14
Mar
08

Muafakat dicapai di Perak

Wacana hangat berterusan dalam blog mengenai kegagalan mencapai muafakat penubuhan Kerajaan di Perak.

Setelah upcara mengangkat sumpah ditangguhkan, saya terus merujuk kepada pimpinan KeADILan, PAS dan DAP memohon agar dipertimbangkan isu pembahagian kerusi Exco yang lebih adil dan saksama.

Alhamdulillah, muafakat kini tercapai sudah. Kegawatan sedikit ini perlu dimengerti dan dimaafkan.

ANWAR IBRAHIM


120 Responses to “Muafakat dicapai di Perak”


  1. 1 nama Mar 14th, 2008 at 10:13 am

    saya percaya kenyataan yg dikeluarkan oleh bekas presiden PRM itu adalah keputusan beliau dan bukannya DSAI…so amat mengharapkan datuk seri dapat bertolak ansur dan buangkan jauh amaalan2 BN dlm politik berlapang dadalah …ikutlah contoh presiden PAS yg sgt tenang bahkan memberikan sokongan kpd kerajaan BA

    Reply

  2. 2 Umar Abdul Aziz Mar 14th, 2008 at 10:20 am

    Subhanallah.Allah kurniakan harapan (kemenangan BA), & Allah sertakan juga dengan UJIAN.Hari2 yg dilalui adalah untuk kita sama2 menangani apa juga cabaran mendatang.tangani bersama dengan permuafakatan terbaik.Do the best.dont take it emotionally.matang & rasional.sekarang inilah masa terbaik untuk rakyat melihat K E B I J A K S A N A A N BA utk menggalas harapan baru rakyat Malaysia. insyaAllah! -Dont Give Up-

    Reply

  3. 3 PEJUANG REFORMASI Mar 14th, 2008 at 10:21 am

    ALHAMDULILLAH.KATA PERSETUJUAN TELAH DICAPAI.PERLANTIKAN MB PERAK AKAN DIADAKAN BILA2 MASA SAJA.KEPADA SUPPORTER BR SEMUA ESPECIALLY YANG MELAYU DIHARAP JANGAN LA MENGELUARKAN KOMEN YANG ADA MEMPUNYAI UNSUR2 PERKAUMAN.JANGAN KITA TERPENGARUH DENGAN AKHBAR2 ARUS PERDANA YANG TERUS MENERUS MENGHENTAM BR.BELUM PUN SEMINGGU BR MENAWAN 5 NEGERI DAH KECOH.BAGI LA PELUANG.PLEASE.SIAPA YANG TAK SAYANG BANGSA SENDIRI.TAPI BELUM LAGI PEMENRINTAHAN BERMULA TAKKAN KITA BOLEH TAHU SALAH DAN SILAPNYA.TAKKAN DALAM TEMPOH BEBERAPA HARI KITA DAH HENTAM MENGHENTAM.JANGAN KITA MASUK PERANGKAP DAN MEMERANGKAP DIRI KITA SENDIRI.INGAT, KITA BERSATU SEBELUM PILIHANRAYA.SELEPAS MENANG KITA SEHARUSNYA LEBIH BERSATU.

    DSAI, HARAP BERILAH PENERANGAN LENGKAP AKAN SITUASI YANG BERLAKU DAN NYATAKAN PENDIRIAN DSAI TERHADAP ISU INI.JIKA DIBIARKAN TANPA PENJELASAN MAKA AKAN BERTAMBAH KUSUT LAGI KEADAAN.KAWAN2 SEMUA DIHARAP BERSABAR DAN JANGAN SESEKALI TERMAKAN DAKYAH2 POLITIK JAHAT.INGAT, BERSATU KITA TEGUH, BERCERAI KITA ROBOH!

    Reply

  4. 4 manmoncang Mar 14th, 2008 at 10:24 am

    DSAI,

    Walaupun Kerajaan Perak dan pakatan Barisan Rakyat (BR) terbentuk, namun keyakinan rakyat mula terhakis dengan BR akibat ketidakmuafakatan yang berlaku. Walaupun ia nampak sedikit namun impaknya besar untuk rakyat perak terutamanya dan Malaysia umumnya.

    Keyakinan rakyat berbilang kaum majoriti Melayu, Cina dan India terhadap parti-parti di dalam BR adalah sesuatu yang terlalu sukar untuk dibentuk tetapi akhirnya dapat diterima pada PRU12.

    Tetapi saya yakin, amat-amat yakin, hanya dengan kegawatan dan sikap sesetengah parti di dalam BR ini telah menurunkan keyakinan rakyat terhadap BR. BUKAN keyakinan terhadap agenda parti tetapi keyakinan kepada kemuafakatan di antara parti.

    Walaupun bersatu jua akhirnya, namun pergolakan dan suara hati dan tuntutan parti seperti DAP amat membimbangkan khususnya kaum Melayu walaupun kemaafan telah dipinta. Walaupun menerima kemuafakatan ini, namun saya dan juga rakyat yang lain akan sentiasa berfikir bahawa ketidakpuasan hati tetap wujud di dalam DAP dan merasakan BR di Perak adalah satu pakatan yang TERPAKSA demi untuk menyelamatkan dari BN memerintah.

    Dari segi perlaksanaannya, sudah pasti akan berlaku lagi pencanggahan antara parti kerana kemuafakatan yang dibentuk dilihat seperti tidak ikhlas 100%.

    DSAI,
    Di atas adalah apa yang difikirkan oleh saya sebagai salah seorang golongan profesional di Institut Pengajian Tinggi dan saya yakin semua rakyat berfikiran sedemikian. Kami berasa kurang yakin dengan muafakatan BR (bukan agenda) di dalam menangani isu rakyat dan membangunkan negeri Perak.

    Pemimpin BR perlu bekerja keras semula akibat sesetengah parti di dalam BR membuat kenyataan yang menghakis keyakinan rakyat terhadap mereka. Pemimpin BR perlu semula membina keyakinan yang mana seperti saya katakan, kerja ini bukan kerja mudah dan ia memerlukan masa dan juga perlu diyakinkan dengan pengotaan janji-janji yang telah diaspirasikan sebelum ini.

    Rakyat masih memberikan harapan dengan BR (walaupun keyakinan terhakis dengan peristiwa yang sebenarnya bukanlah kecil) agar BR terus dapat memerintah dan memimpin rakyat terutama di Perak bagi menjadikan segala impian rakyat terrealisasi dengan penuh kejayaan.

    DSAI,
    Allah memberi kejayaan kepada BR kerana Dia tahu ketentuan qada dan qadar yang akan berlaku selepas ini. Sebagai seorang islam yang mengikut Al Quran dan Hadith, saya percaya kepada Qada’ dan Qadar bahawa BR akan mencapai kejayaan bersama rakyat seperti yang kita idam dan mimpikan bersama tetapi perkara asas perlu diteguhkan 100% iaitu MUAFAKATAN IKHLAS dari semua parti di dalam BR. Bukan 99%, malah bukan 50% muafakatan ikhlas.

    p/s saya anak jati perak

    Reply

  5. 5 Rakyatmalaysia07 Mar 14th, 2008 at 10:29 am

    Syukur allhamdulillah.
    Memang tahu boleh diselesaikan namun ini zaman suara rakyat …maka disuarakanlah….

    Reply

  6. 6 reform2008 Mar 14th, 2008 at 10:30 am

    Alhamdulillah

    Begitulah sepatutnya setiap masalah diselesaikan secara segera dan secara bermuafakat. Banyak mata-mata yang sentiasa memerhatikan perjuangan kita dan sentiasa mengambil peluang jika kita lalai dan tersilap.

    Selamat maju jaya

    Reply

  7. 7 Dato'Seri Stanley Thai Mar 14th, 2008 at 10:31 am

    Congratulations for the win on the recent General Election. The people has elected the opposition in Perak as alternative State Government. The Rakyat would like to see the DAP-PKR-PAS pact administered these States sucessfully. The allocation of State Exco should be based on the number of seats won. In this case, PKR should be allocated at least with 22% to 25% of State Exco. Giving one (1) seat is simply not fair to PKR. Squabling openly & publicly on the allocation of Exco seats would not go well for the pact.

    Reply

  8. 8 Mohammad Harris Mar 14th, 2008 at 10:31 am

    Terima kasih Yg Berhormat…. sangat sedih bagi saya melihat apa yg berlaku… kalau dilihat dalam log DAP…. bermula dengan semua komen komen baik dari pembaca blog .. akhirnya bertukar pada komen yang tak sedap didengar… begitu juga dengan blog PKR ini…

    harap apa yg di impikan oleh segenap masyarakat malaysia cina melayu india etc untuk bersatu akan tetap menjadi kenyataan…. insyaallah

    Reply

  9. 9 watchdog Mar 14th, 2008 at 10:37 am

    well done!!!

    Every malaysian and most of the world are look at BA now and please settle this issue fast the
    prolong will spoilt BA image and l hope all BA leaders don’t expect won this election since BA won it all the BA leader have do use their wisdom to solve this issue fast in order to show that
    BA is capable to lead our country in near future.

    I hope in future please form a BA website in order to issue collective statement .

    Reply

  10. 10 Subang jaya Mar 14th, 2008 at 10:39 am

    Saya boleh terima bukan senang utk dapat capai muafakat esp baru2 nak bergabung dlm satu negeri. Tapi saya sukar mengerti kenapa perkara ni tak boleh dibincangkan secara tertutup tanpa mengeluarkan kenyataan. Dan saya rasa impaknya sgt besar kepada pengundi2 yg menyokong , bukan kerana BA kuat atau apa, tapi lebih kerana protes kepada BN. Once mereka fed-up dan menyamakan BA dgn BN, kita mungkin “kehilangan” mereka selama2nya. Saya rasa secara gentleman wakil PKR perlu keluarkan kenyataan utk mohon maaf secara terbuka dan DSAI sendiri sepatutnya awal2 minta para penyokong bertenang di kala kegawatan tersebut berlaku. Kematangan dlm berpolitik perlu wujud dlm PKR. Secara peribadi saya melihat PAS lebih konsisten dan lebih tenang dlm menghadapi kegawatan, mungkin pengalaman mereka lebih dalam hal ni. Pls give n take. Insya Allah saya tetap akan menyokong BA. Tetapi cublah belajar mematangkan diri. Jgn lupa apa matlamat BA sebelum n sewaktu PRU (pd ketika tu kita tak mimpikan nak menang smpi 5 negeri).

    Reply

  11. 11 AAM Mar 14th, 2008 at 10:40 am

    Pada pandangan saya, perkara sedemikian adalah lumrah bilamana ketiga-tiga parti PKR-DAP-PAS baru mula hendak bekerjasama di dalam pakatan Barisan Rakyat (BR) untuk memerintah sesebuah negeri, apa lagi bila tiada siapa yang menjangka Perak akan jatuh ke tangan BR kali ini. (Maaf, saya lebih suka mengguna istilah BR daripada BA, kerana kita sudah memerintah beberapa negeri.)

    Cumanya saya terkilan kerana di dalam pertemuan dengan Baginda Sultan Perak, selepas Lim Kit Siang membuat satu kenyataan yang selepas itu beliau meminta maaf, hanya wakil PAS dan DAP sahaja yang hadir tanpa PKR (sebagaimana dilaporkan di dalam Harakahdaily).

    Memandangkan Ustaz Ahmad Awang awal-awal lagi sudah memberi jaminan bahawa jikapun ADUN PAS menjadi Menteri Besar, ia akan berupa pimpinan BR dan bukan pimpinan PAS, sepatutnya pertemuan dengan Baginda Sultan itu diwakili ketiga-tiga pihak supaya:
    (1) tidak ada rasa sangsi di kalangan mana-mana pihak akan apa yang diperbincang dan diputus di dalam perjumpaan itu; dan
    (2) tidak ada mana-mana pihak musuh yang akan mengeluarkan fitnah supaya pakatan BR di Perak hancur dan dengan itu membolehkan BN membentuk kerajaan minoriti di Perak.

    Sayugia diingatkan bahawa rakyat “atas pagar” dan “pengsimpati BN” yang mengundi pakatan BR dalam PRU12 sedang meneliti apa yang berlaku di dalam pakatan ini, dan ini akan mempengaruhi undi mereka di masa akan datang; begitu juga dengan mereka di sekolah menengah tinggi yang mengikuti perkembangan politik semasa yang akan layak menjadi pengundi dalam 1 hingga 5 tahun akan datang. Dalam masa yang sama, saya rasa sudah pasti BN juga akan mengambil kesempatan untuk mengeksploitasi apa sahaja kelemahan pakatan BR, seolah-olah BN tiada kepincangan langsung di dalam pakatannya.

    Saya berharap apa yang berlaku di Perak mematangkan lagi gabungan PKR-DAP-PAS bukan sahaja di Perak, tetapi di seluruh Malaysia. Ini termasuk di Penang, Kedah, Selangor dan Kelantan serta di Parlimen yang mana BR akan mempunyai suara yang lebih besar sebagai pembangkang. Jika ini tercapai, pakatan BR akan menjadi lebih jitu dalam 4 atau 5 tahun lagi untuk menghadapi PRU13 yang sudah pasti salah satu daripada objektiknya ialah untuk mendapat penguasaan di Parlimen.

    Reply

  12. 12 sabahan Mar 14th, 2008 at 10:42 am

    TAHNIAH DSAI..SEMOGA MAJU JAYA..!!!!

    Reply

  13. 13 HERO1 Mar 14th, 2008 at 10:48 am

    don’t be greedy.be a strong true opposition.be relevant.provide true solutions.don’t be muddled in rhetorics only.else you guys would be just whacked to kingdom come once again.remember the voters.be Yang Berkhidmat first before being called Yang Berhormat.

    Reply

  14. 14 belum merdeka Mar 14th, 2008 at 10:48 am

    Kita seharusnya melihat perkara seumpama ini dari sudut yang membina. Bukan dari sudut yang sempit dan bisa melangsungkan kepada perpecahan kemuafakatan yang telah kita bina dari kepayahan getir semalam. Letakkan kepentingan rakyat sebagai wacana yang wahid dalam segala pertimbangan dan keputusan yang bakal di terapkan. Tidak dapat dinafikan bahawa harapan ini kelihatan umpama satu khayalan. Lebih-lebih lagi kelahiran kemuafakatan Barisan Rakyat adalah sesuatu yang baru. Tidak sewajarnya kita berbalah atas perkara yang kita sama-sama ketahui yang bakal mengundang kehancuran. Kita sedang berhadapan dengan suatu situasi yang terlalu fundamental. Jangan kita perbesar-besarkan sehingga menjadi bahan jenaka bagi pihak musuh yang telah kita sangkalkan kelmarin.

    Kita sewajarnya kembali ke meja perundingan. Biar pun upacara mengangkat sumpah akan mengambil sedikit tempoh lagi, kita berbincang sehingga keputusan yang cerdik dapat dilahirkan. Apa guna kita terkejar-kejar memutuskan sesuatu yang penting tetapi hasilnya “mentah”.

    Akhir sekali; sila singkap kisah kelmarin betapa rakyat telah lalui kegetiran perit, air mata darah dan sakit di bantai umpama anjing liar oleh puak-puak yang menindas. Wajarkah kami rakyat yang memperjuangkan kejayaan ini dihukum berpanjangan. Pedih ini masih terasa. Manis kejayaan ini hanya mampu meringankan sedikit penderitaan. Luka ini masih belum kering dan merembeskan darah.

    Reply

  15. 15 irfan Mar 14th, 2008 at 10:48 am

    Assalamualaikum para pemimpin PKR…. saya cuba mencari2 berita terkini ttg MB perak…
    MB perak belum di putus
    Sultan belum perkenan
    Nizar comfirm jadi MB
    DAP bantah
    PKR tak kisah
    Nizar di perkenan sultan
    PKR tak setuju barisan exco
    DAP pulau
    Majlis angkat sumpah tangguh lagi
    Pakatan tak capai kesepakatan ‘ketara”
    PKR buat hal

    Apa semua ni Pak Anuwar?
    bagi la penjelasan sebagaimana Pak Anwar bagi penjelasan ttg isu minyak tu…

    saya pun heran la…

    kalau la betul berita mengatakan PKR tiada maklumat….. dapatkan la maklumat sebelum bertindak

    Satu lagi…

    Pak Rais dah buat kenyataan….

    BN boleh bentuk kerajaan di Perak berdasarkan undang2 dia…. berserta hujah…. apa pendirian PKR?

    sehingga hari ini saya secara ikhlas menegaskan bahawa saya masih kurng percaya akan KEJUJURAN PKR dalam pakatan dengn PAS mahupun DAP….

    calon PKR mudah dibeli

    calon PKR dkhuatiri di gula-gulakan oleh umno

    Reply

  16. 16 Anak Perak Mar 14th, 2008 at 10:50 am

    DSAI jika ditinjau dari perkembangan ini, saya dpt rasakan pemerintahan BR dalam negeri2 yg bercampuran ini akan menghadapi masalah dalam soal dasar dan pelaksanaan kelak. Jika ada parti yg cuba mendahului tanpa permuafakatan akan berlangsung kekhuatiran rakyat untuk memberi mandat pada PRU13.Sikap biadap DAP untuk mementingkan partinya khasnya Lim Kit Siang amat mengecewakan. Dikala BN dalam keadaan tidak stabil mereka mendapat kekuatan semula dengan tingkah laku DAP. Jika berterusan saya tidak hairan rakyat akan memberi sepenggal sahaja. Mungkin DAP berasa selesa di Pulau Pinang tetapi PKR akan hadapi masalah dan PAS tidak ada masalah kerana rakyat tahu akan perjuangan mereka. PKR masih mencari kepercayaan rakyat. Oleh itu, sikap DAP harus diubah saya percaya rakyat masih meninjau tingkahlaku DAP kerana mereka telah menunjukkan sika biadap terhadap orang Melayu dengan mengenepikan undi kami kepada mereka. Selamat Berjaya……

    Reply

  17. 17 Kami Mar 14th, 2008 at 10:52 am

    AWAT KELAM-BABUT KAT PERAK NI????
    HANG PI TGOK.
    SELESAI CEPAT MUNGKIN.

    Reply

  18. 18 hyde Mar 14th, 2008 at 11:00 am

    DSAI & pimpinan yang lain..Alhamdulillah semoga segala kekusutan terungkai sudah.Barisan Alternatif (Rakyat) punyai banyak perkara yang perlu diselesaikan.Rakyat menunggu dengan penuh harapan.Harapan Baru Kami!

    Reply

  19. 19 Noh Mar 14th, 2008 at 11:01 am

    Well done BAs, we are brothers & sisters

    Reply

  20. 20 Mohd Yusof Mar 14th, 2008 at 11:07 am

    Salam,buat pimpinan2 utama PKR,PAS,DAP kemenangan BA baru2 dalam PRU12 amat menakjub sekali. Perlu dimuhasabah diri,kemenangan ini bukan sahaja disebabkan sokongan padu rakyat pelbagai kaum tetapi peranan pengundi2 muda tidak harus dilupakan.Apabila kuasa sudah ditangan,pimpinan2 tertentu mula menunjukkan karaktor yg sebenarnya.Mereka bertindak seolah2 baru setahun jagung terjun ke bidang politik spt menantu PM.Kenyataan mereka langsung tidak mencerminkan kebijaksanaa sbg org politik berpengalaman.Mereka tidak sedar kah apabila mereka bertindak sedemikian,pengundi2 yg telah memberi mereka mandat terutama org2 muda memerhati dan menilai mereka??? Jgn disebabkan tindakan “mabuk kuasa” mereka akhirnya “diajar” oleh org2 muda ini…PRU ke 13 nnt akan lebih byk penyertaan pengundi muda…jadi,bijaksana lah semua pimpinan2 utama,…jg bercelaru buat statement,biarlah statement berbentuk politik….perbedaan pendapat boleh dibincang dalam mesyuarat antara pemimpin,…INGATTTT,..silap bercakap media UmNOO Be END akan manipulate fakta…demi perkongsian kuasa,pimpinan utama BA,.berbincang lah dgn penuh hemah,ikhlas dan bijak,..jgn menang sorak kampung tergadai,..kamu dinilai oleh mata2 org2 muda yg menaruh keyakinan tinggi terhadap kepimpinan,kredibiliti,kebijaksanaan serta kejujuran kamu…

    Reply

  21. 21 Anak Perak Merantau Di Penang Mar 14th, 2008 at 11:08 am

    DAP memang kurang ajar Anak Perak…. saya dah kurang percaya dengan pakatan BR!!!
    Terima kasih banyak2 DSAI kerana membuat kaum melayu berpecah hanya kerana agenda balas dendam DSAI tu!!!! Terima Kasih banyak2

    Reply

  22. 22 Mohd Yusof Mar 14th, 2008 at 11:09 am

    Salam,buat pimpinan2 utama PKR,PAS,DAP kemenangan BA baru2 dalam PRU12 amat menakjub sekali. Perlu dimuhasabah diri,kemenangan ini bukan sahaja disebabkan sokongan padu rakyat pelbagai kaum tetapi peranan pengundi2 muda tidak harus dilupakan.Apabila kuasa sudah ditangan,pimpinan2 tertentu mula menunjukkan karaktor yg sebenarnya.Mereka bertindak seolah2 baru setahun jagung terjun ke bidang politik spt menantu PM.Kenyataan mereka langsung tidak mencerminkan kebijaksanaa sbg org politik berpengalaman.Mereka tidak sedar kah apabila mereka bertindak sedemikian,pengundi2 yg telah memberi mereka mandat terutama org2 muda memerhati dan menilai mereka??? Jgn disebabkan tindakan “mabuk kuasa” mereka akhirnya “diajar” oleh org2 muda ini…PRU ke 13 nnt akan lebih byk penyertaan pengundi muda…jadi,bijaksana lah semua pimpinan2 utama,…jgn bercelaru buat statement,biarlah statement berbentuk politik….perbedaan pendapat boleh dibincang dalam mesyuarat antara pemimpin,…INGATTTT,..silap bercakap media UmNOO Be END akan manipulate fakta…demi perkongsian kuasa,pimpinan utama BA,.berbincang lah dgn penuh hemah,ikhlas dan bijak,..jgn menang sorak kampung tergadai,..kamu dinilai oleh mata2 org2 muda yg menaruh keyakinan tinggi terhadap kepimpinan,kredibiliti,kebijaksanaan serta kejujuran kamu…

    Reply

  23. 23 musyu99 Mar 14th, 2008 at 11:09 am

    Gawat ka… cawat ka….
    janji selesai dengan kata muafakat yang ikhlas disemua pihak…
    jangan hari ini kata lain … esok kata lain…
    tapi sebagai manusia yang sudah pasti banyak kelemahan… kita faham kemelut ini…
    umpama macam program komputer… mesti ada glitch2 pada peringkat permulaan…
    tapi lama2 ok laa.. asalkan ada programmer yang betul2 bijak menangani situasi macam ni…

    BN macam buaya dalam sungai… berligar-liga paras permukaan air…mata saja nampak… klikpok2 warna merah… tunggu masa sesuai untuk terkam mangsa yang cuai…

    Reply

  24. 24 reform2008 Mar 14th, 2008 at 11:09 am

    Saya setuju dengan pendapat anak perak (post no 16). Bagi saya PKR perlu ada kekuatan sendiri kerana DAP saya rasa boleh kekal di Pulau Pinang dan Pas sekurang-kurang nya di Kelantan bagaimana dengan PKR? Di selangor PKR berdiri di atas kekuatan pakatan parti yang lain. Pejelasan yang jelas terhadap maltamat dan perjuaangan PKR perlu dijelaskan kepada rakyat. Jadi itu sebab saya harap sebarang isu dibincangkan terlebih dahulu dan diselesaikan secara dalaman tidak di publishkan kepada umum secara terus. Ini kerana banyak yang akan membuat andaian yang mana akan melemahkan parti dan semangat ahli sendiri. Tq

    Reply

  25. 25 max2811 Mar 14th, 2008 at 11:11 am

    Dear Mr. Anwar,

    I feel DAP lacks the leadership and experience to govern. It has not discarded the Opposition mentality after so many years as an Opp party. I feel a meeting between the national leaders of the 3 parties concerned is of paramount importance.

    Your leadership and experience is needed. You need to hold as many meetings or press conferences as possible to counter and dispel the BN spin. The BN media is trying very hard to create tension and hostility among the races. BN leaders trying to run down BR leaders.

    I fear, in the midst of uncertainty and confusion, the BN media can achieve its purpose and cause trouble.

    Reply

  26. 26 ajmal63 Mar 14th, 2008 at 11:11 am

    Cukuplah sekali ini saya berikan kepercayaan kepada barisan rakyat. Apa nak buat , nasi dah menjadi bubur. Ingatkan agama dan bangsa boleh diselamatkan dengan menyokong keadilan , pas dan dap, rupa2nya tidak sebegitu. Seburuk2 bn pun sekurang2nya nasib melayu masih ada harapan. dulu exco melayu ramai di penang sekarang dah makin kurang. adanya seorang timbalan ketua menteri india akan membuatkan timbalan ketua menteri pertama seperti patong. Malas saya nak bercerita apa dah jadi dengan perak.Sudahlah 6 exco dap dari keturunan cina, yg keadian punya pun tentu diagih kpd cina dan india seperti dikedah . Kalau nak tunjuk toleransi pun biarlah bertempat jangan agama dan bangsa menjadi gadaian. kenapalah saya tak berfikir ini akan terjadi sebelum memangkah dulu. selamat tinggal.. inilah undi terakhir saya untuk dap dan keadilan.

    Reply

  27. 27 Anak kelate Mar 14th, 2008 at 11:15 am

    Saudara Anwar,
    Imbas kembali, bagaimana kita (PAS,ADIL & DAP) masa penamaan calon, masa berkempen, dan hari membuang undi. Kita sepakat, bersama2 dlm bnyk hal. Kenapa slps menang jadi lagu ni.
    Media sekarang memang mencari peluang untuk menghentam kita. Jadi berhati2lah slps ini.
    Saya mendoakan agar kejayaan untuk BR ini.

    Reply

  28. 28 KH Mar 14th, 2008 at 11:18 am

    Dato’ Seri Anwar,

    Thank you for your mediator role in uniting DAP, PAS and PKR. I do not think the no. of excos from each party is so important, if PKR needs more, so be it if DAP is willing to give. Because I believe DAP and PKR represents the same communities and same good ideologies for us. Think in terms of all Excos being Barisan Rakyat members. But I know all this will take time, as BR is still a ‘baby’, we can understand that. But pls, try your best to resolve all such matters asap, not only in Perak but in Selangor too. Hope to see a strong exemplary coalition government in Perak. It is only when all 3 component parties are willing to set aside their differences for a common goal and to form a single party, then the BR will succeed, in my humble opinion.

    Pls help to also make sure Nizar promises not to implement strong Islamic policies in Perak. I am not in Perak but I worry for my parents in Ipoh too. I am not suspicious of him, but I still could not drop the mindset that PAS ultimate goal and their very existence is to form Islamic State anyway. This, I believe, is very hard to change. PKR is the right multi-racial party which is relevant to help bridge this gap between secular and theocratic. I believe in your leadership and charisma. Kudos and fight on!

    A Malaysian Overseas

    Reply

  29. 29 Pendekar Malaya Mar 14th, 2008 at 11:32 am

    Dato Seri perlu tegas dengan pimpinan DAP, PAS, mahupun PKR sendiri. Salah satu faktor terbesar yang membawa kepada kemenangan selesa pakatan BA pada PRU12 ini adalah disebabkan “GELOMBANG ANWAR”. Tanpa penglibatan Dato’ Seri secara aktif di dalam pilihanraya kali ini, sudah pasti mustahil bagi pakatan BA untuk meyakinkan rakyat.

    DAP pon silap2 akan gigit jari dan jangan berangan nak dapat Pulau Pinang kalau tak Dato Seri yang memujuk orang melayu untuk menyokong DAP. Saya amat yakin dan percaya rata-rata orang Melayu Pulau Pinang dan Perak yang menyokong DAP bukan kerana mereka DAP, tetapi kerana Dato Seri Anwar Ibrahim!!!

    Jangan khianati kepercayaan kami Dato’ Seri!!

    Reply

  30. 30 CH Lanag Kasturi Mar 14th, 2008 at 11:36 am

    Tidak ada apa yang lebih mengecewakan saya selepas kemenangan BA dan DAP ialah sikap dan terjemahan erti undi yang dibuat oleh pihak BA dan DAP kepada rakyat. DSAI, ianya sangat-sangat mengecewakan saya. Telahan UMNO/BN menerusi PM dan Musa Hitam tiba-tiba menjadi realiti. Anwar yang sebelum ini menjulang harapan baru Malaysia untuk berpolitik cara BA tiba-tiba tidak dapat mengawal mereka yang terlalu teruja dengan kemenangan yang tidak pernah termimipi selama ini, maka di buat lah pendirian dan sikap sesuka hati. BA dan DAP TIDAK LANGSUNG MEMIKIRKAN SENSITIVI HATI RAKYAT YANG TELAH MENGUNDI KAMU!!! Lim Kit Siang tiba-tiba dengan kenyataan yang membunuh diri memusnahkan wajah ceria kami untuk berhadapan dengan rakan-rakan kami di atas pagar yang telah berubah memilih kamu sekalian dalam PRU-12 kali ini!! Tambah merumitkan kami untuk mempertahankan ketelusan BA dan DAP, apabila Dr. Syed Husin Ali mengeluarkan kenyataan atas pendirian parti untuk tidak menyertai pentadbiran Perak dengan alasan tidak bersetuju dengan pembahagian exco. Kata kamu kita bukan berpolitik ala-UMNO/BN;politik perkauman!Tapi, nah!Inilah sikap kamu BA dan DAP. Menang dan lupa diri! DSAI, saya hampir menitis airmata melihat perilaku kalian baik dalam BA dan DAP. Diri saya yang sama juga hampir menangis tatkala BA dan DAP diumumkan memperolehi banyak kemenangan dalam PRU-12 baru-baru ini. Biar apa pun alasan Lim Kit Siang yang saya boleh faham mewakili rakyat yang memilihnya iatu terdiri dari yang bukan Islam, tapi berbincanglah dengan pakatan kamu secara tertutup agar peluru itu tidak membunuh kamu semula dengan senjata laras automatis milik UMNO/BN! Takkan ini pun kami nak kena ajar! Jadi betullah BA dan DAP ini hanya tahu membangkang, tapi apabila diberi peluang untuk kamu semua memimpin kami sebagai kerajaan,kamu sekalian mensia-siakannya! Tentang pendirian Dr. Syed Husin Ali, saya betul-betul malas nak komen. Beliau duduk sebaris bersama Anwar, tetapi keluar juga kenyataan seperti ini dari PKR dan beliau sendiri. Aduh. . !Kamu sekalian pertahankan sedari dulu yang kamu sekalian punyai pakatan yang kuat untuk memerintah dan menumbangkan BN. Nah! Sekarang kamu sekalian yang menumbangkan diri kamu sendiri. Apakah kamu mampu mentadbir negara Malaysia tercinta ini setelah memberi kami harapan yang baru melalui sikap angkuh dan melulu ini? Untuk pengujung blog, saya luahkan pendapat saya di sini kerana saya betul-betul menyokong sepenuh hati pada BA dan DAP. Di jiwa saya, tiada lagi politik perkauman yang disemai UMNO/BN. Tiada keraguan pendirian saya ke atas BA/DAP. Haram bagi saya menyokong UMNO/BN. Tetapi, luahan yang agak keras ini saya harap benar-benar mendapat tempat di hati DSAI, PKR, PAS dan DAP. Saya orang yang benar-benar dekat dengan kalian yakni BA/DAP. Saya berjihad menegur ‘Ayah’ dan ‘Ibu’ saya yang hanyut dalam arus kemenangan yang sebenarnya menguji iman kalian. Kita biasa kalah. Kita jarang-jarang sekali untuk mencapai kemenangan, malah yang seumpama ini. Tolong, jangan sia-siakannya. Jika kalian alpa dan leka dengan kemenangan, balik lah segera ke pangkalnya. Jika tidak, kemenangan PRU-12 akan menjadi sejarah yang paling masyhur dalam lipatan BA/DAP; iaitu KITA MENANG DENGAN SOKONGAN BESAR RAKAT DAN KEMUDIAN RAKYAT JUGA YANG KALAHKAN KITA SEMALU-MALUNYA!BA selalu berjanji; “bagi kita peluang sekali untuk memerintah, kita akan tunjukkan.” Nah!Sekarang, rakyat telah memberi kamu sekalian peluang sekali,tetapi kalian sudah mulai mensia-siakannya. Untuk DSAI, kami benar-benar kecewa. Print dan sampaikan kepada semua pimpinan BA/DAP yang sedang perlahan-lahan merobek dan mengecewakan hati kami yang ikhlas mengundi kalian!Jika tidak, saya sangat yakin, kita pasti menjadi kerajaan yang tumbang seperti BN/UMNO pada 5 negeri hari ini. Minta dijauhkan ALLAH.

    Sekian.
    Terima Kasi. Mohon maaf.Salam.

    Reply

  31. 31 rozariorecardo Mar 14th, 2008 at 11:36 am

    salam.. ingin saya tegaskan d sini kenyataan LIM kit Siang tempoh hari berkenaan dgn boikot majlis angkat sumpah adalah kenyataan peribadi beliau.. sila rujuk blog lim kit siang d mana ramai penyokong2 DAP ‘membantai’ lim dgn kenyataan bodoh dia.

    begitu juga dhn pemimpin PKR… saya maksudkan d sini saudara syed ali(timbalan) .. sekali lg tolong bersikap rasional dan menghormati bangsa MALAYSIA (melayu, cina dan india) sebelum mengeluarkan keyataan atau tindakan..kita dlm proses membentuk pentadbiran . DEMI BANGSA MALAYSIA KE ARAH LEBIH BAIK , maka seharusnya kita harus BEKERJA bekerjasama, mencari titik permaukakatan dan menunjukkan contoh yg baik .. buang jauh2 SIKAP MEMBOIKOT DAN MEMBANTAH krn d perak kita adalah pemerintah dan bukan pembangkang…

    kalau tak reti nk letakkan kepentingan rakyat d atas dan dok ancam mengamcam kamu serupa mcm org2 BN…
    secara jujur dan ikhlas… vateren2 yg x boleh menerima perubahan ..plz.. berundur la…

    ‘ mudah sahaja menukul paku d dinding yg bersih… sedang juga mencabutkannya kembali, tetapi harus di ingat.. bekas paku pasti akan ada’

    sory… saya terpaksa menghentam anda sebaimana saya menghentam lim kit siang..

    Reply

  32. 32 nwa Mar 14th, 2008 at 11:36 am

    assalamualaikum..
    ni 1st time aku post comment
    n 1st time ble aku dgr pasal hal kat perak ni ati aku ckp..”damnnnn….dh start dahhhh..”
    even after swearing ceremony nnt pun,confirm org akan ckp2 lg pasal ni
    so my suggestion is:
    anwar(wakil PKR),LKS(DAP) and i prefer Nik Aziz(PAS-this is true grat leader)-korang sume ni pegi buat roadshow mcm b4 PRU12 aritu,terangkan kat setiap ceruk kg dan bandar,terangkan pasal issue ni baik2,bg sume org paham..setakat kata setel sume org bleh ckp,kali ni aku yakin sume org nk tgk korang dlm satu pentas,terangkan ape yg berlaku…kalo b4 PRU12 blh,kenape skang xbleh?

    Reply

  33. 33 chanjoe Mar 14th, 2008 at 11:37 am

    Ahmad Awang tidak adil umumkan PAS jadi MB sebelum bincangan muktamat.
    Seharusnya, calun yang terbaik ialah PKR dan pembahagian kerusi EXCO harus saperti berikut :

    DAP : 7
    PKR : 2
    PAS : 2

    Marilah kita lupakan segala yang lepas dan sila umumkan berita yang betul dan bersama olih DSAI, LKS dan PAS.

    Teruskan kerja Kerajaan dan jaga supaya ADUN PKR, DAP atau PAS tidak lompat ke BN.

    Reply

  34. 34 berubahuntukmalaysia Mar 14th, 2008 at 11:38 am

    Don’t tell me all this will not happen when there is a pact? Of course problems will arise… But how they handle the problem is the most important thing. So if not everything is fine, lets just watch how they run the show ok?

    Reply

  35. 35 Mohd Yusof Mar 14th, 2008 at 11:43 am

    Salam,buat pimpinan2 utama PKR,PAS,DAP kemenangan BA baru2 dalam PRU12 amat menakjub sekali. Perlu dimuhasabah diri,kemenangan ini bukan sahaja disebabkan sokongan padu rakyat pelbagai kaum tetapi peranan pengundi2 muda tidak harus dilupakan.Apabila kuasa sudah ditangan,pimpinan2 tertentu mula menunjukkan karaktor yg sebenarnya.Mereka bertindak seolah2 baru setahun jagung terjun ke bidang politik spt menantu PM.Kenyataan mereka langsung tidak mencerminkan kebijaksanaan sbg org politik berpengalaman.Mereka tidak sedar kah apabila mereka bertindak sedemikian,pengundi2 yg telah memberi mereka mandat terutama org2 muda memerhati dan menilai mereka??? Jgn disebabkan tindakan “mabuk kuasa” mereka akhirnya “diajar” oleh org2 muda ini…PRU ke 13 nnt akan lebih byk penyertaan pengundi muda…jadi,bijaksana lah semua pimpinan2 utama,…jgn bercelaru buat statement,biarlah statement berbentuk politik….perbedaan pendapat boleh dibincang dalam mesyuarat antara pemimpin,…INGATTTT,..silap bercakap media UmNOO Be END akan manipulate fakta…demi perkongsian kuasa,pimpinan utama BA,.berbincang lah dgn penuh hemah,ikhlas dan bijak,..jgn menang sorak kampung tergadai,..kamu dinilai oleh mata2 org2 muda yg menaruh keyakinan tinggi terhadap kepimpinan,kredibiliti,kebijaksanaan serta kejujuran kamu…

    Reply

  36. 36 amin nasri Mar 14th, 2008 at 11:45 am

    Janganlah terlalu emosi sangat memandang ke PERAK.. pandang lah ke Terengganu sama.. yang masih kelam kabut perlantikan MB nya.. so adil lah.. kat BN pun tengah cari keserasian.. dekat BR pun tentu la lebih2 lagi kerana.. kitakan baru Kawin..

    Cuma kenyataan kepada media itu kena lah berhati2 sikit buat DAP.. kerana soal rumahtangga janganlah diheboh2kan..

    Yang kelakar Dr Politik tahi Kucing Rais Yatim.. buat kenyataan BN yang lebih layak jadi MB kerana mendapat majoriti undi paling tinggi diantara parti2 yang bertanding.. nak tergelak jeee rasanya.. ataupun dia ni memang dah nyanyokk.. hmmm kita tengok lah nanti.. dia ni masih termasuk ke tidak dlam kabinet sementara Pak Lah..

    Apa pun rakyat kena tenang.. pemimpin kena tegar dan berhati2.. dulu pembangkan boleh lah cakap tak berlapik.. sekarang dah jadi kerajaan.. tengok kena pandang2.. cakap kena alas-alaskan.. terima kasih

    Reply

  37. 37 aerol Mar 14th, 2008 at 11:45 am

    DSAI,

    Teman berharap DSAI segera campur tangan dan keluarkan kenyataan media secepat mungkin mewakili Barisan Rakyat Perak menerangkan semua kekalutan telah berakhir. Bagaimana rakyat hendak mendapat kepercayaan jika awal-awal lagi banyak permasalahan yang timbul. Teman percaya segala yang berlaku ada hikmahnya, kerana kerajaan BR sudah pasti tidak akan mengulangi kesilapan lagi bila mentadbir negeri kelak. BR juga jangan dibenarkan dipengaruhi campur tangan atau tekanan oleh pimpinan atasan atau pusat setiap parti sama ada PAS, DAP & PKR. Dan kalau boleh DSAI dilantik terus sebagai penasihat eksekutif kerajaan BR di negeri Perak dan Selangor jika berlaku tidak sefahaman antara pakatan bila mana isu atau keputusan untuk dicapai.
    Segerakan perlantikan MB dalam minggu ini juga. Jangan biarkan media BN terus menyerang. Ayuh rakyat berdiri teguh di belakang BR, kita bagi tempoh percubaan sepenggal dulu.

    Warga Ipoh.

    Reply

  38. 38 sham Mar 14th, 2008 at 11:45 am

    Syabas kerana mencapai kata sepakat…saya dan rakyat di hulu perak sejak dari keputusan pilihanraya lagi tidak senang duduk dengan apa yg berlaku di negeri kami. Namun kami harap DSAI dan Pimpinan BR yg lain perlu tampil hari ini atau esok untuk mengadakan sidang media kepada seluruh negara utk menjernihkan keadaan. Saya sebagai pengundi yg tinggal di ipoh sebenarnya sudah mula bosan dengan kegawatan yg berlaku tidak di nafikan hati kecil saya dan mungkin kaum melayu di Perak ini sudah lahir bibit-bibit penyesalan kerana memilih YB dari BR ini. Saya yakin kaum Cina yg menyokong BR sebelum ini juga merasakan demikian. Jadi saya berharap Kegawatan ini tidak berlarutan utk tempoh yg lama. Pada saya jika YB dari BR tidak bersatupadu dari sekarang maka tidak mustahil BR akan berkubur di PERAK buat selama-lamanya. Kuatkan tekad YB dari BR..kami yakin anda boleh menjadi contoh pimpinan BR yg akan memusnahkan BN kelak.Jangan terikut-ikut rentak BN. Jangan hampakan rakyat !!!

    Reply

  39. 39 Abu Solehen Mar 14th, 2008 at 11:46 am

    DSAI,
    Saya mewakili para petugas PAS yang telah bertugas bermati-matian sejak sebelum pembubaran parlimen hingga sekarang. PAS hanya bertanding di Parlimen tetapi DUN ditandingi PKR. Kami tidak pernah memikirkan siapa bertanding samada PAS atau PKR waimma DAP sekali pun, kami tetap bekerja dengan segala kudrat demi memenangkan calon yang bersekutu dengan PAS.

    Kami menghadapi pelbagai rintangan termasuk kelemahan jentera PKR yang boleh dikatakan banyak tiada dari ada. Malah pada hari mengundi pun PACA PKR tidak mencukupi. Saya sendiri terpaksa menyelamatkan 4 BORANG 14 PKR dengan jumlah pengundi hampir 2,000 orang. Saya boleh buang sahaja Borang 14 tersebut atau jual sahaja kepada BN (sudah tentu dapat banyak duit) dimana akibatnya BN/SPR akan mengubah keputusan untuk mengalahkan calon PKR yang menang dibawah 2,000 undi.

    Namun kesetiaan kepada BA serta baiah kami kepada pemimpin PAS tidak terlintas langsung untuk belot kepada PKR.Malah kami berikrar akan pertahankan BA dengan nyawa kami jika perlu. Oleh itu kepada pemimpin-pemimpin PKR, fikir-fikirkanlah dulu sebelum bertindak janganlah lukakan hati kami, takut-takut buruk akibatnya.

    Reply

  40. 40 maida_eleven Mar 14th, 2008 at 11:47 am

    saya kira kalaulah undian pilihan raya dibuat semula, Barisan Rakyat(PKR DAP PAS) dah hilang 10k undi, pasal isu ni sahaja. ^_^
    Selamat berjaya untuk 5 tahun lagi

    Reply

  41. 41 rakan_ba Mar 14th, 2008 at 11:47 am

    Sekarang dah selesai, apa kecoh2 lagi. Saya dah kata kemelut itu satu proses penyesuaian dan pembetulan. Terima sajalah. Sekarang masa untuk bekerja..

    Reply

  42. 42 albanjari Mar 14th, 2008 at 11:49 am

    BUAT DSAI… & SEMUA PENDOKONG KEADILAN….
    SESUNGGUHNYA INI SEMUA ADALAH DUGAAN DAN UJIAN ALLAH SWT. ATAS KEHENDAK DAN KEIZINANNYA JUALAH KITA BEROLEH KEMENANGAN. DAN ATAS KEHENDAKNYA JUALAH BERLAKU SEDIKIT KEKECOHAN BAGI MENGUJI UMATNYA.
    BAGI SAYA DALAM SEMUA NEGERI YG DIMENANGI BR, NEGERI PERAKLAH YANG PALING UNIK DAN MENGUJI BENAR2 AKAN KESEPAKATAN BR. CUBA RENUNGKAN BAIK2 TENTANG PERKARA INI… INSYAALLAH DENGAN KEIZINANNYA JUALAH KERAJAAN RAKYAT DI PERAK AKAN TERBENTUK. BIARLAH DILIHAT AGAK BERTELAGAH DIPERMULAAN INI DARIPADA BERTELAGAH DIKEMUDIAN HARI DAN SETERUSNYA MEMBAWA KEHANCURAN KEPADA PAKATAN BR MENJELANG PRU13 NNTI.
    PERKARA INI BERLAKU JUGA MELAMBANGKAN BERTAPA KETERBUKAANYA DIKALANGAN BR MENYUARAKAN PENDAPAT TANPA MENYIMPAN DIDALAM HATI YANG AKHIR KEMUADIAN AKAN MEMAKAN DIRI. INSYAALLAH PERSEPAKATAN SELEPAS INI SAMA2 KITA DOAKAN AKAN PADU DAN JITU MEMACU NEGERI2 DIBWH BR MENDOMINASI KEPERCAYAAN RAKYAT SETERUSNYA MELATALAH PENGARUH BR KE NEGERI2 LAIN. SAMA-SAMA KITA DOAKAN…. AMIN YA RABBAL ALAMIN…

    Reply

  43. 43 ZAKI Mar 14th, 2008 at 11:50 am

    Saudara DSAI….
    Isupergolakan di Perak memerlukan saudara berada di sana untuk menjelaskan dengan lebih detail kepada rakyat jelata… jangan biarkan media memanipulasi isu ini sehingga tercetusnya perbalahan diantara wakil parti… BN sentiasa mengharapkan agar ada diantara wakil PKR atau DAP yg akan kluar parti dan mewakili BN…. Tindakan saudara amat penting dalam menyelesaikan isu ini….

    Reply

  44. 44 Hasni,Penang/Kelantan Mar 14th, 2008 at 11:54 am

    Assalamualaikum & Selamat Sejahtera kepada semua,

    Apa yang penting permuafakatan mestilah di capai oleh semua komponen BR.
    Dalam isu ini kita tidak boleh bertoleransi dengan permintaan2 yang ektremis.
    Semua komponen BR haruslah menghormati satu sama lain. Kedaulatan Raja
    berpelembagaan haruslah diterima & dijunjung oleh semua tak kira apa bangsa &
    agama.
    Sebagai rakyat apa yang kita inginkan (setelah kita telah memberi kuasa) adalah
    apa yang terbaik yang boleh diberikan. Kita tidak berminat langsung melihat
    pertelingkahan dipihak pengurusan demi kepentingan sekumpulan organisasi kecil
    maupun peribadi.
    Pihak pengurusan (dalam kes ini komponen BR), kuasa yang diberi oleh rakyat
    adalah untuk rakyat. Jika tidak boleh menerima amanah ini, lebih baik tinggalkan saja.

    Wassalam

    Reply

  45. 45 Thinkvision Mar 14th, 2008 at 12:01 pm

    Tahniah DSAI,
    This is the spirit of corporation between DAP, PAS & PKR that we the people would like to see. We have full confidence that Barisan Rakyat will lead the states it controlled to greater height and in the process provide a REAL alternative to BN rule. Surely, as the new kid on the block, there are bound to have some teething problems, just as when a toddle learned to walk. Take one step at a time. Look at what happened to BN, after 50 years of head-start, they still stumbled and nearly kick the bucket!

    Reply

  46. 46 Nahoda Mar 14th, 2008 at 12:07 pm

    Sudah saya katakan DSAI akan bekerja OT untuk selesaikan masalah di Perak. Syabas DSAI.

    Harap PKR,DAP dan PAS dapat mempelajari sesuatu dari pergelutan ini bagi memantapkan BR untuk rakyat and PRU 13.

    Fajar yang penuh harapan…..hanya dengan BR.

    Reply

  47. 47 Moderator Mar 14th, 2008 at 12:16 pm

    FORUM:”Kemana Malaysia? Analisa Keputusan Pilihanraya Ke-12, Lokasi:Selangor Chinese Assembly Hall,KL 12 Mac Pukul 8pm-10pm. Anjuran SIRD.

    2 MALAM LEPAS.Antara Ahli Panel Yang Terlibat – Dato’ Kadir Jasin (former Chief Editor New Straits Times)

    Foto-Foto Eksklusif Hanya Daripada:

    http://theindiestory.blogspot.com

    CHECK IT OUT!

    Reply

  48. 48 Rentap Mar 14th, 2008 at 12:18 pm

    Terasa lega apabila mendengar keputusan maufakat telah diambil dalam menentukan kedudukan MB di Perak. Semoga ianya merupakan satu titik permulaan dalam merealisasikan pakatan BA untuk menjadi Malaysia sebuah negara yang betul2 berdaulat serta mengekalkan kepaduan masyarakat yang bebilang kaum, bangsa dan agama. Perlu diingat pada masa ini musuh politik kita sedang memerhatikan dalam usaha untuk memusnahkan impian BA dan juga hati rakyat yang telah bertukar arah demi kebaikan semua. Hindarkan pertelingkahan, satukan semangat juang serta elakkan dari sikap mendekriminasikan mana2 pihak. Tahniah & Syabas. Hidup BA.

    Reply

  49. 49 bullet Mar 14th, 2008 at 12:21 pm

    salam DSAI & pengepost semua,

    isu perak ni mmg menjadi bahan kpd parti Bee Ended,mcm tpt depa tu semua perfect sgt!!!naper tak bt liputan kat negeri penyu….dengar2 bermasaalah gak, tak heran la kalu parti BA/BR ni ade hiccup skit…masih baru dan tgh menyesuaikn keadaan, pemuafakatan tu penting…dr 2 ideologi yg amat berbeza, PKR mnjd org tgh yg amat menakjubkn….syabas DSAI

    p/s : tlg bg MEMO kat TV ngan PAPER Bee End, tlg bt liputan secara adil & berhemah, ingat2 sikit depa tu duduk kat negeri BA/BR

    Reply

  50. 50 Hasbullah Pit Mar 14th, 2008 at 12:28 pm

    Pernahkah anda terfikir samada rakyat perak diberi pilihan atau tidak untuk memilih antara demokrasi dengan monarki?

    Reply

  51. 51 pengundi Malaysia Mar 14th, 2008 at 12:29 pm

    Syabas! kami ucapkan kepada BR yang memenangi krj 5 buah negeri iaitu, Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor. Tapi ingat, itu kemenangan milik rakyat. Kamu semua jangan terlalu ghairah sangat nak kejar kuasa. Ini kali kami bagi u orang cuba menang sikit dulu, kalau u orang ok nanti kawan-kawan kita dekat Sabah & Sarawak tentunya nak ikut. Jadi, mudah-mudahan dalam PRU 13 nanti PM dari BR terbentuk.

    Tapi jika sebaliknya kamu orang terlalu pentingkan kedudukan kauam, agama, parti dan kuasa serta milikan kerusi, maka tiada bezanya BR dan BN. Kami akan menolak dan memastikan kekalahan teruk kepada BR pada PRU ke 13. masa itu mungkin Kelantan pun jadi milik BN.
    Sebenarnya, kau orang perlu tanya apa sebenarnya rakyat mau. Sebab kau orang berkhidmat untuk kami, ingat tu selama-lamanya.

    Di sini, biar saya bagi sikit tips apa yang rakyat mau. Sesungguhnya, secara kasar kadang-kala kau orang akan nampak sesetengah penyokong yang masih tidak dapat elakkan diri dari sentimen pembelaan kaum contohnya mahukan ahli exco dibahagi sama rata antara kaum atau apa-apa isu agama. Tapi kalau dikaji sebenarnya mereka sudah lama terkongkong dengan cara pemerintahan BN yang selama ini tidak adil, bersih dan amanah. Jadi, sebagai pemimpin BR kita mesti mengajar penyokong kita keluar dari isu perkauman. Bermula dari aspek pembentukan kerajaan negeri, kita harus memiiih ADUN yang berkaliber berdasarkan kelulusan masing-masing dalam memegang jawatan EXCO dan bukannya melalui perwatakannya dalam politik, mahupun dia datang dari etnik mana serta mewakili parti mana.

    Sebenarnya kami tak kisah sangat tentang peratusan etnik mahupun bilangan EXco mengikut parti tetapi kami lebih suka jika semua jawatan yang disadang dilakukan secara bijak mengikut kaliber atau kepakaran wakil rakyat. Kalau tidak, kami akan tetap sokong BN. Kerana itu adalah kelaziman yang BN buat. BN akan pilih wakil rakyat berdasarkan kouta ataupun perwatakan ADun dalam parti politik tertentu dan bukan berdasarkan kepada kebolehan. Dan itu sudah terbukti kegagalannya. Jadi kami sudah tunjuk yang kami tolak BN.

    Sementara itu, kami juga tak kisah sangat tentang tindakan kutu-kutu UMNO yang cuba menakutkan kami yang kunonnya nak berhentikan projek mega. Kalau nak berhenti hentilah, mungkin itu akan kurangkan rasuah. Kerana rakyat faham DEB dan projek mega adalah salah satu alat BN mengisi penuh poket mereka sehinggakan boleh jadi kaya-raya. Rakyat pun faham selama ini, mereka merompak, mencuri bahkan mengangkut terang-terang kekayaan bumi Malaysia untuk mengayakan diri sehinggakan ada di antara mereka yang hidup lebih mewah daripada sultan walaupun hanya memegang jawatan Ketua Bandaran.

    Jelas, yang kita mahu ialah satu barisan pemerintahan jiwa rakyat yang bebas dari segala kongkongan BN yang kunonnya pembela bangsa tetapi perompak yang kejam. Kami mahu BR bersyukur dan sentiasa berjiwa rakyat. Kami akan menolak parti yang masih dan hanya bersuara untuk kaum tertentu. Jadi, PAS cuba ubah cara penampilan kalau boleh. Kami sebagai rakyat Malaysia mahukan kabinet kita disandang oleh mereka yang berkaliber dan bukan mengikut kouta kaum ataupun parti. Begitu juga jawatan kerajaaan pada amnya. Keran itulah satu-satunya Malaysia untuk mendapat nafas baru yang maju secara hakikinya.

    Reply

  52. 52 amer Mar 14th, 2008 at 12:33 pm

    Sebenarnya Pakatan BR ini masih lagi pakatan muda maka biasalah untuk masalah masalah begini berlaku.

    Akan tetapi biarlah masalah sebegini di selesaikan di belakang tabir dan tidak di perbesar besarkan seperti sebelum ini.

    DAP perlu ingat bahawa ramai Melayu mengundi untuk dan PAS perlu ingat bahawa ramai bukan muslim mengundi untuk mereka. Maka kedua dua parti perlu berkompromi seperti begini demi untuk kebaikan BR dan mula memberi penumpuan untuk menolak rasuah, kroni dan sebagai nya.

    Untuk para pengundi sekalian, biarlah kita memberi BR sidikit masa untuk berkompromi. Kita hanya memberi keputusan selepas BR memerintah untuk 5 tahun dan boleh kita membuat “assesment” semasa itu. Jangan terikut=ikut perasaan sehingga Melayu tak nak mengundi DAP and Bukan Melayu tak nak mengundi PAS…akhirnya hanya UMNO yang menang.

    Reply

  53. 53 tariktelingasikit Mar 14th, 2008 at 12:34 pm

    DSAI,SAYA MENCADANGKAN SUPAYA BA BERSATU SECARA RASMI NYA.MAKSUDNYA,SEPERTI BN DIMANA MEREKA MEMPUNYAI LAMBANG SENDIRI,MATLAMAT YANG SAMA,PERJUANGAN YANG LEBIH KURANG SAMA.INI ADALAH KERANA RAKYAT MAHU SEMUA INI BETUL2 MENAMPAKKAN KESUNGGUHAN BA UTK BERSATU.KALAU X,MERAKA AKAN BERKAT,’aiiii…,kate unite,logo sendiri pun xde…mane satu ni…??’..statement2 seperti ini akan menjadi mainan mereka.dan ini suda pasti akan mempengaruhi sokongan kepada ba di masa hadapan.tolong lah adkan perbincangan..anda lah ketua ..BN juga mempunyai masalah ketika mahu sepakat dahulu..tapi,biarlah susah2 dahulu,senang2 kemudian..dan pastikan hak keistimewaan org melayu tidak dihapuskan..rata2 org melayu pada ketika ini menjadi’taku’ dengan situasi yang berlaku..jgn pula BA dipersalahkan kelak..semoga DSAI dapat pertimbangkan semua perkara ini.sekian..HIDUP BA!!

    Reply

  54. 54 Saint Kirk Mar 14th, 2008 at 12:34 pm

    Dear DSAI,

    I really hope BA can turn this country around. I have always supported you since the 1998 incident. I hope you can prove the other party that you are a force to reckon with and I really hope that DAP and PAS to work together. Prove them wrong DSAI. We don’t want to be prostituted again by the Goverment. Lets all work together!

    Reply

  55. 55 halim Mar 14th, 2008 at 12:46 pm

    Damages already done..
    Tak percaya dah PKR-DAP
    Ujian pertama pun dah gagal.. baru nak lantik MB dah kelam kabut
    Cmne nak tadbir negeri?belum negara lagi..

    Reply

  56. 56 Bumi Melayu Mar 14th, 2008 at 12:49 pm

    DAP ngan PAS tkleh kerjasama ke? sikit2 nak harapkan DSAI
    Nti semua urusan negeri semua nak tunggu DSAI setelkan?PAkatan ape mcm ni?

    Reply

  57. 57 parit buntar Mar 14th, 2008 at 12:51 pm

    saya faham dan saya akan terus optimis dan berfikiran positif. mereka baru bertatih, ada saat2 mereka jatuh kemudian bangun, jatuh dan bangun.seharusnya berilah peluang untuk mereka membuktikan mereka boleh. kita kene yakin dan jangan mempercayai mainstream media, dan jangan pula cepat menghukum.

    Reply

  58. 58 thaqif Mar 14th, 2008 at 12:54 pm

    manmoncang,

    Masaalah perlantikan MB Terenggunu oleh BN pun belum selesai sampai sekarang,dan pelantikan Shaidan pun tidak berjalan lancar,apa komen anda mengenainya.Mungkin kepercayaan anda terhadap BR luntur, kerana anda memang bukan pengundi BR,hanya baru sekarang muncul disini.Sesama Umno pun tanpa ganggu gugat dari mana-mana pihak luar perlantikan MB pun kecoh ini kan pula BR yg berlainan parti dan masing-masing cuba menjaga kepentingan parti masing-masing.Tapi berkat maufakat sabar,bertujuan baik semuanya dapat di selesaikan.Kalau bukan komponan parti dari BR,yg tegas dgn perjuangan mereka mungkin lompat melompat telah berlaku.Pehak Umno memang sedang kuat melobi utk terus memerentah Perak,kalau BR tak bijak menghadapi sepak terajang Umno Perak memang boleh jatuh ketangan mereka.Sebagai profesional tak kan lah manmoncang tak faham masaalh besar begini.

    Reply

  59. 59 Pak Abu Mar 14th, 2008 at 12:56 pm

    Saudara Dato Seri,

    Tahniah dan syabas.

    Dari awal saya yakin perkara ini dapat diselesaikan dengan jayanya, cuma memerlukan sedikit masa untuk menghazam segala isu yang timbul sebelum apa-apa keputusan dicapai.

    PRU12 merpakan satu ‘watershed’ dalam sejarah Malaysia, lantas pendekatan untuk menyelesaikan sesuatu masalah juga memerlukan pendekatan yang luar biasa.

    Sehubungan dengan ini suka saya memetik Lester Thurow dalam ” Head to Head’ (1992). Katanya

    “…..Margaret Thatcher lost her job. She had not lost an election….She lost her job becauseshe insisted on palying the oled twentieth -century economic game. She simply would not recognize that the world had changed and that she would have to change with it’

    Kekalahan BN/UMNO mungkin juga ada kaitan .

    Reply

  60. 60 ANAK PERAK DI SELANGOR Mar 14th, 2008 at 1:18 pm

    apa nak jadi? nasib baik tak menang pimpinan negara. hura hara hangpa buat kat perak. PKR, nampaknya sudah mula pandai ugut2. ingatlah, KUASA adalah sebenarnya musuh politik. Rakyat tetap merana. adakah hangpa ingat foreign investor akan masuk dah invest di Malaysia. rating akan menurun. impaknya, rakyat akan terasa, pucuk pimpinan akan tetap dapat elaun dan kuasa. MEMALUKAN!!

    Reply

  61. 61 booash Mar 14th, 2008 at 1:27 pm

    God Bless Malaysia~!

    Reply

  62. 62 Nirman Mar 14th, 2008 at 1:40 pm

    INGAT KAH KITA SEMASA JEPUN BERJAYA KALAHKAN PIHAK INGGERIS DAHULU? SEMUA KAUM IAITU MELAYU, CINA DAN INDIA TELAH BANGUN DARI TIDUR DAN SEDAR BAHAWA PIHAK INGGERIS TELAH DAPAT DIKALAHKAN OLEH ORANG ASIA SEPERTI KITA. SEDARKAH KITA SEKARANG BAHAWA PIHAK BARISAN NASIONAL JUGA BOLEH DIKALAHKAN? KITA SEPATUTNYA SUDAH SEDAR SEKARANG INI. OLEH ITU BERSATULAH KITA DAN KETEPIKAN PERKARA REMEH TEMEH DEMI MENERUSKAN MISI KITA IAITU MENUMBANGKAN KERAJAAN BARISAN NASIONAL DAN BERSAMA MENEGAKKAN BARISAN RAKYAT. INGATLAH BAHAWA KITA ADA MISI. PILIHANRAYA NEGERI SARAWAK AKAN DATANG AKAN MENJADI TANDA KEJATUHAN KERAJAAN BN!!!

    Reply

  63. 63 CS Tan Mar 14th, 2008 at 1:47 pm

    Sit down, close the door and talk in future if top leader in Barisan RAKYAT is not satisfy with the “package”. See those “UMNO scorpions” already start put up those banners trying to use it as a excuse to open fire to Barisan Rakyat!

    But I’m glad that… Muafakat sudah dicapai!! HAHAHA… Kita semua sama-sama GEMPURKAN BN!!!

    Reply

  64. 64 manmoncang Mar 14th, 2008 at 1:49 pm

    Alhamdulillah, Semua masalah dah selesai. Ini perkara biasa di dalam 1st time membentuk kerajaan yang mana sebelum PRU12, tidak ada pakatan bertulis tentang agihan kuasa dilakukan kerana masing-masing menumpu kepada mencapai kemenangan. Maka stage ke-2 sudah selesai kini stage ke-3 perlu dihadapi iaitu perlaksanaan. Kali ini, rakyat akan terlibat secara langsung dan jangan ada di antara rakyat yang berkecuali di dalam mewujudkan Malaysia yang Harmoni.

    Disamping itu pula, apa kata kita lihat sedikit-sedikit masalah BN di Perlis dan Terengganu. Mereka bukan pertama kali memerintah pun mempunyai masalah besar perlantikan MB. Walaupun semua negeri di bawah pemenrintahan Barisan Rakyat (BR) sudah selesai, negeri di bawah pemerintahan BN tidak selesai lagi. Kita tidak perlu fokuskan hal ini, cuma lihat-lihat sahaja kerana lebih baik kita tumpukan pada kerja.

    Tahniah kepada BR kerana berjaya mengharungi cabaran-cabaran getir ini.

    Reply

  65. 65 zenko Mar 14th, 2008 at 2:01 pm

    Syabas kepada Barisan Rakyat.

    10 Harapan saya

    (1) Jangan makan duit
    (2) Jangan tidur semasa kerja
    (3) Jangan tutup satu mata
    (4) Jangan malas bekerja
    (5) Jangan tipu dan manipulasi
    (6) Jangan sombong
    (7) Jangan cepat naik angin atau marah semasa bertugas
    (8) Jangan main wayang
    (9) Jangan cakap kosong
    (10)Jangan tak kerja

    Hidup Barisan Rakyat !!

    Reply

  66. 66 Datuk Mohd Said Yusof (xMP Jasin - tak boleh pakai punya) Mar 14th, 2008 at 2:26 pm

    “Buka satu mata, tutup satu mata saja…. ” Kita sama sama memerintah Perak….

    Reply

  67. 67 Don Mar 14th, 2008 at 2:26 pm

    I agree with Anak Perak and Halim. This is what we call Menang Sorak, Kampung Tergadai. I hope the Malays will realise that DSAI is not a hero who is going to defend their rights. No offence to the non-Malays. What I am trying to say is, to have an equal race, we have to start at the same starting line. The problem here is that the Malays have yet to arrive at the line. This BA coalition benefit DAP the most and being a person who has a friend who reads Mandarin newspapers to me everyday, I can safely assure my people (the Malays) that the Chinese are not going to fight for them. I sympathize with PAS as they are only taken for a ride by PKR and DAP. PAS is now a toothless tiger. Sure, there are some discrepancies within BN but I think it is still the most relevant party. I am not exactly a fan of Pak Lah but as my grandfather used to say, Tengok Dengan Mata Hati.

    Reply

  68. 68 monsterball Mar 14th, 2008 at 2:34 pm

    Everything is settled in Perak.
    That’s good news.
    Malaysians are only interested to see they voted the oppositions…..for a better future.
    Lets hope fair and square for all.
    DAP who holds the majority seas won in Perak do naturally have the right to voice their opinions.
    Unfortunately .. the timing of LKS was out and being misunderstood to go against the Sultan’s choice.He is no fool ..to support the Sultan one day…and contradict it…next day.
    He was wise to apologize to the Sultan fast…..to kill the story….yet few bloggers are taking the issue …. making a mole into a mountain now.
    But LKS is to be blamed…..being too fast.
    He is all for Malaysians….not Chinese alone. He is no racialist…for sure..but after the election..it will be DAP being judge by the Malays on their daily actions and sincerities..and few pro UMNO bloggers are out in force…to hope PAS and keDAILan do not co-operate with DAP…as for 50 years..no matter what…the government have rooted in the minds of many Malays…they decides the future of Malaysia.
    Until and unless..race and religions are forgotten…DAP have no choice..but to slow down…and give way abit….by tolerating and be patient.
    Afterall….they have Penang for them …to prove… to all races…DAP is genuinely a Malaysian political party..and not a Chinese hypocrites …no better than UMNO hypocrites.
    So hard to succeed and win……yet so easy to fail………and to correct failures are much harder than planning to win.
    LKS needs to slow down….and consult PAS and keDAILan…besides his own people.
    Hope he starts thinking ideas..how to improve Perak economical and social situations…..right now.

    Reply

  69. 69 wilayah langit Mar 14th, 2008 at 2:38 pm

    kami penyokong kuat BR amat dukacita apa yg berlaku n harap DSAI memantau kekusutan ini. Kami yg mengundi di parlimen batu berharap tian chua tidak menimbulkan masalah dlam pakatan. Jika masalah ini berlanjutan n utk PRU 13 nanti kami akan boikot utk keluar mengundi lagi. Harap DSAI menerima pandangan penyokong di peringkat bawah. Wasalam…

    Reply

  70. 70 ANAK PARIT Mar 14th, 2008 at 2:38 pm

    Allahamdulillah, “bulat air kerana pembentung dan bulat manusia kerana muafakat”. Seandainya BN mampu membentuk perikatan dengan jumlah parti yang banyak kenapa 3 buah parti tak mampu duduk dan berbincang untuk membentuk persefahaman yang sepatutnya lebih kuat dan mantap?
    Ingatlah, bahawa ini adalah masa untuk bekerja dan menunjukkan betapa DAP,PKR dan PAS mampu mengurus sebuah negeri walaupun dengan majoriti tipis. Ini bukanlah masa untuk terus bercakaran dan ketahuilah bahawa “para pengundi” yang memilih pakatan ini sedang memerhati dan menilai bagaimana pasukan ini akan bekerja. Ini bukan masa untuk ” berpolitik”, ini adalah masa untuk mengotakan kata-kata kalian.
    Masa yang diberikan untuk merancang dan melaksana segala yang dihasratkan oleh penduduk Perak adalah terlalu singkat (mungkin 60 bulan je), jadi berusahalah untuk menawan hati rakyat Perak dan menambat hati rakyat negeri yang lain.
    Sebagai pengundi di Perak, saya mengharapkan pakatan ini mampu merealisasikan segala yang diharapkan walaupun bukan 100%. Kami mahukan perubahan.

    -ANAK PARIT-

    Reply

  71. 71 cheated Mar 14th, 2008 at 2:39 pm

    Sepatutnya pemimpin2 BR tidak memberikan komen masing-masing terhadap media sebelum berbincang dahulu among yourself. Akibat dari tindakan memberi komen melalui media membuatkan jelas kelihatan para pemimpin BR tidak sepakat. Umum mengetahui yang pihak media kita sememangnya menanti situasi ini untuk menghentam pucuk kepimpinan BR. Oleh yang demikian saya mohon agar para pemimpin BR janganlah membuat kenyataan media sebelum berbincang. Bukan semua rakyat malaysia mempunyai access to internet yang mana mereka boleh mencari maklumat yang lebih tepat berbanding dengan media televisyen dan juga surat khabar utama kita. Most of the people akan mudah percaya dengan menonton tv dan membaca surat khabar.
    Saya masih lagi menyokong pucuk pimpinan BR walaupun dicacatkan dengan isu yang tak seberapa ini.

    Reply

  72. 72 anak mak Mar 14th, 2008 at 3:02 pm

    buat para pemimpin barisan rakyat.

    saya mengharapkan selepas ini sebarang kenyataan yang ingin dikeluarkan haruslah dari persetujuan pemimpin tertinggi dahulu. ini bertujuan untuk memastikan setiap kenyataan itu selari. bn akan mengambil kesempatan bagi setiap kenyataan yang bercelaru.

    khabarnya masalah di perak sudah selesai. jadi sekarang adalah masa untuk bekerja. pastikan jentera kerajaan berjalan dengan lancar dengan langkah pertama membersihkan segala kekotoran yang sedia ada.

    Reply

  73. 73 cina perak Mar 14th, 2008 at 3:02 pm

    Kepada semua penyokong BA,
    Sebagai seorang cina malaysia juga anak watan perak yang merupakan penyokong kuat BA, saya ingin memohon maaf atas kebaculan seorang wakil bangsa saya yang bernama Lim Kit Siang. Jangan teman seperjuangan Melayu bersalah tanggapan bahawa boikot Kit Siang terhadap majlis istana tersebut adalah dorongan dan pendapat semua orang Cina perak. Itu tidak benar. Saya adalah salah seorang pengomentar di blog Kit Siang bersama beratus (atau beribu) pelawat dan penyokong BA berbangsa Cina sepakat untuk menghentam dia. Cuba lihatlah di blog dia dna juga Facebook, dan ini jelas menunjukkan orang Cina yang mengundi BA pakat sama menghentam Kit Siang di atas tindakan bacul dia krana telah memperlekehkan DYMM sultan.

    Seperti perasaan teman-teman seperjuangan berbangsa melayu yang lain, hati saya robek dan kecewa yang teramat sangat juga apabila membaca berita pemboikotan yang diputuskan oleh CEC mereka yang tidak mengambil kira perasaan DYMM Perak. Ini dapat diumpamakan bahawa Kit Siang ingin menyamakan taraf beliau dengan kesultanan perak. Saya amat malu atas tindakan beliau..sungguh malu kerana tindakan beliau telah mengaib dan memalitkan lumpur dimuka orang Cina perak secara keseluruhan. Sekiranya orang cina perak dituduh sebagai penderhaka kepada raja; tidak ada apa yang boleh saya perkatakan lagi kerana nasi sudah jadi bubur. Yang boleh kita salahkan hanya orang tua yang tidak sedar diri itu. Bagi kami walaupun bukan melayu, kami amat sayang dan menyanjung tinggi Raja Nazrin & DYMM Sultan Azlan yang terkenal dengan sifat peramah dan pemurah mereka terhadap rakyat perak tanpa mengira kaum. Tidak terlintas difikiran kami untuk menghina sistem beraja dan mempersoalkan hak istimewa orang melayu. teman-teman melayu jangan bimbang.

    Saya sememangnya tidak faham apa yang berlegar dikepala hotak apek tua tu? tak cukup ke kuasa? dah lah anak dia dah berjaya jadi CM di pulau pinang, apa yang nak disibukkan di Perak? untuk pengetahuan semua, ‘dikri’ yang dikeluarakan Kit Siang sebenarnya tidak dituruti DAP Perak yang dketuai Ngeh Koo Ham. Ini menggambarkan bahawa tindakan yang bodoh itu hanya dipersetujui beliau dan ‘machai-machai’ beliau dalam CEC. Ngeh dan DAP perak berdiri teguh dibelakang system kesultanan perak dengan menyokong Nizar sebagai MB, dan saya tabik Ngeh atas prinsip beliau yang mengotakan janji dan pimpinan DAP Perak. Juga saya amat menyanjung tinggi MB kita, Mohd Nizar dan PAS yang kelihatan banyak bertenang dalam isu ini.

    Saya harap sekiranya anda ingin menghentam, biarlah hentaman itu disalurkan kepada Kit Siang dan CECnya. DAP Perak tetap setia dibelakang DYMM Sultan perak dan mereka tidak terlibat dalam pemboikotan tersebut. Kit Siang yang bukan anak watan Perak tidak seharusnya campur dalam hal-ehwal pembentukkan kerajaan perak!

    Apa pun saya berharap agar keretakan ini dapat diperbetulkan supaya agenda BA dapat dilaksanakan secepat mungkin. Rakyat perak disegenap lapisan amat tidak sabar untuk melihat penyempurnaan pembentukkan kerajaan perak.

    Apa-apa pun, saya mewakili majoriti penyokong BA berbangsa Cina dari perak memohon ribuan ampun dan maaf kepada teman seperjuangan BA berbangsa melayu, dan saya berharap keyakinan anda terhadap kami tidak terhakis disebabkan setitik nila yang telah merosakkan susu di belanga tatangan kami.

    HIDUP BA! Hidup Perak!

    Reply

  74. 74 TTK Mar 14th, 2008 at 3:04 pm

    Damage has been done, by BOTH PKR and DAP!!!

    Senang aje…kalau tak de muafakat, next election…babai!!

    Vote PKR and DAP out!!

    Reply

  75. 75 Laziaf Naudir Mar 14th, 2008 at 3:10 pm

    Tahnniah Dato’ Seri.

    Ini adalah cabaran bagi sebuah penmbentukan kerajaan baru oleh parti yang juga masih baru! Gabungan pertama kali sudah tentu memerlukan banyak pengorbanan dan tolak ansur. Tahniah harus ditujukan untuk semua pimpinan parti baik PKR-DAP-PAS. Mereka semua masih ganggup mengetepikan ego dan kepentingan dalam menolak kepartian sempit.

    Kepada penyokong inilah masanya kita rapatkan barisan, padukan tekad dan nekad menyokong gabungan BR. Adalah tidak adil bagi menghukum dan meletakan sesuatu kesalahan pada satu pihak. Saya mohen hentikan kecaman terhadap antara semua parti dalam gabungan. Ini bukan masa untuk keretakan dan perpecahan. Ini adalah masa untuk perubahan!

    Jangan mengungkit kerana ianya menyentuh soal keikhlasan yang menyentuh sensitiviti dan hati nurani. Juga diharapkan tidak memberikan perkaitan yang menyinggung dan tidak releven seperti mengaitan Dr. Syed Husin sebagai bekas pimpinan PRM. Beliau kini adalah Timbalan Presiden PKR! Jika kita berhujah tentang teori saling kait mengait maka kita akan terjerumus dengan persepsi bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai klon UMNO, DAP sebagai klon PAP (Singapura) dan mungkin PAS sebagai parti mujahidin (Yang seringkali diputar belit sebagai gerakan pelampau berhaluan kiri).

    Penyokong BR ingat, BN tengah memerhatikan kita! setiap kebocoran dan ketirisan yang kecil akan didedahkan dengan kanta pembesar bagi ditunjukan pasa semua rakyat! Mereka tidak nampak gajah di depan mata tetapi sangat celik melihat kuman di seberang laut!

    Reply

  76. 76 KenyahLang Mar 14th, 2008 at 3:22 pm

    DSAI, Tahniah.

    Satu ingatan kepada kita semua dalam Barisan Rakyat (BR), jangan bagi muka kepada pemimpin kita yang manjadi “KATAK” (harap tiada) dan pengecut (Mudah dibeli atau menghilang semasa penamaan Calon di Selangor).

    Jadilah kerajaan yang benar – benar lebih baik daripada BN. Barulah dapat kita bandingkan Kerajaan BN dan BR yang memerintah negeri Selangor, Perak, Kedah, P.Pinang dan Kelantan.

    Saya percaya Kerajaan BR boleh. Jangan korup spt Kerajaan BN.

    Malaysia?? sedikit masa lagi. Pasti pada PRU – 13.

    Terus bersemangat membuat yang terbaik.

    Reply

  77. 77 Kuan Mar 14th, 2008 at 3:24 pm

    Tahniah buat PKR,PAS dan DAP kerana berjaya membentuk kerajaan di 5 negeri dengan jayanya dan sekali lagi dapat membuktikan mereka menghormati kehendak dan luahan rakyat . Ujian 5 hari pertama telah berjaya , tumpuan harus di arah kepada agenda seterusnya merealisasikan kesejahteraan rakyat malaysia . Dalam pada itu kita kena bersedia menerima kehancuran apa yang di panggil UMNOPUTRA.

    Untuk kesekian kali saya mengajak rakyat malaysia bersatulah bersama br/ba atau ABU kata Hisym Rais membina MALAYSIA BARU UNTUK RAKYAT MALAYSIA.

    Reply

  78. 78 anakMINANG04 Mar 14th, 2008 at 3:24 pm

    alhamdulillah…

    pakatan yang bijak…jangan terpengaruh dgn media perdana pembelit fakta…..sebenarnya kita yakni BR nie bukan gilakan kuasa….tapi mereka ini tak sabar utk mainkan peranan yang lebih efektif utk rakyat perakkk

    beruntunglah rakyat perak kerana mempunyai exco yang mahu menjalankan peranannya dgn baik…dan wal hasilnya kita nantikan sebuah perkhidmatan yg baik utk dikecapi rakyat perak…isnyaallah…doa2kan…

    Reply

  79. 79 Raja Kapor Mar 14th, 2008 at 3:30 pm

    TAHNIAH…HARAP PIHAK BA KHUSUSNYA DATO SERI DAPAT MEMBAWA PAK DOLLAH BADAWI KE MAHKAMAH DI BAWAH AKTA HASUTAN KERANA SEKARANG INI BANYAK ULASAN-ULASAN DALAM MEDIA-MEDIA MASA BN BERBENTUK PROVOKASI DAN MENDORONG KEPADA PERPECAHAN DAN PERBALAHAN KAUM..PAK DOLLAH JANGAN TERLALU SERANG KAUM CINA,NANTI KAUM CINA DALAM BN AKAN MEMILIH BA…KAUM CINA DAP DAN MCA ADALAH KETURUNAN YANG SAMA SEPERTI KAUM MELAYU DALAM PAS DAN UMNO DARI KETURUNAN YANG SAMA..PAK DOLLAH SEKARANG CUBA PROPAGANDAKAN DAP SEOLAH-OLAH DAP IALAH PARTI KOMUNIS…YANG PELIKNYA ADA JUGA BANGSA KITA YANG PERCAYA..INSAF LAH

    Reply

  80. 80 malaysian-united Mar 14th, 2008 at 3:31 pm

    Kemenangan yang dicapai adalah mandat rakyat.. jgn dok buat main-main mandat rakyat.. jgn kelam kabut atau dok buat kalut.. luku pala satgi.. takpon nnt rakyat takmo undi hanpa dah..

    Reply

  81. 81 KenyahLang Mar 14th, 2008 at 3:35 pm

    Kepada “halim” dan “Bumi Melayu”. Berharap kepada DSAI itu sudah pasti. At least dalam pakatan BR ada satu pucuk pimpinan utama atau sumber rujuk utama dan terakhir.

    Dalam BN pun ada juga – Pak Lah – yang buat final say dalam kemelut BN. Biasalah tu.

    DSAI yang jadi sumber rujuk BR yang terakhir bermakna ada satu konsensus tanpa ada apa-apa ancaman dari DSAI membuktikan penyokong BR adalah berjuang dalam kebebasan bersuara. Bukan macam dalam BN – semuanya disekat kecuali menantunya Khairy.

    Semoga DSAI terus rasional dan waras memimpin BR tanpa meminggirkan mana-mana kaum.

    Reply

  82. 82 Orang Melayu Mar 14th, 2008 at 3:40 pm

    Melayu mudah lupa
    Dengan satu ungkapan maaf
    Melayu dah lupa kebiadapan DAP
    Melayu mudah lupa

    Terima kasih pada bijaksana Melayu dulu
    Yang merangka undang2 tubuh negeri
    MB mesti Melayu dan beragama Islam
    Menjadi senjata penyelamat dari kuasa Cina biadap
    Hidup Melayu!Daulat Tuanku!

    Reply

  83. 83 Hasbullah bin Pit Mar 14th, 2008 at 4:10 pm

    Oleh kerana tadi saya persoalkan samada adakah rakyat perak berhak memilih jenis demokrasi yang dia mahu untuk negeri mereka, maka saya propose “Sistem Demokrasi Bersultan” sebagai alternatif kepada sistem demokrasi British yang tk bersesuaian dengan Negeri BerSultan.

    baca:
    http://sebolku.blogspot.com/2008/03/sistem-demokrasi-bersultan.html

    Reply

  84. 84 DANGSANAK DIPAPAR Mar 14th, 2008 at 4:19 pm

    BUAT DSAI TAHNIAH
    HIDUP REFORMASI….JANGAN BIARKAN MUSANG BERBULU AYAM MASUK KEDALAM PKR, MEREKA DIIBARATKAN VIRUS YANG AKAN MEROBEK KEKUKUHAN BA DARI DALAM….
    UNTUK RAKAN SEPERJUANGAN DIPERAK…JANGAN BIARKAN PARTI PEMBANGKANG (UMNO) MENGAMBIL KESEMPATAN DARI ISU INI.

    Reply

  85. 85 Malaymind Mar 14th, 2008 at 4:21 pm

    Wave pertama – Naikkan BA dan rumpaskan BN

    Wave kedua – Cina undi cina, india undi india, melayu undi melayu, sebab semua orang dah sakit hati.

    Wave ketiga – ?

    Tak kisahlah, maybe at that time, DSAI and I might not be around anymore. Ikut hangpalah apa nak jadi.

    Reply

  86. 86 juriah Mar 14th, 2008 at 4:50 pm

    Mana janji kata nak turunkan harga minyak dan barang. Sekarang di Selangor bolehlah agaknya? Sila beri tahu rakyat. Harap tidak cakap sahaja. Kalau tidak PKR mudah sahaja dinyatakan sebagai mulut manis

    Reply

  87. 87 obs Mar 14th, 2008 at 4:59 pm

    DAP perlu diperingatkan ttg 55% pengundi di Perak ialah org Melayu…& org Melayu juga la yg mengundi calon2 DAP, krn nk bg peluang kpd mereka, & menyampah dgn ketaksuban BN. Kalau belum apa2 sudah byk songeh,adakah pengundi akan mengundi BR lagi pd pilihanraya akan datang? Fikir sikit pssl mende ni, fikir jangka masa pjg..
    Akhir2 ini byk betul isu2 yg cuba dibangkitkan DAP. Mansuhkan DEB la, minta buat 2nd link guna duit petronas la…
    Awas, BR! Banyak lagi isu penting yg perlu diselesaikan! Jgn main2 isu2 yg hangat & kontroversi

    Reply

  88. 88 AAM Mar 14th, 2008 at 5:04 pm

    Kepada “Orang Melayu”, saya rasa ini bukan masalah DAP secara kesuluruhannya. Ada 2 kemungkinan utama (i) “Old guards” dalam DAP yang takut kehilangan pengaruh di kalangan ahli DAP jika tidak tunjuk taring mereka, sedangkan pimpinan DAP yang kontemporari mungkin tidak sedemikian (itu sebabnya DAP Perak tidak bersetuju untuk memboikot majlis perlantikan MB); dan/atau (ii) masalah komunikasi (communication breakdown).

    Reply

  89. 89 mail69 Mar 14th, 2008 at 5:30 pm

    Assalamualaikum,

    Melihat situasi yang berlaku, mudah disimpulkan, mereka2 yang sudah veteran, tidak kira BN atau BR, sama sahaja perangainya. Tidak perlulah diberitahu namanya kerana sangat mudah untuk mengagaknya. Ingatlah, kuasa yang dimandatkan bukannya laba tetapi adalah tanggungjawab. Tanggungjawab ini perlulah dipikul untuk merealisasikan segala agenda yang telah dirancang untuk kesejahteraan rakyat/kerajaan.

    Reply

  90. 90 inam kitites Mar 14th, 2008 at 5:30 pm

    Sperm berniat memainkan isu kaum antara kaum. Pakatan penbangkang bersatu mencari satu jalan alternatif untuk rakyat menolak parti pemerintah terlaksana sudah. Hampir seluruh rakyat cerdik telah bersepakat untuk menolak parti pemerintah, Masyarakat cina mempunyai parti alternatif yakni DAP untuk menolak MCA begitu jua dengan kaum india yang nekad menolak MIC dan PPP dengan memilih PKR. Dan isu melayu berpecah-belah sepatutnya tidak wujud jika bersepakat memilih PAS ataupun PKR. Kerana sikap RASIS yang tebal dan sayangkan parti yang medalam maka wujud pelbagai spekulasi bangang sedia maklum.

    Reply

  91. 91 inam kitites Mar 14th, 2008 at 5:32 pm

    maaf sperm tersalah taip “sperm berniat”—-> sepatutnya “sperm tidak berniat”.

    Reply

  92. 92 sesangsi Mar 14th, 2008 at 5:54 pm

    ape la mangkuk melayu perak ni…yg pi undi DAP tu buat hape…tak mo bn pangkah la pas ke..apa la….

    Reply

  93. 93 edyesdotcom Mar 14th, 2008 at 6:26 pm

    REFORMASI !

    DSAI,

    Membentuk kerajaan perak adalah ujian yang pertama bagi Barisan Rakyat untuk membuktikan kesepakatan dan permuafakatanya. Pastinya seluruh negara akan tertumpu ke arah negeri Perak dan menanti perkembanganya dengan penuh minat dan debaran.

    Sebagai penyokong Barisan Rakyat, saya bersyukur kerana perkara ini dengan ‘mudah’ dapat diselesaikan dan ayuh bekerjasama bangkit untuk memajukan negeri2 Barisan Rakyat !! buktikan pada mereka yg masih dalam kebingungan bahawa sesuatu yang indah menanti mereka jika mereka nekad untuk melakukan perubahan.

    ayuh bebaskan kami yang merana dengan dasar yang amat menekan rakyat… REFORMASI!!!

    WE DESERVED A BETTER MALAYSIA !!! REFORMASI !!!

    Reply

  94. 94 juriah Mar 14th, 2008 at 6:26 pm

    Saya menghantar email ini kali kedua kerana yg awal tak dimasukkan.

    Saya sudah lalui episod politik tahun 1998-99 dan mengetahui sebahagian cerita di sebaliknya. Sayang sekali generasi muda tidak menyedari hal itu dan bila begitu memberi kepercayaan kepada arus pemikiran PKR. Tetapi kesedihan dapat dirasakan apabila kebanggaan Malaysia sebagai negara yang dijunjung dengan pelbagai indikator kejayaan telah dicelarukan dengan pemikir-pemikir yang mengutamakan senario semasa. Tidakkah anda semua sedar di bawah langit inilah SEBAHAGIAN dari kita telah dapat 8 hingga 21 A dalam peperiksaan, beroleh kekayaan dengan berniaga nasi lemak/mengedar barangan penggguna/ menjadi francisor/francisee, menunjukkan bakat dalam kesenian/teater, mempunyai lebih dari satu kereta/motosikal, menaiki LRT, melancong ke sana ke mari, membeli-belah dan banyak lagi. Di samping itu menjadi penjual/peniaga/pembeli kepada syarikat besar kecil, peruncit dan pemborong. Saya yakin ramai dari semua kaum telah mendapat keuntungan dan keselesaan.Tetapi kenapa ekuilibruim ini diubah hingga boleh menjejaskan toleransi, tolak-ansur, respek dan kepuasan naluri.
    Saya yakin semua kita ingin hidup selesa dan bahagia tetapi senario ini telah terkucil kerana arus politik sekarang. Walau apapun perkara telah berlaku dan ini sebagai ujian Maha Esa.
    Sekarang saya hanya yakin kepada PKR (jika benar ia jaguh), seandainya boleh melakukan:
    1. Menurunkan harga barang dan petrol dalam suasana ekonomi dunia semasa (kalau di Selangor sahaja dulu pun OK)
    2. Menurunkan kadar jenayah lebih-lebih lagi di bandar-bandar besar
    3. Mempunyai perancangan ekonomi yang mantap yang boleh mengatasi kejayaan negara sejak 50 tahun lepas
    4. Menjamin peluang pekerjaan/Membuktikan komitmen wakil rakyat yang masih mentah
    5. Menghapuskan kemiskinan dan mengurangkan masalah sosial berpunca dari efek pembangunan
    6. Menghapuskan rasuah dan mengakui tiada kronisma dari dulu hingga sekarang/akan datang

    Reply

  95. 95 muqay Mar 14th, 2008 at 6:32 pm

    apapun lepas ni kita semua mnengundi PAS je, DAP sorry. Dah menyesal sangat ni pi undi LKS. tak kenang budi sungguh.

    Reply

  96. 96 Shakri Mar 14th, 2008 at 6:44 pm

    Salam,

    Dari awal lagi saya ada menulis berkenaan calon Menteri Besar Perak dan Menteri Besar di selangor,Kedah Penang dan Kelantan tiada masalah dan dari awal lagi saya mangharap DSAI dapat menyelesaikan masalah ini.Alhamdulillah semua dah selesai.Kepada mereka-mereka yang masih terikut-ikut dengan Bn memainkan isu perkauman,cukuplah kalau anda berterusan macam ni anda yang merosakan Barisan Rakyat dan anda,pada saya kalau masih belum sedar lebih elok anda tidak perlu ada dalam Barisan Rakyat ini.

    Kepada orang-orang umno yang membaca blog ini berhenti lah memainkan api perkauman,kalau nak cerita pasal kuasa orang melayu telah hilang silap dan salah orang umno sendiri yang tidak mahu berubah.Bangsa Cina dan India telah berubah.Kalau melayu umno berubah tidak timbul isu kerusi DUN dan Parlimen antara kaum tidak seimbang.Kepada melayu yang tetap karat dengan umno cukup lah,masa untuk berubah telah tiba….jangan buat umno tu macam tuhan.Tak ada umno tak akan bangsa melayu melarat di bumi malaysia ini kerana masih ramai lagi orang melayu yang cerdik pandai dan beragama untuk memimpin Malaysai dan orang melayu selain dari umno.

    ‘LAWAN TETAP LAWAN,LAWAN SAMPAI MENANG’

    Reply

  97. 97 Fikrah Mar 14th, 2008 at 8:47 pm

    Tahniah DSAI kerana muafakat akhirnya sudah dapat dijalin di Perak

    Bagi rakan-rakan seMalaysia, Usahlah kita semua Gusar..

    Satu rumah yang dihuni oleh 3 keluarga berlainan identiti, pada permulaanya memanglah akan ada kekekokan..tapi, dengan kebijaksanaan dan ketekadan untuk membina suasana rumah dalam kebajikan warganya, PASTI dalam beberapa waktu terdekat wadah bersama akan dapat direalisasikan

    Usah kita gundah gulana dengan mainan media utama negara, yang kita sendiri tahu kesahihan beritanya hanya berpaksi kepada para pendukung penguasanya yang umpama si dajjal yang coba merosakkan.

    Bulatkan tekad dan teruskan memberi buah fikiran dan suarakan masalah rakyat setempat agar BR mempunyai input dan informasi dalam merealisasikan agenda membantu rakyat.

    Sekarang masa untuk bersatu dan bukan dipermainkan oleh agenda si dajjal durjana.

    Reply

  98. 98 ukkp Mar 14th, 2008 at 11:42 pm

    Saya dah jawap dua kali kenapa tidak dimasukkan malah masih dalam ’stage moderated’

    Saya hendak bertanya kalau betul PKR dah berkuasa bila nak turunkan harga barang dan petrol. Kata dulu pada 9 hb Mac boleh turun harga. Kalau tak di semua 5 negeri, di Selangor pun cukuplah.
    Mana integriti kamu. Pandai berjanji manis sahaja. Jadi bagaimana hendak mempercayai kamu kerana membuat janji yang bukan-bukan. Jadi manifesto yang lain apa jadi ? Sila jawab. Terima kasih

    Reply

  99. 99 masih percaya Mar 15th, 2008 at 1:28 am

    kepada BA,
    tahniah kerana membawa satu perubahan ke dalam suasana politik negara kita.namun , ingin diminta kepada semua pihak marilah kita membantu pemimpin yg kita pilih ini untuk menunjukkan kebolehan mereka memerintah. Janganlah isu-isu yg digembar-gemburkan oleh BN itu kita ambil serius.Berilah pemimpin kita masa untuk bermula. Sedangkan Pak lah perlu 4 tahun untuk “warm up”.Inikan baru seminggu.

    Kepada BA, diharapkan kita menubuhkan satu media /akhbar yg mengabungkan ketiga-tiga parti (cadangan nama SUARA RAKYAT) dan benarkan pengedaran ke semua negeri yang BA duduki. Berikan maklumat terkini hasil anda.Media massa sekarang tak boleh diharap.BA perlu memberi tahu semua rakyat segala usaha yang mereka lakukan.

    apa yang kita buat sekarang akan menentukan kedudukan kita 5 tahun lagi.

    Reply

  100. 100 rakyat biasa Mar 15th, 2008 at 1:30 am

    BR Perak memalukan JER ! jgn ingat pakatan alternatif kuat sangat di perak, nanti makan diri !

    takleh ke buat rundingan macam pakatan2 di negeri kedah, penang dan selangor..duk diam2 baru je umum

    ni tak, belum paper lagi dah kecoh

    keyakinan rakyat kepada pakatan alternatif sudah jatuh disebabkan “kecerdikan” pakatan alternatif di perak

    kalau kalah di perak next GE , salahkan diri sendiri la !

    Reply

  101. 101 Minda Cerdik Mar 15th, 2008 at 5:18 am

    melihat dari situasi hentam-meghentam, jatuh-menjatuhkan antara sama2 melayu hanya kerana berbeza pendapat dan ideologi di ruangan blog ni.

    Minda Cerdik berpandangan bahawa sama ada UMNO, Keadilan dan mana2 parti ada kelebihan dan kekurangan masing2. Maka, kita perlulah memilih yang sewajarnya.

    Cuma yang nyata, sebagai manusia yang waras dan dewasa, kita haruslah melihat situasi ini dari pandangan yang betul dan saksama. jangalah jadi seperti ‘kanak-kanak’ yang hanya memang bernaluri suka tuduh-menuduh, jatuh-menjatuhkan antara satu sama lain.

    Diberi sedikit contoh:

    UMNO sebenarnya memang ada kebaikkan dari segi future (jika anda berpandangan jauh), iaini sebagai pembela kaum Melayu untuk semua generasi, kerana matlamat penubuhan UMNO adalah menyatupadukan kaum melayu dan menjaga priority kaum melayu, disamping bertoleransi dengan kaum lain di malaysia bagi menjaga kemakmuran negara. tetapi, ada juga keburukkan dalam UMNO kini, iaitu pelaksanaan matlamat yang tidak selari dan sukar untuk membuat keputusan yang boleh memuaskan semua pihak, ringkasnya.. situasi kini, kreadibiliti pemimpin UMNO sendiri telah mencalarkan prestasi UMNO..seperti: ketidaktegasan perdana menteri menangani isu HINDRAF. maka, kepimpinan UMNO perlu dirombak atau DITUKAR, beri peluang kepada yang bepotensi.

    KEADILAN juga mempunyai kebaikkan dari segi future (pandangan jauh Minda Cerdik), iaini menyatupadukan semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama, menjadikan ‘Malaysia Malaysian’, ini boleh meningkatkan produktiviti rakyat dan memangkinkan persainagn sihat. Namun, terdapat keburukkan melalui matlamat Keadilan sendiri, iaitu kemungkinan pembelaan TIDAK WUJUD untuk kaum Melayu yang secara hitam putih kaum Majoriti dan pemilik warisan Tanah Melayu. Disamping itu, keraguan kaum Melayu beragama Islam akan pendirian DSAI mengenai hubungan rapat DSAI dengan Amerika dan pro-israel adalah salah satu punca untuk TIDAK PERCAYA kepada Keadilan. Ini merupakan fakta. (Minda Cerdik seringkali melihat di kaca television Singapura dan Australia akan keakraban DSAI melalui pertemuan DSAI dengan pemimpin amerika dan pro-israel). Natijahnya, keadilan perlu menangani isu diplomatik luar dengan cara berhemah bagi mengelakkan syak wasangaka.

    PAS juga mempunyai kebaikkan dari segi future, iaini menyatupadukan penganut islam dan meletakkan islam sebagai asas utama pembentukkan kerajaan mengikut tuntutan dalam ajaran Islam. Hakikinya, majoriti rakyat Malaysia adalah beragama Islam. walaubagaimanapun, situasi malaysia yang kini mempunyai masyarakat berbilang agama, adalah sukar untuk mencapai kata sepakat bg semua kaum, bagi menerima Islam sebagai kerajaan untuk penganut bukan Islam. Tamabahan itu, kemunculan Islam Radikal dan Terroist juga menyebabkan penganut bukan Islam sukar percaya bahawa kerajaan Islam boleh memberi jaminan keamanan di Malaysia. (Minda Cerdik khuatir, jika, PAS memegang tampuk pemerintahan, dan terdapat dikalangan pemimpin PAS yang radikal, tak pasal-pasal, dari rangking 6 sebagai negara yang akan ditakluki US, terus lompat jadi rangking 1. Mahukah kita berperang? adakah penganut bukan Islam boleh sebaris bersama kita bersama berperang?) Tentang rangking tadi, Minda Cerdik terbaca kenyataan Pentagon pada 2 tahun lepas di FOX Channel. Itu bukan omongan. seharusnya, PAS perlu mengambil pendekatan KESEDERHANAAN dalam konteks perjuangan mereka, ideologi mereka dan tindakan mereka.

    Itu saja lah Minda Cerdik dapat ringkaskan. Fikirkan lagi kebaikkan dan kekuarangan setiap parti anda pilih, jangan main-main menyokong kerana masa depan bukan seperti tepung, boleh turun dan naik, boleh dijual sesuka hati.

    sekian.

    “Ingin Menjadi Lebih Dewasa walaupun telah Dewasa”
    -si melayu kechil-

    Reply

  102. 102 chia Mar 15th, 2008 at 12:33 pm

    Saya ingin memberi sedikit pandangan mengenai pandangan kaum Cina terhadap PAS, kali ini saya dan kawan-kawan saya setuju akan pilihan Sultan, tetapi bukan semua kaum CIna mempunyai pendapt sedemikian, gologang tua kaum Cina lebih suka akan pemimpin DAP atau PKR yang menjadi MB, ini kerena mereka takut akan PAS, kawan-kawan ini bukan salah mereka, ini kerana media massan dan pemimpin sekian lama telah memburukkan PAS dan menakut-nakutkan orang Cina. Hari ini kebanyakkan surat khabar Cina telah meneghentam DAP dengan teruk kerana bekerjasama dengan PAS membentukkan kerajaan. Saya juga boleh faham kenapa saudara Lim Kiat Siang mengatakan mahu boikot uapacara angkat sumpah MB. Saya berharap kita memberi sedikit masa kepada kerajaan Perak, biar mereka membuktikan mereka juga mampu mentabir negeri dengan baik. Jika kerajaan negeri Perak maju dan jaya bawah pimpinan BA, maka semua kaum akan berkeyakinan mengunidi mereka pada pilihan raya umun yang akan datang.

    Reply

  103. 103 Relax Mar 15th, 2008 at 12:52 pm

    Dalam komentar di atas berhati dengan dua tiga orang yg sama tapi mengapi-ngapikan kate selamat tinggal BR..sengaja nak patahkan dan lemahkan semangat penyokong..dia ingat senang-senang ke penyokong BR nak diperbodoh-bodohkan dan dikucar-kacirkan..silap la kalau fikir macam tu..

    kepada semua penyokong BR, Ingat! Sejak bila pulak kita mula benarkan diri kita follow betul-betul media BN ni? Jangan lupa sebelum Pilihanraya kita jugak yang boikot dan kalau boleh nak muntah baca media mereka..tapi sekarang tak boleh dinafikan ada penyokong BR yang terjerat masuk dalam umpan BN menerusi media-media mereka. Sedar atau tak media mereka telah berjaya menaikkan darah kita dan marah pada pimpinan kita sendiri.apa ni? Sabar..kalau bukan kita yang nak sama-sama bantu baby baru ‘BR’ ni..siapa yang nak bantu? Jangan berpecah. Selagi tak ada tanda-tanda BR nak khianat dan rompak duit rakyat, bagi sokongan. Jangan buka ruang orang BN bersorak kat kita sebab kita punya semangat lemah. Baru seminggu dah buat judgment nak pangkah BN balik..ternyata terang-terangla dia tu bukan orang BR tp BN yg saja buat kacau kat sini.

    Ayuh Malaysia! JANGAN PATAH SEMANGAT!

    Reply

  104. 104 stjames Mar 15th, 2008 at 1:22 pm

    I applaud the opposition in their strong intentions to make a change. However, I have concerns that DAP has made so many headlines within a week post elections:
    1) NEP ABOLISHMENT IN PG
    2) OPPOSE PAS MB IN PERAK
    3) LODGING A REPORT AGAINST KHIR TOYO

    1) and 3) especially, it appears a little bit “gung ho” to me to make such commitments and statements so early on in govt, <1 week!

    I am not expecting results so immediately from DAP or PKR/PAS.I WOULD URGE DAP/PKR/PAS TO LET SLEEPING DOGS LIE FOR THE MOMENT AND ONLY MAKE COMMITMENTS AND STATEMENTS AFTER HAVING THOUROUGHLY EXAMINING THE CIRCUMSTANCES, ASSOCIATED DOCUMENTS AND CONSEQUENCES OF EACH DECISION PRIOR TO MAKING PUBLIC STATEMENTS.

    We are going through very FRAGILE TIMES, pls exercise extra caution in your actions.

    We will be reasonably patient to see results of your rule (but pls dont say belum ‘warm up’ in 2 years).

    Reply

  105. 105 APIT Mar 15th, 2008 at 5:07 pm

    Assalamualaikum.

    DSAI, pelbagai seruan penyokong sudah dibaca and dikhabarkan dalam lembaran maya ini. Teruskan usaha dan ingatlah kepada-Nya sentiasa. Amin. Insya-Allah. Ukhwah Fillah. Buat rakan-rakan sekalian, adakalanya yang ada perkara kita siratkan dalam diri sendiri tak perlu dikompang serata alam. Ada pula perkara yang wajib kita jadikan perkongsian selagi terdaya seramai mungkin termampu. Yang penting ingatlah siapa diri kita dan untuk apa perjuangan kita?

    DSAI, tahniah (“,) Kini generasi yang bijak dan bertanggugjawab akan politik Malaysia semakin berkembang. Kita bakan melihat kemunculan suasana politik Malaysia yang baru dan positif. Tidak lagi jumut dan berlumut dek cengkaman legasi politik tradisi. Dulu lain sekarang lain tapi amanat tetap sama.

    Rakan-rakan, jangan pedebatkan hak berbincang soal perkauman secara positif. Tiada satu negara pun di dunia yg tidak wujud perkauman. Makanya perbincangan mesti ada cuma caranya perlu dipantau. Gunakan lidah kita untuk berbicara dgn cara yang terpuji sebagai manusia berakal ciptaan Tuhan.

    DSAI, tahniah atas kenyataan untuk menjaga melayu di Penang. Saya tahu itu tulus. Moga diberkati dan dilindungi Allah. Sama-samalah kita doakan untuk DSAI sekeluarga. Amin.

    Salam Ikhlas,
    APIT.

    Reply

  106. 106 mr.hanif sapri Mar 15th, 2008 at 6:10 pm

    syabas diucapkan kepada semua pejuang politik perak dan yang bersekutu dengannya kerana telah berjaya menumpaskan (perompak hak/harta rakyat).dari dulu lagi aku dah boring dengan janji AUTA dari BN ni.memang aku dah masak sangat dengan AUTA BN.bab nak jatuhkan orang lain ni mamang kerja mereka.(gila pangkat/bodek/rasuah)pun dari pejuang BN..selepas ini aku percaya macam2 helah BN akan buat untuk jatuhkan kerajaan baru ni.aku harap semoga korang bertenang menghadapi segala dugaan…

    daripada pemuda
    RILEK’S……………..COOL……….

    Reply

  107. 107 imanuna Mar 15th, 2008 at 11:00 pm

    MELAYU menyesal mengundi DAP, CINA menyesal mengundi PAS

    MELAYU menyesal mengundi DAP, CINA menyesal mengundi PAS?

    - tiada gunanya menyesal wahai saudaraku. selama ini kita sangat selesa berada di bawah pemerintahan BARISAN NASIONAL, tanpa perlu rasa tertekan dan tanpa disedari sebenarnya, ramai yang tidak mampu untuk menyara hidup dengan memakan siput babi.

    Kenapa kita perlu menyesal? kita perlu bangga, ini adalah pilihan kita. setiap apa yang kita pilih, tentu ada risiko yang harus kita terima. namun, terpulang samada kita mahu melangkah maju setapak ke hadapan, atau mundur setapak ke belakang.

    jangan mudah goyah, patah semangat. BARISAN NASIONAL pun ada kemelut mereka tersendiri di PERLIS dan TERENGGANU. ingatlah, pihak media, cuba melagakan antara kita.

    sila rujuk link ini, permintaan dari saya ; http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=13285&Itemid=28

    kita harus kuat, harus berdiri dalam satu barisan. negara maju seperti AUSTRALIA, UNITED KINGDOM, pun bertukar tampuk pemerintahan, bertukar parti yang memerintah. jika kita tidak bertukar, maksudnya, kita rela berada di bawah pemerintahan yang kronisme, rasuah.

    FIKIR-FIKIRKANLAH BAGI MEREKA YANG MENYESAL. HANYA INGIN KESELESAAN DALAM HIDUP

    Reply

  108. 108 citizen Mar 15th, 2008 at 11:03 pm

    kepada saudara semua Penang Umno will recommend to the Federal Government to stop all proposed mega projects in the state, include those planned under the Northern Corridor Economic Region (NCER), the second Penang Bridge, the light monorail transit system, the Penang Outer Ring Road, the Penang Sentral and the RapidPenang bus service.

    State Umno secretary Datuk Azhar Ibrahim said the previous Gerakan-led state government had worked together with the federal government to bring all sorts of development to Penang.

    “Since the people have clearly rejected development and made their choice for a change, we will recommend to the federal government to cancel all such projects. Don’t blame us for this,” he said after a state liaison committee meeting here today. Source

    ******Brainless UMNO!! That’s not your project! That’s not your money! It’s belong to all the Malaysian!! Does he knows who gets hurt? All these projects were awarded to UMNO cronies. Grow up old man…!!!!! Your proposals are so immature.

    Reply

  109. 109 imanuna Mar 15th, 2008 at 11:24 pm

    untuk kaum cina,

    saya dapat beri jaminan. anda tidak perlu takut dgn PAS. UMNO yang memburuk-burukkan bangsa sendiri. tentang negara Islam, tidak perlu ditakutkan. undang yang berlaku hanya untuk org Islam, bukan untuk non muslim.

    jika harta anda dicuri, adakah anda patut membiarkan begitu sahaja? jika anak anda dirogol, apakah anda rela mereka hanya membayar ikat jamin sahaja atau hanya dipenjara atau terlepas begitu sahaja?

    saya, melayu Islam tidak menyalahkan anda, jika anda takut dengan PAS. tapi, percayalah, sebagaimana anda takut dengan PAS, saya juga takut pada DAP.

    namun, apabila, saya membaca komen dari cina perak dan chia, sekurang-kurangnya, saya berasa agak lega sedikit. terima kasih

    Reply

  110. 110 Elias Hj Idris Mar 16th, 2008 at 1:52 am

    Masih ramai yang tak cerdik, rupa-rupaya.

    Camne nak turunkan harga minyak dan tol, sebab keputusannya di tangan kabinet yang masih di tangan UMNO/BN? Petronas pun masih dikawal mereka.

    Pada pertengahan Mac ini, PETRONAS akan umumkan keuntungannya lagi yang dijangka lebih tinggi. UMNO/BN juga yang akan sapu.

    Orang UMNO melalak minta projek mega dimansuhkan… sebab mereka dah jadi cerita ‘musang dengan rambutan masam’! Itulah tahap mentaliti orang yang dah perintah kita 50 tahun.

    Di tempat saya, Beruas – orang UMNO angkut semua kerusi meja dan peralatan dewan. Katanya, mereka punya dan diberbahagi sesama sendiri. Tiang bendera pun dicabut. Mana yang tak boleh dicabut, dikepak-kepak bawa balik.

    Anehnya, wakil rakyatnya masih UMNO (itupun dengan menipu… dari 551 undi PAS menang, kira kali keempat, dia pula menang 5 undi, tapi SPR umumkan esoknya 14 undi!)

    Punya la buruk perangai, sebab nanti wakil rakyat mereka juga yang nak datang jumpa… bersila atas lantai simen!

    Kipas dan lampu pun diambilnya. Potong wayar.

    Isyy…. Itupun Hishamuddin masih angkuh, kononnya nak pantau BR memerintah; cakap berdegar-degar, ekor sendiri pun bergelumang tahi!

    Reply

  111. 111 along Mar 16th, 2008 at 6:15 pm

    saya nasihatkan lain kali Lim Kit siang dan Dr Syaed Husin jangan cepat melatah.begitu juga pemimpin2 yang lain supaya berbincang secara tertutup dengan rakan2 BA.semua rakyat sedang memerhatikan kita.jangan ulangi kebodohan kita.jika tidak…… pilihanraya 13 ….akan datang …4 tahun lagii ….tidak lama….. insaflah

    Reply

  112. 112 juriah Mar 16th, 2008 at 7:49 pm

    Pembaca sekelian,

    Saya anggap anda semua masih belum faham keadaan sebenar negara kita ini. Kita semua patut berfikir waras dan rasional. Kita sudah jauh berjalan menghirup kesenangan dan ketenteraman. Cuma bila kita sudah selesa kita lupa semula apa akan jadi kalau kita tak ada apa-apa. Bolehkah anda semua menghirup udara segar, belajar, bekerja mencari nafkah, berniaga mencari hiburan (dengar muzik, menonton dll) kalau keadaan kita tidak bahagia seperti sekarang. Cuba lihat Kenya, dulu aman tetapi apabila ada pertelingkahan , pergaduhan berlaku hingga nak ke sana ke mari (belajar, berniaga, rekreasi, berinteraksi dgn keluarga/rakan pun susah kerana dek pertengkaran, musuh memusuhi di sana sini tidak kira masa). Sejak Merdeka (minus 1969, 1998-1999) hingga 2007 kita telah memupuk bibit bekerjasama, ada keharmornian (lihat sahaja bidang seni orang Melayu pun diceburi oleh pelbagai kaum, iklan-iklan Peronas banyak memberi gambaran ciri-ciri ini). Tetapi sekarang mengapa lain jadinya? Mungkin anda semua tak tahu orang yang mengatakan orang lain penuh dengan korupsi, mengamalkan kronism itu jua sama atau lebih teruk dari itu semasa mereka berkuasa dulu.Cuma kita tidak mahu tahu atau cuba mencungkilnya dari individu tertentu
    Namun cubalah baiki persepsi anda kerana sekiranya tiada langsung keunggulan negara selama ini kita tidak akan berpijak seperti sekarang. Semua orang boleh mencari rezki selagi rajin bekerja

    Reply

  113. 113 Elias Hj Idris Mar 16th, 2008 at 9:50 pm

    Haii… sah si Juriah ni UMNO.

    Masih jadi katak bawah tempurung dan sedang laloq.

    Kau pun tidur macam PM tu.

    Isyy… kesian la kat kau ni.

    Reply

  114. 114 Raja Kapor Mar 16th, 2008 at 10:46 pm

    TEMAN-TEMAN SEMUA…MASALAH PASTI ADA..DAN SEKARANG TELAH PUN SELESAI..TAPI BN DI PERLIS DAN TERENGGANU SAMPAI SEKARANG TAK SELESAI-SELESAI…MAKLUMLAH MASYUK!! BANYAK..UMNO PERLIS DAH MENGHINA RAJA MELAYU…KETELANJURAN LIM KIT SIANG PUN, TELAH BELIAU MOHON MAAF SECARA TERBUKA…SEKARANG TUMPUAN KITA NEGARA/NEGERI KEBAJIKAN BA..SABAR PARA PEMIMPIN BA SEDANG MENELITI KEWANGAN NEGERI DAN KEADAAN YANG AGAK STABIL..LANGKAH YANG CEPAT KITA DENGAN KERAJAAN BA DI PENANG TELAH MENGHAPUSKAN SEMUA SAMAN TERTUNGGAK RAKYAT PULAU PINANG SAMA ADA BA ATAU BN..INI MENGURANGKAN BEBAN RAKYAT…SELANGOR SUDAH PASTI LAGI HEBAT!!!

    Reply

  115. 115 Laziaf Naudir Mar 17th, 2008 at 12:56 am

    Sdri Juriah (merujuk komentar 86 & 94),

    Maaf jika saya katakan sdri tidak adil dalam perbahasan ini. Saya rasa sdri perlu mendapatkan maklumat tentang bagaimana sesuatu dasar dibuat. Sdri perlu memahami bagaiaman sistem parlimen dan kerajaan berfungsi serta perbezaan antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri termasuk bidang kuasa antara mereka.

    Untuk pengetahuan sdri manifesto biasanya mempunyai 2 strategi, 1 diperingkat pusat dan satu lagi diperingkat negeri. Kebanyakan yang kita ketahui PKR (BR) memberikan mekanisme perubahan diperingkat pusat bilamana mereka mendapat mandat membentuk kerajaan PUSAT yang baru dalam erti kata lain menguasai PARLIMEN sebagai badan pengubal dasar negara.

    Berikut saya tidak menjawab soalan sdri sebaliknya membantu sdri mendapatkan pemahaman dan kemudian sdri disyorkan mendapatkan rujukan di pihak lain bagi mengesahkan maklumat ini.

    1.Menurunkan harga barang dan petrol dalam suasana ekonomi dunia semasa kalau di Selangor sahaja dulu pun OK. (Sdri harus faham bahawa penurunan harga minyak hendaklah dibuat secara menyeluruh di seluruh negara kerana lebihan harga asal sebenarnya ditanggung oleh subsidi melalui PETRONAS. Persoalannya dengan hanya menguasa negeri Selangor sahaja contohnya sedangkan PETRONAS dibawah bidang kuasa kerajaan pusat yang ditakbir BN maka bagaimana ia ingin dijayakan? Ia hanya boleh dilakukan apabila BR membentuk kerajaan pusat yang secara automatik akan mengusai dasar PETRONAS. Jika sdri mahu ia menjadi kenyataan mudah sahaja berikan undi bagi BR menjadi kerajaan pusat).

    2. Menurunkan kadar jenayah lebih-lebih lagi di bandar-bandar besar. (Sekali lagi sdri tidak paham fungsi polis dan kaitanya dengan kerajaan pusat. Untuk pengetahuan saudari polis seluruh negara bekerja berpandukan dengan kaedah yang diamalkan diperingkat tertinggi iaitu Bukit Aman. Tanggungjawab menjaga keamanan contohnya dipikul oleh polis pertamanya dan penglibatan pelbagai pihak yang lain. Persoalannya adalah kerajaan BR yang baru harus mengambil alih fungsi polis di peringkat negeri? Ianya adalah salah. Sistem polis dan kehakiman negara yang tercalar dalam profesionalismenya harus diselesaikan di peringkat tertinggi. Ianya hanya akan tercapai ditangan BR apabila mereka diberikan mandat menjadi kerajaan pusat maka mereka boleh mengubal dasar dan mengadakan reformasi dalam sistem polis dan anggota keselamatan).

    3. Mempunyai perancangan ekonomi yang mantap yang boleh mengatasi kejayaan negara sejak 50 tahun lepas. (Ini saya bersetuju dengan sdri. Tetapi mereka mempunyati limitasi dan batasan dalam lingkungan kerajaan negeri sahaja. Ianya juga bergantung kepada komitmen kerajaan pusat. Dalam tahap ini kerajaan pusat boleh menhalang potensi BR dengan menahan peruntukan dan mengenakan karenah birokrasi di peringkat pusat. Sdri juga tidak boleh meletakan harapan tinggi untuk mengatasi kejaan 50 tahun dengan hanya diberei peluang memerintah beberapa buah negeri untuk tempoh masa 5 tahun sahaja dengan kekangan pusat dan keterbatasan peruntukan yang mungkin dinafikan pusat. Kita lihat adakah kerajaan pusat ikhlas? Jika mereka menahan peruntukan maka mereka terlibat mensabotaj mandat rakyat yang melantik BR sebagai wakil mereka).

    4. Menjamin peluang pekerjaan/Membuktikan komitmen wakil rakyat yang masih mentah. (Ini pun ada kaitan dengan kerajaan pusat dibawah dasar Kementerian Sumber Manusia. ‘Komitmen wakil rakyat yang masih mentah’ jelas satu unsur berat sebelah sdri terhadap kerajaan BR. Untuk pengetahuan sdri PM kita sendiri sebenarnya bukanlah seorang yang jauh lebih kanan berbanding Dato’ Seri Najib, Tengku Razaleigh (KULI), Dato’ Seri anwar Ibrahim yang lebih berpengalaman untuk menjadi Perdana Menteri. Beliau dilantik secara unliteral oleh mantan PM Tun Mahathir. Untuk pengetahun sdri Tun telah menyatakan kekesalannya melantik Pak Lah sebagai PM. Jadi adilkan jika fakta menjelaskan bahawa Pak lah walau telah lama dalam UMNO tetapi masih mentah untuk menjadi PM yang baik kepada seluruh rakyat. Itupun jika sdri menjadikan isu ‘masih mentah’ sebagai kayu pengukur dalam indikutor ini).

    5. Menghapuskan kemiskinan dan mengurangkan masalah sosial berpunca dari efek pembangunan. (Ini sebenarnya adalah tanggungjawab kolektif, kerejaan pusat, negeri, institusi masyarakat, keluarga dan individu. 5 tahun tidak cukup untuk mengubah satu generasi dan budaya yang tidak sihat yang telah berakar umbi mungkin untuk tempoh masa yang panjang 50 tahun yang lalu.)

    6. Menghapuskan rasuah dan mengakui tiada kronisma dari dulu hingga sekarang/akan datang. (Ini juga adalah peringkat pusat. Kita lihat nanti apa perkembangan Suruhanjaya DiRaja bagi kes pita Lingam. Kerajaan BR di 5 buah negeri tidak boleh mempengaruhi perubahan dalam sistem BPR dan kehakiman kecuali sekadar memberikan tekanan untuk kerajaan mengadakan perubahan sahaja).

    Akhirnya, saya harap penerangan ini sedikit mampu membantu sdri. Jika sdri masih keliru dan perlukan penjelasan saya sedia membantu.

    Terima kasih.

    Laziaf Naudir
    laziaf.naudir@gmail.com

    Reply

  116. 116 anak luat Mar 17th, 2008 at 9:16 pm

    HARI NI HARGA BANYAK TURUN DI 5 NEGERI..MINYAK CENUAI,MINYAK LINTAH DAN MINYAK LIDAH BIAWAK DI PERAK,MINYAK BUAH PALA DI PENANG,MINYAK KELAPA DI KELANTAN,MINYAK DAGU DI SELANGOR..TUREUN 30 SEN…

    Reply

  117. 117 Citizen of Malaysia Mar 18th, 2008 at 1:09 am

    First of all I would like to congratulate the party’s victory in this general election.
    Many years of hard work had given the result. Time has come for us to maintain the victory.
    People have shown their dissatisfaction on the previous leadership and accountability. Treat other’s in the way you like to be treated. I have some years of experience in project planning and implementation. The reason I say this because any project for the people should be planned and analyzed thoroughly, with the output result must be considered even before deciding the project implementation date. Survey should be done within the local communities on their opinion of any project implementation. With this action people will feel that the current leadership does take their opinion and concern in to count before the decision is made. This simple process will make a great impression on the leadership.
    Being said that, you MUST strongly consider removing the city council or Majlis bandararan leadership completely as they were ineffective in proving good service to the local community. As they have lived for years in “TIDAK APA” culture. City council play’s a very important role in the governing of the state. City Council is also the first line of venue to address people’s issues, if the were to be ignored as the have always been. Check and balance system is important in running a fair operation’s. Any Issues highlighted by the people should be notified by mail, as to show the sincerity of the state government is listening to people’s voice. A complaint channel should provide to the people on any City Council employees refusing or not addressing their issues respectively. CUSTOMER SERVICE is a very important. Any business provides good customer service will encourage more people join.
    The reason I say this if we could satisfy as many people as we can, more participation of the people mean, will give more recognition and it will lead us longer sustainability in the business of serving people.
    I have great passion in serving people, someday I would like to part keadilan to serve the people.

    Reply

  118. 118 malayman Mar 18th, 2008 at 3:25 pm

    assalamualaikum

    Reply

  119. 119 MInda Cerdik Mar 19th, 2008 at 3:41 pm

    Minda Cerdik masih terpinga-pinga akan konsep ekonomi melalui pengambilan keuntungan berbillion Petronas. Sila betulkan Minda Cerdik kalau Minda Cerdik tidak faham dan salah.

    Petronas pada baru-baru ini membuat penyataan keuntungan sebelum cukai sebanyak 80 billion. Maknanya jika keuntungan selepas cukai, keuntungan bersih adalah berkurangan. Cadangan BR adalah mengakses keuntungan Petronas dan memberi kepada kebajikan rakyat. DSAI pula mencadangkan mengambil 10 billion dari keuntungan Petronas untuk menampung perbelanjaan percuma kepada persekolahan dan universiti, bagi tidak membebankan rakyat. Di tambah akan pengurangan minyak sebanyak 1.10 yang dicadangkan BR, maka keuntungan Petronas akan bertambah menurun.

    Umumnya, Minda Cerdik rasakan banyak perkara mustahil dalam hal ini. Pertama, pusingan modal dalam Petronas, pernah Minda Cerdik terbaca ianya mencecah sehingga 40 -50 billion something untuk Pertonas mengaktifkan segala kos perkhidmatan (stesen minyak), pengeluaran (minyak tanpa plumbum), pencarigalian (petronas carigali), penajaan (Formula One), kajian(Universiti Petronas) dan sebagainya. Rasionalnya, membuat sebuah pelantar minyak ditengah lautan sudah mencecah 10 billion termasuk kos penyelanggaraan dan pembaikkan. Kini Petronas mempunyai banyak pelantar minyak untuk dikawal dan selanggara selia, termasuk pelantar minyak di luar negara. Apakah keuntungan 80 billion itu sudah terlalu cukup untuk kita sebagai rakyat, mengambil keuntungan sebahagiannya untuk kemudahan kita?. Tambahan itu, bagaimana dengan pembayaran gaji para pekerja profesional Petronas? Jurutera, pencari gali, kakitangan pengurusan. Mereka (jurutera) bukannya mencari gal9 minyak seperti menggali batas, mereka bersusah payah ditengah lautan mengkaji mencari sumber minyak. Merekalah yg paling berhak mendapat keuntungan 80 billion, bukan kita yg hanya lepak kaki tidak melakukan apa2.

    Jika kita sebagai rakyat, yang tidak membuat apa2 (tidak memberi sumbangan termasuklah tidak mengisi minyak di stesen Petronas) tidak langsung membantu Petronas, tetapi mahu keuntungan Petronas, terus didepan menadah tangan. Apakah kita sebenarnya layak menerimanya? Adakah kita mempunyai hak untuk mengambil begitu saja keuntungan Petronas, seolah seperti Petronas tidak mempunyai prinsip dan kreadibiliti. Seolah Petronas syarikat ‘kawan-kawan’ rakyat, boleh keluar masuk mengambil duit keuntungan Petronas? Em, maaf jika artikel ini kurang memuaskan hati anda, tetapi Minda Cerdik melihat ini dari perspektif kesan pada masa kan datang. Apa akan jadi jika Petronas tiada? Bankrupt? atas perlakuan kita sesuka hati menjadikan Petronas sebagai ‘yang segalanya’?

    Yang Pernah bekerja di Petronas
    Minda Cerdik.

    Reply

  120. 120 tunabdulrazak Mar 20th, 2008 at 11:28 pm

    It is TIME for Deputy Prime Minister I be created for Sarawak and Deputy Prime Minister II for Sabah, for Malaysia to remain relevant. Malaysia = Malaya Sarawak Sabah

    Reply

Leave a Reply




 

anwaribrahim: LingLSik:PKFZ-Kita serang dgn fakta.Umno-Bn nafi kata tipu.Setelah 4th,dakwa atas fakta sama.Bm dgn Scorpene,Altantuya,SgBesi?#fb
13 hours ago
anwaribrahim: LingLSik:PKFZ-We challenged and Umno-Bn denied.After 4 years,same facts used to charge!Now:scorpene,Altantuya,eurocopter,SgBesi?#fb
13 hours ago
anwaribrahim: Jzkmllah..mlm ini ostighazah;jamaah dirumah.Slm utk rakan2"@cucurudang:ds,slm dari rumah mahasiswa cairo egypt doa utk ds.#fb
13 hours ago
anwaribrahim: S.418;S.417@shamsuliskandar:@najibrazak is quickly on leave!Ling pleads nt guilty to charge;S.41(8) PenalCode&S.41(7)PKFZ #fb
13 hours ago
anwaribrahim: RT @MsiaChronicle: Malaysia Chronicle : Ling Liong Sik arrested, Pakatan fears a brokered-deal ... http://goo.gl/b/cPZb
14 hours ago

Galeri Flickr

IMG_3509 IMG_3620 IMG_3549 IMG_3624 IMG_3552 1 (1) 6 (3) 6 (2) 

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

March 2008
M T W T F S S
« Feb   Apr »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31