Archive for April 19th, 2008

19 April 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

pemudaPR dan rakan menegur kebijaksanaan Kerajaan Negeri Selangor menangani isu ternakan babi. saya akui keresahan banyak pihak di peringkat awal. Walaubagaimanapun penjelasan yang diberikan oleh Tan Sri Khalid dan Sdr Yaakop Sapari melegakan. Ia berkaitan penumpuan ternakan ke kawasan terbatas setelah memindahkan kawasan ternakan yang berselerak di seluruh negeri. Pertimbangan persekitaran dan kebersihan diutamakan. Yang juga menarik adalah keputusan awal kerajaan BN sebelumnya dan kepentingan syarikat yang melibatkan pimpinan umno.

Gesaan ahliaslipr supaya berwaspada dengan keselamatan diri telah banyak disampaikan kepada saya dan rakan-rakan. inshaAllah akan kita ikhtiarkan termasuk dengan iringan doa.

Puisi Halik Zaman dan jamilkucing sudah ditatap dengan rasa berdetup detab.

Telahan eddieputra tepat sekali. kita tidak harus berangan mengharapkan perubahan serius dari pimpinan Umno-BN. apa mungkin media dan badan kehakiman bebas?

19 April 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

Ada di kalangan saudara/i pantas memberikan reaksi terhadap kenyataan PM Abdullah mengenai krisis badan kehakiman. Ada beberapa persoalan yang berbangkit yang harus dihalusi.

Pertama: sanggahan kita terhadap rasuah dan hakim yang diperalatkan sang penguasa kini terjawab. Apakah jurucakap Umno dapat akui kezaliman berdekad tersebut?

Kedua: kalangan yang bertanggungjawab daripada pimpinan politik, hakim dan peguam negara harus diumumkan. Mereka perlu menuntut maaf terbuka.

Ketiga: berkaitan dengan pengumuman PM tersebut, Dato Najib mengulas menafikan bahawa Kerajaan menuntut maaf. Ajaib! Apa muslihat Najib, dan mengapa harus berselindung lagi?

Keempat: menyusul kenyataan tersebut, apa pula kesudahannya dengan orang-orang yang dizalimi oleh sistem perundangan yang dijadikan alat?

Walhasil, meskipun PM Abdullah kelihatan mengakui kesilapan lalu, namun kenyataannya masih terbatas, tidak menuntut maaf dan seolah-olah memelihara penzalim dan tidak bersedia membela kalangan yang dizalimi.

Inshaallah, langkah susulan mampu dikendali kerajaan Pakatan Rakyat.

ANWAR IBRAHIM