Wacana mengenai Dasar Ekonomi Baru perlu mengisi perbahasan mengenai Agenda Ekonomi Malaysia. Saya sertakan semula rencana tersebut dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
ANWAR IBRAHIM
Wacana mengenai Dasar Ekonomi Baru perlu mengisi perbahasan mengenai Agenda Ekonomi Malaysia. Saya sertakan semula rencana tersebut dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
ANWAR IBRAHIM
Dato seri,
jangan lupa versi bahasa cina & tamil. Bila dah tersedia, saya akan membantu menyebarkan agenda tersebut melalui email kepada teman-teman.
Inilah yang ditunggu2 oleh RAKYAT….HIDUP A.E.M!!!!
Insyallah dgn niat kita yg ikhlas utk semua, Allah akan makbul kan, saya doakan DSAI sentiasa dilimpahi kesihatan yg baik.
HIDUP!!! DSAI
Masa nya telah tiba,
Kita bersatu membentuk BANGSA,
BANGSA MALAYSIA kita cipta,
Menuju arus Dunia Global,
Semangat Jati Anak Malaysia,
Menjunjung titah terhadap Raja,
Muncul nya Perwira Malaysia tercinta,
Membantu seluruh rakyat Jelata,
Peristiwa nan lalu jadikan tauladan,
Membentuk Jiwa lebih harmoni,
mari lah kawan,rakan dan taulan,
menyokong Pemimpin yang terbukti disegani,
Tiupan angin,bergerak nya badai,
Suria pagi membawa hikmah,
rakyat menanti pulang nya DSAI,
Semoga Berjaya membentuk Ummah,
Selamat Maju jaya……..
edyesdotcom wrote:
Kepada rakan seperjuangan, saudara/i sekalian,
Inilah harapan baru untuk Malaysia, harap anda semua dapat menerimanya seadanya.
SILA PRINT UNTUK PEMBACAAN YANG LEBIH BAIK DAN LEBIH JELAS.
Saya Berharap beberapa Ceramah Perdana diadakan di sekitar Negeri Selangor khas untuk AGENDA EKONOMI MALAYSIA, Ceramah boleh di adakan dalam stadium, seperti stadium Shah Alam,Stadium Kelana Jaya, Stadium Selayang,Stadium Melawati dan Lain.
umno cuba melemahkan pengaruh dsai,umno sedar pengaruh dsai masih kuat dan relevan,oleh demikian umno cuba melemahkan pengaruh dsai dan cuba meracuni pemikiran rakyat,nama saja umno pembela nasib orang melayu sedangkan ank penyokong pas tidak diberikan bantuan hanya ank orang umno je dapat bantuan,ni lah mainan politik umno cakap je pembela nasib orang melayu,pemimpin umno sekarang tak sama dgan pemimpin umno 50 thn dahulu,pemimpin umno sekarang bersifat talam dua muka,pentingkan diri sendiri,pentingkan pangkat,saya percaya selagi bn memerintah negara barang akn terus naik,rakyat masih ada lagi bergaji rm350 disektor2 kilang di johor.kerajaan bn bukan pembela nasib rakyat tetapi penjajah ekonomi,dimasa akan datang jikalau ba berjaya memerintah negara harap gaji pekerja2 kilang diberi gaji minimun rm800 sebulan.insyaallah ba akn menang besar 5 thn akan datang mengikut ramalan tok.
akhirnya yang ditunggu2..
sahabat bloggers skalian, bahan sudah ada, sebarkan kepada semua..
masa untuk kita bertindak.. sekurang-kurangnya kita meringankan beban pemimpin kita dalam menyampaikan maklumat mengenai AEM kepada teman2 kita yang lain terutama “pejuang melayu” yang sibuk mempertahankan DEB sekarang..
DSAI,
kami akan membantu seberapa banyak mungkin..demi malaysia yang baru..
terima kasih dengan penerangan ini….
Dato’Seri,
teruskan perjuangan demi masa depan negara dan keharmonian negara..kami akan sentiasa sokong anda..wsslm..
Yang pasti.. pemimpin UMNO/BN dah rasa goyang sekarang… menjalankan dasar NEP yang dah lapuk dan untuk kepentingan peribadi dan kroni masing2 sahaja… membela kononnya untuk mempertahankan hak melayu… he he he… sebenarnya untuk hak Melayu UMNO sahaja…
Sebagai rakyat biasa yang menyokong pergerakan parti PKR/PAS/DAP secara sulit (kerja gomen peringkat federal, tak boleh tunjuk2 sangat)… kami akan pastikan agenda baru ini akan terus berjaya dan berjaya….
Dear Dato,
Please hire a translator for chinese, jawi and indian for the following pdf. Wider and border audience this will do good and let the nation know what’s your agenda on MEA.
Pertama sekali saya ingin merakam ucapan tahniah kepada PKR kerana berjaya memenangi PU12 dan mengambilalih tampuk pemerintahan kerajaan Negeri Selangor. Saya selaku penyokongDatuk Seri Anwar Ibrahim dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) berasa sangat berbesar hati di atas senario ini.
Sehubungan itu, saya juga berasa terpanggil apabila melawati laman web Parti Keadilan Rakyat di URL http://www.keadilanrakyat.org/. Berdasarkan kandungan pada muka laman Badan Perhubungan Negeri, pejabat PKR Selangor masih beralamat di Kuala Lumpur.
Selangor
Negeri Selangor (termasuk WP Putrajaya)
110-3, Tingkat 3
Jalan Tun Sambanthan
Brickfields
50470 Kuala Lumpur
T : 03.2272.4220
F : 03.2272.1220
selangor@keadilanrakyat.org
Pengerusi:
Dato’ Dr. Zainal Abidin Ahmad
Memandangkan PKR telah memenangi PU12 dengan jayanya, maka adalah wajar seandainya pejabat ini dipindahkan ke lokasi lain di Negeri Selangor. Untuk lebih dekat dengan pentadbiran kerajaan negeri adalah dicadangkan agar pejabat baru ditubuhkan di kawasan Shah Alam. Dengan adanya pejabat baru ini adalah diharapkan agar aktiviti-aktiviti PKR dapat diperhebatkan bagi membantu dan membela nasib rakyat. Dengan adanya pejabat yang lebih dekat ini, adalah diharapkan agar ia dapat menarik lebih ramai sokongan dan ahli untuk menyertai PKR. Pejabat ini juga dapat berfungsi sebagai pusat untuk memantau perlaksanaan segala program dan agenda yang dirancang pimpinan PKR dan kerajaan Barisan Rakyat.
“Syabas kepada Parti Keadilan Rakyat”
Sekian, terima kasih.
Penyokong PKR,
Pendeta Melayu
Assalamualaikum DSAI,
Mungkin apa yang saya bakal bicarakan di sini mengundang rasa marah dan sinis di kalangan pendokong - pendokong BR dan DSAI sendiri tetapi saya berasakan ia wajar. Sekiranya benar DSAI ada,sedang, telah dan akan bertemu dengan ADR atau ADUN BN untuk berbincang tentang kemungkinan mereka menyertai BR maka saya pohon agar DSAI dan rakan - rakan renungi kembali kewajaran tindakan tersebut.
Walapun saya yakin BR tidak menawarkan ganjaran berupa kedudukan atau kewangan kepada mereka,tetapi tindakan itu bagi saya samalah seperti merampas atau mencuri hak orang. Rakyat ataupun para pengundi telah memilih mereka antara lain berdasarkan parti yang mereka wakili iaitu BN dan bukannya memilih calon BR/ Lantas, pilihan rakyat perlu dihormati dan tidak dikaburi (mungkin) oleh keinginan untuk menumbangkan BN dengan apa cara sekalipun. Perlu diingat, DSAI sendiri pernah berkata matlamat tidak sama sekali menghalalkan cara.
Kiranya mereka ini berniat untuk bertukar parti, ternyata mereka ini tidak boleh dipercayai kerana tidak setia pada perjuangan. Malah tindakan mereka juga sama seperti pengkhianat dan seperti kata Tok Guru MB Kelantan, sekiranya mereka ini berprinsip mereka semestinya tidak bertukar parti.
Saya tidak layak untuk menasihati DSAI kerana DSAI lebih arif tentang siasah namun dengan ikhlas saya pohon agar kita hormatilah kehendak rakyat yang telah memilih mereka. Namun , kiranya mereka masih berminat untuk menyertai BR, wajar mereka meletak jawatan agar pilihan raya kecil boleh diadakan dan kiranya mereka sesauai maka pilihlah mereka sebagai calon BR.Peristiwa 1994 di mana PBS kehilangan kuasa di SAbah wajar diambil iktibar. BN berjaya membentuk kerajaan melalui pintu belakang, membelakangi hasrat rakyat - cara yang kotor. SAya percaya dan penuh yakin BR berpegang teguh pada prinsip.
Hormatilah pilihan rakyat yang ternyata sudah muak dengan BN tetapi belum cukup untuk memberi keyakinan pada BR untuk berkuasa. Sekarang bukan masanya untuk ‘menggulingkan’ BN dengan cara demikian, buktikan kemampuan BR mentadbir 5 negeri yang sedia ada dan bertindak bijaklah di Parlimen. Sesungguhnya, rakyat melihat dan menilai dan kita semua perlu yakin kepada rezeki Allah, kiranya Dia izinkan maka 2012 BR bakal menjadi kerajaan melalui pilihan raya tetapi bukan sekarang dengan cara memujuk YB - YB Bn untuk ‘berhijrah’.
Alasan bahawa sukar untuk menang pilihanraya kerana SPR tidak telus dan sebagainya janganlah dijaja kerana kuasa Allah membuktikan bahawa BR berjaya di 5 buah negeri. Istiqamah dan ikhlas dalam perjuangan perlu sentiasa dihayati.
Akhir kalam, saya pohon kemaafan kiranya ada yang tersalah dan tersilap namun atas dasar cintakan kebenaran dan sokongan pada BR maka saya nukilkan luahan rasa ini buat ingatan dan renungan DSAI dan rakan - rakan BR.
Lawan tetap lawan tetapi biarlah bermaruah!
“Bantuan pendidikan, perniagaan dan pekerjaan perlu ditekankan untuk semua
golongan miskin dan terpinggir, kerana tidak mungkin dipertahankan sistem bobrok
yang tidak mempedulikan nasib rakyat miskin terutama di kalangan Bumiputera”.
Saya tertarik dgn AEM yang kelangsungannya utk membela nasib para karyawan yang tertindas dengan kemiskinan dan tidak cukup makan.Kalau boleh diperkatakan sedemikian.Brother Anwar masih ingat isu Baling yg dulunya”DEB” juga sudah digerakkan ketika itu.Melihat rentetan itu apakah tidak berlaku lagi sedemikian pada AEM nanti.Mcm mana jaminan itu.Ini atas kertas.Kami mau “RASA” bukan omongan kelak.Takut2 Datuk2 kita,yb2 kita jadi alpa bila sudah dipuncak sana…nun disana.Kalau masih ada kekuatan Brother Anwar “jgn jenguk tapi bagi kata dua pada mereka yang kurang ajar pada kami “pemilik sebenar” punacak mahligai itu.
Harapan rakyat supaya AEM, lebih tertumpu kepada rakyat bawahan. jangan sesekali melahirkan jutawan seperti DEB yang melahirkan orang kaya menjadi bertambah kaya tempat BN bersandar serpati Ananda Krishnan (Usaha tegas),Tan Sri Vinsent Tan Sri (Berjaya Group),Yeoh Tong Lay (YTL),UEM World (PLUS) dan banyak lagi mereka ini yang menerima impak serta limpahan dari dasar DEB orang kebanyakan dapat apa sampai beras pun dimonopoli oleh keroni (Bernas). Gula dan tepung oleh Kouk Group,UMNO perintah 50 tahun dengan dasar DEB bumiputra berniaga Nasi Lemak dan goreng pisang tepi jalan,Belacan,Keropok Lekor,Budu,Cincalok.untuk Export pula malaysia adalah penexport VCD cetak rompak tungal di asia.malaysia ku terbilang ini lah hasil DEB yang di puja oleh pejuang UMNO.yang konon telah menbantu bumiputra dasar DEB lebih memetingkan keroni sahaja yang mana DEB telah menberi ruang kepada segolongan yang kaya memonopoli perniagaan tertentu sehingga meletakan satu ruang yang jauh diantara bawahan dan atasan jurang kekayaan dan peluang niaga begitu sempit untuk golongan bawahan dan pertegahan untuk terus berkembang ini kerana kebanyakan syarikat keroni memonopoli keseluruhan perniagaan jika dia berniaga A dia akan buka anak syarikat dibawahnya sampai Z untuk kaut segala perniagaan dikembalikan di bawah satu bunbung.AEM perlu menhadkan perniagaan sesebuah syarikat A sampai E sahaja. begitu juga syarikat kerajaan mereka juga berniaga secara rakus sepatutnya syarikat kerajaan berniaga diluar negara perniagaan tempatan di beri kepada rakyat.ini tidak mereka sapu dalam dan luar.nasib baik tiada syarikat GLC nak berniaga belacan melaka ,dan kropok lekor jika itu pun mereka sapu alamat bumiputra berniaga dengan jiran sebelah ajalah.
Kesemua 23 Ahli Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional akan memulaukan majlis angkat sumpah Menteri Besar esok kerana membantah tindakan tidak melantik semula Datuk Seri Idris Jusoh (Utusan Malaysia,22/3/08).
Agaknya apa Badan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM)dan juak2nya nak buat bila dikalangan UMNO sendiri dah bertindak mengkhianati Raja dengan memulaukan majlis angkat sumpah MB Terengganu. Ini bukan saja mengkhianati Kesultanan Terengganu, malah dah menghina Yang Di Pertuan Agong sebagai Sultan Terengganu. Tak pula mereka respon dengan buat ‘perhimpunan aman’..konon je nak bela Raja Melayu…
Assalamualaikum,
DSAI tahniah dengan Agenda Ekonomi Malaysia, sebagai seorang pemimpin kepada rakyat Malaysia yang ditungu-tungu. Agenda itu memenuhi setiap lapisan rakyat,menjadikan kerajaan yang dinamik menguntungkan semua bangsa tak kira Melayu ,Cina, India dan lain-lain bangsa. Saya amat tertarik dengan gelagat UMNO terutamanya bila melihat analisis PRU12 diAstro Awani dimana Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang berasal dari Melaka tak habis bercerita pasal 13 Mei, nampak macam tak puas hati saja dengan kekalahan.Untuk makluman dibawah pemerintahan BN sekarang ini tak ada perubahan daripada segi Ekonomi,kehidupan rakyat yang makin tertekan tidak seperti Agenda Ekonomi yang memberikan keadilan kepada semua pihak. Dasar DEB sudah lapuk wahai pemimpin-pemimpin UMNO yang hanya menguntungkan elit-elit UMNO,MCA dan MIC wahai majlis Tertingi dari Melaka nak botol orang kampung boleh le, sendiri pun tak betul nasib baik ada mamak dari Kedah tolong masa berkuasa, sampai Lim Guan Eng pun masuk penjara kerana kes…..itulah balasan dari Allah tak kira apapun agamanya. Sebagai pemerhati dari luar, insaflah untuk UMNO hidup ini janganlah angkuh sombong kekuasaan itu bukanlah kekal selama-lamanya, buat majlis tertinggi itu eloklah peragai tu jangan emosi sangat bila diinterview malulah sebagai seorang pemimpin yang dilihat tidak kreditbiliti untuk menjadi pemimpin yang hanya menjawab soalan-soalah yang berulang-ulang atas jasa BN. Rakyat sekarang bukannya bodoh sebab ada akal untuk berfikir,ada mata untuk melihat,ada telinga untuk mendengar ada tangan dengan pensil untuk membuat kejutan.
Wassalam
rakyat harus bersama membantu para pejuang perubahan bagi menjana “AGENDA EKONOMI MALAYSIA”.
Semoga ianya dapat direalisasikan dengan jayanya inshaAllah.
Salam..
1)Saya cdgkan 5 negeri yg BR menang , adakan forum utk membincangkan
AEB ni. Wujudkan dialog dikalangan rakyat, bijak pandai, golongan peniaga,industri,bank dll.
2) Sekarang adalah masa utk membangun negeri yg BR menang, kita perlu pertahankan negeri tersebut dlm PRU13…
3) Wujudkan kerjasama diantara 5 negeri tersbt.
4) Ttg BN nak lompat BR…saya berpendpt biarlah mereka lompat atas dasar sayangkan MALAYSIA, bkn atas dasar kecewa sbb tdk dilantik dlm jawatan kerajaan BN.
5) Kpd MP dan ADUN BR yg menang….jgn lupa tanggungjawab KAMU ! tunaikan amanah rakyat….PRU13 menanti KAMU..
Wassalam…
salam, tiada mekanisma yg spesifik untuk membantu peniaga islam dan bumiputera dalam bidang perniagaan yang mana kita tahu keseluruhan rangkaian utama perniagaan dikuasai oleh bukan islam. jika diketahui, keadaan pasaran sangat menggerunkan bagi peniaga2 islam dan bumiputera. amk selangor sila kaji keadaan pasaran sebelum menolak sepenuhnya DEB. peniaga2 islam ini adalah majikan kepada ramai orang2 islam dan bumiputera.
Salam DSAI…. re my comments (4 days ago)requesting examples of MEA/AEB. Thanks for this informative articles. I suggest this info should be distributed widely for public reading and awareness.
Ketua kampung mahu boikot program negeri
LUMUT 22 Mac – Pertubuhan Ketua-Ketua Kampung Negeri Perak (PKKNP) akan memboikot semua program anjuran kerajaan negeri yang ditubuhkan hasil gabungan parti pembangkang berkuat kuasa serta merta.
Ahli Exco PKKNP, Kassim Mohd. Said berkata, ketetapan itu diambil hasil daripada mesyuarat khas pertubuhan tersebut yang diadakan petang kelmarin dan dipersetujui oleh 776 orang ahli dari sembilan daerah.
‘‘Kami dilantik oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) dan perkhidmatan ketua kampung hanya akan berakhir pada 31 Disember ini.
‘‘Justeru, kami dilantik bukan untuk berkhidmat dengan kerajaan yang baru dan mereka tiada hak mengarah ketua kampung mengikut telunjuk mereka,†katanya di sini hari ini.
Kassim berkata, pihak persatuan juga akan membuat pertemuan dengan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib dalam masa terdekat bagi membincangkan hala tuju pertubuhan tersebut.
Katanya, dalam pertemuan itu pihaknya akan mencadangkan agar kementerian supaya melantik semua ahli sebagai ketua penyelaras pembangunan kampung seperti yang dilaksanakan di Kelantan.
‘‘Melalui kaedah itu proses membangun dan menyalurkan semua projek pembangunan dari kerajaan pusat kepada masyarakat bawahan dapat diselaraskan,†katanya.
Mengenai pemulauan itu lagi, Kassim memberitahu, pihaknya turut mengarahkan semua ahlinya supaya memboikot majlis perjumpaan dengan Menteri Besar yang baru pada Selasa depan.
‘‘Saya telah mengarahkan semua 56 ahli pertubuhan di Manjung dan semua ketua kampung di Parlimen Lumut supaya memulaukan sebarang program anjuran kerajaan negeri pembangkang.
‘‘Hari ini saya akan bertemu pula dengan semua ketua kampung di Parlimen Beruas bagi menyampaikan arahan yang sama supaya tidak memberi kerjasama dengan pimpinan kerajaan negeri yang baru,†katanya lagi. UTUSAN MALAYSIA
My Comment: (sorry bahasa agak kasar sikit - GERAMMM,MARAH,MENYUMPAH mcm-mcm ada..)
Tengok betapa bongoknya sesetengah orang Melayu? Mereka tuduh orang Cina, orang India ntah mana-mana lagi orang yang nak jahanamkan bangsa mereka. Tapi mereka tak sedar merekalah sendiri yang sebenarnya menjahanamkan bangsa mereka sendiri.
Apa punya tindakan bangang lagi biadap buat keputusan begitu? Tak ke mereka, especially ketuanya yang samdol tu, Ahli Exco PKKNP, Kassim Mohd. Said tahu secara tak langsung yang mereka menderhaka kepada keputusan raja yang telah memperkenankan pelantikan Menteri Besar Perak itu? Konon taat kat Raja, tapi mengaku lebih taat kat Menteri Kemajuan Wilayah yang bodoh tak reti cakap Inggeris yang menyeludup duit berjuta-juta ke Australia dulu tu. (Orang mcm nipun boleh jadi menteri????) Bagus sangat pemikiran orang UMNO totok ni. Padanlah parti korang hanya dapat hati di kalangan orang-orang bangang dan penyangak macam korang gak.
Mereka tak mahu bekerjasama dengan kerajaan negeri yang baru tu bukannya apa. Selama ni semua bantuan yang disalurkan oleh kerajaan di songlap sebahagian besar oleh mereka dulu. Sikit aje sebenarnya yang sampai ke orang kampung. Jadi bila dah tukar kerajaan negeri mereka kalutlah poket mereka kosong bakal tak boleh nak buat kerja songlap duit ni lagi. Kalau mereka ikhlas berkerja untuk orang kampung mereka mereka takkan buat tindakan sebegini. Apa, mereka ingat mereka berhak buat keputusan bagi pihak semua orang kat kampung mereka tu ke? Memang tak guna akal betul.
Peringatan utk orang-kampung kat Perak dan negeri-negeri lain. Fikir dua kali lain kali kalau ketua kampung, ke Penghulu ke, JKKK anda ke yang ada amcam ini. Ingat. Orang macam ni ada agenda sendiri yang hanya pentingkan perut mereka aje, bukannya kepentingan anda. Jangan mudah salahkan bangsa lain yang hendak menjahanamkan bangsa kita. Sebenarnya sebahagian besar orang Melayu ni masih ditahap mundur disebabkan oleh orang Melayu sendiri. Orang Melayu yang macam di dalam rencana di atas tu, ditambah pula apabila ketua-ketua di atasnya yang lagi sepuluh kali lagi teruk dari itu. Muhasabah diri.
As a young Chinese Malaysian I have always felt frustrated with the way things were going in Malaysia.
Injustice, stupidity and plain ignorance irk me as i read the papers on what is happening in the field of Malaysian politics. Before reading your agenda I felt that things would be the same after the elections.
After a long time of talking about my views and frustrations in the mamak shop with little motivation or expectation of expecting any change, I really want to thank you for giving me hope that perhaps Malaysia can be the country which it can be. A place were I can find equality and intellect. I hope to contribute to your vision when I get back to Malaysia.
ramai menyatakan keresahan calon2 lompat ke BR. kononnya, tidak bermaruah, penuh tipu daya, dan tidak kurang juga yang muak dengan sikap pemimpin2 BN.
rakan2 seperjuangan sekalian,
usahlah kita terlalu taksub dengan perjuangan kita. kedegilan dan ketidak upaya kita untuk menjadi fleksibel akan membawa kejatuhan dimasa kelak. prinsip utama disini adalah keterbukaan dalam segala bentuk asalkan tidak bertentangan dengan prinsip yang kita perjuangkan.
andai kata ada yang ingin membeli maka kita haruslah sedia menjual. tetapi franchise BR mestilah mengikut tatacara dan adab yang telah dipersetujui. tidak akan ada yang dibeli, hanya keikhlasan melakukan islah yang menjadi harga.
bukankah DSAI telah menyatakan kesanggupan berbincang. tetapi yang membuka pintunya pastilah DSAI sendiri dan barisan kepimpinan BR yang lainnya. penyertaan dari seberang mestilah mengikut kehendak dah prinsip islah barisan Rakyat dan bukan lagi BN.
there is nothing to lose in our side but there is a lot to gain
those who want to join has everything to lose by not joining.
bukankah Rasulullah juga menerima Saidina Umar yang sebelumnya musuh Islam yang paling ketat?
perjuangan mesti dipimpin dengan kebijaksanaan. bukan dengan kedegilan
Tahniah Tan Sri Khalid, Pengalaman serangan waktu subuh sewaktu di Bursa London oleh PNB serta pegalaman CEO di syarikat Peladangan gergasi digunakan untuk bangunkan Selangor.Jika Tan Sri Boleh beli ladang diindonesia untuk GLC saya yakin TSK boleh beli harta tanah yang ada pontesi buat keuntungan diluar negara untuk kerajaan selangor ,saya yakin dibawah Tan Sri PKNS bukan sahaja buat penbangunan Harta Tanah di Selangor bahkan diPerak,Kedah,Penang,Kelantan,Sabah,Hong Kong,Indonesia,Negara Arab,India. Selangor boleh buat pelaburan tampa sempadan yang telah TSK lakukan suatu ketika dahulu perlu di gunakan untuk kembalikan kenuntungan untuk selangor dan rakyatnya.bangunan Yayasan Selangor di Bukit bintang KL perlu di ubah suai untuk dijadikan pusat beli belah dan disewakan,Yayasan selangor boleh beli sebahagian tanah tapak pudu jail untuk dijadikan pusat bazar malaysia untuk perniaga kecil berniaga BN telah kayakan orang kaya kini BR pula beri sedikit ruang perniaga kecil untuk berniaga.
UMNO DERHAKA KEPADA RAJA RAJA DAN SULTAN MELAYU.
Relakah rakyat melihat sejarah berulang ’sultan mahmud mangkat dijulang, nanpaknya Raja perlis dan Sultan Terengganu dihimpit oleh UMNO, cis!…..bedebah kamu orang UMNO raja melayu nak kamu cabar kami tidak biarkan sultan kami di hunus dengan keris UMNO.jika benar apa dikata kami sedia berpancak demi sultan kami orang melayu berpaksikan raja dan sultan ’sejauh mana seluang melaut akhirnya balik ke lubuk’ atau ’sejauh mana bangau terbang hingap jua dibelakang kerbau’
melayu dan sultan ibarat isi dan kuku jika sultan dicabar oleh UMNO langkah kami (BR) dulu sultan adalah payong kami tempat kami berteduh jangan UMNO nak rabakkannya.kami berdiri tegug didepan sultan jika UMNO cabar sultan. kami sedia jadi perisai demi raja dan sultan kami dari serangan UMNO.
saya setuju dengan cadangan ng lum yong, ceramah perdana dibuat di stadium supaya orang ramai boleh mendengar amanat dari DSAI dan pemimpin-pemimpin BA yang lain. berkuasanya parti BA di empat buah negeri selain Kelantan, saya rasa tidak mengalami kesulitan untuk mendapatkan permit seperti sebelumnya.
Tahniah DSAI,tahniah petugas KEADILAN seluruh Malaysia.Teruskan gerak kerja Keadilan untuk membentuk sebagai parti utama di M’sia.Ada beberapa cadangan dari saya:
1. Adakan pertemuan terus dgn pengundi India dimana shj,pastikan cawangan Keadilan dibuka disitu.Saya ada berjumpa ramai kawan kawan anak muda India,beliau menyatakan tempoh 5 tahun ini jika Barisan Rakyat masih gagal utk memberi apa yg org India maukan pun tak apa sebab 50 tahun BN perintah taraf mereka tetap sama.Adakan lawatan bersama dgn doktor yg boleh memberi rawatan perubatan percuma,pakar pakar motivasi,ahli perunding pelajaran.
2. Berikan suara yg cukup kpd orang India dlm EXCO negeri mahupun cawangan parti politik,majlis perbandaran supaya mereka dapat menyampaikan masaalah mereka dgn berkesan.
3. Keadilan hendaklah memastikan cawangan yg aktif diujudkan disetiap DUN,carilah sumber kewangan utk biayai pergerakan secara sederhana.Wang amat perlu masa kempen untuk menanggung sebahagian kos,harus diingat petugas Keadilan ,PAS bukanlah mewah dan banyak duit.Mereka adalah orang orang yg miskin dan tertindas maka sediakan sedikit wang utk mereka jalankan tugas.
4. pastikann semua wakil rakyat KEadilan melalui satu program mengekalkan ketahanan dari sebarang godaan.DSAI pasti boleh mengendalikan program nie.Keadilan mempunyai ramai orang yg pandai untuk membantu.Mustapa Kamil Ayub boleh sediakan.
5. Petugas yg kurang di Johor,Selangor,Melaka.Jika KEadilan mempunyai petugas dan cawangan saya pasti suasana agak berbeza,nungkin Keadilan boleh menang banyak kerusi lagi.DiJohor PAS dan KEadilan tak kuat.
6. Rapatkan kerjasama antara KEADILAN dengan PAS,DAP.
7. UMNO,MIC ,MCA,GErakan pasti akan cuba memberi apa yg pengundi mahukan asalkan mereka menang besar di PRU13,mereka berubah sekarang.Janganlah kta pula leka,habislah kita kalau tak ada buat apa 5 tahun dari skg.Lagi satu awasi apa yg UMNO buat kerana dia nie sanggup gadaikan prinsip asal kan menang.Pasang lah spy di jabatan kerajaan yg sensitif spt Jab Tanah(PTG),Pejabat Daerah.
8. Orang Keadilan mestilah orang pertama sampai apabila ada malapetaka..sediakan no untuk dihibungi.Jika ada cawangan parti lagi mudah…suruh mereka tolong dulu.
9. Adakan banyka kursus politik negara - ajar penyokong dgn taktik politik musuh,ajar ttg politik negara,ajar utk berdebat dan berhujah.Sdr Samsul Akin Ketua Pemuda pasti sesuai.Kena tahu ttg undang undang negara.
Sekian dulu
Sdra admin,
Kenapa kisah oportunis yang menempel dan mengambil kesempatan (dibaca berkerumun) di sebalik kejayaan BR sekarang tidak disiarkan?
Ada main tapis-tapis ke?
Syabas, DSAI….
=Tahun 2008=
Singapura 4 Juta AS $ 30,810 demo-autokratik buka-pelaburan.
Taiwan 23 Juta AS $ 15,271 demokratik buka-SME
Korea Selatan 48 Juta AS $ 19,200 demokratik buka-corporate
Malaysia 26 Juta AS $ 6,244 umno-putra buka-umnoputra
=Tahun 2028=
Singapura 6 Juta AS $ 50,000 demo-autokratik buka-pelaburan.
Taiwan 32 Juta AS $ 32,000 demokratik buka-SME
Korea* 90 Juta AS $ 25,000 demokratik buka-corporate
Malaysia 40 Juta AS $ 60,000 demokratik buka-all
* Korea Selatan & Utara menjadi satu negara.
Tahun 2028, setelah BN ditumbangkan selepas 20 tahun,….
Malaysia kini sebagai Negara ke-dua terkaya dari segi pendapatan kapita selepas Jepun di Asia. Selepas melaksanakan Agenda Ekonomi Malaysia (MEA), kini Malaysia boleh bangga dengan pencapaian and pretasinya dimana 10 buah Universiti Kerajaan di letak sebagai 100 buah universiti terbaik di dunia,. Malaysia juga dipilih sebagai negara yang terbersih di Asia dari segi Indek Rasuah, ianya buat pertama kali, Malaysia megatasi Singapura dari segi Indek Rasuah. Malaysia dengan penghasilan sumber Bio-diesel yang kedua banyak di dunia , kini sudah menjadi negara yang terkaya di rantau Asia. Kini, rakyat Malaysia telah berlangkah jauh ke depan dan akan terus maju, setelah 20 tahun penghapusan ekonomi dan politik berasaskan kaum.
Kepada pembaca sekelian,
Maaf kalau saya bertanya mengapa tuan/puan (t/p) mengagungkan sangat pemimpin pakatan/penasihat BA sahaja? Saya nak tanya semasa dia tak ada dalam senario (time dia kat Sg Buloh) kita semua susah dan menderita ke? Dah banyak indikator kejayaan rakyat kita – antaranya pendapatan penduduk l/bandar meningkat 6.8%, di bandar 3.3%, banyak peluang kursus dari pelbagai agensi (contoh MARA, Institut Kraf, SIRIM, ASWARA), 21 universiti tertubuh, ada kolej swasta (contoh Kolej SEGI pun dah canggih) SPNB telah bina rumah mampu milik sebanyak 123,924, taraf kualiti kelapa sawit sebagai bahan eksport (MPOB, PORIM), bantuan modal untuk pelbagai jenis sekolah, wujudkan PUNB utk galak bidang baru utk bumiputra berniaga, program franchisee/franchisor. Jadi apa maksud t/p kata BN tidak membuat utk kita selama ini? Kita susah sangat ke sejak tahun 1998/1999 hingga sekarang? T/p susah ke nak ke sekolah/ lanjutkan pelajaran? Siapa yg bagi subsidi diesel, minyak petrol itu semua? Ada di antara t/p sekarang ada lebih dari satu kereta, berniaga pun banyak untung, boleh naik LRT, pergi melancong, di Pmeran MATTA ramai mampu boleh beli tiket, ramai yg jadi ejen MLM, peniaga internet, buka restoran, pengedar barang jenama.Tak susahpun! Apa Penasihat itu telah sumbang untuk t/p dapat itu semua? Tanya diri sendiri, ok dan harap beretika bila beri komen dlm blog apa sahaja. Terima kasih
Dear sir, I am an economics student and I’m curious as to why you suggest ‘a reversal of policy from poorly-managed privatization to efficient and transparent public management for key sectors’. I would like to know your reasons for having public control over such area like transportation and healthcare instead of further allowing more competition in such markets. Perhaps the issue of contention here is not privatization but monopoly of markets?
Jawapan kepada ABD.
Tidak dinafikan bahawa BN ada membuat pembangunan tapi perlu diingat segala serbi buat tak iklas belanja boros projek tak menguntungkan rakyat secara individu. Buat universiti kena bayar mahal macam nak berniaga. Awa t negara lain boleh bagi free dalam pendidikan.
saya harap pinjaman skim mikro kredit dan sebarang pinjaman untuk memulakan perniagaan tidak meletakan syarat yang menyusahkan dan maslaah birokrasi .Saya biasa dengar agak sukar untuk mendapatkan pinjaman untuk memulakan perniagaan sendiri atau nak memperkembangankan bisness mereka .Ini sangat melemahkan orang melayu untuk meminati bidang perniagaan.
Takkan orang orang melayu cuma layak jual goreng pisang di tepi jalan atau menjual burger pada waktu malam itu pun selalu dihambat oleh pihak PBT….
mungkin kita boleh kaji tentang skim pinjaman yang lebih terbuka untuk masyarakat bawahan,mereka yang menganggur,ibu tunggal dan sebagainya….
kursus kursus usahawan boleh digerakkan dengan lebih banyak dan agresif disetiap daerah.Pihak PBT sendiri boleh menjalankan kursus kursus keusahawanan selain dari Mara dan agensi lain.
Saya harap Dato Seri dapat menilai perkara ini untuk Agenda Ekonomi Malaysia
terima kasih
Jawapan ABD
tak seratus peratus benar…saya tak pasti awak ni seorang usahawan atau camner? awak ni tahu ker tidak apa yang awak cuba sampaikan? awak tahu bagaimana berurusan dengan PUNB? awak tahu tak yang PUNB memerlukan 10% dari nilai pinjaman? awak tahu tak untuk membuat satu proposal yang dikatakan boleh berjaya dilakukan oleh org org tertentu dalam PUNB dengan bayaran sekian sekian? awak tahu tak yang program pinjaman PUNB tak berapa sesuai utk mereka yang tidak berpelajaran tinggi? sebab ada program mereka adalah khas untuk siswazah.
awak cakap tidak seperti awak mengalaminya sendiri…saya percaya awak bukan seorang peniaga…awak sebut “ramai yg jadi ejen MLM, peniaga internet, buka restoran, pengedar barang jenama”
saya nak tanya awak berapa ramai? MLM tidak dimiliki oleh orang melayu kecuali sebagai agen atau stokis,peniaga internet? perniagaan internet di Malaysia hampir pupus kerana PBT tidak menyokong lagi pusat pusat cybercafe dan meletakkan banyak syarat yang tidak munasabah..malah nak dapatkan pinjaman pun tak dikeluarkan lagi untuk pengusaha internet…kebanyakkan pengusaha cyber cafe melayu bungkus berbanding Pusat Cyber kepunyaan bangsa lain.buka restoran? cuba tanya restoran tu dier buka kedai tu dengan duit sendiri atau PUNB? selalu mereka akan jawap mereka guna duit sendiri baru aplly PUNB…pengedar barang berjenama? semuanya melibatkan modal…tanpa modal takkan kemana mana….sedangkan rumah kedai dan kedai kedai agak sukar untuk pengusaha melayu nak masuk…broker mark up tinggi….kalau camtu bukak kedai kat uptown jer laa atau pun downtown…..
Ceramah-ceramah BA khasnya PAS/PKR sebenarnya menjadi sebahagian dari aktibiti ekonomi rakyat golongan peniaga kecil sebab setiap kali ada program ceramah berbagai jualan VCD,Harakah,Suara Keadilan dsbnya.. termasuk pakaian,makanan,buah ,ubat dll… Mari kta Modified sikit Platform/Forum kita ini.. dengan adakan perancangan khusus “Pasar Malam Ceramah” ini “more structured and formated” dengan memperbaikinya spt ada Kempen projek ekonomi Ummah,Meja Pendaftran Ahli Baru,Khidmat nasihat Perubatan Percuma (Banyak kalangan Doktor-doktor kita jika diminta akan bersedia bertugas 2-3 jam shj. waktu malam.),Khidmat Kaunseling (UKI spt JIM buat dulu)dan libatkan NGO-NGO Abim,Jim ,Persatuan-persatuan Kebajikan dll.,Dengan ini Ceramah kita bukan sekadar ceramah shj malah satu program bersama khidmat masyarakat secara sambilan kerana dari situ kita boleh follow up kpd clients membantu mereka seterusnya…Jadi datang Ceramah..maklumat dapat..majilis Ilmu pun boleh..membeli boleh…khidmat nasihat boleh..rawatan kesihatan boleh(yang ringan shj) …Jadikan Ini “satu KHIDMAT KPD MASYARAKAT SETEMPAT SECARA BERGERAK” InsyaAllah Masyarakat akan tertunggu-tunggu program kita..tentu Depa akan mai kat kita
dan berkata Baguih la…Macam ni…Macam ni la Khidmat Barisan Rakyat. ..Memang program macam ni kita dok buat dah cuma nak ada satu format tetap dan organise secara lebih terancang dan ada elemen kebajikan.
sama teramat setuju dengan DSAI.benda ni dah lama berkisar dan bertapak dalam BN.apa yang sangat jelas pada saya adalah berkenaan pemberian biasiswa kepada anak2 jutawan dan seantero dengannya.benda ni berlaku banyak kali.semasa zaman sekolah saya sendiri telah melaluinya.saya sendiri selalu persoalkan kenapa kerajaan memberi biasiswa kepada anak2 jutawan dan bukan kepada mereka yang benar2 memerlukan seperti anak2 golongan rendah dan pertengahan.kenapa kerajaan tidak menyiasat dulu latar belakang pelajar2 terbabit sedangkan keputusan mereka lebih kurang sama sahaja bahkan ada diantara anak2 golongan berpendapatan rendah memiliki keputusan yang lebih baik.dari saat itulah saya nampak kebobrokan kerajaan BN.kenapa tidak diberi biasiswa kepada golongan berpendapatan rendah.bukankah lebih banyak manfaatnya kepada anak2 mereka bila menamatkan pelaran nanti.mereka nanti boleh menaiktarafkan kehidupan keluarga mereka yang susah.BN cakap pendidikan penting tapi tidak beri peluang kepada mereka yang betul2 memerlukan bantuan.sebaliknya anak2 UMNO yang cukup mampu jugak yang dibantu.inilah dasar bodoh BN.ingat rakyat bodoh sangat ka??apa punya BN??pegi mampos boleh la..saya yang telah kecewa sangat telah merantau dan kini menetap di luar negara kerana sangat tidak puas hati dengan perkembangan negara yang dicintai.nasib la ada pemimpin spt DSAI yang sanggup berjuang demi rakyat.saya tahu betapa sukarnya berjuang demi negara kita yang tercinta ini.lebih2 lagi dengan penguasaan dan pemerintahan kerajaan BN yang masih dengan style third world country ni memang meluat.ntah2 apa2 la.meluat sampai nak muntah dengan sandiwara mereka.tak terfikir kah mereka bahawa kita ketinggalan berbanding negara2 lain.ini memang memalukan.proton memalukan.kes perwaja memalukan.tiada apa yang boleh dibanggakan.yang dibanggakan adalah KLCC,putrajaya dan lain2 tapi setinggan2 maseh berselerak di bandar2 besar jua kecil.kampung2 maseh dengan prasarana seperti 20 tahun lepas.ada yang takda jalan berturap.ada yang takda elektrik.itu tak malu ka??bila di tegur pihak antarabangsa bukannya nak mengambil teguran itu sebagai teguran membina tapi nak blame balik diaorang.apa la punya government.semua pandangan rakyat biasa bukannya nak diambil kira malah dilarang pulak.semua tender government kena kasi rasuah baru ada deal.kalu tak tak dapat la tender.bukan kepala kerajaan sahaja.bahkan ketua2 jabatan pun sama.sikap rasuah ni kalu tak dibendung hancur lah negara.saya harap hukuman rasuah dapat lagi digubal supaya lebih setimpal jika Pakatan rakyat menguasai kerajaan.golongan2 yang berpendidikan kebanyakannya sedar dgn BN yang meluat ni tapi kebanyakan tak mampu nak buat apa sebab tu semua blah keluar dari malaysia mencari tempat yang lebih normal dan Adil.PUTRAJAYA juga sangat meluat untuk saya.memanglah nampak cantik tapi nampak macam kat negara arab saja.takda identiti sendiri ker??takkan nak bina bangunan pun nak tiru.??kl sentral nampak cantik tapi banyak yang perlu diatur.YB2 tak pakai lrt mana tahu kesusahan yang dialami oleh orang biasa.ada tempat yang sepatutnya letak escalator diaorang letak tangga.tak patut.harap2 YB DAP tangani la masalah ni..till then ..work hard n smart !!!!