26
Feb
08

Pelancaran Manifesto KeADILan

DSAI bersama dengan Presiden Dr. Wan Azizah hari ini melancarkan Manifesto KeADILan 2008 - Harapan Baru Untuk Malaysia di pejabatnya di Petaling Jaya. Turut hadir adalah Timbalan Presiden Dr. Syed Husin Ali, Naib Presiden Sivarasa Rasiah dan Ketua Penerangan Tian Chua.

Versi cetak akan dimuat naik dalam masa terdekat. Buat sekarang, manifesto tersebut boleh dibaca dalam di laman web KeADILan - Versi Bahasa Malaysia , Bahasa Inggeris , Bahasa Cina dan Bahasa Tamil.


55 Responses to “Pelancaran Manifesto KeADILan”


  1. 1 lanwm Feb 26th, 2008 at 8:20 pm

    Syabas PKR!! suatu manifesto yg jelas dan padu untuk semua

  2. 2 bakap Feb 26th, 2008 at 8:38 pm

    pondok tanjong Feb 25th, 2008 at 12:48 am
    saya.sebagai insan yg inginkan perubahan masa depan malaysia ingin beri satu cadangan cukup bernas utk anwar..
    SAYA POHON ANWAR BERSAMA PIMPINAN PAS DAN DAP BERBINCANG DAN PADA 5HB MARCH (3 HARI SEBELUM PENGUNDIAN) BUAT KENYATAAN BERSAMA MOHON PILIHANRAYA DITANGGUHKAN KESATU TARIKH YG LAIN.
    INI BERIKUTAN BN MASIH MENOPOLI MEDIA MASSA TANPA BERI RUANG KPD BA, MASIH BERLAKU PENIPUAN MAKLUMAT PEMILIH SPR SERTA PENYALAHGUNAAN JENTERA KERAJAAN OLEH BN.
    oleh itu pimpinan BA beri syarat mahu berjumpa YD Agong utk berbincang agar menetapkan tarikh yg lain sehingga pilihanraya yg adil dan bersih boleh diadakan.
    HARAP ANWAR PIKIR SECARA MENDALAM CADANGAN BERNAS INI. INI IDEA DARI SEORANG RAKAN YG PERNAH BERKERJA DI NEGARA ARAP. MMG PERNAH DIPRAKTISKAN SEHINGGA NEGARA ITU MENDAPAT KEADILAN PILIHANRAYA SEKARANG INI.
    kami mahukan perubahan pilihanraya kali ini dan seterusnya.

    kami juga amat sokong idea pondok tanjong ini. ANWAR harap kami

  3. 3 wargamuda Feb 26th, 2008 at 8:43 pm

    pondok tanjong Feb 25th, 2008 at 12:48 am
    saya.sebagai insan yg inginkan perubahan masa depan malaysia ingin beri satu cadangan cukup bernas utk anwar..
    SAYA POHON ANWAR BERSAMA PIMPINAN PAS DAN DAP BERBINCANG DAN PADA 5HB MARCH (3 HARI SEBELUM PENGUNDIAN) BUAT KENYATAAN BERSAMA MOHON PILIHANRAYA DITANGGUHKAN KESATU TARIKH YG LAIN.
    INI BERIKUTAN BN MASIH MENOPOLI MEDIA MASSA TANPA BERI RUANG KPD BA, MASIH BERLAKU PENIPUAN MAKLUMAT PEMILIH SPR SERTA PENYALAHGUNAAN JENTERA KERAJAAN OLEH BN.
    oleh itu pimpinan BA beri syarat mahu berjumpa YD Agong utk berbincang agar menetapkan tarikh yg lain sehingga pilihanraya yg adil dan bersih boleh diadakan.
    HARAP ANWAR PIKIR SECARA MENDALAM CADANGAN BERNAS INI. INI IDEA DARI SEORANG RAKAN YG PERNAH BERKERJA DI NEGARA ARAP. MMG PERNAH DIPRAKTISKAN SEHINGGA NEGARA ITU MENDAPAT KEADILAN PILIHANRAYA SEKARANG INI.
    kami mahukan perubahan pilihanraya kali ini dan seterusnya.

    apa reaksi anwar tentang cadangan ini? makin ramai rasakan anwar perlu lebih wibawa dan berani. saya amat bersetuju cadangan di atas

  4. 4 Pengundi Bukit Selambau Feb 26th, 2008 at 8:48 pm

    Salam…Kecewa,sedih dan rasa tertipu. Lawyer sijil beli ka…Munafik politik..Kalau dah tak mau bertanding, cakap awal2. Jangan buat kerja acuh tak acuh. Harapan orang melayu disini hancur kerana sikap anda. Nak lawan di mahkamah konon… Tau2 lepas ni hilang, balik KL. Dekat pilihanraya baru nak muncul balik buat sibuk2. Munkin rekod undi rosak akan tercipta di DUN Bukit Selambau di PRU 12 ini. Kepada Datuk Rashid..Teruskan perjuangan. Kami akan terus menyokong dan bekerja untuk anda.

  5. 5 obama Feb 26th, 2008 at 8:48 pm

    penipuan terkini BN ialah isu setem duti.
    AMAT MENARIK JIKA PEMBANGKANG BERSATU MINTAK JUMPA AGONG
    JUGA TANGGUHKN PENGUNDIAN PEMILU

  6. 6 mil Feb 26th, 2008 at 9:02 pm

    salam dato seri,

    baru2 ini saya melayari you tube. dr mahathir mengaku bahawa dato’ seri sebenarnya tidak bersalah dan beliau sebenarnya telah menyalahguna kuasa sewaktu menjadi pm.
    apa komen dato’ seri

  7. 7 kuan Feb 26th, 2008 at 10:10 pm

    Ayuh rakyat malaysia beri peluang ba merealisasi manifesto ini. Kepada calon-calon bn di sabah , dalamilah maksud yang diutarakan dalam manifesto ba kerana sesungguhnya prasarana teruramanya berkaitan pendidikan rendah di negeri ini terlalu da’if . Terlalu lama masa kita menunggu dan mengharap pemimpin menyentuh soal kepentingan prasarana / sekolah yang lebih selesa . Mereka ( pemimpin)silih berganti menjadi kononnya wakil rakyat untuk kita harapkan. Pilihan raya demi pilihan raya diadakan andalah juga yang menjadi wakil rakyat ( wakil ketua parti )namun perubahan tak kunjung jua .Yang berubah hanya pada bentuk fizikal anda dan personaliti.

    Andai anda masih punya maruah , UBAHLAH sebelum parah

  8. 8 mansuia alert Feb 26th, 2008 at 10:12 pm

    Pengakuan Tun Mahathir “SAYA ZALIM TERHADAP ANWAR IBRAHIM”

    Pengakuan benar Tun Mahathir terhdp
    Anwar Ibrahim:”Sy zalim terhadap Anwar,
    bkn ad apa2 pun kesalahan yg dilakukn
    anwar ”

    http://tvceramah.tblog.com/ / <–lihat video ini

  9. 9 wargamalaysia Feb 26th, 2008 at 11:23 pm

    Tahniah…saya baru membaca manifesto versi melayu.
    Komen (salah ejaan)

    1. ada penggunaan perkataan “mengayakan” dan ada juga “mengkayakan”.
    2. Tekad ke3.visi..9. “Menyaisat” dengan adil dan “teags”
    3. Tekad ke4.para 7 - …KeADILan akan “member” penekanan
    4. ada perkataan2 yang ditaip bersambung

    terima kasih.

  10. 10 wargamalaysia Feb 26th, 2008 at 11:38 pm

    Asalamualaikum,
    Pada pandangan saya, manifesto keADILan memang mantap tapi yang paling utama para calon dan penceramah perlu bijak menterjemah serta mengolah supaya mesej yang tepat dan jelas dapat disampaikan kepada pengundi. Penyampaian hendaklah disesuaikan dengan kawasan.
    Umpamanya di lembah kelang dan bandar2 utama, isu korupsi, kebebasan media perlu ditekankan kerana mungkin ramai pengundi berpendidikan yang hadir. Mungkin pekerja yang terlibat secara langsung dengan syarikat media juga hadir. Lontarkan persoalan, apakah mereka rela menerima sebahagian berita2 yang palsu, diputarbelit atau dimanipulasi ataupun mahukan berita tentang kebenaran?
    Penyampaian dikawasan pendalaman mungkin memerlukan pengolahan didalam bahasa yang lebih mudah difahami kerana tiada guna mengundang ribuan hadirin sedangkan setelah selesai ceramah, pengundi pulang dalam keadaan yang sama tanpa mesej terpahat dihati.

    Tahniah sekali lagi.
    Bersama menjana perubahan demi kesejahteraan rakyat.

  11. 11 amin talhah Feb 26th, 2008 at 11:46 pm

    Assalamualikum

    bermula dari ayat pertama hingga ayat terakhir manifesto KeADILan amat mantap dan jelas bahawa

    keadilan dapat menjamin kesejahteraan rakyat malaysia..saya berpendapat, negara kebajikan dan

    harga minyak yang berpatutan boleh dilakukan kerana saya percaya DSAI mampu mengubah negara

    Malaysia..

    Pemerintah ADIL dan Malaysia baru InsyaAllah..

  12. 12 Rakyat Teraniaya Feb 27th, 2008 at 12:02 am

    Saudara DSAI,

    Syabas! Syabas! Sekarang hanyalah undi Rakyat akan menentukan yang Manifesto ini akan dilaksanakan!

    Saudara saudari Rakyat jelata sekelian, silalah buka hati dan jom kita tukarlah ke kerajaan Barisan Rakyat bagi faedah kita semua. Nescayalah yang akan untung adalah kita juga dan tidak lagi golongan kroni elit umnoputra.

    Fikirlah,antara faedah faedah yang dijanjikan DSAI
    1) Harga Minyak turun walaupun Keuntungan PETRONAS dijaga.
    2) Pendidikan percuma bagi anak anak kami
    3) Tiada lagi diskriminasi kaum
    4) Sistem kehakiman yang telus
    5) Kekayaan dinikmati bersama oleh kesemua rakyat Malaysia kerana tiada lagi monopoli golongan tertentu sahaja.
    6) Memansuhkan ISA

    dan banyak banyak lagi, silalah dengar ceramah DSAI dan rujuklah Manifesto KeAdilan yang dilancarkan hari ini.

    Saya sebagai seorang Rakyat juga meminta, merayu pada Saudara Saudari semua, UNDILAH BARISAN RAKYAT UNTUK KITA! UNDILAH PARTI KEADILAN RAKYAT! UNDILAH PARTI ISLAM SEMALAYSIA! UNDILAH DEMOCRATIC ACTION PARTY!

    Kita mesti mengundi Barisan Rakyat bagi masa depan Malaysia yang lebih cerah dan bagi masa depan anak anak kami!

  13. 13 Kes Nyaya Feb 27th, 2008 at 12:14 am

    Kempen Anwar Ibrahim di Pulau Pinang beberapa hari lalu sekali lagi membuktikan Anwar bukan pemimpin untuk membangunkan negara tetapi pemimpin yang bertopengkan kepuraaan semata-mata untuk mencari populariti.

    Perjalanan politik Anwar boleh disamakan dengan sesumpah atau kata orang utara Pokka. Sejenis binatang yang dianugerahkan Allah keistimewaan untuk bertukar warna kulit mengikut persekitarannya.

    Menurut laporan Malaysiakini.com, dalam kempen Anwar di Pulau Pinang, beliau berjanji,

    “PKR policies such as the abolishment of fees from primary to tertiary level for students from poor families and the lowering of the price of oil…

    Turunkan Harga Minyak

    Bukankah janji-janji Anwar ini mengelirukan dan tidak mungkin dilaksanakan? Ketika harga minyak dunia senang meningkat ke paras tertinggi, Anwar berjanji mahu menurunkannya di Malaysia.

    Cakap sedemikian mungkin menyeronokan rakyat tetapi apakah ia boleh dilaksanakan selama-lamanya atau sekadar setahun dua sebelum menaikkannya kembali dengan kadar yang lebih besar.

    Kenyataan ini juga aneh kerana ketika krisis kewangan 1997, Anwar merupakan penyokong kuat polisi International Monetary Fund (IMF) yang antara lain menyarankan penghapusan subsidi petrol dan lain-lain dasar perlindungan ekonomi?

    Anwar tidak perlulah menunjukkan beliau pembela rakyat sedangkan pada 1997, dasar kewangan beliau termasuk menaikkan kadar faedah sehingga berbelas peratus telah menyebabkan ramai eksekutif muda muflis (hutang kad kredit), banyak syarikat perniagaan kecil tumbang atau ditelan oleh syarikat besar kerana menghadapi masalah hutang akibat kenaikan Kadar Faedah.

    Banyak juga syarikat perniagaan “bungkus” kerana dasar ekonomi Anwar ketika itu sehingga ramai yang hilang pekerjaan dan sumber pendapatan.
    Jika dibandingkan sedikit kenaikan harga petrol sekarang dengan masalah kehilangan pekerjaan zaman Anwar dulu mana lebih baik?

    Memang benar Anwar juga berjaya memacukan ekonomi negara antara tahun 1991 - 1996. Tapi bukankah ketika itu Anwar mewarisi fundemental ekonomi yang telah dibuat oleh Tun Daim Zainuddin?

    Kejayaan Anwar pada tahun-tahun tersebut turut dibayangi oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana ketika itu Anwar belum berani “menari”. Anwar dilihat banyak mengikut telunjuk Dr. Mahathir dalam bidang ekonomi.

    Namun krisis 1997 dilihat Anwar sebagai peluang terbaik beliau untuk menjadi peneraju baru ekonomi negara dan kepimpinan UMNO.

    Sebagai Presiden Bank Dunia ketika itu, Anwar berucap menyokong polisi-polis IMF sekaligus secara lembut menempelak ucapan Mahathir dalam Forum Kewangan di Hong Kong pada 1997.

    Sekarang Anwar mahu menurunkan harga petrol? Bukankah ini satu bentuk subsidi dan ekonomi perlindungan?

    Hapuskan Yuran Pengajian Tinggi

    Anwar berjanji untuk menghapuskan yuran pengajian tinggi jikan Parti Keadilan rakyat menang.

    Apa yang Anwar buat ketika ia menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri? Perkenalkan Pengkorporatan Universiti bagi menjimat kewangan kerajaan!

    Jika tidak kerana mendapat tentangan serius dari para mahasiswa Universiti Malaya ketika itu pastinya hari ini yuran pengajian Universiti Malaya akan naik berpuluh kali ganda.

    Jadi mengapa bila tiada jawatan baru mahu berjanji yang muluk-muluk? Bukanlah bermakna kita mahu menafikan jasa-jasan Anwar dalam kerajaan atau kebolehan Anwar menjadi Menteri.

    Cuma yang kita mahu nyatakan ialah, bercakap memang mudah, tapi untuk membuatnya bukanlah semudah cakap berbelit-belit memutarkan janji dan idea.

    Anwar sudah diberi peluang tetapi beliau tidak melaksanakannya. Bukan beliau tidak mahu melaksanakannya tetapi beliau sendiri sedar bahawa ia tidak mungkin dapat dilaksanakan.

    Justeru untuk apa beliau mengungkapkan janji-janji karut marut seperti ini?

    Anwar Menjadi Hindu?

    Anwar juga menyebarkan khabar angin palsu kononnya UMNO menuduh beliau menjadi Hindu. Ini politik lama Anwar. Membuat fitnah untuk diri sendiri bagi meraih simpati.

    Tiada siapa pun yang mendakwa Anwar menjadi Hindu. Tiada ahli UMNO yang begitu bodoh untuk mendakwa Anwar menganut agama Hindu.

    Tiada seorang manusia pun di Malaysia akan percaya Anwar akan menjadi Hindu biarpun kita tahu bekas Timbalan Perdana Menteri ini peminat nombor satu filem Hindi.

    Jika ada pun cakap-cakap di Pulau Pinang sekarang ialah Anwar sudah menjadi penyokong Hindraf, sebuah kumpulan esktremis agama Hindu.

    Cakap-cakap ini tidak dapat dielakkan kerana Anwar sendiri muncul di mahakamah Klang bagi memberi sokongan moral kepada P. Uthayakumar (pemimpin nombor satu Hindraf).

    Anwar mungkin pro Hindraf tetapi bukan simpati kepada kaum India. Jika beliau simpati dan mengiktiraf kaum India tentulah PKR akan meletakkan calon dari kaum India dalam pilihan raya kecil Ijok beberapa bulan lalu.

    Anwar boleh terus berucap dan berkempen, namun jika beliau mahu menang pilihan raya, beliau perlu realistik dan pragmatik bukannya idealis dan populis.

    Ini kerana, sejauh mana pun idea yang popular dan muluk-muluk diutarakan oleh ahli politik, akhirnya selama 50 tahun, rakyat terus mengundi untuk dasar-dasar yang pragmatik dan realistik dengan keadaan negara baik dari segi kewangan mahu pun strtafikasi sosial masyarakat.

    Pengundi Malaysia sungguhpun ramai yang meminati filem Hindi tetapi tidak berfikir seperti pengarah filem Hindi.

  14. 14 Kes Nyaya Feb 27th, 2008 at 12:22 am

    Siapa sahaja boleh bertanding sebagai Pemimpin Keadilan. Gengster atau Kepala Perompak pun boleh.

    Yang berlaku di Pengerang adalah satu tanda betapa pembangkang tidak punya calon dan main kaut siapa sahaja yang mahu bertanding atas tiket parti Keadilan Rakyat.

    Dato’Azalina Othman Said telah dijangka akan menang besar apabila Parti Keadilan mengumumkan bahawa saudara Norazam Abdullah atau panggilan di kampung sebagai Am sahaja.

    Siapa Am ini? Norazan Abdullah (Am) adalah seorang budak kampung berdarah Bugis yang dikenali sebagai Tekong darat yang menyeludup anak-anak Indon dari Indonesia untuk dijadikan anak angkat.

    Beliau membuka Rangkaian Parti Keadilan di Pengerang kerana kecewa dengan wakil rakyat DUN Sungai Kapal yang tidak membela kedai snooker yang diusahakan ditanah haram dan beroperasi secara haram di hadapan rumahnya.

    Anwar Ibrahim telah memberikan wang sebanyak 40 ribu dan kini pemuda ini memandu sebuah BMW. Anwar juga telah memberikan 18 ribu untuk pemuda ini bertanding di Parlimen bagi menentang Dato’ Seri Azalina.

    Oleh kerana Am tahu bahawa beliau pasti tidak akan mendapat 30 undi sekiranya bertanding dan hilang wang pertaruhan,adalah lebih baik beliau menyimpan wang pertaruhan itu untuk kegunaan beliau.

    Inilah sebenarnya Kualiti calon Keadilan untuk pengetahuan rakyat yang berniat dan mahu mengundi calon parti ini.Sekiranya ada sesiapa sahaja tidak kira siapa,samseng atau gangster yang mahu bertanding atas tiket Keadilan,boleh lah mengikut jejak si Am ini. Entah berapa ramai lagi calon Keadilan yang sama kualiti dengan si Am ini. Jika inilah kualiti pemimpin Keadilan dan mereka diberikan peluang menang.Alamat hancurlah Negara kita yang tercinta ini.

  15. 15 Apek Feb 27th, 2008 at 12:31 am

    manifesto keADILAN sungguh menarik sekali semoga rakyat Malaysia dapat memahaminya dan menyokong DSAI…. harapan angkatan muda kepada keADILAN & Pas saja.. BN pasti tumbang

  16. 16 a.k.a Feb 27th, 2008 at 12:59 am

    saya setuju!!ini Cadangan yg cukup2 bernas!!rayuan kami,DSAI ajakla pakatan BA utk berjumpa agung supaya pilihanraya kali ni ditangguhkn dahulu supaya dpt dilaksanakn dgn BERSIH..saya pasti,jika ianya diteruskn juga,BN akan menang besar disebabkn terlalu byk penyelewengan yg jelas2 ketara..

  17. 17 barang naik Feb 27th, 2008 at 1:17 am

    pondok tanjong Feb 25th, 2008 at 12:48 am
    saya.sebagai insan yg inginkan perubahan masa depan malaysia ingin beri satu cadangan cukup bernas utk anwar..
    SAYA POHON ANWAR BERSAMA PIMPINAN PAS DAN DAP BERBINCANG DAN PADA 5HB MARCH (3 HARI SEBELUM PENGUNDIAN) BUAT KENYATAAN BERSAMA MOHON PILIHANRAYA DITANGGUHKAN KESATU TARIKH YG LAIN.
    INI BERIKUTAN BN MASIH MENOPOLI MEDIA MASSA TANPA BERI RUANG KPD BA, MASIH BERLAKU PENIPUAN MAKLUMAT PEMILIH SPR SERTA PENYALAHGUNAAN JENTERA KERAJAAN OLEH BN.
    oleh itu pimpinan BA beri syarat mahu berjumpa YD Agong utk berbincang agar menetapkan tarikh yg lain sehingga pilihanraya yg adil dan bersih boleh diadakan.
    HARAP ANWAR PIKIR SECARA MENDALAM CADANGAN BERNAS INI. INI IDEA DARI SEORANG RAKAN YG PERNAH BERKERJA DI NEGARA ARAP. MMG PERNAH DIPRAKTISKAN SEHINGGA NEGARA ITU MENDAPAT KEADILAN PILIHANRAYA SEKARANG INI.
    kami mahukan perubahan pilihanraya kali ini dan seterusnya.

    mmg sakit hati bila media masa asyik hentam BA tanpa bg pluang kita jawab blk. ada baiknya kita susun stategi baru termasuklah mempertimbangkn cadangan diatas. rakyak tertunggu2 ‘magik’ anwar yg berani

  18. 18 merpati putih Feb 27th, 2008 at 1:28 am

    SEKARANG NI WAKIL CALON BN TGH TABUR DUIT: SORANG RM400 yg PASANG BNDERA BN.

    sure diaorg mcm cacing kepanasan jika BA berjaya mohon Agong tangguh pengndian pilihanraya 3 hari before pengndian 8 march ni. SEBABNYA DUIT DAH HABIH DIORANG TABUR..MANA NAK CARI DUIT LAGI.

    kira advantage kat BA tu…bagus gak buah pikiran pondok tanjong tu.

    anwar still takde komen..tunggu2 gak komen anwar

  19. 19 King Mongkut Feb 27th, 2008 at 2:22 am

    Yang Berbahagia DSAI, saya benar-benar berasa amat bimbang diatas usaha BN memperalatkan badan yang mengendalikan pilihanraya ke 12. SPR benar-benar dijadikan kuda tonggangan semata-mata untuk menjamin pernerusan kerajaan durjana ini. Perbuatan Pak Lah bersama Barisan Nasional lebih dahsyat daripada perbuatan Tun Dr.Mahathir terhadap DSAI. Bagi saya Pak Lah lebih ganas sehinggakan sanggup memusnahkan keseluruhan serta menjahanamkan tamadun Bangsa dan Agama Islam. Demokrasi yang diwarisi sejak merdeka dilacurkan dengan sewenang-wenangnya tanpa memperdulikan nasib rakyat yang sewajarnya berpeluang menikmati arus demokrasi yang bersih lagi amanah.

    DSAI, Menyingkap kembali masa yang lalu, saya terpanggil untuk memberikan sedikit pandangan berkaitan dengan pergerakan arus politik negara.Pandangan ini telah lama saya ingin sampaikan, kini jika benar Tun Dr Mahathir menyesali akan perbuatannya terhadap DSAI.Maka saya berpandangan sedemikian. Hikmah disebalik perkara yang berlaku,pada saya Tun lebih sayangkan ISLAM daripada parti UMNO,Tun lebih sayangkan Negara daripada parti dokongannya.Tun berhasrat memiliki pemimpin yang lebih baik daripada dirinya. Master mind ini mengaturkan satu percaturan politik yang amat pahit untuk ditelan,Tindakan awalnya beranggapan bahawa Pemimpin Islam yang benar-benar berani,kuat,berkelibar, yang sempurna sepertimana didalam bukunya ‘Menghadapi Cabaran’. Pada hemat saya beliau rela menempatkan DSAI didalam penjara selama tempoh tertentu dan beliau keseorangan mengurus selia kepimpinan negara tanpa diganggu-gugat oleh DSAI,beliau caturkan gelombang politik mengikut program yang telah dirancangkan agar Malaysia,kelak diwarisi oleh DSAI yang telah berjaya ‘Menghadapi Cabaran’. Pada saya Tun sengaja menyerahkan tampuk pemerintahan negara kepada Abdullah Badawi- seorang pemimpin yang lemah,tidak kah Tun tidak tahu bahawa Abdullah itu lemah masakan tidak tahu sedangkan Tun juga seorang pengkaji sejarah yang berjaya.Itu sebab Master Mind ini minta Abdullah hanya sepenggal memerintah negara,tetapi Abdullah mulai tamak, lupa akan kelemahannya kerana anak menantunya juga Abdullah seolah-olah negara ini mereka yang punya.Tun tiada pilihan ketika ini,Negara ini diambang kemusnahan. Hanya dengan kekuatan ISLAM sahaja yang dapat menyelamatkannya.Najib Tun Razak sebenarnya bukan pemimpin yang sewajarnya mewarisi negara., beliau belum cukup hebat dalam menghadapi cabaran mendatang. Tun juga percaya dengan kekuatan PAS dan PKR akan membawa era baru dalam perkembangan politik negara.Atas perilaku yang dilakukan oleh Master Mind ini,Kesimpulannya Tun memulakan anjakan minda,minda melayu mula terbuka,minda melayu yang layu selama ini digagaskan dengan anjakan REFOMASI,Melayu mula lebih berani dan secara langsung kekuatan ISLAM lebih memihak kepada Parti Islam SeMalaysia. Kekuatan PAS dalam mengharungi arus gelombang politik mula menampakkan anjakan baru bila mana ramai pucuk pimpinan PAS dari kalangan cendiakawan yang berpelajaran tinggi.Harapan saya mudah-mudahan Bangsa Melayu lebih berjaya dalam menghadapi cabaran mendatang. HIDUP ISLAM HIDUP MELAYU HIDUP MELAYU KERANA ISLAM.

  20. 20 eddieputra Feb 27th, 2008 at 3:09 am

    salam perjuangan…

    semalam adalah satu detik yang amat pahit dilalui barisan pejuang perubahan serta rakyat kg, melayu sungai buloh dalam Dun Paya Jaras, Parlimen subang. ini kerana masalah perhubungan yang tidak pernah selesai. saya selalu mendengar rintihan kawasan lain yang pernah menghadapi kesilapan teknikal ini. namun tak sangka kejadian ini berlaku pula keatas jentera Parlimen Subang terutama Dun Paya Jaras.

    selesai program bersama Dato Seri di Subang perdana, kami terus berangkat bersama Calon PKR parlimen subang menuju Ke Kg.Melayu Sungai Buloh kerana memenuhi program yang diatur oleh rakan dilam pas disini. program yang diberi nama “ceramah perdana” itu membariskan Dato Hasan Ali, R.Sivarasah serta ustaz Khairuddin. tercatat di barisan atas poster,risalah dan banner penceramah yang paling diminati dan disayangi rakyat Ketua Umum Parti keADILan Rakyat Dato Seri Anwar Ibrahim. namun hajat lebih 20000 orang ramai yang hadhir ke program tersebut hampa pabila Dato Hassan Ali mengumumkan Dato Seri Anwar Ibrahim tidak dapat bersama bagi menjayakan program tersebut.

    Harapan tinggal Harapan, niat kami angkatan sukarelawan parlimen subang untuk membawa putera rakyat ini bagi menggempur Dun Paya Jaras tidak kesampaian. sebetulnya perkara ini telah saya jangkakan akan berlaku, disebabkan tiada satupun jadual Dato Seri yang tertera nama tempat kami yang terpencil ini, oleh itu saya tidak meletakan harapan yang tinggi untuk melihat putera rakyat itu berucap disini. tetapi saya diyakinkan oleh beberapa orang yang agak kuat juga diperingkat pusat, menjanjikan kehadiran putera rakyat ini dikawasan kami pada jam 10:30 malam sebaik selesai program di subang perdana.

    Namun pengalamn ini tidak akan mematahkan semangat kami untuk menggempur UMNO/BN disini, biar apapun terjadi LAWAN TETAP LAWAN!!!

    Akhir kata buat Dato Seri Anwar Ibrahim, kami amat memahami jadual Dato Seri yang agak padat. pengalaman ini akan pengajaran buat kami. teruskan berjuang wahai pahlawan ku, kami tetap bersama anda menuntut perubahan dan menegakkan keadilan.
    jadikan impian serta “Harapan Baru Untuk Malaysia” satu kenyataan.

    bersama menjana kemenangan!!!

  21. 21 lakshy Feb 27th, 2008 at 7:28 am

    DS,

    Impressive Manifesto. It addresses the issues and looks into the future competetiveness of the country. If we cant compete, we wont survive as a nation. While the bn boys are only bothered about lining their own pockets, they have forgotten and neglected to look into the wellbeing of the nation.

    If you can deliver on these, you should form the ruling party of Malaysia going forward.

  22. 22 mahasiswa Feb 27th, 2008 at 7:38 am

    Dato seri lakukan sesuatu terhadap permainan dan pembodohan yg dilakukan oleh SPR..

  23. 23 DzulQarnain Feb 27th, 2008 at 8:17 am

    ASSALAMUALIAKUM

    DSAI - Saya terharu dangan pengakuan TUN MAHATHIR bahawa DSAI tak bersalah. Saya berharap di PRU ni DSAI akan berjaya.. Harapan saya TUN MAHATHIR dapat membetulkan kesilapannya terhadap DSAI. Zaman pemerintahan TUN MAHATHIR and DSAI adalah yang tebaik bagi saya walaupun TUN MAHATHIR membuat kesilapan. SEMOGA PAKATAN PKR & PAS & DAP bekerjasama dengan baik tanpa mengira AGAMA, BANGSA dan IDEALOGI.. PEMERINTAHAN NEGARA KITA SEKARANG SEPERTI PEMERINTAHAN FIRAUN.. Dimana MANUSIA lebih takut MANUSIA dari TAKUTKAN TUHAN.. Kerosakan MORAL DAN AKIDAH terlalu PARAH.. MANIFESTO BN tidak RELEVAN dan berniat JAHAT.

    WASSALAM

  24. 24 Berbulu_TengoK Feb 27th, 2008 at 8:38 am

    BN sanggup turunkan billboard mencari adik syarlinie digantikan dgn gambar pak la la dgn altantuya najib..Huh..mmg. dasar kerajaan zalim..kali ini kita mesti nafikan 2/3 majoriti BN..semoga BA menang besar kali ini…AMIN

  25. 25 Nirman Feb 27th, 2008 at 9:01 am

    Assalamualaikum DSAI.

    SAYA SEMAKIN MUAK DAN MELUAT MENONTON MEDIA PERDANA. APA YANG DITONJOL AMAT MEMUALKAN. SAYA BERASA SANGAT HAIRAN MENGENAI CALON BEBAS YANG MENARIK DIRI. MEREKA HILANG WANG DEPOSIT RM10000 TAPI MASIH MAMPU TERSENYUM DI DALAM TV3 DENGAN DIKELILINGI ORANG BN DAN UMNO. INI AMAT MENCURIGAKAN. BERAPA AGAKNYA YANG TELAH DIBERI OLEH PIHAK BN KEPADA MEREKA NI?

  26. 26 anak mak Feb 27th, 2008 at 9:35 am

    Persetankan persoalan pengakuan Mahathir. Sahabat harus ingat, Mahathir bukannya bodoh membuat pengakuan sebegitu mudah. Seandainya beliau benar-benar insaf, cara yang terbaik adalah bersemuka dengan Saudara Anwar dengan rasa rendah diri memohon kemaafan.

    Kenapa perkara remeh-temeh begini dijadikan isu. Bukankah Saudara Anwar sendiri telah menyatakan, tiada rasa dendam pada diri beliau. Apa yang penting sekarang adalah melihat kepada agenda yang lebih besar lagi untuk semua rakyat Malaysia.

    Lihat kepada klip video tersebut, baca air mukanya dan baca gerak badannya, adakah benar kenyataan tersebut terbit dari hati yang ikhlas. Jangan kita nafikan, Mahathir adalah satu-satunya Perdana Menteri yang paling bijak dalam Sejarah Malaysia buat masa ini.

    Apa yang perlu kita sama-sama fokuskan adalah memperkuat dan mengemas kinikan BARISANA RAKYAT dalam AGENDA yang lebih besar.

    Melayu tidak pernah lupa, cuma dianggap lupa kerana mempunyai Sifat Kesabaran tetapi jangan lupa dalam Sejarah Melayu wujudnya Amuk Jebat dan Amuk Tok Nading.

  27. 27 Lashmi Feb 27th, 2008 at 10:00 am

    I found that the Manifesto Keadilan 2008 link for tamil version is not working fine. Kindly update the link so that I can distribute to the old ppl near my area! Thanks

    admin: the link has been updated, thank you!

  28. 28 din bunga Feb 27th, 2008 at 11:06 am

    assalamualaikom
    terima kasih pada PKR kerna berkerja bersungguh2 untuk menjayakan setiap progrem yang dibuat tapi ape yang menyedihkan dimana2 kita boleh nampak jentera bawahan takde dan terlalu lemah.apa kah bagi pihak PKR tidak berdamping dengan golongan muda?

  29. 29 azrok Feb 27th, 2008 at 11:13 am

    penipu la anwar berahim.kenapa tak pernah kritik Paklah dan khairy Jamaluddin.sedangkan banyak keputusan mereka mencacatkan ekonomi malaysia.paklah tido dalam meeting,keputusan tak konsisten,kenapa yang tu tak mahu pula kritik.kenapa tetiba khairy tak mahu bertanding di lembah pantai pula sedangkan dulu beria nak bertanding di situ.tetiba plak izzah nak bertanding di lembah pantai…ataupun….anwar,paklah dan khairy ada perancangan sendiri…teringin nak jadi PM Lagi ker…ke pasal dulu khairy tolong hantar pasport kat pintu depan rumah….

  30. 30 aminasri Feb 27th, 2008 at 11:14 am

    Alhamdulillah.. tahniah kepada gagasan barisan Keadilan..

    Kerana telah menerbitkan satu manifesto yang fantastik.. saya sungguh teruja dan selepas selesai membacanya terus saya berdoa kehadrat Ilahi.. agar Tuhan makbulkan cita-cita dan harapan semua rakyat Malaysia ini menjadi realiti..

    Soal pengakuan Mahathir, dia tangkap DSAI tanpa sebarang sebab itu.. adalah merupakan kepercayaan saya dari awal kini dan selamanya.. hanya orang-orang UMNO yang ditipu hidup-hidup oleh Mahathir.. sehingga mereka lupa bahaya DSAI adalah ketua mereka.. justeru sekaranag ayuhlah wahai sahabat-sahabat dalam UMNO.. bebaskan diri anda dari terus diperbodohkan selama-lamanya.. bangunlah bangkitlah dari tidur.. pada peringkat bawahan pencacai mungkin menerima sedikit habuan menutup mulut.. tetapi mereka pemimpin bolot secara melampau.. bukan sekadar bertimbun tetapi berkapal-kapal.. rasuah semakin membarah..

    Sayangi diri sayangi negara.. sayangi generasi warisan kita.

    Gunalah akal budi- lihatlah dengan mata hati - fikirlah dengan halusi. Amin.

  31. 31 Dannie Feb 27th, 2008 at 12:04 pm

    “Malaysia’s opposition figurehead Anwar Ibrahim vowed Tuesday to end race-based discrimination policies, lower fuel prices and fight corruption in a policy manifesto ahead of March 8 polls.”
    (http://news.my.msn.com/regional/article.aspx?cp-documentid=1263494)

    Looking forward to see how you’ll be able to to that…, “race-base discrimination”. Does that include “religion-base discrimination” too ???

  32. 32 Rocky Feb 27th, 2008 at 12:19 pm

    Pilihan raya umum kali ini amat bwerbiza dengan pilihan raya yang lalu…oleh itu kita sebagai keluarga “PKR” harus berusaha untuk memastikan parti kita memperolehi kemanangan yang di ingin kan…dan untuk memastikan perkara iru akan kita perolehi,mak setiap apa yang kita hendak sampaikan kepada rakyat mestilah dengan cara yang tenang dan teratur…kita tidak boleh pakai cakap saja tanpa memikirkan sama ada rakyat memahami atau di sebaliknya tujuan kita sebenar. kita tidak perlu ikut cara orang bn yang hanya tau bercakap besar saja,tapi bila dah menang lupa menifesto dan segala nya.mari kita taman kan semangat juang dalam jiwa anak muda kita supaya mereka akan turut memahami apa sebenarnya perjuangan “PARTI KEADILAN RAKYAT” untuk rakyat Malaysia.

    Berjuang lah demi masa depan kita dan anak-anak kita kelak…

    Rocky

    Kelana Jaya

  33. 33 Zulnizam Feb 27th, 2008 at 12:31 pm

    semoga dengan jelajah datuk seri ke seluruh negara, dapat meningkatkan lagi “UNDI” BA

  34. 34 Lim Seng Feb 27th, 2008 at 12:42 pm

    All the best for this coming election

    I really like your party stand, to represent all malaysian regardless of race, gender and religion. I have been living oversea for many years but my heart is still in malaysia. Your party stand give me this hope of me returning to malaysia, my homeland. All the best to you for this coming election. I have contributed to your party by e-mailing your party messages to all my friends.

    Your party stand give me hope to be a truely Malaysian.
    I have been living oversea for many years but my heart still belong to malaysia. I like very much your party stand regarding race, gender and religion. I have contributed to your party stand by forwarding your messages to all my malaysian friends. Wish you all the best for this coming election.

  35. 35 shinoda Feb 27th, 2008 at 1:33 pm

    ada jugak lagi manusia bebal dlm blog ni….dah naik malas nak bagi penjelasan…saudara admin, lepas ni jgn bagi bebal-bebal ni post coments dlm blog ni lagi.ikut mcm harakahdaily buat…buang masa je baca coments mcm tu

  36. 36 MakkalSakthi1946 Feb 27th, 2008 at 1:42 pm

    My dear Dato’ Seri Anwar Ibrahim,

    We loved you when you came into politics, when you were ist appointed by Tun Dr. Mahathir Mohammad (your mentor) as the Deputy Minister of Youth and Sports. We expected wonders to happen for the youth community but nothing happened that way.

    You also had several other positions i.e. Minister of Agriculture, Minister of Finance and also the Deputy Prime Minister the countries 2nd highest position for many years until the day when your reign collapsed.

    We Indians in the country feel that you have not done any good for us. Don’t expect us to believe that Taj Mahal could be brought to Malaysia.

  37. 37 H. Anthony Feb 27th, 2008 at 1:57 pm

    this may not have any relevance to the issue at hand…but your friend contesting in N2 Beseri in dire need of funds from the party…he stands best chance to win with a whopping majority…please look into it…

  38. 38 hukum hakam Feb 27th, 2008 at 2:52 pm

    Saya nak bagi tahu pada kes nyaya ada juga calon BN dari kalangan penjangak bangsa
    dari dulu sampai sekarang ada yang suka guna bini org ada yg suka rompak duit rakyat dan mcm2 lagi .Saya ingatla kes nyaya tu duduk dekat hulu atau kuala la

  39. 39 cheated Feb 27th, 2008 at 3:09 pm

    why not just give BA untuk memerintah plak. ni bila tak diberi peluang, mcmana kita akan tahu yg ianya tidak bagus? sama ja dimana2 pun. Even kalau kita di pejabat pun tidak diberi peluang untuk untuk tunjukkan kebolehan kita, how the management or ppl nak perasaan kebolehan kita kan? Kalau BA memerintah selama satu penggal tak menjalankan janji2 nya , so in the nex election nanti just tukar lah balik tu BN. Susah ker? Hikhikhik… Kalau lama sangat kat atas, lelame bley jer nyanyuk kan or gila kuasa. :)

  40. 40 teja Feb 27th, 2008 at 5:13 pm

    Barisan Alternatif mahukan kita sebagai warga tidak lagi bermimpi !

    Kesemua intisari perencanaan bukan dirangka untuk jangka masa panjang tetapi yakin dalam jangka masa sederhana ia akan tercapai kerana objektif adalah mengubah sistem untuk lebih telus dan jika ini tidak upaya difahami amat diperlukan budaya memproses yang amat relevan disampaikan dalam masa yang ada ini untuk mengungkapkan budaya amar makruf dan nahi munkar adalah saling menasihati bakal-bakal pemimpin yang akan menerajui pimpinan tanah air.

    Sikap pemimpin Barisan Alternatif jelas lebih terbuka dan sedia menerima teguran dengan melahirkan manifesto-manifesto yang lebih telus untuk beramanah yang akan membetuk idea dan modul sebuah pengurusan berprinsip Islam yang lebih benar dan membina syaksyiah intelek yang memuliakan etika dan moral untuk diteladani.

    Membina kebudayaan peradaban yang maju akan gagal jika peneraju dan pengikutnya tidak jelas erti hukum dan etika akhlak yang membuktikan kerendahan mentaliti hingga menampilkan ketrampilan yang bertentangan seperti yang dianjurkan.Budi pekerti juga antara keperluan untuk dicirikan sebagai pemimpin.

  41. 41 Rakyat Teraniaya Feb 27th, 2008 at 8:04 pm

    Marilah Rakyat Malaysia semua! Marilah Undi Barisan Rakyat! Tidakkah Manifesto ini cukup baik untuk kebaikan semua dan bukannya untuk kebaikan kroni elit umnoputra sahaja! Bangunlah! Yang menghindari kita adalah Rejim yang cukup kuat korupsinya dan ganas dengan polis bersenjatakan meriam air serta gas pemedih mata. Akan tetapi kalau Rakyat Malaysia bernekad hendak menukarkan kerajaan Rejim BN necayalah kita mampu menjadikannya kenyataan!

    UNDILAH PKR! UNDILAH DAP! UNDILAH PAS!

    HIDUP BARISAN RAKYAT!

  42. 42 Bigfoot Feb 28th, 2008 at 9:54 am

    UNTUK SDR NYAYA NANTI AKU BAGI ANUGERAH PENGAMPU DAN PENJILAT PUNGKOK BN KAT HANG… TULIH DLM NI BOLEH LA..PIRAHHHH..PENANG PUNYA CERITA HANG TAU..KAT JOHOR SANA PUN HANG TAU.. BANYAK SUNGGUH HARTA TOK WAN HANG BAGI KAT HANG JELAJAH MALAYSIA..

  43. 43 lanun Feb 29th, 2008 at 12:30 am

    Kes Nyaya..
    kitorang nak lantik hang jadi pm..
    boleh x?? memandangkan hang sangat hebat menempelak tindakan anwar.. seolah2 anda masuk dlm ilmu anda

  44. 44 ORG KG Mar 1st, 2008 at 10:33 am

    Saya ingin menjawap tulisan kes nyaya

    hallo sedara kau tak habis2 asyik nak menfitnah je
    tak de keja lain ke. tak ingat nak mati ke.
    Dr M yang dulu byk membohong dan memfitnah pun dah
    mintak maaf tapi awak tak sedar2 lagi.berapa umno
    upah pada kamu?
    jangan cakap ikut rasa tanpa bukti. jangan cuba nak
    memutarbelitkan maklumat, kita semua tahu mana yang
    betaul dan salah.Nagapa banyak calun umno/bn yang rosak
    akhlak dan banyak masalah baik calun atau parti tersebut
    kamu tak bersuara.Siapa yang banyak tabur duit pada rakyat
    bila nak pilihanraya? banyak janji itu janji ini tapi bila
    lepas p’raya senyap,siapa yang gunakan gangster bila berkempen
    dan bayak lagi tapi awak tak commen pun. Ingat jgn memfitnah tapi
    cari la kebenaran. bagi saya orang pas,keadilan tak akan buat mcm
    apa yang kamu cakapkan tadi. Yang buat benda tu semuanya orang
    umno /Bn. Insaflah wahai saudara………….

  45. 45 tuntua Mar 1st, 2008 at 12:36 pm

    Sampai masanya kita tidak terkena tipu oleh lanun-lanun BN.

    Pengalaman bertugas di mindef banyak mengajar saya betapa jahatnya pemimpin BN ni. Orang atas-atas mindef yang diberi kuasa bersekongkol sama-sama sapu projek. Nak buktikan memang payah kerana nama mereka tak ada. Tapi orang bercakap juga.

    Saya ambil contoh pengawal kewangan (mantan) mindef misalnya boleh buat kem PLKN. Dia boleh nafikan tapi kalau dah anaknya datang marah-marah kerana bahagian kewangan lambat bayar untuk kemnya, tahulah siapa pemilik sebenar kem tersebut. Penyelewengan di kem PLKN tak payah cakaplah. Uniform yang dibeka tak capai standasr. Kasut pakai dua tiga kali hentak untuk berkawad pecah. Semua pembekal ini adalah kroni UMNO. Jadi macam mana pengawal kewangan nak bertegas kalau berlaku penyelewengan pak menteri dan sebagainya. Dia pun sapu projek mindef.

    Semuanya boleh terkawal kalau semua orang bersikap amanah. Berniaga dengan niat cari rezeki halal. Ingat dosa pahala. Kawan saya serik nak berniaga di mindef kerana banyak tahap yang perlu dihulur. Pen yang harga seringgit terpaksa dinaikkan jadi tiga ringgit. Dua ringgit yang dinaikkan itu adalah duit rakyat. Penyakit rasuah ini berlaku kerana pemimpin yang mengajar mereka. Pemimpin boleh sapu juta-juta komisyen beli kapal takkan anak kuli tak boleh sapu sepuluh sen dua untuk projek kecil.

    Hendak jadi pemenang dalam projek kena pandai kalau ikut cara UMNO. Saya tanya seorang kawan bagaimana dia boleh menang tender bernilai 6 juta. Katanya dia tangkap ‘buah hati’ tukang lulus tender. Orang ni suka pergi makan tom yam di kedai janda tu. Jadi janda tu lah yang main peranan. Sambil jenaka, kawan aku kata agaknya tender ditanda tangani atas dada janda. Kah! Kah! Kah!

    Cuba pergi setiap petang minggu di Bukit Bintang berkumpul remaja anak melayu buat tarian hip hop. Mereka tunjuk hebat dengan menari kepala di bawah dan macam-macam lagi. Inilah kejayaan Islam Hadhari. Kita mesti ingat Islam bukan sekadar slogan sahaja. Ajarannya melibatkan pautan jiwa dan rasa insaf dari ibu bapa sampai ke anak. Kalau sekadar pemodenan Islam mainan bibir sampai bila pun tak ke mana. Anak muda semakin sesat dan leka dengan hiburan tajaan UMNO. Untuk jangka pendek bolehlah dapat sokongan tapi untuk jangka panjang, bangsa yang hancur. Agama tergadai Islam Hadhari hilang tanpa bekas.

    Jadi kena fikir bulat-bulat tak payah timbang-timbang, buang masa saja. Kita lakukan perubahan. banyak berdoa kepada Allah agar segala kerja jahat mereka terhalang.

  46. 46 Democratic Malaysian Mar 1st, 2008 at 1:38 pm

    Dear Dato Seri Anwar Ibrahim,

    I personally despise you when you were with UMNO. But the treatment from the current UMNO ala “Islam Hadhari” is worst than before. I had supported BN-MCA 1999/2004 hoping for fair and equal rights but was greatly dissapointed.

    During my schooling days in the 70s, my best friend was a Malay-Muslim. We had no problem interacting…but how completely different it is today. Even my children were discouraged to mix with Malays in school by the Malay teachers. All non-Malays were segregated in classroom and treated differently even in teaching sessions. Dato Seri, I believed you were partly responsible for this in the beginning years as Education Minister. The Keris Minister made it worst by encouraging it silently.

    I despised treating everyone based on race and skin colour. My best employees are a Malay and a Hindu whom are hard-working. They are paid according to their ability and are better paid than some of my Chinese employees. They personally admitted that they had never been paid this well from their previous Malay employer….not to mention even a bonus if the company was doing well. This is what I called equal opportunity for all. I always believe that you will be rewarded in return if you treat others well and sincerely. The current economic condition is hurting my business as well as my customers. BN has only ears for big business especially their cronies and GLCs.

    I trust you are a changed man and believe you continue to do so. Your manifesto had mostly met my expectation. I believe you can improved on it in the course of bringing change in this country. Affirmative policies for all lower ranks of society regardless of race or creed. Even my family memebers and my friends never disputed the status of the Malays and you should be Prime Minister should there is a change in government. Respect has to be earned not taken for granted. Please unite all Opposition parties and form the next Government for a better Malaysia. I love to see how BN stand being a Opposition in the future. A SMALL STEP FOR CHANGE, A BIG STEP FOR DEMOCRACY.

  47. 47 nmorano74 Mar 1st, 2008 at 7:46 pm

    Dato Seri,

    When I went to study abroad back in 96, I said to myself that upon returning, I’ll join Umno for one reason and that reason was that I felt Malaysia was building a strong foundation to become a great nation with Dr M at the helm and you at his side. All that came to an abrupt halt on the day my friend came to class and said, ‘Anwar has been fired’. I was in disbelieve. I was frustrated. Not even knowing who you really are, my faith told me that it was all a lie. Then and there I understood how dirty politics can be and how far one would go to protect their own interest. So, for more than 10 years now, I have looked away from the propaganda of greatness of the BN leaders fed through mainstream media. All bogus.

    Now, with Pak Lah as captain of the ship, we’ll all sunk to death in no time. Something must be done about SPR and this KJ creature. Sedangkan masuk peraduan nak menang kereta ada clause ‘Keluarga terdekat tidak layak untuk masuk bertanding’ inikan pulak nak jadi MP. This is just unthinkable. I thought Dr M was bad, Pak Lah’s even worst. Tak sampai satu penggal dah start amassing wealth.

    I was given an email few days back with attachments showing the print screen pages of the SPR online Semakan Daftar Pemilih. IC numbers of people who’s existence is questionable and most of them are registered in REMBAU! KJ’s so called turf. Malaysia will crumble to pieces if this makhluk gets higher than where he is now. I was filled with rage upon getting this email and checking it at SPR webpage to confirm it’s validity. SPR even announced in the papers that they would leave the ICs as it is because of no verification that the IC owners are deceased. Wow, ramai betul rakyat Malaysia umur lebih 100 tahun.

    Dato Seri, KJ must be stopped in his tracks at all cost. I see my country slowly slipping into the grips of one FAMILY, Pak Lah’s. Malaysians cannot allow this to happen. We seek your help to not allow this to happen.

    Fall to BN. Rise to a new hope and a new beginning.

  48. 48 serdang Mar 10th, 2008 at 3:49 pm

    sekarang PKR dah pegang selangor..so bila agak2 janji yang di nyatakan oleh pari DSAI akan dilaksanakan. yang pasti kamik nak tgk adakah anak2 kami akan menerima RM1000.00 jika ditawarkan masuk Universiti, setiap surirumah akan diberi elaun, mereka yang bakal mendirikan rumah tangga akan mendapat bantuan, harga minyak akan diturunkan. kita semua tahu harga minyak hanya persekutuan yang menentukan harga. tapi aku tak kira korang PKR dah nyatakan dalam manifesto korang (TAWARAN KAMI SEKIRANYA DIPILIH DI SELANGOR)korang wajip tunaikan semua. kami akan simpan manifesto yang PKR buat.

    p/s : kalo berani tak yah lah sekat massage saya ini..

  49. 49 bro Mar 11th, 2008 at 2:37 pm

    serdang ni undi PKR ke?kalau tak undi jangan menyebok kat sini!

  50. 50 Qasiyh Mar 20th, 2008 at 1:02 pm

    bro…
    biar lah serdang ni nak ckp ape…
    elok lah disampaikan ape saje kpd DSAI…
    pengundi pkr saje kah yg layak???
    demokrasi di sini plzzz

  51. 51 mai mai Mar 20th, 2008 at 9:09 pm

    janji adil bawa perubahan bukan janji untuk turun minyak tapi kata dia camni”UNDI BN BARANG NAIK MINYAK NAIK” adakah dia janji nak turukan minyak panggil bush pun xleh nak turun kalau BN masih memerintah hanya bangkangan dari naik sajala

  52. 52 mai mai Mar 20th, 2008 at 9:15 pm

    kalau dia boleh merubah anak jenerasi akan dtg lebih baik itu sudah cukup baik kalau tengok org melayu dah ketinggalan dik BN yg memerintah ya la yang kaya ada tapi terus kaya yg miskin terus melara org balik pulau semua dapat rumah banglow dan wang saku masa BN memerintah pasal tu takut kalau DAP memerintah. BGN yg tinggi kebanyakan nama ali, abu, halim , nama melayu je. jambatan pulau pinang untuk org melayu je

  53. 53 mai mai Mar 20th, 2008 at 9:17 pm

    serdang! kalau kat balakong tu kilang melayu semua kat belakang tu mana ada kilang cina tu la pembangunan untuk melayu

  54. 54 mai mai Mar 20th, 2008 at 9:29 pm

    DSAI
    harapan saya agar dipulihkan kembali anak bangsa yang ketinggalan supaya dapat pendidikan yang lebih baik dengan didikan agama yang baik diwajibkan keatas semua org islam, apa yang saya fikirkan UMNO hanya nak hapus org melayu dari lebih kuat beragama kerana takut kecenderungan kepada PAS maka sekolah agama diabaikan maka melaratlah melayu islam pada hadari je pada kulit la. maksiat subhat, judi halal, arak xjadi masaalah kalau tak mabuk tu ubat dadah yang rosak anak2 melayu kalau di kampung saya dulu tak pernah ada pencuri, penyamun, perompak, rumah tak pernah berpagar sekarang lepa sekerap, petai, gelugur,pisang malah besi buruk tak apa besi baru pun kebas ini yang dipimpin oleh UMNO pemimpin org alim yang naik siapa bukan kah acong, ameng, ahock sebab ada projek ada mashook

  55. 55 simpang ampat Aug 12th, 2008 at 3:02 pm

    Manifesto KeADILan 2008 - Harapan Baru Untuk Malaysia ….

    ADAKAH MANIFESTO NIE UNTUK ORANG MELAYU DAN BUMIPUTRA?

    SAYA RASA TIDAK KERANA DSAI UNTUK KEPENTINGAN KAUM INDIA DAN CINA, KERANA DSAI BANYAK BERJANJI KEPADA DIORANG NIE,

Leave a Reply






Galeri Flickr

Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 

Dokumentari Perbicaraan 1998

Video Manifesto KeADILan

Sila klik sini untuk versi Bahasa Inggeris, Cina dan Tamil

Pakatan Rakyat to Putrajaya

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

February 2008
M T W T F S S
« Jan   Mar »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
2526272829