Archive for February 14th, 2008

14 February 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

(i) daripada eddieputra:

sekiranya ditakdirkan BA berjaya memerintah negara, apa yang akan dilakukan terhadap isu setinggan? apa tawaran kepada mereka sekiranya rumah mereka perlu dirobohkan bagi tujuan pembangunan?

Pembangunan bukan dinilai hebat kerana keghairahan mempamerkan projek mega dan koridor, walhasil warga kota berpendapatan rendah kekal di kawasan sesak dan setinggan. Program pembinaan rumah rakyat adalah dia ntara keutamaan KeADILan. Rumah rakyat tidak boleh dirobohkan tanpa gantian yang munasabah!

(ii) daripada doktor_kampung:

YH DS Anwar Ibrahim…
satu soalan yg ingin saya tanya kpd YH DS:
Apa pandangan YH DS tentang tulisan Sdra. Hisham Rais dlm Laman Marhaen 7 Jan 08 – Barisan Nasional dan Barisan Rakyat bengong dalam hal minyak- Hishamuddin Rais. tentang ‘Peak Oil Theory’. pendapat saya tulisan beliau ini ada logikanya. petroleum adalah sumber yg semakin susut. mana mungkin kerajaan dpt menanggung subsidi yg besar walaupun disokong oleh mega GLC seperti PETRONAS. walaubagaimanapun, pendapat saya kerajaan yg baik, perlulah prihatin kepada kebajikan ra’yat marhaen. mansuhkan sahaj a projek mega yg tiada / kurang kepentingan kepada rakyat. oleh itu lebih byk subsidi boleh diberi kepada rakyat marhaen, terutama yg masih berada dibawah paras kemiskinan.

satu lg, sbg pelajar di sebuah ipt luar negara (bidang perubatan), saya dapat melihat trend agensi2 kerajaan yg memberi bantuan pinjaman pelajaran (biasiswa dah lama tiada) kepada pelajar2.

Dato’, mengapa pelajar2 yg tidak layak dapat bantuan ni dibantu juga? ada antara mereka anak konglomerat, pengarah2 syarikat mega, anak tan sri, dan ada yg pendapatan ibu bapa melebihi RM20,000/ sebulan dibantu..sedangkan dalam masa yg sama, anak golongan petani, pegawai2 kerajaan yg berpangkat sederhana dan rendah x dpt bantuan? contohnya Kem. Pertahanan, MARA, JPA, Yayasan negeri…sahlah guna kabel ni. contohnye anak pengarah pusat perubatan pantai dpt JPA, seorg sahabat yg bapanya memiliki 11 klinik persendirian juga dibantu, sedangkan seorang anak pesara guru agama yang ada 1-2 relung sawah dengan 10 orang adik beradik tidak dipertimbangkan permohonan…akai ada ka?? result mereka yg dapat bantuan ni bukan cemerlang sgt?? pelikkan? mesti ada kabel (dlm kata lain, KRONI) baru dpt pinjaman..mcm nk membida projek mega kerajaan kroni Pak Lah pulak…harap YH DS Anwar sudi komen..

KeADILan menjelaskan tawaran kepada rakyat.
Pertama, harga minyak diturunkan.
Kedua, pembiayaan pendidikan rakyat kebanyakan, melainkan golongan kaya – daripada peringkat sekolah rendah hingga ke universiti adalah percuma.

ANWAR IBRAHIM

14 February 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

10022008-2.jpg

10022008-3.jpg

10022008-4.jpg

10022008-5.jpg

10022008-6.jpg

Gambar-gambar oleh Md. Salman, anwaribrahimclub.com

14 February 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

daripada Malaysiakini
AFP | Feb 13, 08 7:21pm

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan sebagai sesuatu yang “memalukan” bagi kerajaan mengadakan pilihanraya umum sebelum berakhir tempoh larangan untuk beliau bertanding.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan pembubaran Parlimen hari ini untuk membolehkan pilihanraya umum diadakan bulan depan.

Tempoh larangan ke atas Anwar berakhir pada 15 April depan.

“Tidak pernah berlaku sebelum ini di mana pilihanraya diadakan selepas tiga tahun setengah kerajaan memerintah dengan majoriti lebih dua pertiga,” kata Anwar kepada pemberita di Hong Kong.
(more…)

14 February 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

Anwar says early election ‘shameful’
AFP | Feb 13, 08 6:40pm
from Malaysiakini

Leading opposition figure Anwar Ibrahim today said it was “shameful” that the government was holding snap elections before he is allowed to stand for office.

Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi dissolved Parliament earlier today to pave the way for elections in March, before Anwar will be eligible to stand because of a ban.
(more…)

14 February 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

Saya ke Hong Kong memenuhi undangan lama sebagai pemidato khas dalam majlis anugerah kepada peniaga dan institusi kewangan terkemuka Asia – IFRAsia Annual Awards Dinner.

Sekitar 500 ratus pengurus dana, bank dan peniaga Asia hadhir dalam majlis tersebut.

Ucaputama saya menyentuh isu ekonomi serantau tatkala menghadapi kemelut ekonomi baru akibat krisis industri kewangan Amerika dan paling akhir Societe General Perancis. Saya menyingkap pengalaman dan pengajaran dari kegawatan ekonomi Asia satu dekad lalu.

Pokoknya, pengurusan ekonomi harus berhemah, bersih dari rasuah dan kronisme. Pertumbuhan dipacu dengan membuka ruang pelaburan sambil menjaga kemaslahatan rakyat terutama di kalangan miskin dan terpinggir.

Saya tiba di sini petang tadi dan terus ke kelab wartawan asing untuk mengadakan temubual dengan media antarabangsa termasuk Bloomberg, Cnbc, Reuters, AFP dan lain-lain.

InshaAllah saya akan pulang awal pagi ini. Di KL saya akan berbincang dengan pimpinan parti sebelum berlepas ke Langkawi di sebelah petang inshaAllah.

ANWAR IBRAHIM