Petikan dari respons Sdr. Md. Zakhir:
ada beberapa langkah2 yg ingin dibuat oleh beberapa DUN serta ahli parlimen sendiri dlm menulaikan janji mereka kpd pengundi2 semasa PRU 12… dlm peamatan sy menampakkan yg YB-YB ini tidak matang dlm membuat pelan tindakan dan tergopoh-gopoh.semacam nak menunjuk HERO.. mendengar ucapan-ucapan YB-YB ini ada yg kalanya menakutkan rakan-rakan bangsa lain…banyak lagi pekara-pekara yg sy ingin nyatakan disini,..saya akan cuba mencari ruang dan peluang utk ketemu DSAI dimana jua utk memberi maklumat yg lebih terperinci…harap DSAI beri perhatian yg sewajarnya,..BIMBANG,ZAKHIR
Ada rungutan bersabit prestasi Ahli Parlimen dan Dewan Negeri yang baru dipilih. Saya dan pimpinan parti telah menemui kesemua mereka bulan lalu dan menetapkan panduan kerja selanjutnya. Sdr perlu memberikan mereka sedikit ruang menyelesaikan masalah yang tertangguh.
Inshaallah mereka akan dapat menyempurnakan tugas sebaiknya dan kita akan terus memantau.
ANWAR IBRAHIM
















