Archive for April 1st, 2008

1 April 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

KENYATAAN PIMPINAN PARTI PKR, DAP dan PAS

Pimpinan tertinggi parti-parti PKR,DAP dan PAS hari ini telah mengadakan mesyuarat sebagai lanjutan daripada mesyuarat yang telah diadakan pada 18 Mac 2008.

Mesyuarat hari ini dihadiri antara lain oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim, YB En Lim Kit Siang, YB Dato Seri Tuan Guru Haji Hadi Awang dan YB Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Pada mesyuarat hari ini kami telah mencadangkan untuk memantapkan lagi kerjasama ketiga-tiga parti ini atas nama PAKATAN RAKYAT. Nama ini telah dicadangkan dan akan disahkan setelah ketiga-tiga parti mendapat persetujuan pimpinan masing-masing dalam masa terdekat ini.

Pakatan Rakyat juga berikrar akan memperjuangkan hak dan kebajikan semua rakyat tanpa mengira agama dan kaum seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Negara.

Dengan keputusan pilihanraya yang lepas, kerajaan-kerajaan negeri Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor akan nantinya dikenali sebagai kerajaan negeri Pakatan Rakyat. Dasar-dasar utama kerajaan negeri ini akan diselaraskan sesuai dengan dasar-dasar Pakatan Rakyat.

Bagi memantapkan pemahaman atas semua dasar, wakil-wakil rakyat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri ketiga-tiga parti akan mengadakan satu konvensyen pada 27 April 2008.

Kami juga memperkemas dan memantapkan struktur Pakatan Rakyat dengan diwujudkan di bawah Majlis Pimpinan yang terdiri daripada ketua-ketua tiga parti, sebuah Sekretariat Bersama yang akan diwakili oleh tiga pimpinan daripada setiap parti. Sekretariat Bersama ini telah ditugaskan untuk membina asas dan kerangka pakatan untuk disahkan oleh Majlis Pimpinan nanti.

YB Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail
Dato’ Seri Anwar Ibrahim
YB Lim Kit Siang
YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

*

Statement by the Leadership of KeADILan, DAP and PAS

The leaders of KeADILan, DAP and PAS met today in furtherance of the meeting held on the 18th of March 2008.

Today’s meeting was attended by, among others, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, YB Lim Kit Siang, YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang and YB Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.

In today’s meeting, we have proposed to consolidate the cooperation between the three parties under the name “PAKATAN RAKYAT.” This name has been proposed pending confirmation by the respective parties.

Pakatan Rakyat pledges to uphold the rights and interests of all Malaysians, regardless of religion or race, as enshrined in the Constitution.

With the results of the recent elections, the state governments of Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak and Selangor will be known as Pakatan Rakyat state governments. The policies of these governments will be conducted in accordance with the policies of Pakatan Rakyat.

To further mutual understanding regarding such policies, a convention of all Pakatan Rakyat elected representatives of Parliament and State Assemblies will be held the 27th of April, 2008.

We have developed and strengthened the structure of Pakatan Rakyat by creating under the Leadership Council, consisting of the leaders of the three parties, a Joint Secretariat consisting of three leaders each from each of the three parties. This Joint Secretariat will be tasked with building the foundation and framework of the Pakatan Rakyat for ratification by the Leadership Council.

YB Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail
Dato’ Seri Anwar Ibrahim
YB Lim Kit Siang
YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

1 April 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

Sdr. Elias memberi respons:

Sdra Anwar,

Rentetan daripada tulisan di atas tadi, saya juga menulis buku “FISHES OF KENYIR” untuk promosi pelancongan di Tasik Kenyir oleh kerajaan Terengganu. Buku tersebut diedarkan ke semua pejabat TDC seluruh dunia. Ingat tak, sdra sebagai TPM melancarkannya di Tasik Kenyir dan pada hari itu terlalu seronok bermain jet ski.

Sayangnya, saya tidak pun dijemput ke majlis tersebut!

Kemudian saya turut merakamkan sebuah buku “LEBAM MATANYA” pada tahun 1999. Sebanyak 600 naskah dapat dijual di pasaran terbuka Sarawak sahaja sewaktu pilihanraya. Kat perhimpunan UMNO di PWTC pun kami jual. Puas kena halau dengan ’security’, tapi tak serik….

Sekadar sekelumit tanda ingatan.

Sdr Elias mengingatkan saya mengenai Tasik Kenyir yang cuba saya popularkan. Saya pernah hampir sesat tatkala menaiki jetski disana!

Kelihatan tapak harimau dan gajah. Indah dan menawan sekali. Nanti akan cuba saya dapatkan naskah buku sdr mengenai ikan disana.

Bang Usman Awang yang terpesona dengan keheningan alam pernah menjamu ikan, toman agaknya.

*

Pelbagai pesanan dan nasihat disampaikan mengenai keselamatan diri dan keluarga saya. Insyaaallah kita akan waspada.

Persoalan Krisis Kewangan 1997-1998 telah dijawab. Sila rujuk di antara lainnya kertas yang saya sampaikan di Singapura – menyingkap kembali krisis ekonomi setelah satu dekad.

Ada yang melahirkan kebimbangan lantaran penyertaan ramai anggota baru KeADILan, terutama kerana menjangkakan sabotaj atau penyeludupan anasir perosak. Kita tidak boleh berprasangka negatif, namun kita akan terus mengawasi dan memantau.

ANWAR IBRAHIM