daripada Malaysiakini
AFP | Feb 13, 08 7:21pm
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan sebagai sesuatu yang “memalukan” bagi kerajaan mengadakan pilihanraya umum sebelum berakhir tempoh larangan untuk beliau bertanding.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan pembubaran Parlimen hari ini untuk membolehkan pilihanraya umum diadakan bulan depan.
Tempoh larangan ke atas Anwar berakhir pada 15 April depan.
“Tidak pernah berlaku sebelum ini di mana pilihanraya diadakan selepas tiga tahun setengah kerajaan memerintah dengan majoriti lebih dua pertiga,” kata Anwar kepada pemberita di Hong Kong.
“Satu-satunya sebab yang anda boleh fikirkan ialah untuk menafikan saya peluang bertanding dalam pilihanraya umum kali ini,” katanya.
Anwar, bekas timbalan perdana menteri dan menteri kewangan, dipecat dari kerajaan dan Umno pada 1998 dan kemudiannya menjalani hukuman penjara selepas disabitkan atas tuduhan salahguna kuasa dan liwat, yang dianggap banyak pihak sebagai bermotifkan politik.
Bagaimanapun, Mahkamah Persekutuan membatalkan sabitan hukuman liwat ke atasnya tetapi sabitan bagi tuduhan salahguna kuasa menyebabkan beliau tidak dibenarkan bertanding dalam pilihanraya sehingga 15 April depan.
“Adalah sesuatu yang memalukan apabila Perdana Menteri memilih untuk mengadakan pilihanraya umum (sekarang),” katanya dalam sidang akhbar anjuran Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Asia.
Tanding pilihanraya kecil
Anwar berkata beliau berharap parti PKR pimpinannya akan memenangi sekurang-kurangnya 25 kerusi dalam pilihanraya umum kali ini, dan barisan pembangkang pula akan mencatat kemenangan majoriti, dengan syarat ianya dijalankan secara adil.
“Pilihanraya pastinya tidak adil dan bebas. Tiada akses pada media di Malaysia, senarai pengundi masih dipersoalkan dan terdapat ratusan malahan ribuan pengundi hantu,” katanya.
Menurut Anwar lagi, berlaku penipuan dalam undi pos dan kehadiran ribuan pengundi yang didaftar dalam setiap kawasan pilihanraya yang berumur lebih 100 tahun, turut menimbul kecurigaan bahawa pilihanraya memihak kepada parti pemerintah.
Beliau berkata, seorang calon PKR yang menang dalam pilihanraya umum kali ini, akan meletak jawatan bagi membolehkan beliau (Anwar) bertanding dalam pilihanraya kecil selepas tamat tempoh larangan ke atasnya.



















Salam;
Dato Sri Anwar…saya menyokong penuh perjuangan saudara..Pastikan parti alternatif mempunyai suara yang ramai di Dewan Rakyat. Ini perlu bagi memastikan parti memerintah tidak sewenang-wenangnya membolot segala kekayaan negara yang kaya ini.
Salam hormat
Reply
Saya menyokong penuh.
Tapi alangkah cantiknya kalau barisan alternatif pun ada lambang sendiri macam bn.
Kalau kita ada lambang sendiri, tv3 tak perlu lg nak sebut ‘parti pembangkang’ tp perlu sebut ‘barisan alternatif’. Sbb sbg rakyat biasa, sy dengar bunyi barisan alternatif tu lbh meyakinkan berbanding parti pembangkang.
Reply
Salam,
By intentionally depriving you the right to contest is a sham and they knows that in
person, what “effect” of yours in Parliament.
I don’t normally adressed a human with thier accolades like “Tan Sri” as these honour will
only be given by GOD.
I would have voted for your party if it is available in our constituency but DAP is still available.
Reply
Salam Sejatera buat Dato Sri,
Inilah masanya seluruh rakyat Malaysia yg cintakan kedamaian dan keadilan sejagat bangun dan buktikan bahawa kita mahukan pentadbiran negara ini antara yg terbaik di dunia dalam apa jua segi. Sebagai penyokong gerakan ini, saya akan sentiasa di hadapan bagi memastikan kemenangan di pihak kita. Semoga perjuangan ini mendapat restu Illahi. Walaupun kemungkinan besar taktik kotor akan dimainkan oleh UMNO dan konco2nya terutama sekali (K)epala (J)ebon namun dengan kekuatan yg sedia ada ditambah dgn angin perubahan yg amat ketara skrg ini, insya-Allah kita pasti akan berjaya!!! Salam perjuangan dari kami Jemaah Surau Madah dan para penyokongnya. LAWAN TETAP LAWAN – TAKBIR!!! Allahuakbar….
Reply
Alhamdulillah.
HIDUP DSAI, MUDAH-MUDAHAN DIPANJANGKAN UMUR UNTUK TERUSKAN PERJUANGAN.
AMIN.
Reply
Dato Seri… saya menyokong penuh perjuangan Dato tapi jika ingin kemenangan berpihak pada PKR pastikan bahawa setiap calon itu benar-benar bersih hati dan jiwa seperti Dato kerana terdapat segelintir calon luaranya warak tapi perangai lebih teruk daripada orang UMNo…..
Reply
Dato’ Sri Anwar Ibrahim , perjuangan akan diteruskan sehingga memastikan kebenaran akan menjelma semula . Suara keramat mesti ditambahkan di Dewan Rakyat.Manusia yang rakus dan tidak ikhlas berjuang tidak sewajarnya diberi mandat untuk mengurus negara tercinta. Kita berdoalah kepada Allah s.w.t. agar memberi kemenangan kepada insan yang ikhlas dalam perjuangan.Walaupun , mereka akan menggunakan segala penipuan , ingatlah segala perlakuan akan dipertanggungjawabkan di Padang Mahsyar . ALLAH s.w.t. akan menghakimi seadil-adilnya .
Reply
Salam Dato’ Seri Anwar
Saya menyokong penuh kepimpinan Datuk Seri bagi memimpin kerajaan baru Malaysia
Reply
salam..Dato Seri..
akhirnye…perjuangan Dato Seri..yg saya pegang ketika disekolah menengah lagi…dapat saya luahkan ketika pembuangan undi buat kali pertama nanti..saya percaya ramai pelajar sekolah sebaya saya dulu akan mengundi Barisan Alternatif yg kini lebih cekap dan tersusun..pemuda Malaysia inginkan perubahan…
InshaALLAH…adik2 saya akan mendapat pendidikan percuma tanpa perlu menanggung beban hutang kepada PTPTN seperti saya…harap2 Dato Seri boleh mansuhkan PTPTN ini…inshaALLAH…
LAWAN TETAP LAWAN!!!
Reply
Assalamualaikum DATO SERI ,
Saya menyokong penuh DATO SERI . pidato DATO SERI memang HEBAT …
BN BE-END memang PENGECUT kerana tidak membenarkan DATO SERI sempat bertanding kerana perintah mahkamah .
PENGECUT tak boleh jadi PEMIMPIN .
TQ
Reply
Salaam ‘PRU12′ buat YBhg Datuk Seri Dr Anwar Ibrahim, Pendekar Rakyat Terakhir…
Marilah kita Boikot PRU12 sebab SPR telah pastikan BN akan menang!
Parti-parti pembangkang hanyalah ‘cop mohor demokrasi’, sedangkan PRU12 adalah tipu muslihat SPR!
Jom ajak mereka ‘berlawan’ di gelanggang sebenar; di mana PRU sepatutnya diuruskan oleh pihak negara ketiga, serta dipantau oleh para pemerhati antarabangsa.
PRU12 MALAYSIA INI SEBENARNYA ‘PILIHANRAYA OLOK-OLOK’ !!!
Reply
kita perlu berpandangan jauh…nama BARISAN ALTERNATIF bermakna kita semacam hanya mencuba untuk menang…saya cadangkan kita secara rasmi gunakan nama BARISAN RAKYAT dan gunakan hanya SATU lambang…
Reply
Saya amat-amat berharap agar barisan alternatif dapat menggugat penguasaan BN yang bermaharajalela.Dengan berbagai isu yang terkini suatu perubahan amat diperlukan oleh rakyat malaysia.Saya sentiasa memberi sokongan padu dan sentiasa mngundi barisan BA demi keadilan semua rakyat.UNDILAH BA
Reply
HIDUP BARISAN ALTERNATIF
Rasa nak muntah darah tengok KERA jaan kempen habis habisan dalam RTM=Radio Televisyen Maidin dan TV3=(TV milik 3 makhluk KHAi, aLAH, aJIB)
Next year teman sorang tu mungkin boleh menang anugerah Juara lagu sebab dah berjinak jinak tulis lirik lagu pulak. Tu lah kerja dia…buang duit rakyat, buang masa, dah tua tua pun nak naik Gen2…
Impian saya sebagai rakyat Sarawak, kalau Barisan Alternatif menang:
(1) Perjuangkan isu isu tanah rakyat Sarawak yang dimanipulasikan oleh kerajaan untuk keuntungan sendiri dan kroni dengan bertopengkan projek “rakyat”
(2)Tak payah buat projek “BODOH” kabel dasar laut yang berbillion bilion, sebab masih banyak rumah dan sekolah di sarawak bekalan letrik pun tak ada?
(3) Kekalkan kehijauan Sarawak kerana kita TAK NAK anak cucu kita hanya mengenal Kayu Balak dari lawatan ke muzium sahaja
(4) Hormati kebebasan beragama walaupun Islam agama rasmi = Tolong hormat sikit di saat kami bersembahyang di pagi hari AHAD, jangan lah buat pesta dengan bunyi kuat betul betul di depan gereja…
(5) Pastikan rakyat Sarawak dapat peluang sama rata dalam peluang pekerjaan di sektor awam
HIDUP ALTERNATIF
Reply
Saudara Anwar,
It is sad that your are unable to be a direct threat to the BN but this could be a blessing in disguise. Use this opportunity to campaign for a mandate for the BA. BN must not ever get their 2/3 majority, show them that BA can change the government.
BA must have direct challenge to BN. No overlapping of candidates. If not there will be split in opposition votes and give BN easy victory.
Malays, have faith in DAP as a member of BA to uphold your rights.Give your votes to DAP/PKR/PAS and denounce BN who only take care of their cronies.
Chinese, understand that by giving your vote to BN just because the opponent is PAS will not help you either. Give your votes to DAP/PKR/PAS and denounce BN.
Indians, well, you have spoken, I know at least 80% of you will not vote BN this time round. Do not be marginalized by BN government.
Let us unite and vote for BA government.
Reply
Saya rasa parti PKR wajib memiliki calon-calon pilihan raya yang berwibawa dan berkaliber untuk memerintah. Bukan hanya bersemangat berjuang saje. Ini kerana jika calon yang dipilih tepat ia pasti dapat meyakinkan rakyat bahawa parti KeADILan mampu memerintah di persada nasional. Perlu berjuang sehabis-habisan kerana parti BN lebih popular diundi kerana sejak awal kemerdekaan lagi asyik dimonopoli oleh BN saje. Cuba pastikan parti KeADILAN juga memiliki ciri-ciri menggantikan tampuk pemerintahan kerajaan sekarang. Jadikan satu persaingan sengit ketika pilihan raya dan jangan cepat mengalah. Jika dilihat di negara lain. Sebagai contoh di negara Amerika Syarikat, presiden negara mereka sering bersilih-ganti partinya dan beraneka parti yang sudah memimpin negara mereka. Tidak seperti di Malaysia, dimonopoli oleh BN saje dan fikiran rakyat sering dipengaruhi disebabkan faktor kemajuan yang dijalankan meskipun kekadang seperti tidak ikhlas.
Reply
lucu kan bila pak lah cakap dia lupa siapa anwar ibrahim. hahahahha. lawak of the year!
Reply
salam,
teruskan perjuangan membantu BA memenangi pilihanraya ini.kami akan bersama Dato Sri dengan memberi undi, membuat kerja-kerja parti secara percuma malah memberi sumbangan ikhlas bagi membiayai perjuangan murni ini.
UMNO bagi duit kerja pilihanraya kami serahkan duit itu pula kepada PKR… hehehe..
Kawan2 saya dari bangsa cina dan India pun turut akan memberi sokongan dan undi
kepada perjuangan murni ini… insyaAllah kita akan berjaya…. kami akan sentiasa
berdoa dan berkerja untuk kejayaan berbilang bangsa ini…sejarah akan berubah kali ini…. insyaAllah… this is the right time Dato Sri.. to change the senario…
Member2 yang masih dalam UMNO pun kata, dari undi Tan Chai Ho di Bandar Tun Razak itu, lebih baik beri pada Saudara Azmin Ali… biar padan muka Tan Chai Ho kali ini, insyaAllah…
Allah Hu…
Reply
Dulu saya ahli UMNO yang taksub. tapi kini tidak. UMNO dulu dengan sekarang terlalu berbeza. Semuanya duit-duit belaka.Yang kaya tetap nak bertambah kaya. masing-masing nak bolot kekayaan. projek sana sini. dekat-dekat piliharaya baru nampak sifat-sifat baik belaka. Tu semua taktik-taktik kotor. Tapi Pas/Keadilan memang nak memperjuangkan rakyat. Saya anak JOHOR akan pastikan undi buat barisabn Altenatif nanti.
Reply
walaupun sekarang saya berada di hungary yang pasti pada 8 march nie tetap akan pulang ke tanah air untuk mengundi ..dan pasti parti kapal layor bukan pilahan saya..DAH LAMA DAH..mai pakat kita tukar..pulak
Reply
salam Dato sri ..
Kita akan pastikan BA menang kali ini , cuma doa kita semoga BA tidak akan menjadi BN bila berkuasa nanti ..
Syabas Dato seri terus kan usaha perjuangan …inilah masanya Dato .. Masalah Dato tak bleh bertanding tak jadi masalah kita boleh tukar dengan Datin . or kat mana BA kuat .
Reply
kenapa Segilintir rakyat masih mau mendokong BA sedangkan pemimpin PKR itu sendiri sudah lupa bahawa ketika beliau dipenjarakan siapa yang berjuang menegakkan keadilan. Bukan pimimpin malah beberapa orang yang juga turut serta dipenjarakan tidak langsung menghargai kita rakyat yang turun berjuang. Susah senang pernah mereka bertanya? malah mereka hidup mewah. Nik Aziz adalah idola yang tepat kerana beliaulah pemimpin yang tidak pernah bermegah-megah dengan kemewahan. PKR sudah jauh menyipang dari daras perjuangan…………….fikirkan lah……….
Reply
Ya Allah,semoga parti BENAR dan DIREDHAIMU menang dalam PRU ke 12 ni..amin ya rabbal a’lamin…
Reply
Salam Sejahtera Dato Sri,
Saya bukanlah mana-mana yang mewakilkan diri utk mana-mana jua parti politik dan saya lebih bersikap memerhati selama ini walaupun hakikatnya nama saya telah didaftarkan sebagai salah seorg yg memegang keahlian UMNO sejak berusia 20 tahun.Tetapi saya mula terjaga dari lena yang panjang sewaktu kes Dato hebat diperkatakan beberapa tahun yang lalu.Sebagai seorang muslim saya percaya 100% bahawa semua pertuduhan terhadap Dato adalah palsu dan lebih bersifat politik. My opinion you wilb the perfect and right person to seat as our next prime minister dan untuk itu sebagai persediaan pilihanraya 2008, saya akan berpaling untuk mengikut hati dan fikiran yang waras untuk memilih siapa yang sepatutnya dipilih. keadaan sudah terlalu memualkan sekarang ini.segala mimpi buruk telah menjadi kenyataan. Saya doakan perjuangan Dato’ Sri Anwar dan saya akan bersama-sama kearah itu.
Reply
ba hanya bersandarkan keyakinan dan belum tentu dapat memenangi hati keseluruhan rakyat, saya sebagai seorang kakitangan kerajaan yang selama ini menyokong perjuangan umno masih lagi belum dapat menerima hakikat yang pkr mampu menumbangkan bn walaupun kadangkala terdetik dihati saya agar pkr dapat mengambil alih pemerintahan ini dari bn dan seterusnya mengubah senario pemerintahan.kalau tidak untuk pilihanraya kali ini biarlah lain kali..apapun saya sangat ingin melihat agar ba ( barisan alternatif ) dapat sekali menumbangkan bn dimana- mana negeri kecuali kelantan yg dh sememangnya menjadi kubu yg sudah tdk rapuh bagi pas, cuba dapatkan kedah atau penang.biar bn melopong..hati saya gembira walaupun saya penyokong umno tp meluat dengan kronisme
Reply
Semua menulis ikut “nafsu” tak ada fakta…
cuma mengikut perasaan…..Termasuk lah DSAI sendiri…..
mana ada pengundi hantu….kalau ada pun masa dia “naik” jadi
timbalan PM dulu.
Reply
pkr pasti menang bukan sekarang.perjuangan mesti seperti ombak yang penting jangan pandai cakap tak buat perjuangan sanak saudara di hargai hidup BA.
Reply
assalammualaikum,
Dato’seri ialah idola saya,dan saya akan pastikan kawan2 saya akan memilih BA.HARAPAN BARU UNTUK MALAYSIA,dan yang pasti petrol akan menurun Allah akhbar.
Reply
undilah barisan alternatif….amin
Reply
Salam, Dato Seri…
Saya bukan seorang penyokong setia Dato Seri. Malah Saya juga tidak menganggap Dato Seri sebagai idol saya. Pada saya, Dato Seri sama juga seperti insan lain..
Namun saya akui Dato Seri mempunyai mileage untuk menjadi pencetus & pemula gerakan memperbetulkan apa yang selama ini dah hancur dek kerana pengkhianat-pengkhianat rakyat dalam kerajaan.
Saya menyokong Dato Seri dalam membawa gerakan ini. Mudah-mudahan ada cahaya di hujung jalan.
HIDUP BARISAN RAKYAT..! SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT..! JANGAN DIKONGKONG LAGI..!
Wassalam,..
Reply
assalamualaikum!
saya sentiasa mendo’akan agar barisan alternatif & pkr berjaya untuk memimpin negara.
cuma satu sahaja harapan saya.bila ianya menjadi kenyataan jangan lah lupa apa yang diharapkan oleh rakyat dan jangan hanya sekadar untuk kepentingan diri dan rakan terdekat sahaja.
pasang niat dengan betul inshaallah pasti akan berjaya.
jika niat kita tak betul buruk padah nya kerana allah mengetahui apa yang tersirat dan apa yang tersurat.
selamat berjaya
amin
Reply
BA akan kalah semua kerusi dlm PRU tahun ni, jangan mimpi la nak jadi kerajaan, perbetulkan dulu niat tu. kalau asyik kata apa yang orang buat tak betul, sebenarnya yang kata tak betul tu lah yang tak betul nya……
Reply
Dato Sri,
Alhamdulliah akhirnya PKR menaklukki seluruh perusuk negara, cuma Johor n Melaka tak dapat ditawan. Akak suami isteri sentiasa menyokong perjuangan Dato Sri. Sudah 4 dekat, setiap kali mengundi kami tetap memakah parti pembangkang. Sekarang rakyat
sudah sedar ORANG ZAMAN LA sudah celek mata tidak boleh jadi macam lembu yang dicucuk hidung. Kami amat kagum dengan perjuangan Dato Sri. Anda memang hebat, kami kagum dengan ceramah yang berisi oleh Dato Sri, Dato Sri adalah pemidato terhebat selepas Allahyarham Sukarno. Syabas dan Tahniah…. lawan tetap lawan.
Reply
Syabas Datok Sri, Datok masih relevan….. Baru depa tau siapa annuar ya. Tonggang terbalik Bn kali ini. Selain dariitu saya dari Kuching Sarawak sangat sangat berharap pada piliharaya DUN akan datang dapat kiranya Datok Sri Menghantar wakil dari PKR untuk menumbang PBB Sarawak yang belum puas puas dengan harta rakyat yang telah dirampas untuk kekayaan peribadi koroni Datuk Taib.
Kami memang bersedia berdiri untuk menyokong PKR bila bila masa saja. Sekali lagi Syabas datok Sri serta keluarga.
Reply
SYABAS DASI, saya sebagai Rakyaat Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi Tahniah diatas kejayaan PKR yang selama ini berhempas pulas memperjuankan KEADILAN, dan diharap PKR dan BA dapat memperjuangkan dan melaksana yang terbaik dengan NAWAITU yang suci, apa yang dilaksanakan nanti ALLAH sentiasa melihatnya.
Sekian harapan kami rakyaat Malaysia yang mahukan PERUBAHAN !!!!
Syabas sekali lagi saya mengucapkan setinggi-tinggi TAHNIAH kepada DSAI, isteri serta Anaknda Nurul diatas kejayaan PKR. – REFORMASI !!!!
Reply
apela sgt ngan saudara anwar kite 2…bg sy dier hny manusia biase je yg nkkn kuasa krn dendam tu pd pnddpt syla…tp klu btol die jth krn mmh che det sj2 x tahula…nk nk tnyla klu ci anwar kate kroni 2 x elok sy kate bohong coz pikirla..klu kite sndr dpt pgg jawatan besar xkn kiter nk biarkn jer adik2 kite abg2 kite tertinggal jauh…mustahil…sy pun dulu mmg nk sgt anwar jd no 1 malaysia tp rezki die xde..tp kenapa ek org slalu kjap bleh berubah dulu syg sgt kt umno tp biler dier buang nape nk sgt jthkn mcm 2 ke sifat pemimpin islam yg nk kiter sanjungkn sy slagi xde bukti kukuh yg mengatakn dier mmg x terlibat dlm kejatuhan melayu n malaysia sy xkn pcy kt dier..klu takat dgr org ckp pyh nk caye…sy nk sgt kiter aman damai sbb sy rs akn jd akhirnya peristiwa seakan-akan 13 mei nanti
Reply
ish sudah ler x habis2 ckp pasal politik x kira sape yg memerintah x kira kita mempunyai fahaman politik berbeza KITA MESTI BERSATU OK. yg menang tumjukkan yg mereka mampu memimpin kita yg kalah usaha lg supaya terus berusaha dan memperbaiki diri. semuanya bkn utk kita tapi untuk MALAYSIA YG KITA CINTA. xde gunanya kita berbalah. selama saya membaca hampir di semua blog berkenaan politik di malaysia kebanyakkan nya hanya berpandukan cakap2 orang, internet yg x pasti kebenarannya, malah bdk2 yg x layak mengundi dan x faham pasal politik pun turut masuk. jadi adakah adil kita nak kutuk2 org itu ini. x adil kan so sudah2 ler saya da bosan tgk org kita ni asyik kutuk2.mmang seronok kutuk2 kalo betul xpe tp salah plak tu bila dah salah jd fitnah bkn ke dosa fitnah lagi besar dr membunuh. oleh itu saya memohon x kira la dari parti mana sekali pun mari lah kita bersatu dah tiba masa nya kita fokus pada kerjaya kita semoga MALAYSIA SENTIASA DI PANDANG TINGGI OLEH MASYARAKAT DI SELURUH DUNIA
Reply
Salam DSAI,
Tahniah atas kejayaan BA di Semenanjung. Di Sabah walaupun pada mulanya penyokong2 DSAI amat yakin dpt menghalang 2/3 majoriti BN tetapi kesudahannya amat mengecewakan kerana BN gunakan wang untuk mengaburi mata pengundi samada di bandar atau di kg berserta dengan ugutan sekali. Namun demikian 5 tahun akan datang, keadaan ini akan berubah kerana melihat dari statistik bilangan undi tsunami akan muncul di Sabah. Saya percaya org BN yang menang sekarang tentu tahu masa untuk mereka kaya akan berakhir. Teruskan perjuangan DSAI! pengguna internet jgn dicabar.
Reply
Syabas Datok Sri,
Datok seri memang masih relevan. Suatu hari nanti Datok Sri akan menjadi PM, masa tu baru depa tahu siapa Datuk.
Satu perkara datok seri, Kami rakyat dari Negeri Sarawak pada pilihanraya DUN akan datang dapat kiranya pihak datok sri menawan negeri Sarawak daripada Pk Uban yang belum puas puas merompak Hak Rakyat di Negeri ini. Tolong ajar dia sikit…..
Habis tanah rakyat di serahkan kepada tauke tauke pak uban. Tolonglah kami Datuk Sri untuk membebaskan kami rakyat Negeri Sarawak dari pemerintahan Kuku besi Pak Uban.
Reply
Barisan Pembangkang harus sedar, memainkan hati dan perasaan rakyat pasti membawa padah.
Abdullah Ahmad Badawi pernah berkata, “Saya Pantang DiCabar!â€. Cuma pada waktu itu, Abdullah tidak sedar bahawa rakyat juga pantang dicabar. Abdullah Badawi apabila dicabar bertindak menyembur air berkimia dan memukul rakyat dengan belatan serta menghumban sesetengah daripada mereka ke dalam lokap kerana mencabarnya.
Nasib baik, rakyat lebih rasional dari Abdullah. Apabila rakyat dicabar, rakyat bertindak memberi undi mereka kepada sesiapa sahaja asalkan bukan Dacing.
Hari ini, nampaknya permainan yang sama telah dimainkan oleh DAP menerusi Ketua Menteri Pulau Pinang, menerusi Lim Kit Siang dan menerusi Teressa Kok. Saya cuma menanti untuk mendengar mereka berkata pula, Kami Pantang Di cabar!.
Sepanjang beberapa hari menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah melakukan apa sahaja untuk mencabar rakyat yang senyap dan inginkan keamanan. Lim Guan Eng mengambil tindakan membatalkan saman tertentu kepada rakyat. Tetapi saya ingin bertanya, rakyat mana yang mendapat habuan dari penghapusan saman itu? Rakyat yang baik, yang berdisiplin dan cintakan keamanan jarang sekali melanggar apa sahaja undang-undang. Rakyat itu walau disaman, mereka akan berusaha membayar saman kerana mereka sedar itu adalah hasil negeri. Saman yang mereka bayar itulah antara hasil yang akan digunakan pula untuk kebaikan mereka.
Mereka yang disaman di atas sebab tidak mematuhi undang-undang dengan segaja haruskah diberi insentif dengan membatalkan saman mereka?
Lim Guan Eng dengan berani mencabar sesetengah pihak dengan mengumumkan pendirian negatifnya terhadap Dasar Ekonomi Baru. Sedangkan rakyat umum terutamanya orang Melayu sendiri tidak ramai yang menikmati habuan Dasar Ekonomi Baru. Masalahnya bukan terhadap polisi atau dasar tersebut, masalahnya adalah bagaimana dasar itu dimanipulasikan oleh pihak tertentu untuk mengkayakan suku sakatnya sahaja. Siapakah antara yang menikmati habuan terbesar Dasar Ekonomi Baru? Apakah mungkin beberapa taukeh-taukeh cina sebenarnya yang menikmatinya.
Lim Guan Eng bertindak membakar kelambu hanya kerana beberapa ekor nyamuk yang berjaya menghisap darah.
Nampaknya, hari demi hari, barisan Pembangkang semakin lari dari berdiri sebagai Barisan Rakyat sebaliknya kembali kepada ideologi mereka. Sehinggakan ada khabar angin bahawa ia memerlukan ugutan DiRaja untuk menghalau mereka keluar dari negeri dalam tempat 24 jam barulah mereka terngadah.
Sesetengah Pemimpin DAP nampaknya dengan jelas sudah tidak lagi releven dengan Perjuangan Rakyat. Berkali-kali mereka diingatkan oleh rakyat bahawa mereka meraih kemenangan dan kejayaan ini bukan sebab perjuangan mereka mahu menamatkan DEB atau perjuangan mereka menegakkan ideologi mereka. Mereka menang kerana ramai yang sebelum ini mengundi BN merasakan beberapa kerat pemimpin BN sudah terlalu angkuh dan tidak lagi berpijak dibumi nyata. Mereka ini bertindak mengalihkan undi mereka tetapi bukan kesetiaan mereka kepada pembangkang. Tindakan mereka ini hanyalah satu protes.
Mereka ini tidak mahu Pembangkang memerintah Malaysia. Mereka mahu mengurangkan majoriti BN dan kalau boleh tidak memberikan majoriti 2/3 lagi kepada BN. Mereka berharap tindakan ini akan menyedarkan BN dan apabila kesedaran ini wujud dikalangan pemimpin BN, maka pemimpin-pemimpin yang tidak disukai rakyat itu akan disingkirkan dan menjadikan BN kembali releven kepada perjuangan rakyat.
Kesedaran ini telah mula menimbulkan kesan. YB Mukhriz Mahathir semalam telah dengan berani mengutus surat kepada Abdullah Ahmad Badawi meminta Abdullah berundur. Samy Vellu dan Ong Ka Ting, serta Gerakan pula telah mengambil langkah segera menjernihkan semula keadaan. Nazri Aziz hari ini mengeluarkan kenyataan yang mengingatkan semula saya kepada Nazri Aziz yang pernah lantang memperjuangkan hak rakyat.
BN bergerak pantas cuba memulihkan keadaan sedangkan di dalam waktu yang sama, Barisan Pembangkang belum berani membuktikan mereka adalah Barisan Rakyat.
Rakyat senyap cintakan elemen romantisme dan bersikap sentimental. BN faham itu semua.
Nampaknya, tekanan sekarang semakin besar mencabar barisan pembangkang berbanding dengan tekanan yang mencabar BN. Di dalam perlumbaan ini, jika barisan pembangkang tergelincir lagi, BN pasti akan jauh ke hadapan. Apabila BN kembali jauh ke hadapan dan mula mengikuti kehendak rakyat, maka, barisan pembangkang akan mula menjadi tidak releven bagi rakyat dan hanya kekal releven kepada penyokong dan ahli-ahli mereka sahaja.
Kecenderungan saya bukan kepada Pembangkang. Kecenderungan saya adalah kepada sesiapa yang pada penilaian saya membawa kebaikan kepada Malaysia. Kalau anda boleh menerima saya menyepak Abdullah, maka, pembangkang yang mangakui diri mereka Barisan Rakyat juga harus menerima diri mereka disepak. Janganlah mengata dulang paku serpih. Mengata Abdullah, kita yang yang lebih.
Saya bersyukur, kerana sehingga kini, PAS bangkit dengan kematangan di dalam agenda pasca PRU12. Mungkin pengalaman 18 tahun di Kelantan serta pengalaman menang dan terlucut semula Terengganu menampakkan kematangan di dalam PAS. Pengalaman itu sudah tentu berharga kepada Rakyat Kedah yang kini ditadbir oleh Kerajaan Rakyat.
Tetapi kita harus juga ingat pengalaman Perikatan bangkit dari kekecewaan 1969 dan menjenamakan semula diri mereka sebagai BN. Segelintir dari kepimpinan waktu itu, masih ada di dalam UMNO. Mereka juga mempunyai pengalaman yang berharga.
Apa yang amat penting bagi rakyat Malaysia, ialah pengalaman yang ada pada UMNO dan yang ada pada PAS itu digunakan oleh kedua-dua parti ini untuk membawa kejayaan kepada Malaysia. Tiada yang lebih penting dari melihat Malaysia berjaya.
Malaysia berjaya bukan untuk Najib, Husam, Lim Guan Eng atau Anwar. Malaysia berjaya adalah untuk kita
Reply
Pilihan Raya ke 12 telah berlalu terbukti tomahan PKR,PAS,DAP dan Hindraf tidak benar BN hilang 2/3. Pak Lah pun pening lalat. Tapi jangan terlalu gembira kerana anda belum kenal Anwar itu Siapa. Adakah di pejuang Bangsa,Pejung Ugama atau Pejung Negara??? Walaupun dia tidak sabit meliwat tapi JANGAN LUPA dia sabit salah guna kuasa. Dia lah mula mencipta Kroninya ……….saham saham terbitan melimpah ruah kepada Syarikat hanya pada nama. Melambak duit di Singapura dan Luar Negara . Kelemahan menyebab negara serangan Musuh Agama dan Bangsa!!! Negara hampir tumbang dan tergadai kalau tidak kerana kebijaksana Tun Ketiga (selapas Tun Razak & Tun Husin).
Hai anak muda. Tak payah dengar kata orang tua tapi kaji lah sejarah perjuangan Dato On,Tunku,Tun Razak,Tun Husin dan Tun Mahadhir: Tak Hairan semua Tun itu berjasa bulan nama komersial tapi bermula dengan Tun Tuah perwira bangsa.
Dato Onn – mempertahan hak Melayu di bumi Melayu
Tunku- memepertahan kedaulatan Islam dan Kesultanan Melayu (benteng terakhir)
Tun Razak – Mebawa orang Melayu dari lembah kemiskan kepada Kedudukan bermaruah
hingga ada Profesor , Orang Kaya Juta Juta ada juga yang Melayu sudah
lupa dan alpa: Tidak ingat tok nenek di Bunuh Bintang tiga,Askar melayu
gugur di persada belantara membela nasib anak bangsa dan agama.
Melayu mudah lupa dan alpa mudah teruja
Tun Mahadhir – Cuba membina koporat Bangsa yang gagal bukan dia tetapi adalah
Bangsa bila di beriamanah buat khianat ,di berikuasa menyalah guna
Anwar saorang daripadanya.
Pak Lah belum jelas buktinya: Oleh itu ikut suka hampa apa nak kata. Namun dasar nya baik membela umah di pinggir pantai gersang di Kelantan ,Terangganu Pahang, Di Ulu Kedah dan Perak.
Kalau gagal jagan salah dia tetapi bangsa keseluruhan nya
Diberi peluang selalu leka dan lena. Nak harap yang pipeh datang melayang yang bulat bergolek tampa jungan dan Usaha….Melayu Melayu selau suka salah depat patut
pi tengok cermin muka musabah diri sebelum kata!!!!
Reply
Salah kah orang Melayu Kaya kalau di bermanafaat bangsa
Semua yang kaya di anggap rasuah
Jangan dengki kepada Tun Daim kerana kurnia beli
tanah 160 ekar di beri menteri besar Datok Harun Pejuang Bangsa
Tidakkah Tun Razak beri berekar ekar kepada perserta FELDA ada yang jadi jutawan di merata tapi
setakan tu lah kerana tak reti berniaga.
Gutrie orang putih pun bermula dengan 500 ekar di Melaka menjadi kaya raya kerana bijak mengguna
peluang
Orang Cina datang selai sepinggan tapi milek hampir
seluruh bumi pusaka kita….Tun Daim sejonet harta dan dengi dan Fitnah.
Jangan dengki sesama bangsa kan Orang Islam membayar zakat bukan buat temple dan
Gereja……..Lihat apa sumbangan Syed Bukhari so jangan dengki dan iri hati
Itu lah sifat Dunia yang di tanam oleh Anwar.
Bukan pejuang sejati yang berkorban harta dan nyawa buka
dok dengki harta dunia. Kalau kau dapat kuasa kau juga
akan rasuah dan leka. Kerana nipis iman di dada.
Tidak kah tahu rezeki kerunian Illahi lain hanya sebab belaka………..Tawakal alalah kata
ambia……..Terus usaha jamina rezeki tetapi ada walaupun pada semut dan ulat melata. Itulah
jaminan Allah subahanahu Watala.
Kalau dah dapat jangan lupa zakat dan sedekah.
Reply
tak salah, bahkan orang islam digalak agar mereka kaya kuat lawa harum bijak dengan dia bertaqwa kepada Allah spt mana YATIM kata, tapi kalau kekayaan itu tidak diperolehi dg cara halal, adil maka menjadi kewajiban kita semua membetulkan keadaan agar jangan harta hanya berpusing d klompok pmrintah saja, kekayaan malaysia anugrah Allah adalah hak smua rakyat malasysia bukan hanya hak segelintir, dan dpergunakannya untuk menipu rakyat dalam mass media perdana
Reply
apa yg pasti org muda skarang dah muak dgan politik masakini.yg banyak memntigkan diri dan parti masing2 drpd kebajikan dan masaalah rakyat.mungkin para pmimpin skarang x prasan bahawa pengundi muda skrg lah yg akan menentukan nasib mereka.apa yg kami inginkan ialah seorang pemimpin yg betul2 ikhlas memimpin rakyatnye.sebagai contoh yg nyata TOK GURU kita yg brani menjadikan negerinye mengikut ajaran islam yg suci.belia kini tidak inginkan pembangunan lg.cukuplah dgn apa yg ada skrg.sudah tiba masanye para pmimpin membangunkan iman dan akidah rakyatnye.akhirat jgn lah dlupakan.
Reply