Respons:
Saya teringat kembali lawatan saudara Anwar ke Mumbai utk menyampaikan pidato sempena Persidangan Islam Antarabangsa anjuran pendakwah India terkemuka Dr Zakir Naik. Sememangnya Dr Zakir Naik merupakan pendakwah pujaan saya yang mampu berdialog dengan baik mengenai perbandingan antara agama antara masyarakat bukan Muslim. Memang wajar bagi seorang pemimpin seperti saudara Anwar untuk mempelajari Comparative Religion untuk melunakkan masyarakat berbilang bangsa dan agama di Malaysia.
Dr Zakir Naik hebat kerana kegigihan berdakwah, peka dengan iklim majmuk India.Â
*
Respons:
Cuma nak memberi pendapat berhubung isu kemasukan beramai-ramai ahli UMNO ke dalam PKR. Memanglah secara umumnya, ia boleh dilihat sebagai satu perkembangan yg positif. Satu kejayaan buat Pakatan Rakyat kerana perjuangan kita mula diterima rakyat. Diharap sokongan ini akan berterusan. Cuma, saya rasa memang wajar kita memantau penyertaan mereka ini. Persoalannya, ikhlaskah mereka menyertai dan menyokong perjuangan kita? Bukan apa, takut yang masuk beramai-ramai tu ada udang disebalik batu. Tidak salah jika kita berhati-hati dalam soal ini. Maklumlah, saya takut dan tidak mahu jika mereka membawa masuk bersama mereka budaya UMNO yg korup tu ke dalama PKR. Bagi saya, PKR masih lagi ’suci’. Jadi, pertahankan ke’suci’an perjuangan kita. Jangan sekali-kali kita terperangkap dengan tipu helah mereka yang mahu menjatuhkan kita malah ‘membunuh’ kita. Saya dengar khabar, ramai ahli-ahli UMNO di Selangor mahu menyertai PKR. Jika mereka ikhlas menyertai kita kerana meyokong dasar dan perjuangan kita, maka terimalah mereka dengan hati dan tangan yang terbuka. Tetapi, jika mereke menyertai kita kerana mereka menyangka itu adalah cara pintas/mudah untuk mereka mendapat kesenangan hidup, merompak harta rakyat seperti ketika mereka bersekongkol dengan UMNO dulu, maka eloklah jika kita menjauhkan diri daripada golongan sedemikian. Saya percaya, DSAI merupakan calon terbaik untuk memimpin Malaysia menjadi sebuah negara yang gemilang dan terbilang.
Mengenai keanggotaan baru, janganlah saudara terlalu musykil. Kita menerima semua yang memohon tetapi akan terus memantau.
ANWAR IBRAHIM