23
Feb
08

DSAI di Penamaan Calon Di Lembah Pantai

[Ahad, 24 Februari 2008]

7.00am Penamaan Calon di hadapan Kompleks Sukan Bangsar (berhampiran Bangsar Village), Jalan Terasek 3, Bangsar. Berkumpul jam 7.00 am di Mcdonalds


12 Responses to “DSAI di Penamaan Calon Di Lembah Pantai”


  1. 1 pengkaji Feb 23rd, 2008 at 7:59 pm

    Pengkaji baru habis mentelaah beberapa keputusan akhir calon2 BN

    Perlis yang bergolak dengan krisis peletakan jawatan beramai2 UMNO bahagian Araunya, Idris Jusuh yang terpaksa menarik balik kata2 meletakkan Ketua Puteri Umno bertandingnya, (sayang sekali pihak PKR, mahupun Pas gagal memanfaatkan lagi peluang ini dengan menayangkan gambar2 protes tersebut dengan berkesan sekali)

    Perlis mengekalkan dinasti Kassim Baba, Tajol Rosli dan gagaunya di Perak.

    dan sudah tentu Johor. Pak Lah sekali lagi terpaksa akur dengan kehendak istana yang masih mahu mengekalkan Ghani Zapin. Pengkaji tak tahu apa kelebihan Ghani di istana, tetapi dia adalah liabiliti terbesar di BN Johor buat masa ini. Pengkaji lalu di banyak kawasan besar Johor 10 tahun dahulu.

    Pengkaji boleh ingat banyak perkara yang masih sama di situ, bila meninjau Johor dari Mersing hingga JBahru pada minggu lalu. Malu pengkaji bila menoleh Singapura dari tepi laut.. (Namun, Prof Jamilah tentu lega Datuk Halimah berpindah ke parlimen..).

    Namun, Pengkaji berasa agak bangga dengan line up tersebut. Masih ingat lagi pengkaji menuduh Pak Lah sengaja mahu melihat Anwar membuat impak dalam PRU kali ini? Segala contoh di atas adalah bukti2nya.

    Pak Lah telah menayangkan banyak perkara, yang beliau yakin akan menambah kemarahan rakyat.

    Harga barangan dinaikkan melambung,tidak logik dalam saat menghadapi pilihanraya, membenarkan kes Linggam dibicarakan melalui suruhanjaya diraja, membenarkan pemimpoin BN negeri yang gelabah mengumumkan sebnarai calon tanpa restu beliau, dan secara terbuka, mempamerkan kronisme dengan merestui pencalonan khairy di rembau,

    Tidak lupa Pak Lah tunduk mengalah dengan crocodile’s tear (air mata buaya?) Shahidan Kassim pada 2004, kini terpaksa akur dengan tikam belakang ala hindustan Shahidan di Perlis dalam PRU ini. Istana Johor, yang Pak Lah cuba convince dengan calon muka baru juga tidak melayan kehendak BN.

    Apa sudah jadi..?

    DSAI,
    Pada mula pengkaji agak skeptikal terhadap peluang PKR pada PRU kali ini.
    Sekarang, pengkaji nak habaq mai.

    Undi pengkaji adalah undi sokongan terhadap niat Pak Lah.

    Undi pengkaji akan pergi kepada bukan BN. Pengkaji akan pangkah bukan BN. Pengkaji sokong Pak Lah.

    Selamat. Semoga hari penamaan calon tiada calon yang tidak tercalon.

    Pengkaji pinta semua penyokong DSAI, gandakan usaha untuk merealisasikan impian Pak Lah tersebut, melihat BN hilang 2/3 majoriti.

    Atau hilang hak berkerajaan lagi..?
    Hmm.. mungkin juga.

  2. 2 mahasiswa Feb 23rd, 2008 at 9:36 pm

    Alhamdulillah akhirnya si pengkaji ini akur juga. Terima kasih kerana tidak merahsiakan undi anda.
    Dato seri, saya harap Nurul Izzah akan berusaha sungguh2, moga Allah pilih dia. saya yakin dgn kekuatan pribadi dia. tanpa Dato seri kempen pun, insyaAllah Nurul Izzah mampu utk menarik sokongan terutamanya gol muda. Kepada Saudari Nurul Izzah dan suami, selamat berjuang….

  3. 3 anakgajah Feb 24th, 2008 at 2:46 am

    Doa kami mengiringi kejayaan NuruL Izzah Anwar..insyaAllah. Berbangga kerana Keadilan meletakkan beliau sebagai calon. Budi pekerti yang mulia..peribadi yang baik.. pembakar semangat anak muda.. Kami bersama anda Puteri Reformasi!!

  4. 4 abuanas Feb 24th, 2008 at 3:03 am

    anak ayam lawan ibu dinasour di lembah pantai, harap2 ibu dinasour relai tulang. MENANG BA…!! AKU DAH TAK SANGGUP NAK ISI MINYAK LAGI,

    TURUN MINYAK TURUN PAKLAH….
    KAU TIDUR NYENYAK AKU YANG LELAH… pantun x payah kerat

  5. 5 ravikumar Feb 24th, 2008 at 3:47 am

    selamat berjuang wahai wira2 rakyat

  6. 6 WaveJr Feb 24th, 2008 at 12:09 pm

    Salam DSAI dan keluarga semua serta penyokong setia BA.

    Tahniah kepada DSAI kerana keberanian yg ditonjolkan oleh puteri kesayangan DSAI Nurul Izzah.Bukan calang-calang org muda mempunyai keberanian sebegitu(mewarisi DSAI).Insya’Allah semoga Allah membantu beliau memenangi kerusi yg ditandingi dan keseluruhannya team BA bakal memenangi PRU12 pada kali ini.

    Dahulu saya tidak suka politik,tetapi semenjak kes DSAI dahulu setelah dianiaya,saya mula mengambil tahu hal politik tanahair.Ini kali ke 3 saya mengundi.Undi saya yg pertama dan kedua dahulu jatuh kepada BA..dan kali ketiga ini sudah pastinya utk BA juga….Semoga Malaysia dan seluruh rakyat aman dan menikmati kebahagian dalam pemerintahan BA nanti dlm beberapa hari sahaja lagi….Amin..

  7. 7 ola Feb 24th, 2008 at 2:57 pm

    tetap sokong izzah semuga beliau berjaya menterjemahkan segala keikhlasan dan ketabahan jiwanya nya selama ini ke dalam perjuangan dalam bentuk kepimpinan yang matang

  8. 8 ameer Feb 24th, 2008 at 4:02 pm

    HIDUP REFORMASI!!!!!!!!!!!SAYE TETAP MENYOKONG KEADILAN DAN PAS!!!!!!!HIDUP BARISAN ALTERNATIF!!!!!!!!HIDUP DSAI!!!!!!!!SEMOGA APA YG KITE USAHAKAN INI MENDAPAT KEBERKATAN DR ALLAH SWT!!!!!!!!!ALLAH HUAKBAR!!!!!!!!!!

  9. 9 ela azila Feb 24th, 2008 at 8:49 pm

    semoga nurul izzah akan memperoleh kejayaan beliau…

  10. 10 Saorah Feb 25th, 2008 at 9:41 am

    Tahniah dan syabas anaknda Nurul Izzah, Wanita Melayu terakhir yang wajib dijadikan idola oleh semua remaja Malaysia yang kini masih begitu mengagungkan artis dan pengacara TV 3 yang lebih glamor mengalahkan artis dengan pakaian kembanya. Semuga Allah akan membuka mata dan hati seluruh rakyat seluruh Malaysia untuk memenandkan Barisan Alternatif dan khasnya pengundi di Lembah Pantai untuk mengundi Keadilan Rakyat/Nurul Izzah.

  11. 11 Saorah Feb 25th, 2008 at 9:43 am

    okay

  12. 12 HMD Feb 25th, 2008 at 1:36 pm

    Alhamdulillah. Satu perlawanan yang amat menarik bakal berlaku di Parlimen Bahagian Lembah Pantai. Wanita Melayu Muda yang penuh semangat juang dan idea akan menentang Wanita Veteran yang telah luntur semangat dan memikirkan keuntungan kroni. Semoga Allah Ta’ala memberikan kemenangan kepada Nurul Izzah Anwar.

    p/s: Saya teruja mendengar komen oleh Izzah di Buletin Utama (Kroni BN) semalam “Saya bertanding adalah kehendak dan keputusan saya sendiri, saya bukan proxy kepada ayah saya” Fantastic!

    bukan seperti komen lapuk ahli parlimen veteran Lembah Pantai sekarang “Jika Lembah Pantai ini tidak dipegang oleh menteri dalam kerajaan, ianya susah..tiada pembangunan..well u know..pembangunan di kawasan lembah pantai akan lumpuh..u know..” Tak ubah seperti kata-kata si tua tidak berpendidikan, memperbodohkan rakyat yang difikirkan sama sepertinya.

    Tahniah Izzah! Salam Perubahan.

Leave a Reply






Galeri Flickr

Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk 

Dokumentari Perbicaraan 1998

Video Manifesto KeADILan

Sila klik sini untuk versi Bahasa Inggeris, Cina dan Tamil

Pakatan Rakyat to Putrajaya

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

February 2008
M T W T F S S
« Jan   Mar »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
2526272829