09
Feb
08

Isu IMF: Fahami Perkara Asas, Bukan Dakyah Umno & BTN

Saya merujuk kepada persoalan mengenai IMF yang dibangkitkan oleh orang muda.

Lantaran serangan umno dan BTN berterusan terutama isu IMF yang lapuk setelah sepuluh tahun, saya syorkan agar sdr menelaah pidato saya “Singapura = Krisis Ekonomi Sesudah 10 Tahun.”

Pokoknya, Malaysia tidak terdesak atau dipaksa meminjam dari IMF. Kedua ekonomi sekarang mulai lembab dan merosot.

Terima kasih saya ucapkan buat teman-teman seperti Sdr Hj Elias Idris yang turut memberikan penjelasan yang baik buat pembaca lainnya.

ANWAR IBRAHIM


29 Responses to “Isu IMF: Fahami Perkara Asas, Bukan Dakyah Umno & BTN”


  1. 1 Hasbullah bin Pit Feb 9th, 2008 at 1:17 am

    Saya melihat isu IMF sebagai perbezaan ideologi dalam menentukan kadar faedah.

    bila gawat, apa perlu buat?

    100 pakar ekonomi kata kadar faedah perlu dinaikkan
    100 lagi pakar ekonomi kata kadar faedah perlu diturunkan.

    Reply

  2. 2 Pang5 Feb 9th, 2008 at 2:43 am

    Asalamualaikum DSAI..

    Pada mulanya saya pun pening jugak memikirkan sebab musabab kenapa DATO SERI nak meminjam dari IMF…

    Tapi kini baru saya faham….Apa pun terima kasih saya ucapkan pada Sdr Hj Elias kerana penjelasan yang di beri…..

    Dengan kenyataan ini saya akan dapat terangkan kepada rakan saya yang jugak pernah bertanyakan soalan ini….

    Reply

  3. 3 Lawan Tetap Lawan! Feb 9th, 2008 at 4:18 am

    Berpijak di bumi nyata!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    Pendapat peribadi saya……sepatutnya apa yang perlu kita usahakan sekarang adalah untuk menidakkan majoriti 2/3 kerajaan BN sekarang………kemenangan 2/3 pembangkang akan merubah senario politik malaysia……percayalah cakap saya, berlandaskan kepada faktor berikut:

    1.) KUASA YANG LEBIH DI PARLIMEN, SUARA PEMBANGKANG KUAT DI PARLIMEN.
    2.) MEMPUNYAI PELUANG AKSES YANG LEBIH KEPADA PIHAK MEDIA MASSA KERANA KEKUATAN POLITIK.
    3.) MEMPUNYAI PELUANG MENDAMPINGI RAKYAT YANG LEBIH KERANA KELEBIHAN KUANTITI BERBANDING MASA
    DAHULU. (TERUTAMA MASYARAKAT LUAR BANDAR YANG MEMPUNYAI PEMIKIRAN YANG KONSERVATIF)
    4.) DAPAT MEMANTAU PENTADBIRAN KERAJAAN DENGAN LEBIH CEKAP DAN EFISIEN.
    5.) MEMBERI PELUANG KEPADA PEMIMPIN-PEMIMPIN MUDA PEMBANGKANG,TERUTAMANYA PKR MENYEDIAKAN DIRI
    MASING-MASING SUPAYA LEBIH BERPENGETAHUAN, BERKETRAMPILAN DAN BERPENGALAMAN MELALUI
    BIMBINGAN DSAI…..DI SAMPING MENDAPAT SOKONGAN AKAR UMBI…

    Di atas hanya faktor-faktor asas yang di senaraikan…banyak faktor lain yang yang tidak dinyatakan,…terpulang kepada para pembaca untuk menilai dan merenungkannya…

    Apa-apa pun kejayaan untuk menidakkan 2/3 kerajaan BN adalah satu tugas dan misi yang sukar…bagi mereka yang masih termimpi2 dalam tidur dan hanya suka mendengar pidato DSAI ayuh!!! bangunlahlah!!!!!!!! buktikan kita BOLEH melakukannya!!!!!! inilah hadiah yang terbaik untuk seluruh RAKYAT MALAYSIA!!!!!!! setelah 50 tahun merdeka!!!!!!!!! marilah kita sama-sama gerak gempur Pilihanraya Umum (PRU) kali ini!!!!!!!! Biarlah pilihanraya PRU menjadi sejarah… jangan biarkan satu undi pun terlepas dari tangan pembangkang…kita tidak boleh berundur….perjuangan harus diteruskan….kita harus LAWAN TETAP LAWAN!!!!!!!!!!!!

    Reply

  4. 4 allem Feb 9th, 2008 at 6:11 am

    Assalamualaikum wbh Dato’ Seri,
    Saya seorg rakyat Malaysia yg ingin melihat Malaysia diperintah oleh BA (Saya juga bukan ahli sebarang parti politik tapi boleh mengundilah), saya merayu pihak BA (DAP,PKR,PAS) menggunakan satu lambang dlm pilihanraya, saya sering membaca harakahdaily, sekurang2 ada 3 surat pembaca mencadangkan BA gunakan satu lambang, ini salah satu bentuk surat tersebut
    Cadangan lambang termudah dlm masa yg suntuk ini ialah BERSIH, saya harap YB ambil serius cadangan ini

    Guna satu lambang BA dalam kempen, kertas undi
    Din Umar
    Fri | Feb 08, 08 | 10:44:47 pm MYT
    Sudah tiba masanya pembangkang mewujudkan satu simbol dan nama dalam kempen pilihan raya umum kali ini.
    Gunakan satu bendera, satu jenama dan satu kertas undi. Sun Tze, seorang ahli falsafah China pernah berkata, “Know the enemy, you have won half the enemy you have won half the battle.”
    Siapakah musuh politik BA? Politik BA. Sudah tahu siapa musuh itu, maka kenalilah mereka.
    Apa yang mereka buat? Apakah modus operandi mereka? Apakah yang telah mereka pamerkan? Gunakanlah taktik musuh ini untuk menawan musuh.
    Apa lagi…Segera gunakan satu logo, satu bendera dan satu lambang kertas undi.
    Secara psikologi, rakyat nampak pasti gah dan terpikat dengan kegagahan parti alternatif. Nampak besar, nampak kuat kesannya, amat mendalam dan berpengaruh dari segi matematiknya. Sudah nampak besar, lawan besar barulah ada tandingannya.
    Kalau kita masih menggunakan nama parti masing-masing, sampai bila-bila pun kita tidak akan menang. Ini kerana, rakyat suka tengok benda yang kuat. Kalau tidak kuat dan tidak gagah, semua orang tidak mahu bergantung.
    Ubah. ke arah yang lebih relevan dengan zaman sekarang. Ubahlah dari parti negeri kepada parti global. — aba.

    http://www.harakahdaily.net/bm/index.php/surat-pembaca/guna-satu-lambang-ba-dalam-kempen-kertas-undi.html

    Reply

  5. 5 syam Feb 9th, 2008 at 6:13 am

    saya hisyam dari kudat sabah..

    Saya menyokong perjuangan datuk seri, saya harap datuk seri terus berjuang bersama2 parti islam PAS..satu gabungan yg mantap..

    apa yg saya maklumkan dengan datuk seri.. hari ini saya telah solat jumat d mesjid daerah kudat. apa yg saya heran mcm mana CD di edar di masjid yg mana mengandungi keburukan datuk seri dan pejuang2 bersama datu dalam bersih. cd ini menceritakan bagai mana datuk seri menyokong IFC bersama2 pemimpin PAS..

    saya harap datuk dapat membuat penjelasan berhubung isu ini. saya rasa bagi penduduk kampung seperti daerah kudat ini akan percaya dan menganggap buruk perjuangan datuk seri.

    sebagai cintakan keadilan dan agama saya harap rakan2 datuk dapat membantu untuk menjelaskan isu ini.

    sekian.

    Reply

  6. 6 c me Feb 9th, 2008 at 6:15 am

    dato’ seri, saya ingin meminta penjelasan dato’ seri mengenai penyebaran vcd oleh umno mengenai pengakuan lokman noor adam dan mengenai pendirian dato’ seri ttg IFC.. dlm vcd itu mengatakan seolah2 dato’ seri menyokong yahudi..
    saya harap dato’ seri dapat membersihkan nama dato’ seri kerana vcd ini disebarkan secara besar besaran oleh umno dgn melemparkannya di perkarangan rumah2..
    ternyata penyebaran vcd ini bertujuan untuk memburukkan dato’ seri terutamanya kerana pilihanraya yg semakin hampir..

    Reply

  7. 7 kuan Feb 9th, 2008 at 10:35 am

    IMF – Sebagai contoh mudah, sebenarnya kita diberi peluang untuk membuat pilihan oleh dato seri ( satu usaha yang baik dan mendalam maknanya )pada ketika itu sama ada tidak memilih imf untuk mengekalkan pengurusan ekonomi yang tidak berdisiplin ,tidak beretika dan tidak bermoral, terlalu boros dan membelakangi keutamaan serta tidak berpandangan jauh ( acuan sendiri konon/ urus kantong sendiri ) atau memilih imf untuk mempelajari bagaimana untuk didisiplinkan dan mengawal hawa nafsu. Tu sebabnya negara jiran jauh ke hadapan dari segi perkembangan ekonominya kerana mereka berdisiplin dalam berbelanja serta menghormati undang-undang demi keadilan untuk semua . Perlu jugalah kita pandang-pandang acuan lain untuk memperbaiki acuan sendiri .

    Reply

  8. 8 Peserta BTN Feb 9th, 2008 at 10:35 pm

    Dulu actually saya pernah di’brainwash’ oleh pelbagai pihak termasuk BTN tentang betape DSAI ni adalah musuh negare sebab sanggup menjual negara dengan meminjam dengan IMF , pastu saya dimaklumkan yg tiada berlaku peminjaman dengan IMF semasa DSAI masih dalam kuasa . Dan saya juga difahamkan yg terdapat rekod sebagai bukti bahawa bantuan yg diperoleh dari IMF berlaku selepas tarikh DSAI dipecat . Lalu dari sumber-sumber ni saye menyimpulkan bahawa DSAI tak pernah mencadangkan peminjaman dari IMF utk menstabilkan ekonomi Malaysia . Tapi . . . bile bace entry ni , macam banyak sangat contradict dgn pemahaman saye dulu . Contohnye dulu saye ingatkan yg DSAI sebenarnye tak mencadangkan pun tentang peminjaman dari IMF tp dari Entry ni saye difahamkan yg DSAI menCADANGkan peminjaman tersebut(tapi pada sebab yg kukuh[thanks to Hj Elias atas penerangan]) . Jadi sekarang ni saye tengah keliru . . . ape yg sebenarnye dah berlaku ? ? ? boleh sesiape critekan tak ? ? ? actually,DSAI ade cadangkan ker pinjaman IMF time krisis ekonomi dulu ? ? ?

    Reply

  9. 9 ulam batar Feb 10th, 2008 at 1:05 am

    Lagi baik kita pinjam IMF dari pinjam ALONG atau Jepun sekarang ini pun semua hasil bumi malaysia diangkut ke jepun dan bayar hutang dari LNG hingga lah tanah Kolin dan Pasir lombong untuk buat ziolat dan tiub TV sebenarnya kita lagi rugi jika kita pinjam dan bayar secara kontra lagi baik kita pinjam bayar wang dengan IMF.cuba kita lihat bila separuh dari pembelian jet su30MKM kita bayar dengan minyak sawit sampaikan rakyat nak beli minyak masak pun takda lepas itu kata kena seludup tak masuk akal lansung kalau seludup pun berapa banyak orang boleh jinjing atau pikul sepuluh tan sekali bawa ke?. sudahlah rakyat telah muak dengan sendiwara peminpin UMNO.

    Reply

  10. 10 cokelat Feb 10th, 2008 at 3:11 pm

    kepada peserta BTN….

    Kaedah metodologi BTN lebih kurang sama dgn SB Bukit Aman….

    Mereka sungguh licik dan tahu bagaimana nak ‘turn over’ mana-mana pihak sampai boleh percaya.

    Propaganda dan tipu muslihat adalah mainan dihujung jari mereka…..!

    Apa yang penting sdr perlu banyak istighfar untuk menghadapi apa-apa cabaran….!!!

    Cuba lihat bagaimana mereka ‘grill’ bekas penolong Bank Negara, Dato’ Murad, Dr. Munawar Anees, Sukma dan hatta Musa Hasan pun berani tipu adik dia sendiri Fuad hasan, bekas Adun Ulu kelang.

    Reply

  11. 11 Peserta BTN Feb 10th, 2008 at 10:27 pm

    Thanks to Cokelat . . . First of all, saye cume nak check point mane satu yang salah. Lepas korek-korek blog ni terjumpe entry 10 feb 2007 dibawah tajuk rangkuman jawapan soalan2 terdahulu dimana DSAI disini menegaskan bahawa tatkala menghadapi krisis kewangan sehingga dipecat 1998,DSAI tidak pernah memohon pinjaman dari IMF.So settle bab DSAI pohon ker tak memohon pinjaman IMF nih . . . Manakala penerangan saudara Hj Elias pulak lebih kepada SEBAB kenapa kerajaan Malaysia taknak pinjam IMF time GAWAT tuh. . . so tinggal satu jer persoalan lagi . . . selepas DSAI dipecat,adakah Malaysia meminjam dari IMF ? ? ? selepas korek-korek-korek lagi . . . terjumpa la pulak entry blog ni pada 29 jun 2006(terkejut sat,tak sangke dah bertahun blog ni ader) dibawah tajuk ‘jawapan Kepada Registerforthisblog’ . . . dimana dalam kenyataan disini DSAI menyatakan bahawa Malaysia ada memohon kembali pinjaman dari IMF pada tahun 1999 . . . hmm . . . camne nak simpulkan ek . . . kalo base on fakta-fakta yg diperolehi dan disertakan juga point-point Hj Elias, . . . jalan crite die camni kot . . .

    ekonomi krisis 97/98
    - DSAI tak pohon IMF sampai dipecat
    - Malaysia taknak pohon IMF sebab takut Kantoi
    - Berlakunye projek2 bail-out kroni-kroni menggunakan duit RAKYAT tanpa audit

    1999(tak ingatla masih krisis ekonomi lagi ke tak mase ni)
    - Projek2 bail-out dah settle so boleh la pinjam IMF time ni(time yg sesuai supaye tak kantoi)
    - Malaysia memohon semula pinjaman dari IMF (tp tak dinyatakan bahawa berlaku peminjaman,skadar pemohonan jer)

    2000~skarang
    - Aper citer ek ? ? ? Minyak Naik,Petronas Untung 80 billion tapi Harga Minyak tetap Naik
    - Dan Lain Lain . . . hehehe . . . sumer tau kot

    Sekadar menyimpulkan kekeliruan yg berlaku base on fakta-fakta yg diperolehi . . .

    Sekian….

    P/s: kalo jalan citer ni ader yg salah,betulkan yer.Tak bajet betul pun,cume stakat ni,yg ni la yg paling boleh saye trime kot.

    ilalliqa’

    Wassalam

    Reply

  12. 12 melayu Feb 11th, 2008 at 12:47 pm

    Assalamualaikum w.b.t

    Sebenarnya saya masih tak faham berkaitan dengan MIF ni. kalau boleh DSeri boleh bagi rujukan yang tepat supaya kami faham berkaitan dengan kekeliruan.

    Saya ingin mencadangkan supaya BA gerakkan K10 secara agresif seperti BN, rasanya cara ini leblh efektif. Media dikuasai oleh BN.

    Pemimpin boleh berceramah tetapi dalam masa yang sama minta pemimpin diperingkat bawah laksanakan tugas dan reportnya mengikut k10.

    Insyaallah bila ini dapat dibuat kemungkinan untuk mencapai sasaran akan lebih diyakini.

    t/kasih.
    Perjuangan utk anak cucu.

    Reply

  13. 13 juju Feb 11th, 2008 at 6:42 pm

    Sebagai warga negara yg demokrasi lagi berdaulat ingin melihat perubahan dlm arena politik..lihat di negara lain kuasa parti politik yg menerajui negara silih berganti..malaysia pun boleh..takut biler lama sgt BN memerintah nanti ulat2 di dlmnya makin membesar dan susah dah nak kawal..
    Kalau kata BA ambik alih keharmonian negara tetap sama..takdelah kata negara bangkraplah..itulah..inilah..rasanya bukan mereka takut negara yg bangkrap tetapi yg dirisaukan mereka sendiri yg bangkrap..
    Namun segalanya ditentukan oleh kita semua utk memilih yg mana intan yg mana kaca..tepuk dada tanya diri sendiri..

    Reply

  14. 14 orang muda Feb 17th, 2008 at 3:59 am

    hari ini baru saya sempat membuka blog ini dan alangkah gembiranya hati sya bila memdapati dato sri sudi melayan pertanyaan sy berkenaan isu IMF.Terima kasih saya ucapkan kepada dato sri atas penjelasan yang diberikan dan Sdr Hj Elias Idris kerana penjelasan yang agak detail.Moga B.A akan dapat kemenangan yang besar dalam PRU akan datang

    Reply

  15. 15 aciit Feb 17th, 2008 at 12:49 pm

    Assalamualaikum…
    Saya disini ingin meminta bantuan serta khidmat nasihat berkenaan dgn masalah untuk menyertai kempen pilihan raya serta sokongan dari pihak cawangan.Saya tinggal di daerah Balik Pulau iaitu Kg Paya Kongsi…dan tahun ini layak untuk mengundi…jadi sebagai rakyat Malaysia saya x mahu berpeluk tubuh dan harus memilih bakal peneraju masa depan negara.Cukuplah beberapa dekat BN menerajuinya dan perlu ada pertukaran bagi membentuk sebuah kerajaan baru yg mengutamakan kepentingan sendiri dan lebih utamakan rakyat.Bohong saya katakan jika kita sebagai manusia tidak memenuhi saku sendiri dahulu kemudian nya saku org lain pula…itu sedia maklum..politik katakan..tapi apa yg perlu adalah perjuangan ikhlas membantu diri sendiri dan mengutamakan rakyat yg terpinggir.Pemantauan perlu dari masa ke semasa…bukan setakat sebelum pilihan raya saja malah untuk selamanya…barulah kesempurnaan dlm kepimpinan teserlah dan sampai pd matlamat nya.
    Jadi saya mahu menyertai kempen pilihan raya demi masa depan saya serta semua rakyat malaysia.
    Kalah Menang adat pertandingan…yg penting kefahaman tentang perjuangan itu amatlah penting.

    untuk pengetahuan dahulunya saya adalah ajk BN..tetapi malangnya semua nya dusta semata2..hanya lebihkan kroni dan org2 yg kipas lebih…kipas ka,aircond ka,kroni ka..itu x penting yg penting..kelompok yg menyokong perlulah diberi pemantauan,perhatian serta bantuan dlm semua aspek…sikit cara sikit ..klu banyak cara banyak…nie x dak semua telan kat depa…buncit lagi laaa perut tuuu..

    Hidup Keadilan…Bangkit Anwar

    Roslan Mustaffa
    012-4519725

    Reply

  16. 16 jalak_lenteng Apr 9th, 2008 at 11:14 am

    TAKRIF EKONOMI

    Pengenalan

    Istilah ekonomi berasal dari istilah Greek oikos dan oikonomia. Oikos memenuhi kehendak ahli-ahlinya dengan membekalkan makanan dan pakaian, tempat tinggal dalam lindungannya sendiri tanpa sebarang pertukaran barang dengan orang lain. Oikos dan oikonomia merujuk kepada perurusan rumah kerana rumah adalah asas unit ekonomi yang meliputi kegiatan mencucuk tanam dan kegiatan pengeluaran. Perkataan Economistes pertama kali digunakan di Kancis pada tahun 1760-an dan pada abad tersebut, Adam Smith menghasilkan suatu teori yang komprehansif tentang pertumbuhan nilai distribusi dan percukaian. Robbins mengatakan ekonomi adalah sains yang mengkaji tentang perangin manusia sebagai hubungan antara matlamat akhir dan barang-barangan terhad yang mempunyai kegunaan alternatif. Adam Smith menganggap ekonomi sebagai kajian tentang sifat dan sebab-sebab kekayaan negara. Bill menganggap ekonomi sebagai sains praktikal mengenai pengeluaran dan pengagihan kekayaan. Ada juga ahli ekonomi lain menganggap ekonomi dalam bentuk kebajikan dengan menekankan aspek manusia dan kebendaan. Secara kesimpulannya, ekonomi adalah suatu ilmu yang mengkaji pengeluaran, pengagihan, pertukaran dan penggunaan bahan-bahan atau barang-barang yang bersifat kekurangan serta beraneka. Ekonomi juga merupakan suatu ilmu sains sosial kerana kajian ekonomi melibatkan aspek perilaku manusia.

    http://www.geocities.com/cominglucky/ekonomi.htm

    Sistem Ekonomi Sara Diri

    Sara diri merupakan sistem ekonomi yang paling awal digunakan. Dalam sistem ini, anggota masyarakat mengeluarkan barang untuk keperluan diri dan masyarakat sahaja. Pada peringkat awal, ekonomi sara diri adalah berasaskan kagiatan memburu binatang dan mengutip hasil hutan serta menangkap ikan. Pada peringkat seterusnya, kegiatan ekonomi sara diri tertumpu pada kegiatan pertanian dan penternakan. Dalam keadaan ekonomi ini, manusia dapat mengubah keadaan keliling supaya sesuai dengan keperluan mereka. Jika terdapat hasil berlebihan ia disimpan untuk kegunaan sebenar. Kegiatan ekonomi ini sukar berkembang kerana dibatasi oleh sistem feudal.

    Sistem Ekonomi Komersil

    Komersil berlaku apabila penduduk yang menjalankan ekonomi sara diri mempunyai hasil berlebihan dan menjualkannya. Pada permulaannya, ia merupakan sejenis kegiatan pertukaran barang iaitu sistem barter.

    Sistem Ekonomi Perdagangan

    Sistem perdagangan ialah mengagihkan barang atau perkhidmatan daripada pengeluar asal kepada pengguna terakhir dengan tujuan untuk mendapatkan keuntungan. Perdagangan ini terbahagi kepada dua iaitu perdagangan dalam negeri dan luar negeri. Kegiatan perdagangan melibatkan sistem barter dan kegunaan mata wang.

    Sistem Ekonomi Kapitalisme

    Dalam sistem ekonomi kapitalisme tidak ada campur tangan kerajaan. Ada tangan yang tidak nampak mengatur ekonomi. Terdapat mekanisme pasar atau mekanisme harga dalam sistem ekonomi. Ada interaksi permintaan dan penawaran yang akan mengatur ekonomi, contohnya dalam penentuan barga keseimbangan jika permintaan melebihi penawaran harga akan meningkat; jika penawaran melebihi permintaan, harga akan jatuh. Dalam sistem ekonomi kapitalisme, individu bebas memiliki harta. Firma atau pengeluar bebas menggunakan sumber bermaksud mereka boleh mengeluarkan barang yang dikehendaki. Individu bebas memilih pekerjaan. Motif pengeluar adalah untuk mendapat untung maksima dan dalam sistem ekonomi kapitalisme dibenarkan menindas orang.

    Reply

  17. 17 Harun Ujang May 16th, 2008 at 10:03 am

    Tahniah la kepada orang Melayu di Pulau Pinang dan Perak kerena memberi sokongan yang tidak berbelah bagi kepada DAP lantas menjadikan DAP sebagai power broker di Pulau Pinang, Perak dan Selangor. Ini mungkin sesuai dengan perumpamaan orang Melayu Menang Sorak Kampung Tergadai. Sebenarnya orang Melayu yang mengundi dan memberi kuasa kepada DAP adalah sebenarnya PELACUR dan PENGKHIANAT kepada orang Melayu. Mereka meraka ini seharudnya mengugurkan nama Bangsa Melayu didalam apa jua borang. Mereka ini adalah laknat dan cuba mengulangi tindak tanduk Karma Wijaya semasa kejatuhan empayar Melayu Melaka. Sekarang ni semua berlumba lumba nak cium pungkok DAP, wangi ke, busuk ke, dah basuh ke…eeeyy

    Sedarlah wahai orang Melayu, menyokong kaum lain adalah pengkhianat besar kepada seluruh umat Melayu.

    Reply

    Hang Jebat Reply:

    Tahniah juga kepada saudara Harun kerana ‘tersentak’ dengan sokongan orang melayu kepada DAP di Pulau Pinang. Apakah selama ini saudara Harun tidak sedar bahawa orang melayu menyokong MCA? Di manakah kelantangan suara Harun ketika itu? Saya yakin dan percaya bahawa ada orang melayu yang bersembunyi apabila MCA menang. Lantas mereka berkata, ” kami sukar digugat,hidup melayu kini dan selama-lamanya…

    Reply

    haha Reply:

    wangi saaangat ke pungkok mca tuh??cik ujang oii

    Reply

  18. 18 ayumy Jun 21st, 2008 at 10:03 pm

    SAYA TIDAK KISAH PARTI MANA YANG INGIN MENANG DAN SBGINYA..
    CUMA 1 YANG SAYA HARAP..
    SUPAYA..
    PARTI YANG WUJUD MAMPU MEMBELA NASIB RAKYAT MALAYSIA SENDIRI,

    MENGEKALKAN KEMERDEKAAN MALAYSIA UMUMNYA, DAN ORG MELAYU KHUSUSNYA..
    JANGAN SAMPAI JADI PALESTIN YANG DERITA DI TANAHAIR SENDIRI..

    Reply

  19. 19 ayumy Jun 21st, 2008 at 10:16 pm

    Memang, saya tahu. PAS di dalam Pakatan Rakyat umpama Parti Progresif Rakyat (PPP) di dalam Barisan Nasional. Para pemimpin PAS juga dirundung kerisauan tentang nasib dan masa depan Melayu Islam. Di dalam Pakatan Rakyat, agenda Melayu Islam bagaikan taboo yang mesti dijauhi seperti penyakit berjangkit.

    DAP pula bagaikan bermusuh dengan apa sahaja yang bernama Islam. Lantaran itulah sesetangah ulama melihat penyertaan di dalam Pakatan Rakyat adalah pilihan yang lebih berat mudaratnya.

    Anggapan itu menyebabkan mereka melompat kepada keputusan bahawa berkerjasama dengan Umno adalah akhafu al-darurain atau lebih ringan mudaratnya. Ahli dan penyokong PAS berhak bertanya apakah alasan mereka menyatakan bahawa itu adalah akhafu al-darurain? Adakah mereka membuat kajian yang melampaui keraguan yang munasabah bahawa kerjasama dengan Umno itu memang sebenar-benarnya akhafu al-darurain?

    Reply

  20. 20 pelajar Oct 9th, 2008 at 10:19 pm

    ada sesiapa tak, yg boleh beri kesimpulan atau rumusan kenapa dsai perlu pinjam dari imf tak?

    Reply

  21. 21 spike_thru Oct 14th, 2008 at 1:44 pm

    macam mana saya dapat baca posting Hj Elias tu? Kore punya korek pun tak dapat?
    Wld be grateful kpd siapa2 yg boleh ‘re-post’ utk rujukan. TQ.

    Reply

  22. 22 islamelayu Oct 21st, 2008 at 1:40 am

    kepada idris haji elias haji idris..:p

    anda penipu…nak terangkan kpd 0rg muda bahawa tun.mahathir menutup agenda utk memesatkan pr0jek2 bersama kr0ni2 nya…haha…sungguh cetek pengetahuan anda pak cik 0i…buat malu sahaja…anda malu dgn idea anda kerana IMF mmg sah menyusahkan ind0nesia..malah negara2 lain yg mmbuat pinjaman itu..anda iri hati dengan kejayaan tun.mahathir yg berjaya mengekang krisis ek0nomi negara…anda termalu sendiri kerana meny0kong hujah anuwar ibrahim yang mahu malaysia meminjam dari IMF agar ek0nomi negara kembali kukuh..anda ter malu sendiri kerana benda yg anda s0kong itu x menjadi..anda yang percaya jika pinjam IMF b0leh membantu negara dalam krisis ek0nomi..TAPI TUN.MAHATHIR tidak pula meminjam dan sebalik nya malaysia kembali pulih dengan kebijakan Tun .mahathir….hahaha….malu…malu…kerana anda sudah mencanangkan idea anuwar ibrahim…last2..kawan anda bertanya kembali “eh…mahathir x pinjam IMF…tapi malaysia masih selamat ek0nominya…?”…anda pula bila d tanya..x tau nak ckp apa…kah kah kah…..last2…selangor pulak jadi kandang khinzir…..ape cite y0b…???

    Reply

  23. 23 islamelayu Nov 2nd, 2008 at 4:52 am

    -assalammualaikum..

    kawan2..sy tahu..anda semua sebenar nya memang x faham langsung tentang jawapan Datuk Seri Anuar Ibrahim tentang IMF…..memang nampak sangat jawapan Datuk Seri itu ‘berputar2′….’berbelit2′…cuba anda semua fikirkan….jika kita bertanya kepada seorang budak sekolah 1 soalan…..iaitu….” 1 1 = ? “…..soalan mudah ini…jika satanya tanyakan kepada anda…mesti anda akan menjawab dengan senang…..iaitu ” = 2 “………..cuba anda bayang kan….Datuk Seri, seorang yang petah berhujah…berpendidikan tinggi….menjawab mengenai “ISU I.M.F.”………apa jawapan beliau..??? kemudian…..seorang pemimpin yang dikatakan hebat ini…telah berterima kasih kepada “Hj Elias Idris”…yang memberi keterangan mengenai “isu I.M.F”…..dan………cuba anda semua baca kembali komen “Hj Elias Idris” mengenai “isu I.M.F” yang dilihat oleh Datuk Seri Anuar Ibrahim sebagai keterangan yg baik sehingga DSAI telah mengatakan “Terima kasih saya ucapkan buat teman-teman seperti Sdr Hj Elias Idris yang turut memberikan penjelasan yang baik buat pembaca lainnya”…..kawan2…..saya membacanya sebanyak 10x…dan memang keterangan itu “berbelit2″..tiada jawapan…cuba anda baca komen itu…jika anda faham…anda semua memang layak menyokong DATUK SERI ANUWAR IBRAHIM….tetapi…jika anda tak faham…gunakanlah akal fikiran yg tuhan berikan itu utk berfikir sedalam2 nya…buanglah sikap hipokrit anda…terima kenyataan….Datuk Seri Anuar Ibrahim sememang nya tidak menjawab soalan langsung…

    Reply

  24. 24 iskandar9blog Jan 1st, 2009 at 10:22 pm

    mare nampak islamelayu…ko ambik ekonomi tak waktu STPM dulu…n ko tau tak ceta sebenar antara IMF,DSAI, Tun Mahathir….selain isu IMF banyak lagi isu yang lebih tenat yang perlu kau emosi kan..khasnya pembinaan projek-projek mega oleh kerajaan BN bawah arahan TUN MAHAThir dulu termasuk DSAI pun kena arah.. dan akhirnya DSAI tak sanggup di arah kerana merosak negara maka DSAI tetap lawan walaupun menerima ancaman di buang dari jawatan n dituduh di MAhkamah dengan kes yang wujud tapi penuh dengan konspirasi..kenapa IMF jadi masalah ko sangat kenapa ko tak fikir tentang KWSP satu masa dulu n dana negara yang hampir merudum akibat pinjam kat saudagar-saudagar geng Mahathir..lagi ko kena fikir lagi bagaimana saudara kita di Tranganu yang tertindas dengan penarikan balik royalti minyak semata-mata kerana Pas memerintah.. jangan mare ye..ko ni lembab sangat n pengampu pada UMNO BN..

    Reply

  25. 25 malakian Mar 30th, 2009 at 2:36 am

    Assalmu’alaikum Dato’ Seri. Kepada pembaca, untuk mendapat analisis yang adil dalam isu IMF dan krisis kewangan dan seterusnya krisis ekonomi 1997-1998, sila rujuk buku “Malaysian Eclipse: Economic Crisis and Recovery” editornya Jomo K.S. Kertas putih 6 April 1999 cuba membersihkan Mahathir dan Daim daripada sebarang kesalahan dalam krisis ekonomi 1997-1998 dan meletakkan seluruh kesalahan di bahu Dato Seri Anwar Ibrahim. Sumbangan Anwar Ibrahim dalam mewujudkam Danamodal, Danaharta, dan CDRC disembunyikam. Anwar Ibrahim dituduh menjadi boneka IMF. Anwar Ibrahim bukan begitu. Anwar Ibrahim cuba untuk mengawal penggunaan sumber kewangan kerajaaan yang digunakan sewenang-wenangnya oleh Mahathir intuk menyelamatkan syarikat-syarikat yang berpengaruh dan berkepentingan di bawahnya dan anaknya seperti KUB dan Renong dan pengambilan duit daripada institusi-institusi yang berkaitan dangan hak rakyat seperti EPF dan Petronas untuk menyelamatkan kaum tetangga dan sahabat handai Mahathir. Tetapi pendekatan Anwar yang selari dengan rekomendasi IMF seperti dasar perbelanjaan kewangan kerajaan yang lebih ketat dan sebagainya dilihat oleh Prof. Dr. Joo sebagai tidak membantu menyelesaikan krisis kewangan Malaysia. Tetapi menurut Jomo,Anwar telah menukar pendekatannya pada penggal kedua 1998, apabila perbelanjaan kerajaan mula meningkat dan polisi kewangan mula berubah.

    Itu yang dapat saya ambil daripada pembacaan saya daripada buku ini. Dato’ Seri Anwar telah menjadi mangsa untuk meletakkan segala kesalahan di bahunya. Mahathir kemudian dilihat sebagai sole saviour of the country. Sedangkan, itu bukan yang sebenarnya berlaku. Mahathir telah bercakap terlalu keras di seminar Hong Kong di hadapan perwakilan bank Dunia dan IMF. Ini menuebabkan minat pelabur asing terhadap Malaysia menurun. Kedua,pendekatan Mahathir menyalahkan semata-mata George Soros dan spekulasi antarabangsa adalah tidak seluruhnya benar.

    Akhirnya, Anwar Ibrahim sahaja yang disalahkan. Di mana-mana, di universiti, banyak pelajar salah faham tentang Anwar Ibrahim dan IMF. Anwar boneka IMF, Anwar boneka Amerika, Anwar bekerjassama dengan Yahudi, itulah tuduhan yang dilontarkan kepada Anwar Ibrahim. Mereka tidak kritikal untuk mencari apakah kebenaran di sebaliknya.

    Reply

  1. 1 Kedudukan Melayu dipertahankan bersama hak semua rakyat Malaysia | Malaysia Ku Pingback on Apr 5th, 2008 at 7:29 pm
  2. 2 “Orang Yang Arif Itu Berani, Bagaimana Ia Tidak Berani, Kerana Cintanya Akan Kebenaran Telah Menyebabkan Diri Tidak Takut Mati” - Ibnu Sina :: Anwar Dan IMF :: March :: 2009 Pingback on Mar 31st, 2009 at 6:56 pm

Leave a Reply