Maka saya terpanggil mengimbas karya Allahyarham Usman Awang atau Tongkat Warrant yang menitipkan dua buah puisi khusus untuk saya dan Azizah sebelum Allahyarham meninggalkan kita.
Allahyarham sasterawan yang tiada galang ganti. Al fatihah..
ANWAR IBRAHIM
JENTAYU YANG LUKA (Untuk Wan Azizah)
Tiba-tiba dia bangkit
Dengan kelembutan yang tetap sopan
Berdiri di barisan paling hadapan
Sebagai pahlawan keadilanLama dulu wajahnya tersembunyi
Di belakang pemimpin berani sang suami
Mengintip dengan mata kecilnya
Segala tingkah dan senyuman pura-pura
Si pengampu yang bermuka dua
Si penyembah yang berjiwa hamba
Si pengemis segenggam labaDia adalah jentayu yang luka
Terbang mengepak menyonsong gumpalan awan
Mencakar menjeritkan kebebasan dan keadilan
Mencabar dunia yang semakin kejam.
Selamat Hari Lahir (buat Saudara Anwar Ibrahim)
Palu telah dijatuhkan
Lama sebelum tanganmu terikat ke belakang
Kau gegar aras kayangan
Kekuasaan yang mula tergoncangSekali tanganmu terancung ke udara
Sejuta teriakan menyambutnya
Sekali suaramu terpancar ke angkasa
Sejuta gelombang gema menyahutnyaDemi sumpah perjuangan
Demi maruah keadilan
Tabah dan gagah
Tidak pernah menyerah.Demi sumpah perjuangan
Demi maruah keadilan
Tabah dan gagah
Tidak pernah menyerah.
















selamat hari lahir DSAI!
“Kan kupintal awan gemawan, buat kalung di lehermu.”
Cair hati seorang isteri dek kerananya.
Di situ kelebihan Tongkat Warant.
Itu sebab pemuisi selalunya ada ramai ‘girlfriend’ muda-muda!
Gi tanya Samad Said….
TS Khalid pun hebat bila berpuisi.
Saya suka sangat dengan “Bunga Popi”.
Semasa di Tingkatan 5, kena buat ulasannya.
Pusing pening sebab saya ni orang kampung, mana bisa dengan puisi?
Pantun tu ada le. Dah la cikgunya garang.
Tahniah dengan ‘JENTAYU YANG LUKA’, Kak Wan.
Adakah pusisi hari jadi itu ada kaitan dengan hari jadi anak saudaraku?
http://strangelycharming.blogspot.com/2008/04/8-years-later.html
HARI INI KAU BANGUN LAGI
(Sebuah puisi untuk DSAI)
Sudah kesekian masa kau kembara dalam doa
Disubuh syahdu kau menangis dalam meminta
Permintaan yang kini sudah nampak cahayanya
Bukan untuk mu atau anak isterimu–Bukan!
Dari rahang mendidih sungai yang melimpah bah
Kau bangun dengan gah bersama doa kudus mu
Untuk agama mu! Untuk bangsa dan Negara mu
Kau jatuh! Kau bangun! Kau jatuh! Kau bangun!
Dulu “malam itu†pernah berbicara sendiri
Jangan kau langkah! Disana ada bahaya!
Disana ada ribut ada raufan
Tapi kau tetap gah menghadang ribut dan raufan
Mujur lalu haram melangkah
Kalau melintang
Biar patah!!!
Kau terdamba pada perjuangan yang nekad
Azam mu bagai kilat menyambar bumi
Demi kami kau sanggup renangi lautan api
Demi kami kau harungi fitnah dan maki
Masih kah kau ingat,dulu kau dipaut erat erat?
Setelah cita dan impian mereka digapai
Kau pun dihunban ke perigi buta
Dilempar bak kaca berderai–Itupun kau pasrah!!
Hari ini kau bangun lagi
Bukan sebagai Laksamana Hang Tuah
Bukan juga sebagai si-Jebat derhaka
Tapi kau bangun dipersada bonda
Untuk menegakkan Keadilan Negara!!
17-4-2008 DHZaman
Salam…semoga sentiasa di bawah lindunganNya…dan sentiasa berada di dalam jalanNya…
Selamat Hari Lahir untuk Dato’ Seri.
from;
ex-student Universiti ‘Melayu’.
Selamat Hari Lahir untuk Dato’ Seri.
from;
ex-student Universiti ‘Melayu’.
DSAI, suka saya sematkan satu lagu ini… hasil dendangan SUDIRHAM HJ ARSHAD….
(KISAHNYA MEMANG KENA DENGAN DSAI)
-WARISAN-
Disini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan
Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini
Betapa
Dibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki
Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini
Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan
apa kabar
salam..
alaa..sy dh terlambat..
xpela..hari2 adalah hari lahir kte kan..hari2 kne bersyukur..kne berdoa
so..
selamat hari lahir DSAI
may Allah bless u..always..kita sume juga :)
The secret to SUCCESS is to “zig zag” your way to the top. The secret to happiness is to SMILE along the way. Happy birthday DSAI.
vote DSAI here …
http://www.time.com/time/specials/2007/article/0,28804,1725112_1723512_1724577,00.html
Selamat Hari Jadi DSAI
Ya Allah ya Rahman ya Rahim.. panjangkanlah umor, sihatkanlah tubuh badan DSAI supaya dapat meneruskan perjuangan keadilan dibumi Malaysia sehingga berjaya demi agamaMu ya Allah. Ya Allah ya tuhan ku cucurilah rahmatMu kepada DSAI. Amin-
Assalamualaikum Dato Seri,
Jamil ucapkan selamat menyambut hari lahir dato seri. hadiahnya ialah bebasnya dato seri ke persada politik, menjawab sikit respon dato seri ( jamilkucing menghilang ) tersenyum jamil .bukanlah menghilang dato seri .ada tetap ada bersama keadilan. di kereta,skuter tetap lambang dan kata-kata semangat dato seri tak di buang.cuma berdiam diri. memerhati gelagat-gelagat satu dua kerat kawan-kawan. apa pun jamil bersyukur dan bangga jamil bukan menghilang kerana menyokong parti lain atau berlawan arus.cuma mungkin jamil tergolong dalam golongan hanya akan masuk jika keadaan yang memerlukan sokongan kuat. dato seri jangan risau perjuangan dato seri tetap di bahu jamil.untuk meneruskanya. dato seri teruskan apa yang di kata kami akan dukung bersama. sampaikan salam jamil buat datin seri,nurul izaah dan suami serta adik-adik lain terutamanya nurul hana.
jamilkucing.
http://www.flickr.com/photos/jamilismail/
Selamat Hari Lahir Dato Seri..=)
SALAM PERJUANGAN…
PUISI KHAS BUAT PEJUANG HEBAT DAN TERHEBAT DSAI..
GEMERSIK BERKILAU CELAHAN RIMBUNAN MEMANCAR CAHAYA. SINARAN DULUNYA REDUP,MENDUNG HAMPIR PUDAR. KELANGSUNGAN KUASA BAGAI PERSUNDALAN,MEMERAH RASA MEMALU ULU HATI PENCINTA KEADILAN. SEMANGAT MEMBUAK WAJAH PEJUANG YANG TERKURUNG MENERJAH. HINGGA KETENANGAN TIADA WARAS.LAMBAIAN REFORMASI MEMBELAH TRADISI..REFORMASI..REFORMASI…REFORMASI…LAUNGAN KERAMAT LAUNGAN SEMANGAT..SINARAN DIRIMBUNAN MEGAH BEBAS MEMANCAR. MENYELINAP DAN MERESAP KESELURUH JIWA..ANDAINYA DUNIA INI MILIK KU AKAN AKU HADIAHKAN PADA MU SEBAGAI WARISAN ANAK CUCU KU..AGAR MEREKA TAHU PERJUANGAN MU AGAR MEREKA TAHU PENGORBANAN MU..AGAR MEREKA TAHU MENGHORMATI MU..AGAR MEREKA TAHU APA YANG PERLU MEREKA TAHU..AGAR MEREKA TAHU PEJUANG SEJATI DAN ANWAR IBRAHIM ADALAH SATU..DAN AKAN TERUS BERSATU.
aduh-aduh saudara Anwar membuai kita dengan sastera dan puisi sebelum melangkah ke Putrajaya.
Nampaknya saudara Anwar merindu-rindu pada our great Bung Tongkat Warrant dan sangat mengagumi kesasterawanannya .
Sastera itu kesenian rasa yang terkandung kejituan semangat.
Usman Awang mentor dan pujaan Anwar semasa remaja dan kemudian menjadi sokongan semangat juang Anwar ketika di penjara .
Bahasa Bung Usman tulen , indah , segar dan evergreen sementara intipati temanya : perjuangan rakyat marhean yang menginspirasi perjuangan Anwar .
(musa hitam pun curi melayu kena ‘kurang ajar’ dari Bung Usman)
Jadi mari kita bersama-sama membongkar semula warisan bangsa Melayu kita dan Nusantara Indonesia - dari asas 50 , angkatan 45 dan kita reform semula sistem pembelajaran kita yang mati sasteranya . kita jangan mencontohi Jepun yang suatu ketika dulu kaya dengan sastera dan seni tetapi dibadai oleh teknologi hingga tinggal hanya seni animasi dan komputer game.
(Anak gadisnya lebih banyak berporno dari gadis Eropah !!)
KITA HIDUPKAN SEMULA PELAJARAN SATERA DAN KITA SUBURKAN CINTA SASTERA MELAYU KITA !!
SASTERA ADALAH TUNJANG PERADABAN KERTAMADUNAN .
Anwar - kaulah pejuang Melayu tulen sebab itu Gayung mengkhalifahkanmu .
AL FATIHAH untuk Bung Usman , Keris Mas , Pak Sako dan sekelian pejuang sastera jati Melayu.
Tenang-tenang lah kalian di peraduan Barzah . Kami akan menyusul juga .
Terima kasih juga pada saudara Elias kerana menitipkan :
“Kan kupintal awan gemawan, buat kalung di lehermu.â€
(kan ku hembuskan kalimat itu didedaun telinga isteriku saban malam , Pak)
Jentayu yang luka…. amat mendalam makna puisi tersebut. Terbayang kembali betapa sengsara DWA sewaktu DSAI di penjara. Syabas DWA, you are one in a million.. tak ramai yang dapat melalui payah jerih berjuang untuk suami tercinta - “dengan tangan yg sebelah tergari”…
Yang Berbahagia Dato’ Seri ,
Selain puisi dan sastera yang pelbagai jenis itu , Filem juga memainkan peranan yang tidak kurang penting dalam menyemarakkan dunia seni terutama pada abad 20 hingga kini . Ianya juga satu karya seni yang paling ‘renyah’ untuk dihasilkan kerana melibatkan ramai tenaga dan wang .
Namun demikian kerana sifatnya yang berskala besar itu ianya terkandung pelbagai jenis-jenis seni yang lain daripada lakonan , tarian , seni visual , seni dailog , cereka dan pelbagai lagi . Lantaran itu untuk mendapatkan pulangan maka seni filem memfokuskan aspek komersil yang kadang-kadang melampau kerana itu unsur sex , violence , gore dieksploitasikan bagi meraih keuntungan.
Orson Welles seorang pengarah lagenda Amerika pernah berkata : Semua idea dan pemikiran yang ada dalam filem boleh dimasukkan ke dalam satu jarum peniti termasuk filem aku sendiri .(spt citizen kane yang sering dinobatkan sebagai the best film of all time) . Pun begitu saya kira filem masih banyak ruang untuk dimasukkan unsur-unsur pengajaran mahupun idea dan pemikiran jitu. Spt puisi walau kita terbuai dengan keindahan bahasa tetapi kita dapat meresapi intipati pemikiran yang terkandung padanya . Filem-filem Iran adalah antara contoh dewasa ini yang mengandungi banyak pemikiran disamping dapat dinikmati keseniannya . Filem-filem P.Ramlee juga walau tidak terlalu seriusnya tetapi sarat juga dengan pengajaran yang tajam . “Musang Berjanggut” adalah antara filem pengajaran untuk orang dewasa yang terpakai untuk setiap zaman .
Di Malaysia ini walaupun dimomokkan oleh filem-filem bodoh yang membodohkan tetapi saya kira terdapat tidak kurang juga pengkraya @ film maker yang mampu menghasilkan filem yang mengandungi pemikiran disamping penuh artistik tetapi juga dapat berkormesial dalam erti kata filem yang bermutu . Pengarah-pengarah mapan seperti Nasir Jani @ Adman Salleh mahupun pengarah muda seperti Abror Rivai mampu menghasilkan filem-filem yang dapat mengangkat nama Malaysia sebagai negara yang kaya seni . Aziz M. Osman pun punya kelebihan yang tidak kurang juga tetapi barangkali untuk terus survival dalam dunia hiburan filem yang serba bodoh itu maka beliau telah melencong dari keupayaannya yang sebenar . Tetapi untuk menjayakan hal ini mereka ini memerlukan dana dan penaja dan iklim baru yang mesti di wujudkan untuk menjadikan Malaysia dunia keindahan seni dan ketinggian budi .
salam..
selamat menyambut ulang tahun DSAI…
semoga perjuangan mu di rahmati-Nya dan semoga senyum sokmo :D
saya yakin puisi ini bukan dcipta untuk lunak ddengar tapi kebnaran dalam ertikata yang sebenar
SELAMAT HARI LAHIR, BUAT INSAN YANG SENTIASA SAYA SANJUNG KEKUATAN DAYA JUANGNYA.SEBELUM INI, SETIAP KALI HARI LAHIR DSAI, SAYA SENTIASA BERSEDIH, MENGENANG KEADAAN DSAI ‘DI DALAM’. TETAPI SEBAGAIMANA DS JUGA, SAYA PUNYA SEORANG ISTERI YANG MEMAHAMI DAN SENANTIASA MEMUJUK…BELIAU SERING MELONTARKAN KATA-KATA “TAK APA.KITA SABAR MENANTI KETIKANYA. DSAI DIUJI ALLAH SEKARANG, DENGAN DUGAAN MAHA BERAT..KERANA SUATU HARI NANTI ALLAH AKAN MENGURNIAKAN SESUATU KEPADANYA, UNTUK MEMBELA RAKYAT”.AYAT-AYAT ITULAH YANG MENGUATKAN HATI SAYA, DAN HARI INI, TERBUKTI BENAR KATA-KATA ISTERI TERCINTA. TABIK DS, SEJARAH YANG TELAH DS CIPTA MELAKAR PETA BUMI MALAYSIA YANG BARU, YANG PASTI LEBIH MAKMUR, INSYA ALLAH.
DSAI, SELAMAT HARI LAHIR MOGA ALLAH MEMELIHARA TUAN DAN KELUARGA DARI FITNAH DUNIA DAN AKHIRAT.
Teringat satu lagu nasyid yang didendangkan Hijjaz, Sunnah Orang Berjuang. Penuh semangat dan inspirasi. Kuatkan usaha, jangan gentar. Nampaknya musuh makin terdesak untuk melemahkan kita, menggunakan polis dan mengatur grand design untuk melemahkan DSAI. Saranan, cepatkan proses membentuk kerajaan persekutuan. Bimbang berlaku seperti ops lalang. Harimau tersepit sangat berbahaya, walaupun harimau itu sudah tua dan lemah…
Kenapa semua org mengucapkan selamat hari jadi ye? bukan ke hari kelahiran DSAI 10 Ogos.. SELAMAT PULANG KE PERSADA POLITIK DSAI!!!!
Datuk Seri,
….Sekali tangan mu terancung ke angkasa
….Sejuta gelombang gema menyahutnya
Lancar, bersahaja dan ikhlas kata-kata yang dinukilkan oleh Usman Awang kepada sahabatnya… Beliau menukilkannya dengan penuh penghayatan liku-liku hidup dan perjuangan Datuk seri pada masa itu; tidak berlebihan dan tidak pula berkurangan maksudnya.
Begitulah hebatnya kemanusiaan Dr.Usman Awang. Beliau tidak berdiam diri apabila melihat soal kemanusiaan telah diperkosa. Dalam keuzurannya beliau masih mampu menukilkan sebuah puisi yang penuh bererti untuk seorang pejuang.
Berlawanan sekali dengan sebuah puisi yang cuba disogokkan kepada rakyat oleh seorang pemimpin semasa dianugerahkan jawatan Perdana Menteri kepadanya.
…..bukan harta bertimbun yang ku cari
…..tapi Al-Ghazali dan Al-Shafie….(maaf tak ingat saya puisi itu)
Kurang lebih, begitulah madahnya….
Kita tidak pertikaikan keindahan puisi itu. Masing-masing punya pandangan sendiri menilainya. Tetapi maksud yang tersirat dalam puisi itu, rasanya amat bertentangan sekali dengan seluruh tubuh orang yang dimaksudkan.
Siapa pun boleh jadi penyair tetapi janganlah jadi penyair ” jadi-jadian”.
Salam Dato’ Sri, Salam perjuangan.Jangan leka dengan pujian2 inilah yang menghancurkan melayu kianat UMNO dulu, kini dan selamanya..Kita BANGKIT mengatur langkah terus dan sempurnakan InsyaAllah. Kami “Melayu Baru” di belakang Dato’ Sri. Melayuku.. Bangunlah.. masih ada diluar sana 1,000/10,000/100,000 Anwar Ibrahim. Kalau yang 1 ini gugur teruskanlah Perjuangan untuk Agama dan Negara!Amin
Salam Reformasi,
Betul mesej si Mellow yang hari lahir DSAI adalah pada 10 Ogos, mungkin rakan-rakan kita ni nampak puisi yang ditulis bersempena dengan hari lahir DSAI oleh sebab itu ucapan selamat hari jadi itu diucapkan.Ini satu tanda yang kita begitu sayang dengan DSAI, hingga tak sabar-sabar nak ucap selamat ulang tahun kepada DSAI. Ia merupakan satu semangat juang yang tinggi bersama-sama DSAI untuk membela keadilan rakyat. Saya ingin memberi cadangan disini agar DSAI menwujudkan satu platform untuk melatih generasi muda mengenai politik dan menyediakan lebih ramai pemimpin muda-mudi bagi menghadapi PRU-13.Saya juga memohon agar DSAI dapat berkunjung ke Sabah dan Sarawak bagi meneliti masalah yang dihadapi oleh jentera Keadilan Sabah dan Sarawak dan mungkin perlu juga diujudkan satu badan untuk memilih calon yang lebih berkarisma agar kesilapan lalu tidak berulang dimana ada sebilangan calon yang dipilih gagal menyampaikan ucapan dengan baik serta tidak memiliki strategi untuk menang. Daripada 10 ceramah yang dihadiri oleh saya sepanjang PRU-12 di Sabah, hanya 2 sesi ceramah sahaja mendapat sambutan yang baik dari rakyat.Ini menunjukkan kegagalan calon kita.Ubah sebelum parah, Moga-moga calon PRU-12 yang kurang menyerlah atau tidak pandai berucap ditukar demi rakyat yang tercinta.Saya juga mencadangkan agar platform itu dinamakan Menjana Kemenangan Rakyat.
brother anwar
kembalimu kepersada
gempita suara rakyat…suara keramat…
diiringNya…seribu rahmat
usah persia amanah ummat
perkuat tekad semangat dan kudrat
kerana hanya keranaNya kita sepakat…
bukan harta bertimbun yang ku cari
…..tapi Al-Ghazali dan Al-Shafie…
namun Jeanne Abdullah yang kutemui
lalu terkulai layu
cinta Hendon di pusara
Salam Reformasi DSAI,
Semoga tidak leka dengan kejayaan yang sebentar.
Janganlah diulit mimpi pelbagai pujian yang bertimbun.
Perjalanan kita masih jauh & perjuangan kita baru bermula.
Bersama kita panjatkan doa, semoga kita semua,
dalam lindungan serta naunganNYA. Amin. . . .
Wan Azizah
Senja belum beranjak dari pinggir Kuala Lumpur. Saya mengingat dengan takzim acara minum teh dan makan penganan yang bersahaja dan menyenangkan di sore itu. Bergaun warna lembut, dengan jilbab rapi dan senyuman yang senantiasa tersungging, Wan Azizah Wan Ismail menjadi tuan rumah yang bersahaja di kediamannya yang asri.
Untuk pertama kali, saya menerima penjelasan langsung dari tuan rumah bagaimana proses penangkapan dan pengadilan pura-pura yang mesti dialami Anwar Ibrahim, suaminya. Wan Azizah juga bercerita betapa tak mudahnya membangun partai baru di tengah keleluasaan politik yang serba terbatas.
Pada sore itu pula, saya dan Rendra –kami berdua hadir atas undangan Wan Azizah– menerima sepucuk surat yang ditulis tangan Anwar Ibrahim dari dalam penjara rezim Mahathir Mohamad. Saya terkejut membaca pengakuan Anwar Ibrahim bahwa ia membaca beberapa buku saya dan bahkan mengutip beberapa bagian darinya dalam surat itu.
Namun, di atas segalanya, perhelatan kecil petang itu, bagi saya, menegaskan sosok mengagumkan Wan Azizah. Ia tipikal seorang ibu. Suaranya lembut, tak pernah menyengat dan meledak. Pilihan katanya bersahaja belaka. Tuturannya runtut, lurus menghunjam langsung ke sasaran. Tapi, di masa itu, ketika suaminya masih meringkuk di penjara, Wan Azizah sedang tumbuh menjadi sosok politik penting di Malaysia.
Saya beruntung menyaksikan dari dekat satu penggalan kecil metamorfosis politik Wan Azizah itu. Dalam sebuah rapat akbar di sebuah balai pertemuan besar di pinggiran Kuala Lumpur yang saya ikuti, Wan Azizah menggambarkan metamorfosis itu dengan pas: “Mahathir Mohamad dan para penguasa di sekelilingnya pada mulanya mengira saya seekor cacing. Sekarang, saksikanlah, seekor cacing itu ternyata telah menjelma menjadi seekor naga!”
Wan Azizah mengucapkan kalimat bertenaga itu dengan nada cenderung biasa. Justru pada titik itulah persis keunggulannya. Wan Azizah tidak tampil ke atas pentas politik lewat retorika berbusa dan omong besar. Ia berdiri tegak, menegaskan kesetiaannya pada sang suami, membantah semua fitnah yang dimassalkan penguasa atas suaminya dan sejumlah pendukungnya, menuntut pemulihan hak-hak mereka yang dicederai, membangunkan masyarakat Malaysia bahwa sebuah perlawanan elegan dan beradab mesti ditunaikan. Ia menyampaikan pesan-pesan keras itu dengan kesantunan yang terjaga.
Lalu waktu berpihak padanya dan pada mereka yang menginginkan perubahan di Malaysia. Pilihan raya yang baru saja usai mengabarkan berkurangnya secara dramatis dukungan pada Barisan Nasional, koalisi besar penyokong kekuasaan pada saat ini. Pilihan raya itu juga memastikan kursi bagi Wan Azizah dan Nurul Izzah, putri yang begitu dibanggakannya.
Namun makna pilihan raya di Malaysia itu jauh melampaui itu semua. Malaysia sedang bergerak menuju perubahan. Konstelasi kekuasaan, untuk pertama kali dalam beberapa dekade terakhir, mengalami perubahan signifikan. Oposisi beroleh tambahan kekuatan paling besar sepanjang sejarah pilihan raya di bawah kendali Barisan Nasional.
Dalam konteks itulah, metamorfosis Wan Azizah bisa diingat dan diapresiasi. Hingga hari-hari ini, Wan Azizah setidaknya sudah menjalani empat fase hidup politik. Dalam fase pertama, ia adalah ibu rumah tangga, istri seorang politisi Malaysia yang membangun diri dari bawah hingga hampir ke puncak karier (sebagai timbalan perdana menteri). Dalam fase itu, seperti diakuinya dalam perjamuan teh sore itu, Wan Azizah adalah murid politik yang diam-diam tergembleng oleh sang suami.
Fase kedua datang ketika Mahathir berbalik arah dan memenjarakan Anwar Ibrahim. Dalam fase ini, Wan Azizah mesti menghadapi dua peperangan sekaligus. Peperangan yang menguras hati di dalam rumahnya, ketika ia dan anak-anaknya kehilangan sang datuk. Peperangan lainnya tak kurang menguras energi fisik dan mental: perjuangan melawan kekuasaan besar Mahathir.
Wan Azizah, dengan sokongan suaminya dari dalam penjara, kemudian masuk ke fase ketiga dengan memformalkan perjuangan politik melalui partai dan penggalangan oposisi. Fase inilah yang kemudian terbukti membuat –meminjam perkataan Wan Azizah sendiri– seekor cacing mengalami transformasi menjadi seekor naga.
Selepas pilihan raya kemarin, masuklah Wan Azizah ke fase keempat. Ia, partainya, dan partai-partai oposisi lain beroleh legitimasi untuk mulai menggalang perubahan Malaysia secara lebih berarti dari dalam. Inilah fase yang justru penting sekaligus genting. Sukses atau gagal dalam fase inilah yang akan menentukan ke arah mana dan seberapa jauh Malaysia akan berubah.
Akhirulkalam, selepas pilihan raya, kita bukan hanya akan menyaksikan ibu dan anak yang jelita berjuang bahu-membahu menawarkan perubahan di Malaysia. Di atas segalanya, kita sedang beroleh pelajaran berharga, betapa berpolitik yang paling elegan adalah berpolitik dengan berpeluh. Bukan berpolitik secara instan. Bukan meloncat ke gerbong yang sedang berjalan tanpa membayar.
Eep Saefulloh Fatah
Direktur Eksekutif Sekolah Demokrasi Indonesia
http://www.gatra.com/artikel.php?id=113960
Tersentuh dengan karya Pak Usman Awang
…lantas ingin jua aku bersama
menyoroti perjuangan ini..Sungguh cekal kau Kak Wan
belum ku temui wanita Melayu di Dekad-dekad ini..
..segagah Engkau memikul perjuangan ini
Kesetiaan yang tiada tolok bandingnya
Kekuatan yang entah dari mana…
kerana Engkau dulu hanya wanita biasa…
Ya, tapi aku terlupa…Sang Suami adalah Guru mu…Guru Perjuangan
memang bangkit mu dari cacing bertukar naga…
Ya, naga yang menghembuskan api perjuangan…membakar
membakar hati-hati “si munafiq”
Para munafiq yang dulunya mencium-cium tangan suamimu…
kemana mereka ketika itu.???..kemana? kemana?
tika engkau keseorangan…meniti hari-hari luka dan derita
Ah persetankan mereka
maka Sahabat-sahabat suami mu jua …yang entah dari mana..
Tiba-tiba menggarap bersama perjuangan ini
Sebahagiannya telah kembali kepada PenciptaNya
Fadzil Nor…Niamat Yusof…dan seangkatan dengannya..
Yang tinggal akan terus bersama…
Bersama kekuatan baru…yang ditunggu-tunggu
Sebutir bintang di ufuk nusantara
Ayuh aku tetap bersama..
meski pun aku pejuang kerdil..
Ceruk Tok Kun menyaksikan segalanya
Akan ku garap jua
Kemerdekaan Jiwa dan kebebasan bersuara
Laungan keramat Suara Rakyat
namun kepada Yang Esa
keredhaan Mu ku harap jua.
A belated birthday wish DSAI. Nice to know we share the same birthday. May god guide you as you start a new dawn for malaysia. Though not a Malaysia I love this country that I live in.May it become a great nation. Long live Malaysia
Beruntung DSAI beristerikan Kak Wan yang bingkas mempertahankan suami pada saat-saat getir. Dalam pada anak-anak muda sangsi akan kewujudan ‘Cinta Sejati’.. Kak Wan buktikan yang ianya memang wujud.
Beruntung Kak Wan bersuamikan DSAI yang sinonim dengan semangat waja, keberanian, keadilan dan lagenda.
Beruntung Rakyat kerana adanya dua insan ini yang menjadi tempat berteduh dan berpaut dalam kekalutan dan korupsi politik tanahair.
Mengapa kita semua asyik dibuai dengan alunan puisi yang memuja manusia, yang dikhayalkan iblis, yang disusukan Yahudi. Sehinggakan kebaikan tidak kelihatan, langsung nampak topeng di muka orang yang bermuka-muka. Sangat biadap orangnya dan sangat rakus orangnya, langsung yang digilai hanyalah kekuasaan untuk berkuasa tidak kira apa yang diperkatakan asal semuanya terjual oleh telinga-telinga pekak yang tidak berfikir. Inilah penyampaian dusta lagi hina yang akan menyentap keamanan bumi Melayu ini. Nama DSAI ku lihat sebagai DAJAI. JIJIK tidak bermaruah!! Kerana mu kami akan hilang terus ketuanan Melayu di bumi ini, walau hanya baru 50 tahun merdeka; tapi kita masih berhutang selama 396 tahun baki terjajah bumi ini. Kamu adalah orang yang sangat zalim, sangat provokasi, sangat bermaharajalela, sangat durjana, sangat Yahudi - yang sifatnya menipu itu halal baginya untuk kepentingannya….Itulah Anwar Ibrahim. Katanya dulu, sekarang, dan di masa hadapan sentiasa berubah-ubah. Dulu dalam Pas sebelum Umno lain cakap, dalam Umno sebelum Keadilan lain cakap, selepas duduk dalam Keadilan lain cakap- dah jadi macam hero keling pulak. Alahai Melayu apa ni, pecacai sungguh lah hang.
Wahai si Ambak Sg Manik
Apa yang dok meracau..racau ni…jangan dok perbodohkan kami dengan fikiran awak yang bercelaru tu…..spt pernah kita katakan dulu DSAI bukan gila kuasa tapi dia nak ambil kuasa dari tangan-tangan orang gila!
Siapa yang zalimi siapa??…siapa yang pukul DSAI??Siapa yang penjarakan DSAI??Siapa???
Janganlah jadi buta mata dan hati
Jangan anda terlalu marah bagi pihak UMNO kerana baru 5 negeri yang tewas…kalau seluruh Semenanjung jatuh kepada Pakatan Rakyat..nanti saya bimbang awak pula yang melanjutkan pelajaran ke Tanjong Rambutan.
Wahai orang yang dibuai mimpi,
Kerajaan Uthmaniah musnah disebabkan adanya sifat meninggikan bangsa Turk. Apabila bangsa diutamakan daripada agama Islam, maka rosaklah negara itu. Sejarah lama boleh diambil pengajaran. Jangan diulang kesilapan yang sama.
Terkenang keperitan yang diharungi datin wan azizah.
Di sebalik kepahitan sememangnya terkandung madu yang teramat manis…
Maafkan saya DSAI! Kalau tidak salah ingatan, hari ulangtahun kelahiran DSAI pada Ogos, bulan kemerdekaan, bulan kebebasan! Saya fikir DSAI terkenangkan SN Usman Awang kerana tarikh April itu berkait dengan SN Usman Awang. Ya, kita kehilangannya. Saya pernah ada kenangan manis bersama beliau ketika berkunjung ke rumahnya di Kampung Tunku, PJ atas urusan kerja. Ketika itu saya bertugas di Fajar Bakti Sdn. Bhd. Saya tak mungkin lupa budi bahasanya. Saya juga tidak lupa sokongan beliau pada DSAI hingga akhir hayatnya. Gugurnya Rustam Sani kita sekali lagi kehilangan… tetapi seperti yang sering disebut Gobalakrishnan; wamakaru wamakarullah.
TAJUK BUKU: FILEM-FILEM P. RAMLEE
PENULIS: MUSTAFAR A.R. & AZIZ SATTAR
PENERBIT: MZA TERBIT ENTERPRISE, ISBN NO: 978-983-43591-0-2
HARGA: RM69.00, MUKASURAT: 355, TAHUN: 2008
Pelancaran buku Filem-Filem P. Ramlee telah disempurnakan oleh Datuk L. Krishnan pada April 26, 2008 di Saloma Bistro, Jalan Ampang, Kuala Lumpur yang turut disaksikan oleh Timbalan Menteri Pelancongan, YB Dato’ Sri Sulaiman Abdul Rahman Taib. Majlis pelancaran buku Filem-Filem P. Ramlee turut diserikan dengan kehadiran seniman dan seniwati veteran seperti Neng Yatimah, Mariani, Zaiton, Hashimah Yon, Dayang Sulu, S. Shamsudin, Momok Latif, Kasim Masdor dan ramai lagi.
Jika sebelum ini sumbangan P. Ramlee dalam bidang seni hiburan diabadikan menerusi Pustaka P. Ramlee, Jalan P. Ramlee dan sambutan Hari Memperingati P. Ramlee pada setiap 22 Mac dan 29 Mei anjuran Persatuan Karyawan Malaysia, kini peminat P. Ramlee berpeluang mengenali P. Ramlee dengan lebih mendalam apabila buku berjudul Filem-Filem P. Ramlee diterbitkan.
Dalam buku ini, Mustafar A.R. Dan Aziz Sattar bukan sekadar menyingkap 66 filem arahan dan lakonannya, malah turut mendedahkan segala macam ciplak dan tiru yang terdapat dalam Filem-filem P. Ramlee. Juga terdapat ringkasan cerita, ulasan, kritikan dan penilaian terhadap P. Ramlee sebagai pelakon dan pengarah disamping menyorot di belakang tabir filem-filem beliau.
Tambah menarik, buku yang ditulis oleh Mustafar A. R. dan Datuk Aziz Sattar ini juga memaparkan informasi filem luar negara yang digunakan sebagai bahan rujukan P. Ramlee ketika menghasilkan filemnya.
Buku seperti ini tidak pernah diterbitkan di Malaysia dan bolehlah dianggap sebagai dokumentasi lengkap mengenai Filem-filem P. Ramlee dan sangat bersesuaian dijadikan rujukan terutama dikalangan orang-orang filem, ahli akademik dan mereka yang menyayangi P. Ramlee.
Oleh itu, sekiranya anda meminati Filem-filem P. Ramlee, seharusnya buku Filem-Filem P. Ramlee ini menjadi koleksi peribadi anda yang harus dimiliki.
UNTUK MENDAPATKAN BUKU ‘FILEM-FILEM P RAMLEE’ HUBUNGI MUS DI TALIAN 013-3 1515 99. TERIMA KASIH
Salam reformasi untuk DSAI, mungkin belum terlambat untuk saya mengucapkan SELAMAT HARI LAHIR untuk DSAI, MOGA ALLAH MEMELIHARA DSAI DAN KELUARGA DARI FITNAH DUNIA DAN AKHIRAT.
Tahniah juga kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana tersenarai dalam 100 insan paling berpengaruh di dunia dalam kategori Leaders & Revolutionaries majalah TIME 2008. Ini meletakkan Datuk Seri sebaris dengan pemimpin dunia lain seperti George W. Bush, Barack Obama, Muqtada al-Sadr dan Sonia Gandhi. Sebagai belia Malaysia, ketokohan dan keberanian DSAI dalam menyatakan sesuatu isu yang ada kaitan dengan masyarakat umum seharusnya dijadikan contoh dan teladan.
TAJUK BUKU: FILEM-FILEM P. RAMLEE
PENULIS: MUSTAFAR A.R. & AZIZ SATTAR
PENERBIT: MZA TERBIT ENTERPRISE, ISBN NO: 978-983-43591-0-2
HARGA: RM69.00, MUKASURAT: 355, TAHUN: 2008
Pelancaran buku Filem-Filem P. Ramlee telah disempurnakan oleh Datuk L. Krishnan pada April 26, 2008 di Saloma Bistro, Jalan Ampang, Kuala Lumpur yang turut disaksikan oleh Timbalan Menteri Pelancongan, YB Dato’ Sri Sulaiman Abdul Rahman Taib. Majlis pelancaran buku Filem-Filem P. Ramlee turut diserikan dengan kehadiran seniman dan seniwati veteran seperti Neng Yatimah, Mariani, Zaiton, Hashimah Yon, Dayang Sulu, S. Shamsudin, Momok Latif, Kasim Masdor dan ramai lagi.
Jika sebelum ini sumbangan P. Ramlee dalam bidang seni hiburan diabadikan menerusi Pustaka P. Ramlee, Jalan P. Ramlee dan sambutan Hari Memperingati P. Ramlee pada setiap 22 Mac dan 29 Mei anjuran Persatuan Karyawan Malaysia, kini peminat P. Ramlee berpeluang mengenali P. Ramlee dengan lebih mendalam apabila buku berjudul Filem-Filem P. Ramlee diterbitkan.
Dalam buku ini, Mustafar A.R. Dan Aziz Sattar bukan sekadar menyingkap 66 filem arahan dan lakonannya, malah turut mendedahkan segala macam ciplak dan tiru yang terdapat dalam Filem-filem P. Ramlee. Juga terdapat ringkasan cerita, ulasan, kritikan dan penilaian terhadap P. Ramlee sebagai pelakon dan pengarah disamping menyorot di belakang tabir filem-filem beliau.
Tambah menarik, buku yang ditulis oleh Mustafar A. R. dan Datuk Aziz Sattar ini juga memaparkan informasi filem luar negara yang digunakan sebagai bahan rujukan P. Ramlee ketika menghasilkan filemnya.
Buku seperti ini tidak pernah diterbitkan di Malaysia dan bolehlah dianggap sebagai dokumentasi lengkap mengenai Filem-filem P. Ramlee dan sangat bersesuaian dijadikan rujukan terutama dikalangan orang-orang filem, ahli akademik dan mereka yang menyayangi P. Ramlee.
Oleh itu, sekiranya anda meminati Filem-filem P. Ramlee, seharusnya buku Filem-Filem P. Ramlee ini menjadi koleksi peribadi anda yang harus dimiliki.
Untuk mendapatkan buku “Filem-Filem P. Ramlee, sila hubungi Mus di talian 013-3 1515 99. Terima Kasih.
Asalamualikum, walaupun kiranya agak terlewat ucapan harilahir untuk yang amat berbahagia DSAI.Saya mewakili keluarga arwah Hajjah Hashimah binti Ibrahim(ibu) pertubuhan pertama parti keadilan di Kg Melayu Ampang.Walupun arwah tidak sempat merasakan kegembiraan diatas kebebasan DSAI dan kemenangan PKR, namun bagi kami yang tinggal seolah-olah merasa arwah mak turut merasai kegembiraan ini.Kami tidaklah sehebat arwah dalam meperjuangkan PKR.Sehinggakan mana-mana yang cuba hendak meperlekehkan dan mepertikaikan (baik anak menantu atau saudara mara) mengenai kewibawaan DSAI dan PKR pasti akan menjadi punca kemarahannya beliau sanggup bertikam lidah,berhabis duit,masa,tenaga sehingga sanggup menyewa kenderaan awam asalkan dapatsama-sama berjuang walaupun kita itu usianya 63thn namun jiwa dan kederatnya seperti 23thn, setiap saat cd DSAI akan berputar tanpa henti,tiada lagi ruang untuk cucu -cucu menonton cerita lain.Semangat refomasi DSAI sentiasa dibawa menjadikan ianya begitu kental serta bersemangat walaupun ketika itu penyakit kanser yang dihidapi ditahap amat kritikal namun semangat refomasinya teramat kuat sehingga akhir hayatnya( meninggal pada 4 hb mac 2003jam tepat3 pagi di Hospital Glennegal,Jalan Ampang). Sememangnya kami anak-anaknya sendiri pun rasanya tidak mampu membuat seperti apa yang dilakukannya sepanjang hayat.Hanya doa semoga rohnya ditempatkan ditempat orang-orang yang beriman dan soleh.Amin ya rabilalamin.Wasalam