09
Feb
08

Pakatan Pembangkang Terus Diperkemas

Saya kira ramai yang khuatir dengan berita kononnya ada kerencaman di sebalik kerjasama KeADILan dan DAP, termasuk yang dinyatakan oleh Setiausaha Agung DAP.

Saya memilih tidak melayani kenyataan yang sengaja diputarbelit oleh media Umno-BN. Tumpuan kita adalah memperkukuh muafakat di antara parti pembangkang agar muncul sebagai alternatif berwibawa.

Yang dihebohkan sekarang adalah isu pembahagian kerusi, yang sebenarnya di peringkat akhir rundingan. Ia sekadar menyentuh satu dua kerusi Parlimen atau DUN di beberapa negeri.

Saya juga prihatin dan ingin memastikan agar pembahagian adil, mengambilkira penyertaan semua kaum serta keupayaan parti dan lambang yang boleh menarik sokongan majoriti.

ANWAR IBRAHIM


48 Responses to “Pakatan Pembangkang Terus Diperkemas”


  1. 1 faizal Feb 9th, 2008 at 8:25 am

    bukan masa nya untuk pembangkang melebarkan perselisihan pendapat.jangan terus terperangkap dengan semua aspek teknikal,masa sekarang untuk memaksimakan gerak kerja…Lawan Tetap Lawan

  2. 2 drabdulwahid Feb 9th, 2008 at 8:34 am

    usah dikhuatiri akan perkara yang tidak kita ketahui dgn sepenuhnya.

    yang penting kita bulatkan azam, bertekad utk menyokong Barisan Rakyat PRU kali ini

  3. 3 Rames Feb 9th, 2008 at 11:06 am

    LAWAN TETAP LAWAN……HIDUP KEADILAN,HIDUP PAS,HIDUP DAP………..

  4. 4 Muxisme Feb 9th, 2008 at 12:15 pm

    BN terus memperkosa jentera kerajaan dan media massa untuk terus mempengaruhi fikiran rakyat.
    Kempen di televisyen terus berleluasa, mereka menguasai media!
    Pakatan pembangkang perlu pantas bergerak memberi penerangan ke seluruh ceruk dan kawasan untuk menangkis propaganda jahat dan menyerang mereka dengan pukulan maut! hancur-hancur, hancur BN!

  5. 5 eddieputra Feb 9th, 2008 at 2:05 pm

    Salam Perubahan…

    usah dilayan propaganda picisan UMNO/BN. mereka tampak cuba lari dari persolan dan permasalahan pokok, situasi sekarang sudah semakin terdesak buat UMNO/BN bilamana gagal menangani beberapa isu kritikal.

    kita tidak seharus berasa gusar akan hal ini, sebaliknya terus bekerja kuat bagi menjana kemenangan dalam PRU-12.

    HARAPAN BARU UNTUK MALAYSIA
    REFORMASI!!!

  6. 6 mullahkane Feb 9th, 2008 at 3:16 pm

    Assalamualaikum

    saya ini antara penyokong reformasi dari golongan akar umbi. Bila bertemu/berbincang/berhujah dengan golongan atas pagar atau yg pro-umno tetapi sudah lemah semangat mereka kepada UMNO sendiri(golongan seperti ini lah yang patut kita tarik), majoriti mereka ini masih belum nampak keyakinan atau kesanggupan untuk beralih kepada Barisan Alternatif. Hujahnya ialah, ini kerana soal ideologi pihak pembangkang yang masih berbeda2 di antara PAS, PKR dan DAP. Mereka golongan2 yang atas pagar atau ahli umno yang tidak aktif ini menganggap ini sebagai satu risiko utk bersama2 membawa perubahan. Bukan hanya disebabkan oleh media pengampu yang berat sebelah dan asyik hentam kita sahaja, tetapi juga disebabkan oleh B.A sendiri yang gagal untuk menjawab persoalan2 atau kehendak dari penyokong2 sendiri yang inginkan B.A berada di bawah satu logo, satu manifesto, satu Jemaah Kabinet bayangan, dan ini menyebabkan golongan2 atas pagar atau pro-umno yang tadi itu masih belum terbuka hati mereka untuk bersama2 kita.

    Walaupun B.A kelihatan semakin kuat akhir-akhir ini, tetapi masih gagal utk meraih sokongan yang luar biasa dari golongan atas pagar atau ‘golongan ahli umno yg sudah lemah semangat itu’ sedangkan terlalu banyak isu2 rakyat yang timbul yang sepatutnya menjadi asas atau kelebihan kepada B.A untuk menyerang, melemahkan pihak lawan seterusnya menarik lebih ramai golongan2 ini..

    Mungkin Dato’ Seri dan PKR telah banyak menjelajah Malaysia untuk menerang2kan dasar2 dan isu2 yang timbul, tp saya percaya lagi banyak tempat yang belum di tembusi, lagi2 dengan permit yang susah nak dapat dan ini menyebabkan maklumat masih belum sampai atau termasuk lah tempat2 yang tiada kemudahan internet. Ini menjadi tanggungjawab kepada pejuang2 atau penyokong reformasi akar umbi utk memberi penerangan seperti sembang2 kedai kopi dsb, namun, akan berbalik kepada persoalan utamanya berkenaan dengan isu kerjasama/pakatan/kerajaan B.A secara formal dan bukan secara tidak formal. Inilah yang isu sebenar yang menyebabkan kita susah untuk menarik golongan2 atas pagar atau ahli2 umno yang saya sebutkan td.

    “Committed to reform”
    “Commitment to excel”

    Mullahkane

  7. 7 CT Ong Feb 9th, 2008 at 3:33 pm

    Saya berasa lega mendengar kenyataan dari Dato Seri.Angin perubahan akan melanda tidak lama lagi dan saya berpendapat barisan alternatif harus bersekutu da bersepakat.Jangan beri BN mengambil peluang untuk menjadikan Isu ini sebagai propaganda kempen dalam pilihanraya yang akan datang.

  8. 8 lakshy Feb 9th, 2008 at 3:40 pm

    DSAI, The limited no of parliamentary seats being contested by PKR/DAP/PAS is of concern. The PKR/DAP/PAS should contest all seats on a one to one basis, and trounce bn. This is the best time to do so, with so many rakyat feeling cheated by bn and their promises. It would be sad to see such a golden opportunity slip away. Give bn the minority in parliament, and then go through a witch hunt to expose the excesses of the bn. Put the AG, IGP and crooked judges behi8nd bars. Tha would be the best 50th anniversary present for all Malaysians!

  9. 9 cokelat Feb 9th, 2008 at 4:13 pm

    Baru pulang dari Batu Pahat, Johor. …

    Darah UMNO masih pekat mengalir pada golongan wanita yang berusia 40 an keatas.

    Yang ada perubahan….. golongan lelaki termasuk orang tua…..

    Alhamdulillah…..

  10. 10 Elias Hj Idris Feb 9th, 2008 at 4:24 pm

    Dato’ Seri,

    Orang Melayu memang bersifat apologatik. Mereka mudah memaafkan dan mudah menerima. Ini di antara masalah besar yang dihadapi pakatan pembangkang. Rata-rata mereka di luar sana masih beranggapan bahawa UMNO/BNlah yang berjasa dan berperanan memerdekakan negara ini.

    Kita tidak boleh membohongi sejarah, Dato’ Seri.

    Pejuang awal kemerdekaan datangnya dari kalangan alim-ulama dan tuk-tuk guru pondok. Islam sendiri mengajarkan kita agar membebaskan diri dari sebarang bentuk penjajahan. Kemudian perjuangan datang dari kalangan pahlawan Melayu, sehinggalah kemuncaknya apabila Seputum menetak JW Birch ketika mandi sungai dengan restu Dato’ Maharajalela dan Dato’ Sagor.

    Pada 17 Oktober 1945, Dr Burhanuddin al-Helmy dan rakan-rakannya seperti Ibrahim Yaakob, Mustapha Hussin, Pak Sako, Ahmad Boestamam dan lain-lainnya menubuhkan parti Kebangsaan Melayu Malaya. Tujuannya, untuk menghalau penjajah Inggeris!

    Dua tahun kemudian, Dr Burhanuddin al-Helmy, Abdullah CD, Ghanapathi dan Miau Siu menghadiri Persidangan Asia di New Delhi yang membincangkan gerakan kemerdekaan di banyak negara Asia. Kehadiran ini jelas mengancam kepentingan Inggeris dengan Malayan Unionnya.

    UMNO yang ditubuhkan pada 1946 masih leka dengan ‘Hidup Melayu’nya dalam menentang gagasan Inggeris itu. Dalam masa yang sama Onn Jaafar ghairah masuk-keluar kampung dengan “Hubaya! Hubaya… awas bahaya dari gunung.” Sebabnya, Hizbul-muslimin baru ditubuhkan di Gunung Semanggol yang mahu menegakkan syariat Islam.

    Onn Jaafar yang berketurunan Turki itu terkesan dengan kejayaan Mustapha Kemal Attarturk mensekularkan Turki. Maka dia menerapkan idea sekular itu di sini buat menghadapi roh Islam yang ditiupkan Hizbul-muslimin. Jelaslah, betapa sejak awal lagi UMNO ini bencikan Islam.

    Sekembalinya Dr Burhanuddin dari India, beberapa buah parti berhaluan kiri bercantum dan pejuang-pejuang kemerdekaan mengemukakan 10 prinsp asas Perlembagaan Rakyat untuk sebuah negara merdeka. Inggeris menolaknya, sebaliknya berpakat dengan UMNO untuk menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu yang mengikut acuan dan selera mereka.

    Ini tidak dipersetujui oleh gabungan pejuang kemerdekaan dan bantahan telah diadakan di seluruh negara. Hasilnya, ia telah melumpuhkan pentadbiran Inggeris buat seketika. Kepentingan UMNO ikut terjejas lalu menghasut Inggeris. Maka pada 18 Jun 1948, Inggeris mengisytiharkan Undang-undang Darurat di mana kesemua parti politik diharamkan.

    Dua hari kemudian semua pemimpin pejuang kemerdekaan ditangkap dalam Ops Tangkap dan dipenjarakan. Di antara mereka ialah Dr Burhanuddin, Pak Sako, Ahmad Boestamam, Ustaz Abu Bakar Baqir, Ustaz Yahya Nasim, Cikgu Sabrun, Cikgu Muda, Cikgu Hamid, Osman Bakar, Taharuddin, Kamaruddin, Bizar Ahmad, Sutan Djenain dan Khatijah Ali.

    Anehnya, tidak seorang pun daripada pemimpin atau ahli UMNO yang ditangkap. Tujuh tahun para pejuang itu disumbat dalam penjara. Maka tinggallah UMNO yang terhegeh-hegeh baru nak bercakap tentang kemerdekaan. Itupun semuanya dihidang oleh Inggeris. Perlembagaan negara disiapkan (Nota: Dari situlah lahirnya jus soli, buat Inggeris melepaskan beban besar mereka berkait dengan pendatang).

    Inilah proses yang pernah Dato’ Seri lalui; dengan tangan diikat ke belakang, kemudian dibelasah sekehendak hati. Dan di luar sana, segala macam tuduhan dilemparkan!

    Demikian halnya dengan para pejuang tersebut. Mereka hanya dibebaskan apabila segala-galanya sudah tidak bermakna lagi. Mereka terikat pula dengan syarat pembebasan; iaitu tidak boleh berpolitik, jika tidak mereka boleh disumbatkan ke penjara semula.

    Demikian cara pejuang ini diketepikan. Maka tinggallah anak didik Inggeris dalam UMNO yang diberikan kuasa apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Jadi, kita dapat bayangkan bagaimanakah keadaan seorang anak manja yang mendapat kekayaan hasil tinggalan orang tua mereka yang meninggal dunia?

    Mereka tidak ada jasa apa-apa, tanpa jerih-payah perjuangan. Jadi rasa sayang mereka terhadap negara tidak ada. Akhirnya, mereka menjadi rakus dan gelojoh. Khazanah negara dipunggah bagaikan sudah tiada esok lagi buat mereka….

    Inilah apa yang berlaku sekarang, Dato Seri. Jadi, rakyat di luar sana perlu tahukan hakikat sebenar, agar mereka tidak berasa terhutang budi apa-apa kepada UMNO/BN. Sedarkan mereka bahawa si penguasa yang ada sekarang ini adalah asalnya penjarah dan si pelahap.

    Kemudian barulah mudah buat Dato’ Seri dan PAS mengemukakan tawaran negara bekebajikan.

  11. 11 faizal Feb 9th, 2008 at 4:35 pm

    sekarang masa untuk pasang bendera,semak nama di daftar pemilih,jgn bagi hilang kad pengenalan,pastikan semua saudara mara kita pangkah pembangkang,hadir tempat ceramah,buang semua was-was, kurangkan berteori dan banyakkan doa

  12. 12 UMNO TIPU MELAYU Feb 9th, 2008 at 5:29 pm

    Dewan Aktiviti Masyarakat di Taman Putra Perdana, Puchong, Selangor yang digunakan oleh masyarakat setempat untuk aktiviti kemasyarakatan telah dijadikan sebagai Bilik Gerakan UMNO bagi peti undi DUN Dengkil sejak tiga minggu lalu.

    Wakil Rakyat DUN Dengkil, Suhaimi Ghazali yang sejak pilihanraya 2004 sehingga Nov. 2007 hanya 2 kali datang ke Taman Putra Perdana, sekarang ni nampaknya kerap datang untuk berjumpa beberapa ketua umno cawangan disitu.

    PAS dan Keadilan diharap dapat buat ceramah di kawasan ini kerana 18 cawangan umno di gugusan Putra Perdana telah tiada persefahaman sesama sendiri. Seorang daripada ketua umno cawangan telah bertindak menurunkan semua bendera umno yang telah di pasang dikawasan sekitar Taman ini.

    Lima ketua wanita dan ketua puteri cawangan telah memboikot kempen umno kali ini. Kedatangan wakil rakyat umno, Suhaimi Ghazali pada 6.2.08 jam 8 malam untuk berjumpa dengan jentera pilihanraya kawasan disini telah dihadiri oleh 23 orang sahaja.

    Saya sendiri telah menemui 5 orang ketua cawangan yang sedang berkira-kira untuk turut memboikot YB Suhaimi.

  13. 13 mohammad Feb 9th, 2008 at 6:26 pm

    Ha…haa…Damn it. Bernama in today’s report (PKR Promising The Moon And Stars To Penang Voters 2 Other news) quoting King Yaik, Rahim a/l Tambi Chik, Shapiee Appunya Dal, that DSAI trying to bring down the “international price of oil” or something of that sort…ha…ha. Whereas we all aware that DSAI is talking about subsidising petrol price per litre in Malaysia by using Petronas petrobillion ringgit profit. This kind of news only confirm that the “panic button” of the ruling BN is being pressed.

    DSAI, pls do whatever you can to ensure money be spent are of benefits to the rakyat. You will be doing an important “good deed”. We are desperate and need financial remedy within our family going-ons. We are living our lives on unnecessary credit situations. It is serious. Pls change things before it is too late. Wish you well. Penangites will vote alternative parties and be assured of that. Thanks. Salam.

  14. 14 Elias Hj Idris Feb 9th, 2008 at 6:42 pm

    Dato’ Seri,

    Lanjutan daripada perbincangan di atas, apabila Undang-undang Darurat diisytiharkan maka parti politik diharamkan sementara pemimpinnya ditangkap dan disumbat ke dalam penjara. Namun begitu ramai juga di antara para pejuang yang tidak mahu ditangkap lalu lari masuk ke hutan dan meneruskan perjuangan dari sana.

    Di antaranya ialah Abdullah CD, Rashid Maidin, Che’ Dat, Musa Batu Kurau, Chik Degong serta Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya, Chin Peng dan ramai lagi. Shamsiah Fakeh dan rakan-rakannya pun ikut sama. Untuk mewajarkan matlamat menghalalkan cara, maka Inggeris mengecap mereka ini ‘pengganas’ (malah hingga ke hari ini pun, minda di luar sedar kita masih akur dengan tanggapan tersebut) lalu dihantarlah askar Melayu buat menggempur pejuang tersebut.

    Pasukan SC pula ditubuhkan buat mengiring dan menjaga keselamatan tuan-tuan besar Inggeris dan harta-benda mereka. Bukan dengan hasrat untuk membela, tetapi kita melihat sendiri bagaimana media dan dakyah kerajaan terus-menerus memainkan sentimen anti pejuang yang dicap komunis itu. Maka ramailah anak muda Melayu yang terkorban (secara teraniaya) atas dasar mempertahankan kemerdekaan negara (dibaca kepentingan UMNO dan anak didik Inggeris).

    Kalau pun benar mereka ini jahat kerana membawa perjuangan yang berkiblatkan China Komunis, kenapa selepas peristiwa 13 Mei Tun Razak berkunjung ke China? Lama selepas itu, Tun Musa Hitam pula beriya-iya membawa pulang sekitar 200 ‘pengganas’ komunis dari sana lalu diletakkan di “No Man’s Land” dekat sempadan Thailand. Mereka diberikan tanah seluas 8 ekar, rumah serta elauns RM5ribu sebulan!

    Nota: Dua orang adik Chin Peng adalah guru sekolah di tempat penulis belajar dulu dekat Beruas, Perak.

    Bagaimana dalam PRU 1 pada tahun 1955, PAS cuma mendapat 1 kerusi sahaja? Ia berkait dengan Undang-undang Darurat, di mana selepas 7 tahun merengkok dalam penjara dan dibebaskan, para pejuang kemerdekaan masih dikenakan sekatan berpolitik. Maka UMNOlah yang bermaharajalela mendominasi segala-galanya….

    Sekali lagi tangan mereka yang berhak diikatkan ke belakang.

    Maka kita tidak akan berasa hairan bagaimana ISA dan segala macam akta drakonian yang mencengkam itu masih berterusan ke hari ini.

    Inilah wajah sebenar UMNO/BN yang tidak berani berhadapan secara anak jantan. Kemudian, kita usah berasa hairan apabila SPR atau BPR dan segala agensi kerajaan yang lain diperkudakan.

    Dato’ Seri,

    Inilah UMNO/BN yang rakyat seluruhnya mesti kenali demi masa depan yang lebih menjamin.

  15. 15 Leong Feb 9th, 2008 at 8:24 pm

    Dato Seri ,
    I was here in HK when u came here 2 weeks ago to talk about the Islamic banking. And I fully agree with what u said about Malaysia losing out in this region. Yes, i read your interview on the SCMP.I m sure you are aware that HK is now actively tapping in on the Islamic financial banking market as evidenced by Donald Tsang’s recent trip to the Middle East. The West Kowloon project is in full force.
    Singapore has also been aggressive on promoting itself to the world, Formula 1, Casino project , new Terminal 3 etc…
    Where is Malaysia heading ? We have all the development regions coming up, all a year before the election (mere co-incidence?) but whether they are feasible , i remain very skeptical at this stage.
    Najib said this country will be bankrupt if it was ruled by the oppostion and I wonder why have you been invited to those economic forums held all over the world but not him.
    Dato Seri, I also went to one of your ceramahs lately and I feel something was missing , not the crowd , not the speakers, but the sense of belief that a vote for an opposition is an act we shall execute if we want to save malaysia which is our country. I therefore strongly appeal to you to air NegaraKu national anthem at the end of each ceramah and let all present sing that song out loud!!!!! What do you think of this idea?

    Save Malaysia
    Vote Opposition

  16. 16 UMNO TIPU MELAYU Feb 9th, 2008 at 10:41 pm

    Orang seperti saudara Elias Hj Idris ini patut sangat dihubungi dan dijemput untuk memberi ceramah dalam kempen pilihanraya ini. Dari penulisannya, jelas beliau seorang yang berhemah, berpengetahuan dan jelas jujur dalam perjuangan memertabatkan perjuangan keadilan untuk semua.

    Keadilan perlukan ramai pemikir, penulis dan penceramah seperti beliau. Terima kasih dan salam buat saudara Elias Hj Idris.

  17. 17 anti umno Feb 9th, 2008 at 11:15 pm

    Salam DSAI,

    Saya menjemput mana-mana pemimpin Parti Keadilan, PAS dan DAP untuk mengadakan ceramah umum di Bandar Baru Salak Tinggi, Puchong atau Bandar Tun Hussein Onn, Cheras. Tempat ceramah, LCD projector disediakan. Hubungi saya melalui email.

    Salam Perjuangan dan kita kebumikan umno.

  18. 18 angkasawan nasa Feb 10th, 2008 at 1:22 am

    Kalau kita ikuti media arus perdana kita akan jadi mereng,kalau masa ini Ustaz Hadi memang betul masuk PUB pun dan disiarkan dalam TV orang takkan percaya.melaikan UMNO totok dan melayu kaulu atau otak yang koman.sama macam orang umno tak percaya dengan VCD DR.Chua so lek dan setia bediri teguh dibelakang dia dah dia buat kerja tak betul lagi peminpin UMNO batu pahat g sokong dia atas semagat BN konon sebenarnya bukan atas semagat BN tetapi dia pun tumpang sekaki cuma VCD aja yang tek keluar.ini lah budaya peminpin UMNO talam sejuta muka.selagi UMNO menjajah malaysia selagi itu orang melayu jadi dungu macam katak bawah tempurung.rakyat menhafal rukun negara tetapi peminpin haprak habis.

  19. 19 pdg serai Feb 10th, 2008 at 1:25 am

    Kebangkitan masyarakat India dapat membantu memperkuatkan jentera Pkr khasnya barisan alternatif amnya.Saya berpendapat bahawa selama ini slogan memperjuangkan nasib semua bangsa yang didendangkan oleh pemimpin barisan alternatif haruslah diterjemah dengan tindakan yang lebih rasional dan ikhlas.Segala keputusan yang membelakangi kebangkitan mereka wajar dikaji semula.Ini lebih penting dalam soal meletakkan calon,terutama kawasan yang peratusan masyarakat India yang lebih tinggi berbanding beberapa kawasan lain di seluruh malaysia.Fakta menunjukkan 24% pengundi DUN lunas berketurunan India 26% Cina dan 48% Melayu.Jelas DUN lunas adalah kawasan yang diwakili MIC dan PKR.Secara realistiknya calon India dari PKR lebih sesuai untuk bertarung dengan MIC.Pengundi melayu tidak boleh menjadikan pilihan bangsa sendiri sebagai kriteria pemilihan kerana BN juga meletakkan colon MIC.
    Pengundi India adalah penyumbang terbesar faktor kemenangan BN pada banyak PRU yang lepas2,sekiranya kita membelakangi mereka kali ini saya tidak syak lagi perkara sama akan berulang.Walaupun kebangkitan mereka sudah menggemparkan negara dan BN tetapi tindakan susulan mestilah dilakukan dengan tepat dan mengikut senario.Kita tidak boleh mempersoal kesetiaan mereka kepada kita kerana walaupun belum ada sejarah membuktikanya,peluang dan keyakinan mesti diberikan kepada mereka untuk membuktikanya.Kita dapat mengimbangi keadaan ini dengan meletakkan calon Melayu di peringkat Parlimen.Tindakan meletakkan Calon India di Dun lunas dapat memaparkan simbolik sokongan PKR kepada mereka,impaknya bukan sahaja akan dirasai sekitar DUN Lunas sahaja, bahkan akan melimpah ke Kedah Selatan dan Kedah keseluruhan secara amnya.Ini terjadi kerana kesediaan kita meletakkan calon mereka mewakili kita semua, sebagai bukti sokongan kita kepada mereka. Pengundi India tidak mementingkan calon Parlimen kerana mana2 tempat pun ahli parlimen sukar ditemui dan sibuk pada peringkat pusat mereka lebih gemar bertemu dengan adun,begitu juga bangsa lain .Tambahan pula sekiranya calon tersebut anak tempatan dan popular di kalangan mereka dan bangsa lain.Ini terbukti dengan pengumpulan maklumat yang saya dan kumpulan telah menjalankan kaji selidik dan keputusan adalah seperti yang saya nyatakan tadi.
    Calon India tidak sesuai diletakkan di Parlimen Pdg Serai kerana Majoriti pengundi peringkat parlimen adalah Melayu iaitu sbyk 56%.Dan pengundi DUN jiran iaitu Merbau Pulas lebih berminat dengan Calon Melayu kerana Merbau Pulas adalah kawasan condong kepada pas dan keMelayuan.Situasi India di Lunas dan Melayu di Pdg Serai adalah formula kemenangan kita.Apa yang saya cadangkan ini bukanlah membelakangi suara dari kaum lain,tetapi senario sekarang ialah begitu.Pada PRU 10 BN hanya memperoleh kuasa dengan sumbangan undi dari bukan Melayu,kerana kebangkitan REFORMASI ketika itu kemaraham Melayu kepada Tun sangat tinggi.Undi Melayu pergi kepada kita dan bukan Melayu lepas ke tangan mereka ,dan BN menang.Keadaan tersebut telah berlaku kepada kita sekarang.Ambillah kesempata ini dan kita akan menang.LAWAN TETAP LAWAN.

  20. 20 mongolian Feb 10th, 2008 at 1:38 am

    biasalah bila nak pilihan raya balai raya jadi markas UMNO. media pula kata Tuan Guru masuk DAP dan Kapral masuk PAS, Al gore sokong UMNO, Obama kata Islam Hadari islam tulin.borang keahlian UMNO habis dijual di Kelantan dan terengganu kena reprint.arahan pula dari majlis tertinggi putri UMNO kena pakai gincu tebal serta merah menyala serta kebaya atau kurung ketat sampai sendat untuk tarik undi gologan muda kalau begitu jangan pakai seutas benang lagi bagus supaya gologan tua pun turut beri undi.kalau tak caya saya kita lihat sahaja pada hari mengundi.bila nak mengundi isu lompat parti akan digembar gemburkan oleh media arus perdana sampaikan saudara ibrahim ali (sikatak lompat) pun terpegun.

  21. 21 e Pemuda PAS Feb 10th, 2008 at 3:02 am

    pada hemat saya, mungkin hal ini terjadi (isu kononnya BA dalam kancah perpecahan) adalah disebabkan hal daripada mana sumber maklumat, fakta dan info, yang diambil oleh kebanyakan masyarakat.

    kita maklum bahawa media memainkan peranan yang amat kuat dalam hal mengenengahkan ideologi dan pendekatan sesuatu isu. ia juga amat penting kepada mana-mana parti untuk memaklumkan apa-apa isu dan/atau penjelasan. sayangnya, demokrasi yang diharap tidak wujud di Malaysia. pembangkang (BA) tidak diberi peluang yang sepatutnya.

    dengan itu, rakyat perlu mencari sumber yang lebih tepat dan jelas lagi. terutamanya di internet. kerana, BN dan konconya menggunakan sepenuhnya media umum. laluan ini (internet) adalah lebih cepat dan jelas disampaikan.

    jika isu ketulenan fakta dan info yang dijadikan hal, cuba elakkannya. pertamanya, anggaplah bahawa maklumat itu adalah benar. terutamanya jika sumber itu adalah daripada laman blog sebegini, kita akan dapat memastikan fakta itu adalah benar atau pun tidak. kerana sesiapa sahaja boleh untuk mengesahkan dan/atau menidakkan fakta dan info tersebut melalui komen-komen yang diletakkan. dan jika komen kita tidak diterima oleh Si Admin laman itu, ia adalah petanda awal bahawa isu itu adalah palsu. penyelidikan lebih halus dan jujur perlu dilakukan.

    dan, jika fakta dan info itu benar-benar tidak sah dan relevan, maka tentu sahaja mana-mana pihak mampu untuk mengambil tindakan ke atas hal yang diutarakan. dan berkenaan ini, pastinya Si Penulis itu, terlebih dahulu ‘alert’ akan risiko yang mungkin bakal dihadapi dengan apa sahaja isu yang diketengahkan.

    PS: sudah adat di gelanggang, yang di sana akan kata itu dan ini kepada di sini. dan begitulah sebaliknya. yang penting, kita tahu apa yang kita buat dan jangan peduli kepada apa sahaja yang dikata di sana. yang benar pasti akan akhirnya terserlah kebenarannya.

  22. 22 siswa_reform Feb 10th, 2008 at 3:18 am

    Dato’ Seri

    Rakyat di luar bandar hanya akan digula-gulakan dengan isu pembangunan dan mereka juga akan diperkotak-katikkan melalui isu-isu manipulatif seperti IMF, pendirian DS dalam isu IFC, Hindraf, isu Kuasa Melayu dsbgnya..

    Mungkin parti perlu satu kata untuk mengambil sedikit masa yang ringkas dlm tiap ceramah, edaran kertas/cd utk jawab secara tuntas dan padu berkaitan isu ini.

    Jangan lupa dalam tiap pergerakan itu tekankan bahawa kita belum ketandusan Melayu Islam yang sedia membela semua hak bangsa dan agama kerana itulah yang diwahyukan Allah s.w.t. kepada Nabi s.a.w..

    Sebut juga bahawa isu2 ini hanya untuk mengalihkan fokus rakyat bahawa UMNO-BN telah korup dan mereka takut korupsi mereka dibongkar dengan naiknya pemerintah baru bukan dr kalangan mereka.

    Kita jangan ambil banyak masa dengan cerita janji, walaupun perlu, kerana cerita2 counter ini juga perlu.

    Beritahu rakyat jika mereka diugut, itu adalah 1 tanda jelas bahawa yg mengugut bukan pemimpin kerana bukan sidat pemimpin mengugut rakyat..itu cth paling dekat untuk mereka sedar bahawa mereka dilatih utk takut, maka berserah sedangkan parti alternatif mahu rakyat berani sekaligus dapat menyumbang kepada negara dgn lebih berkesan.

  23. 23 Zoyak Feb 10th, 2008 at 6:39 am

    Assalam mualaikum wr. wbt.
    Kerja media arus perdana kepunyaan BN/UMNO memang tak ada kerja lain. Hanya tujuk bahawa BA ni teruk dan BN-lah yang hebat.
    Masalah kini ialah rakyat diluar sana tak dapat hidangan seperti dalam internet ini. Mereka hanya ada TV3, TV2 dan TV1 yang pamkan maklumat-maklumat yang diputar belitkan. Oleh itu kerja kuat ahli-ahli yang faham adalah sangat perlu. Banyakkan latihan singkat dan penghantaran maklumat kepada penggempur barisan depan. Gerakkan mereka. Ada yang pandai bercakap di kedai kopi berikan peranan untuk mereka. Ada yang pandai menulis dan buat poster atau flyers buatlah flyers. Yang pandai berbisik-bisik dari rumah ke rumah buatlah kerja itu. Yang pandai bancuh kopi dan teh di bilik gerakan atau markas buatlah kerja itu sambil berikan maklumat yang betul kepada penggunjung markas/bilik gerakan. Kita kena buat kerja ini semua kerana kita insaf kita tak ada media. Buat kerja dengan ikhlas

  24. 24 Kalai Feb 10th, 2008 at 8:25 am

    Kita ikut jejak DSAI,kita lawan sama BN!!.

  25. 25 Chooi Feb 10th, 2008 at 11:57 am

    DSAI, Please save malaysia from corrupted bn goverment. Many of us are depend of you DSAI. God bless you.

  26. 26 Elias Hj Idris Feb 10th, 2008 at 4:33 pm

    Sdra UMNO TIPU MELAYU,

    Terima kasih di atas kredit yang sdra berikan.

    Dalam perjuangan, setiap kita ada peranannya melalui bidang masing-masing. Walaupun kerdil, tetapi kita kena bersuara juga dalam menepati tuntutan “Amar makruf nahi munkar” itu.

    Kita sekadar mencari keredaanNya, bukan pengiktirafan manusia.

    Salam kembali buat sdra.

  27. 27 makkal sakhti Feb 10th, 2008 at 8:06 pm

    Hai,DSAI.
    sy terpanggil untuk memberi sdikit pengalaman sy.mmg terdapat byk rasuah d dlm kakitangan kerajaan sekarang.sy selalu berurusan dgn jabatan imigresen malaysia.Pintu keselamatan Negara malaysia.terdapat ramai sungguh pegawai2 biasa dan atasan menyalah guna kuasa yang ada.dari jabatan penguatkuasa hingga lah seluruh jabatan di cemari jejala rasuah yang amat teruk.dari aras satu hingga ke aras 7 di ibu pejabat imigresen malaysia putrajaya.sekiranya jujur dlm tugas,masalah PATI dpt diselesaikan dgn sempurna.sy sendiri mendapati setiap operasi imigresen utk menangkap PATI akhirnya dibebas setelah mendapat suapkan dari majikan2.ini kerana pegawai2 meminta suapan sebegini.Parlimen akan d bubarkan pd 21hb ini,penamaan calon pd 1hb mac,dan PRU 12 pd 8hb mac ini.MARI RAKYATKU SEKELIAN,KITA MENGUBAH HALUAN UTK MENUMBANGKAN KERAJAAN BN YG ADA SEKARANG.LAWAN TETAP LAWAN………..GO DSAI!!!!!….

  28. 28 wargamalaysia Feb 10th, 2008 at 8:37 pm

    Dear Chooi,
    Forgive me first..DSAI cannot save our country alone. We have to support and contribute as well. Try to gain support from families, friends, relatives, etc to give more supports and VOTE for BA. Doesn’t matter whether if it’s PKR, DAP or PAS candidates. Barisan Alternative (BA) has to lead the adminstration of our country this time. Tell the truth that our country cannot wait another 5 years to change the government. It’s not that we anti BN. We have a better ALTERNATIVE.

  29. 29 muaz Feb 11th, 2008 at 8:46 am

    Assalamualaikum !

    Tuan saudara DSAI, dlm keadaan genting sekarang di pihak umno dan bn,
    mereka akan cuba membuat apa saja untuk mendapat kemenangan!
    jadi kita jgn berkhyal dlm terang duduk dalam senang pastikan gerak jentera
    parti barisan aternatif membuat gerakan secara full perang saraf untuk memberi penjelasan kepada rakyat secara membuka minda dgn isu kenaikan harga, rasuah, ketelusan pemimpin umno membantu rakyat, dan usaha berdoa kepada ALLAH dgn ikhlas
    supaya kita dapat kemenangan dlam pilihanraya pda kali ini.

  30. 30 PWTC Feb 11th, 2008 at 12:55 pm

    Minta buatkan poster :

    ” Mana Maruahmu PAK LAH’?
    ————
    “TV3 , UTUSAN , RTM , NTV7, TV9 - masih jadi “BARUA” untuk kempen BN”
    ” SPR sudah bersedia untuk MENIPU”
    ” PENGUNDI HANTU siap-siap untuk MENGUNDI BN”
    ” JENTERA KERAJAAN sudah diATUR untuk kempen BN”

    “Alahai CUCU ULAMA ISLAM HADHARI”

  31. 31 Saiful Feb 11th, 2008 at 1:05 pm

    Kepada saudara Elias Hj Idris,

    Saya hormati ilmu yang saudara miliki tentang sejarah perjuangan menuntut kemerdekaan oleh pejuang zaman dahulu. Cuma saya ingin mengingatkan DSAI bukanlah termasuk dalam golongan yang seperti mana saudara gambarkan. Sejarah DSAI dalam perjuangan politik adalah jauh berbeza. Beliau duduk bersekongkol dalam UMNO lebih dari 16 tahun sehinggalah beliau disepak keluar kerana ingin menguasai parti kononnya untuk melakukkan perubahan. PKR adalah sebuah parti sekular yang berjuang untuk membebaskan negara dari sebuah parti sekular lain (yakni BN) yang nyata semakin menzalimi rakyat. Ada kebenarannya sebagaimana dakwaan UMNO “PAS dan PKR tidur sebantal tapi mimpi berbeza”

  32. 32 wargamalaysia Feb 11th, 2008 at 4:49 pm

    Saudara Saiful yang dikasihi,

    Janganlah silap dengan pemahaman politik saudara tentang penyokong2 DSAI/BA. Masyarakat kini semakin matang untuk menilai. Rata2 rakyat sekarang bukannya berpegang kepada serangkap dua perkataan untuk menilai seseorang atau sekelompok pemimpin. Itu pemikiran cetek. Amat cetek. Agama Islam tidaklah secetek itu untuk memberi kita panduan dan dorongan dalam memilih atau menyokong pemimpin. Label Demokrasi, sekular, Socialis dan bermacam lagi hanyalah setakat label yang dicipta dan diungkap oleh manusia. Pembentukan parti, pilihanraya setiap 5 tahun hanyalah platform dan proses yang dirangka manusia untuk memilih dan melabel seseorang pemimpin atau parti.

    Sokongan rakyat kepada DSAI/PKR bukanlah kerana DSAI seorang? DSAI tidak akan kekal abadi. Rata2 rakyat berpandangan, adakah rakyat malaysia mendapat peluang atau diberi pilihan untuk memilih kepimpinan yang lebih baik? Kalau dibandingkan dengan UMNO/BN dengan lain2 parti di negara ini, sudah pasti kedudukan UMNO/BN tercorot? Demokrasikah UMNO/BN kalau mengongkong pergerakan dan suara pembangkang, rakyat termasuk pelajar? Barisan pembangkang juga adalah RAKYAT malaysia.

    “Islamic’ kah UMNO seperti laungan UMNO? Berapa ramaikah dan semakin berleluasa warga ISLAM yang mabuk arak di pub2, disko2, ‘lounge2′ hotel, mahupun bermain judi di negara ini? UMNO telah berkuasa sejak merdeka. Kemajuan dan kesejahteraan dibayangi rasuah dan ketakutan? Rakyat diugut dengan ketakutan akan huru-hara sekiranya berlaku perubahan kepimpinan kerajaan. Sekularkah PKR? ‘Islamic’kah PKR? Perlukah kita meletakkan label?

    Rakyat mendokong perubahan yang akan dibawa oleh DSAI/BA. Biarlah PKR dan PAS tidur sebantal dan mimpi yang berbeza tetapi PKR dan PAS diyakini dapat memberi kesejahteraan yang NYATA kepada rakyat demi agama, bangsa dan negara. Rakyat sudah 50 tahun hidup didalam mimpi indah berkat kepimpinan UMNO sedangkan yang nyata adalah sebaliknya.

  33. 33 pdg serai Feb 11th, 2008 at 5:03 pm

    Saiful

    Apakah anda dapat pastikan bahawa semua parti komponen BN semuanya mimpi yang sama setiap malam?mengapa umno mengamuk marahkan parti Gerakkan dan M Kayves belcelaru dengan MCA tentang hal kerusi dun P.Pinang.Mengapa Samy Vellu masih nak bertanding walaupun UMNO tak setuju,apakah mimpi UMNO dgn Samy Vellu sama.?

  34. 34 Barbarian National Feb 11th, 2008 at 7:40 pm

    Quote Leong:

    “Dato Seri, I also went to one of your ceramahs lately and I feel something was missing , not the crowd , not the speakers, but the sense of belief that a vote for an opposition is an act we shall execute if we want to save malaysia which is our country. I therefore strongly appeal to you to air NegaraKu national anthem at the end of each ceramah and let all present sing that song out loud!!!!! What do you think of this idea?”

    I agree with this suggestion~! DSAI, I thing you should really consider this idea. Let the patriotism takes over people’s heart!

  35. 35 muhammad Feb 11th, 2008 at 11:33 pm

    saya bersama dan menyokong agar perubahan dapat dilakukan ke atas negara Malaysia yang tercinta menjadi negara yang bebas rasuah dan sentiasa ke hadapan dalam menangani isu-isu agama, rakyat, pendidikan, ekonomi dan lain-lain.
    justeru pakatan pembangkang harus sama-sama dapat dibentuk dengan sukses dan juga penyusunan secara kolektif ,teratur dan formal mengenai isu-isu semasa dan lama,permasalahan dalam negara serta luar negara dan lain-lain, bersama kaedah penyelesaian atau pelan strategi seperti isu mengurangkan harga minyak di laman-laman web utama parti-parti alternatif.Ini bagi memudahkan orang ramai dapat melihat pelan strategi serta kesungguhan parti alternatif untuk mentadbir negara dengan penuh keyakinan.

  36. 36 xinchuan Feb 12th, 2008 at 12:09 am

    cara yang bagus buat kamu menimbulkan masalah perkauman.
    itu bukan cara yang baik.

  37. 37 Anak Jati Kuala Pilah Feb 12th, 2008 at 8:52 am

    Dato Seri,

    Hari ini saya terbaca bahawa PKR akan bertanding 2 kerusi parlimen dan 11 kerusi DUN di Negeri Sembilan.

    Di sini saya mohon jasa baik pihak PKR negeri agar menyenaraikan DUN Seri Menanti di masukkan dalam senarai pertandingan PKR pada pilihanraya nanti. Ini adalah kerana jelas rakan PAS kurang diterima oleh penduduk setempat. Ianya berdasarkan pada pengamatan saya semenjak pilihanraya yang lepas-lepas. Anak-anak muda kebanyakannya menyokong PKR termasuklah saya yang kepingin PKR bertapak di DUN Seri Menanti.Ianya memandangkan kami di DUN Seri Menanti ini telah mual dengan kelibat pimpinan UMNO sekarang.

    Semoga ianya diperhalusi,diperbincangkan dan dipanjangkan.

    ” Eden dahagokan pemimpin yang berwibawo yang dapek mengubah Kolo Pilah….Poie Pokan naik basikal..Tongah hari tongah paneh..Apo dayo motong gotah…Apo nak dikato…”

  38. 38 anak_bugis Feb 12th, 2008 at 10:45 am

    Salam….

    9 Feb lepas Di Intim(Institut Teknologi Islam kalau tak silap), Ipoh Perak.JASA (Jabatan Hal-Ehwal Khas) ada membuat perjumpaan ‘Pemantapan ape ntah untuk Muzakkir2 ni. Ntah lah nak kata macam mana, dalam sessi soal jawap teruk BN/UMNO kena tepis macam2 soalan yang di kemukakan oleh Muzakkir(sukarelawan)termasuklah isu Jeann dan Rosmah yang tak bertudung. Sapa pi hari tu dapat lah RM20. JASA juga ada mengedarkan buku JANJI DIKOTA yang ditulis oleh Zahid Hamidi. Dan juga risalah konon-kononnye pointers la untuk di beritahu kepada orang2 kampung tentang penipu dan jahatnya Parti Pembangkang ni. Muzakkir kena khatamlah kedua-dua buku dan risalah ni nanti senang nak berceramah. Salah seorang Muzakkir mempersoalkan apa yang Islam Hadharinya Pak Lah tu sedangkan yang dulu tak bertudung, yang sekarang pun sama jugak. Yang akan datang ntahlah. Penceramah yang kononnye dulu Parti Pas sekarang dah insaf masuk BN (dia kata ha.. Ustaz Taharudin org Lipis,Pahang.)Pembangkang ni tak tahu Hidayah. Macam mana si Jeann dan Rosmah nak pakai tudung selagi belum dapat Hidayah. Dia suruh jawap macam tu kalau Pembangkang keluarkan isu ni. Tak ker mangkuk nak jawap macam tu. Kalau dibaca risalah dan buku tersebut, Ya Allah betapa penipu dan jahatnya BN/UMNO ni. Tentang perhimpunan BERSIH tempoh hari dah menipu sangat. Dorang kata cuma yang hadir masa perhimpunan tu cuma 1,500 sahaja. Ingat aku ni bangang sangat. Aku siap subsribe News lagi kat Astro aku. Takkan umah Pengarah JASA tak dak astro kot. tang tu ja dah muhong. Geleng kepala sepanjang penceramahan hari tu. Sebabnya aku salah sorang Muzakkir. Muahahaha…. Ingatkan dapat RM200 rupanya RM20. Okla tu…. Mintak Mahap Dato’ Seri. Dato’ Seri nak ke tgk buku zahid hamidi dan risalah tu. Kalau nak saya antarkan bagi jer alamat. Tp buku dan risalah ni sulit. JASA kata…. kui..kui..kui…

    REFORMASI.

  39. 39 Elias Hj Idris Feb 12th, 2008 at 12:52 pm

    Sdra Saiful,

    Saya hargai pandangan sdra tu.

    Namun saya kenal Anwar sejak lama walaupun dia tidak ingatkan saya lagi. Saya di antara AJK PKPIM kawasan selatan yang bergabung dengan Persatuan Pelajar Islam Johor untuk mengadakan perkhemahan pelajar di Simpang Renggam pada 1971 dulu. Tujuannya antara lain adalah untuk mengumpulkan pelajar-pelajar Islam dari seluruh Johor sewaktu Anwar mahu menubuhkan ABIM.

    Kami, 7 orang AJKnya yang kena buli teruk dengan Sultan Iskandar (dulu Raja Muda) ketika memohon sumbangan baginda di istana Bukit Serenne. Dari jam 2.00ptg hingga 7.00mlm kami dibuli, hinggakan ‘miss’ solat asar.

    Sdra Anwar datang waktu itu bersama Dr. Siddiq Fadhil serta Kamaruddin M.Noor dan beberapa orang lagi. Dan kami tidur atas meja sekolah beralaskan lengan sahaja. Sebelumnya, kami ada membawa Tan Sri Aziz Zain yang bercakap mengenai dakwah Islamiah. Beliau turut memberi kredit kepada Anwar berkait dengan usaha dahwah tersebut.

    Untuk makluman sdra, bagi orang yang mempunyai asas dan rasa cinta terhadap agama tidakkan menyeleweng dalam perjuangannya. Samalah dengan mereka yang ‘beragama’ tidakkan sama sekali menjadi murtad!

    Kita sedar hasrat Anwar sewaktu beliau menyertai UMNO. Tetapi apa boleh buat sebab UMNO itu seumpama ‘tong tahi’. Orang yang bersih setara mana pun jika masuk ke dalam tong tahi, badannya akan berselepat.

    Akan jadi satu kerja pula untuk kita membersihkannya. Jadi, 6 tahun terkurung dengan segala penghinaan sudah cukup untuk Anwar sedar siapa dirinya yang sebenar?

    Atas kesedaran itulah kita amat yakin akan pembaharuan yang beliau dan rakan-rakan BA bakal lakukan. Ini bukan sentimen melulu, tetapi cuma ini sahaja pilihan terbaik yang kita ada.

    Bersediakan kita untuk terus-terusan melihat keserakahan pemimpin UMNO/BN? Kesemuanya dan kita kenal siapa mereka sebab saya adalah di antara bekas ‘gurkha’ UMNO.

  40. 40 Drhady Survival Island Feb 12th, 2008 at 1:43 pm

    Mendengar ceramah DSAI menjadikan saya naik semangat untuk bersama-sama meruntuhkan dan menghancurkan bn dan kuncu-kuncunya terutama sekali semua pemimpin umno di Sabah yang rakus dan tamak. Mereka membolot semua harta kekayaan Sabah dibahagi-bahagikan kepada kaum kerabat mereka. Kami yang tiada kaitan saudara terpinggir dan sengaja dihumban jauh dari mata mereka. CM abangnya, MP kimanis adeknya, adun membakut menantunya, adek perempuannya bakal calon bn lumadan, adek iparnya bakal calon sipitang, projek million semua dimiliki saudara mara cm. Sekarang SDC dilaungkan pm, bertambah hijaulah mata duitan mereka. Masing-masing sudah mengira sdc membawa keuntungan mereka termasuklah bigboss-bigboss umno di kl. So PKR lah yang akan dapat membantu kami. Pls lah dsai seringlah ke sabah we need your leadership.

  41. 41 melayu Feb 12th, 2008 at 2:39 pm

    Salam Perjuangan.

    Kepada semua pejuang, saya hanya ingin mengingatkan kepada diri saya dan semua pejuang.
    1. Adakah anda layak mengundi jika ya pastikan anda pergi mengundi
    2. Berapa orangkah dikalangan orang terdekat anda yang boleh anda pastikan akan mengundi BA.
    3. Pastikan anda pergi bersama dengan mereka pada hari mengundi tersebut.
    4. Pastikan moral dan akhlak kita dilandasan yang betul.

    Melayu

  42. 42 aminasri Feb 12th, 2008 at 5:16 pm

    Kita semua sudah arif dengan putar belit media arus perdana.. saya selalu sangat bercampur gaul dengan mereka yang dinamakan editor.. ada diantara mereka yang mengeluh.. yelah kerana kerana terpaksa membuat kerja yang diluar dari kitab ilmu kewartawanan..pertamanya kerana berita yang benar terpaksa ditapis disaring dipotong.. berita yang buruk/salah dirumus-rumus supaya elok bunyinya.. kenyataan yang jujur disunting sunting supaya boleh diputarbelitkan..

    Baru-baru ini.. mungkin kita semua tidak perasan.. anugerah yang paling utama sempena sambutan hari Wilayah baru-baru ini telah diberikan kepada ex-boss Pak Lah iaitu Mahathir.. namun saya difahamkan editor Berita Harian diarahkan jgn keluarkan gambar orang tua nyanyuk itu.. namapun kalau boleh kecilkan supaya orang nampak ngan tidak sahaja.. bandingkan gambar penerima anugerah oleh negeri-negeri lain-lain.. hatta anugerah juara lagupun begitu hangat diwar-warkan..

    Tuan puan sekelian,

    Dari sini apa yang kita boleh simpulkan ialah.. kumpulan BA jangan harap(mimpi) untuk mendapat liputan yang baik dari akhbar arus perdana menteri itu.. kerana sekiranya ex-boss dia yang telah menyindir2 dan memperlekeh kemampuannya pun ditegah dari mendapat liputan. jadi.. biasalah pula kalau cerita yang tak betul pulak yang diwar-warkan..

    Bagi menjawap tuduhan bahawa BA tidak ada kesepakatan, saya rasa jawapan yang paling lembut yang boleh dihulurkan ialah dengan memberi kefahaman bahawa proses pilihanraya adalah proses bagi memilih pemimpin.. sementara pegawai dan penjawat awam tidak berubah dari segi kedudukan, jawatan dan tugas-tugas mereka. Kerajaan yang dipilih akan menggubal dan menentukan dasar-dasar samada dasar untuk memperkayakan negara dengan membebankan rakyat.. atau dengan dasar mengimbangi kepentingan rakyat dan negara. Susah senang rakyat akan bergantung kepada dasar ini.. misalnya dasar mngurangkan subsidi kepada rakyat, justeru kadar elektrik dibenarkan naik, minyak dinaikkan, yuran universiti dikomersialkan, yuran hospital dibayangi hospital swasta, air naik, harga barang naik.. kemana pergi wang negara?.. projek mega, mewah, canggih, hebat, gemilang, terbilang, tersohor, luas lubang hidung, terangkat ekorr.. siapa yang dapat projek ituu???.. Wilyah Iskandar utk orang Singapore.. orang tempatan mana nak mampuu.. yg utara untuk juak-juak KHazanah and kroni.. yang timur untuk juak-juak jugak.. yang Sabah, Sarawak pun samalah jugak.. itu lah matlamat RMke-9, lebih banyak projek, lebih banyak pembangunan.. bumi bertuah ini akan habis tergadai akhirnya kerana pemilikan harta oleh org asing tidak lagi perlu melalui J/K Pelaburan Asing (FIC).. buat lah wilayah mana sekalipun pun mereka boleh terus beli saje.. satu lagi rakyat tempatan kena ingat.. semua tu besok bukan freee oiii… Taman Tamadun Islam di Terengganu ponggg nak masuk kena bayar!!!!! hampeh betul dah la sedut wang royalti negeri Terengganu RM280 juta… hmmm byk lagi laa.. tol utara selatan, timur barat pun sudah cukup pening kepala hamba fikirkan..

    Justeru antara tujuan kita nak hapuskan juak-juak pengkhianat negara ini.. kita nak bina satu kepimpinan baru.. kita tengok dahulu apakah dasar-dasar yang mereka hendak laksanakan. Kalau benar mereka nak turunkan minyak, air, elektrik, tol, yuran universiti, harga barang… why nottttt????… ia menguntungkann.. sapa taknak???.. bagus laa.. kita negara pengeluar minyakk.. sama seperti Brunai.. patut kita hidup mewahh.. sebaliknya kekayaan itu disedut oleh pemimpin2 yang korup dan tidak amanah.. so kenapa kita sayang sangat kepada pengkhianat negara itu…

    Apa jadi kalau mereka tidak mampu?.. tuan, puan yang mulia,.. pilihanraya cuma 4 tahun sekali.. kalau yang baru jugak korup, hamprakk.. kita tukar sekali lagi.. apa susahh??.. Tengok2 lah keluar negara.. Turki sudah tukar, Britain sudah tukar.. tidak ada pun yang luar biasa berlaku.. lagipun negara kita dipayungi ke bawah Duli Tuanku Yang Dipertuan Agung… Daulat Tuankuuuu!!!!

    Kesimpulannya, arus perdana abaikan lah.. jangan beli biar mereka bankrap.. gunakan internet, sms atau channel lain yang lebih canggih sebagai saluran alternatif anda. Tukar kerajaan pada pilihanraya 12 nanti kerana kerajaan yang terlalu lama, terlalu banyak berlaku kebocoran.. tiris sana sini.. sebuah kapal baru diperlukan untuk pelayaran yang lebih jauh dan selamat.. Wassalam.

  43. 43 Student Feb 27th, 2008 at 2:31 pm

    dato seri dan sahabat perjuangan sekalian..
    di kampus2 kini kami sedang menghadapi masalah kebebalan student2 yg masih buta menyokong kerajaan..hasil dr auku..tp golongan pembangkang xdapat bwat ape2..melainkan informasi2 yg disalurkan kpd kami utk menentang tohmahan dan pendirian bodoh mereka..kami di ### setakat ini dapat menangkis segale pahaman liar mereka..tp baru2 ini ade 1 pndapat bhw mereka takut n rase xperlu tukar kerajaan..kerane kuasa pelabur asing menarik blk pelaburan mereka kerana perubahn kerajaan..bagaimane untuk menjawabnye dato seri dan rakan2 sekalian?saye belajar ekonomi dan memandang penting benda ini dlm negare kite..dan kita takut jadinye seperti indonesia, pakistan dan sebagainye..kerane perubahn sistem pemerintahan..tp bagi saye..perjuangan kita tidaklah sehingga menukar sistem sebaliknye lebih tegas dlm isu2 korupsi.dan bg saye keberkatan Allah jike pkr n pas dpt membentuk negare islam dengan izinNya akan turun jika kite ikhlas memeranginye..malah lebih penting berbanding pelabur asing yg mengikut musim ekonomi kite..
    tolong sesiape reply..ASAP..

  44. 44 lia Mar 9th, 2008 at 2:21 am

    sekarang kita tunggu dan lihat.. apakah anuar akan mengotakan janji-janjinya.. kami dah undi. jangan hanya pandai berkata-kata dan menabur janji.

  45. 45 Bro May 18th, 2008 at 1:30 pm

    DSAI..keselamatan diri anda adalah pokok paling penting disaat2 pergolakan politik yg semakin hebat ini semua bisa terjadi. Saya mengenang nasib pejuang2 kebenaran yg selalunya terdedah kepada komplot2 yang luarbiasa — Nauzubillah semoga Allah melindungi pemimpin2 yg tulus ikhlas. DSAI perlu perketatkan kawalan diri tuan kerana saya khuatir ada dikalangan orang2 yg mengambil jalan utk memusnahkan perjuangan PKR… Kerana Tuan adalah lambang dan pengerak utama pakatan pembangkang sekarang ini….Tidak mustahil mereka2 ini bertindak diluar batasan dlm bentuk komplot yang halus…Perlu ingat musuh2 utama dlm politik bisa berbuat apa saja….

  46. 46 wan samsudin wan ahmad Jun 22nd, 2008 at 9:46 pm

    setiap lapuran dan penhujahan yang di beri oleh pemerintah atau pembangkang jarang sekali saya dengar kes kes rasuah ….saperti projet2 kerajaan..yang mana kenapa project yang berharga rm 10 boleh jadi rm 20…adakah perbezaan rm10 in satu kewajipan atau sengaja di diamkan takut2 bila perubahan kerajaan perkara yang sama berlaku….tolong bongkarkan dan gali sedalam dalamnya perkara ini….wang rakyat yang di rompak..kalu rasa bijak sangat pergilah rompak wang luar negara dan bawa ke malaysia baru lah rakyat akan tabik sprint kepada mereka.

  47. 47 sheela Sep 30th, 2008 at 11:11 am

    pl can i have the latest add of En. Anwar Ibrahim

  1. 1 Berita Gempar : Kenapa Dr. Mahathir Mohamad (chedet) Keluar dari Parti UMNO? : panjangakal.com Pingback on May 19th, 2008 at 3:51 pm

Leave a Reply






Galeri Flickr

Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 

Dokumentari Perbicaraan 1998

Video Manifesto KeADILan

Sila klik sini untuk versi Bahasa Inggeris, Cina dan Tamil

Pakatan Rakyat to Putrajaya

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

February 2008
M T W T F S S
« Jan   Mar »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
2526272829