Nombor-nombor kenderaan dibawah ini telah disyaki mengikut konvoi DSAI ke merata tempat. Kami muskyil dan ingin tahu apakah mereka ini anggota polis cawangan khas, penjahat ataupun pasukan pengintip. Kepada semua pemimpin yang juga diekori, sila ambil nombor kenderaan dan juga gambar. Terima kasih.
BJL 8425
WMP 8162










KJ kut..haha
jaga kesihatan dan keselamatan saudara anwar. macam-macam boleh berlaku dalam keadaan yang semakin menghimpit orang-orang yang gila kuasa ini. sebaik mungkin segala risiko harus diatasi. rakyat amat memerlukan kepimpinan anda. begitu juga dengan para pemimpin barisan rakyat yang lainnya.
ada org niat xbaik la tu dato seri…
Pertolongan diminta daripada kawan kawan yang berkerja di JPJ Selangor atau Wilayah P.agar memuat turunkan nama tuan punya kereta dan alamat yang bernombor BJL 8425 & WMP 8162 supaya sama sama dapat kita berramai ramai perhatikan mereka ini dan kalau mereka ada niat jahat,kita akan laporkan mereka pada Sultan Mirzan. (LAPORAN POLIS TAK PAYAH…..PASAL POLIS KRONI UMNO).
Tengoklah laporan fail diSUK Selangor yang dimusnahkan oleh kroni anak TOYOL,
laporan telah dibuat, polis tak buat apapun…tiada tangkapan pun….
cuma yang mereka nak tangkap dan pukul hanyalah orang yang ingin menegakan kebenaran & Keadilan.
Ketua POLIS TILAM mestilah dipecat dengan segera.
Saya bangga dengan YB Tian Chua yang dipukul di pintu pagar Parlimen
tetapi sekarang menjadi wakil Parlimen dan boleh memasuki Parlimen tanpa
dipukul oleh samseng samseng UMNO yang dibayar nafkah mereka dibayar dari duit rakyaat miskin.
siapalah gerangan orang tu yea?
Hahaha..tak cukup expert nampaknya..kalau betul dari Cawangan Khas, buat malu je kantoi sbb no flat. Tak mcm Cwgn Khas pun penyamarannya.haha
Tiada apa nak dimusykilkan.Ini kereta2 barua.
Apa kata kita intip pengintip itu dengan seorang pengintip?
Assalamualakum Datuk Seri,
Semoga sistem keselamatan untuk semua wakil rakyat dan unuk DSAI di pertingkatkan dengan serta-merta.
Mungki, DSAI melalui Ketua Pembangkang Malaysia boleh mendapat bantuan pegawai pengiring polis, sepetimana yg diamalkan untuk turut diberi kepada pemimpin2 bukan kerajaan.
Semoga dikaji.
nampaknyer kene tmbh bodyguard!!!! 4 org ngan pajero yg dh uzor tu tak sesuai la dato’….juz take more care and be more alert!!!
aku nasihatkan…
kepada sesiapa yg nampak kete tuh…
ikut kete dorg gak..
biar dorg rase camne kalu kete tu kene ikut..
pastu pasangkan gprs device..detect ktmana die parking..haha..
baru depa tau..
no.plat tu mesti palsu punye…
hati2. bukan sekadar mereka yang dapat dilihat dgn pandangan mata. bahkan mereka yang dibelakang tabir menggerakkan jentera kerajaan lebih merbahaya.
bukankah terbukti bahawa mastermind yang menfitnah DSAI adalah tauke judi? mereka ini mempunyai kepentingan tersendiri terhadap kepimpinan yang lemah dan korup. malah perbuatan yang tidak berperikemanusiaan juga tidak boleh disangkal dengan sepenuhnya.
nauzubillah
PASTIKAN SEMUA RAKYAT YG MENYOKONG BA MEMBERI PENERANGAN SECARA ILMIAH BERKAITAN DENGAN KEBAIKAN PARTI BA JIKA MEMERINTAH TERUTAMANYA DARI SEGI ISU DEB & MELAYU KHASNYA KEPADA ORG ARM NO YG PEKAT KEPARTIANNYA AGAR PRU13 MILIK BARISAN ALTERNATIF. BILA MALAYSIA MILIK BA, PASTIKAN MANA-MANA POLIS YG TELAH KITA BUAT LAPORAN TAPI TAK BUAT KERJA… KITA DAKWA MEREKA…..MUNGKIN JUGA PEMILIK KETA TU ORG UMNO YANG NAK MASUK BA TAPI TAK TAHU NAK DAPATKAN BORANG KAT MANA????
** HARAP DSAI MAKLUMKAN PADA RAKYAT GELARAN PARTI PEMBANGKANG DAH TAK RELEVEN LAGI UTK PAS, DAP & PKR. CADANGAN GELARAN BARUNYA SEPERTI BARISAN ALTERNATIF ATAU BARISAN RAKYAT
peminat datuk seri kot…mungkin nak autograf atau nak mintak borang masuk pkr…scud missile je dua kete tu…
Datok, bila nak adakan ceramah khas 5 negeri pembangkang? Saya cadangkan buat di stadium, dan jemput semua menteri besar dan presiden parti untuk berucap.
Dato Sri ini mungkin pengintip tengku adnan….maklumlah baru-baru ni dia kata akan htr pengintip tuk siasat kes mp bn nak lompat…. anyway harapnya keselamatan terjaga. kami disini amat berharap dato seri akan memimpin Malaysia…..
pengintip boleh berlaku dengan pelbagai cara dan style.
Awas! mungkin juga no plat ini PALSU..
Berhati-2 dan sentiasa berwaspada
amat muskil dan amat tak percaya sekiranya ianya angota polis dari SB , maka terbuktilah ia buat keja x profesional. Sekiranya cam ni itula sebab byk kes yang tak boleh setle . BIla KPN buat pengumumam/sidang akbar ” kita telah mendapat petunjuk dan kes ini(XXXXX) akan dapat di selesaikan dalam masa yang terdekat . Akhirnya hampehhhh tidak dapat juga setle .
Satu lagi penipuan yang amat jelas dan nyata bukan fitnah bukan mereka2 cerita , bukan mengadu domba . PRU12 di Pangkalan TLDM Lumut baru2 ini , ianya tidak telus apabila habisnya masa untuk pemerhati dari wakil-wakil parti politik semasa pembuangan undi POS di dewan sidek KD Pelandok, kertas-kertas undi pos yang tidak di buang/pengundi yang tidak hadir , arahan dari pihak tertingi TLDM supaya tolong memangkah parti BN dan pada malamnya ianya di masukan ke peti undi di markas bantuan TLDM sebelum dibawa ke pusat pengiraan undi . DImana telusnya. Kasihan dgn wakil2 parti yang memantau perjalanan UNDI disiang hari , seolah-olah mereka ini ditipu hidup2.
Mark My Word…. Jagalah keselamatan DSAI…. What happen to Benazir Bhutto…. First Car To shoot the Sherif. Second Car to shoot The First Car. And… Second Car will shot either…. Lepas 2 Bob Marley bangkit dr Kubur…. dengan guitar dia menyanyikan Lagu….. I shot the Sheriff but I didn’t shoot the deputy.
Pulun jo lu Jang, baru ado kes, baru tadodah de.
Repot polis ?, rontian jo lah, kok tak kau yang ka dalam kiro dah untung dah tu Jang.
Kalau nak juga buek repot, tunjuk kek polis bukan kad pengenalan doh Jang, tapi kad ahli umno, baru boleh terimo repot.
Pulun Jang, pulun jo lah.
“TUTUH JANG SAMPAI MONANG”
SAMALAH KITA PANTAU PERKARA NIE !!!
POLIS, JPJ, BADAN BERKUASA… JGNLAH IKUT SANGAT PEMERINTAH KEJAM NIE, DIORANG TAK LAMA LAGI JADI PEMBANGKANG… TOLONG LA JAGA KESELAMATAN DSAI… SAMA2 MEMBANTU !!
sori off topic sikit.
Saya nak cadang dato’sri aturkan expo@seminar pelaburan & pelancungan negeri2 BA(marketing 2 in 1).Boleh diadakan di Selangor.Wakil setiap negeri kena bentang kertas kerja tentang insentive@bidang tumpuan negri masing2 beserta laporan industri yg sedia ada untuk rujukan pelabur.(detail bleh refer SSIC selangor-dato sri lebih arif pasal nie)
Peserta2 bakal pelabur,rasanya dato sri lebih arif nak panggil siapa…..(Turki,middle east,china,india…etc)buat jemputan khas untk mereka ,kalau diaorg dtng and
tak jadi melabur pun at least mereka tertarik dengan promosi pelancungan… saya rasa Dato sri lebih arif….detail kerangka perlaksanaannya …..
Moga2 negeri BA lebih pesat membangun.
secara peribadi saya ingin menyatakan bahawa UMNO akan melakukan apa saja untuk terus berkuasa, oleh itu saya bimbang tentang keselamatan DSA …sewajarnya mulai sekarang beliau dikuarantin dan dibenarkan membuat kenyataan disebalik kawlan keselamatan yg rapi. Kemudahan internet dan berbagai media masih untuk beliau bercakap dan ia boleh sampai kepada semua pihak dengan berbagai medium. Apa yg ingin saya katakan ialah..DSA mungkin akan dibunuh oleh mereka yang terdesak…
sekian
sah kereta barua2 tak pun pencacai pengangkat najis UMNO-Be End. DSAI perlu berhati-hati biawak2 ni tengah lapar sekarang.
adakah ini perancangan jahat puak puak umno? andai kata ya aku nasihatkan baik hentikan saja sebelum sakit boleh malu pon boleh
ooo… diorang ingat diorang bleh gertak camgitu yer…
saper-saper yang berani >>>
langgar aje kereta-kereta tu!!! kita sabotaj diorang balik!!!
BJL 8425 & WMP 8162
InsyaAllah, kita akan refer kepada rakan2 kita yang bekerja di JPJ
Semoga dilindungi daripada orang2 yang berniat tidak baik. Amin.
DSAI sentiasalah mempunyai kewaspadaan yang tinggi dalam keadaan begini.
Al-jabbar dan ingatilah ALLAH
DSAI kena hati-hati… nampaknya ada penjahat-penjahat yang tak suka dengan kejayaan DSAI cuba untuk mencari masalah DSAI. Jika itulah niat mereka, maka para penyokong DSAI perlu pasang mata dan telinga untuk mengenal pasti penjahat-penjahat itu berasal dari pihak mana… dan perlu ambil tindakan yang tegas bagi menghalang penjahat-penjahat itu terus mengekori DSAI. Kami doakan kesejahteraan DSAI.
Bagi saya tidak semua orang yang sentiasa mengekori pergerakan DSAI patut dilebelkan sebagai ajen polis,penjahat atau pengintip.Mungkin juga mereka terdiri dari para penyokong yang tidak mahu terlepas peluang bersama DSAI.Semasa praPRU12 dulu saya pernah disuatu hari mengekori rombongan beliau dari Kapar ke Puchong ke Ampang kePandan ke Selayang dan akhir sekali ke Taman Seri Gombak.Tetapi yang pastinya itu bukan nombor motor Otak.
Ada sape keje kat JPJ..? Boleh tolong confirm kan no plat tu daftar atas nama atau syarikat mana…alamat kat mana..?
mohon pendapat DSAI tentang situasi yang berlaku di terengganu sekarang..
pandangan dari DSAI amat kami hargai..
UMNO vs ISTANA
Saya dah tonton SIVAJI DA BOS……sebijik cerita camni….
Oh… mungkin kereta-kereta tu ialah Intelligent dari pihak BN. Mereka pernah cakap beberapa hari lalu yang mereka akan menghantar Intelligent mereka ke seluruh negara untuk memantau (mendapatkan maklumat) tentang ahli-ahli DUN & Parlimen BN yang mahu melompat parti.
Rupa-rupanya mereka lebih dari itu sampai sanggup mengekori Datuk Seri ke mana saja..
Jangan risau, mereka tidak boleh mengapa-apakan Datuk Seri. Jika ada apa-apa berlaku terhadap Datuk Seri, tiada siapa yang disalahkan kecuali pihak lawan. Kalau hal itu berlaku, Kerajaan BN pasti akan tumbang menyembah bumi, dan semua kerusi mereka dalam DUN dan PARLIMEN akan hancur patah. Ingat.. Rakyat adalah HAKIM..
mgkn itu agen najib,nak rakam mcm mana dato seri ceramah,dia nak tiru gaya dato seri ceramah
aik, negara punya aman ada jugak penyangak yer ikut DSAI, mesti pengampu dan penyamun yg upah dia nih. Harap DSAI berhati-hati. Semoga Allah melindungi beliau dari orang2 yang zalim. Dato, jgn mati, kita mesti ambil alih Malaysia ni dulu.
Ni sumer kete2 barua BN (polis la).Patut dpt kita kepung n soal siasat dia.nk harap kan polis x guna.Siasat tilam pandai la.baik cek tilam dia sendri…!
kna tanya DSAI kut2 di kenal sapa punya kereta 2
Jika Datuk Seri membaca ini, atau jika sesiapa membaca ini, tolong sampaikan kepada Datuk Seri.
Saya dari Keningau, Sabah. Gelombang KeADILan disini cukup kuat, tapi entah kenapa keputusan PRU tu terbalik. Saya sendiri dan kawan-kawan tidak faham. Namun apa yang saya ingin katakan ialah..
Kami warga di sini, mengharapkan supaya sesuatu perubahan kepada kehidupan kami seharian boleh berubah. Oleh kerana Sabah bukan satu daripada 5 negeri yang kena ‘Tsunami’, maka harapan kami ini akan sangat tipis, namun kami berharap agar Datuk Seri boleh berbuat sesuatu untuk kami.
1. Gaji sektor swasta sangat rendah di Sabah.
2. Harga getah juga sangat rendah.
Ini adalah sebahagian daripada rungutan kebanyakan rakyat di pedalaman Sabah ini. Gaji permulaan bagi kedai-kedai runcit dan pasar raya, restoran dan lain-lain adalah hanya sekitar RM300-400, sementara harga getah bagi kepingan per kilo hanyalah RM4.50
Memandangkan garis kemiskinan di Sabah adalah tinggi, kalau tak silap sekitar RM630.00 bagi pendapatan seisi rumah, maka perkara ini adalah suatu rungutan yang tidak pernah terbela sejak dulu lagi.
Saya difahamkan bahawa pekebun-pekebun getah di semenanjung adalah ditadbir oleh RISDA, tapi di Sabah ditadbir oleh LIGS (Lembaga Industri Getah Sabah). Saya juga difahamkan bahawa LIGS adalah dibawah Kerajaan Negeri.
Saya dan kawan-kawan sangat mengharapakan TSUNAMI itu disini, tapi kami kecewa kerana perkara sebaliknya berlaku. Entah kenapa.
Berkenaan dengan SDC (Sabah Development Corridor), kami tak nampak yang Istemewa dengannya. Apakah gunanya SDC itu? adakah dengan adanya SDC harga getah akan meningkat? Adakah pendapatan pekerja swasta akan meningkat? Saya tak fikir ianya boleh mempengaruhi semua itu. Jarak Kota Kinabalu dan Keningau ialah 132KM. Tak logik langsung yang keningau ini akan mendapat longgokan agihan SDC itu.
Sekian..
pasti itu pengintip, tapi mungkin bukan 2 saje, banyak lagi. yang ini bertujuan untuk DSAI nampak dan tak ambik perhatian kat yang lain.
Harap kawan JPJ dapat mendedahkan siapa dia orang. tak mustahil bila check tak dapat maklumat.
Akum’ Nombor kereta bole ditukar, sila sertakan colour dan model Kereta berkenaan.. TQ
Ala apa nak HERAN sangat. Kalau ada org ikut DSAI, kita ikut dari JAUH. Tengok orang tu buat ape. Kalau dia rasa hebat sangat, kita bakar je BERUK-BERUK umno tu.
umno_gila
saya sarankan datuk adakan ‘advance party’ & intelligence security outrider berkuasa tinggi(Power Bikes) untuk menangkis segala ancamam.
Mereka juga bole membuat “Line Clear” sebelum konvoi datuk melalui jalan yg telah di tetapkan.
Akhir sekali jika mereka berdegil…Paparazzi aje bole megajar mereka tapi jgn Mat Rempit ..tolong datok.
Salam DSAI
Saya rasa kereta to orang UMNO punya, depa nak join ceramah DSAI. Tp malu2.
bayangkan kalau DSAI nak buat lawak,
rupanya 2 kereta tu, dia nak iklankan untuk dijual.
nnt esk aku cek atas nanme saper suma keta2 ni…
salam..
DSAI, jaga diri baik2. kami rakyat m’sia masih memerlukan pimpinan dari DSAI.Semoga Allah sentiasa melindungi pepimpin seperti DSAI dan rakan2 seperjuangan yang lain…Amin…
Hati-hati DS.
Kita belum tahu niat baik atau buruk mereka yang mengekori.
Ambil langkah berjaga-jaga atau laporkan kepada pihak polis.
Peringatan keselamatan semudah ABC (Alway Be Careful)
Kami risaukan keselamatan DS.
Biasalah tu…ada orang tuntut janji dulu dulu kot…Kan ke tak lama lagi
you dah nak nak jadi Perdana Menteri..
Pendapat saya, mereka ini ingin mengetahui apakah rahsia DSAI sehingga mampu menawan hati rakyat dah hampir mengubah kerajaan!
Mari kita berdoa bersama-sama semoga hati mereka-mereka ini akan suatu hari nanti terbuka setelah mendengar kebenaran dari mulut DSAI sendiri! Kerana percayalah, bukan semua orang mahu dipergunakan. Pasti akan terlintas dihati untuk menegak keadilan!
macam pengintip yahudi nak bunuh pemimpin hamas! Berhati-hati Dato’ Seri. Semoga Allah merahmati dan memelihara Dato’ Seri. Amin..
Alaaa…. politician…paranoid jek kot?
DSAI kena berhati-hati, kenderaaan tersebut merupakan kenderaan anggota-anggota Cawangan Khas PDRM yang telah diarahkan untuk mengintip (surveillance) setiap urusan DSAI dan pemimpin parti pembangkang. Mreka akan saling bertukar kereta untuk mengelirukan pihak pembangkang. Ada juga di antara mereka menaiki motosikal dan ada yang menyamar menjadi ahli parti pembangkang. DSAI kena sebarkan maklumat ini kepada semua parti-parti BA kerana beberapa anggota Cawangan Khas yang telah dilatih sehingga menjadi ahli-ahli yang dipercayai oleh pihak tuan. Mereka juga dilatih dengan penyamaran yang teliti termasuk mamakai serban dan menjadi ustaz atau ustazah dan dilengkapi ilmu perisikan dan agama yang mencukupi. Mereka akan melayan parti-parti pembangkang seperti rangkaian gerila dan mereka akan menjalankan operasi perang saraf secara counter-guerilla warfare untuk melemahkan parti pembangkang.
DSAI betul-betul kena berhati-hati kali ini, kemungkinan antara mereka merupakan “assassins” yang professional dari Unit Tindakan Khas yang ditugaskan untuk membunuh sesiapa sahaja jika mereka ada peluang.
Berdoalah pada Allah SWT agar dijauhkan dari anasir jahat mereka ini.
ermmm nampak mesti kena teliti hai saudara answar dalam kehidupan seharian kerana penyangak2 ada kat luar sana tu berkeliaran…kami orang Borneo menyokong perjuangan anda…………..
Apa-apa pun pihak-pihak yang terlibat perlu juga berhati-hati dan pastikan keselamatan DSAI & family dan pimpinan BR yg lain terjamin…selainnya kita serahkan kepada allah..
Yang niat tak baik akan terima balasannya
Try check kat JPJ siapa pemiliknya..
Usaha-usaha juga, jgn lupa serahkan urusan mereka pada Allah.
Solat hajat dan doa jangan putus untuk keselamatan mereka2 yg berjuang menentang kezaliman, tak lupa pada rakyat yg sememangnya memerlukan pembelaan, dan tak rugi juga mendoakan mereka2 yg zalim semuga betul2 insaf & bertaubat.
Sekarang ni macam2 bole jadi, anyway DSAI be alert. Tapi sekurang2nya sekarang utk kakitangan awam selangor tak adalah lagi HADIAH PENYAPU, PENYAPU sekali dgn PENYODOK tu dah di beri balik kat DIA, he..he.. Cuma disini saya nak comment skit pasal laman web http://www.harapanmalaysia.com lambatlah nak buka sebab pakai flash, saya cadangkan tak payahlah pakai flash yg penting MAKLUMAT yg hendak disampaikan biar MUDAH, CEPAT UTK DIBUKA & SENANG.
Sekarang ni pihak Special Branch sedang bertindak.
BJL 8425
WMP 8162
BJL 8425
WMP 8162
BJL 8425
WMP 8162
BJL 8425
WMP 8162
BJL 8425
BJL 8425
WMP 8162
semua rakyat malaysia yang waras, mahukan keamanan, cintakan keharmonian dan kesejahteraan berhati-hatilahhhh……….
jgn beri ruang kepada sebarang anasir jahat. Secara logiknya pemandunya, orang2 yang berada di dalam kenderaan tersebut bukan orang2 baik. Sebarkan, sebarkan…!
Semoga kita semua dilindungi Allah.
Rakan2 tolong cadangkan supaya DSAI dan keluarga mendapat perlindungan rapi 24 jam. BUKAN kerana kita dewa-dewakan DSAI sekeluarga tapi kerana nyawa mereka mungkin dalam bahaya. Sekarang ini terdapat banyak ancaman kroni-gangster dan golongan lain yang berkepentingan sendiri. Mereka tengah takut. Mereka ni tak semestinya polis. Malah, seorang naib canselor di Selangor yang berpistol pun boleh melakukan perkara bodoh lagi bahaya untuk menyembunyikan penyelewengannya selama ini.
AMARAN
Jika penjahat cuba berlagak seperti Tuhan, maka mereka pasti akan menyesal sebagaimana apa yang berlaku di lain2 tempat di dunia. IT WILL BACK-FIRE. Sejarah telah membuktikan perkara ini.
Dalam keadaan rakyat Malaysia makin celik politik serta ekonomi dunia yang tidak menentu, adalah suatu kesilapan besar jika penjahat mengorbankan seorang ikon di rantau ini. Mengapa? Kerana gerakan rakyat akan lebih kuat dan lebih meluas!!!
Awas!!!
Salam DSAI, mohon sentiasa waspada, saya pernah lihat kelibat kenderaan ini di Ceramah Selayang tempohari
depa orang KJ
Assalamualaikum,
Mungkin ada orang yang berniat tidak baik. Harap Dato’ Sri lebih berhati-hati. Kita tidak boleh menerima dan memang tidak sanggup melihat Dato’ Sri mendapat sebarang penganaiyaan atau sebagainya. Cukuplah apa yang telah pernah dilalui Dato Sri.
Kepada Dato Sri kami mendoakan kesejahteraan supaya pada satu hari nanti Dato Sri akan menjadi Perdana Menteri kita.
Ya Allah, Limpahkanlah kesihatan kepadanya, anugerahkanlah ia keselamatan dan permudahkanlah perjuangannya.
Wassalam.
Salam Dato’ Seri,
Nombor2 yang dinyatakan ini biarlah mereka ikut kemanapun Dato’ Seri pergi. Lagipun Malaysia adalah sebuah negara bebas dan berdaulat. Apakata buat sesuatu yang mengejutkan mereka spt, orderkan PIZZA utk mereka. Maklumlah, buat mereka terkejut seketika dan sebenarnya pada masa ini s/u-s/u pejabat PM tentu dah baca mesej no.plat ini dan sudah tentu mereka akan ambil langkah berjaga-jaga.
Saya juga sarankan Dato’ Seri agar menyediakan satu jadual khusus setiap bulan tentang kemana Dato’ Seri akan pergi ke ibupejabat polis dan juga kepada pihak akhbar. Maklumlah, pada masa2 begini biar ita maklumi semua pasukan keselamatan. In case kalau berlaku apa2, at least pihak PDRM sudah dimaklumi, kalau mereka gaga menjaga keselamatan juga, mereka pasti akan dikecam hebat. Saya rasa sudah sampai masanya AGONG Malaysia memainkan peranan dalam isu2 keselamatan ini, biarlah ia di bawah kuasa DiRaja mcm badan kehakiman. Biarlah PM hanya assist shj. Dasar ini perlu berubah, disitu baru kita boleh kenalpasti anggota PDRM yang betul2 serius jalankan tugas berbanding pengampu2 kpd PM skrg ini.
Selain itu, saya mencadangkan Dato’ Seri menggalakkan semua ahli2 parlimen Barisan Rakyat melaksanakan satu pelan strategik dalam pembangunan kehidupan rakyat pada masa ini. Jangan terlalu taksub asyik membangkang sahaja cadangan dari pihak kerajaan BN. Kadang2 org yg bijak pandai ini mereka ini ingin melihat WHAT YOU PLAN TO IMPROVE COUNTRY’s ECONOMY…bukannya mengecam hal2 remeh yang mmg nampak besar tetapi sbnrnya ianya hanya isu2 sementara sahaja.
Kalau betul Agenda Ekonomi Malaysia (AEM) betul2 memberi kebaikan kepada rakyat Malaysia, ianya perlu diperhalusi bersama dikalangan ahli2 parlimen Barisan Rakyat. Biar some of them memegang portfolio tertentu mengikut Kementerian yang sedia ada pada masa ini. Sbg cth, ahli parlimen Batu diberi tanggungjawab mencari penyelesaian2 terbaik utk kes di kementerian belia dan sukan, dan lain-lain. Dengan begini, baru rakyat nampak jelas yang Barisan Rakyat sudah BERSEDIA untuk mentadbir MALAYSIA dengan pelan stretegik yang mengkagumkan.
Akhir kata, jangan anggap UMNO satu musuh besar dalam hidup kita sebagai orang melayu. Saya masih kagum dengan usaha2 pemimpin terdahulu menyumbang kepada kedaulatan Tanah Melayu yang kini dikenali sebagai Malaysia. Alhamdullilah, saya amat bersyukur dilahirkan dalam negara yang baik ini. Bukan semua rakyat diluar Malaysia yang dapat mengenali kehidupan yang baik sebegini. Saya harap PKR cuba memperjuangkan juga hak-hak orang melayu. Pada saya, hak samarata dengan bangsa lain janganlah terlalu dibangkitkan kerana orang melayu masih mempercayai UMNO dan Anwar Ibrahim masih UMNO pada mata mereka. TRUST ME, they believe you because you’re a good leader dan tangisan Dato’ Seri tetap membuat UMNO dijatuhkan secara terang-terangan.
Saya bukan ahli UMNO mahupun PKR atau mana-mana parti politik. Saya hanya rakyat biasa yang seringkali melihat percaturan politik samada dari BN ataupun BR/BA memberikan satu kemanfaatan kdg2 keburukan kpd masyarakat setempat. Tanganilah isu2 bersama dengan kerajaan BN. Biar mereka tadbir negara ini dan dibantu dengan ahli2 parlimen yang bijak pandai dan mendapat kepercayaan rakyat setempat. Saya yakin sekiranya BR/BA sudi memberi komitmen kepada kerajaan sudah pasti rakyat melihat kepada perkembangan dwi-politikal yang sungguh mengkagumkan. Selepas itu, PRU-13 kelak akan menyajikan satu keputusan yang seragam dan sungguh berdaya-saing antara semua parti2 politik.
Insya Allah.
Daripada…
level7.
My dear DSAI, take great care b.cos we need u to lead us again into a new era.Wherever u go,please be adequately accompanied by ur supporters who can be properly indentified by u probably using a special code.Get many of ur people to check on those ghost vehicles that may mean u harm.Use a camera to snap them so as to scare them off.The people assigned to protect u should not only be close but also to observe from a distance.By using coded signals between ur man may also frigten & confuse these strangers following u.Do u know the latest blog-talk now?Some silly people want to know ur position & explanation on ur acquiring BN frogs.Looks like u will be forced to reciprocate.I have said in some blogs B4 March8 GE12 results, that if BR could win big,there is no valid reason to reject good & marginalised BN people from wanting to join BR.It was me who suggested to DAP’s website in Jan to use either Barisan Rakyat or Barisan Malaysia and never repeat using “alternative” b.cos it is a negative word and bad “fung shui” in politics.NOw Baby BR is born but still not settled b.cos u fellas have not officially adopted & blessed its existence.So the Baby BR continues to face unnecessary agitation from outside. Quickly proclaim officially ur coalition,be it named Barisan Rakyat,Barisan Malaysia or Barisan Merdeka,it will definitely bring u all good luck & u will witness a god-send gift from East Malaysia B4 May 1st (after u r expected to be back in Parliament).Don’t ever let the bloggers doubt u BR fellas further.
Sdra,
Tak payah la dikeluarkan kat blog ni; belasah je!
Kalau pun SB, ah… nasib la!
Sama la halnya dengan isteri kita yang diintai dek orang… nak dibiarkan ke?
Cisss!
Ngasut je….
Saya bukan nak memburukkan imej PDRM tetapi bila Altantuya telah dibunuh dan diletupkan, apa-apa pun boleh berlaku. Saya memohon kepada pengiring-pengiring Datuk Seri supaya berwaspada setiap saat. Semoga Tuhan melindungi Datuk Seri, harapan bangsa Malaysia.
Hati-Hati DS,
Kita belum tahu niat baik atau buruk mereka yang mengekori DS.
Ambil langkah keselamatan semudah ABC (Alway Be Careful)
Mungkin juga yang mengekori DS adalah hantu-hantu pilihanraya yang tidak bertuan.
Ish…kesiannya
Carian berdasarkan No. Pendaftaran Kenderaan / Search based on Car Regn. No
As recorded by PDRM
No. Pendaftaran Kenderaan
/ Car Regn. No : BJL8425
Status senaraihitam
/ Blacklist status TIADA / Nil
————————————-
Carian berdasarkan No. Pendaftaran Kenderaan / Search based on Car Regn. No
As recorded by PDRM
No. Pendaftaran Kenderaan
/ Car Regn. No : WMP8162
Status senaraihitam
/ Blacklist status TIADA / Nil
————————————–
Jika saya dapat cari apa-apa lagi maklumat, saya akan memberitahu Datuk Seri.
Be careful Datuk Seri,
We need your leadership to take this nation to greater heights.
DSAI,
Pls be careful and heighten your security. You are Malaysia’s only beacon of hope.
May God protect you always
BJL8425 Motorsikal Honda Warna Merah
Pemilik LMS Jaya
Puchong
WMP8162 Tiada dalam rekod (Kuatir No Palsu)
salam DSAI,
Saya cadangkan supaya DSAI menyediakan beberapa kakitangan tambahan dengan kelengkapan VIDEO CAMERA BERKUALITI bagi merakamkan apa sahaja gerak geri DSAI supaya ia boleh di UPLOAD kan ke blog2 dan YOUTUBE.com dan dihebahkan…sama ada perjumpaan, perjalanan, keadaan semasa atau apa jua SITUASI PENTING kerana ia boleh dijadikan bahan bukti tentang KEZALIMAN & PENINDASAN yang dilakukan oleh HULUBALANG2 KERIS TANPA SARUNG ini..Pengikut2 saya atau lebih2 lagi orang ramai akan mendapat maklumat yang tepat (VIDEO) tanpa diragui tentang kebenarannya…Nak harapkan polis, media2 hebahkan DSAI pun tahu keputusannya…Saya sentiasa mengikuti perkembangan politik tanahair terutama DSAI & menyokong penuh DSAI walaupun saya bukan ahli mana2 parti politik di negara ini..Oleh kerana saya di kurniakan oleh ALLAH SWT mahir dalam IT ini, saya membantu menghebahkan kebenaran kepada orang yang masih ‘TIDUR’ melalui VIDEO2 yang diDOWNLOAD untuk menepis hujah2 mereka…Jangan lupa DSAI laman web ini juga mungkin dalam perhatian atau pengawasan orang2 KERIS TANPA SARUNG..MEREKA2 ini mungkin sedang membaca apa yang ditulis,siapa yang menulis & dari mana ia ditulis pada masa ini.Jadi DSAI jangan lupa ‘TAKE OVER’ MIMOS..
sekian.
REFORMASI!!
ALLAHHUAKBAR!!
Assalamualaikum ayahanda DSAI…….
Saya berharap DS sentiasa berhati-hati dlm setiap perjalanan DS…..semoga DS sentiasa dlm lindungan Allah swt…marilah kita same2 berdoa akan keselamatan DS semoga dijauhkan dr sifat dengki dan khianat manusia…Insyalah perjuangan kita yg baik ini akan di berkati dan dirahmati oleh Allah swt dunia dan akhirat…”Ya Allah jauhkanlah kami dr hati2 yg dengki kpd perjuangan kami …sesungguhnya perjuangan kami ini untuk membawa kesejahteraan di dunia dan akhirat”…
Salam Paladin Tee,
kau cuba pula cari nombor2 plat tu kat database under rekod pelupusan. maybe ada.
Assalamu’alaikum w.b.t dan salam sejahtera :)
Harap DSAI sentiasa waspada, tak sanggup kehilangan DSAI utk kali ke2 NDAK MAU BAH!!
assalmualaikum DSAI,
memang kena hati2 tengok kes Prof Zulkifli dulu tu pun tak tau..tau..tau kemalangan jadi hati2 jangan bersendiri Dato..
Dato lebih ariff..amallah..
…Bismillahilazi la yadhurrumaas mihi syaiunnfil ar’di’ wala fisama’ai wahuassamiulbasir..3x sebelum pi mana makna ayat DSAI lebih arif
ikhlas
azhar
DSAI please jangan la gadaikan negara…….
DSAI, kalau kerap sangat diekori, laporan polis perlu dibuat tak kira macammanapun..Saya secara peribadi berpendapat adalah mustahil sekali ada ahli politik di Malaysia yang begitu terdesak sekali sehinggakan sanggup nak menganggu hidup orang..Tapi ancaman tetap ada, wlaupun bukan dari orang dalam negara ini mungkin juga dari negara luar, dan di luar sana tuh banyak saje yg menunggu peluang untuk mengacaubilaukan negara Islam..
Assalamualaikum Dato Seri….
Jaga Keselamatan DSAI..
InsyaAllah Kami Rakyat Malaysia Sama2 perhati kan NO Kenderaan ini.
Salam.
Polis..Polis..Rasuah pom Polis..Pukul Orang pom Polis..
Salam mesra dari Temasek,
Sudah tiba masanya rakyat Malaysia dipimpim oleh pemimpin yang mempunyai wawasan global. Saya dah jangka bahawa BN akan tewas besar tahun ini. Pak Lah menang dulu kerana beliau menang undi simpati RAKYAT, Mr Clean Man, tapi setelah satu penggal memerintah, rupanya rakyat sudah mula mengetahui bahawa Mr Clean Man doesnt mean good man…
DSAI memang layak menjadi pengganti memimpin Malaysia. Dan tidak semua orang suka kepada DSAI, begitu juga dengan Pak Lah, tidak ada bezanya…tapi beliau mencipta sejarah di Malaysia…sejarah yang tidak dapat dilakukan oleh orang lain. Mengabungkan beberapa parti menjadi satu. Boleh dikatakan DSAI, Bapak Malaysia Millenium…Syabas…
Kereta yang membontot DSAI tu…kalau mereke bontot lagi…kerumun angkut dan buang ke laut di Terengganu…lagi baik…biar dihanyutkan oleh penyu…
Anggota BN yang tunjuk rasa…lempar aje dgn telor penyu…baru mereka tau..betapa sedapnya telur penyu Terengganu…
Yang Durhaka kepada Sultan,,, patut dihukum sula aje…biar mereka rasa…pantat gatal…
Negara saya tak de Sultan dan Raja…tapi saya tetap menyeru DAULAT TUANGKU!!!
Sy rasa la, kalu pengintip pun diorg pasti guna nombor palsu.
Rajin plak ‘diorg’ ni ikut DSAI. Mentang2 la BN dah kalah utk membentuk 2/3 majoriti.
Mmg org UMNO suka berpropaganda murahan.
harap Dato Sri sentiasa dilindungi Allah swt….jauhkanlah Dato Sri dari perbuatan khainat golongan yang gilakan kuasa dan harta benda amin…
kami rakyat Malaysia tak nak sesuatu yang buruk berlaku pada Dato Sri, sama2lah kita menjaga keselamatan DSAI
mungkin paparazzi kot….nak dapat gambar-gambar yang lebih hebat….mungkin juga peminat fanatik Dato Seri…sebab dato seri more down to earth jadi mudah laa orang nak ikut kesana kemari…nak dengar ceramah dan sebagainya…malah Dato seri pergi solat jumaat pun diorang nak ikut dato seri…
apa pun cuba buat siasatan perkara macam ni biasa terjadi pada mereka mereka yang popular…jgn cepat prasangka
kalau boleh jangan laa halang rakyat nak ikut…nanti jadi cam kerajaan sekarang sampai jalan raya pun diorang nak jalan seorang….rakyat semua tolak ketepi sampai nak ke tepi longkang pun ader semata-mata nak bagi laluan kepada VIP berkenaan….
asalamualaikum!…….ha ni maklumat terkini.
BJL 8425 (LSM JAWA MGT S/B)
WMP 8162 (REKOD TAK WUJUD)
Kita berada di zaman serba canggih. Sila lampirkan gambar supaya lebih convincing
dato seri perlu lebih berhati hati
berhati hati jgn jadi mcm benazir butto dah lah…..
ingat sebelum terlambat..
ambil gambar kereta mereka!!!!!!!!!!
Salam Dato Seri
Harap Datuk berhati-hati lah..kepada polis kita minta pantau dan jaga keselamatan semua rakyat tidak mengira bangsa dan kaum jangan hanya ikut telunjuk dolah dan Kj.
Dato Seri yang dikasihi,
Walaupun saya tdk pernah dikenali oleh Dato’ tapi percayalah
saya adalah orang pertama yang akan turun ke gelanggang untuk membela darah Dato’ Seri jika sesuatu berlaku.
Berhati-hati, Malaysia & Islam amat perlukan Dato Seri.
BJL 8425 tu nombor motosikal jenis honda, pemiliknya LSM Jaya Management Sdn Bhd, 5-2A (Room 2) Jln. Bdr 1, Pusat Bandar Pucong manakala WMP 8162 tak dapat dikesan. So berhati-hati DSAI.
Mcm cerita kat filem lak! Apepun Dato’ Seri dan Datin Seri hati-hatilah…..musuh mungkin berade di mane-mane saje.
hehe..DSAI takut? xkan takut pada bayang²..??
saya setuju dgn comment yang musuh dalam selimut lebih bahaya dari yang ini…fikir-fikirkanlah.
salam..
para sahabat zaman nabi dulu dulu lagi dah ada pengintip mcm ni….para sabahat sentiasa di ikut di buru dan di intip setiap gerak gerinya…..bukan apa….ada dua maksud…mungkin nak jadi pengikut setia DSAI sebab tak dapat peluang nak rapat dengan DSAI…ikut jauh pun jadilah….atau memang ada niat tak baik….
so…extra precaution to be taken…..
Kalau jumpa lagi ngan diorang nih…kasi langgar je dengan lori…jadi anjing yang cuma dapat tak berapa sen duit rakyat
Sapa towkey LSM Jaya Management Sdn Bhd?
Sebenarnya yang memberitahu rahsia butir kenderaan tersebut untuk dibaca oleh semua orang sudah melakukan kesalahan kerana membocor rahsia jabatan/kerajaan.
Saudara DSAI,
Tahniah diatas kejayaan PRU12 kerana kita tlh menawan 5 buah negeri.Seperti sedia maklum hanya Terengganu yang sepatutnya berada didalam tangan pembangkang mungkin juga strategi BN/UMNO yang menghantar rombongan ‘pengundi hantu’ ke negeri itu yang menyebabkan kita dinafikan hak untuk memerintah.
Dan tahniah kepada negeri Terengganu kerana mempunyai Sultan yang berjiwa rakyat,yang prihatin dengan nasib kesusahan rakyat sehingga sanggup tidak menlantik Idris sebagai MB.Dalam era pemerintahan Idris apa yang telah beliau buat untuk rakyat Terengganu?selain dari Monson Cup dan Tamadun Islam yang menelan belanja berjuta-juta ringgit sehinggakan rakyat negeri Terengganu sendiri keluar dalam Bersamamu TV3.Adakah beliau prihatin dengan nasib warga Terengganu yang lain,yang masih berada dibawah paras kemiskinan.Jawapannya TIADA.
Bayangkan duit yang berjuta-juta itu dibina rumah PPRT bagi seluruh negeri Terengganu mengikut kos bagi membina sebuah rumah PPRT hanyalah RM 20,000.00 seunit.Duit sebanyak RM 250 juta (kos bagi membina Tamadun islam)dapat membina sebanyak 12,500 unit buah rumah PPRT nescaya TIADALAH KEMISKINAN LAGI DI NEGERI TERENGGANU’.Malu saya menjadi orang Terengganu kerana negeri yang kaya dengan hasil petroleum tetapi paras kemiskinan masih tidak dapat dihapuskan.
Dan semua yang sedia maklum,Dato Ahmad Said(penganti Dato Idris)adalah berkelulusan Universiti tetapi mempunyai sikap samseng(kalau tidak percaya tanyalah orang Kemaman dimana beliaulah yang menyepak meja orang yang berniaga buah ditepi jalan semasa beliau menjadi YDP Majlis Daerah Kemaman suatu ketika dulu).Beliau memang terkenal dengan sikap panas baran dan samseng.Oleh itu tahniah kepada negeri Terengganu kerana selain kaya dengan minyak dan telah dianugerahkan MB samseng.
Salah satu strategi BN/UMNO Terengganu ialah ‘wang ehsan’.Pengundi-pengundi di Terengganu telah diugut iaitu jika pakatan pembangkang menang di Terengganu ‘wang ehsan’ dihapuskan.
Soalan saya kepada Saudara SDAI,apakah strategi dan agenda kita untuk menawan kembali negeri yang pernah kita menang dulu?
salam
harap-harap semua pihak berwaspada dengan kegiatan pengintip,mereka memang handal dengan segala bentuk.. tindakan..ingat orang munafik lebih bahaya dari orang kafir…begitula yang terjadi kepada abdulah ibni ubay….masakan tuhan letakkan innal munafikin na pi darki aspali minan nar..kan bahaya tu….
http:paceroh.blogspot.com
mark no nie..
Follow dia balik. Ikut dia 24jam kemana dia pergi… InsyaAllah dapat taulah siapa gerangannya.
salam….
kepada peng reply tolong alert…( bapa khir iaitu en. toyo )…adalah orang kuat PAS di SELANGOR..tolong jgn buat kenyataan ” Anak toyol ” senstiviti kene jaga…
Pakcik TOYO membina sebuah MARKAS PAS DI SEKCHINCHAN…kita WARGA BARISAN RAKYAT KENE HORMAT!! dengan BAPA NYA… dan JASA NYA KITA SUME KENE KENANG…
sekian..
REFORMASI!!!!
REFORMASI!!!!
TAKBIRRRRRRRR!!!!!!!!!
hi DSAI,
they might be BN morons just getting idea on how to carry out public speaking from you. dont bother them since our prayers are for you and barisan rakyat.NEW DAWN FOR MALAYSIA.My youth and strength is for your course.god bless you and all fellow malaysians. tq
siasat..jangan tak siasat kereta sapa tu..tapi buat rakan2 janganlah kita tuduh sebarangan…fitnah itu lebih teruk dari membunuh dosanya..sendiri mau ingat la..berfikir dahulu sebelum memberikan pandangan dan ulasan. TQ.
ala nak ngitip laa tu..bkan leh duk senang tgok org nak jln2 ckit…sbab tu la diorang nak krung Datuk Sri,snang nak jaga…ahak ahak
Senang je kalu tak mau keta tu ekori.
Tangkap belalang banyak2 Isi dlm baldi yang penuh ngan taik, sampai kat traffic light tuangkan dalam keta malaun tu…tentu di tak follow lagi
Congratulation!
I think it time you focus on future that the past now.
As a Malay Singaporean, we all looking forward for changes in Malaysia as well.
Just a suggestion, maybe for fast changes you could focus on tourist place in KL.
That all for now.
Cheers,
Nora Maria
kalau sesiapa yang dapat maklumat tentang no kereta tolong hebahkan kt sini supaya kita tahu siapa nama dia yang memang dilahirkan untuk menjadi orang kepada orang jahat. sah…orang ini dari benih yang tak elok. benih bawah titi.haramjadah punya orang.
SALAM.BUAT APA NAK TAKUT KALA-KALAU RASA DIRI DAH BETUL.TIADA APA NAK DITAKUTKAN MALAYSIA INI NEGARA AMAN.YANG BUAT TAK AMAN NGKO JUGAK ANWAR.ASTAGHFIRULLAHALAZIM.
SALAM.LAA….MANA AKU NYER STATEMENT TADI.KENE POTONGKE.CEH.TAK TERLUS GAK KORANGNIH.KEMAIN NAK SURUH ORANG BERSIH TUH,BERSIH NIH,TAPI KORANGNIH TAU TAK MAKNA BERSIH?KALAU SETAKAT MENGUMPAT,MENGEJI SESAMA ISLAM,ITU YANG KORANG NAK JADIKAN IDOLA?KALAU AKU JADI PAKLAH,AKU TAKKAN LEPASKAN ANWAR TU.BAGI DIA KAUNSELING BIRO TATANEGARA.BIAR FAHAM MAKSUD SEBENAR NAK JADI PEMIMPIN.INSAFLAH ANWAR.ASTAGFIRULLAHALAZIM.
kereta tu peminat dsai.
muhd izwan kata,,, RASUAH POM POLIS
PUKUL ORG POM POLIS,
ada skit lg,, BOM ORANG POM POLIS
KIH KIH KIH. Mcm2 depa ni..
Rilek laa wei..
Nak ikut pun tak bole ka? Kalau tak bole ikut, apsal hang dok pi buat ceramah sana sini.. Depa pun rakyat jugak, ada kebebasan nak pi sana sini.. hang ingat hang sorang je boleh pi sana sini kutuk kerajaan??
bodo punya orang.. takut ka? dulu kata tak takut..
Hai Dato’
Harap2 Dato’ selalu lah pi ceramah kat sabah..
Sabah sekarang ni dah jadi pengikut buntut BN..
Harap2 Dato’ boleh ubah seniro ini..
………SABAH AKAN JADI KUBU KUAT BA…………
hai dato
sy ni rakyat malaysia dn kemahuan sy dan rakyat bukan lah nak dengar doto dok cita tentang bini nak jd pm lah,nak tawan sabah la,nak buat kandang babi besar besar lah,kami nak apa yg dijanjikan dikotakan.masa berlalu dato. asyik bercerita pasal kuasa keje tak jalan wat ape.kuasa no 2 ,buat keje dulu.nanti rakyat tengok ada perubahan dalam 5 negeri yg dijajah maka rakyat lain dinegeri lain pasti berubah haluan punye, jgn risau la dato.tgok selangor ckp je air free smpai skrg tak ade apa pun yg ada hanya penangguhan bulan ke bulan.ingat dato umno lpas 50 tahun berjuang pun melingkup rakyat buat disebabkan gila kuasa jadi jangan lah pk hanya 5 tahun pastu bungkus cam trengganu.sy kecewa lah dato rakyat kecewa juga dato.kami mahu perubahan skrg ni macam2 kenaikan keluar.pastu syarikat2 cina semua makin terpacak tapi org melayu mundur.come on dato tak kan nak biar org melayu juara akademik fantasia je.hentikan angan2 tu bantu kami cepat ,masa berlalu segala rancangan baru nak bincang baru nak bincang.tp hairan org cina minta ladang babi laju je luluskan ada apa2 ke.
Assalamualaikum DSAI.
Saya dan saya kira semua penyokong PR sedang ternanti-nanti perkembangan terbaru berkaitan penubuhan kerajaan baru yang Insyaallah akan diketuai oleh DS. Apapun, untuk menjaga imej DS dan PR, perkara ini mahu tidak mahu perlu direalisasikan mengikut perancangan yang sering diwar-warkan. Saya mengimpikan berita penghijrahan beramai-ramai MP BN ke PR, dipaparkan dengan meluas di dada-dada akhbar nasional.Saya terlalu ingin untuk melihat reaksi dan kegelabahan Pak Lah, Najib, Khairy, Hishamudin, Muhd Taib, Rais, dll MP yang sering memperlekehkan usaha dan target PR.Saya sentiasa berdoa agar usaha DS ini akan direstui Allah. Namun usaha kearah matlamat tersebut perlu terus dilakukan tanpa jemu. Wassalam.