28
Mar
08

Keluarga tahanan ISA

Tiga malam lalu saya sempat menemui isteri dan anak-anak tahanan ISA, menanyakan khabar dan memberikan jaminan sepertimana yang tertera dalam kenyataan Azizah tempoh hari iaitu di antara usul utama yang akan dibentangkan oleh beliau dalam sidang Parlimen nanti adalah tuntutan membebaskan semua tahanan ISA tanpa syarat.

Saya hargai inisiatif Dato Ravindran yang menhimpunkan keluarga 5 pemimpin Hindraf yang ditahan di Kemunting.

ANWAR IBRAHIM


41 Responses to “Keluarga tahanan ISA”


  1. 1 ANTI PENIPU Mar 28th, 2008 at 2:36 am

    Harap segala usaha kita di rahmati,Dato seri,saya ingin menarik perhatian sebentar bahawa di kedah ini ada masalah yang semakin timbul,harap dato seri ambil sedikit perhatian atau memaklumkan kepada keadilan negeri kedah,iaitu adanya lantikan pembantu kwsan oleh ADUN tidak standart dengan ciri2 pemangku ADUN ketika ADUN ke luar kawasan,yang mengejutkan orang yang di amanahkan itu mempunyai masalah sosial,tiada tokoh sebagai PA dan juga terkenal dengan kaki kencing(penipu) dan paling menyedihkan PA tersebut memiliki rekod jenayah yang boleh di buktikan,segala usha untuk memajukan parti amat di alu2kan oleh rakyat.Jangan kerana nila setitik habis susu satu belanga.

  2. 2 Malayasia untuk Malaysian Mar 28th, 2008 at 3:53 am

    DSAI,
    Tadi saya ada pergi ke balai polis SP untuk membuat laporan polis kerana isteri saya dan anak perempuan saya menerima sms ugutan dan gangguan seksual. Tetapi pegawai penyiasatan memberi saya pelbagai masalah agar saya tidak membuat laporan polis. Walau bagaimanapun, saya tegas dan ingin juga membuat laporan polis walaupun pegawai itu kata susah untuk menyiasatnya. Kemudiannya saya disuruh pula ke satu lagi balai di pekan untuk mencari sargen. Apabila sampai di sana barulah saya tahu bahawa kes saya dirujuk sebagai kes civil sahaja.

    Saya menulis kepada DSAI adalah supaya DSAI PM nanti boleh memperbetulkan sistem keamanan negara dan memberi perhatian yang lebih terperinci terhadap etika kerja polis agar kita sebagai rakyat boleh rasa terjamin.

    Sementara itu, saya juga berharap ada di antara rakan-rakan kita yang bekerja di Maxis boleh menolong saya menyiasat no. HP ini 0175682738 ( Kalau tak salah saya, no phone ini tiada maklumat, Tapi kenapa tak register masih bleh pakai? )

    Pada masa yang sama, saya turut mengambil peluang ini meminta kepada pihak DSAI dan wakil rakyat BR dapat membentangkan isu kad prepaid yang tanpa maklumat lanjut harus dipotong talian terus agar penjenayah tidak lagi mengambil kesempatan.

    Sekian Terima kasih !Diharap Malaysia akan ke jenayah sifar

  3. 3 Overseas student Mar 28th, 2008 at 9:26 am

    We always support you Datuk Seri.
    Keep up a good work. - Pelajar-pelajar di Perantauan

  4. 4 aminasri Mar 28th, 2008 at 9:36 am

    Salam DSAI..

    Semoga usaha membela rakyat akan berterusan. Persoalan yang timbul dibenak saya, apakah peranan Raja-raja dalam soal tahanan ISA ini, adakah pihak K’rajaan perlu memaklumkan kepada Seri Paduka apakah kesalahan, relevansi dan tanggungjawap ke atas keluarga tahanan ISA. Saya kira usaha perlu digerakkan agar Kedaulatan Tuanku dalam menjaga rakyat jelata, khususnya yang teraniaya atau dianiayai dapat dijelmakan.

    Satu hal lagi, saya juga kecewa dan terasa sangat2 bahawa Kedaulatan Yang Dipetuan Agong telah dipermain2kan oleh pihak SPR dan Kerajaan BN, apabila ramai anggota tentera telah dimanipulasi dalam pilihanraya 12, sedangkan Seri Paduka adalah ketua tertinggi di dalam angkatan tentera. Bukan sahaja senarai nama tentera yang mengundi pos di beberapa tempat yang didaftarkan di dalam daftar pemilih SPR ( contoh2 telah diposkan oleh sahabat2 sbelum ini), tetapi hak mengundi telah diragut oleh pihak atasan. Ramai juga anggota tentera yang telah berhenti pun masih kedapatan nama mereka di dalam daftar pemilih, sedangkan pada masa yang sama mereka juga keluar mengundi dengan menggunakan IC biasa.

    Justeru itu, saya mencadangkan, Ketua Pembangkang, membuat satu surat makluman kepada Seri Paduka baginda Yang Dipertuan Agong bagi memberi butiran penyalahgunaan yang meluas di kalangan anggota tentera yang dibawah naungan tuanku oleh phak SPR dan BN. Surat tersebut juga perlu mencadangkan agar satu Suruhanjaya Ditubuhkan bagi menyiasat penyalahgunaan, manipulasi dan penderhakaan ke atas Duli Tuanku. Saya kira butiran contoh2 yang telah dikirimkan sebelum ini sudah cukup untuk membuktikan perkara-perkara tersebut telah berlaku dengan jelas. Siasat perlu disahkan kearah bagaimana data2 tentera yang sama boleh terdapat di beberapa tempat undi pos, siapakan yang bertanggungjawap melakukannya, siapakah yang mengarahkannya dan juga jika berlaku pengundian berganda- siapa pula yang melaksanakannya dan sekali lagi siapakah yang mengarahkannya? Semoga rakyat Malaysia akan tahu muslihat ini dengan jelas.

    Semoga semua pemimpin rakyat dapat bertindak dengan sebaik mungkin untuk rakyat dan negara.

  5. 5 eddieputra Mar 28th, 2008 at 9:44 am

    salam perjuangan…

    teruskan perjuangan membela hak rakyat,kami disini sudah cukup menderita. semoga dengan tercetusnya gelombang kebangkitan perubahan membawa sinar baru kepada kami.

    jalankanlah mandat ini dengan penuh rasa tanggungjawab, selamatkan kami dari penderitaan.

    ANDA MAMPU MENGUBAHNYA!

  6. 6 yrf Mar 28th, 2008 at 10:17 am

    saya menyokong kenyataan Dato’ untuk membebaskan tahanan Hindraf di ISA!!

    Bilakah Dato’ akan datang ke Bumi Kenyalang?saya sangat berhajat untuk bertemu dengan Dato’ & mahu bersama-² mengikuti kempen bagi mengubah nasib rakyat Sarawak ke arah demokrasi & menguatkan semangat ‘makkal sakti’ seperti yg ditunjukkan oleh rakan-² Semenanjung dengan kemenangan parti Dato’ pada PRU-12 baru-² ini…

  7. 7 edyesdotcom Mar 28th, 2008 at 10:37 am

    tak dapat saya bayangkan kalau perkara yang sama berlaku ke atas saya… bagaimana agaknya keadaan anak dan isteri saya…. dan semua itu telah dilalui oleh Dato’ Seri sendiri…

    Dato’ Seri,

    usahamu ditagih. saya percaya ramai yang sedia berkhidmat untuk Dato’ Seri dalam apa jua keadaan dan ramai juga yang sedia untuk ditahan demi menegakkan kebenaran!!
    sesungguhnya ALLAH itu lebih berkuasa dan menyebelahi kebenaran!!!

  8. 8 jakchemor Mar 28th, 2008 at 10:46 am

    A’kom Dato Seri,
    Saya sangat berharap agar isu tahanan isa ini diperdebatkan di parlimen nanti. Kasihan kpd keluarga mangsa yg terseksa jiwa dan raga mereka apabila salah seorang dari org tersayang meringkuk di kem tahanan kemunting. Bebaskanlah mereka dan selamatkanlah rakyat daripada undang-undang rimba ciptaan bn !!!
    Juga saya mencadangkan disini agar kerajaan BR yg memerintah 4 negeri baru ini mengorak langkah menyiasat apa saja isu yg ada unsur rasuah tinggalan pimpinan terdahulu dan sumbatkan mereka kepenjara sebagai mana yg telah mereka lakukan pada dato seri.
    Jika mereka berani buat…mereka kena berani menanggungnya !!!!

  9. 9 Vicky Mar 28th, 2008 at 11:22 am

    DSAI,

    I really hope that you will lead us and be the PM of Malaysia. Our country need a leader like you.

  10. 10 macanhitam Mar 28th, 2008 at 11:46 am

    DSAI,
    Sebelum pilihanraya semasa membuat roadshow ceramah2 Dato seri dimerata tempat, Dato seri ada menyatakan bahawa tahanan Hindraf berlima (H5) ini akan dibebaskan serta-merta sekiranya BR dapat membentuk kerajaan. Saya faham yang kenyataan tersebut tidak dapat dipenuhi kerana BR masih gagal membentuk kerajaan persekutuan akan tetapi saya amat berharap agar ‘janji’ tersebut masih diteruskan dengan usaha sepertimana usaha YB karpal & LKS memberikan tekanan kepada Syed Hamid Albar yang kini menteri dalam negeri supaya melepaskan H5 serta-merta tanpa syarat. kemusykilan saya ialah - dimana wakil PKR yang bersama-sama melaungkan seruan melepaskan H5 sekarang? Saya harap mereka tidak terlupa selepas menang PRU. (Maafkan saya sekiranya ada, mungkin saya terlepas pandang!)

    Walau bagaimanapun, saya berharap, kerajaan akan tunduk kepada tekanan kelak lantas membebaskan mereka.

    Ada satu kemusykilan lagi yg ingin saya utarakan kepada Dato seri - Sekiranya dato seri berjaya memansuhkan ISA, bagaimana tahanan yang lain akan diadili? Saya percaya ada yang benar-benar tidak bersalah dan mungkin ada sebahagian lagi yang sememangnya bersalah (i.e. tahanan JI/extremis agama). Oleh itu, sekiranya mereka di’bebaskan’, ia perlulah melalui suatu jenis saringan yang menyeluruh supaya mereka yang benar-benar tidak bersalah, akan dibebaskan tanpa syarat dan yang lainnya akan diadili melalui saluran mahkamah. Saya rasa, sekiranya pemansuhan ISA benar-benar berlaku, kita harus bersedia dengan kemungkinan penyangak yang sebenar di tahanan akan meneruskan usaha untuk mengkucar-kacirkan negara ini sekiranya mereka dibebaskan tanpa melalui saringan dan saluran mahkamah yang betul.

    Saya setuju akan pemansuhan ISA kerana saya percaya setiap individu berhak untuk diadili dengan telus dan berhak memilih kuasa guaman mereka, tetapi saya agak ragu2 bagaimana pemansuhan itu dapat membezakan penjenayah sebenar dan bukan, dan saya berharap di masa-masa yang akan datang sekiranya BR berjaya membentuk kerajaan kelak (atau dapat menundukkan kerajaan persekutuan untuk menyokong pemansuhan ini), perkara ini harus benar-benar dihalusi supaya ia tidak mengundang implikasi besar kepada keamanan negara ini dan memberi peluang kepada mereka yang berniat jahat menggunakan kelemahan ini untuk agenda jahat mereka.

    Salam ceria.

  11. 11 neutral Mar 28th, 2008 at 3:40 pm

    Sekiranya tahanan Hindraf dibebaskan, apa jaminan yang boleh diberikan bahawa mereka tidak akan mengadakan perhimpunan haram lagi dan merosakkan harta benda awam?

    Apa lagi tuntutan mereka selepas ini? Hindraf pergerakan yg berunsurkan kaum dan agama. Sekiranya dibebaskan, secara tak langsung kerajaan tunduk kepada mereka. Isu kaum dan agama adalah amat sensitif di Malaysia. Lebih baik diorg duk dendiam dalam tu.

  12. 12 dragonfly Mar 28th, 2008 at 4:03 pm

    DSAI

    Please do your best to encourage everyone that win do a good job. Malaysia cannot afford to go backwards. For I voted for a hope that Malaysia will be safe & happy country to live in together, willingly, not because we have to !

    Good luck

  13. 13 Cucu Tok Bachok Mar 28th, 2008 at 4:04 pm

    Assalamualaikum Dato Seri, Di sini saya mempunyai pelbagai soalan yang ingin dikemukakan memandang Dato Seri merupakan pemimpin tertinggi Barisan Alternatif. Soalan saya berkait rapat dengan kerajaan Kelantan pada hari ini. Soalan ini sepatutnya dijawab oleh Menteri Besar Kelantan tapi saya tidak tahu bagaimana hendak mengemukakan soalan ini kepada beliau. Harapan saya juga agarsoalan dapat dijawab oleh pimpinan tertinggi PAS.

    1. Setelah memerintah Kelantan hampir 18 tahun lamanya, mengapakah hukum hudud masih tidak dilaksanakan di bumi Kelantan. Hari ini masyarakat Kelantan agak gelisah kerana kejadian pecah rumah semakin menjadi-jadi sehingga pejabat EXCO negeri Kelantan telah berapa kali dipcah masuk.

    2. Mengapakah setelah memerintah Kelantan 18 tahun lamanya, kerajaan negeri pimpinan hari masih menggunakan pakai enakmen yang dilulus dizaman pemerintahan Dato’ Mohamad yaakub Bekas menteri besar kelantan. Saya pernah mengikuti ceramah PAS di mana penceramahnya ada mengatakan duit denda yang dikenakan atas kesalahan yang terdapat dalam hukum hudud adalah haram.

    3. Mengapakah sehingga kini kerajaan negeri tidak berbuat sesuatu untuk meningkat ekonomi kaum petani. Sebagai contoh di Bachok yang ada hanya hasil tembakau sahaja.Tidak usaha yang jelas bagaimana untuk membantu kaum petani di bachok adaikata tembakau tidak lagi ditanam sebagaimana yang diwar-warkan sebelum ini.

    4. Pimpin Negeri ( Exco dan Wakil rakyat ) mengata kepada rakyat kerajan Kelantan tidak mempunyai banyak wang kerana telah disekat. Soalan saya mengapakah pemimpim-pemimpin hidup dalam keadaan mewah dengan mempunyai kereta mercedes dan sebagainya. Ramai lagi rakyat kelantan hidup dalam keadaa daif jangan pula mereka menayang kereta mewah dihadapan rakyat.

    5. Mengapakah kebanyakkan masjid-masjid di Kelantan dalam keadaan daif tapi di masa yang sama PAS membangun begitu gah pusat-pusat tarbiyyah mengalahkan masjid.

    6. Mengapakah Sekolah -Sekolah agama rakyat juga dalam daif seolah-olah tidak ada pembelaan.

    7. Mengapakah kerajaan PAS tidak berusaha untuk membawa pelabur-pelabur asing membuka kilang-kilang di kelantan. kalau hari ini kita lihat di kawasan perindustrian di Pengkalan Chepa seolah-olah hidup segan mati tak mau.

    8. Apakah kaedah PAS untuk megatasi masalah gejala sosial di kalangan belia-belai yang teruk dewasa ini dengan masalah mat rempit, gejala seks luar nikah dan sebagainya.

    9. Mengapakah bandaraya Islam Kota Bharu sejak akhir-akhir ini pembangunannya dikuasai oleh orang-orang bukan islam. Kalau dulu orang-orang Islam dapat berniaga dengan selesa di hadapan Hospital Universiti USM, Jalan Hamzah, Padang Bas tapi kini kawasan mereka telah dimiliki oleh bukan Islam

    10. Mengapakah tanah-tanah di Kelantan yang sepatutnya diangerahkan kepada rakyat muskin tapi bertukar kepada projek Di raja.

    11. Mengapakah penerokaan Tanah Di Loging tdak dikawal.

  14. 14 s.kumar'G Mar 28th, 2008 at 4:51 pm

    Thank you Dato Seri, God has given you a good heart…please help to release Hindraf leaders in Kemunting. God Bless, Makkal shakti

  15. 15 drabdulwahid Mar 28th, 2008 at 8:03 pm

    neutral

    klau salah pergila dakwa kat mahkamah.

    knapa xnak bawa ke mahkamah?

    mcm mana neutral tahu indraf betul atau salah di sisi undang2? xbawa bicara pon lagi?

  16. 16 Elias Hj Idris Mar 28th, 2008 at 9:26 pm

    Cucu Tok Bachok ni ibarat orang yang ada mata, tetapi matanya mata ikan kering. Dia punya telinga, tetapi telinganya jenis telinga kuali.

    Gaya soalannya, merapu dan dalam komen terdahulu, saya katakan dia ni seorang pesakit ‘down sindrom’ yang teringin nyanyi lagu Siti Nurhaliza.

    Jadi, DSAI tak payah la dok layan.

  17. 17 Elias Hj Idris Mar 28th, 2008 at 10:08 pm

    Sdra Anwar,

    Bila disebut ISA, rata-rata orang akan nampak pemimpin hindraf yang ditahan. Kita tidak nafikan.

    Bagaimana dengan ‘kawan’ saya yang telah 6 tahun ditahan ISA semata-mata kerana kehadirannya di Maluku ketika ketegangan dahulu. Dia ke sana pun kerana membantu orang Islam kampung yang menjadi mangsa penyembelihan dan tidak ada pembelaan. Dia merawat mereka yang luka.

    Salahnya, kerana di pasportnya ada cop dia ke sana.

    (Nota: Seorang lagi kawan saya yang lain, direman 58 hari atas hal yang sama. Bila dibebaskan, dia jadi macam orang bingong. Kelakarnya, di borang geledah polis tertulis barang yang diambil; 2 pas keselamatan PAS, 1 kotak label jihad fi sabilillah, 1 buku wasiat jihad, 8 keping gambar, 1 pasport, bil telefon teman saya yang di atas tadi dan risalah terjemahan.)

    Pada malamnya, KPN Norian Mai umumkan di tv bahawa polis telah menemui molotov cocktail, mesingan serta peluru lebih 100 butir dll dalam reban ayam di belakang rumah beliau!).

    Para pengunjung bolehlah takrifkan sendiri….

    Kemudian teman saya di atas tadi dikaitkan dengan kes rompakan Southern Bank (yang motifnya diragui) kerana seorang daripada tertuduh kes tersebut adalah kenalan beliau.

    Hasilnya, isteri beliau terpaksa pulang ke Lambor bersama lima orang anak. Ibu mertuanya, seorang ustazah sambilan yang menyara mereka dan hidup pun tertekan sebab pandangan serong masyarakat. Ustazah itu berhenti kerja kemudiannya sebab UMNO di sana tak mau terlibat dengan orang ISA.

    Keluarga ini masih menderita hingga kini. Setakat yang saya tahu mereka hanya menjual kuih untuk sara hidup.

    Untuk makluman ramai, sampai kini saya masih dan hanya yakin bahawa teman saya itu hanya menjadi mangsa keadaan. Dia seorang yang baik. Cuma rejim yang ada ini mahu tunjukkan kepada dunia bahawa kita ada golongan militan; Dan kerajaan berjaya tangani masalah militan dengan jaya sekali!

    Seterusnya, mereka ini adalah penggiat PAS yang gigih. Itu saja.

  18. 18 Peminat setia DSAI Mar 28th, 2008 at 10:37 pm

    Salam DSAI,

    Saya bangga dengan adanya pemimpin seperti Dato’. Maaf kerana baru sekarang berpeluang ke Blog Dato’. Walau bagaimanapun saya sentiasa berdoa agar Dato’ berjaya membela nasib rakyat Malaysia dan umat islam disini. Terima kasih .

  19. 19 keris ucop Mar 28th, 2008 at 11:36 pm

    Bebaskan pimpinan Hindraf dari Isa…sumbat pulak geng2 datok rashid dan kontaktor yg buat demo dI komtar tempoh hari. BIAR DIA RASA

  20. 20 Bukan Lagi Kenalan Izzah Mar 28th, 2008 at 11:46 pm

    kepada “neutral” dan DSAI,

    pada pendapat saya, semua masalah ada penyelesaiannya. cara untuk mencapai penyelesaian itulah yang akan menentukan sama ada rakyat akan terus marah dgn pemerintah atau tidak. apa salahnya berbincang dgn pemimpin2 HINDRAF untuk memahami masalah mereka, menegur secara berperikemanusiaan jika ada yang perlu ditegur, serta bekerjasama utk kebaikan semua pihak?

    yang menjadi masalah adalah apabila pemimpin hanya mendengar “inner circle” mereka serta terlalu angkuh tak mahu berbincang masalah secara berhemah. itu yang menyebabkan orang boleh naik marah dan mengamuk. saya rasa, pak lah adalah seorang yang berhati baik dan tak sekasar tun mahathir, sebab itu rakyat memberikannya kemenangan besar dalam PRU2004. tapi bila dia terlalu terbawa2 dgn hasutan2 para penasihatnya dan bila dia tiba2 nak main kasar dan angkuh macam tun mahathir, di situlah dia tersilap.

    kita berdoa agar DSAI tak akan mengikut jejak tun mahathir atau pak lah. DSAI perlu tegas kepada golongan yang sepatutnya, iaitu golongan yang corrupted. DSAI juga perlu mendengar pandangan orang kebanyakan, dan tak semestinya di kalangan “inner circle” DSAI semata-mata. insyaAllah DSAI akan terus disokong.

  21. 21 For a better Malaysia Mar 29th, 2008 at 2:59 am

    Badawi,

    Abolish the ISA now!

  22. 22 Ibn Qadir Mar 29th, 2008 at 3:19 am

    salam kebangkitan buat dato’ seri…

    Terlebih dahulu saya kira tidak lewat untuk mengucapkan tahniah diatas kemenangan Barisan rakyat yang cukup “mengejutkan” pada pilihanraya dahulu. Akhirnya berkat kesabaran dan doa rakyat telah terbalas jua..Semoga gabungan pakatan barisan rakyat akan terus menggegar pada pilihanraya yang mendatang.. Insyaallah..

    Untuk pengetahuan Dato’ Seri, saya adalah seorang mahasiswa yang masih lagi menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi awam di Selangor. Saya juga menyifatkan diri saya sebagai seorang aktivis mahasiswa yang menuntut Akta Universiti dan Kolej Universiti 1970 dimansuhkan serta merta kerana padahnya yang semakin menjahanamkan daya saing dan kreadibiliti produk-produk yang dilahirkan oleh universiti tempatan hari ini. Pada pendapat saya, amatlah wajar, AUKU di hapuskan dan segala bentuk usaha untuk mempertahankan akta tersebut harus ditentang..

    Namun saya mempunyai beberapa kemusykilan mengenainya yang saya kira harus saya suarakannya kepada Dato’ seri sendiri :

    1. Apakah pendirian kerajaan Barisan Rakyat mengenai isu AUKU sekiranya berjaya membentuk kerajaan persekutuan pada pilihanraya mendatang?

    2. Apakah pandangan peribadi Dato’ Seri mengenai AUKU?

    3. Persoalan yang terakhir, apakah reaksi Dato’ Seri berkenaan dengan AUKU ketika berkhidmat menjadi menteri kabinet ?

    saya memohon maaf sekiranya terdapat salah silap atau terkasar bahasa andainya terdapat kata-kata diatas telah menyinggung perasaan Dato’ seri.. Harapnya Dato’ seri dapat memberi penjelasan mengenai isu-isu diatas. Saya percaya, Dato’ Seri lebih arif dengan gerakan perjuangan mahasiswa memandangkan Dato’ Seri sendiri adalah bekas pemimpin gerakan mahasiswa terkemuka di akhir 60an lalu…

    Tahniah sekali lagi buat Dato’ seri,

    Ibn Qadir

  23. 23 Putri Reen Mar 29th, 2008 at 8:29 am

    Assalamu Alaikum,

    According to the religion of ISLAM, ACCUSING someone without any evidence or any eye witness – it’s a SIN. Sentencing someone or Putting someone in Prison without a trail - is a Great SIN. This is true teaching of ISLAM.

    APA PUNYA ISLAM HADARI DA.? NO RULE OF LAW AT ALL.!!

    ** MAKKAL SAKTI **

    Putri Reen
    Malaysian.

  24. 24 Putri Reen Mar 29th, 2008 at 8:54 am

    Assalamu Alaikum,

    Hadith Nabi (saw):- (1)- LOVE & KIND TO YOUR NEIGHBOUR. (all the hadith books). Saudara Saudari yang saya hormati, di sini Nabi (saw) TIDAK sebut isu kaum atau agama. Jangan lah kita sentuh isu KAUM lagi. Thats a very sensitive subject to talk.

    We got to RESPECT & HELP each other.

    Putri Reen.
    Malaysian.

  25. 25 neutral Mar 29th, 2008 at 10:27 am

    DSAI,

    Another issue. I live in Ampang, same neighbourhood with Azmin Ali. Yang saya tak puas hati sini, where is the MP for Lembah Jaya? Tunjuk muka pun takde kat sini since she won the election. Zuraida Kamaruddin right? There are many issues surrounding this area. Just because this area is considered elite, doesn’t mean that she doesn’t have to come. We have the KDE , the Dewan Orang Ramai, so she can come for a sesi-ramah mesra. Ni takde. Tah ke mana.

    So, Dato Seri, kindly advice your people to at least come. Having jamuan makan for the rakyat to show PKR’s appreciation is not good enough. Takkan if ada pengundi hantu, ada calon hantu ? This is unacceptable.

  26. 26 monsterball Mar 29th, 2008 at 10:46 am

    Not one day….have Anwar disappointed the Malaysians.
    May he enjoy good health.
    Opposition was so close to manage the whole country…..and if you leave out East Malaysia…..UMNO is finished.
    But..by winning 51% of the votes….and showing 63% good results….leave it to UMNO smart cunning formulas.
    It only mean Anwar has to work harder..to get the 5 from ISA released. UMNO is famous to go against Anwar or Malaysians wishes…without realizing they are like farmers….renting our plot of lands..and we are their landlords.
    These farmers sowed what they reaped for 50 years….useless no quality products……..still never learn.
    Now they grouped together ..like gangsters…buying up lawyers and policemen…trying to frighten the Landlords….stealing our lands away.
    5 have fought them. They are our heroes. We won.
    Anwar is grateful…so are we.

  27. 27 thaqif Mar 29th, 2008 at 11:57 am

    DS,

    Bukankah Keadilan telah pun mengeluarkan manifesto nya yg cukup bagus dlm pilihanraya yg lalu?.Tapi,mungkinkah TS Khalid yg sekarang MB Selangor sendiri tidak memahami manifesto tersebut atau tidak sedar akan wujud nya menifesto tersebut,sehingga beliau terbawa-bawa slogan ’skuater sifar’yg menjadi objektif kerajaan BN selangor yg telah di jatuhkan?.Janganlah TS Khalid terlalu ghairah di wawancara sehingga lupa diri dan matlamat parti.Mungkin beliau mempunyai maksud yg baik tapi jangan lah sampai mengguna pakai istilah ’skuater sifar’yg cukup di benci berkaitan dgn kerajaan yg lalu.Diharap TS Khalid laksanakan saja kerja dgn bagus,makmurkan rakyat dan kerajaan negeri,jangan terlalu banyak bercakap yg bukan-bukan.Bina lah perumahan yg sesuai dan selesa utk semua rakyat tanpa mengira kaum,dan semua masaalah skuter akan beransur-ansur selesai dgn sendirinya.Kita tak memerlukan publisiti murah seperti kerajaan yg lalu,apa yg kita perlukan bukti bahawa kerjaan sekaran(BR) cekap memerentah.Maaf kerana saya meluah kah ini didalam blog DS.

  28. 28 cokelat Mar 29th, 2008 at 12:01 pm

    Dato’ Seri dan Nurul Izzah…

    Minta Kak N dan Dato’ Salleh berbudi bahasa dengan orang tempatan di Lembah Pantai yang miskin, berjuang dan bekerja siang dan malam demi kemenangan PKR.

    Perpaduan orang tempatan dipecah belahkan. Gantilah mereka dengan yang bersopan, tidak sombong dan berbudi bahasa.

    Rekod berdua di Wilayah ini sejak dulu… sekadar kosmetik.

    Masih belum terlambat lagi untuk merapatkan lagi perpaduan. Nurul Izzah mesti bijaksana. Bahasa badan pun kita boleh kenal karektor seseorang.

  29. 29 Cucu Tok bachok Mar 29th, 2008 at 10:45 pm

    Buat saudara Elias Hj. Idris, Saudara boleh kata apa yang saudara suka. Sepatutnya saudara datang ke Kelantan dan meninjau sendiri.Saya cadangdan saudara melawat masjid, sekolah agama rakyat, meninjau pembangunan hebat yang dikuasai bukan islam di Kelantan pastinya terjumpa perkataan SBJ, kawasan perindustrian di Pengkalan Chepa, dan reaksi anak-anak muda petang Jumaat di Kawasan Kota Bharu dan Pengkalan Chepa. Apa yang katakan adalah kebenaran, saya sayang perjuangan islam tapi bukan sahaja sekadar dibibir sahaja.

  30. 30 neutral Mar 29th, 2008 at 10:48 pm

    nak wat street demo. tak salah. negara ada ni ada undang-undang.
    nak jadi macam filipina? indonesia? keganasan merata-rata because of street demo.

    tapi kalau dah rosakkan harta benda awam, dah pecahkan kepala orang dengan helmet, kayu etc. boleh diterima lagi?

    damages = tax payers money. or maybe yang sokong tu boleh tolong bayarkan. berapa diorg nak tuntut ? RM1 juta sorang kan? Ha bayar lah.

    I respect other races. I respect kebebasan beragama. But when it comes to the minority, tuntut hak berlebih lebih, mengalahkan orang Islam Melayu, tak boleh terima.

    Not being a total racist but when it comes to maruah agama dan bangsa sendiri, mesti dipertahankan.

    bebaskan lah the 5! you guys read the memo right? PAS sendiri cakap tindakan hindraf melampau and yet PKR sokong?

    orang Melayu banyak lagi kena tindas, ada tak yang buat Malay Action Right Movement? takde.

    “Compensation at RM10 Million per temple be paid by the UMNO controlled Malaysian Government for the 15,000 Hindu temples demolished up to date over the last 50 years.”

    Surau kena roboh, ada orang Melayu gi ngamuk? Regardless orang from UMNO or PAS or PKR? No. Diam je.

    Tahniah lah kat penyokong Hindraf..your leaders will be released soon. More street demos, more damages, more compensation.

  31. 31 wark Mar 30th, 2008 at 10:30 am

    assalammualaikum,

    Nurul Izzah? suara ape yang anda akan ketengahkan, idea ape yang anda akan jana, polisi ape yang anda rase perlu pembaharuan dan suntikan idea…………..

    saya harap Nurul Izah menang bukan kerana DSAI, saya mengharapkan sesuatu yang unik, kerana diketahui PURE POLITICIAN need time to mature……..

    dan mungkin lain kali DSAI dapat memikirkannya, jgn terlalu ramai calon yang terlalu muda (baru habis blaja) telah disogok kepada pengundi sedangkan mereka ini tidak tahu ape yang perlu dibahaskan di PArlimen………………sebb itu la DAP telah melahirkan beberapa MPS yang pada pandangan saya ‘bodoh’………tetapi ada beberapa MPs dari PAS yang saya fikir berkarisma kerana terdahulu PKR hanya ada 1 MP…………mungkin boleh bincang isu yang perlu dan penting…

    berkaitan dengan ISA,,,,,,,,,,,,ianya perlu,,,,tetapi jika betul ada yang tidak kena melaluinya…..boleh la bawa ke mahkamah, mungkin tahanan tersebut boleh dapat durian runtuh 2 3 juta seorang…………

    kalau dilihat dari tahanan yang baru - baru ini,,,,,,mungkin gile jika DSAI kata tak perlu……………..ada ke DSAI tgk orang MElayu bunuh orang India (ethnic cleansing)…………mcm bodoh jer alasan yang diberi……………………………………sedangkan kalau pegi hospital kerajaan pon ramai doktor berbangsa india……..

    fikir mana yang patut………………yang perlu…..DSAI seorang pemimpin yang hebat………..tahu mane yang perlu disokong dan dibantah…………………bukan hanya menggunakan tiket opposition dan menghentam semua benda yang kerajaan cadang atau sediada………………..

    yang perlu bantah…perlu la bantah……….yang tak perlu………..tak perlu la………..kepentingan rakyat perlu dilihat dan bukan hanya ahli PKR atau opposition…………………..

    isu PKFZ terlu didebat secara berkhemah oleh DAP mahupun PKR, beritahu ape yang patut,,, RM 25 tu termasuk infrastruktur dan sebagainya……….perlu diperbahas dan jgn ulang ulang perkara yang sama seperti LIM KIT SIANG…………………..kadang kadang menyampah bile tgk die berucap……………………semua nak dibangkang,,,,time naik gaji utk MPS tak pulak?? ;P

    selamat maju jaya………..buat perubahan seadanya

    wark

  32. 32 Elias Hj Idris Mar 30th, 2008 at 3:53 pm

    Cucu Tok Bachok,

    Saya adalah guru terlatih yang mengajar anak Kelantan di SMK Seri Gunung, dekat Jelawat pada tahun 1973. Saya guru kelas 3C, kerana orang Kelantan sendiri tidak sudi mengajar mereka disebabkan degil, kaki gaduh dan tidak tahu menulis (dah di tingkatan tiga tau!).

    Saya ajar mereka kesemua mata pelajaran; bermula daripada ‘a-z’. Mana yang miskin dari entah mana-mana ceruk, saya belikan buku teksnya. (Nota: Budak bodoh, sekolah tak beri buku pinjaman tau; akut hancur boncai!) Saya anjurkan kegiatan ko-kurikulum dan pertanian. Saya ajar mereka sukan juga.

    Alhamdulillah, dalam peperiksaan SRP, mereka yang ditakrifkan sebagai ‘kayu api’ itu, 13 orang daripadanya berjaya memperoleh gred A. 22 orang dapat naik ke tingkatan empat.

    Dan anak murid yang masih saya ingat ialah Mek Som dan yang paling daif, Satariah.

    Sdra ni mungkin terlalu ideal atau masih terlalu mentah dalam titik-bengik kehidupan.

    Kafirin Quraisy Mekah itu adalah dari kalangan anggota keluarga Rasulullah sendiri. Kenapa Abu Jahal itu terus munkar dan Abdul Mutalib terus tidak beriman hingga ke akhir hayatnya?

    Apa yang nak dihairankan dengan anak muda seperti yang sdra katakan itu? Takkan Tuan Guru Nik Aziz, mesti kepung mereka dan pergi nasihat seorang demi seorang bawa rotan!

    Sdra,

    Kita boleh membawa kuda itu ke air, tetapi kita tidak dapat memaksanya untuk minum!

    Mesjid, setahu saya memang begitu sifatnya kalau di Kelantan. Kariah sendiri yang selesa begitu sebab kita tidak perlukan keindahan, tetapi memakmurkannya itu yang penting. Ini bukan cara UMNO.

    Maaf la, saya pun bukannya pandai sangat….

  33. 33 neutral Mar 30th, 2008 at 4:18 pm

    yang perlu dikekalkan utk keamanan MALAYSIA, kekalkan.
    read the between the lines.
    all the best to the new MP.

    *tunggu zuraida kamaruddin melawat kawasan saya*

  34. 34 ravin727 Apr 2nd, 2008 at 9:50 pm

    To neutral,

    Compensation at RM10 Million per temple be paid by the UMNO controlled Malaysian Government for the 15,000 Hindu temples demolished up to date over the last 50 years.” is a wrong statement. The actual compensation is RM10,000 per temple.

  35. 35 Reformist dari Sabah Apr 3rd, 2008 at 8:44 am

    Khas untuk —> Cucu Tok bachok

    Saya dari Sabah..

    Sabah merupakan negeri “TERMISKIN” di MALAYSIA…

    UMNO masuk SABAH pada Tahun 1994…

    UMNO masuk SABAH membawa slogan “SABAH BARU” ..

    Dalam “SABAH BARU” dijanjikan menjelang tahun 2000, kadar kemiskinan akan mencapai “0%”

    Sekarang Tahun 2008, kadar kemiskinan 24. % , dan Sabah masih diisytiharkan negeri “TERMISKIN” di MALAYSIA …

    Saya org Islam (dari Sabah), mengapa pemimpin-pemimpin Islam di Semenanjung “menidakkan” Hak dan gagal menunaikan “janji-janji” kpd rakyat Sabah..

    Harus diingat Sabah tidak masuk ke Malaysia .. tetapi Allahyarham Tunku Abdul Rahman yg jemput Rakyat Sabah masuk Malaysia..

    “Mungkin” kalau Sabah tidak masuk Malaysia sehingga ke hari ini.. Sabah akan menjadi kuasa besar di negara Asean ini … mengapa? Sebab hasil kayu balak dan minyak/gas dan terkini minyak sawit …

    Apalah yg ada di Semenanjung (selain negeri Sarawak dan Terengganu)? Kerajaan Persekutuan hanya tahu “memeras” hasil-hasil negeri seperti Sabah dan Terengganu ..

    Dimana “Keadilan” yg dituntut dalam Al Quran dan Hadis .. yg UMNO perjuangkan utk Rakyat di Negeri Sabah sejak tahun 1994 tanpa mengira agama Islam, Kristian, Budhha dan lain-lain lagi..

    Cakap dan hujah bukan main lagi… “berbuih-buih” macam hebat sangat .. tapi hasil/sumbangan? Sekadar melepas batuk di tangga..

    Sedarlah wahai puak-puak UMNO … pemimpin-pemimpin anda sudah tidak boleh di pakai ..semua mau kasi kembung perut sendiri.. termasuklah ahli-ahli biasa UMNO ..masuk UMNO sebab mau dpt “projek”.. sebab mau dapat “tempias”.. mau “kaya” dgn cara “Haram” …

    Fikir-fikirkanlah…

  36. 36 abah Rafique Apr 4th, 2008 at 11:54 pm

    bagi hamba, masalah di Sarawak adalah konflik suku dan kaum Ketua Menterinya. Mereka yang membuat komen yang mendadak itu tidak mengkaji keperluan dan permasalahan yang sebenarnya berlaku . Apa salahnya kaum KM memerintah negeri ini ? Adakah anda melihat kebuluran dan kepapaan berlaku di Sarawak semasa pemerintahan beliau ( kalau ada, malaslah tu ) ? Pernahkan tukang komen bertanya kepada mereka yang pernah berkhidmat pada zaman Ketua Menteri terdahulu ( bagaimana rasanya menjadi kuli di bawah mereka ) ? Jangan tak tanya

  37. 37 derhakanyajebat Apr 5th, 2008 at 10:09 pm

    semua rakyat harus bersabar dan beri peluang kepada pakatan rakyat untuk bukti kemampuan. Tak sampai satu penggal pun mereka memerintah, itupun bukan pusat. Kalau kelima-lima negeri mendapat manfaat daripada pakatan rakyat ini.. tidak mustahil pusat perlu diberikan kepada pakatan rakyat untuk menerajuinya dan membawa perubahan kepada semua negeri. Selain itu tidak mustahil juga penghapusan sistem dan amalan rasuah di dalam pentadbiran negara boleh direalisasikan. Matlamat ini dijamin menjadi kenyataan kerana corak dan sistem pemerintahan di kelima-lima negeri kini sedang menjalankan pelbagai dasar tanpa bantuan pusat pun boleh memberi kelebihan kepada rakyat.

  38. 38 kathiravan muniandy Apr 8th, 2008 at 5:01 pm

    The Hon DSAI,

    We will give you our fullest support in your mission !!!!

    rgds.

  39. 39 neutral Apr 8th, 2008 at 8:09 pm

    peluang sedang diberi tapi akhir-akhir ni nampak sangat byk isu yang timbul.

    tapi satu persoalan. di selangor, kenapa perlu fokus utk menarik lebih banyak pelabur dari china? sampaikan nak dibuka sebuah perkampungan khas? why china? tak payah nak bazir duit again. Perkampungan sana sini.

    tak payah cakap banyak lah. gerenti peluang perniagaan akan tertumpu kepada satu kaum sahaja. a big mistake by Tan Sri Khalid by giving her the investment portfolio.

    Selangor negeri paling kaya di Malaysia, mungkin. PKR janji nak agihkan kekayaan sama rata. Start with Selangor but judging from what this Kok lady is doing, sadly to say, the same story.

    Kalo nak fair, jumpa lah ahli Dewan Pernigaan Melayu and India sekali.

    Sadly to say, PKR doing nothing for the Malays. Nothing for the time being..

  40. 40 magen May 3rd, 2008 at 6:17 pm

    anwar the boss. malaysian indian with u sir

  1. 1 Kepelbagaian di Kalangan Wakil Rakyat at Anwar Ibrahim Pingback on Apr 2nd, 2008 at 3:32 pm

Leave a Reply






Galeri Flickr

Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk 

Dokumentari Perbicaraan 1998

Video Manifesto KeADILan

Sila klik sini untuk versi Bahasa Inggeris, Cina dan Tamil

Pakatan Rakyat to Putrajaya

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

March 2008
M T W T F S S
« Feb   Apr »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31