Sempena sambutan Tahun Baru Cina yang bakal menjelang, kami ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Xin Nian Kuaile dan Gong Xi Fa Cai buat semua di kalangan pengunjung berbangsa Cina di Malaysia.
Adalah diharapkan sambutan Tahun Baru Cina tahun ini lebih meriah dengan sambutan bersama oleh masyarakat Melayu, India, Iban, Kadazan dan lain-lainnya.
Sebagai perayaan terpenting masyarakat Cina, Tahun Baru Cina membawa signifikan sebagai satu titik permulaan dalam kehidupan masyarakat Cina. Maka pastinya sambutan tahun ini wajar disematkan bersama satu semangat baru untuk membentuk Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum yang adil dan saksama.
Perpaduan perlu dijalin demi kemaslahatan negara. Maka tiba saat dan ketika yang baik untuk bukan sahaja masyarakat Cina, tetapi segenap lapisan rakyat Malaysia sama-sama membulatkan tekad menjana perubahan.
Selamat menyambut Tahun Baru Cina daripada kami, keluarga dan gerak kerja KeADILan di semua peringkat.
ANWAR IBRAHIM & DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL
















