Datuk Halik Zaman mencadangkan agar saya segera berkunjung ke Sabah dan Swak. Inshaallah saya akan kesana dalam masa terdekat.
Sabenarnya banyak liputan menyatakan saya ke Kota Kinabalu dan Kuching sesudah PRU. Walhal saya belum pun ke sana.. Ha ha siapa gerangan pelanduk dua serupa?
ANWAR IBRAHIM

biar btul dato..hahaha..
Reply
salam
Datuk Seri Panglima Anwar Ibrahim
Robbis rahli sadri wayassirli amri….
di panjat doa kehadrat Allah subhanallah semoga kerajaan PKR di beri kekuatan rohani dan jasmani agar dapat mentadbir dan memerintah negara dlm aspek berlandaskan prinsip adil saksama telus dan berkebajikan….
saya dan berjuta penyokong Datuk Seri Panglima akan tetap berdiri teguh menyokong kerajaan PKR…
walaubagaimana pun….seluruh rakyat kerajaan PKR menasihati Datuk Seri Panglima agar berhati hati dan lebih sensitif dengan suasana sekarang ini….berdasarkan pada jentera akhbar dan media BE END yang terus menerus meningkat serangan terhadap PKR agar rakyat jadi keliru dan mamai…..BE END sekarang ini sedang menyediakan halangan demi halangan untuk memastikan kerajaan PKR gagal melaksanakan dasarnya…..rite now sangat wajar jika semua pimpinan PKR turun padang dan pergi keseluruh pelusuk tempat di malaysia ini mengambil feedback dan rakam dengar rungutan rakyat….
saya cadangkan Datuk Seri Panglima tumpukan dahulu isu isu hangat di malaysia….sehingga keadaan stabil dn barulah ke luar negara….
jika cadangan saya ini salah…harap maaf…mungkin Datuk Seri Panglima sudah ada perancangan yang kami semua tidak tahu….
menanti akhbar PKR dan TVPKR…..
Reply
khabarnya satu masa dulu anugerah “Datuk” yang diterima oleh Halik Zaman telah ditarik balik, namun beliau telah memasukkan perkataan datuk diawal namanya melalui jabatan pendaftaran. Jadi datuk yang ada sekarang ni adalah nama beliau. Itulah yang saya dengar tah betul tah tidak.
Reply
Salam Dato’ Seri… Tak kisah la Dato’ orang nak kata apa, asalkan nawaitu Dato’ baik dan bersih, Dato’ teruskan. MALAYSIA BERSIH….
Reply
Pelanduk 2 serupa takpe datuk seri, takut hantu raya je…
Reply
As’kum DSAI,
Bila mau datang ke Sarawak & Sabah.
Jangan lupakan kami disini.
Kami jugak mahu sertai kejayaan rakyat di Semenanjung.
Kita kasik sambutan hebat sama DSAI.
Reply
Orang kalau dan takut pokok pun dikatakan hantu. Siapa tak takut beb..tak jadi PM boleh tanah lagi, tapi kalau Cikgu yang jadi PM nanti ada yang masuk lokap…Sekarang semua dah gabra…Dr. Mahathir pun tak pasal-pasal macam orang hilang akal suruh Pak Lah turun cepat-cepat. Lagi lambat Pak Lah turun lagi besar peluang cikgu jadi PM. Selamat berjuang…
Reply
ds..byk yg perlu dijelaskan kepada rakyat jelata. Almaklumlah dh 50 tahun dahhh….
PR telah menampakkan kejayaan atas usaha gigih semua pihak, tapi untuk mengekalkan kejayaan adalah lebih sukar lagi. Olih itu usaha gigih serta bersepadu amat dituntut dari segenap pemimpin dan rakyat yang perihatin.
sekian,wassalm
Reply
Assalam mu alaikum DSAI
Ye ke tak gi lagi ko Kota Kinabalu selepas PRU 12. Banyak berita kata DSAI dah pergi. Ini pelik atau memang sengaja nak mengsensasikan berita atau memang ada orang kecut perut lantas Pak Lah dah kesana!!!. Harap dato ke sana, jangan hampakan harapan sahabat-sahabat.
Reply
tu la biar betul…kelakar jugak
Reply
Dato’ Seri, saya fikir dalam tempoh Dato’ Seri bersama UMNO-BN, suka atau tidak, sebahagian kerosakan yang dibuat harus juga ditanggung bersama oleh Dato’ Seri. Walaupun secara individu Dato’ Seri tidak bersetuju, tetapi kerja parti adalah kerja kolektif. Saya boleh faham.
Eloklah Dato’ Seri jelaskan dengan lebih baik. Perkataan ‘maaf’ tidak akan meruntuhkan ketokohan Dato’ Seri. Dan ya, seperti mana Dato’ Seri mahu, kita akan terus melihat ke depan dari tersedut kepada isu lalu seperti kes Kehakiman dan sebagainya.
Reply
kesihanilah paklah…dia sedang pucat lesu dah 3 minggu tak lalu makan..jika anwar ke sabah dan sarawak..btambah lagi derita paklah.
Tolonglah anwar..projek business khairy dan kamaludin dah kian ranap..
orang dah bangkit lawan cakap paklah..
Reply
3 negeri dianggap kubu..
Johor, Sarawak, Sabah…
Bak kata “letak batu pun boleh menang”…
InsyaAllah dengan takdirNya..
gelombang perubahan akan tiba juga..
Reply
ooo yang selama ini berita DS ulang alik ke Sabah dan Serawak tu tak betul r??????? huhu apa r, saya pun tertipu.. Igt betul DS ulang alik nak lobi Ahli parlimen BN. tak pe r… apapun bg saya kalau dorang betul ikhlas nak perjuang nasib rakyat terbanyak, dgn sendiri dorang akan join PR. Sama2 r kita doakan agar Allah buka pintu hati mereka…
Reply
DSAI,
Datuk Seri, memang perlu segera ke Sabah dan Sarawak. Tanya perkhabaran apa perkembangan di sana. Satu hal perlu diingat bahawa Taib Mahmud umpama “Raja” di Sarawak. Bekas PM Mahathir pun takut sentuh, apa lagi PM yang satu kini, sampai tertidur macam mana nak cari akal minta “Raja” itu turun. Umno pula berkuasa melalui “sistem” pengagihan kerusi di Sabah.
Saya hanya akan fokus bicara tentang Sarawak dulu.
Majoriti rakyat Sarawak sangat takut pada “Raja” yang satu itu. Samy Vellu yang tumbang itu mengatakan dia mau jadi Presiden MIC sampai mati. Rakannya “Raja” Sarawak mungkin juga begitu.
Tahun 2010 atau 2011 pilihanraya negeri Sarawak. Masa itu tidak lama lagi. Selalulah ke Sarawak buat persiapan rapi menumbangkan BN di sana pula. Beri semangat kepada rakyat Sarawak agar TIDAK TAKUT BERUBAH seperti di Penang, Kedah, Perak dan Selangor.
Satu hal kena ingat bahawa Sarawak selalu bertanding banyak penjuru kalau pilihanraya. Datuk Seri pasti lagi arif. Cari penyelesaian perkara ini agar 1 lawan 1 dengan BN.
Lawan tetap lawan Datuk Seri. Pakatan Rakyat boleh bersama rakyat di Sarawak. Maju terus. No turning back.
Reply
PONDOK TANJUNG
Saya nak sambung sikitlah cerita saudara. Saya teringat cerita arwah ayah saya suatu masa dulu. Entah betul entah tidak ceritanya tidak pula saya pasti tapi dia kata, kehidupan manusia ni sedikit sebanyak bergantung pada tuah.Dia kata, Ada tuah tapak rumah, ada tuah bini dan tuah besi.
Selama ini saya tak pernah ambil peduli cerita itu. Tapi bila tengok Pak Lah sekarang seperti saudara kata dah pucat lesi tak lalu makan saya rasa ada betulnya kata-kata arwah ayah saya tu.
Pak lah sejak dia dapat bini baru, macam-macam musibah menimpa dia. Begitu juga dengan rumah baru yang sedang dia buat sekarang ini di Putera Jaya, yang kononnya disponsor oleh seorang taukeh besar dari Johor…Mungkin tapak rumah baru dan bini barunya tak membawa tuah kot sehingga jadi maca ini sekali.
Bagaimanapun saya masih cuba mengingat kalau-kalau ayah saya ada sebut tuah menantu. Tetapi seingat saya arwah ayah saya tak pernah sebut pasal tuah menantu. Tapi dalam hal Pak Lah ini nampaknya menantupun ada yang membawa bertuah dan ada yang tidak.
Reply
Dicadangkan agar dato seri ke Sabah n Sarawak sebaik PM balik daripada Sabah.
Kami rakyat Sabah sebenarnya mahukan perubahan dan keadilan yang lebih baik.
Andainya media , RM dan ugutan tidak berlaku dlm PRU lalu , pasti ramai yang memberi undi kepada PKR. Inilah bentuk penganiayaan yang membudaya kini. Semoga lahir PM bagi Malaysia untuk menghapuskan kejelekan ini dan mendidik rakyat berpandangan rasional dalam memilih kerajaan seterusnya mampu menjamin kelangsungan hidup generasi masa depan.
Menanti hari… he he he
Reply
UMNO paranoid. Takut bayang2 sendiri.
bukti kekuatan PR.
Reformasi
Reply
Assalamualikum Y.Bhg Dato Seri.
Elok sangatlah kalau Dato Seri berkunjung ke Sarawak dan Sabah untuk meyakinkan perjuangan Dato Seri yang bertunjangkan keadilan. Kami orang kampung mengalu-alukan kedatangan Dato Seri.
Selepas 50 tahun Sabah dan Sarawak merdeka bersama Semenanjung Malaysia apa yang kami perolehi??? Hasil minyak 5% dari royalti tak munasabah dan ternyata kerajaan Persekutuan yang dikuasai oleh UMNO telah sekian lama menganak tirikan kedua-dua negeri kami. Rakyat termiskin dan negeri mundur masih juga sinonim dari negeri yang telah memperkayakan Kerajaan Persekutuan dari hasil Mahsul bumi ini??
Apakah kami rakyat orang kampung tidak berhak menuntut pembangunan? atau kerajaan sekarang punya dasar meletakkan orang kampung terpancil sebagai muzium hidup supaya pembangunan tidak menghakis cara hidup daib dan kunu serta asli sebagai tarikan pelancongan??? Cukuplah kami punya Orang Utan. enough is enough. we dream to have clean water, proper road and electricity Dato seri.
Kami tak pernah minta pembangunan mega macam yang diumumkan oleh PM tidur, cukup kalau kami punya jalan raya sempurna untuk kereta Kancil hatta Proton Saga Kelabu untuk melaluinya, sudah lama kami derita berjalan di jalan raya penuh selut dan lumpur.
Di rumah, kami akan bersyukur dengan nikmat kemajuan jika di bilik air terdapat air yang bersih dari pili air menggantikan air perigi yang terpaksa diminum walau apa juga keadaannya, Dikala malam kami sangat mensyukuri rezeki kemajuan hasil kekayaan negeri ini jika kerajaan dapat membekalkan api menerangi kegelapan malam. Sudah beberapa generasi, dari ibubapa kami kini anak-anak kami terpaksa belajar di bawah cahaya api pelita yang seadanya kesekolah berjalan kaki berkaki ayam. kesihanlah orang-orang kampung. Adakah kerajaan sedar permintaan ini.. takkan selepas 50 tahun tak sedar lagi. Orang kampung tiada kepentingan dalam politik dan akan sokong siapa saja yang menjanjikan pembangunan tapi sering kali juga kami terus dipermainkan dengan janji kosong tersebut..tak apa yang sudah biar berlalu jika itu penipuan biarlah mereka di adili di akhirat nanti..
Kami sudah bosan bukan kerana bosan dengan ujian Allah tapi bosan dengan kekejaman kerajaan yang menapikan hak kemajuan kepada negeri ini. Cuba bayangkan selepas 50 tahun merdeka rakyat masih menyembah dan meminta 3 kemudahan asas diadakan. Cukup lah ibubapa kami lahir sebelum dan selepas pasca merdeka meninggal tanpa merasai nikmat dunia,tapi janganlah biarkan anak-anak kami juga mewarasi penderitaan ini..
Y.Bhg Dato,
Apa kata kalau Dato datang ke Sabah/Sarawak offerlah kepada pemimpin Negeri ini jika merelakan mereka bersama dalam saf perjuangan Dato perkara berikut:
1. Naikkan Royalti minyak dari 5% kepada 20 % dan gunakan hasil royalti tersebut untuk pembangunan negeri ini.Orang kampung tidak peduli siapa yang memimpin asalkan berjaya membawa keadilan dan pembangunan.
2. Berikanlah Pemimpin tersebut jawatan Menteri Penuh pasti mereka akan fikirkan sewajarnya.Wujudkan satu kementerian khas untuk menguruskan aspek pembangunan kedua-dua negeri agar dapat memberikan focus terhadap pembangunan di negeri ini agar dapat mengimbangi perbezaan pembangunan dengan Sem Malaysia.
3. Kembalikan hak rakyat negeri ini yang sentiasa di tuntut oleh beberpa pemimpin berkenaan 20 point tersebut ketempat yang sepatutnya.
Akhir sekali orang kampung mendoakan semoga perjuangan Dato dipermudahkan dan diberikan kemenangan oleh Allah.
Sekian.
Orang Kampung.
Reply
DSAI
laa..aku ingat hang pi sana dah…tp aku ingat masa kempen dulu jan banyak topeng gambak hang DSAI..mungkin depa menyamar pakai kot hahah
Sahabat Mu- YAA
Reply
Kepada DSAI dan rakan rakan PAKATAN RAKYAT
Harap harap tak buka pintu kepada MP MP BN dari Sarawak. Sebabnya mereka ini adalah dari golongan yang hanya pandai memenuhkan poket sendiri dan kaum kroni. Jika betul perjuangan DSAI ikhlas untuk mereformasikan Malaysia, cungkil dan angkat pemimpin pemimpin baru yang ikhlas dan jujur dalam perjuangan. Apa bezanya ayam KFC kalau ditukar dgn kotak ayam Mc Donald? Mesti rasanya masih lagi rasa ayam KFC kan? Sekadar bidalan mudah untuk dikaitkan dgn apa bezanya MP Pakatan Rakyat jika dulunya dari BN???
Kita sedar bahawa ia mungkin mampu mengubah pentadbiran negara tetapi percayaLAH setiap perkara yang mengikut jalan pintas pasti berakhir dengan kemusnahan. Contoh paling mudah, saudara Khairy kita yg nak cepat NAIK,,,sehingga semua matlamat menghalalkan cara, jadi apa padahnya? SATU KAPAL (UMNO) tenggelam dibuatnya.
Sekadar untuk renungan, apakah pemimpin ini yang ingin diangkat Pakatan Rakyat?
Dr Tiki (MP)- memeras ugut rakyat di kawasannya yang geran tanah akan diTAHAN/tidak diserahkan jika undi pembangkang
Dr Richard Riot (MP)- mengapa baru sekarang nak bising…sebelum ne tak pernah nak bising malah kempen kutuk pembangkang adalah…sebabnya SATU-sebab tak puas hati tak masuk senarai kabinet..=GILA KUASA…
Joseph Entulu (MP)- satu keluarga memonopoli ladang kelapa sawit…dalam masa yg sama menindas rakyat dgn mmepergunakan tenaga dan tanah peribumi utk kepentingan ladang sawit sendiri? Rumah setiausaha politiknya pun mengalahkan rumah “bekas†exco Selangor yg akan diLELONG….so faham faham sajala..berapa sangat la gaji kalau jadi Setiausaha sulit YB (MP)
JAmes Jemut Masing (DUN)Presiden Parti Rakyat Sarawak- baru sekarang nak sebut org DAyak patut dapat lebih kerusi dalam kabinet? Kenapa? sebab nak publisiti murahan…walaupun banyak mana kerusi kabinet yg diberikan kepada org Dayak…end resultnya tetap sama. Org Dayak tetap tak maju, yg maju cuma poket YB…dialah orang Dayak yang hancurkan parti dayak terbesar PBDS..sebab nak jadi Presiden..=GILA KUASA
Anak taib Mahmud (CM Sarawak) yang baru dilantik jadi timbalan menteri pelancongan, SULAIMAN (MP)- pernah menerajui RHB bank dan CMS (Cahya Mata Sarawak aka Chief Minister Sarawak)..company bapaknya yg memonopoli perniagaan di Sarawak. Nyaris bangkrap kedua dua company tu dibawah jagaan nya? Sekarang bapa dia pun tak sanggup suruh dia hancurkan famili bisnez bapanya…so sekarang MP? Boleh percayakah?
Alfred JABU (DUN)-Timbalan CM (IBAN) huuuuuhhh KAYA giler dgn bisnes sawit nya….kalau bisnez telus tak apa…tu tindas rakyat…nak jumpa YB ne? perlu buat appointment setaun lebih awal la agaknya, kalau tak jgn harap nak lepas SECURITY rumahnya…
GEORGE CHAN (DUN)-Presiden SUPP..sama je dgn yg di atas ne
Ini sekadar secebis coretan kisah kisah YB (YANG BERADA, YANG BANYAK DUIT)Sarawak ne…..kalau berkesempatan datang lah Sarawak. Tengok sendiri “istana-istana†YB YB ne…..kalau setakat rumah bekas exco selangor yg akan dilelong tu….apalah sangat….
JADI jika inilah pemimpin yg ingin diangkat oleh PAKATAN RAKYAT ia umpama menukar makanan dalam tin yg sudah luput tarikh dgn packaging dan cop tarikh luput yang baru. Isinya sama….hancusss…
Jangan kerana matlamat jangka pendek….sanggup gadai perjuangan rakyat..
Salam Reformasi….Takbir…Makkal Sakhti…Agi Idup AGi Ngelaban!
p/s DSAI datang nanti kita belanja makan kolo mee dan ikan terubuk masin…belacan bintulu pun ada untuk dibawa pulang..:-)
Reply
Pak Sheikh.. Ahlan Wasahlan ke Sarawak… Bila-bila masa sahaja mahu datang ke Sarawak dialu-alukan. Saya bekerja di Bintulu, DUN di Bandar Bintulu di bawah DAP. Tapi, Parlimen masih lagi di bawah BN. Datanglah ke Bintulu. Ahlan!!!
Reply
Assalamualaikum Dato Seri, Memang hari yang sangat di tunggu2, dato datang ke Sabah melihat sendiri dan menyedarkan kepada semua betapa pentingnya maufakat untuk mebenamkan BN yang sekian lama ini terlalu angkuh dan korupsi dalam pelbagai bidang….dan rata-rata pemimpin BN di Sabah ini yes boss biar pahit di telan tetapi tetap terasa manis jua yang di rasa….ialah takut hilnag kedudukan dan hilang kuasa serta setiap percent yang selama ini di jadikan pertaruhan…….apa lagi barisan kepimpinan yang dipilih ini adalah satu barisan yang tidak proaktif…..hanya proaktif dan alert bila menguntung diri sendiri…….lawan tetap lawan membujur lalu melintang patah……sekian wassalam
Reply
Sentimen perubahan memang ada di negeri ini namun apa yang masih menjadi satu keraguan untuk sebahagian rakyat masih tidak dapat menerima Dr. Jeffry Kitingan sebagai orang no. 1 dalam kepemimpinan. Memang jika dilihat dari segi hairakinya Dr. Jeffry bukan orang no. 1. Namun dalam setiap aktiviti PKR apa yang ternampak ialah seolah-olah Dr. Jeffry sebagai orang no. 1 sehingga Ansari seolah-olah satu Boneka saja. Keadaan ini yang saya lihat sedikit memberi impak yang kurang baik kepada peluasan pengaruh PKR untuk mendapat undi. Persepi dan kepercayaan rakyat tentang niat dan gaya Dr. Jeffry masih diragukan keikhlasannya. memang benar di negeri ini kita masih mencari seorang pemimpin yang baru yang boleh memberi imej baru dalam dunia politik negeri ini.
Reply
DSAI,
UMNO tidak pernah bertapak di Negeri Sarawak tetapi PKR/PAS/DAP (Pakatan Rakyat) sudah wujud. Jumlah kerusi yang akan dipertanding dalam PRU Ahli DUN Negeri Sarawak tahun 2010/2011 berjumlah 71 kerusi. Dari jumlah tersebut 29 kerusi majoriti (Melayu / Melano), 28 kerusi bahagian pendalaman majoriti iban dan 14 kerusi majoriti Cina. Kemunculan Iban Congress Parti memberi banyak bonus kepada perjuangan
untuk menganti Kerajaan Negeri Sarawak yang diPerintah Pehin Seri Taib dan Tun Rahman selama 26 Tahun (Taib 27 Tahun 9 tahun era Tun Rahman)
Ramai rakyat Sarawak percaya bahawa pergolakan antara dua beranak sebelum ini adalah satu strategi dan lakonan Tun Rahman / Taib untuk mengekalkan dynasty Rahman Taib sehingga kita nampak MP 206 Tanjung Manis diwakili oleh Norah Tun Rahman dan MP Semarahan diwakili Sulaiman Taib dalam PRU 12 baru lalu.
DSAI tahu bahawa kekayaan negeri Sarawak memang dalam tangan Pehin Seri dan sebelumnya dalam tangan Tun Rahman.Economi memang semua dalam tangan Pehin Sri melalui proxy nya Cahaya Mata Sarawak,Taan Holding,Naim Cendera dan lain lain lagi sehingga rakyat cukup menderita.
Keadaan berbaik baik Tun /Taib baru (sehingga berpeluk mesra dihalayak ramai) adalah satu lakonan Tun /Taib.Lakonan tersebut melahirkan dua hero baru Norah Tun Rahman dan Sulaiman Taib sebagai perwaris perjuangan dynasty mereka.Kedua YB ini adalah YB yang bermasaalah sebelumnya. Kerana kebodohan Ahli Parti BE END mereka tiak berani bersuara dan menghalang sandiwara ini terus berlaku.
Tun Rahman sanggup menerima balik Taib kepangkuan nya sebab beberapa hal yang diketahui ramai.Tun Rahman yang kuat mencabar AKIDAH Taib dengan mengatakan bahawa Taib adalah seorang pemimpin Sarawak yang rosak akidah kerana mengamal pekara khurafat lagi syirik.Tun adalah orang yang pertama setlah 27 tahun memuji Taib kerana semata mata untuk memberi laluan untuk mendapat kerusi Parlimen untuk anaknya Norah Tun Rahman yang menang tapak tanding di P.206 PRU 12.
Penyatuan Tun / Taib bukan satu penyatuan dua kumpulan dan pengikut. Tetapi penyatuan mereka adalah sekadar memperkukuhkan kedudukan politik dynasty Tun / Taib anak beranak. Dalam episode ini ramai yang menjadi mangsa sehingga mereka tergamak merosak masa depan politik sanak saudara mereka sendiri untuk memberi laluan kepada keluarga yang terdekat i. Sulaiman dan Norah.
Hanya Parti Pakatan Rakyat Malaysia yang mampu menyelamat rakyat Sarawak dari terus dicengkam oleh kedua penyangak ini.
Kisah lebih menark akan kita teruskan..semakin dekat PRU ADUN Negeri Sarawak 2010/2011 insyallah. Kalau tidak ada masa keSarawak layari bloggeri dari Sarawak…Datuk Seri insyallah kami akan menyokong perjuangan untuk keadilan.
Reply
ya betul tu d sabah sarawak ni mesti lawan berpenjuru2 jd harap DSAI pikir2 perkara ni dari saat ini supaya 1 by 1 lawan cara anak jantan. melangkahlah dengan gagah ke sabah dan sarawak adakan siri2 penerangan agar masyarakat sana tahu yang PR ni serius untuk mengubah negara ke arah yang lebih baik insyaALLAH
Reply
Kami di Sabah sedang menanti kedatangan Dato’Seri dengan penuh harapan…!!
Reply
Awas TALAM DUA MUKA – DR JAMES JEMUT MASING
Kepakaran:
Menjatuhkan Perosak Parti dari Dalam aka Talam dua muka & Lidah Bercabang
Pengalaman
Pernah merosakkan perpaduan/kekuatan Parti Bansa Dayak Sarawak sehingga PBDS berkubur
Sekrang berusaha memecahkan sekali lagi kaum Dayak dalam Parti Rakyat Sarawak
Salam Reformasi
Reply
harap DSAI hanya bawa pemimpin yg bersih shj dlm PKR utk bentuk kerajaan pusat
Reply
Assalamualaikum & Salam sejahtera semua…
DSAI…kalau nak datang sabah tolong inform awal2 ye..boleh saya ambil cuti..
Nak dengar ceramah DSAI Live..selama ni tengok dalam Youtube, suarakeadilan & Malayasiakini Tv sja..
Ok DSAI..kita jumpa nanti
Salam keadilan buat semua
Reply
Salam Datuk Seri,
Tak sabar rasanya menunggu kedatangan Datuk Seri di Sabah.
Beberapa Langkah yg perlu diambil oleh pemimpin-pemimpin Keadilan Sabah:-
1) Di harap Ansari Abdullah – Presiden Keadilan Sabah – dapat memohon “permit” lebih awal dan menyediakan tempat berhimpun secara aman – “Stadium Likas” di Kota Kinabalu – Tujuan berhimpun adalah utk mendengar Amanat daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim. War-warkan kedatangan Datuk Seri kpd semua cawangan keadilan di seluruh Sabah, spt di Sandakan, Tawau, Lahad Datu, Kudat, Keningau, dll.
2) Kepada Datuk Seri, Ketua Menteri Sabah pada masa ini telah merasa “terdesak” oleh kebangkitan “Makkal Sakti” di Semenanjung Malaysia dan takut ia menular ke Negeri Sabah, LANTAS cuba menampakkan imej “BERSIH” dalam Kerajaan/Pentadbiran Negeri Sabah dengan menjemput “BPR” bersama-sama dalam memantau “Kerajaan Negeri Sabah”. Oleh itu saya menyarankan agar, Datuk Seri dapat meminta Ketua Menteri Sabah, memulakan “Kempen Bersih Kerajaan Negeri Sabah” melalui “BPR”, bermula daripada Ketua Menteri Sabah itu sendiri.
(a) Setiap ADUN dan MP daripada Negeri Sabah “WAJIB” mengisytiharkan “HARTA” dan “PENDAPATAN” mereka.
(b) Perisytiharan “HARTA” dan “PENDAPATAN” meliputi ISTERI/SUAMI ADUN dan MP itu sendiri dan juga ANAK-ANAK yg berumur 18 tahun dan ke atas.
(c) Hasil daripada Periytiharan Harta tersebut kemudian diwartakan dan dipamerkan kepada seluruh rakyat Negeri Sabah dan Malaysia.
3) Saya mohon kepada Datuk Seri agar dapat mempertimbangkan utk mewakili rakyat Sabah utk tampil ke hadapan utk mengemukakan dan menuntut siasatan terhadap, Ketua Menteri Sabah pada masa ini, terhadap pertuduhan-pertuduhan seperti yg dinyatakan pada —>(http://www.scribd.com/search?query=81 dalil)
Wassalam.
Sekian, Terima Kasih.
Salam Reformasi
Reply
Kedatangan Dato Seri ke Sabah akan merubah senario politik yang ada sekarang tambah2 lagi kestabilan kepimpinan Negara sekarang sudah ramai mempertikaikan bukan sahaja dari pihak Barisan Rakyat, tapi yang jelas UMNO sendiri. Apanya tidak lihat dan dengar saja setiap hari dan malam kritikan dan desakan di kalangan orang ternama dan tersohor, juga tidak lari dari NGO spereti PROWASA dll juga turut mendesak agar meletakan jawatan dan susun semula UMNO…….untuk apa…? jawapnya tak usaha bersusah payah yang penting satukan semua dalam membentuk tampuk kerajaan baru dengan kewujudan BARISAN RAKYAT..
Jadikan BARISAN RAKYAT satu pemerintah yang menjamin keadilan, amanah dan bebas beragama dan bebas dari unsur2 ketidak saksama dan yang penting hormat kepada seperjuangan dan pelbagai bangsa……
Reply
to be honest, saya rasa PKR belum boleh diterima di Sabah. Majoriti Sabahan mahukan parti pembangkang sendiri dan mereka memang sudah biasa menentang kerajaan dr dulu lg. tapi itu bukan alasan utk menolak PKR. cuma, pd pandangan saya lebih baik sekiranya ada parti pembangkang sendiri dan membentuk kerajaan campuran bersama pkr.
Reply
Kami mahukan pembaharuan.. Sarawak BEBAS dari cengkaman White Rajah! aKa Taib Mahmud & family.. Datok .. Jatuhkan Merekaaa.. mereka bukan nya membantu rakyat sarawak.. tapi membebankan.. rakyat sarawak.!! kalau pakatan rakyat memerintah malaysia.. bekukan smua aset mereka.. dan berikan kepada mereka yg memerlukan.. kita tidak perlukan penyanggak mcam Taib Mahmud..
Reply
Assalamualaikum Dato Seri.
Kami mahukan PKR… Kami Tak Nak BN… Halau BN….Kami sudah jemu dan muak dengan kerajaan negeri Sabah yang diterajui oleh BN. Kami mahu kan PKR yang menerajui kerajaan negeri agar dapat membela nasib rakyat sabah yang kian dicabuli. Saya berharap PRU akan datang bisa menghalau kerajaan BN dan membentangkan permaidani untuk Kerajaan baru, HARAPAN BARU SABAH… Hidup PKR…… Dato Seri datang lah ke Sabah bantu kami.saya juga berharap Dato Seri dapat menjejak kan kaki ke Tuaran sekali lagi untuk menyuntik semangat kami semula.. Hidup Dato Seri…. Hidup PKR…..
Reply
x sabar nak tunggu kedatangan Datuk Seri dan x sabar juga nak tunggu kerajaan umno tumbang sebab dah x tahan dengan pemimpinnya yang telah melupakan rakyat jelata. Hidup PR
Reply
Dato’ Seri,
Jika benarlah ramai Ahli-Ahli Parlimen BN ingin beralih kepada PR, saya kira tindakan itu adalah amat wajar kerana kemelut dalam UMNO mutakkhir ini membuktikan wujudnya perpecahan yantg ketara. Sekurang-kurang tiga puak sedang berusaha menjadi jaguh untuk meraih sokongan ahli.
Pak Lah nampaknya tak mahu mengalah dan tak mahu mengakui kelemahan sendiri malah kini meletakkan kesalahan kepada ahli-ahli parti kononnya melakukan sabotaj. Dia mungkin dah lupa, adanya sabotaj pasti ada sebab. Mahathir juga nak jadi jaguh hingga dia lupa semasa dia menjadi PM dulu, macam-macam hal berlaku termasuk soal badan kehakiman yang rasuah, kezaliman (saperti yang diakuinya sendiri bahawa dia menghukum Dato’ Seri yang tidak bersalah kerana kuasa yang ada padanya) serta banyak lagi perkara cukup memalukan dilakukannya.
Perpecahan kian nyata bila Ku Li pula bangkit membuat tuntutan agar UMNO segera adakan EGM.
Ini semua akan menyebabkan ramai Ahli Parlimen BN sendiri menjadi resah. Bagaimana agaknya keadaan dalam parlimen nanti bilamana wujudnya puak-puak yang berkiblatkan tokeh yang berlainan. Dengan sebab itu saya yakin Ahli-Ahli Parlimen BN yang waras dan ada maruah merasakan mereka tidak lagi selesa berada dibawah bumbung dan pimpinan UMNO/BN yang lebih mementingkan diri dari kebajikan rakyat. Dah tu masih bongkak tak mau akui kelemahan, kononnya masih mendapat sokongan kuat dari rakyat. Poooooodah…., kalau ahli-ahli sendiri pun dah tak respect kat awak macam mana rakyat boleh menerima awak sebagai pemimpin, apatah lagi kini makin jelas, amalan tuduh menuduh kian ketara. Ini menunjukkan bahawa tidak ada kesepakatan dalam UMNO yang menjadi tunjang kepada kewujudan BN.
Bila sebut soal Ahli Parlimen BN yang ingin sertai PR, ada yang kaitkannya dengan soal maruah. Saya setuju, PR boleh dianggap tidak bermaruah kalau kita berusaha mendapatkan sokongan Ahli Parlimen BN gunakan wang ringgit. Tapi kalau mereka sendiri yang nak sertai kita dengan rela hati kerana kekecewaan mereka dengan UMNO/BN. Maka saya kira, tak salah kita sambut kehadiran mereka kerana apa yang mereka lakukan adalah untuk kebaikan rakyat juga. Lagi pun, kita kena ingat kalau nak tunggu pilihanraya….. lama lagi tu. Bila lama macam-macam boleh berlaku. Dan saya percaya BN pasti akan cuba menyiapkan strategi lebih hebat untuk membuat penipuan melalui SPR dan sebagainya.
Dalam PRU12 pun, kita tahu dibanyak tempat BN dengan menggunakan SPR menipu dan menggunakan pelbagai elah untuk menang. Oleh itu, mungkin d Allah SWT akan buka pintu hati sebahagian Ahli Parlimen BN untuk sertai PR sebagai ehsanNYA atas niat pimpinan PR disemua peringkat untuk memperjuangkan nasib rakyat.
Hakikatnya, kalau kita mendapat sokongan dari minima 30 orang Ahli Parlimen BN, kita dah boleh tubuhkan kerajaan. Ini akan dapat menafikan hak sebauah kerajaan kerajaan yang korup dan jahat.
Dengan itu, saya harap Dato’ Seri teruskan usaha. Insyaalah selagi setiap langkah disertai dengan niat yang baik dan ikhlas, Insyaalah, pastinya kita berjaya. Saya akan terus berdoa agar Dato’ Seri akan akhirnya menjadi pemimpin rakyat Malaysia yang dahagakan ketelusan dan kesejahteraan.
Reply
Salam Reformasi DSAI!!!…bah kalau turun ke Sabah, poskan disini awal-awal Dato!..supaya kami boleh “planning’ cuti…
Reply
salam..
mungkin juga benar kita jangan terlalu melatah dek segala jenis terjahan nakal pihak media yg terang2 melabelkan mereka sebagai agen kpd BN UMNO. Kecintaan saya pada parti itu sudah lama pupus. kita kini pada landasan yang telus dan tulus bagi menyimpan parti puaka itu ke dalam muzium. kita kini perlu mengangkat kebenaran melalui perjalanan yang panjang dan berliku ini hingga merentasi semua makhluk di bumi Allah malaysia ini. Yakinlah sepenuh hati..bahawasanya umno telah lama rosak. Rosak dek pemimpin dan kepimpinannya yang rosak maruah dan akhlak! Bersatu kita di bawah panji2 pakatan rakyat..Moga Allah merestui dan meredhai..
Reply
Salam DSAI, mun kita ke sabah nanti, jgn kita lupa singgah ke P175. All well to you and family..
Reply
Kemunculan PAKATAN RAKYAT adalah sangat di harap2kan oleh penduduk Sabah agar dapat memerintah kelak dan di masa itu Sabah tidak lagi dalam ketakutan & tertindas….itu lah harapan sebenar rakyat Sabah selama ini, selama ini Sabah sentiasa dibelenggu masalah kebanjiran PTI,Projek IC,PENGUINDI HANTU, Kehilangan hak asasi Negari sendiri di mana perginya Royaliti minyak…..? Dimana sabah adalah salah satu Negeri yang kaya hasil minyak lihat saja kawasan yang ada minyak di negeri kita. mungkin ramai yag tidak tahu….Contohnya di KOTA BELUD,KINABALU PLATFORM terletak di perairan WP. Labuan, GUMUSUT DEEPWATER, MALIKAI DEEPWATER, KAKAP FIELD ini semua terletak di perairan SABAH & W.P LABUAN (Di selangarakan oleh SHELL), Di Kudat Temanggu, ERB WEST perairan Kota Kinabalu, KINARUT FIELD, SEMARANG & SUMANDAK PLATFORM DI WP. LABUAN (DI selangarakan oleh PETRONAS) dan terbaru di diusahakan oleh MURPHY OIL Juga di antara perairan KK & W.P Labuan…….jadi fikir-fikirkan lah ini semua di mana perginya bilion2…..RM ini..? yang hanya SABAH LAYAK 5% SAJA…..APAKAH INI WAJAR……? dari itu marilah semua rakyat SABAH gembelingkan tenaga dan hak kita sentiasa terpelihara….lakukan reform dengan bersama PAKATAN RAKYAT untuk robohkan kepimpinan BN……Jangan biarkan PEMIMPIN BN SABAH YANG ADA SEKARANG INI HANYA YES BOSS DAN PATUH KERANA TAKUT KEHILANGAN KUASA DAN KERJAYA POLITIK JUGA AMALAN RASUAH…….
Reply
Salam DSAI,
Semoga sentiasa berada dlm keadaan sihat sentiasa…..saya cuma nak memberikan pandangan mengenai barisan kepimpinan PKR sabah…diharap pihak PKR pusat lebih berhati-hati dalam memilih pemimpin peringkat negeri kerana ada beberapa pemimpin yang bukannya tidak bagus tetapi kurang diterima rakyat selain pernah terpalit dengan beberapa isu semasa berkuasa….semasa PRU12, terdapat juga calon2 yg dipilih kurang sesuai dan rekod kurang bagus, ini telah menyebabkan PKR di sapu bersih seluruh SABAH. Tidak dinafikan juga terdapat calon yang baik dan sesuai, cuma rakyat sabah yang belum dapat menerima perjuangan PKR secara mendalam. Mungkin juga penolakan calon2 tersebut ada kaitan dengan barisan kepimpinan PKR Sabah?????? Harap pihak PKR dapat memikirkan sesuatu tentang perkara ini….Oklah, saya cuma menyuarakan pandangan dari apa yang saya lihat dan dengar….
Salam Perjuangan….
Lawan Tetap Lawan…..
establish since 02 September 1998
Reply
semekom..harapan baru utk Parti PAKATAN RAKYAT.Sekalung tahniah kpd PAKATAN RAKYAT krn dpt mengubah era politik masa kini. Kepada YB2 UMNO yg begitu sombong dan angkuh terimalah sebagai satu pengajaran.Untuk Parti PAKATAN RAKYAT saya berharap buatlah manifesto yg bole meyakinkan rakyat d sabah.Terutama sekali kpd isu minyak dan pengangguran. Pengangguran d sabah ini semakin berleluas.Para garaduan ramai yg menganggur,lepasan SPM pun begitu juga. Orang semenanjung ramai yg dtg bekerja d sabah sedangkan org sabah sendiri ramai yg melopong tak ada kerja. Inilah pentadbiran UMNO.Saya berharap supaya Parti PAKATAN dapat memulihkan situasi d sabah.
Reply
Salam Datuk Seri,
Kami berharap datuk seri awallah berkempen di Sarawak pada pilihanraya ADUN tahun 2010 nanti. Boring betullah tengok orang tua kutuk tu asik dia saja jadi KM. Dah dekat 30 tahun dah dia duduk kat kerusi tu. Entah dah tebal mana daki dia kat kerusi tu. Orang sarawak yang masih tinggal di kawasan pendalaman memang belum membangun dan mudah dipengaruhi oleh kerajaan Bee End. Kerajaan Bee End di Sarawak dengan bos lanunnya (CMS)Chief minister of sarawak ) sudah kenyang dengan merompak semua hasil kat Sarawak nih. Kalau Malaun ni belum dapat title TUN nanti Datu seri cuba-cubalah buka kertas sisatan untuk dakwa melaun sekor nih.
Reply
Salam Dato,
Minta tolong dato buka kertas siasatan rasuah, salah guna kuasa, penyelewengan kontrak kerajaan oleh Taib Mahmud dan konconya. Kami tidak tahu siapa yang dapat membatu rakyat sarawak lagi. sarawak yang kaya semua hasil buminya dibolot oleh The New Rajah Putih of Sarawak Versi BN.
Reply
Salam Dato,
Saya sentiasa menanti kedatangan Dato ke Sarawak. Saya di sini amat kecewa dengan kaum Dayak di Negeri ini kerana kaum Dayak di negeri ini tidak tahu kerajaan BN sarawak sedang merompak tanah NCR bagi membuka ladang-ladang sawit milik pemimpin BN. Saya juga kecewa dengan wakil rakyat dayak kerana tidak mepertahankan hak tanah NCR. Saya berharap Dato membagkitkan isu ini.
Reply
assalammualaikum…
saya diantara peminat politik di tanah malaysia,so kehadiran PKR dalam arena politik malaysia memang sesuatu yang amat memberikan perubahan dan letupan pada landskep politik malaysia…tapi saya kurang jelas tentang dasar lahirnya PKR dalam politik malaysia? adakah PKR itu di tubuhkan hanya di sebabkan terbakarnya semangat rakyat di atas kezaliman yang di kenakan terhadap dato seri Anwar Ibrahim????
pas,DAP dan BN mempunyai dasar yang nyata di ketengahkan mereka..tapi PKR agak kontradik…saya takut jika PKR di tubuhkan semata-mata atas semangat batang tubuh Anwar ia tidak akan kekal lama,,,,kerana ia semata-mata kerana individu bukan bertunjangkan dasar parti>>>>adakah ia satu strategi???
Reply
Saya rakyat malaysia inginkan rakan-rakan di Sabah Sarawak meminta Ahli Parlimen kedua-dua negeri masuklah Pakatan Rakyat agar apa yang dijanjikan PR dapat ditunaikan sepenuhnya. Lihatlah pemerintahan BN sekarang dimana perkataan BN sebagai BARANG NAIK telah menjadi kenyataan. Tolonglah rakyat Sabah Sarawak sebagai Rakyat Malaysia bantu membantu. Dilihat sekarang hanya Ahli Parlimen dari kedua-dua negeri sahaja yang boleh mengubah keadaan. Tolong……………………………………………………lah , bantulah rakyat Malaysia seadanya dan tukarkan BN ke PR sekarang. JASA TETAP KAMI KENANG SEMOGA SABAH DAN SARAWAK DIBERKATI DAN BERI NIKMAT DARI ALLAH. AMIN.
Reply
Kitak orang sabah and sarawak nak mardeka dari Malaysia.
Kitak nak ambil semua royalti untuk pembangunan nagara kami Sabah dan sarawak..
minyak DSAI menrestui bila jadi PM nanti…
kitak Bolehhhhhhhhhhh……….
Reply
Perjuangan tulus iklas dato untuk Malaysia baru dah lama ditunggu…..
ini fakta yang semua orang Sabah tahu….orang kampung pun tahu….
disabah masalah yang melemahkan Barisan Nasional BN ialah… antaranya;
1. Sistem pemusatan Putra Jaya dalam semua banyak hal, menyebabkan penguasaan tidak nampak oleh mereka…mereka itu tak perlu ditanya siapa?.Akibatnya orang sabah dianak tirikan dinegeri sendiri dalam hampir semua bidang institusi kerajaan, antara yang saya nak sebut ialah:
1). Ketua-ketua Jabatan hampir semua dari seberang….
2). Pengetua-pengetua Sekolah disabah dari mana? hampir semua dari seberang…..
3). Ketua-ketua Agensi kerejaan..siapa? dari seberang
4). lain-lain lagi…..banyak lagi
2. Kerajaan BN telah melaksanakan dasar pemecahan para pemimpin sabah….fikirlah sendiri apa yang mereka buat…
3. Pembangunan yang tidak seimbang antara negeri-negeri dalam Malaysia….sabah paling tertinggal …
4. Masalah pendatang tanpa izin, tak diselesaikan dengan sungguh-sungguh oleh BN. Malah dikeruhkan lagi dengan IC palsu untuk menambah undi BN pada zaman kebangkitan PBS…. masalah ini makin rumit sekarang….orang kampung dah marah sangat dengan tindakan bodoh ini…
5. ……banyak lagi….
banyak lagi… yang lebih penting
banyak lagi… yang lebih penting
banyak lagi… yang lebih penting
banyak lagi… yang lebih penting
banyak lagi… yang lebih penting
bila dato da merealisasikan Malaysia baru jangan ulangi masalah ini dan kembalikan hak-hak sabah……
kami rakyat sabah sedia berjuang untuk mereka yang berjuang untuk keadilan…
kami rakyat sabah sedia berjuang untuk mereka yang berjuang untuk keadilan…
kami rakyat sabah sedia berjuang untuk mereka yang berjuang untuk keadilan…
Reply
Perjuangan tulus iklas dato untuk Malaysia baru dah lama ditunggu…..
ini fakta yang semua orang Sabah tahu….orang kampung pun tahu….
disabah masalah yang melemahkan Barisan Nasional BN ialah… antaranya;
1. Sistem pemusatan Putra Jaya dalam semua banyak hal, menyebabkan penguasaan tidak nampak oleh mereka…mereka itu tak perlu ditanya siapa?.Akibatnya orang sabah dianak tirikan dinegeri sendiri dalam hampir semua bidang institusi kerajaan, antara yang saya nak sebut ialah:
1). Ketua-ketua Jabatan hampir semua dari seberang….
2). Pengetua-pengetua Sekolah disabah dari mana? hampir semua dari seberang…..
3). Ketua-ketua Agensi kerejaan..siapa? dari seberang
4). lain-lain lagi…..banyak lagi
2. Kerajaan BN telah melaksanakan dasar pemecahan para pemimpin sabah….fikirlah sendiri apa yang mereka buat…
3. Pembangunan yang tidak seimbang antara negeri-negeri dalam Malaysia….sabah paling tertinggal …
4. Masalah pendatang tanpa izin, tak diselesaikan dengan sungguh-sungguh oleh BN. Malah dikeruhkan lagi dengan IC palsu untuk menambah undi BN pada zaman kebangkitan PBS…. masalah ini makin rumit sekarang….orang kampung dah marah sangat dengan tindakan bodoh ini…
5. ……banyak lagi….
banyak lagi… yang lebih penting
banyak lagi… yang lebih penting
banyak lagi… yang lebih penting
banyak lagi… yang lebih penting
banyak lagi… yang lebih penting
bila dato da merealisasikan Malaysia baru jangan ulangi masalah ini dan kembalikan hak-hak sabah……
kami rakyat sabah sedia berjuang untuk mereka yang berjuang untuk keadilan…
kami rakyat sabah sedia berjuang untuk mereka yang berjuang untuk keadilan…
kami rakyat sabah sedia berjuang untuk mereka yang berjuang untuk keadilan…
Reply
I THINK IT’S HIGH TIME A DAYAK LEADER BE GIVEN A CHANCE TO SIT ON THE CM’S CHAIR.WHY NOT APPLY THE ROTATING SYSTEM ONCE USED IN SABAH? THE KENYAH/KAYAN/KELABIT/LUN BAWANG 1 TERM, THE IBAN 1 TERM, THE BIDAYUH ALSO 1 TERM AND THE PENAN ALSO 1 TERM.GIVE THIS IDEA A TRY BEFORE THE YEAR 2030.JUST MY PERSONAL VIEW AND IS NOT MEANT TO PROVOKE ANYONE. TQ FOR READING.
Reply