25
Feb
08

Lawatan Kerja DSAI ke Kuala Lumpur dan Selangor

[Selasa, 26 Februari 2008]

5.00 pm Dato Seri Anwar bersama Pengundi di Pasar Malam Jalan 11 Selayang Baru.

Hubungi: Khushairi 0133604410)(Dun Taman Templer, Parlimen Selayang)

8.00 pm Ceramah Perdana di Bilik Gerakan PKR Parlimen PJ Selatan, 20 Jalan 17/1A, Seksyen 17, Petaling Jaya Selatan.

Hubungi: Tang 012-2063077

9.30 pm Ceramah Perdana di Jalan 2/7 Jalan Subang Perdana, Subang Perdana.

Hubungi Hunter 019-2311439

11.30 pm Ceramah Perdana di Kelana Jaya di K.Jaya (26/2) 11 malam Jalan SS9/3 Sungai Way.

Hubungi Faisal – 0192232002


13 Responses to “Lawatan Kerja DSAI ke Kuala Lumpur dan Selangor”


  1. 1 UMNO JAHANAM Feb 22nd, 2008 at 5:31 pm

    Marilah sama-sama kita memberi sokongan terhadap DSAI. Saya panjatkan doa semoga PRU ini akan mengubah masa depan politik kotor dan amalan kuno demokrasi Malaysia pinpinan Badawi. Untuk pengetahuan DSAI, di PJS6, Kampung Lindungan, Bendera PKR telah dikoyakkan oleh konco-konco BN dan saya masih tertanya-tanya mengapa mereka mempunyai satu perasaan hati busuk dan tidak menghormati hak orang lain. Namun saya juga berharap agar Allah S.W.T dapat membalas kerja2 kotor BN disini. Saya teringin benar nak berjumpa DSAI secara lebih dekat. Semoga PKR dan BA maju jaya dalam perjuangan Negara Berkebajikan. Saya juga sering melakukan tinjauan dan soal selidik terhadap masyarakat disini dan pekerja-pekerja disini yang mana secara psikologinya mereka memang ingin bertukar pemerintah dan dah muak dan mual dengan janji-janji manis Barisan Dacing Biru.

  2. 2 aniliaz Feb 22nd, 2008 at 11:30 pm

    assalamualaikum..

    x baek cakap macam tuh..saya x tahu pun ada bendera yang kena koyak..
    eventhough saya puteri umno,saya masih menyokong DSAI…
    sayangkan umno,sayangkan hidup dalam dunia yang adil..
    benarkah politik itu kotor? diharap DSAI dapat membuktikan kenyataan tu x benar…
    tentu hebat pilihan raya kali ini kalau DSAI juga tercalon sama…
    kepadatan penduduk kampung lindungan buat masa sekarang menjadi tumpuan ahli2 politik meraih undi..
    saya masih menyokong DSAI sejak dari IPT lagi..semoga Allah panjangkan umo DSAI dan semoga niat murni datuk seri dapat dilaksanakan…
    x seme yang pakai baju dacing,undi dacing…. kesedaran itu ada,cuma sayang pada umno dan mahu kebajikan masyarakat terjaga…

  3. 3 am Feb 23rd, 2008 at 4:49 am

    harap azmin ali turun lebih kerap bertemu masyarakat di kawasan parlimen gombak..

    peluang anda menjadi ahli parlimen Gombak ada sebab calun BN Said Anuar sangat lemah dalam public speaking dan pelbagai lagi

    Said anuar amat gentar sebelum bertemu saudara.

    Kekuatan said anuar terletak pada gerak gempur pemuda umno disebabkan kepentingan peribadi.

    Selamat datang ke Gombak!

  4. 4 hafizah Feb 23rd, 2008 at 9:23 pm

    assalamu’alaikum….
    saya nak tahu, malam ni (23/02/08) dengar cerita DSAI akan melawat PJS?? betul ke??? tolong bgtau kat saya kalau ada… mekar_layu@yahoo.com

  5. 5 MOHD FAZIR BIN WAHID Feb 24th, 2008 at 1:03 am

    REFORMASI..!! REFORMASI..!! KEADILAN.!! KEADILAN.!! HIDUP PARTI KEADILAN..HIDUP DATO’ SERI ANWAR.!! SEMOGA TAHUN BARU 2008 MEMBAWA LEMBARAN BARU BUAT KITA SEMUA.. SEMOGA DOA SELURUH RAKYAT MALAYSIA YANG MAHUKAN PERUBAHAN DI PERINGKAT NEGERI MAHUPUN PUSAT DIMAKBULKAN ALLAH S.W.T. KITA SATU SUARA, SATU PRINSIP, SATU MATLAMAT DAN SATU PERJUANGAN.. MEMBANGUN BERSAMA KEADILAN SEJAGAT.. TOLAK KEPIMPINAN TAKSUB BARISAN NASIONAL.. BUAT DATO SERI ABDULLAH AHMAD BADAWI YANG GLAMOUR DENGAN SAPAAN PAK LAH, PERGI LA KAMU BLAH.. BERSIAP SEDIA LAH ANDA UNTUK DIUSIRKAN DARI KEDIAMAN RASMI ANDA DI PUTRAJAYA.. BERSIAP SEDIA LAH ANDA UNTUK MEMBUNGKUS ATAU MENGHAPUSKAN SEGALA FAIL-FAIL AKTIVITI JAHAT ANDA.. KERANA KAMI IMPIKAN NEGARA YANG ADIL, TELUS DAN SAKSAMA.. CUKUP LA KAMU MEMPERDAYAKAN RAKYAT, BANGSA DAN NEGARA KERANA KAMI RAKYAT MALAYSIA SUDAH MUAK DENGAN ITU SEMUA.. BUAT DATO’SERI ANWAR IBRAHIM, TITIK PERMULAAN SUDAH BERMULA.. SELAMAT DATANG KAMI UCAPKAN.. BUAT KEPIMPINAN MALAYSIA YANG ADIL DAN SAKSAMA.. SELAMAT SEGALANYA.. RAKYAT MAKMUR DI BAWAH KEPIMPINAN MU..

    HIDUP DATO’ SERI ANWAR..!! PAK LAH BOLEH BLA…………..
    -REFORMASI..!! KEADILAN..!! REFORMASI-

  6. 6 mail Feb 24th, 2008 at 12:56 pm

    cani know today 24-2-2008 were you are having keadalian ceramah.
    Thank You,
    Mail,

  7. 7 Milestone Feb 25th, 2008 at 12:16 am

    Salam,

    Selamat berjaya pada Saudara Azmin and Semua rakan2 BA. Dalam kempen singkat ini, diharap saudara dan rakan2 dalam DUN Gombak dan menekankan isu2 negara/negeri/dunia/islam tetapi juga harus menekankan isu2 setempat dikawasan (harap2 calon ADUN memainkan byk peranan dlm menerangkan isu setempat). Diharap semua lebih cepat memahami kawasan masing2 dgn lebeh terbuka dan sensetif untuk memenangi pengundi2 kontemporari (yg tradisi agak susah berubah).

    Sebagai pengundi muda, saya akan memainkan peranan dlm menarik minat golongan2 muda yg mungkin agak terikut2 pengundi tradisi, untuk memahami siapa pemimpin yg harus diberi peluang kali ini.

    Sbg contoh, issue setempat, byk peniaga di DUN Hulu Kelang kecewa,kerana gerai2 diroboh dan digantikan dgn gerai2 kecil (zink) yg tidak berwawasan reka bentuknya untuk mereka terus berniaga dgn sewa sekitar RM450.00. Dimana MB dan ADUN di situ skrg nie?

    Berdekatan kawasan itu, sedang dibina satu pasaraya besar diatas tapak rumah panjang? Apa jadi pada peniaga2 kecil, sedangkan terlalu byk pasaraya besar telah beroperasi di sekitar kawasan HUlu Kelang. Mengapa bekas kawasan perumahan tidak bangunkan dgn perumahan? DIma MB dan YB Adun itu skrg? Adakan ini janji mereka?

    Saya berdoa semoga komponen parti BA dpat mengatur strategi bersama dgn lebih effisien dan berharap saudara dapat menegaskan pada para petugas kempen dpat menjalankan kerja kempen bersama PKR/PAS dikawasan ini. Ini amat penting, minta saudara dapat memandang serious perkara ini

    Kepada semua pemuda2, ANDA MAMPU MENGUBAHNYA, Vote for (X)-PKR/PAS

  8. 8 joe_007 Feb 25th, 2008 at 12:27 am

    Jentera pilihanraya parti keadilan di KOTA DAMANSARA tidak berfungsi dan bagaikan hilang arah tanpa ketua. Malah terdapat beberapa volunteer yang tidak dilayan. Harap ambil perhatian yang serious sebelum terlambat.

  9. 9 Ham Feb 25th, 2008 at 8:49 am

    Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh,

    Pertama sekali, saya pohon kepada Allah moga memberi kekuatan mental dan fizikal kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim & keluarga serta seluruh ahli Parti Keadilan Rakyat yang lain bagi membolehkan kita bekerja dengan penuh daya upaya di dalam pilihan raya kali ke-12 ini untuk mencipta sejarah dan kemenangan Insha-allah.

    Dato’ Seri, saya amat kesal dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh calon BN di Parlimen Permatang Pauh, Pirdaus yang dicalonkan untuk menentang Datin Seri Wan Azizah. Beliau menyifatkan Datin Seri telah menipu rakyat permatang pauh dengan bertanding dalam pilihan raya kali ini kerana niat Datin Seri adalah untuk memberi laluan kepada Dato’ Seri kembali semula ke arena politik ini setelah memenangi kerusi itu.

    Saya juga kesal dengan tindakan Pirdaus memandangkan beliau merupakan bekas imam masjid negara. Walaubagaimanapun, tiada yang mustahil kerana inilah cara ‘ustaz’ Umno & BN.

    Sedangkan saya melihat di kaca TV bahawa Datin Seri tidak menyatakan perkara sebegitu. Apa yang saya dengar dan lihat adalah Datin Seri menyatakan bahawa mungkin ada ‘possibilities’ untuk memberi laluan kepada Dato’ Seri setelah menang kerana mereka telah menafikan hak Dato’ Seri untuk bertanding.

    Oleh itu, saya pohon agar Y. Bhg. Dato’ Seri dapat menerangkan kepada rakyat tentang perkara ini. Saya tidak mahu rakyat terpedaya dengan dakyah mereka (BN) yang menggunakan media aliran utama yang berat sebelah dan dikawal oleh kroni mereka.

    Peranan media hari ini yang bersekongkol berkempen dengan pihak BN juga telah menunjukkan bahawa mereka sebenarnya amat takut untuk menerima kekalahan dalam pilihanraya kali ini. Barisan Nasional sebenarnya telah Roboh dan Robek pertahanan dalamannya. Hanya berani mengangkat keris, sedangkan mereka gentar untuk bertarung.

    Akhir sekali, saya mengucapkan Selamat berjuang, Insha-allah rakyat Malaysia hari ini sudah mula sedar siapa pemimpin yang boleh membela nasib, memberi kehidupan yang selesa, ekonomi yang mampan kepada negara. Saya dengan ini memberi 100% sokongan kepada Dato’ Seri & PKR dalam menghadapi Pilihan raya ke-12 ini! Selamat Maju Jaya!

    Wassalam.

  10. 10 nizamnz Feb 25th, 2008 at 10:05 am

    Assalamualaikum DSAI,

    Saya ingin mencadangkan kepada DSAI tentang strategi pada PRU kali ini. Saya dapati manifesto BA sangat menarik.

    Cadangan saya, BA hendaklah menekankan 4 perkara yang paling memberi impak kepada pengundi di Malaysia secara langsung lantas membuatkan mereka terus memangkah BA. 4 perkara tsb adalah

    1. Harga minyak turun 30sen
    2. Pendidikan percuma dari sekolah rendah hingga ke universiti
    3. Perkhidmatan kesihatan percuma untuk semua rakyat
    4. Penyaluran air percuma ke semua rumah

    Pada hemat saya, kebanyakan rakyat Malaysia masih kurang mengambil berat tentang hal ehwal politik. Pada mereka, BN akan sentiasa dihati dan memberikan yang terbaik buat rakyat. Masalah-masalah seperti rasuah, penyalahgunaa kuasa dsb hanyalah perkara biasa yang telah menjadi kebiasaan kerana hampir setiap hari mendengarnya. Malah ada yang beranggapan bahawa kalau BA menang PRU sekalipun, mereka akan jadi seperti BN juga kerana masalah tersebut sudah menjadi budaya Malaysia. Kebanyakan rakyat tidak mahu mencungkil apakah “Negara Kebajikan” yang diwarwarkan oleh BA. Ini ditambah lagi dengan momokan BN bahawa KERAjaan telahpun melaksanakan banyak perkara demi melindungi rakyat Malaysia.

    Mereka disogokkan dengan momokan dan racun minda seperti “Kalau pembangkang menang, negara akan huru hara”, “BN terlalu banyak berjasa”, “Hanya BN yang boleh mentadbir negara” dan lain-lain lagi.

    Dengan penekanan 4 perkara tsb di atas, rakyat tak kira dibandar mahupun dikampung akan mula berfikir tentang kocek masing-masing. Mereka boleh berjimat ratusan ringgit sebulan dengan terlaksananya 4 perkara tsb. The bottom line is money.

    Tentu ramai pengundi atas pagar akan mula beralih kepada BA jika mereka memikirkan tawaran yang sungguh menarik ini. Saya sendiri sungguh ghairah mendengar 4 perkara tersebut yang pastinya akan menyelamatkan poket saya dari mengempis tanpa sebab.

    DSAI, saya juga ingin mencadangkan BA agar elakkan dari mencemuh parti kerajaan di banner-banner kerana ini akan merugikan BA sendiri kerana rakyat akan melihat BA sebagai manusia yang tidak berakhlak. Saya ada ternampak sebuah banner yang dipasang di khemah BA di Paya Jaras bertajuk “BN korup, negara bankrap”. Pada hemat saya, tindakan ini kurang bijak atas sebab-sebab yang dinyatakan di atas. Rakyat pada dasarnya telah menerima keadaan korupsi dan penyelewengan yang berlaku disekitar mereka. Malah, BA akan dilihat ketandusan idea kerana tidak menonjolkan idealisma yang lebih berkarisma. Mungkin rakyat akan melihat banner ini sebagai “Alah…. kalau dah pembangkang, kerjanya asyik membangkan ajaa…” tanpa berfikir secara waras apakah natijah dari pernyataan “BN Korup, negara bankrap” itu.

    DSAI, cuba kita gunakan pendekatan yang lebih umum yang tidak memerlukan rakyat berfikir dengan susah. 4 perkara pokok di atas pada saya adalah yang terbiak untuk menarik perhatian rakyat. Semua akan faham maksud 4 perkara tsb akan memberik kesan kepada kocek masing-masing. That is the bottom line kepada majoriti rakyat Malaysia.

    Tawaran yang menarik akan sukar dilepaskan rakyat Malaysia.

    Sekian cadangan saya. Diharapkan DSAI akan mempertimbangkannya agar BA akan lebih cemerlang di PRU 12 kali ini.

  11. 11 pelesit_desa Feb 25th, 2008 at 10:45 am

    Salam DSAI,

    Pada pendapat saya ada peluang yang cerah kepada pihak pakatan pembangkang untuk menafikan majoriti 2/3 BN pada pilihanraya 8 Mac ini. Cuma dalam pemerhatian saya terutama di Parlimen Sepang perlu ada sessi penerangan yang lebih tajam lagi, ini kerana rata-rata penduduk disini masih belum faham tentang manifesto dan janji BA. Diharapkan DSAI dapat meluangkan sedikit masa untuk turun kekawasan ini bagi membuat penerangan. Saya dapat melihat BN di kawasan ini tertekan kerana masaalah calon dan beberapa masaalah dalaman Jentera Pilihanrayanya. Ini dapat dilihat apabila ‘mereka-mereka’ ini terpaksa menggunakan anak2 muda yang masih mentah untuk untuk menunjukkan mereka menerima sokongan kuat daripada rakyat. Pernah saya bertanya kepada mereka-mereka ini apa itu Gerak Gempur????? rata-rata tak tau apa tujuanya hanya mengikut kerana dapat duit minyak RM10….

    Didalam simulasi pilihanraya yang di buat oleh UMNO Bahagian disini, boleh dilihat ada banyak ahli UMNO yang memilih pembangkang. Ini membuktikan ramai ahli Umno sediri tidak senang dengan sikap pemimpin mereka. Semalam semasa penamaan calon dapat dilihat terdesaknya mereka meraih sokongan sehingga terpaksa membuat provokasi yang bagi saya melampau. Nasihat saya kepada ahli-ahli Umno/BN jangan terlampau mengikut kerana ‘kepala-kepala’ ini ada kepentingan diri sendiri untuk dilindungi, mereka tidak lagi berjuang kerana BANGSA,AGAMA DAN NEGARA.. tetapi kerana ‘PROJEK & TENDER’.

    Dan bagi saya, TIADA GUNANYA PEMBANGUNAN JIKA RAKYAT TIDAK MAMPU MENIKMATINYA…

  12. 12 jasni Feb 25th, 2008 at 11:01 am

    Tahniah untuk Sdr Azmin Ali dan Rakan2 dlm BA. BA mempunyai peluang untuk menang di kawasan ini. Teruskan memberi penerangan kepada rakyat di kawasan ini berhubung penyelewengan pemimpin BN, akhlak mereka. Selain dari menghebahkan manisfesto BA, saya cadangkan juga untuk sdr dan rakan mengulas isu setempat seperti;
    - pembaziran projek membina gerai di tepi longkang Taman Bolton yang memang tidak sesuai langsung sebagai tempat perniagaan,
    - Pengambilan taman permainan kanak/tanah lapang spr di Fasa 4 TSG dan di hadapan Taman Desa Minang untuk buat bangunan dan landskap.
    - Khidmat yang akan diberikan oleh Ybhg Dato Hasan Ali spr yg diberitau pada malam pengistiharan calon parlimen Gombak iaitu akan membantu ibubapa mendidik anak2 muda yang kehilangan akhlak, melalui kem motivasi boleh membantu membuka hati masyarakt setempat.
    Selain itu minta pemimpin Cina dan India PKR untuk turun berkempen di kawsan ini kerana ramai penduduk Cina dan India.
    Semoga kita akan menang dan menawan selangor.

  13. 13 ktteokt Feb 26th, 2008 at 6:07 pm

    Bukankah rancangan asal telah menetapkan lawatan DSAI ke Bandar Tun Razak? Mengapa ia tertukar sekarang?

Leave a Reply






Galeri Flickr

Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 

Dokumentari Perbicaraan 1998

Video Manifesto KeADILan

Sila klik sini untuk versi Bahasa Inggeris, Cina dan Tamil

Pakatan Rakyat to Putrajaya

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

February 2008
M T W T F S S
« Jan   Mar »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
2526272829