Archive for April 9th, 2008

9 April 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

Saya selamat kembali ke rumah setelah satu malam di Jakarta atas undangan Panitia Sambutan 100 Tahun Buya Hamka (Haji Abdul Malik Karim Amrullah). Saya diminta menyampaikan ucaptama mengenai ketokohan Hamka, tradisi keilmuan dan masyarakat madani.

Liputan ucaptama ini ada disiarkan di laman web Tempo Interaktif.

Saya mulakan dengan nota peribadi terjebak dengan karya Hamka “Merantau Ke Deli”, dan “Tenggelamnya Kapal van de Wick” , dua novel popular beliau dari koleksi ibu saya. Hanya lama kemudian baru dikenali Hamka sebagai ulama, aktivis gerakan Islam dan pejuang gigih termasuk dalam Masyumi di bawah pimpinan Bapak Muhammad Natsir. (pidato tersebut sedang saya edit dan akan disiarkan).

Semalam juga saya ke kediaman rasmi wakil presiden Indonesia, Sdr Jusuf Kala dijamu makan malam dan bersilaturrahim sebagai sahabat lama. Turut hadhir juga rakan lama saya Sdr Fahmi Idris, Menteri Industri dan beberapa tokoh politik dan pengusaha.

Selesai jamuan kami terus ke TV Republik Indonesia kerana ditemubual dalam rancangan khas dialog aktual. Mulai jam 7 pagi tadi kami memulakan rapat bersama Mas Adi Sasono, wakil partai politik, yang dan diselenggarakan atas nama CIDES.

Ucaptama saya bermula sekitar jam 10 pagi diikuti sidang media. saya dikunjungi penyair WS Rendra dan Ken Zuraida di rumah sdr Rachmat Ismail. saterusnya kami makan tengahari (lazatnya masakan padang) bersama pimpinan dan pengusaha dari Muhammadiyah dan sekali lagi diterus dengan dialog.

Rombongan saya termasuk Sdr Azmin Ali dan Mustafa Kamil Ayub sempat minum teh di kediaman bekas presiden BJ Habibie sebelum ke lapangan terbang Soekarno-Hatta.

ANWAR IBRAHIM

9 April 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

Black 14 dikenang sebagai peristiwa hitam negara yang dikenang saban tahun tetapi 14 April 2008 ia bakal disambut dengan berbeza sekali kerana 14 April 2008 bukan lagi gelita. Ia sudah mula diterangi cahaya. 15 April udara di Malaysia akan berbeza kerana wira Rakyat Anwar Ibrahim bakal melangkah masuk ke arus perdana politik negara secara sah. Seluruh rakyat dijemput untuk bersama dalamlack 14 perhimpunan khas countdown rakyat seperti di bawah

Tarikh : 14 April 2008
Masa : 8.45 malam
Tempat : Kelab Sultan Sulaiman Kg. Baru, Kuala Lumpur
Kehadiran: 50,000

DSAI akan menyampaikan ucapan sulung perdana selepas pilihanraya selain dari ucapan pimpinan utama Pakatan Rakyat mengimbau kenangan perjuangan rakyat.