesaikan segala “fail-fail”yang ada diatas dunia ni.

    Reply

  4. 4 Reformist dari Sabah Apr 23rd, 2008 at 8:49 am

    Datuk Seri,

    Saya mengalu-alukan “reformasi” yang berlaku pada masa ini, dan “reformasi” yg berlaku ini adalah cetusan dan ilham daripada “Datuk Seri Anwar Ibrahim” sendiri.

    DSAI adalah penggerak kepada “reformasi”. Pada tahun 1999, pemerintah mengatakan “REFORMASI” tidak relevan. Kerajaan tidak perlukan “REFORMASI”.

    Sekarang (tahun 2008) semua inginkan pembaharuan. Siapa yg berani kata “REFORMASI” tidak relevan?

    ================================================================================================

    BPR sebagai Suruhanjaya.

    “Reformasi” yg dibawa ke dalam BPR diharap lebih bebas menjalankan siasatan dan tidak takut dan segan utk menyiasat sesiapa sahaja.

    Untuk kakitangan BPR yg beragama Islam, jika benar “tugas dan tanggungjawab” anda berpaksikan kpd “kebenaran” dan “Keredhaan drpd Allah SWT”, seperti yg kalian sampaikan melalui ceramah-ceramah di dalam apa juga kursus yg dianjurkan (samada sbg jemputan atau kursus anjuran sendiri).

    Ayuh!!! Jangan hanya berani mendakwa “ikan-ikan bilis sahaja”, carilah “jerung-jerung” yg masih bebas di luar sana walaupun terpaksa mengorbankan masa, kenaikan pangkat dan dimarahi oleh “pengarah” sendiri???

    Kepada Pengarah-pengarah BPR,

    Dunia belum kiamat jika anda mendakwa seorang Perdana Menteri…
    Dunia belum kiamat jika anda mendakwa seorang Negarawan…
    Dunia belum kiamat jika anda mendakwa sesiapa sahaja dimuka bumi ini …

    Buktikan anda bukan seoarang “pengecut” ..

    Wassalam

    Reply

  5. 5 ok..laa tu.. Apr 23rd, 2008 at 9:44 am

    pi..la mampus macam la bagus sangat…

    konon- konon nya dia laa. paling bagus dalam dunia ni
    semua orang buat semuanya tak betul..jangan dok cakap saja..
    sekurang-kurangnya bagi laa..cadangan apa yang patut nak buat
    dengan bpr ni ..jangan dok hentam saja .sampai bila pun tak habis
    mentang-mentang baru menang anugrah top5 in the wold ,lepas ni boleh
    masuk AF7 tahun depan pasti dapat undian sms terbanyak ,kalah mawi..

    sori..jangan maree,,

    Reply

  6. 6 Ali_Imran Apr 23rd, 2008 at 9:51 am

    salam…

    robbis rahli sadri wayassirli amri…

    salam sejahtera DSAI….

    kepada seluruh rakyat….kita tengok nanti sapa yang kena….perubahan kosmetik akan pudar dan akan menampakkan kedut dan parut2 yang sebenar….

    benar kata sdr adilhamka…selagi BPR dok dibawah AG tu….kita akan dengar dan lihat sandiwara demi sandiwara mereka lagi….

    DSAI….kita gempur mereka yang suka tukar dan pakai kosmetik tebal tebal ni di Parlimen nanti….

    Reply

  7. 7 Datuk Halik Zaman Apr 23rd, 2008 at 10:30 am

    Dato Seri Anwar

    Kalau BPR dibawah siapa siapa sahaja pun tidak boleh merobah keadaan, kecuali Kerajaan UMNO/BN tidak lagi berkuasa.Dirobah sama. Ini cuma satu taktik Paklah untuk mengambalikan kepercayaan rakyat pada UMNO/BN.

    Untuk pengatahuan “orang orang UMNO yang taksub”, rakyat hari ini ada mata dapat lihat rumah banglo besar besar siapa punya? Menteri dan kroni punya. Mereka dilihat dengan mata tiada perniagaan, tapi ada harta ada wang, dari mana datangnya harta dan wang itu?

    Tunggu sahajalah:-

    Tau Tau DSAI Bisa Nyampei Duluan.

    Reply

  8. 8 fahmi Apr 23rd, 2008 at 10:50 am

    Permuafakatan ini adalah pilihan rakyat dan sudah ditentukan Allah. Sudah sepatutnya semua pemimpin Pakatan Rakyat memberi perhatian yang serius dalam hal ini. Saya kira kegagalan yang ditempuhi PAS, PKR dan DAP akhirnya telah terjawab dengan keputusan PRU 12. Kesinambungan indah ini harus diteruskan sampai bila-bila. Sebarang perpecahan hanya akan merugikan semua pihak. Tentang bising-bising dari UMNO dan BN, biarkan mereka terjun dengan labu-labunya. Jangan di peduli. Hanya perlu berhati-hati dengan tindak-tanduk mereka dalam merosakkkan permuafakatan ini. Jumpa lagi di lain masa. Salam reformasi!

    Reply

  9. 9 Laksamana Durhaka Apr 23rd, 2008 at 11:05 am

    salam DSA

    SURUHANJAYA???? kalu dah “suruhan” tu suruhan juga, sama ada ianya ber”jaya” atau tidak pastinya bergantung kepada apa jenis suruhan pemerintah…………

    Reply

  10. 10 MelayuInsaf Apr 23rd, 2008 at 1:08 pm

    Dasar dan janji Dollah terlalu banyak yang tidak boleh dipercayai. BPR mesti diberikan kuasa untuk bertindak ke atas perasuah. Ambil tindakan pada semua tanpa mengira bulu untuk menyelamatkan Malaysia dari kehancuran.

    Pada pimpinan PKR, PAS dan DAP; tingkatkan kesepakatan untuk kepentingan rakyat.

    Reply

  11. 11 Tambak BUNGA Apr 23rd, 2008 at 1:36 pm

    Suruhanjaya BPR hanyalah RETORIK UMNO untuk menampung kelemahan sendiri. Apa yang jelas ialah tiada suatu pun yang dilakukan oleh pihak pemerintah boleh dipercayai. SURUHANJAYA PILIHANRAYA umpamanya, masih lagi belum pulih sepenuhnya. Masih banyak penipuan yang terancang dan dirancang. Cuma kita agak bertuah didalam PRU-12 yang lepas apabila PAKATAN RAKYAT bangun menolak sang pemerintah yang rakus lagi zalim.
    Sampai bila kita harus mengharapkan TSUNAMI politik ini terus berlaku. PENIPUAN BN didalam PRU-12 masih terus bermaharaja lela. Pengundi hantu dan syaitan masih terus berkeliaran. Di Parlimen Kuala Kedah N10 umpamanya, petugas PACA kita di UPU Taman Sri Putra telah berjaya mengesan pengundi hantu yang menggunakan i/c orang lain ketika hendak membuang undi di Sek. Menengah Sri Pantai.
    Kita juga patut merenung dan melakukan sesuatu agar pilihan raya yang akan datang apabila dikendalikan SPR lebih TELUS dan ADIL! Mengenai tuntutan kita dimasa lepas melalui gerakan BERSIH, SPR belum lagi melunaskan tuntutan pembangkang. Penggunaan dakwat kekal umpamanya masih belum lagi dikuat kuasakan. Gerakan MENGREFORMASIKAN SPR hendaklah diteruskan!! SURUHANJAYA hanyalah suatu gimik politik pemimpin UMNO untuk mengekalkan kuasa mereka. Suruhanjaya SPR pun tidak telus inikan pula Suruhanjaya BPR…

    Reply

  12. 12 eddieputra Apr 23rd, 2008 at 2:36 pm

    terkenang penubuhan suruhan jaya diraja yang dipertanggungjawabkan menyiasat filem correct correct correct.
    lakonan mereka sungguh cemerlang gemilang dan TEMBERANG.

    SURUHANJAYA BPR? kita tunggu drama seterusnya.

    Reply

  13. 13 m.hadi Apr 23rd, 2008 at 4:03 pm

    dato’ seri, sebagai orang tengah antara pas & dap, apa peranan dato’ seri utk menerangkan kepada pimpinan dap terutamanya lim kit siang & karpal singh mengenai ‘kejahilan’ mereka tentang negara islam? kenapa mereka TERLALU TAKUT dgn negara islam? negara islam bukan semata2 hukum hudud, KALAU PUN ada hukum hudud, orang bukan islam takut apa dgn hukum hudud sebab hukum hudud dilaksanakan hanya kepada orang islam, jadi orang bukan islam takut apa?

    sanggahan mb kedah bahawa kalau tak tau mengenai hukum hudud lebih baik diam itu tepat sekali, tetapi selama 2 tahun lebih dap di dalam BA (1999-2001), takkan tak ada seorang pun pemimpin pas & pkr yg menerangkan hakikat sebenar pelaksanaan hukum hudud, syarat2nya, kelebihan2nya? 1 wawancara majalah tamadun dgn yb teresa kok pada 2001 juga membayangkan bahawa dia juga tidak tahu apa itu hukum hudud…yg tau potong tangan, rejam sampai mati, malangnya!

    berlainan pula dgn calon pas iaitu r.kumutha yg bertanding di bawah tiket pkr di johor, dia juga ditakuti dgn momokan negara islam tetapi apabila muslimat pas johor bertemu dgnnya, menerangkan apa sebenarnya hukum hudud & hakikat pelaksanaannya, dia dapat menerima dgn baik malah menyokong pula negara islam!

    persoalannya mengapa pimpinan utama dap masih bebal? ingatkan bila dah bersetuju dlm pakatan rakyat ni mereka sudah faham tentang negara islam, rupanya masih belum! pas sudah mengorak langkah menukar strategi dari negara islam kepada negara berkebajikan (tanpa meminggirkan perjuangan negara islam mereka) & terbukti itu boleh diterima oleh pengundi2 bukan islam. jadi mengapa pimpinan dap harus bebal?

    sikap karpal & kit siang yg ekstrem membuatkan orang melayu menyampah dgn sikap kurang ajar mereka tentang hukum hudud & negara islam…sekurang2nya hormatilah perintah yg terkandung di dlm al-Quran kitab junjungan kami orang islam. sikap biadabnya utk memboikot upacara angkat sumpah mb perak belum kami lupakan, sungguhpun dia telah meminta maaf. zaman politik kemelampauan sebegitu sudah ketinggalan zaman…anaknya lim guan eng lebih pandai menyantuni perasaan orang islam, sederhana sahaja pendekatannya…

    dato’ seri, tolong tangani ‘perang’ negara islam ini dgn segera…jika perang ini berterusan, pakatan rakyat akan terkubur juga seperti barisan alternatif…jika bukan waktu dato’ seri masih hidup pun, pasti ianya berlaku apabila dato’ seri sudah tiada

    Reply

  14. 14 monkeyHead Apr 23rd, 2008 at 5:14 pm

    Dato’ Seri:
    u/p fahmi, posting #8:

    kita berkongsi rasa yang sama.. keindahan, kemanisan duduk dalam kelompok. apa juga yg datang lepas ni kita harungi bersama dengan semangat & prinsip pakatan..

    BADAN akan bertukar jadi SURUHANJAYA.
    BPR akan jadi SPR… SPR akan jadi apa? Memandai-mandai je PakLah neh..

    PDRM dah jadi PRDM (Polis Raja Di Malaysia)
    kenapa Ketua Polis Negara di eja dengan singkatan IGP dan bukannya PIG?
    (kerana malu & cemburu, babi pun mendapat rahmat dari kemakmuran negeri di bawah PR berbanding 50tahun di bawah rejim BN?) – rujuk isu babi.

    mH

    Reply

  15. 15 monkeyHead Apr 23rd, 2008 at 5:41 pm

    memang lucu bunyinya, tapi mesej & pendirian kita dalam PR jelas.
    Yang mesti ditukar ialah PM. bukannya “rebranding” badan2 yang dah terbukti memihak, tak telus, tak efisien & zalim. Dapat PM baru kita akan dapat IGP baru, Pengerusi SPR baru, negara baru, kemerdekaan baru…
    kami rakyat sudahpun menzahirkan hasrat & harapan melalui peti2 undi.
    pru bukanlah meja judi atau gelanggang sabung untuk kami bersuka ria mempertaruhkan nasib bangsa & generasi kami. namun, sekiranya mesej masih belum sampai ke pucuk pimpinan negara, tunggulah pru ke 13! ini sumpah & bai’ah pemuda PR.

    mH

    Reply

  16. 16 monifamosi Apr 23rd, 2008 at 6:42 pm

    Salam DSAI,

    Sehubungan dengan komen m.hadi, saya jadi agak keliru dengan permintaannya agar DSAI memberi ‘penerangan’ kepada DAP tentang negara Islam tu.. Bukankah PKR untuk Semua Kaum? Jadi, DSAI bukanlah ‘medium’ yang tepat untuk mempertahankan hasrat negara Islam tersebut, kan..?

    Nampaknya dalam hal ini m.hadi, menjadi kerja PAS lah juga akhirnya untuk memperjuangkan nasib negara Islam di Malaysia ni.. Bukan begitu, DSAI?

    Reply

  17. 17 Rakyat Teraniaya Apr 23rd, 2008 at 7:14 pm

    Saya tak percayalah dengan sandiwara paklah tu, tipu semuanya tu…..
    BPR tukar jadi apa pun tak guna kalau tetap di bawah penguasaan paklah….
    semua ikan ikan besar tak ditangkap tapi ikan bilis kecil kecilan ditangkap dengan rakus…..
    si datuk zakaria dengan istana besar tu, diam aje bpr…. kes perwaja pun macam lupa dah????
    dr m punya jambatan bengkok pun tiada siapa yang tanya, jangan harap lah bpr nak sentuh……
    jangan percaya si paklah tu……

    Reply

  18. 18 ok Apr 23rd, 2008 at 9:45 pm

    aap-arap gitu le, tapi…………

    Reply

  19. 19 ok Apr 23rd, 2008 at 9:49 pm

    DSAI tolong tengok jap kes mahkamah tahanan reformasi di kamunting. putrajaya minta 5 orng mengaku dan bayaran rm5000 agar kes dapat ditamatkan. yg dijuang dah dilepaskan tapi yg bejuang masih tertahan kes

    Reply

  20. 20 m.hadi Apr 24th, 2008 at 11:48 am

    Monifomasi,
    pinta saya bukanlah utk DSAI jadi pendakwah pula kepada dap, bukankah fungsi pas selama ini pun saya persoalkan? bekerjasama dgn dap tetapi benda basic pun pas tak mampu terangkan kepada dap. negara islam apa, dgn parti sekutu kamu pun kamu tak boleh terangkan konsep negara islam. lainlah kalau pas sudah terangkan tapi dap masih berdegil, tetapi berdasarkan temubual & bantahan membabi buta pemimpin dap, saya tau yg pemimpin dap pun tak tau apa2 mengenai hukum hudud

    apa yg saya maksudkan ialah, perbalahan antara pas & dap mengenai negara islam tak membawa untung kepada pakatan, apatah lagi kepada pkr. dlm isu sebegini, seringkali pkr tersepit di tengah & memang umum mengetahui DSAI menjadi perencana yg menyatukan pas & dap..saya mohon tolonglah dihentikan polemik yg tak berkesudahan ni…pemimpin2 pas pun 1 hal, negara islamnya tak sudah2, tapi dap yg menjadi sekutunya pun dia tak boleh fahamkan…bila dap membantah akibat kejahilan mereka, pas suruh diam. itu tidak menyelesaikan masalah…

    sedar atau tak, isu negara islam inilah yg diadudombakan oleh BN tak sudah2 utk meretakkan hubungan pas & dap dlm pakatan rakyat yg pernah retak dulu. jadi kebimbangan saya memang berasas, maka saya pohon kebijaksanaan DSAI utk menghentikan polemik hukum hudud ni

    Reply

  21. 21 nizam Apr 24th, 2008 at 3:06 pm

    Tuan Tolong Botolnya Ditutup Kembali

    Seorang pengusaha yang menghabiskan akhir pekannya dengan memancing pakai perahu di sebuah danau, menemukan sebuah botol yang terapung dan tertutup rapi yang segera dihampiri dan diambil oleh sang pengusaha.

    Penasaran…, si pengusaha membuka tutup botol, lalu tiba-tiba dari dalam botol keluar asap yang selanjutnya menebal dan mejadi Jin raksasa yang mengambang di depan si pengusaha.

    “Terimakasih tuan, tuan telah membebaskan saya, untuk ini tuan silahkan meminta tiga permintaan, saya akan mengabulkannya” kata Jin, seperti format biasa tanda terimakasih Jin yang dibebaskan oleh manusia.

    Setelah kagetnya reda, si pengusaha itu terdiam sejenak lalu dia berkata, “Baiklah Jin saya ingin tahun ini tiga kejadian besar terjadi di negeri saya Indonesia ini, pertama saya ingin nilai tukar rupiah di negeri saya ini kembali menjadi Rp. 2500 per 1 dollar US nya, kedua saya mau semua uang hasil korupsi baik oleh swasta ataupun pejabat pemerintah dikembalikan kepada rakyat dan semua pelakunya dipenjarakan, ketiga saya ingin hukum benar-benar bisa ditegakkan di negeri saya ini.”

    Sang Jin berpikir sejenak kemudian, menggeleng-gelengkan kepala, pelan-pelan jasadnya kembali menjadi asap lalu berkumpul masuk kedalam botol itu kembali. Dari dalam botol si Jin berseru,

    “Tuan, tolong botolnya ditutup kembali…!!!!!.”

    Reply

  22. 22 holiday Apr 24th, 2008 at 9:15 pm

    datuk seri,bpr ini dituju kepada siapa?takan kat pembangkang,pembangkang baru saja menjadi kerajaan.mungkin tak, untuk kaum kerabat kerajaan giat mahukan perubahan(opposite).demikianlah kalau tidak berhati-hati,maka siapa-siapa saja jadi umpan.oleh itu janganlah mengambil rasuah.hilang pendirian,maka seperti kerbau ditarik kesana kemari.(last stance weapon)

    Reply

  23. 23 keliru Apr 25th, 2008 at 5:02 am

    kepada En M Hadi #13

    Sekarang saya berasa keliru mengenai hukum2 yang disebut oleh saudara , disini saya nak menambahkan sedikit pengetahuan tentang ugama islam dan saya harap saudara tidak kedekut utk berkongsi dengan orang yang tidak berugama islam seperti saya. Saya mengucapkan ribuan terima kasih terlebih dahulu.

    Kita cuba sedaya upaya kita untuk menukarkan poentadbiran NEGARA KITA demi rakyak sebagai keseluruhan, kita menyokong parti Keadilan kerana saya percaya masih ada lagi Keadilan/Penghormatan sesama lain terhadap rakyak,kaum dan ugama tersendiri.

    Disini, dalam posting saudara, saya telah mempunyai satu perasaan serba salah. Adakah perfahaman saya sama dengan perfahaman yang lain (tidak sesama bangsa dan ugama) mengenai PAKATAN RAKYAT. Maaf kerana saya mengelarkan diri sendiri RAKYAK Malaysia selama 44tahun (bapa saya dilahirkan di Malaysia) tetapi dengan posting saudara yang begitu berperasaan (beremosi) pada topik yang tersentuh ugama Islam dan saya bukan sahaja percaya tetapi sah/pasti yang saudara benar2 berimam. Saya harap saudara boleh atau sudi bertunjuk ajar dengan hati yang tenang dan bersabar mengenai hukuman2 yang dinyata walaupun kerajaan negara kita ini ditakbir selama 50tahun oleh Melayu Islam = UMNO.

    Saya sumpah, saya menghormati semua ugama dan bagi saya, ugama merupakan satu2 penghakiman untuk pihak yang tidak takut atau cuba mencabar undang2 negara. Penghukuman ugama adalah satu cara untuk menyedarkan sesiapa yang berniat jahat tetap menghadapi hukuman. Jikalau ditangkap = hukuman undang2 mahkamah/negara , jikalau tidak = balasan Tuhan.

    Saya meminta maaf jikalau adanya perkataan2 atau ayat2 yang menyebabkan mana2 pihak kurang gembira , tidak menyenang hati, salahfaham dan berasa marah. saya juga tidak mahu kalau dilantik dengan gelaran Kurang Ajar sebenarnya kami KURANG diAJAR.

    Terima kasih pada yang sudi menyelesaikan keliruan saya dan prinsip saya tidak berubah, setiap pemimpin negara memang pernah bergelaran rakyak gelisah. Kita sebagai penyokong PR , kita harus berfikiran matang dan memberi cadangan yang tepat serta menjaga keuntungan dan kebaikan kesemua lapisan masyarakat. Kadang2 kerana kemarahan kita tersendiri, ia mungkin menyebabkan punca tidak bersepadu dalam PR, dan akhirnya dengan tidak sengaja (atau barangkali berniat) pemimpin yang kita tidak mengharap akan terus memerintah kerana kita /emosi kita tersendiri ialah puncanya.Sekarang kita di masyarakat bukan disekolah, bukan semua kesalahan boleh dimaafkan dan dimasyarakat kini tidak ada perbezaan masaalah kecil atau pun besar, sekarang tumpuan terhadap tanggungjawab rakyak dan juga beban negara. Salah keputusan atau silap langka, PR pula jadi sasaran kita. Bukankah kita yang menyokong BN sebelum ini dan sepatutmya hak kita , kita hanya boleh mengharap dan bermimpi.

    Kita harus matang fikiran lebih baik daripada matang tubuh badan. Harap saya tidak menambahkan masaalah kepada Dato’ Seri.

    Semoga sukses (berjaya).

    Reply

  24. 24 Anwar Apr 25th, 2008 at 1:02 pm

    Jgn Sekadar Retorik…bukan kah ayat Harapan Baru Untuk Malaysia pun retorik semata-mata?

    Reply

  25. 25 Bakal KM Sabah Apr 26th, 2008 at 5:41 pm

    Kepada ok..laa tu..

    Kita jangan undi juara AF7. Dengar-dengar tahun depan astro bukak pemilihan untuk raja lawak. Baik kita suruh DSAI jadi raja lawak sebab saya tengok ucapan-ucapan nya banyak yang gelak di buatnya dan dia memang berpotensi pun. So apa kata astro tak payah buat uji bakat kepada DS ni. Bagilah dia peluang ikut jalan pintas macam sekarang ni dia kata 30 MP sabah-sarawak masuk PR.Kan tu lawak juga.Hahahaha

    Reply

  26. 26 Crystal Clear May 2nd, 2008 at 5:42 pm

    Assalammualaikum WBT
    Yang di hormati DSAI,
    Nampaknya bolasepak Malaysia kini digegarkan dengan isu baru iaitu isu Piala Juara-Juara Belia (CYC). Memandangkan penajaan KBS sebanyak RM17 juta setahun sungguh meragukan.

    Persoalanya siapakah Gifted Group Ltd ?
    Kenapa duit rakyat boleh digunakan sewenang-wenangnya?
    Jika menantu Pak Lah terlibat dalam perkara ini, ianya perlu didedahkan.

    Berikut adalah petikan dari Harian Metro :
    http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Friday/Arena/20080502082439/Article/print_html

    Saya juga memohon jasa baik DSAI untuk mendapat penjelasan kerajaan mengenai penyerahan sijil HALAL Jakim kepada HDC, kerana ramai yang berasa sangsi mengenai penglibatan menantu Pak Lah sekali lagi dalam perkara ini.

    Selain itu bayaran untuk sijil itu juga telah dinaikkan oleh HDC. Harganya dari RM200 hingga RM1400
    berbanding bayaran yang dikenakan oleh JAKIM sebelumnya dari RM100 hingga EM700

    rujukan harga JAKIM:
    http://www.halaljakim.gov.my/corporate.php?ID=112&parent_id=91

    Reply

Leave a Reply