06
Mar
08

MALAM KEMUNCAK KEBANGKITAN RAKYAT BERSAMA DSAI

Masa : 11.00 pm

Lokasi : Lembah Pantai - PPRT Kg Limau, Bukit Angkasa, Belakang Bangunan Angkasapuri

Gambar-gambar ceramah DSAI di Perak, Melaka dan Johor:

anwar-crowd-9.jpg

593b566751dc749aed50fdb9726b412f.jpg

96e64beb25726f22a6866814baee4055.jpg

dsai-jb-sinchew2.jpg

 

Laungan reformasi tanpa henti di Johor Bahru

Johor Bahru, 5 Mac - Jelas terbukti bahawa gelombang reformasi masih hidup segar dalam jiwa rakyat Malaysia, melihat sambutan yang diberikan kepada Ketua Umum KeADILan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Skudai malam tadi. Lebih kurang 3000 rakyat telah datang ke Taman Damai Jaya untuk mendengar ceramah beliau, sementara sahutan ‘reformasi’ dan ‘hidup rakyat’ sentiasa terlaung dengan penuh semangat.

Ketibaan Dato Seri Anwar amatlah dialu-alukan orang ramai, dengan tepukan tangan dan laungan ‘hidup Anwar!’.

Malam tadi turut menyaksikan teman seperjuangan Dato Seri Anwar turut serta berceramah, termasuklah calon Gelang Patah, Dr. Zaliha Mustafa; Boo Cheng Hau, calon DAP untuk DUN Skudai; Mohd Shah Lamat, calon PAS untuk DUN Nusa Jaya dan R Kumutha, calon KeADILan untuk DUN Tiram.

Dalam ucapannya, Dato’ Seri Anwar mengulangi janji parti-parti pembangkang bahawa jika mereka memperoleh mandat rakyat, tugas pertama mereka tidak lain dan tidak bukan mengurangkan harga petrol dan barangan asas lain, serta menyediakan pendidikan percuma untuk semua. Tetapi janji-janji ini hanya mungkin terlaksana jika parti-parti pembangkang menang kali ini - jika tidak, maka rakyat akan terpaksa menunggu lima tahun lagi untuk melihat perubahan. Dato’ Seri Anwar juga memenangi hati hadirin dengan laungan terkenalnya - ‘Melayu, Cina, India - kita semua satu keluarga’


44 Responses to “MALAM KEMUNCAK KEBANGKITAN RAKYAT BERSAMA DSAI”


  1. 1 harapan bangsa Mar 6th, 2008 at 6:46 pm

    Assalamualaikum DSAI, teruskan perjuangan dan kami disini akan memberi sepenuhnya sokongan penuh kepada dato seri bagi membentukkan sebuah kerajaan yang adil. Saya amat kagum dengan kesungguhan Dato’ memberi ceramah sana-sini tanpa mengenal penat lelah sempena nak pilihanraya nie. Dengan berkat doa rakyat malaysia, kami harap dato’ seri terus bersemangat memperjuangkan yang HAK. Kami bangga kerana setelah disiksa dan dipenjara, dato’ bangun dengan penuh bersemangat menentang balik kezaliman yang berlaku sekarang. Harap rakyat Msia bukalah mata dan tentanglah habis-habisan untuk kali ini kerana ini lah masanya untuk kita berubah dari pemerintah yang zalim kepada yang adil.

  2. 2 pengkaji Mar 6th, 2008 at 7:26 pm

    pengkaji kembali dengan perasaan senak

    senak dengan keaiban yang dilakukan pemimpin terhadap bekas rakan pemimpin

    senak dengan penggunaan wang yang pengkaji bayar cukainya untuk menghentam dan fitnah orang

    senak dengan berita2 berat sebelah dokongan parti yang memerintah.

    Pengkaji akui Pak Lah banyak buat perubahan dalam siasah pentadbiran negara. Lebih telus dan lebih terbuka berbanding dr mahathir.

    ini membuka mata banyak orang terhadap ketidakadilan yang pernah berlangsung dalam kerajaan terdahulu.

    Pokoknya apakah kerajaan Pak Lah sekarang sudah nampak mahu mengubah terus perkara tersebut atau mahu gostan ke belakang?

    Berita TV yang begitu menarik memperkatakan hal2 kepincangan politik kerajaan terdahulu, kini bangkit menghina pemimpin pembangkang.

    Berita akhbar langsung tidak mengasihani anwar. Tiada apa yang baik tentang anwar.

    dan SPR..well, tak payah la pengkaji nak cakap lagi. Busuknya anda duhai SPR.

    Pengkaji terfikir…

    Bukankah Pak Lah dan kerajaannya berjanji akan mengelakkan character assasination dalam pilihanraya kali ini. Mengapa sebaliknya berlaku.

    Pengkaji fikir.
    Kerajaan ini sama sahaja dengan kerajaan terdahulu.
    Kalau mahu menang, bukan sahaja mahu bersahabat dengan syaitan. Malah dialah menjadi syaitan itu.

    Pengkaji sudah buat keputusan pihak mana akan pengkaji pangkah.

    Kalau anda mahu undi anda bermakna, fikirkanlah halatuju undi anda.

    Biarpun pengkaji yakin, anda semua mudah lupa.

  3. 3 Pelajar malaysia di Japan Mar 6th, 2008 at 8:05 pm

    Tahniah DSAI……………..!!!!!!
    Tahniah DSAI……………..!!!!!!
    Tahniah DSAI……………..!!!!!!
    Tahniah DSAI……………..!!!!!!
    Tahniah DSAI……………..!!!!!!

    Kami pelajar malaysia yang kini berada di Jepun amat menyokong tindakan DSAI. Mohon kiranya PKR dan PAS & DAP menang, tolong tukarkan DUTA Malaysia di Jepun ini.Mereka ini tidak lebih dari tali barut UMNO.

    Kelab Penyokong PKR / PAS di Japan

  4. 4 akunyer Mar 6th, 2008 at 8:07 pm

    Saya bangga dengan DSAI , saya mahu anda jadi PM kali ini. Syabas di atas usaha anda, anda mmg layak dan berkarisma….semoga doa dikabulkan allah…insyaallah….

  5. 5 d1 Mar 6th, 2008 at 8:21 pm

    awesome! awesome!

  6. 6 Hidup_PKR Mar 6th, 2008 at 8:53 pm

    Hari ini parti UMNO/BN telah menggunakan peruntukan universiti untuk menjayakan kempen mereka pada PRU-12. UMNO/BN rampas wang kami untuk lanjut pelajaran keluar negara.

    Buktinya perkeliling ini…

    UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

    UTHM/PP/100-6/3 (20) 05 Mac 2008

    PEKELILING PENGURUSAN BIL. 20/2008

    MELANJUTKAN PELAJARAN PERINGKAT SARJANA KE LUAR NEGARA

    Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Cuti Belajar Bil. 2 / 2008 yang bersidang pada 4 Mac 2008 telah memutuskan bahawa semua permohonan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana di luar negara dibekukan buat sementara waktu. Pembekuan ini adalah disebabkan oleh kekangan peruntukan dan tempat untuk melanjutkan pelajaran peringkat sarjana ke luar negara tersebut oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

    2. Sehubungan dengan itu, staf akademik (Tutor Gred DA41) yang dikehendaki melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana perlu mendapatkan tempat di universiti-universiti tempatan sahaja.

    Sekian untuk makluman, terima kasih.

    “DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”

    Yang benar,

    SULAM BIN HAMID
    Pendaftar
    ‘ 7100

    s.k - Naib Canselor
    - Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)
    - Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni)
    - Dekan-Dekan Fakulti
    - Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit

  7. 7 Nirman Mar 6th, 2008 at 9:17 pm

    Allahuakbar!!! Hidup KeADILan! Hidup Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Persetankan media perdana yang memperlekehkan DSAI. Kami semua tetap di belakangmu. Saya telah menetapkan pilihan saya iaitu perubahan kepada Malaysia yang tercinta. Saya akan mengundi PKR Sabtu ini. Insya Allah, PKR, PAS dan DAP akan menang besar.

  8. 8 CT Ong Mar 6th, 2008 at 9:29 pm

    Kerajaan BN sudah gentar dan semakin risau,Penyangak Penyangak ini tahu bahawa mereka sudah hampir ke pintu NERAKA!!!

    BN Boleh! BN Boleh! BN Boleh!

    Ya, Boleh!

    BOLEH RASUAH!!!

    BOLEH TIPU RAKYAT!!!

    BOLEH membina MAHLIGAI dengan WANG RAKYAT!!!

    BOLEH janji BULAN dan BINTANG!!!

    BN BOLEH!!!

    BN BOLEH pergi ke NERAKA dan lenyap dari BUMI selama-lamanya!!!

  9. 9 Najib76 Mar 6th, 2008 at 9:40 pm

    Salam…
    Saya dah muak dengan Berita TV Malaysia….menjadi alat propaganda BN…usaha memburuk2 saudara Anwar semakin menjadi2.
    Nampaknya mereka menjadi semakin angkuh…
    dah sampai masanya kita tumbang BN….

    Umat ISLAM…jgn lupa banyakkan doa…amalka Qunut Nazilah kerana kezaliman dan penindasan berleluasa….

    “Ya Allah ampunilah dosa kaum muslimin & muslimat,
    mukminin & mukminat.
    Ya Allah , jinakkan dan satu padukan hati org2 muslimin.
    Perbaikilah keadaan mereka. Tolonglah kaum muslimin untuk melawan
    musuh2 mu dan musuh2 mereka.
    Ya Allah, laknatlah org2 kafir yg mendustakan para Rasulmu dan membunuh para kekasihmu.
    Ya Allah cerai beraikan kesatuan kata mereka, hancur leburkan kekuatan mereka. Dan turunkan bencana mu yg tidak tertolak lagi utk org2 yg penuh dgn dosa.
    Dengan menyebut namamu Ya Allah yg maha pengasih maha penyayang.
    Ya Allah sesungguhnya kami memohon perlindungan kepadamu”

    Hadis diriwayatkan oleh Umar Al Khatab….

  10. 10 KUAN Mar 6th, 2008 at 9:45 pm

    Berani kerana benar itulah Anwar Ibrahim

    Takut kerana….. Isa Samad, Osu Sukam he he dan yang sewaktu dengan mereka Masih dalam umno.
    Tamatkan kerosakan yang berlaku ini demi untuk Malaysia tanahairku UBAH SEBELUM PARAH

    BERSAMA MEMANGKAH BA

  11. 11 melayu Mar 6th, 2008 at 10:04 pm

    Salam Perjuangan.

    nak tanya kenapa tak disiarkan pengakuan oleh mahathir bahawa DSAI tak salah.
    Boleh jadi modal politik yang pasti BOOM. Serangan terakhir.ingat esok jumaat edaran boleh dibuat dimasjid dan lain-lain tempat tumpuan pasar,pasar malam, tol (orang balik mengundi)dan lain yang difikirkan perlu.

    salam.

  12. 12 melayu Mar 6th, 2008 at 10:14 pm

    Salam nak tanya kenapa tak gunakan pengakuan mahathir yang DSAI tak salah tentu baik untuk last kempen.esok jumaat boleh buat edaran

  13. 13 Nirman Mar 6th, 2008 at 10:18 pm

    Sebak saya melihat begitu ramai penyokong-penyokong DSAI sama seperti saya di seluruh Malaysia. Tanpa disedari air mata ku mengalir…

  14. 14 pondok tanjong Mar 6th, 2008 at 10:38 pm

    well done!!!!

    smlm DSAI buat press conference di singapore…byk akhbar utama dunia siarkn kenyataan anwar. ITULAH YG KITA INGINKAN

    dua tiga hari ni…media perdana malaysia hentam anwar..ITULAH TANDANYA KEHEBATAN ANWAR!!!

    harap anwar buat press konferen lagi disingapore mahupun indonesia…bawa juga bukti2 penyelewengan pemilu

  15. 15 TRUE MALAYSIAN Mar 6th, 2008 at 10:49 pm

    Nampaknya sambutan terhadap Dato Seri adalah hebat sekali. Mengikut maklumat http://www.alexa,com kepopulariti website parti-parti politik semuanya amat berpihak kepada pembangkang.

    Mengikut maklumat terbaru http://www.alexa.com

    Website parti Ranking Di Malaysia (6,3.2008)

    Suarakeadilan.com 872
    Anwaribrahimblog.com 524
    Harapanmalaysia.com 2,020
    Limkitsiang.com 379
    Dap-elections.com 2,086
    Parti-pas.org 3,563
    umno-online.com 4,687
    Bn2008.org.my 1,500

    Saudara semua boleh ke alexa.com dan semak maklumat ini sendiri dan alexa.com merupakan sebuah site yang anda boleh memeriksa maklumat kepopulariti setiap website dalam Internet.
    Dari keputusan atas nampaknya adalah pelik jika keputusan pilihanraya kali ini tidak berpihak kepada pembangkang.

  16. 16 Mujahiddin Allah Mar 6th, 2008 at 10:53 pm

    Kehebatan yang Allah SWT berikan di dalam hati rakyat Malaysia untuk mengubah corak dan polisi Pentadbiran Negara, merupakan satu rahmat besar dari Allah SWT. Kami Kumpulan Mujahiddin Allah tidak menyokong mana-mana individu tetapi kami menyokong perjuangan menegakkan Kebenaran, Keadilan dan Kesaksamaan oleh mana-mana individu atau kumpulan jemaah yang memperjuangkan Prisip yang sama.
    Gelombang Kebangkitan Rakyat yang tertndas, dizalimi dan teraniaya sekarang sudah nyata terbela. Kami menyeru agar semua rakyat yang telah sedar untuk bangun dan melakukan perubahan kali ini. Jangan biarkan anak cucu kita merempat dan meminta sedekah di tanah air sendiri hanya untuk sesuap nasi.
    Jika SPR, BN dan badan-badan kerajaan tidak mengikut undang-undang malah menipu dari awal proses penamaan calon sehingga kepada Pilihanraya Umum maka kami menyeru agar rakyat yang tidak mahu ditipu atau teraniaya supaya jangan mengikut undang-undang. Tiada perjanjian bagi yang mencabul perjanjian tersebut. Kalau mereka boleh mencabul semua undang-undang dan keadilan yang sedia ada maka apa salahnya jika kita juga mencabul hak mereka kali ini.
    Pengundi hantu kali ini terdiri dari majoriti rakyat Malaysia dari badan-badan kerajaan samada PDRM atau Angkatan Tentera Malaysia mahupun dari badan-badan yang lain tanpa kita ketahui. Mereka yang diperlatakna kali ini terdiri dari rakyat Malaysia sendiri supaya rakyat Mal;aysia tidak dapat mengesan siapa pengundi hantu kali ini. Berhati-hati kali ini bergerak pantas dan bijak.

  17. 17 thanaif Mar 6th, 2008 at 10:55 pm

    Bersedialah Barisan Rakyat sebagai pemacu kemuliaan peradaban.

    Mengetikakan sistem dengan keadilan dalam masa hampir kesemua pemimpin terpedaya dengan pembinaan kemasyuran, kesederhanaan dengan yakin krisis dihadapi tanpa rasa kecewa yang mengsahihkan kemampuan marhaen seiring semara bersama DSAI Tok Guru Encik LKS bukan semata merubah tetapi menyediakan model membangunkan ummah.

    Kita tidak akan menggunakan tongkat orang lain untuk berdiri !.

  18. 18 mujahidinreformasi Mar 6th, 2008 at 11:09 pm

    Salam,

    Dr. Kamal Helbawy,pemikir Islam terkenal di Eropah bercakap tentang pilihan raya di Malaysia.

    ALLAHU AKHBAR!!

    http://www.youtube.com/watch?v=YZ9YZvN4tlE&eurl=http://www.bahankempen.com/?p=26

    Wassalam

  19. 19 insane Mar 6th, 2008 at 11:44 pm

    KENAPA BN MAHU SANGAT RAMPAS KELANTAN.

    Di perairan Kelantan terdapat simpanan GAS ASLI sebanyak 13 trillion kaki persegi yang sudah sedia untuk diterokai. (13,000,000,000,000).
    Ia cukup untuk 7 generasi rakyat Kelantan. (lebih kurang 500 tahun lamanya).
    Ianya terletak di Blok-Blok berikut,

    * Blok A18
    * Blok B17 & C19
    * PM3
    * Sub-Blok Ular
    * PM301 & PM302
    * PM303
    * PM311 & 312

    Rakyat Kelantan menerusi kerajaan pimpinan Tuan Guru menuntuk hak Pendaratan GAS ASLI itu di buat di pantai Kelantan dan menuntut royalti GAS ASLI yang menjadi hasil bumi rakyat Kelantan di bayar kepada Rakyat Kelantan.
    APA YANG BARISAN NASIONAL SEMBUNYIKAN DARI RAKYAT KELANTAN
    Petronas mengesahkan bahawa operasi GAS ASLI di BLOK A 18 sudah bermula menerusi Syarikat Carigali HESS.

    * Petronas memegang 50% saham di dalam syarikat tersebut menerusi Petronas Carigali Sdn Bhd dan 50% lagi dipegang oleh Aremada Hess Inc.
    * Sekarang ini, operasinya mengeluarkan 6,000 tong GAS ASLI sehari.
    * Jarak Blok A18 adalah lebih dekat ke Kota Bharu daripada di hantar ke Kerteh dan Songkla.
    * Kerajaan BN bagaimanapun memilih pendaratan GAS ASLI itu dibuat di Songkla walaupun kosnya lebih tinggi akibat jarak yang jauh itu.

    map-a18-edar.jpg

    Dalam usaha mempertahankan hak rakyat Kelantan dan memperkasakan hasil bumi Kelantan untuk rakyat Kelantan, Kerajaan Kelantan pimpinan PAS telah meluluskan pembinaan Terminal Pendaratan Gas Asli dan juga Supply Base untuk Petroleum.
    Menerusi penerokaan GAS ASLI di Blok A 18, setiap hari, Petronas sepatutnya membayar rakyat Kelantan royalti yang bernilai RM512,000.00 (RM512 ribu) sehari dan ini bererti Kerajaan Kelantan seharusnya mendapat pendapatan tambahan dari royalti GAS ASLI yang bernilai RM186,880,000 (RM186 juta) setahun.

    * Menerusi hasil terbaharu ini, PAS Kelantan sudah berjanji untuk memberi subsidi gas memasak sebanyak RM3.00 se tong bagi rakyat Kelantan.
    * PAS Kelantan juga akan menggunakan hasil pendapatan baru itu untuk tujuan kebajikan dan mempertingkatkan taraf hidup rakyat Kelantan serta membasmi kemiskinan.

    PERANCANGAN OPERASI TELAGA-TELAGA GAS ASLI LAIN DI PERAIRAN KELANTAN

    * Blok A 18 Fasa 2 pada tahun 2010
    * Blok B 17 dan C 19 – Operasi bermula suku ke tiga 2009.
    * Blok PM301 dan PM302 – Operasi bermula 2011 dan 2012
    * Blok PM3 – Operasi bermula suku ke tiga 2008

    petapscedar.jpg
    Sebab itulah BN berusaha sangat merampas semula Kelantan kerana tidak mahu royalti GAS ASLI ini digunakan oleh Kerajaan PAS membangunkan Kelantan sehingga mengakibatkan Kelantan semakin pesat membangun dan membuat mustahil bagi BN untuk merampas Kelantan semula.
    BERAPA BANYAK ROYALTI GAS ASLI YANG MENJADI HAK RAKYAT KELANTAN
    Apabila semua telaga-telaga GAS ASLI ini beroperasi Royalti GAS ASLI yang akan diterima rakyat Kelantan ialah bernilai RM1,000,000,000 (RM1 Billion).
    Sebab itulah BN mahu perampas Kelantan sebelum telaga-telaga GAS ASLI ini mula beroperasi.
    ROYALTI GAS ASLI HAK RAKYAT KELANTAN

    * PAS komited dan akan memperjuangkan habis-habisan bersama rakyat Kelantan untuk mendapatkan royalti GAS ASLI ini.
    * Jika BN merampas Kelantan, royalti GAS ASLI tidak akan menjadi milik rakyat Kelantan dan rakyat Kelantan akan menerima nasib yang sama seperti Terengganu.
    * Terengganu menikmati royalti minyak dan GAS ASLI sebanyak RM1.2 billion setahun di dalam bentuk wang ehsan.
    * Wang Ehsan tidak diberi kepada kerajaan Terengganu tetapi disalurkan kepada orang tertentu seperti Patrick Lim untuk digunakan untuk projek seperti Monsoon Cup dan Pembinaan Taman Islam Hadhari yang tidak mendatangkan hasil terus kepada rakyat Terengganu.
    * Jika BN memerintah, rakyat akan terus hidup dibelenggu kemiskinan dan ekonomi negeri akan semakin teruk seperti di Terengganu.
    * Walaupun menerima RM1.2 billion setahun, rakyat Terengganu lebih miskin dari rakyat Kelantan.
    * Hutang tertunggak Terengganu, lebih RM300 juta sedangkan hutang tertunggak Kelantan semenjak pemerintahan PAS hanya tinggal kurang RM12 juta.

  20. 20 mahasiswa Mar 7th, 2008 at 12:07 am

    Salam kemenangan wahai rakyat Malaysia…
    Saya sungguh terharu dgn usaha dan perngorbanan yg DSAI lakukan. Dialah adalah pemimpin sebenar rakyat Malaysia.
    Saya merayu sangat2, tolonglah, marilah kita sama melakukan perubahan demi negara yg tercinta ini.
    Saya yakin walau seteruk manapun penipuan dan kezaliman yg SPR dan BN lakukan… mereka tidak akan mampu melawan kuasa rakyat. Ketahuilah wahai saudaraku, kemenangan semakin hampir…. ayuh sekarang adalah masa utk bertawakal dan bermohon pada Allah SWT, doa dan terus berdoa, rayu dan adu kepada Tuan punya Dunia. Hanya Allah SWT sahaja yg boleh mengagalkan segala penipun dan perancangan jahat SPR dan BN… Yg Allah kepada Mu sahajalah kami berharap….

  21. 21 abby Mar 7th, 2008 at 12:17 am

    any update on DSAI visit to Rembau

  22. 22 ExAvantz Mar 7th, 2008 at 12:20 am

    Salam,

    Dato’ Seri, sy yakin kunjungan Dato’ ke Melaka semalam tidak mengecewakan Dato’ jika dibandingkan dengan kunjungan Dato’ ke Air Molek sebelum tu….

    Salam Reformasi…

  23. 23 Reformis Setiawangsa Mar 7th, 2008 at 12:45 am

    Walaupun lautan rakyat di ceramah-ceramah DSAI dan undi semakin beralih angin ke pembangkang, tapi penentu adalah pada 8 Mac ini. Saya semakin khuatir, muak, benci dan kecewa dengan tindakan SPR. Sudah pasti akan ada pembohongan semasa hari mengundi nanti, jika sekarangpun terlalu banyak menimbun kecurangan SPR yang didedahkan oleh BERSIH/MAFREL. SPR semakin memperbodohkan rakyat.

    Jika pembohongan SPR didapati berleluasa pada hari mengundi seterusnya menyebabkan keputusan menang kepada BN, rakyat dan pembangkang tak boleh duduk diam atau berlembut lagi, kita mesti lakukan sesuatu!!! Membuat laporan polis juga seperti sia-sia kerana langsung tiada tindakan.

    Sebagai rakyat Malaysia, terasa malu dengan masyarakat antarabangsa dek kerana tindakan SPR ini. Hanya perjuangan pembangkang yang berterusan mahukan pilihanraya adil dan bersih sahaja yang boleh memberi kekaguman kepada masyakarakat antarabangsa.

    Awas SPR dan BN, rakyat Malaysia akan bangkit menentang pembohongan dan penipuan!

  24. 24 Zul Mar 7th, 2008 at 12:58 am

    assalamualaikum buat admin dan dato seri anwar ibrahim,

    Saya merasa kehilangan saudara salman, saya pemuda keadilan dari port dickson sedia menghulurkan sedikit bantuan dari segi gambar semasa lawatan dato seri anwar ibrahim ke port dickson petang tadi untuk dimuatkan di dalam blog ini tetapi tidak tahu mahu dihantar ke mana.. sudilah email saya curseshadow@gmail.com

  25. 25 elle Mar 7th, 2008 at 1:33 am

    Rakaman amatur ceramh DSAI di Kg. Limau pada jam 11.oo mlm tadi….tuan2 boleh lihat di http://www.alieyscool2000.blogspot.com …. sambutannya mmg di luar jangkaan!!!!

  26. 26 Johann Mar 7th, 2008 at 2:51 am

    Panjatkan doa dan solat hajat agar negara kita akan ditadbir oleh kerajaan yang adil dan beramanah selepas PRU kali ini.

  27. 27 makkalsakti Mar 7th, 2008 at 2:53 am

    Dato Seri,

    Saya telah pun melihat banyak perubahan dalam masa 4 tahun ini, dan saya juga telah muak dengan media seperti RTM, Utusan, Berita Harian dan lain lain yang dikuasai sepenuhnya oleh BN. Yang pasti kenapa tak siarkan bila Mahathir kritik PM dan menantunya? Why conceal the truth from the BN controlled media? The answer is BN is berat sebelah only for their own cronies and benefitted certain parties or group. Even the most uneducated person will know this. Why no pembangkang news? Why and why? Because BN is going down the hill dengan memuji diri sendiri. They are so desperate to win this time. They will still win but with a reduced majority.

    Dalam soal kos peningkatan minyak saya juga sebagai salah seorang rakyat Malaysia hanya mampu ikat perut untuk perbelanjaan harian. Setiap 3 bulan barang-barang keperluan akan naik. Yang pasti BN makin kaya dan berkuasa, rakyat makin sengsara dan tertindas. BN telah lupa bahawa semua gaji, elaun dan tambang tiket menteri adalah datangnya dari pembayar-bayar cukai oleh warganegara Malaysia sendiri.

    In 2011 our oil will be finished for sure. Apa akan jadi pada masa itu. Hanya Tuhan saja akan tahu. Untuk pilihanraya kali ini banyak penipuan akan berlaku seperti yang diramal. Tapi sesiapa yang menipu akan rugi pada akhirnya. Kerana hanya kebenaran dan kesabaran akan mengatasi segala-galanya.

    Saya merayu bagi sesiapa yang mempunyai akses internet supaya menyiarkan ucapan yang dilafazkan oleh pemimpin pemimpin Keadilan, PAS dan DAP. Kebenaran ini haruslah dikongsi oleh semua lapisan masyarakat agar mereka dapat membuat keputusan akhir pada 8 Mac nanti.

    Yang nyata Malaysia sekarang bagaikan zaman pemerintahan Filipina dan Indonesia pada tahun 1980-an di mana hasilnya dirompak dan dikaut oleh golongan atasan demi kepentingan keluarga dan kroni-kroninya. Kalau ini berterusan kita akan jadi miskin dan papa seperti Myanmar dalam 5 tahun akan datang.

    Gelombang rakyat telahpun muncul. Saya mendoakan agar gelombang ini dapat menewaskan tak kira berapa ramai pengundi hantu yang akan muncul pada 8 Mac nanti. Selamat berjaya PKR dan sekutu-sekutunya, semoga kuasa rakyat akan mengubah Malaysia kepada era baru dan masa depan yang lebih baik.

  28. 28 Moderator Mar 7th, 2008 at 3:10 am

    Liputan Terkini : Anwar Ibrahim Turun Pasar Minggu Kampung Baru, KL (Khamis 6 Mac, Masa : 9.30 - 11 pm) JALAN DITUTUP !

    FOTO-FOTO EKSKLUSIF HANYA DARIPADA :

    http://theindiestory.blogspot.com

    CHECK IT OUT!

  29. 29 generasi muda Mar 7th, 2008 at 10:52 am

    hahaaha!!…sampai tegelak bile tgk surat kabo skg..nmpak sgt takut dan betapa tedesaknye BN bile diorg kritik DSAI..lantak ko la utusan meloya..berita hairan..suka hati koranglaa…aku antara warga muda akan terus dgn BA

    takbir!!! Reformasi!!!…

  30. 30 hanif amran Mar 7th, 2008 at 12:13 pm

    salam reformasi bt smua pendokong BA!!!!

    sungguh terharu melihat DSAI yang dikasihi datang ceramah dengan menaiki motor kapcai dalam keadaan hujann..inilah pemimpin berjiwa rakyatttt…tahnih buat Perdana Menteri DSAI..TAKBIR!!! ALLAHUAKBAR!!!

  31. 31 KhairilAnwarsaw Mar 7th, 2008 at 12:40 pm

    Salam- salam-salam
    saudara saudari sahabat ku, esok hari penentu. penentu kepada masa depan kita.adakah kita mau terus di bebankan dgn kos hidup yang terus naik atau kita ajar tua-tua bangka yang makin lanjut usia makin lapar duit rakyat.seandai nya kita tewas kerana pilihan rakrat kita harus terima tetapi kalau tewas kerana si kambing spr yang takut disembelih oleh tuan nya kita pun kena terima. apa lah daya kita ni sahabat,kita ibarat semut klu nak di banding kan dgn mrk. tapi kita bukan semut hitam, KITA SEMUT API. kepada DSAI terus kan perjuangan. kami di belakang anda. meluka kan anda ibarat membakar rumah kami. kepada pembaca dan pengundi UNDILAH BA. ingatan saya: umno dah banyak bunuh pemimpin yang ikhlas berjuang untuk rakyat.selepas ini siapa lagi hero rakyat yang rela sakit, masuk penjara dan di malukan demi rakyatnya. adalah satu kerugian jika hero ini tidak kita bela dan kita angkat sebagi khalifah di bumi Malaysia yang bertuah ini. UNDILAH UNTUK HERO KITA. SUPERANWAR………….

  32. 32 anna lawan Mar 7th, 2008 at 1:06 pm

    akum semua

    tahun 1998, saya masih dlm tingkatan 4.tapi saya dan rakan2 sudah mengerti apakah itu dgn perjuangan.kes DSAI telah membuka mata kami wpun masih dlm alam persekolahan.kini stlh 10 thn berlalu, kami masih mperjuangkan keadilan DSAI.kami sudah bosan, fed up, benci dan marah dgn kerajaan yg sedia ada sekarang.tak pernah memikirkan kesusahan rakyat, segala kepayahan selama ini yg ditanggung oleh kami sendiri.kaum melayu akan mundur selamanya jika kita tidak bertindak memangkah BA sekarang.kami perlukan reformasi, pemimpin baru utk memimpin.bkn asyik mkn duit rasuah aje.alih2 die dgn kroni aje yg kaya, kter selamanya akan tertindas.saye berdoa kpd allah supaya dberikan kemenangan kpd PKR,PAS dan DAP.mereka adalah pakatan yg menegakkan agama islam.insyallah…bukalah mata wahai pemimpin umno.buat2lah bertaubat dan balik ke pangkal jln.kter idup pun x lama.TAKBIR!!!!!wsalam

    p/s:saye dan cousin menitiskan air mata mlm td d kg baru apabila DSAI lalu d sblh kami.seolah olah merasai ape yg DSAI lalui selama ini…UNDILAH BA

  33. 33 Pemudi Johor Mar 7th, 2008 at 3:08 pm

    Kepada semua lapisan masyarakat, tanpa mengira kaum..masa untuk kita bangkit dari mimpi yang ngeri. Saya merayu agar setelah 50 thn kita merdeka , kita bebaskan diri dari segala cengkaman yang membelenggu kehidupan dan minda kita selama ini.

    Kita bukan lagi dijajah oleh bangsa asing sebaliknya kita dijajah oleh pemimpin tanahair kita. Esok merupakan hari penentu..Saya yakin, insyaallah..kemenangan akan berpihak kpd BA. Kepada DSAI, syabas kerana membawa gelombang perubahan didalam negara ini. Inilah pemimpin yang berjiwa rakyat dan bukan nya bertopeng seperti calon-calon BN.

    Kami rakyat Johor sokong DSAI. Reformasi!!Allahuakbar!!!

  34. 34 Karim Mar 7th, 2008 at 6:22 pm

    RAKYAT MALAYSIA - TUNJUKKAN KUASA ANDA, PERCAYALAH KATA-KATA DSAI - HARGA MINYAK AKAN TURUN - INI AKAN BANYAK MEMBANTU SEMUA TERUTAMA SEKALI GOLONGAN MISKIN DAN YANG KURANG MAMPU. HAPUSKAN RASUAH DAN MARILAH RAMAI-RAMAI KELUAR MENGUNDI UNTUK HAPUSKAN KERAJAAN YANG MENINDAS RAKYAT, KENAIKKAN HARGA BARANG KEPERLUAN HARIAN. UNDILAH UNTUK KEADILAH - UNTUK DSAI, YANG BENAR-BENAR LAYAK UNTUK MEMIMPIN NEGARA KE ARAH KECEMERLANGAN. PEMIMPIN SEKARANG MENJAJAH SECARA “DIVIDE AND RULE”. INGAT 8 MAC 2008 ADALAH HARI UNTUK MENENTUKAN NASIB KITA DAN MASA DEPAN KITA DAN ANAK-ANAK KITA. UNDILAH KEADILAN - UNDILAH BARISAN ALTERNATIF KERANA BARISAN NASIONAL TIDAK LAGI RELEVEN DALAM ABAD INI.

  35. 35 AZRIN MELAKA Mar 7th, 2008 at 7:59 pm

    Salam,

    Dato’ Seri’ saya yakin dengan semangat berkobar- kobar dan sikap tidak mudah kalah Dato’ Seri’ ,Barisan Alternatif terutamanya PKR akan memperolehi kemenangan yang besar pada PRU Ke- 12 ini. Malah dapat menggerunkan lawan dari parti lawan. Saya berharap pilihanraya kali ini akan berjalan dengan licin dan lancar tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. Dato’ Seri’ mungkin merasa marah dengan tindakan SPR yang tiba- tiba merubah cara mengundi pada PRU kali ini. Itu dinamakan taktik kotor pihak lawan. Walau bagaimanapun, saya tetap yakin Barisan Alternatif boleh menang pada pilihanraya pada kali ini. Syabas Dato’ Seri’ , semoga dimurahkan rezeki dan bersemangat wajar sentiasa. Hidup DSAI…. Hidup DSAI …..

    Reformasi…

  36. 36 panther Mar 7th, 2008 at 10:16 pm

    SALAM Dato’ Seri…

    DSAI kami rakyat Malaysia kagum dengan perjuangan Dato’ Seri….teruskan `REFORMASI..’ kami akan senantiasa di belakang Dato’…Permintaan dari kami sekiranya BA menang dalam PR12 ini perkara petama : minyak & harga barang2 lain turun, kedua : Minta Pengerusi SPR orang pertama di hadapkan ke Mahkamah dengan segera kerana saya percaya dia mempunyai semua rahsia rasuah dalam Pilihanraya sebelum ini dan dia juga merupakan dalang dalam memporak-perandakan rakyat..

  37. 37 SAYA Mar 8th, 2008 at 1:39 am

    SAYA Mar 8th, 2008 at 1:10 am

    uncle anwar..ada beberapa perkara saya nak tanya:..DAN SAYA RASA RAMAI KAWAN2 SAYA DI UIA NI YANG NAK TAHU

    1)uncle berasal dari keturunan siapa? abu sufyan ke?
    2)kenapa lambang pkr hampir sama dengan lambang illuminati? (satu mata) apa kaitannya?
    3)macam mana uncle boleh jadi chairman untuk foundations for the future? ini pertubuhan yang diasaskan di washington..
    4)kenapa orang barat melayan uncle dengan begitu baik sekali?
    5)kenapa semasa kegawatan ekonomi 98, uncle beria-ria nakkan bantuan IMF? ada apa2 ke?
    6)sesudah ditahan begitu lama, uncle didapati tidak bersalah..tak mahu ambil tindakan undang?
    (tak rasa marah ke dgn dr.m?)
    7)unlcle ni ejen freemason @ illuminati ke?
    8)apa yang diorang* janji kat uncle?
    9)apa sebab sebenar uncl;e ditahan ISA?
    10)uncle jangan main2 ye…jangan jadi talibarut orang kafir..bahaya tau..:)

  38. 38 awak Mar 8th, 2008 at 11:33 am

    SAYA ini jawapan daripada AWAK tak payah uncle anwar jawab. banyak lagi kerja dia nak buat kat dalam dan luar negara ni. biar AWAK yang jawab cukuplah.. lagi pun AWAK dah keluar universiti. SAYA masih di universiti..so dengar cakap orang yang dah keluar universiti… kalau tak nak tanyalah pada mana2 orang yang dah keluar universiti…. ni soalan senang jer… tak payah uncle anwar jawab…

    1)nabi adam.
    2)kira ok lah tu kalau lambang zionis lagilah payah.
    3)tun mahatir cakap kalau baik dengan orang, orang layan baiklah, kalau layan buruk rakyat, rakyat pun tahu apa nak dibuat.
    4)lihat no.3
    5)kalau ada apa2 lama dah uncle anwar lepak kat luar negara. tak payah susah susah nak tolong periuk nasi kita semua.
    6)marah tu kan hasutan syaitan. kemaafan adalah antara sifat orang beriman. nabi muhammad kena baling batu, najis tetap memafkan kesalahan orang yang menyusahkan dia. rasanya pelajar uia lebih ariff bab2 agama. kalau tidak baik masuk lim kok wing sudahlah.
    7)soalan tu baik kamu tanya arial sharon atau uncle sam. diorang lebih arif untuk jawab.
    8)janjinya ….. kawan baik bush dimalaysia, harga minyak naik.
    9)saya, suratkahbar star, utusan, berita harian dll kan dah laporkan… ko baca lah kat library uia tu…. tak reti cari bahan ke… nama uia… buat malu kawan2 uia jerrr…
    10)talibarut….? kalau siar benda2 haram kat tv tu tak dipanggail tali barut ke? payah nak cakap banyak. try tanya lecturer yang bagus2 kat uia tu. moga2 dia boleh bantu SAYA ok?

    harap dapat menjawab segala keraguan dan peras sangka di hati SAYA dan rakan2nya di UIA.

    Salam.

  39. 39 kotaras_SNAP Mar 8th, 2008 at 4:49 pm

    Salam reformasi buat semua….
    Saya tuju khaskan isian penyataan buat Dato Sri..Saya merupakan warga P205 SARATOK.SARAWAK..di mana kawasan di Calon PKR ialah sahabat kita MOHD YAHYA ABDULLAH..

    Disini saya menzahir segala ketidak puasaan dan kekesalan saya terhadap pucuk pimpinan Parti yang meletakkan calon yang tidak mempunyai latar belakang dari kawasan saya..Ape yang saya kesalkan..majorit pengundi di 3 buah tempat pembuangan undi di kawasan saya tidak mengenali calon..Pilihanraya boleh di katakan sepi dengan poster yg tidak seberapa dan juga kempen..

    Keadaan sedemikin membuatkan saya berasa kecewa..Saya bersungguh2 melobi keluarga dan kenalan rapat saya untuk menyokong reformasi yg kita tuntut.Tp amat mengecewakan bila seruan saya hanya di balas dengan jawapan “kami tidak mengenali calon dan tidak pernah nampak calon di kalangan masyarakat selama ini..agenda calon pun kami tidak ketahui..”

    Adalah Lebih baik jangan meletakan calon dari luar bagi memastikan daya pendekatan sosial dengan masyarakat..Saya nampak berapa imput baru untuk menawan pengundi di kawasan saya untuk masa hadapan…Ada dua golongan sasar yang boleh menjadi aset kemenangan kita di masa hadapan…Saya tidak akan mengariskan di laman ini tidak seperti saya lakukan yang lepas.

    Yang Pasti saya inginkan calon BN di kawasan saya yang selalu gah lagaknya membiasakan diri nya nye dengan panggilan APAI ANA akan tumpang jua di PILIHAN RAYA DUN SARAWAK akan datang….Fikir-fikirkanlah Dato sri

    Sekian terima kasih….dr Pelandok Betapa di Temada

  40. 40 aimi Mar 8th, 2008 at 5:12 pm

    i was there also. from 4 lanes road, and 3 lanes for parking. rakyat MALAYSIA harus sedar. UMNO/BN bukan yg terbaik. apa2 pun cara parti alternatif, UMNO tetap Menang!!! dorang main KOTOR!!!!!
    MENANG TIPU. RASUAHHHHHHH!!! BUDAK2 NAIK BASIKAL BWK BENDERA BN DPT RM 5. BUDAK2 BWK BENDERA BARISAN ALTERNATIF, THEY GET NO REWARDS, THEY ONLY GET THOSE REWARDS FROM ALLAH!.. TAKBIR!!!

  41. 41 anna lawan Mar 10th, 2008 at 2:03 pm

    SAYA>>budak U yg samada x byk membaca@x faham dan x ambil port psl susahnya rakyat skang…sorry!!

  42. 42 Dari Sabah Mar 10th, 2008 at 6:18 pm

    CADANGAN UNTUK UNDI POS
    ……………………….

    Selama bertahun-tahun lamanya UNDI POS datang lewat (lambat dikira pada waktu penjumlahan undi keseluruhan)

    Kenapa? bukankah undi pos itu dilakukan beberapa hari sebelum hari mengundi yang sebenar? Untuk mengelakkan berlakunya kemungkinan PENIPUAN melalui undi pos, saya cadangkan supaya;

    1. Semua undi pos MESTI TIBA di tempat penjumlahan undi terlebih dahulu.
    2. Semua undi pos MESTI DIKIRA TERLEBIH DAHULU sebelum pengiraan undi-undi keseluruhan yang lain.

    Hanya dengan cara ini sahaja barulah ada ketelusan yang tidak boleh dipertikaikan bagi undi pos. Sesiapa pun ahli Parlimen selepas ini MESTILAH “MEMAKSAKAN” cadangan ini di Parlimen selepas ini.

    Sesiapa membaca ini, tolong sampaikan atau ceritakan kepada sesiapa sahaja, keluarga anda, kawan anda, YB anda, atau sesiapa sahaja. Selama bertahun-tahun undi pos ini diragui, inilah masanya kita mengubah cara pengiraan undi pos yang selama ini banyak dipersoalkan.

    Sepatutnya tiada masaalah undi pos itu DIKIRA TERLEBIH DAHULU kerana pengundian melalui pos sudah pun dilakukan beberapa hari sebelum pengundian sebenar.

  43. 43 Mr. Alien Mar 11th, 2008 at 1:04 pm

    Tahniah kepada semua calon yang menang. PKR dengan adanya Datuk Seri Anwar sebagai penasihat memang “power”. Saya masih belum nampak seorang pun pemidato sebaik beliau di Malaysia. Saya memang minat dengan beliau dari zaman sekolah dulu sampai anak saya dah masuk sekolah dah. Harapan saya, lakukan sesuatu pada negara kita. Asas kita dah ada pun cuma perlu di per”solid”kan aja. Perjuangan bukan suatu permainan. perjuangan adalah kehidupan.

    Kita tidak mampu menyamaratakan warna kulit kaum melayu india cina dan lain2 tapi kita boleh menyamaratakan warna ” hati” kita semua untuk negara kita yang tercinta ini. Siapa pemimpin tanpa rakyat, sebab rakyat itu la pemimpinnya. Tahniah Datuk seri..Biar telus, ikhlas, amanah. Allah maha melihat..Syabas

  44. 44 Mr. Alien Mar 11th, 2008 at 1:12 pm

    Suatu masa aku akan berusaha untuk membantu orang2 di kampung halamanku Kg Ratau Menggatal. Andai impianku untuk mewakili PKR kawasan Inanam Sabah tercapai, aku akan berjuang untuk mereka semua. Sungguh sedih saya melihat kampung halamanku tidak mempunyai kemudahan air. Ini la wakil rakyat yang langsung tidak prihatin kepada orang yang tinggal dikawasannya pun. Nak berjuang dan berbakti untuk negara,mulakan dengan halaman “rumah” kita dulu. Jangan asyik sibuk melihat bintang, matahari dilupakan. 4 tahun tanpa air???. pELIK TAPI bENAR

Leave a Reply






Galeri Flickr

Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 

Dokumentari Perbicaraan 1998

Video Manifesto KeADILan

Sila klik sini untuk versi Bahasa Inggeris, Cina dan Tamil

Pakatan Rakyat to Putrajaya

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

March 2008
M T W T F S S
« Feb   Apr »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31