19
Apr
08

Respon Buat Teman-Teman

pemudaPR dan rakan menegur kebijaksanaan Kerajaan Negeri Selangor menangani isu ternakan babi. saya akui keresahan banyak pihak di peringkat awal. Walaubagaimanapun penjelasan yang diberikan oleh Tan Sri Khalid dan Sdr Yaakop Sapari melegakan. Ia berkaitan penumpuan ternakan ke kawasan terbatas setelah memindahkan kawasan ternakan yang berselerak di seluruh negeri. Pertimbangan persekitaran dan kebersihan diutamakan. Yang juga menarik adalah keputusan awal kerajaan BN sebelumnya dan kepentingan syarikat yang melibatkan pimpinan umno.

Gesaan ahliaslipr supaya berwaspada dengan keselamatan diri telah banyak disampaikan kepada saya dan rakan-rakan. inshaAllah akan kita ikhtiarkan termasuk dengan iringan doa.

Puisi Halik Zaman dan jamilkucing sudah ditatap dengan rasa berdetup detab.

Telahan eddieputra tepat sekali. kita tidak harus berangan mengharapkan perubahan serius dari pimpinan Umno-BN. apa mungkin media dan badan kehakiman bebas?


61 Responses to “Respon Buat Teman-Teman”


  1. 1 Ameen Al_Rashid Apr 19th, 2008 at 8:36 pm

    Salam DSAI,

    Wah, surat khabar Tamil yang digantung khabarnya akan diteruskan. Juak UMNO kata takpe, depa dah mohon maaf dan akan ikut garis panduan! Meloya mendengarnya. Kenapa begitu mudah bagi surat khabar tersebut? Kerana takut sokongan masyarakat India akan makin terhakis.

    Datuk, tak sabar rasanya menungggu persidangan parlimen bermula. Tak sabar menunggu Datuk masuk ke parlimen. tak sabar menunggu Datuk menjadi PM. All the rubbish by some people yang PR tak berpegalaman adalah omong-omong murahan.

    Di UK, Labour dan parti lain saling bertukar setiap pilihanraya. Has the country gone to the gutters? Saya ingat lagi kata-kata sahabat Tionghua di Penang bila kita menang 8 Mac. “Ingat! We would vote you out the same way we voted you in”. Itu amaran kepada DAP khasnya dan PR amnya.

    Orang UMNO kena faham bahawa peralihan kuasa adalah perkara biasa. Sudahlah dengan retorik hodoh anda UMNO. Kita mesti memantapkan usha dan mempastikan seluruh negara kita perintah. Dan saya yakin kita akan memerintah dengan adil. Jangan sampai kita dibuang seperti kata rakan Tionghua itu. Oleh itu, ceramah dan road show serta penggunaan siber mesti lebih hebat. Dasar dan aspirasi yang kita bawa mesti sampai kepada segenap lapisan rakyat.

    Ahli-ahli parlimen kita mestilah membawa isu-isu yang hebat serta penyelesaian yang hebat di parlimen. Cara berdebat mesti penuh karisma. Isu-isu rakyat kebanyakan mesti diperjuangkan!

    Salam Perjuangan.

    Reply

  2. 2 AIC-Surrey Apr 19th, 2008 at 8:46 pm

    Assalamualaikum DSAI,

    Jangan risau DSAI,
    ramai orang di Malaysia (yang bijak dan baik) dan juga di UK (mostly Pakatan Rakyat inclined) telah tahu cerita sebenar isu babi di Selangor,
    kami tidak akan percaya dengan penjelasan akhbar dan laman web arus perdana,
    kepada semua pakatan rakyat clan, ingat!!! kita menang disebabkan kita bijak memilih dan menilai,
    jangan terpengaruh dengan media perdana, dapatkan cerita sebenar dan sahih dan fikirkan sebaik2 nya,

    DSAI, jage kesihatan DSAI, kami sangat sayangkan DSAI,
    saya berdoa selalu agar DSAI sihat dan berjaya dalam perjuangan,insyaAllah,
    saya di negara perantauan akan sentiasa menolong semana yang mampu,insyaAllah

    KeADILan – Harapan Baru Utk Malaysia!!!!!
    AIC-Surrey

    Reply

  3. 3 Tambak BUNGA Apr 19th, 2008 at 9:01 pm

    Gesaan teman2 yang menasihati agar Datuk Seri lebih berwaspada ada kewajarannya. SEJARAH membuktikan apabila sang pemerintah mabuk kepada KUASA, pembangkang yang menjadi mangsa. Peristiwa 1998 jelas masih terlekat disanubari kita betapa rakus,bobrok dan kejamnya sang pemerintah apabila memperlakukan DSAI sedemikian rupa. Tentunya ini semua bukanlah suatu peristiwa yang semudah untuk dilupakan. Pastinya selagi hayat dikandung badan akan terpahat buat selama2nya peristiwa tersebut. Dikala PRU-12 menyaksikan tumbangnya 5 buah negeri tentunya UMNO akan kembali merancang. Kepada sebuah parti yang tiada kepercayaan HALAL DAN HARAM tentunya segala berkemungkinan. Tindakan untuk menyelamatkan kuasa akan dilakukan oleh UMNO. Adalah diharapkan DSAI akan memikirkan jalan yang terbaik untuk memberikan harapan baru untuk Malaysia baru. Biar pun mereka merancang tetapi perancangan Tuhan yang lebih hebat. Oleh itu berhati2lah..Kita pohonkan DOA kepada Tuhan!

    Reply

    anti main bontot Reply:

    kau orang geng mian bontot memang saya le sama ketua kau orang

    Reply

  4. 4 Aki Ijjal Apr 19th, 2008 at 9:04 pm

    Salam..datuk seri,

    Saudara memang terkenal dengan saman. Baru saja pun pantas memfailkan saman terhadap dr. ka siong, kerana fitnah. Saya hairan kenapa saudara tidak pula mengambil tindakan sama terhadap Biro Tatanegara yang telah sekian lama menyebarkan berita melalui CD dan ceramah mereka? Kalau paparan BTN itu bukan fitnah, maka benarlah saudara ini sebagaimana dakwaan mereka. Harap datuk seri perjelaskan kedudukan datuk seri yang sebenarnya berkenaan dakwaan mereka dengan tindakan saman yang serupa.

    Saya telah melihat jawapan saudara dalam link yang saudara majukan sebelum ini. Namun, itu tidak mencukupi kerana pengundi akan membanding tindakan saudara yang tidak konsisten lalu mengundang rasa tidak percaya di kalangan para penyokong saudara. Saudara hanya ada satu pilihan iaitu menyaman BTN atau saudara mengaku sahaja dan kembali ke pangkal jalan sebelum terlambat. Demi agama, negara dan bangsa tercinta ini. Sekian. Salam

    Reply

  5. 5 henri Apr 19th, 2008 at 9:16 pm

    Sungguh indah keadaan Selangor jika khinzir-khinzir di sekitarnya mampu disatukan dan tidak lagi berselerak seperti zaman Kesultanan Umno BN. Semoga perkara seperti ini juga berlaku di negeri-negeri penternak khinzir yang lain seperti Negeri Sembilan dan Melaka. Sampaikan salam hamba kepada Tan Sri Khalid dan ahli-ahli Exco daripada Kerajaan Pakatan Rakyat di Negeri Selangor Darul Ehsan.

    Saudaramu,
    Henri

    Reply

  6. 6 pemudaPR Apr 19th, 2008 at 9:25 pm

    Salam DSAI, langkah kerajaan Selangor untuk membuka kawasan ternakan babi yang besar di Sepang pada pendapat saya amat tidak sesuai. Memang saya faham, tujuan untuk memindahkan kawasan ternakan babi ke suatu tempat adalah langkah yang baik. Saya faham, DSAI faham, Tan Sri Khalid faham, kebanyakan pengguna2 internet dan penduduk2 bandar yang mendapat penjelasan mengenai isu ini memang faham. Tapi, cuba DSAI fikir apa yang penduduk2 Hulu Terengganu, Hulu Pahang, Hulu Perlis dan bermacam2 hulu lagi di Malaysia yang rata2nya penduduk Melayu yang tinggal di pedalaman. Cuba DSAI bayangkan yang JIKA DSAI adalah seorang petani kampung di Hulu Terengganu yang hanya mendapat maklumat dari Utusan Melayu dan berita TV1 atau TV3, apa perasaan DSAI mengenai isu babi ni? Saya pasti DSAI pun akan membantah sekeras2nya pusat penternakan babi dibina secara besar-besaran. Situasi inilah juga yang berlaku di kedai2 kopi di kawasan pedalaman sekarang. Saya bukan hanya membuat andaian. Saya mendapat maklumat ini dari salah satu forum PR. Rata2 orang Melayu TERUTAMA DI PEDALAMAN memang tak berpuas hati dengan isu ini disebabkan oleh media yang pandai memanipulasi isu. Saya percaya jika projek ternakan babi secara besar-besaran ini diteruskan, beberapa hari sebelum PRU13 nanti, media akan memainkan isu yang sama dan orang Melayu terutama orang atas pagar pada masa itu mungkin sukar untuk mengundi PR. Poster ”Pergi Jahanam Dengan Islam” berserta gambar Nik Aziz dan gambar babi sudah pun dibuat dan saya tengok sendiri di salah satu laman web. Secara psikologinya, nama PAKATAN RAKYAT memang sesuai untuk mempengaruhi orang atas pagar untuk join kita. Tapi, dengan adanya isu besar seperti ini, peluang untuk PR menang pada PRU13 nanti akan kembali samar. Puak2 BN dan media mungkin akan menaikkan poster seperti ”Jika pangkah PR, pusat penternakan babi akan dibina di kawasan anda” terutama di pedalaman yang rata2nya penduduk Melayu beberapa hari sebelum PRU13 nanti. Jangan biarkan isu ini menjadi penghalang PR untuk memerintah Malaysia. Fikir2kan.

    Reply

  7. 7 the hAziM Apr 19th, 2008 at 9:29 pm

    salam,
    saya memohon komen saya ini dipanjangkan kepada DSAI.
    saya terkejut melihat sebuah gambar Abdullah Badawi bersalaman dengan Azizah(isteri DSAI) di JWW Mariott pada makan malam Bar Council.

    Saya berasa kecewa kerana perkara ini tidak seharusnya berlaku bagi kita orang Islam, saya berharap agar teguran dibuat kepada beliau.

    ini adalah http itu:
    http://bp1.blogger.com/_xCW4Jfa-SWE/SAhYaUPqZ_I/AAAAAAAACXw/7v3WKNqRLr4/s1600-h/wanazizahapril18.jpg

    mohon respon DSAI, terima kasih.

    Reply

  8. 8 fahmi Apr 19th, 2008 at 9:33 pm

    DSAI,

    teruskan perjuangan. tiada bimbang tiada ragu, kami akan sentiasa memberi sokongan. kalau DSAI sudi berceramah di perak, stadium perak akan sentiasa menanti ketibaan DSAI.

    serangkap pantun untuk DSAI dan seluruh pemimpin Pakatan Rakyat:

    KALAU ROBOH KOTA MELAKA
    PAPAN DI JAWA KAMI DIRIKAN
    KALAU SUNGGUH BAGAI DIKATA
    NYAWA DAN BADAN KAMI SERAHKAN

    Reply

  9. 9 LKH Apr 19th, 2008 at 10:13 pm

    Yes, may God bless you. You take care man. Let’s hope nothing will happen to you, accidental or non-accidental. You said you are not in a hurry to be PM, but I really can’t wait to see you as our leader. Hope at that time you can also put MahaFiraun under house arrest and expose all his sins during his 22 years of kezaliman.

    Reply

  10. 10 Supermandur Apr 19th, 2008 at 10:19 pm

    Apabila lihat isu babi ni saya jadi geram & marah.Imbas kembali sewatu Inggeris & Jepun menjajah Tanah Melayu dulu.Berapa lama Tok,Nenek kita menderita sebelum dapat capai kemerdekaan.Dah merdeka pula,cuba hitung berapa ribu Askar Melayu yang terkorban berjuang nak menghapuskan komunis.Kemudian kita renungkan isi kandungan Rukun Negara..siapa yang akan memperjuangkan kedaulatan peribumi Melayu,di tanah Malaysia yang asalnya ‘Tanah Melayu’,yang beRaja & Islam agama rasminya.Janganlah hendaknya melayu semakin layu tunduk pada kemusnahan & menurunkan gah ‘Jalur Gemilang’ yang telah tersemai darah pejuang2 terdahulu..jangan biarkan mereka menangis atas tindakan kita!

    Reply

  11. 11 sumbiling Apr 19th, 2008 at 10:36 pm

    salam reformasi DSAI.. apa khabar? diharapkan DSAI,Dr Wan dan keluarga sihat sentiasa. saya ucapkan tahniah atas kejayaan perhimpunan black 14 yang lalu.. saya sudah menonton keseluruhan video mengenai perhimpunan tersebut.

    saya mempunyai 1 pertanyaan berkenaan ucapan DSAI dalam perhimpunan tersebut. DSAI telah mengatakan Sabah akan mendapat 20% royalti jika PR memerintah Malaysia. jumlah yang 4 kali lebih besar berbanding sekarang iaitu 5%.

    soalan saya, mengapakah cuma 20% sahaja? bukankah 50% itu jumlah yang lebih realistik? selama ini rakyat rakyat sabah telah menderita di bawah teraju BN. hak2 yang sepatutnya ditegakkan telah dipijak semau-maunya oleh pemimpin2 BN. jumlah PATI juga semakin bertambah setiap hari… jumlah kasar pada masa kini mungkin mencecah 30%. sesuatu yang amat menakutkan.. bila2 masa.. mereka boleh menjadi penentu mutlak kepada teraju politik di sabah.

    adakah jumlah 20% hasil persetujuan semua pihak? adakah rakyat2 sabah telah diambil kira pendapat mereka? atau cuma pemimpin2 keadilan di sabah yang diminta pendapat mereka? negeri sabah adalah negeri yang termiskin di malaysia. saya berharap jumlah 20% itu bukanlah jumlah yang mutlak. saya percaya tidak ada orang yang suka haknya dirampas.

    saya telah mengikuti perkembangan mengenai DSAI sejak saya berumur 13 tahun(1998). setiap hari ayah saya tidak pernah lupa membeli surat khabar utusan malaysia ataupun berita harian. tv3 sering menjadi tontonan kami selama beberapa bulan untuk mengikuti perkembangan kes DSAI. saya menjadi teman ayah saya berbicara mengenai kes pemecatan DSAI. malah lebih awal daripada itu, buku2 politik tempatan sabah menjadi bahan bacaan saya. pelbagai keburukan BN sudah saya lihat sejak saat itu. sudah tertanam dalam jiwa saya untuk berjuang demi bangsa satu hari nanti. terdapat ribuan lagi penduduk2 sabah yang mengagumi DSAI dan sanggup berjuang bersama DSAI.

    saya berharap DSAI akan melihat perkara2 ini sedalam dalamnya… salam perjuangan

    sekian terima kasih

    Reply

  12. 12 hisyam Ib Apr 19th, 2008 at 10:55 pm

    Assalamualaikum WBH.

    DSAI,

    Kerajaan Selangor dahulu (BN) patut membantu kerajaan baru PR bukan membatu tentang isu BABI ini. Jangan seolah – olah baling batu sembunyi tangan. Bekas MB selama-lamanya, YB DSKT patut menjelaskan tindakan kerajaan pimpinan beliau dulu dengan lebih telus dan jangan pulak buat – buat tak tahu.

    “Awat hang dah lupa kerja hang dengan anak – anak buah hang tu”. dok buat lupa pulak!! dituju pada YB DSKT. Apa yang dah buat dan tulis, takkan dah lupa atau buat – buat lupa. Jangan jadi macam melayu mudah lupa, ya le tu. Mungkin YB DSKT dah geng dengan YBhg TUN.

    Jangan sedap mulut je bercakap pakai hentam. Pakai le otak. Benda mudah untuk diselesaikan. Rakyat yang faham saja yang tak buat kecoh. Maaf kasar tapi selalu nya orang macam ni le yang patut diingatkan selalu. Ye le dah lupa.

    Buat apa takut kalau tak buat. Jangan melatah dengan anak – anak buah YB DSKT dulu. Mungkin buat anak – anak buah dan YB DSKT dah pun masak. Tunggu nak jatuh je. Tapi tak tahu pulak siapa yang nak kutip.

    Kami, RAKYAT takkan kutip. Tengok je. Kalau tak pun lalu dan pijak je. PR macamana?

    Reply

  13. 13 AhliAsliPR Apr 19th, 2008 at 11:12 pm

    Salam!
    Akhi DSAI! Apabila ALLAH memberi kepada seseorang lebih tugas/kerja terhadap manusia dan alam, maka seseorang itu hendaklah menambah waktu/tugas terhadap ALLAH. Kerana, ALLAH memiliki ramai petugas yang akan membantu seseorang. Lagipun, menambah waktu/tugas terhadap ALLAH itu sifat hamba yang bertaqwa. WALLAHU A’LAM!
    Fi AMANILLAH!

    Reply

  14. 14 kulaan Apr 19th, 2008 at 11:21 pm

    asalamualaiku DSAI & pendokong PR….. kita sepatutnya tidak terus terperangkap dengan mainan media mengenai isu babi ini. media mengambarkan bahawa kjan sgor ditahap yang terdesak dengan isu babi.. setia malam media menghidangkan kepada dunia bahawa sgor bakal menjadi negeri pengeluar babi utama negara yang menafikan keharmonian dan keselesaan rakyatnya dan mengabaikan sensitivi umat islam selangor..
    kita tidak punya ruang media untuk menjawab segala tohmahan dan dakwaan mereka dan kalau adapun media kita terlalu terhad..

    saya mohon kebijaksanaan pimpinan PR negeri dan pusat agar mencari jalan untuk menamatkan isu ini.. kalau perlu MB sgor dedahkanlah segala dokumen mengenai isu babi ini biar rakyat tahu siapa sebenarnya yang menjadi perancangnya.

    keduanya,saya menyeru kepada semua pihak agar berlapang dada dan memahami hasrat menempatkan atau pemusatan tempat penternakan ladang babi di Tumbuk Daerah Sepang ini sebenarnya untuk memelihara alam sekitar bagi maksud untuk memudahkan pengawalan dan penguatkuasaan berbanding dengan situasi sekarang penternakan babi yang berselerak dalam negeri selangor tanpa kawalan dan mengakibatkan sudah terlalu banyak pencemaran kepada alam sekitar.

    apa yang susahnya bagi media untuk mengutarakan kebaikan pemusatan babi ini??? dan kepada orang-orang sepang takan baru sekarang mereka sibuk untuk menyanggah babi ini… tak kan kamu tak tak tahu kat sepang sekarang ni pun dak banyak ladang babi dan dah terlalu banyak pencemaran berlaku dan kenapa beriya-ia benar korang nak menghalang kerajaan untuk menempatkan ladang babi moden disana…dengan kos pengurusan dan pembinaan tempat itu ditanggung sendiri oleh tauke-tauke babi itu.

    saya cukup yakin bahawa sahabat saya YB Hj Yaacob Sapare yang dipertanggungjawabkan mengurus perkara ini bijak untuk menendalikanya dengan aspek-aspek pengawalan dan pengurusanya yang teratur….

    kepada pimpinan umno negeri sgor khususnya jangan terlalu menjadi MUNAFIQ dalam isu babi ini dan bezakanlah diri anda dengan babi dengan mengatakan apa yang sebenarnya tak kan kamu masih hendak menafikan bawaka kamulah yang mencadangkanya dengan keputusan yang telah klamu minitkan sendiri… dan jika kamu wahai pemimpin umno dan BN sgor masih terus baling batu sembunyi tangan dan berdolak-dalik nyata kamu tida beza dengan b*** ni.

    kepada media….. kamu kena ingat setiap dakwaan kamu yang tidak benar itu akan kami tuntut di mahsyar kelak….

    kepada pendokong PR dan rakyat keseluruhanya bersabarlah menghadapi ujian ini…

    allahuakbar!!!

    Reply

  15. 15 JK Apr 19th, 2008 at 11:24 pm

    Datuk Seri,

    Why so many PKR MP’s (9 of them) never submit parliamentary questions….

    View list at this website…. http://iamamalaysian.wordpress.com/2008/04/18/the-height-of-irresponsibility-29-mps-did-not-submit-parliamentary-questions/

    Seems like a legitimate list as LKS has acknowledged and apologised on behalf of the 5 DAP MP’s who did not submit their questions.. http://blog.limkitsiang.com/2008/04/19/5-dap-mps-did-not-submit-a-single-question-for-parliament-apologies/

    Hopefully you can give them some pointers on how to manage their busy schedules and give importance to parliaments questions and answers.. we at the end of the day elected this people to represent us the rakyat.. :)

    BTW ,, Datuk Seri.. you ROCK!

    Reply

  16. 16 Cucu Tok Bachok Apr 19th, 2008 at 11:38 pm

    Assalamualaikum Dato Seri, didoakan semoga sihat sentiasa.

    Pengurniaan gelaran Dato Seri kepada Menteri Besar Perak dan Dato kepada Pengerusi DAP Perak. Pada pandangan saya, sepatutnya kedua-dua tokoh ini tangguh dulu penerimaan gelaran ini kerana Pakatan rakyat baru mencapai kemenangan. Banyak perkara yang belum diselesaikan lagi. Bukan masanya untuk mengaut keuntungan selepas meraih kemenangan. Pikirkan dulu masalah rakyat yang berhadapan dengan kegetiran kehidupan lantaran situasi pada masa kini dengan kos kehidupan meningkat. Contohi Tun Ghafar Baba yang menerima gelaran selepas bersara dari jawatan.

    Jangan menirui perangai sesetengah pimpinan UMNO yang berebut mencari kemewahan dan nama tanpa memperduli nasib rakyat.

    Kemenangan ini adalah kemenangan Pakatan Rakyat yan terdiri dari DAP, KEADILAN dan PAS. Persoalan timbul mengapakah pimpinan KEADILAN negeri terpinggir dari menerima anugerah ini? kalau kemenangan ini adalah kemenangan Pakatan Rakyat, keadilan tidak sepatutnya tercicir.

    Reply

  17. 17 vanblade Apr 19th, 2008 at 11:46 pm

    Akum DS Anwar. Saya t’panggil utk menyatakan pendirian saya mengenai isu pembinaan kandang babi moden di kawasan sekitar Sepang, Selangor..

    Pada hemat saya, projek ini adalah wajar diteruskan kerana objektif pembinaannya yang mahu menjadikan penternakan babi yang lebih bersih.

    Kita lihat banyak penternakan babi di Malaysia amnya tidak menitikberatkan kebersihan dalam kandang seterusnya alam sekitar termasuklah sungai.

    Pembinaan kandang babi moden ini pada hemat saya adalah amat wajar. Sekali di dengar, seolah2 satu penghinaan pada negeri Selangor, namun jika diselidik lebih dalam, ia memberi 1 impak yang berkesan pada masa hadapan.

    Saya bukan penyokong PKR. Saya Ahli UMNO. Dan saya masih setia pada UMNO. Insyaal.ah,pintu saya akan terbuka untuk menyertai Pakatan Rakyat pada 1 hari nanti.. Cuma buat masa kini, saya ingin memerhati sejauh mana kepimpinan PR di 4 buah negeri yg ditakluk. Jika terbukti sebuah kerajaan berjiwa rakyat, insyaallh UMNO hanya 1 kenangan dalam hidup saya dan saya tidak teragak2 menyertai PKR dan Pakatan Rakyat.

    SAYA MENYOKONG SEPENUHNYA PEMBINAAN KANDANG BABI MODEN JIKA IA MEMBERI KESAN YANG BAIK PADA ALAM SEKITAR. TERUSKAN…

    Semoga Perjuangan DS ikhlas dalam membentuk perubahan…

    Reply

  18. 18 pondok tanjong Apr 20th, 2008 at 12:01 am

    sebagai anak jati Perak…saya amat kagum dgn MB baru Perak, Datok Seri mohd Nizar yg sound direct depan Paklah supaya mengkaji semula akta ISA dlm perjumpaan mereka semlm.

    mmg patut dihapuskn terus ISA yg zalim lg kejam itu. kem tahanan ISA pun terletak di kamunting,Perak.

    Ada tahanan yg telah ditahan lbh 8 thn!!!!

    Kalau paklah atau nazri aziz nak kekalkn jugak…biarlah mereka org yg terakhir merengkok dlm ISA tu.

    TAKDE HATI PERUT LANGSUNG…TAK KESIANKAH KPD ISTERI DAN ANAK TAHANAN.

    SELAGI DEPA TIDAK DIBICARAKN…depa tidak bsalah.

    Reply

  19. 19 warisankini Apr 20th, 2008 at 12:07 am

    Apalah teruk sangat nazri hari ni dalam berita BERNAMA hari.

    Maklumat lanjut http://www.warisankini.blogspot.com

    Reply

  20. 20 zik Apr 20th, 2008 at 12:09 am

    DSAI yang dikasihi,

    Dpt maklumat dari Malaysia-Today terdapat beberapa org ahli MP Pakatan Rakyat
    termasuk dari PKR tidak menghantar soalan utk perbahasan di Parlimen.Salah sorang termasuk Saudara Tian Chua. Harap MP Pakatan especially PKR lebih bertanggungjawab dan kehadapan dalam soal ini. YB Lim Kit Siang telah mohon maaf di atas perkara ini bagi pihak DAP. Mohon penjelasan..

    Terima Kasih
    ZIK

    Reply

  21. 21 zik Apr 20th, 2008 at 12:12 am

    Di bawah adalah senarai MP-MP tersebut BN & PAKATAN:
    Alright, alright, here’s the list …

    1. Abd. Rahman bin Bakri – Sabak Bernam – BN
    2. Datuk Haji Wahab bin Haji Dolah – Igan – BN
    3. Dato’ Dr Abdullah bin Md Zin – Besut – BN
    4. Ahmad Lai bin Bujang – Sibuti – BN
    5. Datuk Anifah bin Aman @ Haniff Amman – Kimanis – BN
    6. Abit Joo Hulu – Rajang – BN
    7. Ding Kuong Hiing – Sarikei – BN
    8. Datuk Seri Dr Jamaluddin bin Mohd Jarjis – Rompin – BN
    9. Dato’ Dr James Dawos Mamit – Mambong – BN
    10. Dato’ Seri Mohd Radzi bin Sheikh Ahmad – Kangar – BN
    11. Dato’ Sri Muhammad Leo Michael Toyad Abdullah – Mukah – BN
    12. Dato’ Seri Rafidah binti Aziz – Kuala Kangsar – BN
    13. Datuk Dr Tekhee @ Tiki Anak Lafe Mas – Gading – BN
    14. William @ Nyallau Anak Badak Lubok – Antu – BN
    15. Datuk Haji Yusoff Bin Mahal – Labuan – BN
    16. Charles Anthony a/l R Santiago – Klang – DAP
    17. Er Teck Hwa – Bakri – DAP
    18. Hiew King Cheu – Kota Kinabalu – DAP
    19. John a/l Fernandez – Seremban – DAP
    20. Prof Dr P Ramasamy a/l Palanisamy – Batu Kawan – DAP
    21. Abdullah Sani bin Abdul Hamid – Kuala Langat – PKR
    22. Haji Ahmad Kassim – Kuala Kedah – PKR
    23. Chua Tian Chang – Batu – PKR
    24. Gobalakrishnan a/l Nagapan – Padang Serai – PKR
    25. Dato’ Kamarul Baharin Abbas – Telok Kemang – PKR
    26. Manikavasagam A/L Sundaram – Kapar – PKR
    27. Dato’ Rashid Bin Din – Merbok – PKR
    28. William Leong Jee Keen – Selayang – PKR
    29. Datuk Dr Zainal Abidin Bin Ahmad – Hulu Selangor – PKR

    Reply

  22. 22 Noh Apr 20th, 2008 at 12:12 am

    Khir Toyo dah mula nak serang DSAI. Dah kena Virus sifunya Che Det yang menobatkannya sebagai MB Selangor dulu. Bila dah seguru, yang PM melahap kazanah negara, yang MB melahap kazanah negeri. Masing2 ada rekod, itu sebab masing2 mengigil kalau kerajaan pakatan rakyat dinobatkan, apa akan jadi pada diri masing2. Tak heran kalau sitoyol terang2an menyokong Najib Altantuya supaya cepat2 ambil aleh kerusi Pak Lah. Penyangak mestilah menyokong penyangak kerana penyangak yang sudi menolong penyangak.

    Nampaknya anak toyol ni dah mula masuk gelanggang nak tibai DSAI, oleh itu kita tibai dia dulu. Kita kempen KILL TOYOL. Doktor gigi ni rasa dia hebat, dia nak gitit orang. Dia tahu ke gigi dia tu sapa buat. Terima sajalah hukum karma. Duduk diam2 insafkan diri dan ingatkan Allah. Bangkit malam bertahjud, renong2kan dimana silapnya, mudah2an maseh didunia ni ada ruang untuk bertaubat. Hikmah surah Al-Sharh فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرً إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا Dalam gelap ada teramg, dalam susah ada senang. Renong2kan lah.

    Reply

  23. 23 jalak_lenteng Apr 20th, 2008 at 12:15 am

    Assalamualaikum.

    Rasanya sudah lama saya tidak menjengok dan memberi komentar dalam anwarblog disebabkan terlalu sibuk dengan tugas yang kian mencabar.Rasa rindu pula untuk menatap dan memberikan sedikit pandangan….”kata org Umn))o….kelantan dah boleh makan babi…daging babi sudah murah”!!!! menyebabkan saya terpingga dan teruja..Hati kecil berbisik kenapa dalam zaman moden begini dan dalam usia Malaysia sudah mencapai 50 tahun masih ada yang buta hati dan jahat prasangka terhadap sesama rakan yang bukan islam.Isu babi seharusnya dilihat dari sudut agama dan ilmiah.Orang yang berfikiran waras akan berfikir sebelum menggucapkan kata2.Adakah dizaman umno babi tidak dibela….cuba lihat kandang babi kat melaka…itu bukan bela babi ke? Negeri siapa itu…? kenapa isu ini tidak dipersoalkan.Adakah kalau Khir Toyo menjadi menteri besar selangor isu babi akan terpapang didada akhbar ataupun mendapat liputan diTV…..sudah tentu tidak.Saya kadang2 musykil kenapa isu yang kecil ini diperbesarkan….alangkah baiknya jika isu rasuah,salah guna kuasa,kronisme,nepotisme,dsb nya diperbesarkan dan diperdebatkan…sekurang-kurangnya dapat menyelamatkan harta rakyat…Umno dan BN sudah tua sebelum matang, sepatutnya isu BABI diselesaikan dengan cara Pakatan Rakyat dan juga atas dasar perpaduan kaum.Islam menghormati hak yang bukan islam…Babi adalah sumber makanan mereka kenapa ini dihebohkan….Berfikirlah dengan hikmah.Islam tidak mengharamkan sesuatu tanpa ada sebab dan musabab.Berbalik pada konteks penternakan babi….saya mencadangkan kepada DSAI dan juga Dato Khalid…agar jangan mudah mengaku kalah dengan perosak masyarakat.Kalau boleh adakan perhimpunan rakyat untk 5 buah negeri yang diperintah oleh pakatan rakyat untuk memberikan penerangan mengenainya.Mudah-mudahan pekerjaan yang dilakukan ini ditunjukkan jalan dan diberikan hidayah oleh Allah taala.Dikesempatan ini juga saya menyeru kepada semua rakyat MalaysIa supaya melakukan perubahan Minda untuk bergerak bersama kepimpinan Pakatan Rakyat demi menubuhkan Malaysia Baru.Cukuplah kita diperintah oleh Parti yang tidak mampu memberikan sesuatu kepada rakyat.Kepada DSAI andaikata takdir Allah anda menjadi PM malaysia janganlah lupa kepada 1.5 juta penjawat awam dan juga Rakyat miskin yang memerlukan bantuan.Bantulan rakyat kelantan yang memerlukan hospital…cubalah lihat hospital kota Bharu yang begitu dhaif,usang dan sempit.Bantulah anak2 yatim yang tidak terbela nasibnya,ibu2 tunggal petani dan nelayan..Inilah hati dan suara rakyat..Cukuplah UMNo …CUKUPLAH UMNOOO….umno sudah tua.

    MAAF jika terkasar bahasa.

    Reply

  24. 24 Anak Reformasi Apr 20th, 2008 at 12:24 am

    Assalamualaikum…

    DSAI memang senang untuk berkomunikasi dengan penyokongnya…. Cuma satu aje yang saya tengok pelik pada PERLAKSANAAN PROJEK MEGA BABI MODEN…. Sekarang, Negara China sedang dalam usaha menjadikan MALAYSIA sebagai negara pengeksport BABI ke negara tersebut…. Saya harap, ianya tidak BERLAKU walaupun ada segelintir PEMIMPIN MCA mahu merealisasikan hasrat TERSEBUT….
    satu lagi, diharap wang hasil perniagaan babi diasingkan….

    Anyway, SAYA PERCAYA DENGAN KREDIBILITI DSAI… dan jangan lupa TENGOK-tengokkan NASIB MELAYU DI PULAU PINANG….

    sekian, terima kasih.

    Reply

  25. 25 Jamil bin ismail ( jamilkucing ) Apr 20th, 2008 at 12:34 am

    Assalamualaikum Dato Seri ,

    BERDETUP DETAP…… jauh maknanya tu. tapi pantun atau puisi yang jamil postingkan itu hanyalah sekadar sanjungan,teguran,buat dato seri dari insan kecil seperti jamil.kami sayangkan dato seri ,kami tak mahu dato seri termasuk ke lubang ular sekali lagi. mana ada manusia yang tidak melakukan kesalahan.jamil,dato seri,kawan-kawan,selagi di namakan manusia pasti ada. jadi pada jamil selagi hayat di badan insyaallah jamil akan bersama dato seri membantu selagi terdaya di badan. jamil harap jika ada teguran dari jamil anggaplah ia sebilah paku untuk memastikan sebuah rumah kukuh dan tidak senget dan runtuh.Dato seri adalah rumah kami seperti jamil hanyalah sebilah paku yg tugasnya untuk menguatkanya. sebab itu setiap kali on sahaja computer HARAPAN BARU adalah yg pertama di buka.baiklah dato seri terimakasih sekali lagi atas respon.semoga nama jamilkucing akan tersemat di ingatan dato seri jika memerlukan bantuan ketika kesusahan. ( tapi bukanlah wang heheheh ) jamil bukan kaya.bergurau dato seri.

    jamilkucing

    Reply

  26. 26 angkasawan nasa Apr 20th, 2008 at 2:28 am

    Isu Kinzir sering diperbesarkan oleh umno kenapa ladang babi di Negeri sembilan dan di melaka tak diperbesarkan dinegeri Najib (pahang) lagi banyak babi tapi Pakatan Rakyat tak sentuh pun di pekan pahang pun ada kinzir sampai masuk rumah penduduk kampung dan rumah peneroka dipahang bilangan babi amat sukar diangarkan mungkin ratusan ribu juga isu babi ini lansung umno tak sentuh pun sebab di negeri BN, babi hutan ini ujud di malaysia sejak dulu lagi kenapa umno tak keluarkan lesen buru babi ini tetapi yang dibela di jaga dengan viksin serta berlesen dan tak masuk rumah orang pun itu yang di bising sangat ,babi hutan yang sering gangu penduduk kampung serta tanaman rakyat ,umno pejam mata yang gangu rakyat secara terang umno pejam mata, nanpak sangat umno persetan kan rakyat.bila PR susun secara teratur supaya ternakan kinzir dapat di kawal dengan mudah supaya tidak berselerak di seluruh selangor dengan cara ini memudahkan pihak berkuasa memantau ternakan ini itu yang di bising sangat oleh umno, nanpaknya umno dah tiada modal nak jatuhkan PR kalau nak katakan peminpin PR makan rasuah memang tiada jadi terpaksa cari isu lain iaitu isu kinzir digembar gemburkan. buat orang cina ketawa dengan cara umno babi ujud dimalaysia sebelam umno ditubuhkan lagi dimalaysia tetapi babi telah ada dimalaysia namanya babi tungal kalau umno nak hapuskan babi dimalaysia hapuskan dulu babi hutan baru adil.

    Reply

  27. 27 jamilkucing Apr 20th, 2008 at 3:07 am

    Assalamualaikum Dato Seri ,

    Tambahan jamil sedikit lagi tentang tulisan dato seri ( kenapa sukar memohon maaf ) bila hal yang sangat penting dan ia ada kena mengena dengan sesuatu yang boleh memudaratkan hal-hal tertentu atau beberapa golongan tentu mereka akan berfikir banyak kali. sebab apa sebelum ini mereka belum pernah berfikir atau terfikir hal hal sebegini terutamanya yang melibatkan mahkamah. mungkin pada mereka rakyat malaysia terutamanya orang melayu jenis manusia yang tidak mahu belajar.ya betul tapi tak semua. jamil tahu dato seri tahu tentang hal hal perundangan ini mungkin terjadi suatu hari nanti sebab dalam buku THE ASIAN RENAISSANCE DAN GELOMBANG KEBANGKITAN ASIA.Dato seri telah menterjemahkanya.

    ( Di buku GELOMBANG KEBANGKITAN ASIA muka surat 67 dalam bab KEDAULATAN UNDANG-UNDANG dato seri ada menulis ( Dari segi undang-undang perlu melindungi individu daripada kezaliman gerombolan dan kemungkinan penyalahgunaan kuasa yang membawa penindasan rakyat oleh jentera pemerintah,pengalaman sebilangan negara asia dan africa dalam beberapa dekad yang lalu menyakinkan kita bahawa rakyat dan individu memerlukan perlindungan daripada kekejaman pemerintah,yang menodai amanah .tetapi dari segi lain masyarakat sebagai institusi yang di bangunkan untuk mengatur perilaku manusia juga perlu memastikan supaya hak asasinya sendiri terjamin,semua hak ini adalah untuk mengekalkan undang-undang dan kententeraman .keaamanan dan keharmonian,sebagaimana diri seseorang individu itu memerlukan perlindungan ,begitu juga masyarakat berhak untuk mempertahankan dirinya daripada anasir jahat yang memperkudakan kebebasan awamuntuk meneruskan muslihat keji mereka yang boleh memudaratkan orang ramai, perbuatan keji ini meluas malah membabitkan negara yang bertunjangkan demokrasi sekalipun.ada pihak yang berselindungdi sebalik hak individu untuk memenuhi niat dan cita cita rakus mereka tanpa menghiraukan kepentingan majoriti )

    Begitu juga di buku THE ASIAN RENAISSANCE mukasurat 6 dalam kategori THE RULE OF LAW dato
    seri telah memberi peringatan ( The rule of law is the use of law to curb the misuse or abuseof law making power by authorities.law makers must fulfill their duty to pass only law that meet the criterion of justness.for it the law passed by the legislature are manifestly unjust even to the man in the street,then the world put the rule of in jeopardy.

    Jamil rasa buku ini dato seri tulis sewaktu masih dalam jawatan dan masih dalam umno. dato seri telah nampak dan memberi peringatan melalui buku ,tetapi kenapa masyarakat kita melayu tidak belajar dan bersedia. jadi kalau ada orang kata sewaktu dalam kerajaan dato seri buat tak endah ,nampak sangat orang itu katak bawah tempurung.peringatan telah di sampaikan,dan apa yang dato seri takutkan telah terjadi.

    Jamilkucing

    Reply

  28. 28 Manchester Apr 20th, 2008 at 3:29 am

    Dato’ seri,
    Kami pelajar luar negara amat terkilan dengan sikap Tun Mahathir terus melucah dan tanpa segan mencerca Dato’ Seri sebagai ’sodomi’. Kami yakin kebanyakan pelajar tidak percaya dan amat kesal dengan cara Tun berterusan menghina Dato’ Seri. Kami doakan Dato’ Seri segera ditabal sebagai Perdana Menteri sebelum Mahathir di alam barzakh. Amin

    Pelajar Luar Negara
    Manchester UK

    http://malaysiakutercinta.blogspot.com/

    Reply

  29. 29 Jalak lenteng Apr 20th, 2008 at 7:05 am

    Assalamualaikum.

    Rasanya sudah lama saya tidak menjengok dan memberi komentar dalam anwarblog disebabkan terlalu sibuk dengan tugas yang kian mencabar.Rasa rindu pula untuk menatap dan memberikan sedikit pandangan….”kata org Umn))o….kelantan dah boleh makan babi…daging babi sudah murah”!!!! menyebabkan saya terpingga dan teruja..Hati kecil berbisik kenapa dalam zaman moden begini dan dalam usia Malaysia sudah mencapai 50 tahun masih ada yang buta hati dan jahat prasangka terhadap sesama rakan yang bukan islam.Isu babi seharusnya dilihat dari sudut agama dan ilmiah.Orang yang berfikiran waras akan berfikir sebelum menggucapkan kata2.Adakah dizaman umno babi tidak dibela….cuba lihat kandang babi kat melaka…itu bukan bela babi ke? Negeri siapa itu…? kenapa isu ini tidak dipersoalkan.Adakah kalau Khir Toyo menjadi menteri besar selangor isu babi akan terpapang didada akhbar ataupun mendapat liputan diTV…..sudah tentu tidak.Saya kadang2 musykil kenapa isu yang kecil ini diperbesarkan….alangkah baiknya jika isu rasuah,salah guna kuasa,kronisme,nepotisme,dsb nya diperbesarkan dan diperdebatkan…sekurang-kurangnya dapat menyelamatkan harta rakyat…Umno dan BN sudah tua sebelum matang, sepatutnya isu BABI diselesaikan dengan cara Pakatan Rakyat dan juga atas dasar perpaduan kaum.Islam menghormati hak yang bukan islam…Babi adalah sumber makanan mereka kenapa ini dihebohkan….Berfikirlah dengan hikmah.Islam tidak mengharamkan sesuatu tanpa ada sebab dan musabab.Berbalik pada konteks penternakan babi….saya mencadangkan kepada DSAI dan juga Dato Khalid…agar jangan mudah mengaku kalah dengan perosak masyarakat.Kalau boleh adakan perhimpunan rakyat untk 5 buah negeri yang diperintah oleh pakatan rakyat untuk memberikan penerangan mengenainya.Mudah-mudahan pekerjaan yang dilakukan ini ditunjukkan jalan dan diberikan hidayah oleh Allah taala.Dikesempatan ini juga saya menyeru kepada semua rakyat MalaysIa supaya melakukan perubahan Minda untuk bergerak bersama kepimpinan Pakatan Rakyat demi menubuhkan Malaysia Baru.Cukuplah kita diperintah oleh Parti yang tidak mampu memberikan sesuatu kepada rakyat.Kepada DSAI andaikata takdir Allah anda menjadi PM malaysia janganlah lupa kepada 1.5 juta penjawat awam dan juga Rakyat miskin yang memerlukan bantuan.Bantulan rakyat kelantan yang memerlukan hospital…cubalah lihat hospital kota Bharu yang begitu dhaif,usang dan sempit.Bantulah anak2 yatim yang tidak terbela nasibnya,ibu2 tunggal petani dan nelayan..Inilah hati dan suara rakyat..Cukuplah UMNo …CUKUPLAH UMNOOO….umno sudah tua.

    MAAF jika terkasar bahasa.

    Reply

  30. 30 suara keadilan Apr 20th, 2008 at 9:01 am

    Permit for PKR paper approved
    By WONG SAI WAN and ZULKIFLI ABDUL RAHMAN
    KUALA LUMPUR: Home Minister Datuk Seri Syed Hamid Albar is promising more press freedom and one of his first acts was to approve the publishing permit for the Parti Keadilan Rakyat newspaper.

    “Even when people talk about press freedom, for me the bottom line is that we need press freedom in order for us to have a check and balance in Government.

    “I want to change that paradigm. We are not trying to control you, but we want everyone to contribute to the nation-building process,” Syed Hamid said in an interview.

    PKR had been applying for a newsletter for its members since its formation.

    “I’ve just approved the Parti Keadilan Rakyat newspaper and I asked my officers why not. I am open about it.

    “All political parties have their own papers. It’s their party paper. We have not cancelled the licences of any party newspaper,” he added.

    Syed Hamid said he had also told his Home Ministry officials to re-look the annual licensing requirement for newspapers.

    “I have told my officers that I want to have a re-look at the Printing Presses and Publications Act so that we can move with the times.

    “I have asked them to look for other ways of managing the media other than issuing the annual licences,” he added.

    Asked what was his view on the annual licensing, Syed Hamid said:

    “I have not discussed it with the Cabinet. My view is that we should issue licences only once (upon application).

    “That way, we will have the right to suspend but you don’t have to renew every year. That is one of the things I’ve been toying with.

    “My argument is why should we let ourselves become unpopular by having such regulations when we had exercised the law sparingly over the years but I need to convince more (people).”

    Asked about the now banned Tamil daily Makkal Osai, Syed Hamid said it was not his personal decision but one done after a lengthy observation of the way the newspaper operated.

    “They breached various guidelines that are stipulated in the publication permit,” he added.

    Reply

  31. 31 Fahmi Apr 20th, 2008 at 9:59 am

    Kalau kita sabar dan berusaha dengan tetap menyedarkan isu dan hal yang berbangkit. Insyallah, lama-lama juga rakyat akan faham.

    Reply

  32. 32 Rakyat Teraniaya Apr 20th, 2008 at 10:41 am

    Yang sebenarnya menimbulkan masalah tentang projek integrasi ternakan babi itu pun adalah ahli ahli UMNO sahaja. Barisan Nasional yang telah meluluskan projek itu dibawah Khir Toyol, sekarang bila dah kalah di pilihan raya umum baru nak membantah. Nak tunjuk kesamsengan dan keberukan pemuda UMNO, bawak sehingga 90 orang tunjuk perasaan….
    Akan tetapi kenapa polis samseng tidak menembak mereka dengan meriam air dan gas pemedih mata ke atas ahli UMNO itu? Kenapa bila UMNO menunjuk perasaan menentang kerajaan, polis amat perihatin dan berkelakuan baik? Bila Bersih dan Hindraf disajikan gas pemedih mata dan meriam air tanpa perlu pertimbangan apa apa?
    DSAI, bila DS naik jadi Perdana Menteri Kerajaan Pakatan Rakyat Malaysia baru, jangan lupa serta merta masukkan si musa ketua polis samseng tu kedalam lokap….lepas tu sajikan dengan meriam air sedas dua, biar orang tua kutuk korup tu rasa sikit meriam air dia, baru dia tau betapa seksanya bila FRU dia jadi samseng.

    Reply

  33. 33 gengis khan Apr 20th, 2008 at 10:41 am

    Dalam isu Kenzir ini umno terlalu taksub sangat suka menperbesarkan isu ini tapi yang curiga dilakukan oleh umno ialah ‘babi dihutan di susukan babi dikandang diburu’ kenapa babi dikandang diburu sedangkan ianya untuk rakyat malaysia juga ini menbuat orang cina dan india mejauhi BN kerana sikap lempeng talam dan serimuka atau dengan erti kata lain suka bermuka muka atau talam dua muka ini sifat para peminpin umno kuno. harapan kita semoga para peminpin umno balik kepangkal jalan rakyat tahu pekong para peminpin umno hilangkanlah sifat Tun Mamat Mahadir di dada para peminpin umno jelas Tun Mamat adalah perosak Negara dan umno dia telah lemas didarat, dia yang lantik Pak lah sebagai PM lepas tu dia juga suruh Pak lah turun dulu dia suruh Tun Musa Hitam turun Lepas tu Saudara Anwar sekarang Pak Lah pula ada yang tak kena dengan Tun kita ni.Tun Mamat ‘mudah lupa’ atau melayu mudah lupa? Harap Pak Lah buang segala sisa sisa dan saki baki orang Tun Mamat dalam kerajaan dan umno pecat pengerusi UIA saudara Sanusi Junit dari UIA termasuk lucutkan dia sebagai Pengerusi UIA dan beberapa peminpin umno yang sekodi dengan Tun Mamat.Mereka telah tikan belakang Presiden mereka sendiri begini kotor sekali budaya para peminpin umno jika ini lah layarnya buat apa ambil umno sebagai kemudi negara kita ada Juragan yang bagus dari Pakatan Rakyat pastinya pelayaran lebih selamat.hidup pakatan rakyat!….

    Babi hutan yang liar sering gangu rakyat dikampung umno tak ambil pot babi dikandang itu yang dirisau sudahlah para peminpin umno bawal isu yang melapangkan minda orang melayu dan rakyat malaysia minda melayu kena tenang itu titah baginda sultan selagi minda melayu tidak tenang selagi itu bumi semerah padi tidak aman.sudah lah aduka Najib bawalah isu yang lebih menenangkan minda orang melayu demi negara yang tercinta jika ini yang dipinta dan diteruskan oleh Najib inilah juga 400 dalil kenapa najib tidak boleh jadi PM jangan main babi ada badi.

    Reply

  34. 34 drabdulwahid Apr 20th, 2008 at 11:40 am

    kian tidak sbar rasanya di hati menunggu PR dijulang sebagai kerajaan Malaysia. sudah sekian lama nasib rakyat jelata seperti kami ini ditindas, harapan yang menggunung kami sematkan buat PR agar dapat merubah nasib ini.

    PR mesti mennjalankan reformasi dlm prkhidmatan awam, agar mutu kehidupan kami akan lebih terbela.
    semoga perubahan berlaku lekas

    reformasi

    Reply

  35. 35 hmb Apr 20th, 2008 at 12:07 pm

    Assalamualaikum.

    Kepada saudara the hAziM. Cuba saudara besarkan [zoom] gambar yang saudara rujuk. Datin Seri Dr. Wan Azizah memakai sarung tangan ketika bersalam dengan Pak Lah. Diharap dapat jernhkan kekeliruan…

    Reply

  36. 36 Nanu Apr 20th, 2008 at 12:42 pm

    Jawapan kepada The Hazim tentang pak Lah salam Dengan Dr Wan Azizah.

    DSAI, tak yah buag masa lah jawab. Buang masa je. Macam isu DSAI menari tulah puak UMNO ni main kan. tak nampak ke Dr Wan Azizah bersalam dengan penuh sopan bersarunng tangan merendah diri menghormati seorang pemimpin yang dah berumur. Bukan tak berlapik dan berlebih-lebih! Yang juak-juak UMNO tu buat yang keterlaluan tu tak nampak. Kalau bersalam dengan tangan yang berlapik untuk sekadar menghormati orang tak salah. Budak skolah pun tahu ia Diharuskan. Bukan macam mashitah ulamak Hadhari haru biru yang kata pelacuran tu Harus! sudahlah sudahlah. Kalau tak berilmu jangan cakap. Tanya orang dulu.

    Reply

  37. 37 kalawangi Apr 20th, 2008 at 1:13 pm

    assalamualaikum wrwb…

    Dato’ Seri yang dihormati,

    sudah sampai masanya Pakatan Rakyat memerintah negera Malaysia tercinta ini setelah 50 tahun dicengkam pemerintahan BN yang loya lagi memualkan.Kejayaan PR menawan 5 negeri dan menguasai 82 kerusi Parlimen sgt memberangsangkan dan menjadi pemangkin kepada kejayaan PR pada masa akan datang.

    cuma ada beberapa perkara yang Dato’ Seri perlu perhalusi :

    1.Analisa umum PRU menunjukkan masyarakat Melayu luar bandar masih ramai yang memberi undi kepada BN dan pola ini jelas kelihatan di N9 hingga MB N9 digelar MB ‘kampung-kampung’ N9.di N9 sendiri Dato’ Seri hanya dibawa berceramah ke Seremban dan PD (kecuali di Jempol sekali kalau tak salah…). apakah usaha Dato’ Seri,PKR dan Pakatan Rakyat untuk menarik masyarakat Melayu luar bandar supaya mengundi PR pada PRU akan datang?….

    2.Kakitangan awam yang berjumlah 1 juta orang (mengikut perangkaan terkini) majoritinya orang Melayu.maka 1 juta undi belum tentu lari ke PR (kerana tekanan kerajaan dan juga BN/UMNO). agak2nya boleh Dato’ Seri masukkan dalam manitesto PRU akan datang ‘memberi kebebasan kepada kakitangan awam menyokong mana-mana parti yang disukai tanpa tekanan’? ini kerana ramai kakitangan awam yang cenderung kepada PR tetapi takkan boleh menzahirkan sokongan itu kerana tekanan politik.

    3.ada sebahagian kecil kakitangan awam berstatus kontrak terutama jawatan2 yang strategik spt Pegawai Hal Ehwal Islam(Imam),Setiausaha Majlis Daerah,Pegawai Hal Ehwal Islam di Jabatan Penerangan dan sebagainya. Dato’ Seri tentu maklum bahawa status kontrak ini tak dijadikan tetap atas sebab-sebab politik. boleh Dato’ Seri masukkan dalam manifesto PRU akan datang ‘memastikan semua jawatan dalam perkhidmatan awam berstatus tetap dan berpencen’ kerana semua pegawai kerajaan berstatus kontrak berada di bawah pemantauan pihak-pihak tertentu?…

    sekian dan terima kasih.

    Reply

  38. 38 Hadi Apr 20th, 2008 at 1:13 pm

    Salam DSAI dan rakan2 reformasi semua… Kita semua jangan terpengaruh dengan cadangan2 perubahan olih pihak BN. Perubahan mereka buat masih berunsurkan penipuan, penghianatan dan kesombongan mereka. Kita mesti pastikan PAKATAN RAKYAT mengambil alih kerajaan dan perubahan sepenuhnya mengikut acuan PR dilakukan. KETUANAN RAKYAT YANG AKAN MELAKUKAN PERUBAHAN SEBENAR. Sekian untuk kekawan semua.

    Reply

  39. 39 zik Apr 20th, 2008 at 1:41 pm

    Tentang isu babi ini, saya menyokong penuh saranan Kerajaan negeri Selangor hendak memusatkan ternakan babi dan menggunakan teknologi moden agar tidak berlaku percemaran alam sekitar. Tidak ada masalahnya disini tapi spt biasalah set2 dangkal UMNO yang memang tak tau apa pun pasal demokrasi atau politik riuh rendah pasal polisi ni. Logiknya mudah je macam kata YB Nga Ngor Ming, Ketua Pemuda DAP Pusat di perhimpuan Pakatan Rakyat di Stadium Perak;http://www.youtube.com/watch?v=kXyYGUXLg4Q
    beliau hairan kenapa UMNO bising sgt pasal isu ini; sedangkan kata beliau Kaum India tidak makan lembu; tapi tak lah pulak marah atau sensitif bila datang kenduri org Melayu yg hidangkan daging lembu sedangkan lembu merupakan satu bentuk yg suci dalam agama Hindu.
    Cuma saya kurang bersetuju 1 aspek ja; pusat tersebut patut dibina dimana majoritinya bukan org melayu. Aspek ini sajalah yg mungkin boleh dieksplotasi dgn sebaiknya oleh set2 dangkal UMNO. Isunya: Kalu ya pun pusat tersebut tidak mencemar alam sekitar; kalau ya pun menggunakan teknologi moden ; kalu ya pun untuk keperluan kaum Tionghua; kena pula harus dibina di kampung Melayu?Saya rasa pasti ada kws lain yang lebih sesuai selain dr kawasan kampung. Tak manisla Pusat peternakan babi moden; tapi lori yang bawak masuk & keluar babi ke kampung; budak – budak boleh lihat. Kurang manis gitu.Sensitiviti org kpg pun mesti dilihat..barulah ada keadilan utk semua..Harap Exco yg bertanggungjawab berbincang dgn baik dgn penduduk kpg sebelum melaksankan projek ini. Kita tak mau org kata Pakatan Rakyat pun ada “TELINGA BESAR TAPI BUAT2 TAK DENGAR MACAM PAKLAH GAK”..

    Reply

  40. 40 Anak Reformasi Apr 20th, 2008 at 2:23 pm

    Assalamualaikum DSAI dan penyokong2 ANWAR IBRAHIM….

    TIMES sedang membuat bancian bagi “100 MANUSIA PALING BERPENGARUH BAGI TAHUN 2008″, Alhamdulillah, nama DSAI dicalonkan……

    Saya harap kepada semua penyokong2 DSAI dapat memberi full rate kepada ANWAR IBRAHIM iaitu 100 di alamat laman web di bawah:-

    http://www.time.com/time/specials/2007/article/0,28804,1725112_1723512_1724577,00.html

    Pada masa sekarang, kedudukan ANWAR IBRAHIM berada di tangga ke-87 dengan average rating, 41 dan jumlah undian hanya 7,926…. KEDUDUKAN INI TIDAK KUKUH, pastikan ANWAR IBRAHIM berada di TANGGA “TOP 5″…. InsyaALLAH.

    P/S: ANWAR IBRAHIM adalah satu-satunya RAKYAT MALAYSIA yang dicalonkan…

    Reply

  41. 41 wargabebas Apr 20th, 2008 at 3:56 pm

    Noh cakap betul. Jahanamlah negara kita kalau Najib jadi PM. Apakah orang lain akan berfikir bila seorang tokoh politik yang tercemar dengan rasuah beratus jutaan ringgit dan pembunuhan seorang rakyat Mongolia menjadi PM? Siapa akan datang berniaga dengan Malaysia? Lebih baik Pak Lah daripada Najib. Apabila media massa kawalan kerajaan tidak memberi ruang kepada Mahathir, dia dapatkan sitoyol ini untuk menyalak bagi dia. Kita harap penyokong2 umno yang saki-baki itu tidak banggang sampai mengikut kata2 sitoyol ini.

    Reply

  42. 42 monkeyHead Apr 20th, 2008 at 8:40 pm

    pondok tanjong, #18:

    tul tu.. aku pun teringin nak tengok Tan Sri Rashid & Musa Hassan leypark kat sel kemunting…
    jgn main2.. masin mulut kita jadi sungguh, haru!…

    mH

    Reply

  43. 43 antimamak Apr 20th, 2008 at 9:23 pm

    Biarlah saye berterus terang menegur UMNO, Umno sebenarnya bukan parti politik yang memperjuangkan hak rakyat, tetapi ia merupakan suatu jentera yang mengautkan keuntungran dari rakyat!!
    Umno merupakan sebuah syarikat haram, syarikat kongsi gelap yang diiktirafkan oleh kelompok kelompok tertentu.

    Isu babi… bukanlah isu yang sensitif, sekiranya kesemua pihak duduk semeja dan membincangkan hal tersebut , nescaya ia akan dibereskan begitu mudah sahaja, dimakah letaknya mulut UMNO?? hanya untuk memaki golongan Cina? PKR?? PAS??

    Sesetengah isu tentang perkauman, Umno menggapkan isu sensitif !! dimanakah letaknya piawaian `standardise??” Adakah rakyat begitu buta terhadap isu sensitif?? padahal isu sensitif dibincangkan semeja, saya pasti ini hanya illusi dan tiada apa yang patut ditakuti!!

    Kesemua ini adalah permainan mamak TDM yang merancangkan kuncu kuncunya membiadap rakyat melayu semata matanya!! Mamak TDM….malaysia bukan lagi milikan kau! Rakyat sudah bangkit dari nightmare!!

    Reply

  44. 44 wanmus Apr 21st, 2008 at 12:20 pm

    Assalamualaikum semua.

    Sebenarnya isu babi ni takkan jadi besar macam kalau dari awal lagi MB Selangor cakap terang dan jelas sebelum media putar belitkannya..lepas dah jadi huru hara baru nak terang balik..kekadang geram jugak tengok tv bila mula2 dengar tapi lepas baca dari blog2 dan makluman lain, barulah saya faham..kenapa media suka putar belit ek???

    Marilah kita bersatu padu kembali…

    Allah suka hambanya bersatu padu dari bergaduh sesama hamba.

    Reply

  45. 45 Noh Apr 21st, 2008 at 1:17 pm

    UMNO je takut kat BABI ni, kerana parti yang memperjuangkan kebangsaan, bukan Islam. Islam, sikit2 dicantasnya. Nasib baik lah Majlis Raja2 tolak syor Umno dulu nak buang perkataan ISLAM disetip mana2 nama pertubuhan yang ada nama islam. Kalau berjaya syor ini Che Det lah heronya dan keluar fatwanya orang Melayu boleh makan babi kerana dah tak ada islam. Kalau Umno betul memperjuangkan Islam, tak jadi masalah hal babi ni. Hal babi cukup detail dalam ilmu islam ni, apa yang ditakutkan sangat. Cuma pemimpin2 Umno ni muka mereka ditampal kulit babi, tak tahu malu, nak hujah fasal babi tapi ilmunya entah dimana dan kemana. Nampak babi haram, rausah?, hakim dan makamah yang diselewengkan?, Toyol beli tanah RM2.00 jual RM20.00 kpd PKNS untung RM59 juta?, bendahari Umno, beli tanah rakyat RM3.00 jual RM25.00 kpd PKFZ?, penjara orang tanpa bicara (ISA)?. Bail out kroni? Skandel seks Adun dan MP?. Tak haram ke ni?

    Reply

  46. 46 Bigfoot Apr 21st, 2008 at 1:27 pm

    Salam semua…
    Nak tanya sikit kate ada berita memberangsangkan pada 13 April lepas saya tunggu tak ada pun minta penjelasan….

    Reply

  47. 47 tomtom Apr 21st, 2008 at 2:04 pm

    Selamat sejahtera kpd semua pembodek2 & pengampu2 DSAI.

    Bukan main lagi sanjungi DSAI. Nik Aziz, Karpla/Lim pun tak dapat pujian sperti ni. Sampai ada nak sama kan perjuangan DSAI sama macam Nabi Muhamad S.A.W.wha doh wha doh.. You memang terror lah brother anwar, cakap …… fu yoh….berapi api. Supporters tak sabar2 nak tengok you jadi Perdana Menteri…..
    DREAM ON FELLAS.

    Perkara pertama PR buat setelah mendapat tawan 5 negri- Penang, abolish NEP, Perak, bagi Cina tanah, Selangor,bagi tapak untuk bina CHINA CITY, Buat projek BABI. Kedah belum siap.

    Apalah kau orang ni, untuk orang2 melayu, ada buat apa2 untuk kami tak.? yang sokong bagi nak gila semua nya orang2 melayu. Sampai lupa daratan, lupa asal usul, lupa ugama, kutuk sesama sendiri. Jadi kita ni oramg2 melayu nak fight untuk orang kafir kafir tu semua lah. selama ni depa orang2 kapir tu tak makan, tak minum, tak dapat projek tak dapat jadi menteri ???? Nah bagi lagi, bagi lagi depa kuasa. Mampus olang melayu nanti, tak sedar kehilangan mertabat. Depa tengok lah kita ni…bergadoh sesama sendiri, cucuk sini cucuk sana……. tunggu aje masa…. Lim Kit Siang pun ada juga mimpi nak jadi PM tau…

    Hei Melayu…. Bangun lah… jangan asik shok cakap aje…WAKE UP

    Reply

  48. 48 tomtom Apr 21st, 2008 at 3:26 pm

    Sahabat2 dan Penjahat2 sekelian.

    tengok lah.sekeliling kita ni. Memang tak boleh di nafikan orang2 cina berkerja lebih kuat dan lebih tekun. Hidup depa ni ni, siang , malam cari harta, cari duit. Tuhan depa sebnarnya memang DUIT. Depa ni sanggup buat apa saja untuk mendapat kekayaan dan kuasa di mana2 mereka berada. Merantau keseluroh pelusuk dunia cari harta. Tak boleh di nafikan.

    Kelebihan orang melayu, kita ni ada UGAMA dan ISLAM. Ugama kita ni tak melarang mencari harta dunia, yang mustahak HARTA DUNIA AKHIRAT. itu yg lebih penting, jadi, pasal duit dan harta dah jadi secondary. Sebab tu lah ekonomi orang melayu kurang sikit. Sebab tu lah kita tak jalankan perniagaan judi, jual arak,pelacuran,4-ekor, jual Dadah dan lain2 lagi. Tapi yang menjahanamkan bangsa kita dan anak2 muda kita adalah semua perkara2 haram yg saya sebut di atas. Betul tak ??? Orang 2 melayu sekerang dah terikut2 sangat2 budaya depa dan barat sampai dah lupa “CULTURE” dan ugama Kita. Kalau you orang setuju dgn perkara ni, than, do somthing…. for our benifit.

    Depa nak “EQUALILITY” tapi bila orang muslim or melayu kena tangkap berkhalwat dengan orang bukan Islam, tak boleh di hukum orang bukan islam,kerana depa tak tertakluk bawah undang2 islam. Depa lepas drp hukum dunia, tapi orang islam kena hukum denda, penjara, hukum sula ,kena sebat, kena potong jari dan tangan, malu di beritahu media dan lain2. Depa ?????? relax aje tak kena apa apa pun. Kata tadi nak “Equalility”. Benda macam ni you orang tak nampak ke????atau buat tak tau je??? Dulu maki dan kutuk pak lah dan sanggup panggil dia Penjual Babi, walhal dia nak cuba kurang kan pengeluaran babi tu,dan sekarang??? you orang “champion” kan penternak Babi semua. You orang memang lah “GILA BABI” betul lah…BTW kenapa tak buat kandang2 babi tu semua dekat dekat dengan “NEW VILLAGE”, kan depa yang makan benda tu.

    Kenapalah che k\halid tak buat projek ternakan ayam ke, lembu ke dulu. kan itu lebih baik. buat projek tanaman kelompok dgn orang2 kampong melayu or jawa, kan lebih mulia. buat hospital ke, buat sekolah ugama ke. kan lebih champion… I for one would salute you for that. Ini……benda yg bukan bukan yg di buat dulu. Please lah Wak.. wake up… bangun lah.. DO SOM’THING FOR THE MALAYS!!!!!!!!!!!!!!

    Reply

  49. 49 Cucu Tok Bachok Apr 21st, 2008 at 5:19 pm

    Assalamualaikum,
    Dari pengamatan saya, yang masuk blog ini dan sokong akan ternakan babi di Selangor dengan pelbagai asalan dan hujah adalah orang Melayu. Yang peliknya orang bukan Islam atau yang makan babi buat biasa saja. Mereka mungkin tersenyum melihat bagaimana orag Islam terbahagi kepada dua puak yang mana menyokong ternakan babi dan yang menentang.

    Kepada yang menyokong Industri babi di Selangor, saya nak tanya apa perasaan anda kalau pusat ternakan babi yang dikatakan serba moden ini ditempat di tempat anda. Mengapakah pusat ternakan ini ditempatkan di Sepang bukannya di Shah Alam,, bandar Tun Ab. Razak kerana dikatakan air kubahan ini bersih dan tidak berbau.

    Bayangkan saudara-saudara, China negara yang begitu luas dan kaya sanggup untuk mengimport babi dari Malaysia. China kalau nak buat ladang babi tentu lebih hebat dari teknologi German.Mengapa mereka tidak mahu buat tentunya ada alasan yang lebih kukuh.

    Reply

  50. 50 kudakepang STC Apr 21st, 2008 at 8:22 pm

    saudara /saudari tomtom.

    Jika kita mahu jadi peminpin malaysia yang adil dan saksama kita kena adil kepada semua bangsa tampa megira bangsa dan agama jika kita halang orang cina ternak babi kita juga kena halang melayu ternak lembu tetapi cuma melayu sahaja yang agak terlalu emosi bagsa lain tak kisah pun bangsa india tek pernah halang orang melayu makan lembu dan ternak lembu sedangkan lembu kepada mereka adalah haiwan yang mulia dan tuhan mereka mereka tidak emosi pun apatah lagi bila hariraya korban orang melayu sembelih lembu begitu banyak sekali terutama pemuda umno buat majlis Korban Perdana dikelantan dengan megah sembelih sebegitu banyak lembu tetapi orang india tak bising pun mereka faham dengan kedudukan masyarakat malaysia yang berbilang bangsa semagat teloransi mereka amat tinggi sekali tidak kepada orang melayu terlalu emosi dan sering megaku ketuanan mereka di muka bumi ini sehingga sangup tidak bertolah ansur dalam isu makanan dan ternakan orang cina kita sepatutnya bersedia bertolak ansur dalam berbagai isu dengan bangsa lain demi kesejahteraan negara dan kita harus terima malaysia sebagai sebuah negara majmuk sebagai bangsa yang terbesar dan memipin dinegara ini kita yang seharusnya menjadi contoh terbaik untuk semua bukan sehaja sebagai umat melayu bahkan sebagai orang islam. kenapa bagsa cina dan india boleh bersedia berkongsi kuasa dan teloransi tetapi tidak kepada orang melayu jika nak bangkitkan isu babi sampai melatup server yahoo pun tak habis, sudahkan kerajaan umno mendapakkan sijil halal dari jakim untuk zoo diseluruh malaysia kerana mereka bela babi dalam zoo? berapa banyak Menteri Petanian keluarkan AP inport babi beku dari luar negara dan berapa banyak wang negara telah keluar untuk inport babi beku? berapa banyak pula Kem terian Hal ehwal penguna keluarkan AP untuk inport babi dalam tin? disabah dan serawak babi diternak sebegitu bebas tak pula umno bising ?kalau kita nak kupas isu babi ini sampai umno pupus pun tak terjawab.jadi kita kena bersikap sedia lebih terbuka dalam soal makanan semua bangsa dimalaysia jika kita halang orang cina ternak babi makan mereka akan inport ini akan menbuat negara kehilangan sebegitu banyak wang megalir keluar negara ini akan merugikan negara dari sudut jangka panjang. harap tom tom fikir fikir kan makanan ruji orang cina pernakkah orang india halang orang melayu makan rendang lembu dan pernak kah orang cina halang melayu makan lemang dan ketupat.

    Reply

  51. 51 zik Apr 21st, 2008 at 9:44 pm

    Wahai Cucu Tok Bachok,

    Ushah berbicara pasal negara luar dan kaitkan dengan Malaysia seperti yg anda kaitkan tentang negara China.
    Realiti kaum Tioghua dapat melihat betapa demokrasinya masyrakat Melayu sekarang, bertapa prihatinnya rakyat Melayu di bawah PR terhadap keperluan kaum Tioghua dan hak mereka utk mendapatkan bekalan makanan. Realiti industri dah wujud sebelum merdeka lagi namun tidak terurus dan terbiar. Boleh anda buat perbandingan industri nuklear dgn ternakan babi moden; yg mana lebih mudarata jika berlaku malapetaka. Nah dah tentu Loji nuklear, satu letupan mungkin satu abad manusia akan lenyap sebelum pulih. Ini adalah contoh yg saya nak berikan jika anda membuat perbandingan diantara industri babi di China dan ternakan babi di Selangor. Salah satu sebab kenapa saya rasa ingin mengimport mungkin kerana keperluan babi itu amat tinggi dan cara mudahn dan murah adalah mungkin mengimport; Yala seumpama kita mengimport daging ayam dan daging lembu dari negara lain sedangkan saya rasa di Bachok pun bersepah lembu dan ayam. Ye tak Tok Bachok.
    Pokoknya dgn sikap ditujukkan oelh Pakatan dan penyokong2nya saya tidak mustahil di masa depan Kaum Tionghua pun akan membantu kita dalam bidang perniagaan sebagai balasan budi terhadap keprihatinan kita. Bukan meminta di balas budi tapi melihat dari aspek kesetiakawanan dan keakraban. Cuba lihat positif dari negatif ye Tok Bachok.
    Ambo Klik Dulu Dey….

    Reply

  52. 52 zik Apr 21st, 2008 at 9:59 pm

    TomTom,

    Satu Saya setuju dgn pendapat anda dan saya x setuju dengan pendapat.
    saya setuju dgn ulasan anda dengan usaha paklah mengurangn babi di waktu JE dulu.
    Tapi saya x setuju anda mengaitkan dengn TSRK, sebab bukan Tan Sri yg kutuk PakLah time tu. So fakta u dah tak relevan
    Dua, semua ahli politik adalah manusia dan semua buat salah x kiralah sapa pun, tp yg pentingnya adakah mereka belajar dari kesilapan mereka yg lalu. Terus terang saya katakan hanya seorang Tokoh je yg belajar dari perkara dn org tu bukanlah TDM atau Paklah. So u tau lah sapa kan..
    Pasal suruh bangun wat somethin utk org Melayu jgn bimbang, Kedah dah buat,Perak buat, Selangor pelan2; Kelate kito lamo dah wat..cthnya Gaji KAFA.

    Yang tak wat apa2 lagi selama 50 thn tak adil(sebab Tunku & Tun Razak byk wat benda utk org Melayu) kita kira start kut mungkin 20 thn lepas zaman TDM samapi lani…ialaha negeri2 BN dan Federal..Terengganu pun kena virus PAKATAN sebab x yah bayar meter air…so kau tunggu le apa PAKATAN nak wat utk org Melayu utk etmpoh 4 thn.. ye tak Datuk Seri…

    Reply

  53. 53 wargabebas Apr 21st, 2008 at 11:00 pm

    Kepada Cucu Tok Bachok,

    Mungkin tempat2 yang Cucu sebut itu tidak ada lagi tanah untuk pertanian.

    Satu kolum dari warta milik umno;

    “I visited a modern pig farm in Denmark in September 2000. When I reached the farm, the place looked more like a factory to me because the pigs were virtually out of sight.

    Neither was there any odour and the effluent was efficiently treated. The pigs were housed indoors in properly ventilated, temperature-regulated and sound-proofed buildings. Each pig was confined to its individual stall. The workers were required to shower and cleanse their bodies before and after entering the building to prevent the spread of any swine disease to humans.

    Such modernised pig farming will be ideal for our country environmentally and socially.

    In this respect, it is hoped that right-thinking Malaysians will support any move by the government to implement this concept of centralised pig farming areas (PFAs), whereby existing pig farms can be relocated to a PFA.”

    Pautan: http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Sunday/Columns/2211808/Article/index_html

    Reply

  54. 54 Melayu Lupa Apr 21st, 2008 at 11:15 pm

    Kenapa manifesto PKR dulu tiada cakap pasal kandang babi ini? isu yang pokok yang dijanjikan untuk pilihanraya tidak dijayakan tetapi isu kandang babi yang jalan dulu. Saya menyesal pangkah PR, parti yang tidak telus

    Reply

  55. 55 zaid_geriks Apr 22nd, 2008 at 11:26 am

    ape2 jelah kita semua ni…
    saya lihat sekian lama isu babi ni menjadi bualan & perbincangan.
    apa yg perlu kita tumpukan sebenarnya adalah taraf kehidupan kita yg terutama
    sekali hidup dibandar semakin tinggi kos kehidupan.
    saya ni bangsa melayu yg menginginkan kehidupan yg lebih baik dari sblm pru-12.
    isu babi kalau kita renung2kan sebenarnya adalah isu untuk mengalihkan pandangan rakyat terhadap isu yg lebih penting sebenarnye..(contohnye kemana pergi wang rakyat yg di katakan dibelanjakan untuk RAKYAT,knp taraf hidup makin tinggi berbanding 15thn dulu?)tolonglah DSAI………..!
    kalau nak dilihat berkenaan isu babi x kan ada kesudahannya..sudah lama saya tinggal di Johor Bahru(kubu kuat umno kononye) yg sekarang ini di pimpin umno,saya masih lagi terdapat ladang2 babi haram di sekeling rumah saya(kg maju jaya skudai)dimana air kumbahan babi disalur ke sungai dimana anak2 kg mandi manda..
    kenapa tidak dijadikan isu??? jawapannye mudah,krn tidak mengangu arus pembangunan kononnye.
    sedarlah kita sebagai org melayu jgnlah hanya menang bersorak maruah tergadai..
    tidak kisah siapa yg memerintah asalkan dia seorang berjiwa melayu dan kehidupanye mengikut ajaran ALLAH(al-quran),hadis & sunnah.insyallah selamatlah di dunia & akhirat.
    kpd para pemimpin & bakal memimpin..tlnglah..jgnlah sampai anak cucu kita hidup merempat di tanah sendiri ,anda semua akan di tanya di padang mashar nti apakah anda telah melakukan tangungjawab anda sebagai seorg pemimpin? adakah anda sebagai seorg pemimpin yg menegakkan siar Islam sebenar(bukan islam berlari)
    igat2 lah buat kita semua termasuk siri saya ini yg dunia ini adalah tempat ujian yg paling mencabar yg menentukan kita ke syurga insyallah atau neraka jahanam nauzubillah.

    jgn terlalu seronok sgt atas kemenangan yg x seberapa ini,jgn sesekali lupa diri krn musuh dlm lipatan sentiasa mengambil peluang ke atas kealpaan kita.contoh skrg ni sudah bnyk ditayangkn dlm kehidupan harian kita.
    contohnye sudah bnyk kelab2 mlm yg di buka yg bnyk merosakkan akidah anak bangsa kita subahannallah….
    ALLAH pernah menjanjikan kpd umat Nabi Muhammad SAW barang siapa mengikut ajaranku nescaya mereka akan selamat dunia akhirat.
    kita tidak perlu sebenarnye pembangunan yg makin meroskkan akidah,mari kita mencontohi rakyat Kelantan di bwh pimpinan Tok Guru walaupun tiada bangunan pencakar langit yg boleh dibangakan tp amat berbangga sekali sebagai anak melayu melihat begitu banyak saudara se agama yg berjaya di sana.bg mereka yg tidak pernah kesana pergilah untuk buka minda anda.
    tiada langsung aktiviti yg melalaikan yg di hidangkan.
    kos sara hidup mereka juga amat mengejutkan saya dimana mereka ini yg mana kerja dijawatan yg sama dlm agensi kerajaan tp melihatkan keadaan kehidupan mereka sungguh cemburu hati saya ini,manakan tidak jika kirakan gaji sama tetepi isteri mereka tidak pula perlu bekerja dan boleh menjaga anak2,jauh sekali jika dibandingkan saya yg tinggal di Johor yg maju kononye tetapi isteri bekerja anak2 terabai(ini yg menyebabkan insitusi keluarga porak poranda nauzubillah)
    tolonglah kami ini yg makin kesempitan dgn cara kehidupan sekarang.

    kita letakkan isu babi ini perkara kedua.isu isitusi kekeluargaan & kos sara hidup ini amat penting kita utarakan.

    Tolonglah Dato Seri Annuar Ibrahim & kepada Tok Guru Nik Aziz sama anda bantu kami di bawah ini .jgn biarkan kami terabai seperti para pemimpin umno yg selama asyik membela nasib kroni mereka aja.

    jgn biarkan kepercayaan kami kpd anda di kotak katikkan

    disini saya akhiri dgn wassalam.segala salah silap dlm luahan saya ini saya minta maaf.

    Assalammualaikum para saudaraku

    LAWAN TETAP LAWAN
    BIAR YG KORUP TERTEKAN

    Reply

  56. 56 sjeicah Apr 22nd, 2008 at 8:29 pm

    Assalamualaikum Dato’ Sri,

    Pilihanraya ke 12 telah pun berlalu dan kita semua maklum akan kemenangan besar oleh Pakatan Rakyat. Walaupun masih tidak dapat membentuk kerajaan Malaysia tetapi jumlah kerusi memang cukup banyak. Tempias kekuatan PR memang akan terasa pada kali ini di parlimen.

    Saya menanti dengan penuh ghairah akan sidang parlimen kali ini. Tetapi saya lebih menanti berita yang lebih baik dari jumlah PR yang ada berada di parlimen. Tindak tanduk kerajaan BN era selepas Pilihanraya ke 12 telah sebanyak sedikit ada kendurnya dari terus menjadi sombong bongkaknya. Sebenarnya mereka bukan berniat berlembut pun tetapi mencari ruang supaya boleh diterima semula oleh rakyat. Peluang yang sempit cuba di besarkan, diputarbelit selagi boleh dan dalam masa yang sama mengharapkan rakyat akan lalai semula dan jika ini berlaku maka sifat semula jadi BN akan dapat diserlahkan semula samada sengaja atau buat-buat tak sengaja atau kedua-duanya sekali.

    Perangai mereka kita dah paham sangat. Mereka tak payah nak cuba membuktikan apa-apa lagi. Sebenarnya rakyat melata dah benar-benar nak MUNTAH bila dengar apa-apa propoganda mereka lagi. Media perdana yang memang terlalu angkuh masih cuba menutup segala kelemahan mereka. Itu belum masuk ketololan mereka yang masih percaya mereka masih kuat!

    Perkara pokok yang benar-benar mengdombakan pemikiran saya ialah bila PR boleh memerintah Malaysia. Saya yakin dengan teramat sangat bahawa telah sampai masanya kita mendapat menafaat daripada kerajaan yang baru. Kerajaan yang ada dah memang terlalu lapok dan kita mahu peluang memerintah diberikan kepada yang lebih layak.

    Sebenarnya saya ingin sangat melihat Dato’ Sri menjadi PM Malaysia. Jiwa Dato’ Sri lebih rakyat dari pemimpin BN yang sedia ada. Sifat toleransi Dato’ memang dari dulu lagi. Saya yakin jika DAto Sri menjadi PM tentu semua rakyat jelata dapat menfaat yang lebih. Samapaikan laluan bas/teksi pun Dato’ ambik kira; masih ingatkah lagi usul lepas pukul 8:30 malam laluan bas/teksi itu boleh dilalui oleh kenderaan terbanyak? Jadi BN tak payahlah kelirukan lagi alasan-alasan yang memang pun dah lapok. Yang sebenarnya rakyat hendak hidup yang lebih harmoni dan dapat dinikmati oleh semua. Bukan membahagiakan sekelompok tertentu sahaja.

    Gulungan muda belia sekedar berumur dua puluhan memang banyak yang memilih PR. Mereka ini luhur hatinya bukan mengharapkan upah laba yang keterlaluan malah ada sesetengahnya sanggup berjuang walau tanpa sebarang ganjaran sekalipun. Saya sangat bangga pada sifat ini kerana sifat ini hanya ada pada pejuang era awal kemerdekaan dulu. Gulungan Melayu pada masa itu memang berjuang dengan penuh luhur (sesetengah tempat itu mereka sangggup berbasikal berbatu-batu hanya semata-mata untuk mendekati kegiatan arus politik). Tidak sama dengan gulungan muda belia yang ada sekarang khususnya dari BN yang ada sifat itu. kalau mereka sanggup menghadiri mesyuarat itu pun sesetengahnya perlu ada ganjaran dan sebagainya.

    Saya menjadi begitu mengharap supaya Dato’ Sri menjadi PM. Kalau boleh lagi cepat lagi baik. Seronoknya kalau PR dapat memerintah. Tentu Malaysia lebih makmur. Tetapi satu soalan cepumas dari saya ialah siapakah orang nombor dua bagi menggantikan tempat Dato Sri. Saya sangat mengharapkan semoga Dato’ Sri dianugerahkan kesihan yang paling baik. Saya benar-benar tidak sanggup melihat ada orang yang mengkhianati Dato’. Tetapi perjuangan PR sangat penting kerana melibatkan keutuhan sebuah negara. Saya harap Dato’ Sri dapat melatih sesaorang yang benar-benar berkebolehan supaya dia dapat mendapat ilmu dan sebagainya dari Dato’. Saya harap Dato’ Sri lebih maklum akan hasrat saya sebagai seorang rakyat kerdil ini. Dapatkanlah ’shadow person’ itu. Bentuklah dia sebaik yang mungkin.

    Salam

    Reply

  57. 57 sjeicah Apr 22nd, 2008 at 8:34 pm

    perenggan terahkir kesihan sepatutnya dibaca sebagai ‘kesihatan’. Harap maaf/maklum.

    Reply

  58. 58 jalak_lenteng Apr 27th, 2008 at 3:03 pm

    Salam Hormat buat DSAI yang sudi datang kekelantan,menjenguk Tok Guru yang memerintah kelantan dan telah membuktikan kelantan cemerlang dari semua aspek.Tahniah kepada Tok Guru dan juga pendokong2 Pas yang berjuang atas dasar jihad.Kelantan Negeri Serambi Mekah bukan sekadar kata-kata sahaja.

    Saya ingin menjawab mengenai isu Babi @ Khinzir bukanlah suatu yang memecahkan islam,kena lihat dari aspek feqah dan kesepakatan ulama.Saya ingin memenetik kata2 Tok Guru Nik Aziz yang dalam WASILAH berpendapat ternakan babi bukanlah menjadi kesalahan dalam islam dalam konteks negara yang mempunyai pelbagai kaum.Tidak salah sebenarnya kerana itu adalah makanan mereka..namum dalam aspek yang lebih luas perlunya satu pengurusan perladangan yang betul dan terurus bagi menjaga kepentingan umat islam.Sebab ituk langkah Dato Khalid bukanlah provokasi politik ataupun kesilapan pemerintahannya.Inilah yang dinamakan keadilan islam yang syumul , memberikan hak kepada yang bukan Islam untuk menerima haknya.Jika dilihat dari kacamata islam seharusnya orang islam kena akur dengan hak mereka selagi tidak bertentangan dengan islam dan akidah islam.Saya yakin ini bukan lah perbalahan tapi adalah perbincangan intelek dan perbincangan ini akan menemui hasil yang baik.Apa kata kita serahkan perkara ini kepada majlis ulama untuk menentukan apa yang terbaik.Jika DSAI terbaca tolong khabarkan kepada para ulama kita yang arif untuk mengumumkan hasilan ijtihad mereka dalam blog ini.Penting agar orang islam tidak berpecah belah dalam isu ini.Mungkin ianya amat sensitif tapi terimalah hakikatnya bahawa Malaysia ditakdirkan Allah menjadi negara yang berbilang bangsa.Ingatlah wahai muslimin dan muslimat anda akan dipertangungjawabkan dihadapan Allah…ingatlah

    Wassalam.

    Reply

  59. 59 Bakal KM Sabah Apr 28th, 2008 at 12:21 am

    To sumbiling

    Salam for u. Sapa kata rakyat Sabah menderita sekarang ni. Mungkin awak je sebab awak malas kerja. Kau mau tau kenapa Sabah banyak PATI, sebabnya Sabah tu salah satu negeri lubuk emas-maksudnya banyak peluang pekerjaan. Kalau rakyat sabah malas kerja memanglah akan menderita. Takkan DSAI bagi sumber pendapatannya dengan kamu orang-tak mungkin punya. sumbiling, jangan kata sabah tu hak engkau seorang. Jangan persoal tentang hak royalti. Cuba kau belajar lebih dalam lagi mengenai hak. Untuk pengetahuan kau semua hasil bumi adalah hak mutlak pemerintah yang membentuk kerajaan. Sayapun orang Sabah macam kau tapi bezanya aku ni jenis berdikari dan tidak mengharap bantuan pemimpin. Kau ni macam katak bawah tempurung lah. Jangan berangan tahi kau tu jadi duit. Pergi kerja-jangan malas tau. Kalau tak ada kerja- kerja je dengan aku jadi tukang cebok.

    Reply

  60. 60 Iran May 17th, 2008 at 11:54 am

    Dato Seri,

    I heard comments from residance from Kg Jawa Klang complaining about Dr Xavier does not perform to settle a lot of case in his area,

    The prevoius ADUN did scan & advise at least 80 case per day.

    hope this will get to your attention to advise Dr Xavier & support him in other way so he can perform better and gaining more support & trust for PKR

    Cheers

    Reply

Leave a Reply




 

anwaribrahim: Blog: Ku Li: Perdana Menteri Jelas Tersimpang: Dari TV Selangor Demi laba politik, kerajaan Datuk Seri Najib Razak... http://bit.ly/ccPtBf
11 minutes ago
anwaribrahim: @nayeel Tahniah kpd semua, terharu dgn sambutan.Perhebat kegiatan- kempen keahlian! #fb
12 hours ago
anwaribrahim: @mh3 Recording will be done later.But our friends need to focus on the issue #fb
12 hours ago
anwaribrahim: @elizabethwong ProfAmatyaSen-glad to visit Selangor.Will follow up #fb
12 hours ago
anwaribrahim: @irrational cow Found lecture venue.Try "sacred cow"-deschooling society Ivan Illich #fb
12 hours ago

Galeri Flickr

15.03.2010 @ parlimen 036 15.03.2010 @ parlimen 033 16.03.2010 @ di parlimen 170 16.03.2010 @ di parlimen 161 16.03.2010 @ di parlimen 128 16.03.2010 @ di parlimen 137 16.03.2010 @ di parlimen 128 16.03.2010 @ di parlimen 122 

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

April 2008
M T W T F S S
« Mar   May »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930