17
Apr
08

Dunia sastera dan kekuatan puisi

Dalam pidato saya di majlis memperingati almarhum Hamka minggu lalu saya menyinggung keistimewaan Hamka selaku ulama dan saterawan. Novelnya menggugah rasa, menyelami sukaduka rakyat; dan mungkin sosok sedemikian jua yang mampu mencernakan rasa hati rakyat, dan menambah kehebatan beliau selaku ulama, da’I dan intelektual rakyat.

Diperhimpunan 14 April, Tan Sri Khalid berhujah bersandarkan puisi WS Rendra, Rajawali! Perasaan saya tercuit kerana Rendra pernah mengirim puisi tersebut ke Sungai Buloh. Dan saya terharu mengenangkan sahabat kami Abang Usman dan dua puisi terakhir beliau, Jentayu yang Luka dan Selamat Hari Jadi.

ANWAR IBRAHIM


34 Responses to “Dunia sastera dan kekuatan puisi”


  1. 1 pemuda Apr 17th, 2008 at 4:42 am

    Salam DSAI, maaf ya off topic skit..saya rasa cara terbaik untuk selesaikan masalah babi bukan dengan penambahan kandang babi yang baru yang dikatakan dapat kawal pencemaran, sbb ia akan mendatangkan perasaan kurang senang di kalangan orang Melayu terutama penduduk Sepang. Langkah nak basmi terus pun akan menyebabkan kemarahan orang Cina. Nak biarkan saje kandang babi tercemar macam tu je macam yang dah ada sekarang pun tak elok gak untuk penduduk di kawasan tu. So, cara terbaik yang ada, bagi saya la, gunakan dana juta2 yang nak bina kandang baru tu untuk perbaiki dan kawal kandang babi yang sedia ada. Maksud saya jaga betul2 pencemaran, kawal betul2 kumbahan dll biar kandang tu bersih dan tak berbau. Bukannya dengan cara tambah kandang yang baru. Kena jaga sensitiviti orang Melayu terutamanya. Jangan biarkan BN ambik kesempatan hentam kita terus menerus pasal babi ni. Kalau cadangan saya ni dirasakan sesuai, saya harapkan DSAI dapat ajukan cadangan saya ni kepada MB Selangor.

    Reply

  2. 2 YobIsKop Apr 17th, 2008 at 4:42 am

    Dato seri..
    adakah sistem pendidikan islam (soal akidah – muslim terlalu senang untuk murtad kerana akidahnya lemah!) dan sejarah (memasukkan tokoh2 spt dr burhanuddin, dll) akan diperkemaskan kelak? adakah bahasa melayu riau/johor (dibaca umno) seperti sekarang akan dikekalkan?
    adakah DSAI akan menukarkan kembali ke ‘bahasa melayu’ seperti dulu?
    saya orang utara tidak berapa gemar bahasa sekarang. saya dibesarkan di era bahasa baku.

    ‘down with the southern softies’. i believe in ‘pakatan utara’ (minus perlis)

    Reply

  3. 3 Jamil bin ismail ( jamilkucing ) Apr 17th, 2008 at 5:53 am

    Assalamualaikum Dato Seri,

    Bila dato seri berkata tentang penjara sungai buluh ,terus jamil buka balik fail jamil dan melihat warkah balasan dari dato seri.kenangan yang tidak akan jamil lupakan. dan buat penyokong keadilan tak kira baru atau lama jangan lupa photo no satu yang jamil sertakan.

    [IMG]http://i225.photobucket.com/albums/dd255/bbcatlover/DSAI.jpg[/IMG]

    Warkah pertama yang jamil dapat
    [IMG]http://i225.photobucket.com/albums/dd255/bbcatlover/DSAI1.jpg[/IMG]
    Warkah kedua dari dato seri
    [IMG]http://i225.photobucket.com/albums/dd255/bbcatlover/DSAI2.jpg[/IMG]

    Jamilkucing

    Reply

  4. 4 hafiz Apr 17th, 2008 at 7:11 am

    “Dari tokoh korporat kini menjadi peminat sastera yang utama” Tahniah TS Khalid Ibrahim!

    Reply

  5. 5 thales Apr 17th, 2008 at 7:55 am

    Tuan Anwar Ibrahim,

    Sasterawan Negara Tempah Booth Sendiri di Pesta Buku !

    Kita mesti rasa terkejut apabila melihat Sasterawan Negara terpaksa menempah Booth sendiri di pesta buku baru 2 ini.

    Mereka {lebeih dari satu] terpaksa cetak karyawan mereka sendiri.

    DBP tidak ulang cetak novel2 mereka.

    Kementerian Pelajaran {sebab belajar sahaja bukan nya mendidik] tidak akan lagi cadang penulis2 karya2 Sasterawan Negara sebagai buku teks.

    Nampaknya menteri2 sekarang mahu pun ptd2 tidak minat lagi.

    Reply

  6. 6 Datuk Halik Zaman Apr 17th, 2008 at 8:14 am

    HARI INI KAU BANGUN LAGI
    (Sebuah puisi untuk DSAI)

    Sudah kesekian masa kau kembara dalam doa
    Disubuh syahdu kau menangis dalam meminta
    Permintaan yang kini sudah nampak cahayanya
    Bukan untuk mu atau anak isterimu–Bukan!

    Dari rahang mendidih sungai yang melimpah bah
    Kau bangun dengan gah bersama doa kudus mu
    Untuk agama mu! Untuk bangsa dan Negara mu
    Kau jatuh! Kau bangun! Kau jatuh! Kau bangun!

    Dulu “malam itu” pernah berbicara sendiri
    Jangan kau langkah! Disana ada bahaya!
    Disana ada ribut ada raufan
    Tapi kau tetap gah menghadang ribut dan raufan

    Mujur lalu haram melangkah
    Kalau melintang
    Biar patah!!!

    Kau terdamba pada perjuangan yang nekad
    Azam mu bagai kilat menyambar bumi
    Demi kami kau sanggup renangi lautan api
    Demi kami kau harungi fitnah dan maki

    Masih kah kau ingat,dulu kau dipaut erat erat?
    Setelah cita dan impian mereka digapai
    Kau pun dihunban digaung puaka
    Dilempar bak kaca berderai–Itupun kau pasrah!!

    Hari ini kau bangun lagi
    Bukan sebagai Laksamana Hang Tuah
    Bukan juga sebagai si-Jebat derhaka
    Tapi kau bangun dipersada bonda
    Untuk menegakkan Keadilan Negara!!
    17-4-2008 DHZaman

    Reply

  7. 7 Nazrul Apr 17th, 2008 at 8:37 am

    Petikan daripada blog Faisal Tehrani.

    Bahasa Politik: PAS Sudah Kalah

    Saya hanya seorang pengarang. Ini pandangan saya. Seorang pengarang.

    Mula-mula terima babi, akhirnya PAS akan memperakukan Lina Joy. Saya akan beritahu anda bagaimana ini bakal berlaku. Sila bersabar.

    http://tehranifaisal.blogspot.com/

    Mungkin DSAI ada jawapan untuk itu.

    Reply

  8. 8 U-HAH Apr 17th, 2008 at 9:23 am

    Tahniah Tuan,

    nampaknya Dato’ Seri masih pencinta sastera dan bahasa seperti dahulu, tak rugi saya berkempen dan mengundi parti tuan dahulu…hidupkanlah kembali dunia sastera kita yang kian malap dan bugarkan kembali bahasa Melayu yang makin layu di tangan penguasa Umno-BN!

    Reply

  9. 9 Teropong Sbg Perai Apr 17th, 2008 at 9:23 am

    Assalamualaikum Dato’Seri

    Saya rasa inilah salah satu kekuatan perjuangan ini ….
    Peranan para sasterawan dan pejuang masyarakat yang dapat menyelami perit pedihnya kehidupan rakyat bawahan di desa atau dikota bila mereka memimpin ..kehidupan rakyat telah sebati dengan jiwa mereka…lantas suka duka dan teriak tangis rakyat adalah juga …teriak tangis mereka.
    …Inilah kejayaan Voltaire ,Montesque dan sebagainya yang telah berjaya menggerakkan jiwa rakyat kepada perjuangan kebebasan….sehingga tercetusnya Revolusi Perancis…

    ..Saya pernah membaca…dulu..masa sekolah menengah…tenggelamnya kapal Van der Vick
    …Ranjau Sepanjang Jalan dan Interlok..meski pun saya pelajar aliran sains ..saya baca bukan untuk exam…tapi meminati novel dan kritik sastera yang selalu ada di radio…ketika tu radio jam 2-3 petang la…1970an selepas balik sekolah…kadang terlepas pi ngaji Quran..hingga Mak marah.
    …Tulisan Hamka yang begitu menyentuh hati dan menggugah jiwa saya….adalah Sejarah Umat Islam…yang Hamka ambil masa lebih dari sepuluh tahun untuk menyiapkannya

    Teringat juga saya lagu Zubir Ali…yang begitu unik…sudah tiada kedengaran lagu-lagu puisinya yang sangat menyentuh jiwa perjuangan rakyat dan Palestin.

    Mari kita suburkan sastera dan puisi perjuangan rakyat..yang menjadi obor cahaya yang tidak pernah padam…sentiasa menyala menerangi kegelapan liku-liku perjuangan…mari kita suluh perjuangan ini dengan cahaya dari Cahaya-cahaya Ilahi…dari Nur Al Quran dan Langkah-langkah sirah para Rasul dan para Nabi ..Sunnah Nabi kita Muhammad SAW yang tidak jemu-jemu menyeru manusia kepada Aniq budulLah waj tanibut Thagut..Abdikan diri kepad Allah dan jauhi Thagut …yakni yang menyesatkan….sungguh terkenang saya kepada Ust Siddiq Fadzil,Ust Alias dan Ust Fadzil Nor

    Reply

  10. 10 Bukan Lagi Kenalan YB Izzah Apr 17th, 2008 at 9:27 am

    Sebut saja puisi2 perjuangan rakyat, saya terkenang tahun 1998 dahulu, antara 3hb september dan 20hb september (iaitu tempoh Dato’ Seri menjelajah Malaysia memberi ceramah).

    Ketika itu, sesetengah daripada kami berkonvoi mengikuti kenderaan Toyota Estima yang membawa Dato’ Seri berceramah. Saya ada tulis beberapa puisi ketika itu dan mahu menyerahkannya kepada Dato’ Seri. Memandangkan Dato’ Seri selalu dikerumuni orang ramai, maka saya pun ambil kesempatan ketika berkonvoi untuk menyerahkannya kepada Dato’ Seri. Saya tunggang motorsikal saya ke sebelah Estima yang membawa Dato’ Seri dan hulurkan beberapa helai kertas yang terkandung puisi2 amateur-ish saya di dalamnya.

    Entahlah Dato’ Seri ingat atau tidak.. tapi bagi saya, berkonvoi sampai tayar motor saya pancit2 tu adalah antara kenang2an “seronok” semasa zaman “darah muda” dulu2 tu.. tak lupa juga perhimpunan raksasa 20hb September 1998 tu sendiri.. RE-FOR-MA-SI!!!!

    Reply

  11. 11 Semangat57 Apr 17th, 2008 at 10:50 am

    ALlah, Tuhan yang Maha Agung…
    Pada Mu kami bulatkan tekad dan penyerahan..
    Syukur atas segala nikmat
    Pakatan Rakyat mampu memimpin negara ku Malaysia
    Meneruskan Agenda Kebenaran dan Keadilan
    Untuk rakyat tercinta; Melayu, Cina, India, Kadazan dan lainnya
    Islam pasti menjadi teras perjuangan
    UMNO pasti disisihkan demi kelangsungan generasi mendatang.

    Reply

  12. 12 HaLiMz' Apr 17th, 2008 at 11:38 am

    Harapan saya agar bahasa baku yang saudara pernah angkat akan diangkat semula sebagai bahasa standard malaysia. dikebanyakan pengucapan sastera dan pendeklamasian puisi adalah menggunakan bahasa baku sebenarnya.. sebagai contoh sebutan sastera itu sendiri disebut sebagai ‘sastera’ dan bukannya ‘sastere’.. ketika ini susah untuk menjelaskan kepada anak-anak jika anak-anak kita menanya “kenapa dieja S.A.Y.A tetapi di sebut SAYE?!”

    Reply

  13. 13 Elias Hj Idris Apr 17th, 2008 at 12:57 pm

    Sedih sesangat bila Samad Said dan rakannya juga terpaksa sewa satu ‘booth’ buat menjual hasil karya mereka di pesta buku yang baru lalu.

    Ke mana perginya DBP? Apa yang Johan Jaafar buat kat sana? Atau sekadar menjadi petualang dan jelatang di kalangan kakitangan…. Dr Firdaus pun sama. Kedekut.

    Majlis Kemajuan Buku Kebangsaan di bawah Kementerian Pendidikan (bukan Pelajaran!) apa cerita?

    Dulu novel saya, “KEHILANGAN” mendapat anugerah “Cereka Terbaik” (Punya la teknikal – hakikatnya patut dibaca, “NOVEL TERBAIK”) pada tahun 1994.

    Itu saja la sekali buat anugerah… terus sampai sekarang itulah satu-satunya novel terbaik. Bukan sebab nak mengangkat diri, soalnya tiada inisiatif untuk pemilihan karya terbaik saban tahun.

    Yayasan Perak dulu pun sama. Anuar Zaini cuma buat sekali hadiah penulis Perak sebab nak pilihanraya 1996. Saya pun dapat hadiah ‘Novelis Perak’. Itu je le sekali.

    Kenapa?

    Kita berbalik kepada dasar kerajaan sendiri. Mereka pun tidak berminat dengan segala yang berkait dengan ‘Melayu’.

    Kalau tidak masakan matematik dan sains diajarkan dalam bahasa Inggeris. Sikit punya gila ke Mahathir! Habis lingkup anak Melayu kat sekolah. (Nota: Lepas tu terpekik terlolong fasal ketuanan Melayu). Gapena tu sama.

    Sudah la gitu, agenda buruk itu diteruskan juga sebab buku teksnya telah ditukarkan dengan kos lebih RM100 juta setahun. Buang duit rakyat, untuk suku-sakat mereka buat duit!

    Dan sekarang ni, banyak buku bacaan tambahan yang diusahakan dek Kementerian Pendidikan. Cuba la tengok, hampir kesemuanya hampas. Lay-out dan isinya tunggang-langgang.

    Hanya apabila PR memerintah, TS Khalid melalui Anwar mahukan semua kakitangan dan wakil rakyat mahir berbahasa Melayu. Kursus khas diadakan.

    Itu baru sebulan memerintah.

    Reply

  14. 14 Elias Hj Idris Apr 17th, 2008 at 1:17 pm

    Kepada TGHH dan pemimpin PAS,

    Tak usah la dipelawa UMNO untuk berunding. Orang yang sedang nak tenggelam, pasti akan mencapai apa saja buat berpaut. Akhirnya, kita yang tiada beban mencari beban… pergi ke pulau batu digalas.

    Jangan jadi cerita seperti anjing dengan burung gagak yang saling mempelawa datang ke rumah. Setibanya di rumah anjing, hidangannya diletakkan dalam pinggan. Dipelawanya beria-ia, sedangkan sang gagak hanya mampu memerhatikan sang anjing makan dengan pelahap sekali.

    Gagak pun cerdik juga, bila tiba giliran ke rumahnya, diletakkan makanan dalam botol bermulut sempit yang muat untuk paruhnya saja.

    Gitu la, akhirnya, kita yang mati ‘terkering’.

    Pimpinan PR hanya perlu berbuat baik dengan orang bawahan UMNO. Mana yang susah, dibantu.

    Sebab, laluan untuk PR sebenarnya terbentang luas. Teruskan agenda kita, sedang rakyat menunggu penuh harapan.

    Biarkanlah si Luncai itu terjun dengan labu-labunya. Biarkan! Biarkan!

    Sebab apa? Dia tetap berkeras mengatakan ulu jemala sultan itu bagaikan ulu jemala ayahnya yang dah pun kojol. Itu UMNO.

    Reply

  15. 15 koliangked Apr 17th, 2008 at 1:58 pm

    faisal tu berlagak pandai sombong, macam dia sorang je hidup d Malaysia ni, klu camtu pi makan je lah semua babi yg ada d Malaysia ni spya tkde org ternak babi lg,.

    Reply

  16. 16 muhammad yusuf Apr 17th, 2008 at 7:50 pm

    MASALAH FAISAL TEHRANI : ( posting Nazrul no.6)

    1. Terkadang kerna dari dulu tidak ikut arus PR atau dia jenis anti establishment or anti arus perdana maka dia akan bersikap terusan begitu … Tapi lantaklah , itu hal dia … dia pun ada hak untuk berbeza … anyway – demokrasi kan …
    2. Hal babi tak payah dirumitkan lagi . Setel .
    3. Hal Dailog Antara Agama etc , negara kita Malaysia sangat perlu kepada itu , kita mesti berani . Tak boleh kita asyik main cover dengan kuasa undang-undang kita .
    4. Hal Anwar disangsi ejen Yahudi , Anwar sendiri tahu apa yang dia lakukan . Takkan dia nak menggadai negara dan umat . Cuba Faisal bagitau nak lawan Yahudi tu cam ne ? Bin Laden ? Dan tidak adil saudara mengata segala Ikhwan , masyumi etc dan kini Pas masuk jerat seperti mereka . Ini perjalanan dakwah dan perjuangan yang tidak semudah apabila empayar Islam jatuh dan kekuatan semua ditangan kuffar dan kelemahan pelbagai ada pada kita.
    5. Lebih baik saudara mencari jalan membantu dari merumitkan . Saya pun boleh kemukakan pelbagai perkara kalau nak merumitkan keadaan dan menunjuk pandai .
    6. Ezam – tanya pimpinan PKR la apa ceritanya …

    Reply

  17. 17 TS Taib Jong Apr 17th, 2008 at 7:54 pm

    Bravo !! Sasterawan Negarawan . Menggali Hamka dan Rendra dan Bung Usman .
    Sangat bersyukur negara punya PM sasterawan !

    Reply

  18. 18 thaqif Apr 17th, 2008 at 10:53 pm

    Pemuda,

    Saudara ni tidak meneliti dgn baik projek yg di cadangkan,mungkin hanya membaca dari utusan meloya.Mungkin cadangan sdr berniat baik,tapi agak ketinggalan dan sukar mencapai objektif,darisegi kebersihan,kesihatan dan keselamatan.Jgn bimbang projek ini tidak mengunakan wang rakyat dan tidak juga menambah bilangan kandang babi,malahan mengurangkannya dari berpuluh menjadi satu tapi dlm sekala yg besar dan terkawal.

    Nazrul,

    Bandingkan lah,TG Hj. Hadi dgn si faisaltehrani ini,begitu juga pandangan Dr Asri mengenai ‘projek babi’ dgn sindiran si faisal,kemudian buatlah kesimpulan sendiri apakah Pas sudah kalah?.Atau pun tanyalah faisal sendiri bagaimana dia boleh memenangkan Pas,atau apa kah yg sudah di lakasanakannya utk ‘memenangkan’ Pas.Tanya juga berapa karya yg sudah di karangnya menentang ‘babi’yg cukup di benci nya.dalam hidup ini kita perlu selalu mencermin diri bukan semata mengkritik.

    Reply

  19. 19 abd. rahim kassim Apr 18th, 2008 at 8:35 am

    Datuk Seri,

    Bicara tentang Pak Hamka, Rendra dan Usman Awang, adalah permulaan yang baik bagi mengajak rakyat memikir soal kemanusiaan. Telah begitu lama rakyat hanya diajak mencari harta dan kekayaan; yang kononnya boleh memertabatkan bangsa.

    “Masyarakat kita sedang sakit bang…. Negara sedang menunggu kedatangan mu untuk merawat sakit yang sedang membusung ini..”

    Lihatlah bertapa pincangnya negara. Pemimpin silih berganti tetapi yang datang hanya tokoh-tokoh yang korup dan berperangai bajingan. Harta negara dirampok sewenag-wenang tanpa ada rasa segan silu.

    Pemilikan harta para pemimpin dan kerabat yang diluar kemampuan, menjadikan raakyat bawahan memandang korupsi satu jalan mencari kekayaan. Akibatnya jentera negara dipelbagai bidang dibelenggu masalah tiada kecekapan dan korupsi.

    Meneliti karya-karya agung Pak Hamka, Rendra dan Usman Awang akan dapat mengimbangi sifat rakus manusia dan diisi dengan rasa kemanusian yang tinggi.

    Datuk Seri yang dilihat bakal memimpin negara telah memulakan langkah yang baik mengajak rakyat melihat siapa Pak Hamka, Rendra dan Usman Awang.

    Selamat berjuang Datuk Seri…..

    Reply

  20. 20 Reformist dari Sabah Apr 18th, 2008 at 2:11 pm

    Salam Datuk Seri,

    Salam Nazrul dan Faisal Tehrani,

    Prinsip-prinsip yang dibawa oleh Pakatan Rakyat, sudah lama wujud di Malaysia ini, cuma saudara Faisal Tehrani hanya sibuk melawat gereja di Jerman, Gereja Dr Luther lagi. Mengapa tidak cuba lawat gereja-gereja yg ada di Sabah. Anda dialu-alukan, cuma pesan saya “Jangan cuba menghasut atau merosakkan” keharmonian Bumiputra Sabah dgn Bumiputra Bukan Islam di Sabah, dengan memainkan “Politik Agama” atau “Politik Perkauman” kerana tiada tempat utk “orang-orang” seperti ini tinggal di Negeri Sabah.

    Malangnya saudara Faisal Tehrani “terlepas pandang” kerana ingin mencari kebenaran diluar negara, sedangkan di Negeri Sabah, menghidangkan pelbagai ramuan dan rempah kehidupan daripada pelbagai agama, pelbagai bangsa, pelbagai budaya dan pelbagai pantang larangnnya.

    Islam tetap terpelihara di Sabah, walaupun penduduknya seketika dahulu paling ramai Bumiputra Bukan Islam. Dan pada masa ini, bilangan Bumiputra Islam lebih ramai daripada Bumiputra Bukan Islam, agama Kristian dan agama-agama lain tetap bebas diamalkan. Ini realiti kehidupan di Sabah, bukan rekaan cerita semata-mata utk menyedapkan halwa telinga atau pembaca.

    Pasang surut politik Negeri Sabah siapa yg tidak kenal! Sabah pernah memerintah sendiri melalui Parti USNO, Parti Berjaya dan Parti Bersatu Sabah (PBS). Samada sebagai komponen BN, mahupun Pembangkang.

    Islam tetap terpelihara di Sabah. Bumiputra Islam dgn Bumiputra Bukan Islam tetap hidup dgn bergurau senda, meraikan Hari Raya Aidilfitri dan Krismas, kunjung mengunjung bersama-sama. Hidup berjiran.

    Hidup di Sabah adalah bersandarkan kepada “Siapa yg Buat Salah” dia akan di hukum, tanpa mengira anutan agama atau bangsa. Toleransinya cukup kuat dan matang. Perkahwinan campur mmg menjadi perkara biasa bagi rakyat Sabah.

    Oleh itu, utk Faisal Tehrani, anda belum lagi kenal dunia ini secara menyeluruhnya. Kunjungan saudara ke gereja Dr Luther, kajian saudara terhadap Katholik dan Protestan, belum cukup hebat bagi saya.

    Kerana apa?

    Kerana kami masyarakat Islam hidup bersama masyarakat Kristian dgn aman, sifat hormat menghormati, toleransi, kebijakan dalam penyelesaian permasalahan (musyawarah Islam dan Kristian).

    Faisal Tehrani,

    Datanglah ke Sabah dgn “Hati Terbuka” tanpa bersikap “prejudis”.
    Tinggallah di Sabah, hidup bersama masyarakat di Sabah, anda bebas memilih tempat tinggal di mana sahaja utk “membuat kaji selidik” samada kata-kata saya ini “pembohongan” atau “kebenaran”.

    Semoga saudara bertemu erti “Kehidupan” sebenar bersama-sama masyarakat Malaysia yg lain, yg berlainan anutan agama, budaya, bangsa dan adat resam.

    Wassalam

    Reply

  21. 21 bahasajiwabangsa Apr 18th, 2008 at 5:36 pm

    Al-Qur’an juga ditulis dalam bahasa yang cukup puitis. Dalam setiap perkara Al-Qur’an dapat dijadikan panduan bukan setakat dalam bidang sains, sejarah, geografi, matematik, astronomi dan perubatan malahan sastera pun. Justeru, untuk melahirkan karya-karya yang agung, al-Quran dan as-Sunnah perlu dijadikan teman. Saya amat menyokong Dato’ Seri untuk meletakkan bahasa Melayu ke satu martabat yang lebih baik. Sokongan saya juga untuk PM yang sentiasa berpegang pada tali Allah tak kira pada waktu susah ataupun senang.

    Sedikit untuk saudara Jamil:
    Teringat saya pada arwah ayah saya yang sangat sayangkan kucing. Selepas makan tidak pernah dia melupakan makanan untuk kucing. Pasti ada walaupun sedikit. Kubur arwah tak sampai 100m dari rumah. Di awal pemergian arwah, setiap hari kucing ini akan menziarahi pusaranya. Sgt hebat penghormatan seekor kucing pada tuannya. Semoga hidup saudara dimuliakan oleh Allah s.w.t.

    Reply

  22. 22 muhamed ali azahari Apr 18th, 2008 at 8:21 pm

    alhamdulillah bukan maklumat yang tepat dprolehi renungan dan luahan lubuk hati juga dapat ku jamui dalam blog DSAI ini. DS truskan himpunan antara masalah dan penyelesaian dalam bntk kesusastraan yg tinggi. inilah peradaban ulama agung MOHD AL-GAZALI bila beliau menulis karya2 evergreennya. rahimahullaah

    Reply

  23. 23 muhammad ali al-huseini Apr 18th, 2008 at 9:51 pm

    slm walaupun saya hanya seorang pelajar darjah 4 tetapi saya tahu yang babi najis yang tak patut ada di Malaysia telah dibuat oleh PKR(Perosak Keimanan Rakyat).Walaupun saya PAS tetapi saya mengutuk preseden PAS kerana menyokong syiah engkau wahai penasihat PKR(Perosak Keimanan Rakyat).Aku lebih rela di tumbuk dari menyokong engkau.Kita pebangkang jangan kutuk BN banyak sangat sebab syiah engkau mula menjadi toke babi.Aku sedih kerana saya baca akhbar KeAdIlAn yang menunjukkan lima jari tetapi ada enam iaitu buat kilang babi.Dulu kata lain sekarang buat lain.Adakah merdeka negaraku dari segala dosa-dosa pemimpin.Tak guna aku bercakap kerana seorang yang dipuji oleh orang yahudi takakan pandang orang kerdil sepertiku…

    TANGISAN BANGSAKU

    apakah dosa orang melayu yang sentiasa mencari rezki tetapi tempat kerja berbau busuk.Hati Mahadir yang memasukan engkau kedalam ISA

    Reply

  24. 24 muhammad ali al-huseini Apr 18th, 2008 at 9:53 pm

    slm walaupun saya hanya seorang pelajar darjah 4 tetapi saya tahu yang babi najis yang tak patut ada di Malaysia telah dibuat oleh PKR(Perosak Keimanan Rakyat).Walaupun saya PAS tetapi saya mengutuk preseden PAS kerana menyokong syiah engkau wahai penasihat PKR(Perosak Keimanan Rakyat).Aku lebih rela di tumbuk dari menyokong engkau.Kita pebangkang jangan kutuk BN banyak sangat sebab syiah engkau mula menjadi toke babi.Aku sedih kerana saya baca akhbar KeAdIlAn yang menunjukkan lima jari tetapi ada enam iaitu buat kilang babi.Dulu kata lain sekarang buat lain.Adakah merdeka negaraku dari segala dosa-dosa pemimpin.Tak guna aku bercakap kerana seorang yang dipuji oleh orang yahudi takakan pandang orang kerdil sepertiku…

    TANGISAN BANGSAKU

    apakah dosa orang melayu yang sentiasa mencari rezki tetapi tempat kerja berbau busuk.Hati Mahadir yang memasukan engkau kedalam ISA lebih suci dari engkau…

    WASALAM
    ASALAMUALAIKA YA IMAM HUSEIN

    Reply

  25. 25 Elias Hj Idris Apr 19th, 2008 at 9:14 am

    Kita menghormati pengunjung blog yang masuk ke sini untuk memberi dan bertukar-tukar pendapat.

    Para pengunjung TIDAK perlu memuji atau mendewa-dewakan Anwar. Tapi, jangan beri ‘lesen’ untuk anda ditembak orang!

    Jika ada yang masuk ke rumah orang dengan bersikap biadab macam pecacai UMNO yang masuk ke blog ini, kita tidak akan berhemah dengan mereka.

    Sama dengan anak yang nakal, ada masanya dia perlu dirotan.

    Mana yang agak biadab, diberikan ‘penampar’.

    Bagi yang tak reti bahasa tu, TGNA kata ‘macam’ orang utan.

    So, mana yang menyondol kat sini dengan menggila babi tu kita namakan dia babi….

    Kalau dengan Saidina Umar r.a. dah lama mereka ni kena tetak dengan pedang.

    Sebab, kita tau dalam hati mereka itu ada penyakit.

    (Asyik dok makan benda haram. Jadi, mata hatinya pun gelap).

    Itu sebab Alla Taala letakkan manusia itu dalam 7 (tujuh) kumpulan. Dalam setiap kumpulan itu ada 999,999 darjat. Dan majoriti kita ada dalam kumpulan ke-7 dan kita dikehendaki berusaha untuk meningkatkan darjat melalui amal ibadat dan kebajikan.

    Seorang penyangak yang berada di darjat ke-100, tidakkan sama dengan seorang mujahid di darjat ke-100,000 walaupun mereka sama-sama beriman.

    Maka dengan sebab itu jua Allah Taala kategorikan manusia itu kepada rasul, nabi, insan kamil, mujahid, insan biasa, manusia fasik, manusia munafik, dan manusia kafir. Kesemua 3 golongan terakhir itu masuk neraka belaka. Bagi insan biasa, kan ada perhitungannya di neraca mizan.

    Mujahid tinggi darjatnya.

    Sementara insan kamil serta para nabi dan rasul adalah ‘kekasih’ Allah.

    Wallahu-a’laam.

    Reply

  26. 26 Elias Hj Idris Apr 19th, 2008 at 9:18 am

    “Tidak Kujadikan jin dan manusia, melainkan untuk beribadat menyembah-Ku semata-mata.”

    – az-Zariaat: 56

    Bukannya untuk menyondol dan menyusahkan orang macam babi hutan.

    Reply

  27. 27 mohammad zakhir Apr 19th, 2008 at 1:44 pm

    salam dari milan,italy

    JORNO..
    saya dihambat rindu yang teramat…sungguh tidak di sangka kunjungan semakin meningkat…dalam meneliti setiap pendapat dan pandangan mengundang KESEDIHAN YANG AMAT SANGAT!!! manakan tidak “bahasa mencerminkan bangsa” yang tua tidak dihormati dan yang muda tidak dikasihi..

    mengapa ini boleh terjadi,,adakah dengan nama KEBEBASAN mengHALALkan kita melakukan ini,tidak ada lagikan adab dan akhlaq dalam diri kita..rasanya banyak lagi cara yang lebih berhemah untuk melontarkan pandangan dan pendapat menyapa perlu mengunakan bahasa yang kesat dan biadab ini..

    saudara/i anwar ibrahim adalah makhluk yang tiada kuasa dan daya untuk merubah apa2 hanya ALLAH yang berkuasa…JAUHKAN perkara yang membawa kita ke arah SHIRIQ…berjuang dan DOA,,anwar hanya AS’BAB..

    akhlaq NABI yang tinggi membuatkan manusia datang pada ISLAM,walaupun dimaki,diludah,dilontarkan dgn benda busuk,ada juga dengan batu hingga baju di basahi darah…rasulALLAH tetap dengan dakwah dan akhlaq yg tinggi.dan rasulALLAH juga sentiasa berSABAR…

    saudara/i

    mengapa perlu bermusuh hanya kerna berbeza pendapat,tidak bolehkah kita berkasih sayang dan saling hormat-menghormati,yang jauh didekatkan,yang dekat di serasi-serasikan…saya rasa tak susah hanya saudara/i mahu atau tidak saja..fikirkanlah..

    wasalam…

    Reply

  28. 28 sjeicah Apr 19th, 2008 at 2:36 pm

    lama diulik
    ku tunggu hari itu
    hari keramat bila kan nan sampai
    akan bangkitah hingga perdu dan liang roma ini pantas tercabut akan isi-isinya sekali
    oleh gegak gempita oleh berjuta alunan paluan gendang

    ketika itu akan terputuslah teraju-teraju layar tiang agung lawan-lawanmu
    biar sebesar menongkat langit sekalipun
    menyapu onar duka yang telah tersusun sekian lama
    dimelata muka bumi hingga sapan
    kerana medan yang datang bukan lagi badai
    tetapi angkatan martabat igauan pejuang yang mujtahid
    alunan gemersiknya membawa berita gembira
    persis anak dahaga yang menanti minuman dan manisan di kamar susunya

    tegak berdiri di tiang agung
    kau kini menghias kupu-kupu yang datang bagai alamat genderang perang telah mula dipalu
    adalah semangat hati, jiwa dan raga
    yang kini akan menemui titik noktah natijah satu perjuangan
    buat semua pejuang
    dimedan yang sebenar.

    19.4.208

    Reply

  29. 29 sjeicah Apr 20th, 2008 at 3:21 am

    (di edit semula- harap dapat delete yang terdahulu)

    lama di ulik
    ku tunggu hari itu
    hari keramat bilakah sampai
    akan bangkitah hingga perdu dan liang roma ini pantas tercabut bersama isi-isinya sekali
    menyahut gegak gempita jutaan alunan paluan gendang

    Maka terputuslah teraju-teraju layar tiang agung lawan-lawan
    biar sebesar menongkat langit sekalipun
    menyapu onar duka yang telah tersusun sekian lama
    dimelata muka bumi hingga bagai dilanggar geruda
    kerana medan yang datang bukan lagi badai
    tetapi mengangkat martabat igauan pejuang yang mujtahid
    alunan gemersiknya membawa berita gembira
    persis anak dahaga menanti minuman dan manisan di kamar susunya

    tegak berdiri di tiang agung
    kau menghias kupu-kupu yang datang bagai petanda genderang perang telah mulai di palu
    adalah semangat jitu, jiwa dan raga
    yang akan menemui titik noktah dan natijah satu perjuangan
    buat semua pejuang
    di medan yang sebenar…ayuh kita mulakan

    20.4.208-3:30pagi

    Reply

  30. 30 Teropong Sbg Perai Apr 21st, 2008 at 8:55 am

    To muhammad ali al-huseini

    Anda hanya penyamar jangan rosakkan nama PAS dengan pendapat pecacai UMNO

    Sejak bila pula Mahadir bersifat suci sebegitu…
    Jangan mengagung-agungkan orang yang jelas berdosa…menghina Nabi dan Ulamak..menutup sekolah Agama Rakyat..Layakkah orang yang menghina Islam disucikan sebegitu …
    Memang betullah hangpa jenis Melayu yang mudah lupa..Itu lah perangai Melayu yang sentiasa buta sejarah dan membaca sejarah yang ditulis oleh orang yang membabibuta…
    Tapi orang yang memperjuangkan Islam tidak akan lupa

    sudahlah orang lain bolehlah anda nak pekena ,menipu,memperbodoh-bodohkan…tetapi Rakyat di 5 negeri dalam PRU 12 lalu sudah cukup mengatakan anda bodoh kerana ditipu oleh UMNO/BN dan Mahadir…..

    Reply

  31. 31 JebatReturn Apr 22nd, 2008 at 11:22 pm

    Nazrul

    Saya kurang kenal dengan Faizal Tehrani. Anda Kenal Kot..?

    Baiklah. Mungkin rakyat Malaysia inginkan seorang pemimpin yang maksum dan bebas dari dosa membelenggu. Kalau mengikut Faisal Tehrani pun dan apa yang telah ditulis( saya dah baca) nampaknya dia pun analisis dari beberapa sudut berbeza dan bercerita mengenai beberapa perkara dari sudut peribadi. Saya anggap anda pun mengkin diserap rasa takut apabila penulisan begini diketengahkan. Kita jangan ambil jalan singkat untuk memajukan Ummah. Kita perlu mulakan semula agenda Islam di Malaysia kerana ianya telah dikotori oleh politik rakyat dan pemimpin yang ada. Tak salah rasanya kita berfikiran waras dengan memberi kesempatan kepada pemimpin seperti Anwar untuk menerajui perubahan yang diwar-warkannya. Daripada kita sentiasa ditipu dan dimainkan oleh orang politik yang mengaku Islam dan Melayu sejati tetapi tindakannya telah membunuh Syiar Islam. Saudara Faisal Tehrani pun telah menyebut mengenai kepimpinan Tok Guru yang dikatakan tidak tetap dan berubah.Nampaknya kita sentiasa perlu beringant disini, supaya jangan kita dalam sedar tidak sedar menjadi tunggangan nafsu dan syaitan yang melalaikan kerana kita tidak sedar apa yang berlaku selama ini. Saya ingin mengingatkan saudara dan Faisal Tehrani supaya merujuk Ulama sebelum berkata-kata. Dan ingatlah Allah telah berfirman dalam dialog Allah s.w.t dengan Malaikat yang berbunyi : Aku tahu apa yang kamu tidak mengetahuinya. Ayat Al-Quran tuh. Tak tau kenapa Faisal Tehrani tak merujuk Ulama dan merujuk Al-Quran bila menulis. Wallahuallam.

    Reply

  32. 32 Robert Manurung Apr 23rd, 2008 at 7:25 am

    Pak Anwar,

    Sebagai orang Indonesia, aku senang karena ternyata Pak Anwar menyukai puisi-puisi WS Rendra. Aku juga suka puisi-puisi Mas Willy. Kalau boleh tahu yang manakah puisi WS Rendra yang paling Bapak sukai dan memberikan inspirasi.

    Terima kasih.
    Salam Reformasi

    Robert Manurung-Jakarta
    http://ayomerdeka.wordpress.com/

    Reply

  33. 33 Mahasiswa prihatin Jun 24th, 2008 at 5:32 pm

    Yuran di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) membebankan pelajarnya. Dari segi persekitaran dan suasana pembelajarannya yang Islamik, dengan tersergam megah Masjid Al Azhar di tengah-tengah kampus, saya amat gembira belajar di sini. Tetapi dari segi yuran, membebankan pelajarnya. Misalnya yuran asrama satu semester RM500.00. Kemungkinan akan naik lagi kepada RM800.00 kesan daripada pembinaan bangunan asrama baru 11 tingkat berbanding bangunan asrama lama 5 tingkat. Saya harap ada pihak mengunjungi KUIS dan buat kajian semula berkaitan berbagai-bagai yuran termasuk yuran asrama, yuran kursus dan sebagainya seterusnya menurunkan @ memansuhkan kadar yuran sesuai dengan kemampuan kewangan pelajar. Harap tindakan proaktif daripada pihak Dato’ Seri. Allhuakbar!!!!!

    Reply

  1. 1 Anwar Ibrahim, Rajawali, Ratu Adil dan Hukum Adil « Guru Maha Graha Pingback on Jun 20th, 2008 at 5:20 am

Leave a Reply