30
Mar
08

Mengingati Sahabat dan Pejuang

Sdr. Abdul Kadir memberi respons:

assalamualaikum ,

Bapa saya seorang yang sangat fanatik dengan Anwar Ibrahim semenjak dari Abim days to Umno days to Reformasi days and after jailbreak up until election 2008 . Dia tidak kira apa tindakan yang akan di ambil oleh Anwar terutama selepas keluar jail when people may assume that he will be forgotten same as Umno leaders yang dijatuhkan , samada Anwar akan go back to Umno or Anwar akan berdiri teguh sebagai pemimpin pembangkang which he is more prefer , he will support him . He beleive that only Anwar is the best choice for Malaysia PM . In sg buloh days he always pray for Anwar every night and even pray at Arafah in 99 haji year . And when 13 April come close he is afraid of Anwar safety and even told someone that can contact Selangor MB to use any police or force to guard Anwar safety . I think there are more who same like my father especially those from Abim days and some of them sudah berpindah ke alam lain …..

Manakala disingkap kisah ayahanda sebagai sahabat dan pejuang, prihatin akan derita saya di penjara, saya turut terharu. Semoga ruhnya dicucuri Allah swt. Salam buat keluarga.

ANWAR IBRAHIM


74 Responses to “Mengingati Sahabat dan Pejuang”


  1. 1 Taat Setia Mar 30th, 2008 at 1:08 pm

    Tidak kupasti kenapa semasa zaman kejatuhan DS pada sept’ 1998 membuatkan aku menjadi lebih berani menentang kezaliman.
    Badanku rasa menggeletar bukan kerana ketakutan…tetapi kerana kemarahan terhadap tindakan gila pemimpin durjana.
    Waktu itu aku sanggup melakukan apa sahaja…demi menuntut keadilan. Aku benci seteru pemimpin puaka, menghisap darah rakyat yang miskin dan lemah. Biar aku mati kelaparan, biar aku mati ditikam keris karat si pemerintah…biar…biar aku berkecai diletupkan…namun demi untuk merampas pendirianku untuk menyokong keadilan tidak pernah punah.

    Biarlah seribu pemimpin korup menjelma umpama malaikat…namun aku tidak akan berganjak dari landasan kebenaran.

    Salam perjuangan DS!

  2. 2 e Pemuda PAS Mar 30th, 2008 at 1:21 pm

    saya berasa sangat terharu bercampur bangga dengan kisah ayahanda Saudara Abdul Kadir. semangat seperti inilah yang kita perlukan. semoga rohnya tergolong di kalangan mereka-mereka yang diberkatiNYA, insyaALLAH, aminnn…

    Dato’ Seri >>>

    berkenaan dengan isu FITNA: THE MOVIE.

    apakah pandangan dan pendirian peribadi Dato’ Seri? apakah juga pandangan dan pendirian PKR dalam hal ini? diharap sangat-sangat dapat diketahui segala ini daripada sumber-sumber ini.

    dan… kenapa dan mengapakah ‘rakan’ Dato’ Seri nun… masih tidur lagi… sehingga kini, tiada statement rasmi mahupun tidak rasmi keluar dari mulutnya berhubung kepada isu ini!??? khabarnya, pengerusi ‘oh… i see… …’ (OIC)??? oh ya… mungkin, dia masih lagi tidur nyenyak ya… … :)

  3. 3 Zoyak Mar 30th, 2008 at 1:38 pm

    Assalam mu alaikum DSAI.
    Saya juga adalah orang ABIM, masih ABIM tapi dah tak aktif, dah tua nanti jadi ATIM pula (Angkatan Tua Islam Malaysia). Saya memang sentiasa berdoa ingin melihat DSAI jadi orang penting di Negara Bertuah Ini. Walau pun bila DSAI masuk UMNO saya agak keciwa tapi saya pendamkan sahaja. Saya lebih mengikuti perkembangan Ustaz Fadhil Mohd Noor. Rakan-rakan yang tahu saya kenal DSAI selalu minta saya pergi jumpa DSAI terutama waktu DSAI jadi TPM. Masa DSAI jadi Menteri Pendidikan saya bertemu dua kali sahaja. Sebagai guru saya tak nak tunjukkan saya kenal DSAI dan DSAI kenal saya. Waktu DSAI difitnah, dimalukan kemudian dipenjara saya terus berdoa untuk kesejahteraan DSAI tetapi fitnah itu sangat menggugat hati dan perasaan saya. Hanya kenyataan Dr Yusof Qardhawi, Dr Harun Din dan Prof Syed Naquib yang menguatkan perasaan saya bahawa DSAI benar dan tidak bersalah. Alhamdulillah kini rupanya pengaruh DSAI diakui oleh kawan dan lawan. Insya Allah DSAI akan ke Parlimen dan jadi Menteri Perdana (pinjam istilah Subky Latif). Insya Allah kami sekeluarga sabar menunggu untuk melihat DSAI menjadi pemimpin negara. Sekian, wassalam.

  4. 4 Elias Hj Idris Mar 30th, 2008 at 1:41 pm

    Sdra Anwar,

    Jawapan tentang persoalan pengunjung dalam soal menyertai PAS atau PKR telah dijawab dengan saksama.

    Sepatutnya, hal tersebut tidak diungkapkan di sini. Selepas PRU12; PAS, PKR dan DAP menggalas amanah dan komitmen bersama. Jadi, kita tidak perlu merisaukan hal diri sendiri, tetapi maslahat rakyat yang diutamakan. Jelasnya, kini adalah waktu untuk bekerja bukan untuk soksekkan hal yang remeh-temeh.

    TS Khalid, sepatutnya berada di pejabat untuk merancang dan merencanakan agenda barunya (ini pun kejutan budaya buat diri beliau - yang wataknya lebih kepada perancangan). Beliau patut ‘brainstorm’ dan berbincang dengan sekelian EXCO yang baru mengangkat sumpah. Namun beliau keluar menemui rakyat di sana-sini (mengalahkan Khir Toyo sewaktu bertahun-tahun jadi MB dulu).

    Banjir di Dengkil yang tak seteruk mana itu pun dijenguknya.

    Agenda Ikatan Rakyat ini besar sekali dalam memastikan kehadiran kita terus diterima rakyat. Agenda ekonomi, contohnya bukan setakat laungan sahaja dan bersorak di blog ini. Ia perlu digerak dan diterjemahkan mulai sekarang.

    Contohnya, korporasi perlu dibentuk dan digerakkan di semua kawasan parlimen. Di bawahnya nanti ialah pengemblengan semua syarikat milik ahli-ahli parti yang telah sedia wujud. Kenal pasti bidang kepakaran masing-masing, harus menjadi penyokong dan penyambut kepada setiap projek kerajaan yang MESTI dilaksanakan.

    Paling tidak pun kepentingan (segala projek) UMNO/BN itu perlu disemak dan dinilai semula dari segi cara pemperolehannya atau penyelewengan (kalau ada). Bila kontrak mereka tamat dsb.

    Sebagai negeri yang pesat membangun, kita di Selangor tidak betah untuk teragak-agak bertindak. Setiap proses pembangunan usah dibiarkan terencat. Dan setiap pihak perlu turut sama memberikan sumbangannya. Jika tidak, kita bakal ditertawakan (dan ini yang amat digemari oleh musuh).

    Dalam keadaan biasa, kita Melayu tidak mungkin akan dapat bersaing secara terbuka dengan kaum pemodal yang berkenjah dana mereka. Kita akan kalah dalam tender terbuka tanpa satu mekanisma khas (seperti sistem kuota) buat memimpin kaum Melayu yang jauh ketinggalan.

    Kemudian, paling utama pihak berkenaan di atas sana sila cermat dengan golongan ‘oportunis’ yang jasanya baru sehari-dua sudah berani menagih itu-ini. Mereka kini bercendui ke sana ke mari mengekori para pemimpin, tayang muka dan ‘menadah tangan’ menagih (dan mengugut juga)!

    Orang UMNO pun dah pandai jadi mengkarung… peluk pemimpin kita sampai menitiskan air mata!

    Jangan lupa pada petugas PAS yang telah sekian lama ‘melendat lalang’ diperingkat akar umbi. Tabiat mereka yang bertugas tanpa jemu (tanpa mengharapkan apa-apa balasan) itu lalu dinilai rakyat dan peralihan pun berlaku dalam PRU12 yang lalu.

    Mereka ini telah ditarbiahkan agar tidak mengharap, tetapi setiap kali ‘kita’ (yang meraih faedahnya) merenung bintang di langit, usah dilupa rumput di bumi….

    Orang berbudi, kita berbahasa.

    Jangan bila jong pecah, yu yang kenyang….

  5. 5 Elias Hj Idris Mar 30th, 2008 at 2:36 pm

    Sdra Anwar,

    Dulu ketika ABIM mau ditubuhkan, AJK PKPIM Kawasan Selatan yang kumpulkan pelajar di Simpang Rengam untuk jadi ahlinya. Kami yang kena buli dengan YMM Raja Muda (sekarang Sultan Johor) selama 5 jam untuk dapatkan RM2 ribu sumbangan baginda.

    Siapa yang tepuk belakang ante berkali-kali dengan ucapan, “Steady Anwar… steady! Kau kena sabar dan tabah!” kat anjung Mesjid Negara sebelum malamnya diheret ke Bukit Aman.

    Kami yang sering berkunjung ke rumah ante di Damansara setiap kali kenduri doa selamat diadakan. Hanya Pak Berahim dan penggiat awal ADIL yang kami temui… dan kami juga yang kena tibai dan tolong kepung Kak Wan yang berkerusi roda agar tak kena sembur dek FRU kat lebuhraya Kesas dulu.

    Dan banyak lagi… tak pun harap diberikan perhatian.

    Saya, terus-terusan hanya menjadi penulis.

    Saya tulis novel berkait dengan kisah Etontanya Seribunga/Marwan World (716 m.s.) dan kisah anak perempuan kabaret, sekarang GRO dan model terkenal (651 m.s.). Kedua-duanya saya siapkan serentak dalam tempoh 6 bulan sehingga siap cetak.

    Jika diwar-warkan, ia boleh menjadi rekod dunia dalam penulisan DUA hasil karya setebal itu.

    Karya tersebut diterbitkan menjelang 50 tahun kemerdekaan negara kita. Dan saya juga penerima anugerah “Novel Terbaik 94″ daripada Majlis Kemajuan Buku Kebangsaan Malaysia.

    “Aku menulis bukan kerana nama…,” teriak lirik sebuah lagu nyanyian Ramli Sarip.

    Jadi, penyertaan saya di blog ini pun sebagai tanda sokongan buat memeriahkan. Cuma terkadang-kadang tu kita agak sinikal apabila menegur. Sebab, penulis adalah pengkritik kepada masyarakatnya. Itu saja.

    Lagipun,kami orang PAS memang ditarbiahkan begitu.

  6. 6 Faridah Mar 30th, 2008 at 3:14 pm

    DSAI,

    Ramai rakyat Malaysia yang menghargai perjuangan Dato’.

    Terjumpa satu blog yang saya yakini didedikasikan kepada perjuangan Dato’ dan rakan-rakan.

    http://kerajaanrakyat.blogspot.com/

  7. 7 Elias Hj Idris Mar 30th, 2008 at 3:18 pm

    Sdra Anwar,

    Rentetan daripada tulisan di atas tadi, saya juga menulis buku “FISHES OF KENYIR” untuk promosi pelancongan di Tasik Kenyir oleh kerajaan Terengganu. Buku tersebut diedarkan ke semua pejabat TDC seluruh dunia. Ingat tak, sdra sebagai TPM melancarkannya di Tasik Kenyir dan pada hari itu terlalu seronok bermain jet ski.

    Sayangnya, saya tidak pun dijemput ke majlis tersebut!

    Kemudian saya turut merakamkan sebuah buku “LEBAM MATANYA” pada tahun 1999. Sebanyak 600 naskah dapat dijual di pasaran terbuka Sarawak sahaja sewaktu pilihanraya. Kat perhimpunan UMNO di PWTC pun kami jual. Puas kena halau dengan ’security’, tapi tak serik….

    Sekadar sekelumit tanda ingatan.

  8. 8 mahasiswa Mar 30th, 2008 at 3:22 pm

    Salam DSAI…
    Saya percaya, masih ramai saudara2 kita seperti yg Diceritakan oleh Sdr Abd kadir… Ramai di antara mereka yg telah berjuang dan berkorban demi DSAI.. Saya harap Dato Seri tidak melupakan mereka2 ini, Ramai yg menaruh harapan kepada Dato Seri utk memimpin Malaysia, setiap hari kami berdoa dan bermohon kpd Allah agar Dato Seri serta pemimpin2 BR yg lain diberi kekuatan dan petunjuk oleh Allah utk membela nasib kami rakyat Malaysia. Pelbagai cerita negatif dan positif yg saya dengar sepanjang perjuangan Dato Seri, Saya harap DS dapat terus berusaha membantu dan melakukan perubahan utk rakyat bawahan di Malaysia.. Pesanan saya, selagi DS terus berjuang utk Rakyat Terbanyak, insyaAllah Doa kami bersama DS. Pujian dan penghinaan akan datang silih berganti, ada ketikanya ianya boleh menjadi pendorong semangat, ada ketikanya juga ianya boleh menjadi racun yg mematikan. Harap DS terus istiqamah utk membela nasib rakyat. Teruskan berjuang dgn bimbingan dan taufik dari Allah…

  9. 9 Charles Joseph Mar 30th, 2008 at 3:28 pm

    We are all worried about DSAI’s safety.. But, then again, I think the ‘crooks’ who are going all out to destroy him, knows that if anything unpleasant happens to DSAI, it’s going to be a totally different scenario.. The Rakyat will lose confidence in BN and they will collapse faster. So, I think they are careful too, altho’ they fear DSAI’s coming….
    We, and the majority, including the “lallang” want DSAI to be the next PM, which is very soon.. BN is crumbling fast… DSAI is the only capable one now… and in a long time to come… We pray for his safety.. Now is the crucial time, when the BN dogs are acuusing DSAI of courting their people to join PKR.. I think it’s the other way round… They are courting PKR.. and in this DSAI has to be careful, who is accepted.. many slimy, slithering beings trying to penetrate PKR.. - BEWARE…!!!
    Our prayers are with DSAI and Family.. I am an Indian layman who has been following the opposition Ceramahs and am offering my services in any way I can help…
    I would also like to join PKR, How do I go about it.. ? I live in Klang and me and wife voted for the first time in my life - for Wee Chee Keong in Wangsa Maju. …
    KEEP UP YOUR GOOD WORK, DSAI and we are all behind you…
    It’s no more the Malays, Chines or Indians - It’s US; the Malaysians who are behind DSAI and Against this present corrupted, stinking, rotten Govt….
    In my opinion, If Khairy falls, everything else will fall in place and Malaysia will be a better place for all of us…
    GOOD BLESS DSAI, FAMILY AND ALL WHO ARE/WERE INVOLVED IN THIS CHANGE.!!!!

  10. 10 Cikgurahim Mar 30th, 2008 at 3:55 pm

    Assalamu’alaikum wrt dato seri,

    Masih ramai pendukong reformasi yang mencurigai keikhlasan dato dalam membawa perubahan di bumi Malaysia.

    Ada yang menyebut dato seri agen cia[golongan BN], ada pula yang menyebut dato seri tidak jelas ke mana hendak dibawa generasi akan datang.[golongan PAS]

    Saya masih lagi husnul zan dengan usaha dato seri ini.

    Saya amat faham dalam politik kita memerlukan kebijaksanaan yang sukar difahami oleh orang awam atau orang yang berprinsip seperti pemimpin NGO.

    Teruskan usaha dato seri.

    Medan amal lebih sukar dari medan kata-kata.

    cikgu rahim

  11. 11 elle Mar 30th, 2008 at 4:42 pm

    Sila lawati http://www.alieyscool2000.blogspot.com untuk menonton video ucapan Nurul Izzah sempena majlis meraikan kemenangan beliau di Markas Pas, Cawangan Kampung Pasir Dalam.

  12. 12 Suhaimi Mar 30th, 2008 at 4:56 pm

    Kami pelajar -pelajar di sini di Pulau Pinang, anak -anak muda warisan dan harapan Malaysia mendoakan keselamatan Datuk Seri semoga Datuk Seri kembali memimpin Malaysia yang makin parah hari demi hari. Malaysia memerlukan suatu perubahan langsung dan kami yakin dengan Keadilan dibawah pimpinan Datuk Seri mampu menjalankan misi ini. Kami menyokong penuh agar Akta Universiti dihapuskan agar anak muda seperti kami dapat bergiat aktif dalam politik.Tahniah juga kepada Parlimen kawasan saya Datuk zahrain Parlimen Bayan Baru kerana berjaya menjadi ahli parlimen di sini.

    Suhaimi Suib

  13. 13 wark Mar 30th, 2008 at 7:06 pm

    dear suhaimi….

    Malaysia takde la parah………cume kadang kala kurang kompetitif,,,,,perlu lebih agresif,,,dan proaktif………….

    saudara suhaimi ni tgh blaja lagi ke…….diharap dapat abiz blaja dan dapat kerja kemudian boleh fikir mcm mane nak membantu negara………………..samada penyumbang kepada KDNK atau pun sebagainya……………………jgn sibuk politik sahaja nak join PKR tapi nanti anda tanpa pelajaran………..mungkin DSAI dapat menasihatkan pelajar - pelajar kita,,,,,tak salah utk berpolitik tetapi perlu ada batas dan had……………….jgn yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran………………….

    masalah Melayu kerana hanya pentingkan memegang kuasa dan tampok pemerintahan,,,,berebut rebut nak masuk politik……..sedangkan kaum cina sebagai contoh menumpukan kepada bidang ekonomi dan kesanya ………kite tiada kuasa ekonomi……….harga barang dan sebagainya bergantung kepada mekanisma harga………demand n supply………….dan terlalu banyak intervention kerajaan akan menguncupkan ekonomi negara sendiri dan pelabur kurang berminat utk berlabur…………..

    tiada kerja….bukan kerana kegagalan kerajaan, tetapi kerana kurangnya perniagaan dijana…………..Kerajaan berperanan sebagai fasilitator dan polisi banyak yang dibuat………tetapi sebagai kaum utama di Malaysia………jika semua Melayu lebih rela utk makan gaji……..perkara ini akan terus berlaku…………….

    kuasa politik dan kuasa ekonomi perlu selari…………….politik membantu memperkembangkan ekonomi……………ekonomi secara langsungnya akan menjamin kestabilan sosio……akibat dari pendapatan isi rumah yang meningkat dan nilai matawang yang tinggi…………ertinya barangan import (makanan dan sebagainya) akan menjadi lebih murah,,,,……………..

    tq

    wark

  14. 14 Baharudin Hashim Mar 30th, 2008 at 7:35 pm

    Salam Dato’ Sri,

    Saudara Abd Kadir quote :” I think there are more who same like my father especially those from Abim days and some of them sudah berpindah ke alam lain …..” Unquote.

    Saya menantu kepada Allahyarhan Dato Asri,yang telah melalui zaman zaman pemerintahan sejak Tunku Abd Rahman hingga Tun Mahathir.

    Allahyarham Dato Asri berpindah wadah perjuangan diakhir hayatnye kerana yakin akan halatuju kepimpinan dan perjuangan Dato Sri ketika itu namun beliau tidak sempat melihat kekejaman yang telah diperlakukan keatas Dato Sri.

    Saya yakin bahawa berkat doa dari pejuang pejuang terdahulu akan sentiasa mengiringi Dato Sri
    untuk memimpin umat Islam khasnye dan bangsa Malaysia am nye kearah keadilan sejagat,insyallah.

    Semuga Dato Sri diberikan kesihatan yang baik, taufik dan hidayah bagi perjuangan seterusnye,Amin.

    Wassalam.

  15. 15 cokelat Mar 30th, 2008 at 8:39 pm

    Sebenarnya bagi pejuang sejati…..hidup mereka tak mintak dikenang dan dihargai.

    Itu sebab saya hairan semenjak menang pilihanraya kedengaran suara disana -sini kononnya YB-YB tak ucap terima kasih atas titik peluh mereka.

    Sebenarnya hati kecik saya juga menuntut perkara yang sama…… tapi apabila mengenangkan Arwah Umar Tan abdullah, Pak Lang, Dr Rosli Ibrahim, Sheikh Azmi, Mustaffa (BTR) dll……menitis airmata tanpa disedari…

    SEbenarnya…….Ganjaran Allah yang kekal selama-lamanya.

  16. 16 nizam Mar 30th, 2008 at 9:56 pm

    Salam,
    harap saudara dapat menyampaikan tazkirah & nasihat kepada Tun Mahathir berhubung ucapan beliau di Mesyuarat Agung Persatuan Melayu Tanjong baru-bari ni.

  17. 17 obama Mar 30th, 2008 at 10:49 pm

    Assalam mu alaikum DSAI

    Maaf Dato. Saya pernah email Dato pada tahun 2000 melalui freeanwar.com. Saya langsung tak percaya peristiwa 1998. Ingatan saya maseh sihat lagi. Dato qoute” I am clean, they cannot get me for corruption” Yang kes lagi satu itu… SEMUA dah tahu.. its a political conspiracy. Bukan nak bermegah2. Tapi Dato lah the next Malaysian Prime Minister.. as I have said 8 years back.
    Theres a lot of cleaning to be done. They are so afraid during that year that they concocted an UNBELIEVABLE storyline. Saya org luar but I have followed you from your ABIM days. In politics, its whether you have it or you don’t. To me, Dato lah the rightful leader to lead Malaysian to greater heights in this new mellinium .Tahniah Dato Seri. Tahniah Rakyat Malaysia.

    Please DSAI.. get protection..set up your AID de CAMP (ADC)& get them busy.

  18. 18 mujahidinreformasi Mar 30th, 2008 at 11:01 pm

    Salam DSAI,

    Nampaknya serangan demi serangan oleh DR M terhadap DSAI.Ingatkan dah insaf rupa2nya masih di takuk lama…rasanya tak perlu jawablah rengtua ni punya ulasan..

    http://www.malaysiakini.com/news/80609

  19. 19 mujahidinreformasi Mar 30th, 2008 at 11:22 pm

    Salam buat semua pengunjung,

    Saya sarankan buat mereka yang nak menyertai mana-mana parti rakyat untuk baca artikel di bawah..
    Sahabat2 sekalian akan tahu mengapa perjuangan mereka begitu..

    http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=8287

    ALLAHU AKHBAR!!

  20. 20 mongolian Mar 31st, 2008 at 12:05 am

    Begitu lucu sekali bila Tun Mamat Mahadir tuduh Anwar ejen asing setahu saya ejen asing adalah Tun Sendiri sewaktu Amerika nak serang bagdad nak jatuhkan Sadam hussin Tun lah orang yang sokong US di UN dan benarkan ruang angkasa malaysia digunakan oleh tentera udara Amerika,Tun kata pandang ketimur tak mahu guna dana (bank) dari barat sedangkan malaysia paling banyak pinjam Bank Dunia bank dunia dengan IMFsepusat sepusing dari bani US dan dukawal oleh US. habis tu siapa ejen barat.negara yang TUn suka becuti pun di Amerika juga cuma di selatan.Tun Lah ejen asing sebenar tun ejen jepun atas dasar pandang ke timur jepun mejadikan tun sebagai papet jepun segala syarikay jepun dibawa masuk oleh tun dari mutsui,Kajima,hazama dan banyak lagi termasuk nomura group Tun memang jelas ejen asing ini adalah kontar kotor Tun dengan jepun malaysia dijual kepada jepun semua hasil bumi dihantar kejepun dari tanahdan pasir hinggalah minyak dan gas LNG.perjanjian yang paling malang yang dibuat oleh Tun dengan jepun ‘Pinjam wang dari jepun tetapi kena bagi kontrak kepada syarikat jepun dan korea KLCC,Jambatan P.Pinang,KLIA dan banyak lagi wang yang dupinjam dikembalikan semula kepada jepun dan dikembalikan kenegar matahari terbit tersebut takkah sumbang namanya sepatutnya sepatutnya pinjan kat IMF atau Bank Dunia kita tidak terikat dengan sesiapa pun kita boleh curahkan wang itu kepada syarikat tempatan kembali ke poket rakyat malaysia secara tidaklangsung menjana syarikat serta ekonomi rakyat tempatan dari wang pinjaman tersebut kerana tidak dikembalikan semual kenegara yang menberi pinjam. jelas sekali Tun adalah ejen asing tun ejen dari matahari terbit hingga kematahari tengelam.timur dan barat.

  21. 21 Sam75 Mar 31st, 2008 at 12:09 am

    DSAI,
    Nampaknya Tun Mahathir telah mengulangi tabiat lama beliau mengutuk DS sebagai agen asing. Mungkinkah Tun sangat takut dgn pengaruh DS yg semakin mendapat sambutan? Mungkinkah Tun sangat takut DS menjadi PM yang akan membongkar segala salah laku Tun? Nampaknya Tun tak serik2 lagi.

  22. 22 anagkawasan nasa Mar 31st, 2008 at 12:18 am

    Tun DR.M sebelum u nak tuduh orang ejen asing sila cermin dulu diri U,u juga ejen keroni tempatan siapa Tun denga Vinsent Tan,Ananda Krishana,Genting Group,Tun bagi mereka segala galanya benarkan mereka memonopoli serta tapau segala lesen,permit dan esintif cukai dan kalau saya nak ceritakan sampai PRU13 pun tak habis lagi baik tun duduk diam diam sahaja kalau dah pencen duduk rumah tun ada masalah kesihatan lagi baik tun berehat.kalau tun bercakap lebih saya akan cerita pekong tun A sampai Z.

  23. 23 ameer Mar 31st, 2008 at 12:27 am

    Assalamualaikum wbt DSAI…

    Pohon izin DS…bole DS komen mengenai artikel dlm Malaysiakini 30hb Mac 2008(seperti di bawah) kerana sy teruja utk mendptkan pandangan DS sendiri berkaitan ini…sy hrp DS dpt memberi maklum bls segera kerana ini melibatkan imej DS dan dihrp DS boleh menyatakan pendirian DS berkaitan artikel ini..

    Terima kasih DS di atas respon segera dr DS..

    Artikel seperti berikut:

    “Melayu alat asing jika pilih Anwar
    Mar 30, 08 10:38pm

    Serangan lama kira-kira sedekad lalu berulang lagi antara dua tokoh negara ini - Tun Dr Mahathir Mohamad menuduh bekas timbalannya Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ejen asing yang kemudiannya akan memperalatkan orang Melayu.

    “Kita tahu orang Barat dan Eropah percaya bahawa Anwar tak lama lagi akan jadi Perdana Menteri.

    “Tak lama lagi bolehlah cucuk hidung nak heret ke mana-mana,” kata bekas perdana menteri itu di sesi soal-jawab selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Melayu Tanjong hari ini.

    Beliau diminta mengulas laporan media luar negara yang meramalkan kemungkinan Anwar menjadi perdana menteri tidak lama lagi.

    Susulan kemenangan besar-besaran pembangkang, termasuk PKR, prospek Anwar sebagai perdana menteri menjadi analisis popular di dalam dan luar negara.

    Pilihanraya umum 8 Mac menyaksikan kemaraan deras pembangkang apabila pertama kali berkaya menawan lima negeri dan menafikan majoriti dua pertiga BN di Dewan Rakyat.

    Dr Mahathir berkata, orang Melayu akan menjadi alat orang asing jika memilih Anwar sebagai perdana menteri.

    “Kalau orang Melayu nak diheret ke sana sini oleh orang asing, sila pilih orang itu (Anwar).

    “Saya minta maaflah, dia buat bagi nama saya cukup buruk di seluruh dunia kononnya saya tangkap dia, buang dia masuk penjara,” beliau dipetik Bernama sebagai berkata.

    Laporan itu juga menyebut, Dr Mahathir mendakwa Anwar seorang yang pandai berkata-kata dan boleh menarik minat ramai orang daripada pelbagai golongan dan latar belakang.

    “Kalau cakap berkenaan agama Islam, semua orang Islam anggap dia sebagai jaguh agama.

    “Bila dia bercakap dengan orang kampung bagus juga, bila dia bercakap dengan orang buat kuil pun bagus juga.”

    Sewaktu Anwar dipecat daripada kabinet dan Umno pada 1998, isu ejen asing sering dimainkan oleh media tempatan.

    Pengikutnya dan pembangkang juga pernah dituduh sedemikian.

    Mahathir pernah menuduh Anwar sebagai “ejen asing” sewaktu mengulas dakwaan bekas ketua pemuda PKR (dulu, Parti Keadilan Nasional) Ezam Mohd Nor bahawa beberapa kotak dokumen rasmi kerajaan disimpan di luar negara.”

  24. 24 ameer Mar 31st, 2008 at 1:09 am

    Assalamualikum wbt DSAI…

    Sy harap dlm kesibukan tugas seharian DS yg sy yakin bertambah padat dgn aktiviti…sy harap DS tidak mengabaikan kesihatan DS….ketahuilah bahawa seluruh rakyat Malaysia x kire BR atau BN memerlukan dan mengharapkan pemimpin seperti DS untuk menerajui negara Malaysia yg kite cintai ini…InsyaAllah harapan murni DSAI dan seluruh rakyat Malaysia untuk menjadikan satu negara Malaysia yg baru dan lebih baik akan di makbulkan Tuhan…same2 lah kite berusaha dan berdoa..InsyaAllah…

  25. 25 bujanglabang Mar 31st, 2008 at 2:34 am

    Dato Seri,
    Seperti teman-teman lain, saya bukanlah taksub mencemar maruah, tetapi yang nyatanya Malaysia hanya ada seorang pemimpin yang bernama ANWAR IBRAHIM. Dato Seri adalah nyawa bagi rakyat Malaysia!Semoga Allah SWT akan memberi keizinan untuk kami memiliki Dato Seri. Amin, amin yarabbul alamin!!!!

  26. 26 DSST Mar 31st, 2008 at 2:38 am

    DSAI, i am accessing your blog from USA and I begin to realise that I donot face any problem of accessing to your website from outside Malaysia. Certainly, BN government is scrutinising your website, reading & meddling your blogs. I have many times faced “operation fail”, “bandwidth limit” & other reasons that blocked my acessess to your webiste while I was in KL. Can you have your BR IT experts to have this site hosted outside Malaysia? I believe there are many supporters wanted to access your website but have difficulties to access them in Malaysia.

    admin: To the best of our knowledge, access to aib.com has been consistent and without downtime for the past few weeks/months - both to readers inside and outside Malaysia. Thank you.

  27. 27 urangKB Mar 31st, 2008 at 3:17 am

    Dato Seri,
    YB khir toyo pun dah jg blogger skrg =p
    ni diaaa… http://drkhir.blogspot.com/

  28. 28 Charlsen Mar 31st, 2008 at 3:31 am

    Salam DSAI

    Saya harap Datuk Seri Anwar jika boleh datang lagi ke kampung saya iaitu Melaka utk memberi ceramah kerana ada kebanyakan orang diMelaka masih tdk sedarlah walaupun Datuk ada datang ke Taman Merdeka pada hari itu..

    Memang ada golongan yg betul betul terlalu setia pada BN mereka hanya tahu BN sahaja yang lain mereka tdk mahu terima..Zz

    Oleh itu, jika senang saya berharap Datuk Seri akan datang mengunjung lagi..

    Semoga Datuk Seri Anwar sihat sejahtera

  29. 29 MyLi Mar 31st, 2008 at 3:51 am

    “Kalau takut menanggung risiko jangan bicara tentang perjuangan”….masih terngiang2 di kepala ini dan peristiwa di Kg Baru tahun 1998…teruskan usaha mu DSAI…reformis Sudan

  30. 30 thales Mar 31st, 2008 at 9:22 am

    Dear Mr Prime Minister-in-Waiting,

    Come April 14, you will no doubt make a very big decision, probably, th emost important decision of your life.

    My question:

    1] why would you want to stand as an elected representative of a Political Party?

    2] would you not consider to remain as the Leader-Adviser to PKR rather than to stand for office as an elected President, in which case, you are fighting against one Dr Wan Azizah … what’s wrong with her?

    3] would not want to be just the Mentor-in-Chief or something like that to all the 3 Component Parties that make-up the rather strange bedfellows of :
    a) DAP [ which I still beleieve to be a chauvinistic Chinese Racialist Socialist Party at least Gerakan is closer to the ideals of Lee Kuan Yew' PAP ]

    b) PAS a Political Party still trying to grasp the real meaning of Islamic State rather than to make their leaders to be more Islamic … eg. the excellent ethical and moral conduct of Nik Aziz a fine example of humble sincere Muslim …. though he may be a reluctant politician

    c) PKR which is a Malaysian “dreamy idealism” ok lah, if you still have “theoriticians” to intellectualize the value systems that you all can agree upon and pragmatic people to implement those ideals .. how interesting! {mind you there is still Prof Dr Syed Husin with his Socialism}

    In anycase, there is this behemoth called the Barisan Nasional { yes, indeed, like those National Front of UK .. very racialist , the common denominator is the racialist UMNO, MCA, MIC], out there to frustrate every other move by your own Barisan Raayat.

    Don’t call it Barisan Alternatif rather the aspirations of the Common People, the Professionals, the Dispossed, the Discriminated, the Peripherals, the Marginalised and what you have in some measure, is like the French Revolution led by the Bourgousie .

    If you remember very well, the Bourgousie loves “Armani , Cucci, LV, etc” and after awhile they all ended in the Guillotine .

    ” liberte egalite fraternite ”

    Vive la Malasie but more JUSTICE which is missing in the French Revolution !

    BTW if you ended uop in Seri Perdana keep staying in your own house it will always remind you of the poor surroundings of your neighbours, unlike Putrajaya and always remember the vast majority of the Raayat {90%] eats at the Gerai2 however dirty they may be and in flats and dilipidated houses.

    Don’t you forget that … otherwise to the Guillontine , Rousseau !

  31. 31 Budak Temerloh Mar 31st, 2008 at 9:41 am

    In Star today, Dr M’s statesment clearly alledged you as a Pro Jews and will be ‘a good Prime Minister of Israel’. What is your action towards Dr M’s statesment?.

  32. 32 LKH Mar 31st, 2008 at 9:57 am

    Dato Seri,

    Pls take greatest care of your own safety. I can’t wait for you to be our PM. REFORMASI!

    LKH

  33. 33 tengku ikhwan mansiz Mar 31st, 2008 at 12:30 pm

    melihat kpd tempoh 2 minggu kehadapan ini maka kita ketahui dato seri sudah boleh berkecimpung dlm arena politik secara lebih meluas.utk mencipta satu landasan yg kukuh maka dato seri sudah tentu perlu mengangotai dewan rakyat di parlimen supaya kedudukan suara rakyat bertambah kukuh.oleh itu sebelum menjadi seorg ahli parlimen dato seri perlu menhhadapi satu pilihanraya kecil yg mana sy dpt maklumat dato seri kemungkinan akn berentap di kerusi bandar tun razak.

    idea sy ialah apakah lebih baik dato seri menyertai pilihanraya kecil ini selepas barisan rakyat berjaya membentuk kerajaan.baru2 ini kita sudah dgr pengakuan dato seri bahawa terdapat ahli parlimen BN yg berminat dgn ideologi perjuangan kita maka jika ini berlaku biar kita membentuk kerajaan barisan rakyat terlebih dahulu.

    hujah sy berkata begini krn sy tdk nafikan dgn pengaruh dan kegigihan dato seri dlm membantu rakyat maka dato seri tdk menghadapi mslh utk memenangi pilihanraya kecil jika ia diadakan TETAPI apa yg amat merisaukan sy ialah tindakan BN yg akn mengunakan SEGALA bentuk tektik jahat utk mengalah dato seri.

    kekalahan dato seri adalah suatu KESEDIHAN kpd rakyat.impian utk melihat dato seri memimpin kerajaan rakyat akn terbantut.oleh itu jika idea sy ini dpt dipertimbangkan oleh dato seri maka ini akn memberi keyakinan kpd sy utk melihat insan yg sy kagumi sejak dibangku sekolah dpt memimpin saya,keluarga dan rakyat malaysia.sekian terima kasih-Tengku Ihkwan Mansiz.

    Refomasi Keadilan!

  34. 34 Bukan Lagi Kenalan Izzah Mar 31st, 2008 at 1:55 pm

    Bapa Sdr Abdul Kadir sudah meninggal dunia?

  35. 35 Anak Perak Mar 31st, 2008 at 2:33 pm

    Apa komen DSAI tentang pandangan Tun M yang menyerang DSAI sekali lagi dalam http://www.agendadaily.com yang cuba mempengaruhi rakyat dalam suasana politik semasa. Tajuknya “Orang Melayu akan diperalat jika pilih Anwar jadi PM, kata Dr M”. Saya rasa seolah2 DSAI akan diperangkap dalam suasana UMNO yang tidak menentu mereka ingin mengembalikan sokongan rakyat kepada UMNO. DSAI seolah2 digambarkan sebelumnya oleh beberapa musuh politik DSAI kononnya DSAI suka berubah2 pendirian dan keadaan siapa yang DSAI berhadapan.

  36. 36 Rames Mar 31st, 2008 at 3:18 pm

    Dear DSAI,

    Im extreamly not happy with DAP (finaly they show their true colour). There is only one indian exco in Perak.They want indian and malay vote but when come to the exco post, all chinese.WHAT IS THIS????? Perak DAP got giant shares 6 from 10 exco, but from 6 only one exco post for indian.

    Hey DAP you are voted by all races in Buntong…Indians, Chinese and Malays….If you say you are voted in by the chinese, then you are very wrong. If not Malay & Indians you will not be elected too.

  37. 37 Putri Reen Mar 31st, 2008 at 3:34 pm

    Dear Sir & Ma’am
    30.03.2008

    ** THE BEGINNING OF SECOND TSUNAMI **

    Assalamu Alaikum,

    It took almost 5hrs to reach Taman Ehsan, Kepong, KL, from my home. I just wanted see myself, How the Rakyat Jelata will response for the opening ceremony of PUSAT PERKHIDMATAN RAKYAT – PKR/DAP/PAS ( Selayang-Subang-Bkt Lanjan ). It’s a small Taman, but with the big warm hearted residents. I was stunned from what I saw.

    1) The number of people attended or gathered easily 1000.
    2) The number of people, who registered with PKR at the same venue, was 250.
    3) There was, Malays – Chinese – Indians, in Equal numbers.
    4) They were all greeting each other & helping each other.
    5) The most important thing was, they were all HAPPY.

    Job well done, ( the guys who organized it ).
    Job well done, ( MP’s & ADUN ).
    Job well done, ( ustad Dr. Badrul Amin ).

    To BN, this is the beginning of SECOND TSUNAMI. **THE CATASTROPHE**

    Putri Reen.
    Malaysian

  38. 38 Malie Mar 31st, 2008 at 3:42 pm

    teringat kisah-kisah yang selalu dituturkan oleh Cikgu Ibrahim Baba sewaktu beliau berada didalam ABIM bersama Anwar Ibrahim..(geng ‘penunggang berkuda’)..dapat kisah ni waktu aku lawat kawan aku (suhail) cucu sedara Cikgu Ibrahim Baba…

  39. 39 Pengundi DUN Hulu Kelang Mar 31st, 2008 at 3:56 pm

    Assalamualaikum DSAI,

    Saya amat berharap DS mengambil berat luahan rasa saudara Rames. Bukan berniat meminta DS utk mencampuri urusan kerajaan negeri Perak, cuma minta DS utk turun padang bagi menyelesai kemelut tersebut. Isu ini boleh menjadi duri dlm daging dlm perjuangan Barisan Rakyat.

    Salam Reformasi

    p/s: Dgr cerita ADUN Buntong telah keluar parti.. betul ker?? dan buat saudara Rames, diharap saudara dpt barsabar. Kita nntkan penjelesan dr pengerusi DAP negeri Perak.

  40. 40 LKH Mar 31st, 2008 at 4:00 pm

    Karpal Singh is the Chairman of DAP. How can you say DAP is racist?

  41. 41 Kubang Pasu Mar 31st, 2008 at 4:35 pm

    Assalammualaikum,
    Krisis Perak lagi…BR… 30 BN… 28 Bebas?… 1
    Mungkinkah BR Perak akan tumbang sebelum tamat tempohnya? Nampak seperti mekanisme perundingan dalam ‘decision making’ tidak dititikberatkan menyebabkan bantahan wujud selepas keputusan dilakukan.

    Meskipun krisis demi krisis yang bakal timbul, adalah diharap agar kerajaan BR dapat mengatasinya dan berjaya mengekalkan kerajaan yang baru ditubuhkan seperti yang telah ditunjukkan oleh kerajaan PAS Kelantan selepas PRU ke 11 dulu walau pun hanya dengan kelebihan 1 kerusi.

  42. 42 frozenthrone Mar 31st, 2008 at 4:36 pm

    Marilah berjuang bersama-sama, tegakkan KeADILan.

    Kepada “Orang-orang BN” yang curik-curik tengok blog ini, tak perlu segan dan malu untuk berubah.
    Insaflah kamu, jangan butakan mata kamu yang dianugerahkan tuhan itu
    dengan angkara jahat BN.
    Ingatlah masa depan keturunan kamu. Carilah rezeki yang halal.
    Jalanilah kehidupan ini dengan jujur, amanah dan bersih.

    p/s: “KHIR TOYOT” pernah berkata nak buat Selangor “SIFAR PEMBANGKANG”, la ni dia lak jadi pembangkang. Ini bermakna kata-kata “DUTA TEMPE” tu tak boleh pakai…

  43. 43 pecinta negara Mar 31st, 2008 at 4:39 pm

    banyak betul yang menyokong pengkhianat bangsa sendiri nihh……
    orang yang bersekongkol dgn kuasa asing dengan menyuruh negara berhutang dgn imf
    11 thn dulu semasa ekonomi gawat……..
    apekah agenda sebenar AI sebenarnyer selain dari agenda membelas dendam
    untuk kepentingan diri?

  44. 44 Si Puntum Mar 31st, 2008 at 4:57 pm

    utaraonline dan malaysiakini dah laporkan berita adun DAP Buntong keluar parti. Kalau benar berlaku maka DAP/PKR/PAS hanya ada 30 kerusi berbanding BN 28. Mengerikan!

    kencang bertiup dalam satu jam ini bahawa seorang adun PKR akan menyusul berbuat demikian (keluar parti) BESOK.

    Tolonglah selamatkan keadaan ini. DSAI dan seluruh pemimpin PKR tolong lakukan sesuatu secepat mungkin. Juga tolong keluarkan kenyataan media sesegera mungkin untuk meredakan keresahan semua penyokong PKR/DAP/PAS di Perak ini.

  45. 45 nwa Mar 31st, 2008 at 5:08 pm

    pecinta negara

    kau mmg bangsat!!!mati lah kau!!!!

  46. 46 Zoyak Mar 31st, 2008 at 6:06 pm

    Pecinta negara kamu kata DSAI pengkhianat bangsa. Sudah tentu kamu dapat maklumat dari pakar fitnah negara atau memang kamu ini tak banyak baca bahan dalam negara dan luar negara. Sebenarnya pemimpin Bee End yang masih ada ramai yang menjadi petualang bangsa, tipu rakyat,gelapkan wang negara. Yang paksa guru-guru sains dan matematik ajar murid dalam Bahasa Inggeris itu lagi pengkhianat bangsa. Yang bayar RM 4 juta kepada satu agensi yahudi agar Mahathir dan kemudiannya Dollah dapat jumpa G Bush tu lagi pengkhianat bahasa dan bangsa. Yang menyokong mereka itu (Bee End) adalah penyokong pengkhianat bangsa tetapi the SPIN DOCTORS in the news tetapi memusing berita sehingga orang macam pecinta negara turut terpedaya seperti 22 ADUN BN di Terengganu terpadaya dengan YB Rasol. Oleh itu nak hentam orang kenalah baca dan cari ilmu dahulu.

  47. 47 Amir Iqbal Kamarudin Mar 31st, 2008 at 6:17 pm

    Salam. Saya berharap kita berhenti meraikan kejayaan kita kerana ini membuatkan kita lena diulit mimpi. Kejayaan pilihanraya lalu mungkin tinggal kenangan manis jika kita terus bergembira dan bersuka ria. Kini tiba masa untuk semua pihak bekerja. Sudah tamat tempoh berucapan tahniah kerana seantero dunia sudah tahu kemenangan kita. Banyak isu perlu dijawab, banyak fitnah perlu ditepis dan banyak masalah dalaman serta luaran perlu diselesaikan. Cukuplah memberi komen dan tunjuk ajar kepada UMNO/BN tentang masalah dalaman mereka. Terkini, seorang wakil rakyat DAP berbangsa India dilaporkan meletak jawatan kerana tidak berpuas hati pembahagian exco kerajaan negeri. Saya berharap pihak pimpinan BA dapat menyelesaikan masalah begini kerana kita hanya tinggal kelebihan satu kerusi untuk memerintah negeri bagi empat tahun lagi.

  48. 48 Rakyat Marhaen Mar 31st, 2008 at 6:58 pm

    A’kum,

    DS Anwar Ibrahim

    Sekembalinya DS dari Bahrin sy buat temujanji melalui Rahimi,Pa DS.Sy datang bersama seorang consultan eng.Hampir 2 jam menunggu.Sy dan sahabat begitu gembira kerana akan bertemu mata dgn DS.Tapi semuanya hampa.Sy rasa tertipu setelah menunggu sekian lama,hanya sdr Ibrahim yg kami jumpa.

    Setelah keluar dari bilik semua orang di pej DS telah tiada. Hanya tinggal kerani saja.Kenapa jadi begini? Apa salah saya.Apa salahnya kalau DS turun sambil nak balik jumpa kami,setidak-tidaknya bersalam.Sy rasa terhina dek perbuatan DS.Rasa malu pada rakan saya.Beginikah cara DS melayan tetamu?

    Keesokan hari sy hantar sms pd Sani tapi tiada jawapan.Untuk pengetahuan DS sy dtg dari Kuantan.Harap dapat jawapan dari DS..

    Soleh Mohamad

    Bekas Naib Ketua Pemuda Keadilan Pahang
    Berjuang Dari awal penangkapan DS.
    Orang yg memberitahu berita penangkapan DS pada Almarhum Ust Fadhil Noor

    Salinan akan sy hantar melalui fax.
    Lagi info mengenai saya
    http://tawanpekan.blogspot.com/

  49. 49 Putri Reen Mar 31st, 2008 at 7:36 pm

    PECINTA NEGARA - r u nuts.? u sound like u r an UNEDUCATED. the word pengkhianat means traitor. ANUWAR IBRAHIM did not leave the party. He was sacked, but the ones who call him traitor, is the real culprits. Remember who went to SEMANGAT 46 & the one’s who stayed with the party but supported SEMANGAT 46 indirectly. They are the real PENGKHIANAT.u ……

    Putri Reen
    Malaysian.

  50. 50 obama Mar 31st, 2008 at 8:44 pm

    Maaf ya Sdra & Sdri

    Nampak nya kamu maseh termakan cakap2 org dan media. Kan dah di bagi tahu jgn asyik termakan cakap2 media yg berat sebelah atau pemimpin2 politik yg sememangnya cuba mencari kelemahan atau kesempatan untuk ‘Hit Back’ cos they are being Hit REALLY HARD tis time.
    They have no more bullets. So don be alarmed by BLANKS.
    It means you ppl are still reading bad news. Thats politics.
    Its just to alarm the populace. Masok akal ka? DSAI external ejen ? Ask yourself.
    DSAI,
    He himself is enough. He have it all. Credible,Charisma,Internationally acclaimed statesmen and a World Leader that Malaysian should be proud of. What more do you ppl want?
    Bacalah.. no problem. But don believe it all. pls.

  51. 51 cokelat Mar 31st, 2008 at 8:55 pm

    pencinta bangsa ini baru keluar dari sekolah BTN.

    Orang-orang tua totok di Johor pulak berkata …..Polis tak akan ada lagi dan jawatan POLIS akan diambil alih oleh JPJ sekiranya Pembangkang menang. Dan pulau Pinang akan jadi Singapore…!!!!

    Sungguh kasihan…….!!!!!!!

    Betul kata Zahid Md Arip tahun 1999…… orang UMNO jangan pegang pada lututnya krn otaknya ada kat lutut.

  52. 52 kuan Mar 31st, 2008 at 9:45 pm

    ‘ dah lamaaa dah ‘ . Dr M

    Ayuh kita tingkatkan lalut Dr M ni..

    Dr M perdana menteri yang GAGAL , dalam tempoh pemerintahan yang begitu lama beliau tidak dapat mengangkat tahap bumiputera ke atas walau dalam apa bidang sekalipun melainkan
    1. Melahirkan koporat buih ( kaya raya di masa beliau ,lingkup setelah beliau)koporat tiruan
    2. Melonggokkan Pembangunan fizikal hanya yang berada di hadapan matanya dan yang dia sendiri merasainya ( walhal dengan wang rakyat )
    3. membina nama untuk dikenang dalam sejarah kononnya sukar untuk dicari ganti walhal pengganti yang lebih layak dan berkebolehan difitnahkannya- sangat takut ditandingi
    4. Gila slogan macam PM sekarang hingga mata hampir juling disuruh pandang ke timur namun pengagum sebenar barat
    5. Terlalu banyak . Ala - ala perosak negara lah katakan

    Dato seri , aturkan langkah depani pentadbiran negara , baru boleh ku katakan kepada Dr m
    ……. ‘ nah ! baru kau taaau….’

  53. 53 ulam batar Mar 31st, 2008 at 11:12 pm

    pecinta negara.

    Katakan lah Pemegang saham terbesar IMF. dikuasai oleh UMNO FUND dan presiden IMF orang UMNO dah tentu orang umno pinjam wang dari IMF siap ambil nonbor berbaris panjang kena pangil FRU kawal keadaan borang pinjaman boleh didapati di semua ketua kampung JKKK dan Ketua cawangan UMNO.sewaktu pilihanraya nenek kebayan pun boleh pinjam IMF untuk tempoh 50 tahun.IMF boleh buka cawangan dari Perlis hingga ke Sabah.IMF bukan Bank haram IMF ditubuhkan oleh dunia dan diguna pakai secara sah oleh banyak negara IMF ada lesen kalau along yang tiada lesen boleh beroperasi dengan bebas dinegara ini kenapa yang ada lesen tak boleh cubalah kita buka mata sikit yang haram bebas berniaga tetapi yang sah tidak boleh. inilah budaya karat UMNO kalau TUN Daim atau Tun Mamat kuasai IMF depa kata IMF cermelang,gemilang,bukan al gazali yang ku cari tetapi IMF yang ku cari.

  54. 54 Don Apr 1st, 2008 at 12:23 am

    I second Pencinta Negara’s statement. Quit fooling the rakyat, DSAI. Ingatlah Allah banyak-banyak. Saya sentiasa berdoa DSAI insaf dan rakyat menjadi celik.

  55. 55 Elias Hj Idris Apr 1st, 2008 at 1:34 am

    Apa yang nak dihiraukan dengan tuduhan Dr Mahathir terhadap Anwar?

    Biarkan. Biarkan sang anjing menyalak bukit, nescaya bukit itu tidakkan runtuh.

    Natijahnya, sekarang ini baru Dr Mahathir sedar akan kewibawaan sebenar Anwar. Walaupun masih terpisah oleh larangan bertanding dalam PRU, namun Anwar telah berjaya menggerakkan rakyat di seluruh negara untuk membuat peralihan. Sedangkan, riaknya langsung tidak kelihatan beberapa bulan sebelum PRU12. Pada bulan Februari, Utusan Meloya melaporkan kehadiran cuma 200 orag dalam satu ceramah Anwar di Kuang!

    Namun selepas 8 Mac, keadaan amat jauh berbeza. UMNO/BN yang dimegahkannya selama ini telah ditolak mentah-metah oleh rakyat di seluruh negara. Biarpun mereka menang besar di Melaka, Perlis dan Terengganu, tetapi lihatlah betapa jeliknya penipuan SPR dan jenteranya?

    Bukankah Dr Mahathir itu seorang ahli UMNO yang tegar? Kepiluan yag dirasai oleh seluruh pemimpin UMNO kesan daripada PRU12 lalu turut dikongsinya bersama. Rasa kecewa, marah, hasad-dengki dan sakit hatinya itu datang menerpa dan mengasak di sanubari lalu ia terus tidak dapat disembunyikan.

    Episod ini seumpama musang buah dengan segugus ‘rambutan masam’. Dia tidak dapat mencapai buahnya yang berada di hujung julai, lalu dipujuk hatinya dengan mengatakan buah rambutan itu masam!

    Namun Dr Mahathir kini hanya seekor anjing yang telah rongak taring dan gusinya. Apabila dia ingin menyalak kedengaran bunyinya sumbang dan menjelikkan….

    Itulah benih daripada ajaran sosialis yang terhasil daripada Universiti Malaya, Singapore di awal tahun 1960an dulu. Dendam kesumatnya mendamba. Sedangkan, andainya dia seorang Islam yang beriman, bukan begitu lagak dan tabiatnya.

    Namun biarkanlah. Dia pun sudah tua. Mungkin dia bahagia dengan caraya begitu. Biarkan si Luncai itu terjun dengan labu-labunya. Biarkan! Biarkan….

  56. 56 Elias Hj Idris Apr 1st, 2008 at 2:34 am

    Nak tau apa yang berlaku di Stadium Melawati, Shah Alam baru 2-3 jam yang lalu?

    Program : PERHIMPUNAN RAKYAT

    Slogan : Selangor Bersih, Maju dan Berkebajikan.

    Anjuran : PAS Negeri Selangor

    Penampilan: Tuan Guru Hj Hadi Awang, Tan Sri Khalid, Ustaz Nasaruddin Md Isa, Dr Hassan Ali, Ronnie Liu serta diperkenalkan anggota EXCO Selangor dan seorang demi seorang Ahli Parlimen dan ADUN PAS Negeri Selangor.

    Kehadiran: Stadium penuh sesak di segenap penjuru dan setiap inci lantainya penuh duduk besila segenap lapisan rakyat. Rata-ratanya berketayap putih dan bertudung labuh bagi wanitanya.

    Anggaran : 25,000 orang serta 15,000 lagi yang berada di luar dan tidak dapat masuk.

    Program dimulai dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quranul-Kariim. Kemudian persembahan nasyid oleh Kumpulan In-Team.

    Dalam ucapannya, sebagai seorang pakar motivasi yang ulung Dr Hassan Ali telah merongkaikan azam dan hasrat yang menggunung demi membela rakyat yang telah sekian lama ditipu dan dipermainkan oleh pemimpin terdahulu. Dewan jadi sunyi dan sepi meniti bait demi bait akan tutur ucapannya.

    “Namun jangan dilupa juga untuk menjadi hamba yang tau untuk tunduk kepada Khaliqnya,” kata beliau.

    Hasratnya, tidakkan seorang pun rakyat di negeri ini yang akan ketinggalan tidak diperhatikan. Demikian juga dengan Tan Sri Khalid yang cukup merendah diri, “Jika tidak dikeranakan tuan-tuan dan puan, tidakkan saya berada di sini….”

    Beliau turut melunaskan rationalnya berkait dengan perlantikan setiap ahli EXCO daripada PAS.
    Di antaranya Dr Hassan Ali sebagai ‘doctorate’ dalam bidang Perancangan Bandar.

    Berkali-kali, beliau melahirkan rasa terhutang budinya terhadap kepercayaan yang rakyat berikan. Sedangkan, beliau baru dua tahun menyertai KeADILan.

    Lebih menyentuh hati dan perasaan apabila Tuan Guru Haji Hadi mengulangi lagi detik-detik perubahan yang dibuat rakyat dalam pemilihan kali ini. Belum pernah dalam sejarah, katanya orang PAS mengundi DAP dan demikian juga sebaliknya, orang Cina dan India yang mengundi PAS.

    Suaranya tiba-tiba sebak.

    Kemudian dengan rendah hati, Tuan Guru menyeru agar segenap lapisan pemimpin UMNO bersedia untuk datang menyertai pakatan pembangkang. Ia bertujuan buat memperbetulkan segala kesilapan masa lalu dengan memansuhkan segala akta yang zalim seperti ISA, OSA, Akta Percetakan, AUKU serta meletakkan BPR dan SPR itu pada tempatnya yang sebenar, iaitu di bawah parlimen.

    Saranannya itu telah mendapat tepukan yang bergemuruh dan menggamatkan di seluruh stadium.

    “Marilah tuan-tuan, demi negara kita yang tercinta ini,” rayunya. “Selama 50 tahun UMNO/BN telah meninggalkan segala musibah dan kehancuran terhadap segenap lapisan masyarakat.”

    Indahnya apabila setiap kali nama UMNO atau BN yang disebut oleh para pemimpin, sekejapan itu juga stadium terus bergema dengan ‘booooo… dan sorakan mengejek yang memanjang. Jelas sekali kedua-dua ikon yang dimegahkan dek orang-orang UMNO itu menjadi teramat jijik dan dibenci dek orang.

  57. 57 Green Lady under the Big Tree Apr 1st, 2008 at 2:34 am

    18 orang budak, main bola wakil Malaysia. 10 Melayu, 6 Cina, 2 India.

    Apabila nak menentukan first team, janganlah bising pasal komposisi kaum. Patut ada 2 Indian la… Patut fullback kena ada Cina la.. Striker kena ada representation Melayu la.. Get the Goalss !!

    Bila masuk padang, the team is a Malaysian team. Tak perlulah bising bahawa Goalkeeper tu Indian walaupun hanya kerana ada dua Indian sahaja dalam senarai 18 pemain..

    Wake up. I beleive the problem exist sebab kepala sebahagian adun masih lagi set as pembangkang, bukan government. Let the head shrink to its original size first before expecting some of them to start making sense.

  58. 58 Jamil bin ismail ( jamilkucing ) Apr 1st, 2008 at 2:36 am

    Assalamualaikum Dato Seri.

    Entah lah sama ada Dato Seri masih mengenali saya. tapi pada saya pengalaman 6 tahun reformasi dan keadilan telah membuat saya sebati dengan keadilan dan dato seri.saya berbangga kerana saya salah seorang yang berada di mula mula bendera reformasi di mulakan. dari malam-malam kita berceramah di rumah dato seri. dato seri di tangkap. selama 6 tahun kami sentiasa di rumah dato seri, selama 5 tahun hariraya saya bertungkus lumus bersama rakan rakan memastikan tetamu di layak kerana tuan rumah tiada. selama 6 tahun saya di bunag berbagai kerja yang saya buat hanya kerana saya penyokong reformasi dan keadilan. selama sebulan penuh saya berbuka puasa di tempat letak kereta HKL , saya kenal nurul hana dari kecil sampai telah menjadi anak perawan yang manis, masih ingat saya bagaimana nurul hana begitu manja dengan saya dan kawan-kawan., setiap hari khamis malam jumaat nurul hana akan keluar bermain dengan kucing saya di skuter,kali terakhir saya berjumpa dengan dato seri ialah kita sama-sama berjalan dari rumah dato
    seri ke masjid ar rahman untuk menunaikan solat subuh.saya masih ingat walaupun dalam keadaan sakit cara berjalan dato seri tetap laju. kenangan mansih saya bila menjadi tempat dato seri bergantung untuk turun tangga. ia adalah satu kenangan yang sangat manis buat diri saya. selepas itu saya berdiam diri bukan kerana lari dari perjuangan tetapi atas beberapa sebab antaranya dato seri telah di bebaskan,kedua disebabkan saya sangat rapat dengan keluarga dato seri fithnah dan tohmahan datang bagaikan peluru hidup. saya di fithnah berbagai -bagai. termasuk yang boleh memudaratkan nama dato seri.jadi setelah berfikir panjang saya rasa ada baiknya saya berdiam diri sementara dahulu.sekarang kerja saya ialah membuat kerja amal menyelamatkan kucing kucing terbiar.dan dengan kuasa allah subhanahuwataala. saya di kurniakan satu kelebihan yang tidak ada pada manusia lain iaitu kebolehan mengajar kcuing. sampai saya sekarang telah menjadi satu daya tarikan pelancong di bukit bintang. tapi walaupun saya tidak aktif lagi dalam parti cinta saya pada parti kita tak pernah luntur. di plat no skuter saya tetap ada ayat keadilan. di cermin kereta belakang saya masih ada foto bebaskan anwar.apabila kita mendapat kemenangand alam pru12 saya menangis kegembiraan. kerana apa yang kami perjuangkan selaman ini telah membuahkan hasilnya. syukur lahamdullilah. orang yang mula-mula dulu memandang saya serong mula memuji dang mengucapkan tahniah. begitu juga saudara-saudara saya. kerana menyokong keadilan dan reformasilah 3 orang bapa saudara dan mak saudara saya mati saya tidak di beritahu.tapi tak mengapa saya afdal . biarlah allah yang tentukan.wal;aupun kita mencapai kemenangan saya tidak akan menunjukan diri saya dalam parti kerana saya menyokong reformasi dan keadilan bukanlah untuk jawatan atau pangkat. cuma harapan saya janganlah di lupai kami yang kecil ini.

    Akhirkata dari saya tahniah atas kemennangan untuk dato seri dan datin seri DAN SERANGKAP PANTUN DATO SERI.pantun ini banyak membawa makna dekat saya dalam perjuangan

    DARI BENTAN KE TANJUNG KANDIS
    RAMAI PENGEMBARA BERMAIN PAKAU
    BILA BERHADAPAN MULUTNYA MANIS
    DALAM SEMBUNYI MENANAM RANJAU

    KALAU TANAM SI POHON KOKO
    JANGAN TANAM PISANG BERANGAN
    KALAU TAKUT DENGAN RISIKO
    JANGAN BICARA TENTANG PERJUANGAN.

    SALAM REFORMASI
    Panjang umur kita berjumpa lagi

    LAWAN TETAP LAWAN

    jamil bin ismail
    JAMILKUCING

  59. 59 Chilten Apr 1st, 2008 at 4:39 am

    hai malang sungguh bila insan seperti pecinta negara masih wujud.

    cara beliau menilai DSAI tidak ubah seperti UMNO menilai PKR atau seperti Yahudi menilai Islam. Ia langsung tidak rasional, tetapi hanya penuh dgn kebencian and tuduhan membabi-buta.

    cuba lihat betapa ramainya pemimpin di dunia yg tidak sehaluan dgn parti pemerintah. Adakah mereka semuanya dikira pengkhianat negara?

    ramai juga pemimpin yg jatuh tetapi bangkit semula, adakah mereka semuanya hanya berniat membalas dendam?

    jika saya berjaya memfitnah pecinta negara bahawa beliau perogol adik sendiri hingga beliau dihukum denda, rotan & penjara, beliau pasti akan berusaha sedaya upaya utk menafikan fitnah saya dan mencari peguam terhandal utk menyelamatkan diri. akan tetapi menurut cara pemikiran kolot beliau sendiri, perbuatannya itu hanyalah utk ‘membalas dendam’ terhadap saya.

    saya harap Tuhan membalas kejahatan beliau agar beliau sedar siapa dirinya.

  60. 60 dinsmann Apr 1st, 2008 at 4:49 am

    tak pernah menyesal sejak 1998 ..

  61. 61 Rames Apr 1st, 2008 at 8:44 am

    Dear DSAI,

    My advice for DAP INDIAN candidate,plz resign from RACIST DAP and join PKR or PAS.

  62. 62 Overseas student Apr 1st, 2008 at 9:34 am

    Syabas Taat Setia.
    Orang macam kau ni kita perlukan di atas muka bumi.
    Hidup Datok Seri!

  63. 63 mohammad zakhir Apr 1st, 2008 at 10:25 am

    salam DSAI,

    saya dihambat kebimbangan dgn respond2 rakan yang banyak menyesahkan ceritera lampau perjuangan mereka yg konon tiada tandingannya..apa yg sdr/i fikirkan sebenarnya..INGINKAN…SANJUNGAN HENTIKANLAH SEMUA INI….perjuangan kita baru bermula sebenarnya…TOLONGLAH!!!!..byk kerja yg belum selesai…kita kene igt tampa kesatuan RAKYAT kita semua kejaya ini tidak bermakna..RAPATKAN BARISAN..jgn bermimpi lagi…

    DS,,

    DSAI BERBAJU MELAYU BERSONGKOK BALDU
    JALAN TERSUSUN TESERLAH SEGAK
    DS…YG MANA IDAMAN KALBU
    PERMATANG PAUH ATAU DI BDR TUN RAZAK…

    HEHEHEHE……

    MOHAMMAD ZAKHIR

  64. 64 remadel Apr 1st, 2008 at 10:41 am

    sepatutnya dengan keadaan sekarang, BN patut membuat “homework” diatas kekalahan teruk ini, bukanya terus bercakap besar dan mengagung-agungkan pemimpin yang lemah dari segi pengurusan hal kebajikan rakyat…BN ‘tempang’ kerana sumpahan “RAKYAT”!!!!….

  65. 65 Anak Malaysia Apr 1st, 2008 at 10:47 am

    Aduh. Kesat sekali nukilan pecinta negara. Sayang sekali, beliau masih pekat dalam propoganda yang sekian lama memfitnah DSAI dengan segala macam pertuduhan yang tidak berasas, namun … apakan daya. Beliau (pecinta negara) belum terbuka untuk melihat hakikat bahawa ramai yang sepertinya sudah keluar dari perangkap ‘media utama’ yang telah bertanggung jawab menyebarkan fitnah tersebut kepada khalayak ramai. Mungkin satu masa nanti anak-anaknya akan dapat tahu siapkah petualang bangsa yang sebenar. Buat masa ini kita hanya berdoa agar pecinta negara akan terus mencintai negara kita Malaysia dan menerima hakikat bahawa rakyat tidak lagi percaya kepada Media Arus Perdana. Yang penting hanyalah rakyat yang mengisi sesebuah negarta, bukan bendera yang di kibarkan saja, bukan lagu yang di nyanyikan saja, bukan negara semata-mata.

  66. 66 Ali_Imran Apr 1st, 2008 at 12:21 pm

    salam….

    robbis rahli…wayassirli…amri…

    kita percaya dan dah nampak BARISAN RAKYAT sekarang ini sedang merancang, telah dan terus berusaha mengembleng tenaga dan masa mereka demi untuk memastikan DASAR perjuangan rakyat dapat di realisasikan….saya faham dan tau setelah sekian lama selama 50 tahun rakyat di kaburi mata di pekakkan telinga di bisukan oleh MEDIA mereka yang taghut itu….
    Justeru…bukanlah perkara yang mudah dalam masa yang singkat kita dapat mencabut semua akar-akar dan umbi umbi yang telah mereka semai dan tanam hidup subur di merata-rata sekarang ni…..apakah aplikasi atau kaedah yang paling sesuai dan berkesan untuk kita mencabut dan membungkas akar umbi mereka itu?….kalau sesuatu hutan itu hendak di ratakan….senang saja….BULLDOZER je semua…sure rata dan terang….then kita tanam benih baru…tapi dalam hal politik ni….kita tidak boleh Bulldozz semborono…..pendekatan yang perlu kita ambil ialah menarik rambut dalam tepung…rambut tak putus tepung tak berselerak…kene sabar, tenang dan tidak melatah melenting bila di provoke….
    jika kita gelojoh/gopoh, rakus, tamak, haloba, tidak bersyukur, berebut projek kecik besar, fitnah memfitnah, cantas mencatas, tikam menikam ( pakai keris depa tu )skandal seks, rasuah, materialistik menunjuk2 kekayaan, kronisma, budaya mengampu / surat layang, samseng/gengsterism mcm sifat mereka itu….
    tak mustahil BARISAN RAKYAT akan tumbang dan terus bungkus dan di kafankan….maka jgn mimpi nak menang lagi….kita BARISAN RAKYAT mesti berganding bahu berat sama di pikul…ringan sama di jinjing..sekata / senada…..dan insyaALLAH apa yang BARISAN RAKYAT mahukan akan di makbulkan…laksanakan ketelusan, apa di kata di kota, hormat pandangan ramai, keadilan dalam agihan ekonomi…jangan boros dan menunjuk2…sederhana dalam semua aspek…kasih pada keamanan….keselamatan….berikan hak sebagai rakyat yang cukup sifat atau OKU…praktis green politik yang berkekalan….agar dapat mengubah masa kelam gelap menjadi terang dan lapang….BARISAN RAKYAT akan menang dunia dan akhirat jika perjuangan berlandaskan Al Quran dan Hadis….insya ALLAH….TAKBIR…..

  67. 67 angkasawan nasa Apr 1st, 2008 at 4:36 pm

    Tun kata anwar ejen yahudi kenapa benci sangat Tun pada Yahudi,bukan semua Bani yahudi itu teruk sama juga dengan melayu bukan semua melayu teruk macam bani UMNO yang haprak, kalau Yahudi cipta jantung pisang boleh digunakan pada manusia pasti Tun Mamat Mahadir yang pertama beli untuk ganti Jantung dia yang dah usang.Tun juga kata bukan semua yang pakai tudung itu baik sama juga dengan yahudi.Tun masih mentah dengan dunia politik.kita jangan mudah melebel sesuatu bangsa itu teruk.persoalanya adakah semua Majlis tertinggi UMNO itu seteruk bani Yahudi?Yahudi atau melayu yang pasti kedua duanya ada yang teruk ada yang bagus.oleh itu Tun berehat ajalah main dengan cucu.

  68. 68 azlina Apr 1st, 2008 at 6:27 pm

    i still have some reservation. don’t like the idea of one whole family control one party. why mr anwar have to have wife, daughter and kronis to be leader in party. also have my reservation of your closed ties with AMERICA. doesn’t sit well with me. sebab for me i tak sokong mana party. cuma kita kena berlaku jujur sebab rakyat malaysia tak ada tempat lain nak pergi and malaysia is our own country. for me to be a godo leader must be someone who has everything and do not want anything or a leader who don’t have anything but doing everything for everyone.

  69. 69 Putra Islam Apr 2nd, 2008 at 8:57 am

    Kenapalah komen aku disekat…kanapa tak bersikap terbuka dengan komen yang membina..????Aku bersikap neutral..yang aku perjuangkan ialah keikhlasan,ketelusan dan kebenaran buakn retorik dan pembohongan.

  70. 70 Green Lady under the Big Tree Apr 2nd, 2008 at 2:19 pm

    azlina,

    ..anyway good attempt to write in english. keep on trying.

    Soal penglibatan anggota keluarga dalam parti dan peranan masing maisng perlu dilihat dengan memasukkan konteks sejarah. Bagaimana peristiwa terjadi sejak 1998 dan rentetan dari itu harus dinilai tanpa prasangka untuk memahami susur-galur.

    Peranan dalam perjuangan mestilah memakai kacamata merit. Tidak kira samada individu itu seorang sahaja yang terlibat atau saudara mara juga turut sama. Saya eja kembali M.E.R.I.T

    Kata orang, mana tumpah kuah, kalau tidak ke nasi. Ada yang tumpah sikit, ada yang tumpah banyak. Sila amati pertalian antara Hussein Onn / Hisham / atau Mahathir/Mukhriz atau Najib/Razak/Nazir/Altantuya atau beberapa bekas Menteri Besar dan anak mereka untuk memahami perkara ini.

    Nabi pun dan sahabat pun. Siapa Umar Al-Khattab ? Zaid ibn Harithah? Abu Bakar ? Imam Ali Abu Thalib? Mereka mempunyai pertalian keluarga dan diamanahkan peranan. Asalkan pemilihan bergantung pada merit dan kesesuaian strategi, ia tidak sepatutnya menjadi kebimbangan, asalkan matlamat penglibatannnya jelas.

    Yang perlu dibimbangi ialah mereka yang tidak berbuat apa-apa. Serta mereka yang tersemat budaya takut yang tebal, hingga nak baca Suara Keadilan di khalayak pun takut, apatah lagi menyatakn pendirian. Tidak kiralah samada mereka saudara-mara atau pun tidak.

    Kata seseorang dari benua India, lebih kurang begini, “what is killing me is not the oppression and cruelty of the current regime, but the ignorance of the masses in this country”

    Jangan disoalkan kenapa si polan terlibat. Ingat senang ke ? Perit tau.. Soal lah mereka yang tak buat apa-apa, yang buat taktahu. Tak terlibat. Daftar mengundi pun tidak. Hari-haro tengok TV, baca blog dan makan/tidur.

    How can you justify your existence ?

  71. 71 kamus Apr 3rd, 2008 at 5:43 pm

    Saya rindukan akan istilah2 baru semasa DSAI membentangkan Belanjawan. Antaranya ialah ‘nahdah’ yang diambil daripada bahasa Arab untuk membawa maksud ‘renaissance’ atau pembaharuan. ‘Prakarsa’ daripada bahasa Jawa untuk menggantikan perkataan ‘inisiatif’. ‘Kesalingan’ pula untuk terjemahan bagi perkataan ‘reciprocity’ yang bermaksud berbalas-balasan.

    Sekalipun perkataan-perkataan baru seperti yang diperkenalkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim itu akhirnya mendapat tempat di dalam kamus, generasi akan datang tidak akan tahu siapa yang mempopularkannya jika tiada usaha dilakukan untuk merakamkan asal-usulnya di dalam kamus. Ini kerana kebanyakan kamus Melayu di pasaran tidak menampilkan etimologi (asal-usul kata).

    Untuk apa bersusah-susah mengkaji asal-usul kata dan penciptanya? Jawapannya mudah. Untuk memelihara warisan bangsa. Saya pasti, bahasa Melayu akan lebih bermartabat jika ada usaha di kalangan ahli-ahli bahasa untuk merakamkan asal-usul setiap perkataan baru. Kita harus mulakan usaha ini daripada sekarang.

  72. 72 md zulkefli mustapah Apr 3rd, 2008 at 8:53 pm

    Assalamuaikum dan salam sejahtera buat semua.Syabas kepada semua yang berjuang demi kebaikan.

    Saya seorang aktivis dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini.

    Saya ada beberapa cadangan dan soalan untuk dato seri Anwar .

    1.PKR memperjuangkan keadilan,kesimbangan,dan ingin membentras rasuah,salah guna kuasa,penyelewangan kepada kroni.Bagaimana komitmen Dato seri dalam hal ini,kerana ada pihak mula mengemburkan cerita bahawa PKR sama juga dengan BN,dua kali lima,lima kali dua,sama jawapan=10.Pihak tertentu mengatakan bahwa tiada tindakan akan dibuat jika pencuri wang rakyat adalah penyokong kuat PKR.

    2.Bagaimana pula dengan DEB yang mana PKR telah mengumumkan menganti dengan Malaysia Economic Agenda,bagaimana dengan nasib peniaga bumiputra melayu,yang mana dato seri dah tahu,Melayu masih jauh ketinggalan dalam ekonomi dan perniagaan.Nak pinjam duit di Bank Pembangunan,bank pertanian,CGC,Tabung SEFF (dulu ada),Tabung TEKUN,banyak karenah birokrasi,kalau adapun,yang dapat surat dari YB sahaja yang mana Saudara/mara/sahabat terpilih sahaja.Bagaimana memperjuangkan Melayu.

    3.Saya adalah anak jati Labuan,dan jika Dato melawat di sini,banyak perkara yang dato boleh lihat sendiri.Projek besar hanya diperolehi oleh orang tertentu sahaja.Bagi kontraktor kelas F bumiputra,sampai ada yang gulung tikar,no project bertahun tahun,dan ada yang lesen kena revoke.Perjuangan rakyat golongan rendah dan sederhana seperi saya perlu di ambil perhatian.Pegawai yang korup (KURAP-gelaran saya) dari peringkat kedua dan peringkat perlaksanaan.

    4.Saya mencadangkan kepada kerajaan negeri PKR agar melaksana sistem tender terbuka secara telus,dan sistem award bagi kontraktor kecil adalah lebih adil.sebagai manusia memang kita susah 100% adil,tetapi kita boleh cuba jadi yang lebih adil untuk semua.Bagaimana dengan sistem pengagihan kekayaan negeri ? Hati gajah sama dilapah ,hati nyamuk sama dicecah…bagaimana ?

    5.Disini saya memohon kepada PKR yang mana adun dan ahli parlimen yang menang,harus mempamerkan perbelanjaan peruntukan khas bagi adun dan ahli parlimen di pejabat masing masing setiap tahun.Ini membolehkan rakyat meneliti perbelanjaan tersebut.

    6.Saya juga mencadangkan agar PKR mewujudkan BIRO PENGADUAN bagi membolehkan rakyat membuat aduan,agar mereka yang tertindas,teranyaya,rakyat terpinggir dapat pembelaan.Tanpa mengira bangsa,agama,ahli atau tidak.Segala penyelewangan harus dibongkar di Parlimen.

    Sekian dari saya,Md Zulkefli Mustapah,Peti surat 80378,87008 W.P.Labuan.

  73. 73 Roket Johor Apr 12th, 2008 at 11:27 pm

    MINTA DSAI BERI PENJELASAN MENGENAI SEORANG SAHABAT NI YANG ARTIKELNYA TERSIAR DI TRANUNGKITE NI ATAU KE BLOG BELIAU DI http://tawanpekan.blogspot.com/2008/04/begini-kah-caranya.html

  1. 1 Respons: Tasik Kenyir, IMF dan Waspada at Anwar Ibrahim Pingback on Apr 1st, 2008 at 11:00 am

Leave a Reply




Sumbangan Kempen Permatang Pauh

Galeri Flickr

Datuk Seri Anwar Ibrahim berlepas ke Indonesia Datuk Seri Anwar Ibrahim berlepas ke Indonesia Datuk Seri Anwar Ibrahim berlepas ke Indonesia Datuk Seri Anwar Ibrahim berlepas ke Indonesia     

Poster Kempen

Get the Flash Player to see the slideshow.

Dokumentari Perbicaraan 1998

Video Manifesto KeADILan

Sila klik sini untuk versi Bahasa Inggeris, Cina dan Tamil

Ceramah DSAI di Bandar Tun Razak

Pakatan Rakyat to Putrajaya

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners