Sdr. Elias memberi respons:
Sdra Anwar,
Rentetan daripada tulisan di atas tadi, saya juga menulis buku “FISHES OF KENYIR†untuk promosi pelancongan di Tasik Kenyir oleh kerajaan Terengganu. Buku tersebut diedarkan ke semua pejabat TDC seluruh dunia. Ingat tak, sdra sebagai TPM melancarkannya di Tasik Kenyir dan pada hari itu terlalu seronok bermain jet ski.
Sayangnya, saya tidak pun dijemput ke majlis tersebut!
Kemudian saya turut merakamkan sebuah buku “LEBAM MATANYA†pada tahun 1999. Sebanyak 600 naskah dapat dijual di pasaran terbuka Sarawak sahaja sewaktu pilihanraya. Kat perhimpunan UMNO di PWTC pun kami jual. Puas kena halau dengan ’security’, tapi tak serik….
Sekadar sekelumit tanda ingatan.
Sdr Elias mengingatkan saya mengenai Tasik Kenyir yang cuba saya popularkan. Saya pernah hampir sesat tatkala menaiki jetski disana!
Kelihatan tapak harimau dan gajah. Indah dan menawan sekali. Nanti akan cuba saya dapatkan naskah buku sdr mengenai ikan disana.
Bang Usman Awang yang terpesona dengan keheningan alam pernah menjamu ikan, toman agaknya.
*
Pelbagai pesanan dan nasihat disampaikan mengenai keselamatan diri dan keluarga saya. Insyaaallah kita akan waspada.
Persoalan Krisis Kewangan 1997-1998 telah dijawab. Sila rujuk di antara lainnya kertas yang saya sampaikan di Singapura – menyingkap kembali krisis ekonomi setelah satu dekad.
Ada yang melahirkan kebimbangan lantaran penyertaan ramai anggota baru KeADILan, terutama kerana menjangkakan sabotaj atau penyeludupan anasir perosak. Kita tidak boleh berprasangka negatif, namun kita akan terus mengawasi dan memantau.
ANWAR IBRAHIM
















