Archive for April 17th, 2008

17 April 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

Maka saya terpanggil mengimbas karya Allahyarham Usman Awang atau Tongkat Warrant yang menitipkan dua buah puisi khusus untuk saya dan Azizah sebelum Allahyarham meninggalkan kita.
Allahyarham sasterawan yang tiada galang ganti. Al fatihah..

ANWAR IBRAHIM

JENTAYU YANG LUKA (Untuk Wan Azizah)

Tiba-tiba dia bangkit
Dengan kelembutan yang tetap sopan
Berdiri di barisan paling hadapan
Sebagai pahlawan keadilan

Lama dulu wajahnya tersembunyi
Di belakang pemimpin berani sang suami
Mengintip dengan mata kecilnya
Segala tingkah dan senyuman pura-pura
Si pengampu yang bermuka dua
Si penyembah yang berjiwa hamba
Si pengemis segenggam laba

Dia adalah jentayu yang luka
Terbang mengepak menyonsong gumpalan awan
Mencakar menjeritkan kebebasan dan keadilan
Mencabar dunia yang semakin kejam.

(more…)

17 April 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

dari inilah.com, oleh HAMID BASYAIB

ANWAR Ibrahim pantas dijadikan guru oleh banyak politisi Asia. Ilham yang disajikannya melampaui apa yang ditunjukkan Deng Xiaoping, Kim Dae-jung, atau Benazir Bhutto.

Ia bukan hanya contoh terbaik tentang jatuh-bangun politik yang ekstrem dihadapi dengan penuh martabat. Tapi ia juga menunjukkan bahwa politik merupakan paduan tepat antara cita-cita kenegaraan yang berjangkauan jauh dan luas, landasan intelektual yang kokoh, dan pragmatisme yang diabdikan demi cita-cita itu.
(more…)

17 April 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

Selesai prog di Kg Baru, saya berlepas ke Abu Dhabi menemui pelabur dan pedagang Arab. Saya tiba sekitar jam 11 pagi dan terus mengadakan pertemuan hingga malam. Di antara lain kami membincangkan keperluan menyegerakan pelaburan Arab di Malaysia khususnya di negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat. Saya juga sempat ditemuramah oleh TV Arab yang berpusat di Dubai untuk siaran khas mereka.

Saya berlepas pulang tanpa bermalam di sana dan tiba awal petang tadi. Dari KLIA saya terus ke pejabat sementara mendapat lapuran sesi siasatan dengan polis. Alahai, khabarnya bebas, tetapi jelas terus dibatasi dengan pelbagai helah dan sekatan.

ANWAR IBRAHIM

17 April 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

Dalam pidato saya di majlis memperingati almarhum Hamka minggu lalu saya menyinggung keistimewaan Hamka selaku ulama dan saterawan. Novelnya menggugah rasa, menyelami sukaduka rakyat; dan mungkin sosok sedemikian jua yang mampu mencernakan rasa hati rakyat, dan menambah kehebatan beliau selaku ulama, da’I dan intelektual rakyat.

Diperhimpunan 14 April, Tan Sri Khalid berhujah bersandarkan puisi WS Rendra, Rajawali! Perasaan saya tercuit kerana Rendra pernah mengirim puisi tersebut ke Sungai Buloh. Dan saya terharu mengenangkan sahabat kami Abang Usman dan dua puisi terakhir beliau, Jentayu yang Luka dan Selamat Hari Jadi.

ANWAR IBRAHIM