Archive for February 13th, 2008

13 February 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

Pembubaran Parlimen oleh Perdana Menteri Abdullah Badawi hari ini tidak mengejutkan, memandangkan bahawa kajian menunjukkan bahawa sokongan rakyat teramat rendah. Rakyat semakin dibebankan oleh kenaikkan harga, jenayah dan rasuah yang berleluasa, serta hubungan etnik yang semakin merosot. Semakin Barisan Nasional berlengah membubarkan Parlimen, semakin banyak kerusi akan tumbang.

Pilihanraya ini diisytiharkan lebih daripada setahun awal, semasa perayaan Tahun Baru Cina masih berterusan, dan sebulan sebelum saya dibenarkan bertanding. Menafikan hak saya untuk bertanding hanya mendedahkan bahawa prestasi pimpinan Barisan Nasional telah cukup parah sehingga mereka tidak sanggup mengambil sebarang risiko dalam pilihanraya akan datang ini.

Penipuan dan kesalahan dalam sistem pilihanraya masih lagi jelas berlaku walaupun beberapa langkah telah dan akan dilakukan untuk memastikan pilihanraya bersih daripada pengundi hantu serta memantau kesalahan perjalanan pilihanraya termasuk mengelakkan undi Pos dimanupulasikan. Media arus perdana tetap dikongkong oleh kerajaan dan digunakan sebagai satu alat untuk menyebarkan propaganda dan penipuan terhadap pihak pembangkang. Badan berkanun diarahkan untuk menghalang dan menganggu kempen parti pembangkang dan juga pertubuhan sosial.

KeADILan siap sedia untuk mengatasi segala rintangan, termasuk halangan akses ke media dan gangguan yang berterusan pada setiap acara umum. Calon-calon kami telah bertungkus lumus untuk mendedahkan kegagalan kerajaan Barisan Nasional dan menyampaikan matlamat kami yang bersandarkan harapan baru untuk Malaysia.

Kami sudah lama bersiap-sedia menghadapi pilihanraya ini. Bersama dengan rakan-rakan pembangkang yang lain, kami bersedia untuk memulihkan prestasi Malaysia yang kian merosot dan membela hak dan nasib semua rakyat Malaysia.

ANWAR IBRAHIM

13 February 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

[Khamis, 14 Februari, 2008]

6.30 pm – Bertemu dengan komuniti Cina & India & Melayu di Bandar Kuah, Langkawi

7.00 pm – Sembahyang Maghrib dan Tazkirah di Masjid Bukit Malut

8.30 pm - Majlis bersama DSAI di Kampung Bayas

9.15 pm – Ceramah Umum di Markas BA di Kampung Ewa

9.30 pm – Ceramah Perdana di Kg.Pdg Matsirat, Bilik Gerakan PKR, DUN Air Hangat

13 February 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

[Jumaat, 15 Februari, 2008]

Hubungi Sdr Kamarul 012 290 8366

5.00 pm Majlis Bersama DSAI dan Pelancaran Jentera Rakyat NS di Tmn Ekar Rantau, Parlimen Rembau

7.15 pm Solat Maghrib Masjid Kg Sawah di Masjid Kg Sawah, N29 Chuah, Telok Kemang

8.00 pm Rumah Terbuka KeADILan, N.S. Tahun Baru Cina di Dewan Cii Shan Liang Kong, Pekan Bkt Pelanduk

9.00 pm Majlis Bersama DSAI di Padang Rakyat Bandar Sunggala, N32 Linggi, Telok Kemang

10.45 pm Ceramah Perdana Parlimen P132 di Bandar Port Dickson, Telok Kemang

13 February 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

null

null

null

null

null

null

null

Gambar-gambar oleh Md. Salman, anwaribrahimclub.com

13 February 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

M. Muchil menanyakan:

Selamat Reformasi Datuk Seri, saya melihat kekuatan parti Keadilan di Negeri Sabah begitu kuat tetapi sayang sekali kerana ada peminpin Keadilan yang cuba merosakkan kekuatan parti itu. Walau macam mana pun saya mahu Datuk Seri sendiri menbuat kaji selidik.

Sdr M Muchil.
Teguran sdr diberikan perhatian. Masalahnya di antara lain berpunca dari prasangka akibat wujudnya faham kabilah.
KeADILan adalah parti untuk semua rakyat Sabah, menentang rasuah dan kezaliman dan memupuk persafahaman kaum dan agama.

ANWAR IBRAHIM