Jumaat lepas saya dan Azizah berkunjung ke pejabat MB Perak, YB Sdr Muhammad Nizar. Dan seperti yang dilakukan di Pulau Pinang bersama Ketua Menteri Lim Guan Eng, serta MB Selangor Tan Sri Khalid, saya melahirkan sokongan dan mengharapkan mereka agar segera memberikan tumpuan mengurus negeri dengan amanah, memacu pertumbuhan ekonomi dan peka dengan tuntutan rakyat.
Malam semalam saya menyertai acara Maulidur Rasul di Masjid Bayan Baru bersama Timbalan Ketua Menteri YB Sdr Fairuz Khairuddin. Sambutan rakyat tetap hangat. Saya menyentuh masalah Melayu Pulau Pinang dan memberi jaminan bahawa KeADILan dan Kerajaan Negeri akan pastikan bahawa program pembelaan rakyat akan lebih berkesan inshaAllah.
ANWAR IBRAHIM
















