Sdr. Abdul Kadir memberi respons:
assalamualaikum ,
Bapa saya seorang yang sangat fanatik dengan Anwar Ibrahim semenjak dari Abim days to Umno days to Reformasi days and after jailbreak up until election 2008 . Dia tidak kira apa tindakan yang akan di ambil oleh Anwar terutama selepas keluar jail when people may assume that he will be forgotten same as Umno leaders yang dijatuhkan , samada Anwar akan go back to Umno or Anwar akan berdiri teguh sebagai pemimpin pembangkang which he is more prefer , he will support him . He beleive that only Anwar is the best choice for Malaysia PM . In sg buloh days he always pray for Anwar every night and even pray at Arafah in 99 haji year . And when 13 April come close he is afraid of Anwar safety and even told someone that can contact Selangor MB to use any police or force to guard Anwar safety . I think there are more who same like my father especially those from Abim days and some of them sudah berpindah ke alam lain …..
Manakala disingkap kisah ayahanda sebagai sahabat dan pejuang, prihatin akan derita saya di penjara, saya turut terharu. Semoga ruhnya dicucuri Allah swt. Salam buat keluarga.
ANWAR IBRAHIM
Sdr. Md. Saleh Othman memberi respons:
Assalamualaikum Dato Seri;
I am in a bit dilemma now since i am a pas member; only a ‘ketua Cawangan’ and had helped fullheartedly our PKR candidate in Bukit Katil, Melaka. ; En Khalid Jaafar. I had submitted a membership form for PKR recently which was not known by any Pas member.
I wish to be a YB in future too since i have the capacity; Insyaallah.
My question is; to be in PAS or PKR? ( I love both). I think i can work better in PKR with your leadership.
Please advice. I really need. Thank you. Wassallam.
Yang mana satu idaman kalbu - demikian agaknya kemusykilan bersabit parti mana yang mahu dipilih, KeADILan atau PAS! Gampang saja, kerana muafakat keduanya akrab. Teliti perlembagaan, agenda perjuangan, persekitaran dan pilihlah.
Keangggotaan parti juga menuntut kefahaman dan komitmen dalam perjuangan, menyertai kursus, forum dan bertindak sebagai penggerak atau aktivis.
Saya menerima usul supaya alamat bahagian, pejabat khidmat wakil rakyat dihebahkan.
Menyentuh soalan mengenai agen Yahudi, Kristian, IMF sila rujuk kepada jawapan terdahulu.
ANWAR IBRAHIM
Tiga malam lalu saya sempat menemui isteri dan anak-anak tahanan ISA, menanyakan khabar dan memberikan jaminan sepertimana yang tertera dalam kenyataan Azizah tempoh hari iaitu di antara usul utama yang akan dibentangkan oleh beliau dalam sidang Parlimen nanti adalah tuntutan membebaskan semua tahanan ISA tanpa syarat.
Saya hargai inisiatif Dato Ravindran yang menhimpunkan keluarga 5 pemimpin Hindraf yang ditahan di Kemunting.
ANWAR IBRAHIM
Saya berlepas jam 3 pagi ke Bahrain utk menghadhiri mesyuarat lembaga bank Islam di sana. Rakan-rakan asyik menanyakan ehwal politik Malaysia. Mereka turut bersyukur dengan kemaraan pakatan rakyat.
Saya berlepas pulang pada petang yang sama.
ANWAR IBRAHIM
Akhbar Utusan Malaysia dan TV3 masih beranggapan PRU belum selesai. Malah media milik Umno ini terus membelasah KeADILan, PAS dan DAP. Mereka meniupkan sentimen kaum dan puas mengalih perhatian khalayak dari krisis kepimpinan Umno, penipuan Suruhanjaya Pilihanraya dan krisis Terengganu.
Maka ramai kalangan yang mengusulkan agar kerajaan negeri pakatan rakyat, parti, NGO dan rakyat amnya diajak memulau kedua media tersebut.
Saya, pimpinan parti dan kerajaan negeri sedang menimbangkan saranan tersebut.
ANWAR IBRAHIM
Saya menemui pimpinan parti menggesa mereka memperkemas jentera parti dan menambah keahlian. Kita juga berusaha memantap kekuatan tenaga di ibu pejabat dengan menyediakan pejabat baru, tambahan pegawai termasuk penyelidik.
Selain itu parti harus menggariskan progran kerja bagi wakil rakyat dan pimpinan diperingkat negeri dan bahagian.
ANWAR IBRAHIM
Nombor-nombor kenderaan dibawah ini telah disyaki mengikut konvoi DSAI ke merata tempat. Kami muskyil dan ingin tahu apakah mereka ini anggota polis cawangan khas, penjahat ataupun pasukan pengintip. Kepada semua pemimpin yang juga diekori, sila ambil nombor kenderaan dan juga gambar. Terima kasih.
BJL 8425
WMP 8162
Kerajaan Kedah di bawah pimpinan Ustaz Azizan Abd Razak menggariskan kerangka pengurusan pentadbiran selaras dengan tawaran kita bersama kepada rakyat. Dukungan rakyat serta pegawai kerajaan juga mantap.
Maka dalam perbincangan di antara saya, Azizah dan MB, beberapa isu pokok dibahaskan. Selesai makan tengahari bersama, saya dan Azizah menemui pimpinan dan wakil rakyat KeADILan Negeri Kedah.
Di sebelah petang kami bersama Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang YB Fairuz menyerikan majlis kesyukuran dan Maulidur Rasul di Mengkuang, Permatang Pasir dan Permatang Tengah di kawasan Parlimen Permatang Pauh.
ANWAR IBRAHIM
Petikan dari respons Sdr. Md. Zakhir:
ada beberapa langkah2 yg ingin dibuat oleh beberapa DUN serta ahli parlimen sendiri dlm menulaikan janji mereka kpd pengundi2 semasa PRU 12… dlm peamatan sy menampakkan yg YB-YB ini tidak matang dlm membuat pelan tindakan dan tergopoh-gopoh.semacam nak menunjuk HERO.. mendengar ucapan-ucapan YB-YB ini ada yg kalanya menakutkan rakan-rakan bangsa lain…banyak lagi pekara-pekara yg sy ingin nyatakan disini,..saya akan cuba mencari ruang dan peluang utk ketemu DSAI dimana jua utk memberi maklumat yg lebih terperinci…harap DSAI beri perhatian yg sewajarnya,..BIMBANG,ZAKHIR
Ada rungutan bersabit prestasi Ahli Parlimen dan Dewan Negeri yang baru dipilih. Saya dan pimpinan parti telah menemui kesemua mereka bulan lalu dan menetapkan panduan kerja selanjutnya. Sdr perlu memberikan mereka sedikit ruang menyelesaikan masalah yang tertangguh.
Inshaallah mereka akan dapat menyempurnakan tugas sebaiknya dan kita akan terus memantau.
ANWAR IBRAHIM
Komen Terkini