06
Feb
08

KeADILan Bela Nasib Semua Rakyat Sabah

fuad menanyakan:

datuk seri, saya ada berhujah dgn seseorang mengenai BA. kemudian dia menimbulkan soalan ini:
————————————–
aku ni budak selangoran jg dah jadi sabahan, baru2 ni aku ada dgr manifesto BA kat sabah jika di beri peluang memerintah sabah…antaranya

1) Mengembalikan semula kuasa pemerintahan kepada kaum kadazan….

kita semua sudah sedia maklum bahwa kaum kadazan ini majoriti berugama kristian…dan kaum muslim ni sabah pernah merasa menderita akibat pemerintahan kerajaan kristian satu masa dahulu di bawah PBS y di sokong oleh PAS dan Semangat 64 sebelum d tumbangkan oleh kerajaan UMNO…

so aku nak tya la adakah gabungan pas y baru ni iaitu BA nak memecah belahkan sekali lagi kaum2 d sabah ini dgn isu y sungguh sensitif…ini bukan soal bangsa…tp soal agama…blh tolong jawab wahai pengokong kuat BA hampeh.png
————————————–
jd apa yg saya perlu jawab kepada dia??

Sdr Fuad,
Yang dibangkitkan Fuad mengenai manifesto KeADILan yang kononnya akan menonjolkan hanya suku Kadazan sebenarnya adalah propaganda murahan Umno. Kita berikrar untuk membelas nasib semua rakyat Sabah tanpa mengira agama dan etnik.

Sarankan sahabat sdr agar merujuk Agenda Ekonomi Malaysia dan Perjanjian Baru KeADILan Buat Malaysia sebagai sokongan.

ANWAR IBRAHIM


19 Responses to “KeADILan Bela Nasib Semua Rakyat Sabah”


  1. 1 cokelat Feb 6th, 2008 at 2:26 am

    Dah lama tak dengar komen dari Datuk Halik Zaman…..

    Sakit ke…….Sibuk ke…….

  2. 2 bawang Feb 6th, 2008 at 2:49 am

    Mmg betul keadilan untuk semua,umno sahaja pembela bgsa kononnya..semoga calon2 yg menjadi wakil kepada parti KEADILAN RAKYAT dapat merubah kehidupan rakyat.Calon adalah wajah parti iaitu imej parti jd saya berharap dato seri dapat melihat kebawah permintaan rakyat untuk memilih calon yg sesuai bg membela nasib rakyat.Suara rakyat suara keramat jd rakyat lah akan menentukan sesebuah parti politik dan negara.calon yg tidak mendapat sokongan org bawahan adalah calon yg kurang ideal.Apa pun keadilan adalah keadilan…..time kerja sudah mau mari apa lagi keja laaaaaa….

  3. 3 Elias Hj Idris Feb 6th, 2008 at 8:59 am

    DSAI,

    Dalam bab ‘rakyat’ ni kita harus berhati-hati sikit, terutama bagi yang melibatkan mereka di Sabah. Ada ramai ‘rakyat’ mi segera di sana berkait dengan pilihanraya.

    Pada tahun lalu kita dihidangkan dengan satu sandiwara menarik antara Radzi Sheikh Ahmad dengan Azmi Khalid sebagai Menteri Keselamatan Dalam Negeri berhubung dengan hadiah kereta Myvvi bagi 1.83 juta ‘rakyat’ yang masih belum menukarkan kad pengenalan mereka kepada Mykad.

    Kenapa Radzi kata ‘bodoh’ idea beri hadiah tersebut?

    Sebenarnya, UMNO/BN mahu menutup cerita di sebaliknya sebab ia berkait dengan pendatang asing yang telah diberikan kad pengenalan dengan tujuan mengundi dalam pilihanraya. Ia berlaku dengan ketara sejak 1980an lagi.

    Untuk mengekalkan kuasanya, PBS waktu itu telah memberikan kad pengenalan kepada 760,000 pendatang haram dari Filipina yang ada di sana sejak 1976 lagi (yang majoritinya penganut nasrani).

    Hadiah Myvvi itu dibatalkan kerana mereka bimbangkan, ‘rakyat’ yang mungkin memenanginya kelak ialah Tuminah binti Parjo, mat Bangla, pelarian Rohingya atau mamat Nepal yang baru setahun datang ke sini. Ke mana ‘pekung’ hendak disorok dan itulah jumlah kad pengenalan yang telah dikeluarkan oleh pengkhianat negara dari kalangan Jabatan Pendaftaran dan SPR atas arahan si penguasa.

    Tujuannya, untuk mengundi BN dalam pilihanraya.

    Ingat tak lagi, apabila Surayud dari Thailand mula memegang kuasa didapatinya masalah dengan penduduk di selatan negara itu. Ia berkait dengan pejuang Islam yang bebas menyeberang ke Malaysia disebabkan ramai rakyat di wilayah bergolak itu memiliki dua identiti; satu Thailand dan satu lagi Malaysia. Beliau mahu mendaftarkan mereka dengan memberi pilihan untuk memiliki satu kerakyatan sahaja.

    Ura-ura tersebut termati di situ apabila dua minggu kemudian Dolah Badawi membuat lawatan ke negara tersebut. (Nota: Dalam pilihanraya kecil DUN Pengkalan Pasir, ada beberapa orang dari sana yang ditangkap menyorok dalam longkang. Mereka mengaku ada yang telah mengundi sebanyak 3 kali).

    Sewaktu Hong Kong mahu diserahkan kembali ke tangan China pada tahun 1997, berapa banyak rakyatnya mendapat kad pengenalan biru siap dengan pasportnya sekali? Mereka hanya perlu menunggu di Bangkok, kemudian diterbangkan dengan Thai Airways ke Pulau Pinang. Dari sana, bas persiaran membawa mereka ke merata-rata ‘Chinatown’ dalam negara ini. (Nota: Inilah peranan kuota Cina dalam kabinet di kementerian berkenaan….)

    Kalau pak menteri boleh rasuah ratusan juta ringgit, mustahilkah pihak tertentu bersekongkol dengan pihak berkenaan untuk membuat Mykad? Adalah dipercayai, harga sebuah Mykad ialah RM25,000, yang separuh daripadanya mesti dibayar sebelum pemprosesan.

    Sekali persetua (guna bahasa lama sekejap) ada kawan atas kawan atas kawan penulis sendiri yang panas buntut, sebab terdapat Mykad yang diuruskannya tak boleh ‘online’, sedangkan duit upah telah lesap di tangan brokernya. Dia dikejar oleh broker yang mengupahnys pula!

    Begitulah rapuhnya sistem di negara ini.

    So, cuba Dato’ Seri bayangkan kalau di negara ini ada 1.83 juta ‘rakyat’ tidak sah hasil pengkhianatan UMNO/BN kerana mahu memenangi pilihanraya. Itupun tidak termasuk pendatang yang mereka usahakan dengan segala macam jenis permit; janji mereka boleh buat duit!

    Dengan pengkhianatan ini, masihkah kita mahu kekalkan UMNO/BN sebagai pemerintah?
    Jadi, terserah kepada budi bicara seluruh rakyat yang sayangkan negara ini, Dato’ Seri.

    Wallahu-a’laam.

  4. 4 Watan Marhaen Feb 6th, 2008 at 9:50 am

    Mengembalikan semula hak pemerintahan kepada kaum majoriti amat tepat dan kena pada tempatnya. Isu agama tidak seharusnya menjadi sandaran selagi semua berpegang pada konsep keadilan, yakni meletakkan sesuatu pada tempatnya.Apa yang pernah berlaku semasa PBS telah berlaku semasa USNO dahulu dan kini dijejaki oleh umno/BN secara halus malah apa yang berlaku sebenarnya lebih kepada isu perkauman di mana golongan atau bangsa tertentu mendapat keistimewaan sedang kaum lain berasa tersisih. Saya sendiri dan ramai yang lain walaupun beragama Islam tetapi berbangsa lain daripada pihak pemerintah tidak mendapat faedah yang sepatutnya. Jawatan -jawatan penting dibolot oleh kaum lain dan bangsa majoriti hanya menjadi tempelan ataupun hiasan semata.

    Isu agama tidak timbul kerana dalam Perlembasgaan negeri jelas menyatakan Islam sebagai agama rasmi seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan namun apa yang berlaklu kini dan seperti yang pernah berlaku semasa PBS dan USNO dahulu lebih kepada kronisme dan nepotisme seperti dalam kerajaan Pak Lah sekarang di mana anak dan menantu menjadi tok dalang di belakang tabir tanpa ada yang menghalang dan menegur.

  5. 5 kuan Feb 6th, 2008 at 9:59 am

    Saudara fuad, senarionya beginilah di sabah sejak dahulu. Sebagai manusia yang hendak mencari keadilan dan kebenaran , kita kena banyak membuat penilaian dan mengimbau sejarah dan membuat rujukan dari sumber tepat ( kepemimpinan ) kerana kita mempertanggungjawabkan kepada mereka untuk mencorakkan pemerintahan. Kalau setakat merujuk kepada pemimpin kerdil bawahan apa yang termampu olehnya?

    Begitupun dalam politik sekarang ini , kepura-puraan malampau dan budaya mengampu yang keterlaluan terkadang mebuatkan kita leka lalu termakan kata. Dalam piilihanraya dahulu sekumpulan pemuda bn dengan memakai baju parti pembangkang melakukan aksi ganas terhadap bn ( merosakkan poster dan sebagainya )dengan niat atau strategi bagi maksud tertentu dan pasti strategi itu telah dikembangkan kepada cara lain pula ( perangsaraf). Di Sabah terlalu ramai politikus /pemimpin bawahan( kalau boleh dikatakan ahli politiklah / pelacur politik) di kalangan penganggur , kakitangan kerajaan tempatan dan bekas PTI berkecimpung dalam politik bn semata-mata untuk dapatkan projek mahupun jawatan . Mereka akan mempertahankan bn mereka dengan apa cara sekalipun asal perut mereka terisi tanpa pernah memikirkan nasib orang-orang kampung. Mereka selalu berbangga jika ramai orang kampung yang dapat mereka perbodohkan . mereka juga sangat bergantung kepada kuantiti mangsa sebagai bahan untuk ditunjuktunjukkan kepada yb-yb mereka dan inilah lesen besar untuk mereka meraih sesuatu.Silalah buat rujukan di mana-mana pejabat daerah/ majlis daerah berkaitan pembangunan dan kemudahan yang sepatutnya sudah dibina dan wangnya sudah dilunaskan kepada sang kontraktor TAPI kemudahan itu entah ke mana / ghaib.

    Jangan terpedaya dengan agenda /muslihat mereka.

    UBAH SEBELUM PARAH
    UBAH DEMI MARUAH

  6. 6 putatan Feb 6th, 2008 at 4:29 pm

    Khairy kesal pembangkang Sabah guna isu kenegerian

    KUALA LUMPUR: Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin kesal dengan cubaan parti pembangkang untuk memainkan isu kenegerian yang boleh menjejaskan perpaduan antara Sabah dan Persekutuan Malaysia menjelang pilihan raya akan datang.

    Beliau menyifatkan usaha memancing undi menggunakan isu sebegitu sebagai amat tidak bertanggungjawab dan boleh menjejaskan kestabilan negara.

    “Saya boleh takrifkan taktik pembangkang sebagai amat tidak bertanggungjawab kerana apa yang dibangkitkan oleh pembangkang di Sabah adalah istilah kenegerian, semangat kenegerian Sabah yang boleh menjejaskan hubungan antara Semenanjung, antara Persekutuan dan juga Sabah.

    “Apa yang dibangkitkan oleh pembangkang di Sabah, umpamanya Sabah untuk rakyat Sabah dan royalti minyak untuk Sabah sahaja dan bukan dikongsi dengan seluruh negara. Ini boleh meniupkan semangat kenegerian yang satu ketika dulu adalah satu ancaman keselamatan bagi negara kita.

    “Rakyat perlu tahu bahawa ini adalah satu usaha yang boleh menjejaskan keamanan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Forum Halal Sedunia 2008 di sini hari ini.

    Khairy berkata pembangkang di Sabah terdiri daripada calon bebas, Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan golongan yang bersimpati dengan kedua-dua parti itu, terutamanya di kawasan bandar.

    “Semua pembangkang di Sabah ini sebenarnya parti dari Semenanjung tetapi mereka menggunakan jentera rakyat Sabah, menggunakan rakyat Sabah untuk menabur pelbagai fitnah,” katanya.

    Sehubungan itu, beliau berkata tanggungjawab Pemuda Umno adalah untuk memastikan pengundi muda mendapat fakta, keadaan dan perkembangan yang sebenar mengenai apa yang berlaku.

    “Antara tugas kita adalah untuk menyampaikan maklumat seperti koridor pembangunan, apa yang kerajaan sedang buat untuk bangunkan negara kepada pengundi muda di setiap kawasan,” katanya.

    Beliau berkata maklumat itu akan disampaikan melalui ceramah, kunjungan rumah ke rumah, risalah dan juga saluran Internet dalam tempoh dua hingga tiga minggu yang akan datang.

    Khairy berkata beliau percaya pengundi muda khususnya di kawasan bandar menggunakan Internet dan kehadiran Barisan Nasional (BN) serta Umno di alam siber itu penting bagi menyampaikan maklumat.

    “Kita sudah mula di Bilik Gerakan Induk Pemuda BN untuk menembusi alam siber dan juga untuk menggerakkan jentera penerangan kita,” katanya.

    Sementara itu, beliau berpuas hati dengan persediaan jentera Pemuda Umno secara keseluruhan setakat ini dan bersiap sedia untuk berhadapan dengan pilihan raya umum yang dijangka tidak lama lagi. BERNAMA

    Hoi khairy hasil minyak ko ajak kongsi tapi masalah pendatang yang berlambak kat sabah ni ko biar orang yang tanggung. Rakyat sabah yang memperjuangkan haknya seperti keistimewaan 20 perkara pembentukan malaysia ko kata kami tak bertanggungjawab tapi membiarka kemiskinan ekomoni dan sosial yang sangat kronik kat sabah ni apakah itu perbuatan bertanggungjawab. Ko kata Parti dari semenanjung menggunakan rakyat sabah untuk meniup semangat kenegerian tapi UMNO lebih teruk dengan menutub sejarah perjuangan USNO memerdekakan Sabah. Generasi muda sabah hanya kenal usno tatkala berkunjung ke muzium aje.

  7. 7 zali_sh Feb 6th, 2008 at 5:42 pm

    Dato Seri,

    Saya dan ramai lagi rakan-rakan menyambut baik menifesto PKR untuk menetapkan minimum wage of all workers to be at RM1,500. Kesan ini saya alami sendiri apabila anak sulong saya yang baru graduate Diploma Mekanikal dari Politeknik JB dan bersama-sama rakan-rakannya ditawarkan kerja di Proton sebagai operator sahaja dengan gaji pokok cuma RM600. Kesian sungguh…apa nak makan dengan gaji sebanyak.

    Mereka dan kroni mereka kaya raya, kaut segala hasil negara untuk suku-sakatnya, kita rakyat biasa dibayar gaji yang sama banyak dengan perbelanjaan sehari mereka di hotel mewah. Sakit hati sungguh.

    Kami menyokong sepenuhnya perjuangan Dato’ Seri, pejuang kami.

  8. 8 helmi Feb 6th, 2008 at 8:38 pm

    Dalam soal kira-kira 700,000 pendatang tanpa izin di Sabah memiliki MyKad dan KPT asli menggunakan data palsu utk memenangkan BN, sememangnya bukan perkara baru. Saya amat yakin hal ini. Dengan teliga dan mata sendiri saya mendengar dan melihat kebenaran hal ini melibatkan beratus jumlahnya… tu yg terperhati secara tidak sengaja. Hal ini melibatkan polis, JPN, dan didalangi sendiri oleh Umno-BN juga SPR. Tapi saya tak boleh nak buktikan sebagaimana kes VK.Linggam. Rupanya begitu besar jumlahnya, dan begitu besar pula pengkhianatan Umno-BN kpd negara khususnya kpd bumi Sabah. Di mana letaknya kuasa sebenar hak warganegara Malaysia di Sabah? Sememangnya telah dinodai oleh Umno-BN… Saya tak mampu nak buat apa-apa selain memanjangkan perkara ini dari mulut ke mulut secara ‘cerita-cerita’(informal). PKR tolong siasat hal ini… “KITA PERLU HUKUM PENGKHIANAT NEGARA”…

  9. 9 siswa_reform Feb 6th, 2008 at 11:30 pm

    Khabarnya seorang teman dari Sabah memberitahu UMNO memainkan isu secara diam agar tidak mengundi bukan Islam. Hegemoni UMNO ini dikukuhkan oleh sikap sesetengah pendokong gerakan Islam yang kunun melihat negara ini dari perspektif Kafir Harb..

    Akhirnya rakyat jadi mangsa akibat perspektif sempit dan memang dialukan UMNO untuk kekal berkuasa dan melakukan sesuatu yang tidak ada dalam kamus Islam iaitu berterusan menzalimi rakyat. Dan seorang mufti di utara tanah air terus dengan pandangan mengelirukan iaitu taat walaupun pemimpin zalim.

    Aduh, nasib negaraku!

  10. 10 Elias Hj Idris Feb 8th, 2008 at 10:28 am

    DSAI,

    Wajah sebenar UMNO/BN ni cukuplah buruk. Perangai meloyakan, tetapi mereka masih tetap memanipulasikan kuasa yang ada. Samalah dengan apa yang berlaku di Zimbabwe; iaitu klon negara kita.

    Media dieksploitasi sepenuhnya. Kaum ibu dan wanita yang seharian duduk di rumah disumbatkan dengan ideologi dan propaganda kerana mereka sedar itulah golongan yang berperanan dalam menentukan kejayaan dalam pilihanraya. Kemudian ditambah dengan ‘tipu’ SPR, JPN dan polis juga, mereka sudah boleh kuasai negara kita dari satu PRU ke PRU yang lain.

    Sebabnya, keseluruhan rakyat kita tiada kesedaran politik dan rasa tanggungjawab.

    Kita boleh lihat di kalangan Melayu berjaya, golongan pertengahan atau para eksekutif dengan mempunyai pendapatan yang baik. Mereka tidak terkesan pun dengan apa yang berlaku. Sebabnya, mereka mampu beli walaupun ada kenaikan harga barangan dan bahanapi.

    Itu tidak termasuk lagi mereka yang menjadi parasit di sekeliling ketiak suku-sakat, karib-kerabat dan piat-pakat. Inilah golongan yang mencemuh setiap demostrasi yang tv dan media tonjolkan.

    Gejala seks, bukan setakat di kalangan orang bawahan, tetapi melibatkan tonggak negara. Kes Altantuya sengaja diputar-belitkan biar rakyat jadi pening; kemudian give-up. Hakikat sebenarnya adalah untuk menyelamatkan orang nombor dua negara.

    Orang tidak tahu bagaimana wanita malang itu dikahwini, kemudian dapat anak (yang menghidapi sindrom penyakit hidrosefalus). Kemudian wanita itu dijadikan habuan untuk pegawai atasan Perancis dalam pembelian SKK Scopene Attack Submarine dan Agosta 90B itu dengan dijanjikan sedikit habuan.

    Kenapa Altantuya mesti dibunuh dan diletupkan?

    Sebab, benih orang lain sudah ada di dalam perutnya berikutan pertemuan orang ini dengan bekas model itu di Hong Kong sewaktu orang nombor dua negara menghadiri sidang NAM di Ho Chi Minh City.

    Sama juga dengan hal Mustakizah yang dikapak ketika mencuci kereta di depan rumahnya. Kesnya terus didiamkan sebab menteri yang terlibat.

    Bagaimana dengan kes khalwat ahli parlimen Gombak. Bagaimana dengan khalwat wakil rakyat Ampang, yang berstatus isteri itu? Demikian juga dengan anak perempuan Speaker DUN Selangor yang juga isteri orang ketika ditangkap?

    Sebelumnya, dua ketua wanita UMNO yang ada suami dibunuh dalam bilik hotel oleh ‘kekasih’ mereka. Itupun belum dikira lagi dengan yang menyimpannya di tempat rahsia.

    Khairy Jamaluddin pernah ditampar dek Nori sewaktu dia ditangkap apabila terlibat dengan seorang artis ternama. Deng… deng… deng…. Kemudian, Khairy pun dapatlah anak (seperti yang ditunjukkan kat akhbar tu).

    Sedarkah kita betapa banyak di kalangan puteri UMNO yang dijadikan ulam raja dan umbut muda buat buaya tembaga dalam UMNO!

    Jadi, spesis inikah yang hendak dikekalkan buat memerintah negara?

    Entah.

  11. 11 cucu tun mustapha Feb 10th, 2008 at 8:47 am

    assalamualikum DSAI,

    apa yg saya maklumkan dengan datuk seri.. solat jumaat yang lalu d daerah . apa yg saya heiran mcm mana CD-CD berada masjid yg mana mengandungi keburukan datuk seri dan pejuang2 bersama datu dalam bersih ada atau pun sengaja di edar, saya kurang pasti. Namun cd ini menceritakan bagai mana datuk seri menyokong IFC bersama2 pemimpin PAS.Kononya ramai di kalangan rakan2 datuk seri adalah yahudi dan orang2 kepempinan keadilan adalah AJK bertindak untuk IFC.

    saya harap datuk dapat membuat penjelasan berhubung isu ini. saya rasa bagi penduduk kampung seperti daerah ini akan percaya dan menganggap buruk perjuangan datuk seri.

    sebagai cintakan keadilan dan agama saya harap rakan2 datuk dapat membantu untuk menjelaskan isu ini.

    sekian.

    IFC=interfaith commissions

  12. 12 cokelat Feb 10th, 2008 at 3:02 pm

    Sebenarnya UMNO yang menyokong IFC. Nori anak Pak Lah penyokong kuat SIS yg sokong IFC.

    Karektor orang UMNO dalam diam-diam sama dengan penyokong IFC.

    Mereka ini putarbelit.

    Pernah lihat dalam majlis mereka tak berwuduk untuk solat.

  13. 13 Drhady Survival Island Feb 13th, 2008 at 11:44 am

    Drhady Survival Island

    DSAI
    Kalau difikir karenah bn seluruh negara amat memuakkan dan tambah memanaskan orang sabah. Kata org umno nyanyuk ya memang malah 100% goblok, adakah hasil minyak negara hanya untuk kegunaan kapalterbang dan untuk dieksport sahaja sebab itu nagara tak boleh turunkan harga minyak????. Tak masuk akal org kampunglah. Well lebih baik zahid jgn keluar muka di TV (rancangan hujah 12/2/2008) last night. Kenapa tak minum saja itu minyak drp menjajah negeri kami sabah dibawah bayu. Belum lagi cerita hasil kelapa sawit difelda sahabat lahad datu (milik siapa???), hasil Income tax sabah alone how many billion???, KWSP?, Kastam?, JPJ?, Imigresen?, dll hasil from sabah saja… tapi cuba lihat kampung saya PALU2 KUALA PENYU CADANGAN PEMBINAAN JEMBATAN yg sudah berkurun lamanya sehingga kini tak di masukkan dlm rancangan rmk9, kami merasa sudah penat dgn menaiki feri usang (yg selalu mogok) setiap hari… well jembatan pulau pinang mau didouble lagi!!!…apa dah jadi ni.. mana duit kami tuk jembatan tu berapa 0.0001% saja di banding jembatan pulau pinang. Sepatutnya umno masuk ke sabah dpt membela semua rakyat TULIN negeri ini, we have already given you a chance LAST TWO TERM to develop sabah but what happen now belum pun sampai 2020, sabah sudah dimanipulasi oleh org umno rakus, tamak, ego, dan suka fitnah orang kampung yg berkelayakan dan profesional. Well pls PKR help us do something gempur kuncu2 bn di sabah, hancurkan org2 umno yg tak mengenang jasa rakyat.

  14. 14 anak BERJAYA Feb 20th, 2008 at 11:19 am

    salam…isu PTI dapat kad pengenalan di sabah ni, saya perhatikan sendiri bukan baru tp sejak 5 tahun kebelakangan ni ia begitu menakutkan. ada PTI dan pendatang yg ada dokumen, sengaja saya dekati(kena kawan dulu lah). terkejut dgn kenyataan mereka sendiri, maaf kpd yg terkena tp mereka mengakui KP yg mereka miliki DIBELI tak kira dr org perseorangan awam atau yg bekerja dlm jabatan polis dan JPN.jgn tak percaya jika mereka yg berpengaruh/berkedudukan punya perempuan/lelaki simpanan atau yg sah dr golongan ini pun,akan memudahkan mereka mendapat IC(apa susah guna nama je gitu). tak percaya tp bukti ada bukan cakap kosong.org sabah(tdk termasuk saya dan mereka2 yg tegas) ni saya anggap bodoh sbb terlalu mengasihani dan memanjakan PTI. org kecil mcm saya tak dpt buat apa sb silap2 kena #%*/* maklum je lah PTI lebih ramai drpd bumiputera, boleh upah. saya pernah email kpd pihak yg terbabit tp takde ape yg berlaku. bagi saya rakyat adalah yg paling berkuasa jika kita bersatu dalam satu misi kita pasti berjaya. jadi fikir2kan lah. ada 2 org yg berpengaruh di sabah yg agak lantang menyuarakan hal bkenaan sebahagian pemimpin dan tentang PTI ini saya lihat dibidas habis2an, dibenci dan mcm dipulaukan.

    saya harap isu agama atau perkauman juga tidak ditimbulkan dlm PARTI KEADILAN. ia isu sensitif…silap kata pengundi yg ‘terasa’ akan lari… sebab dlm Malaysia ni bukan ada satu agama atau bangsa saja jadi belajarlah menerima rakyat malaysia yg berbilang KAUM,BANGSA DAN AGAMA. jgn terlalu ego dan bersikap prejudis pd org lain.

    harap KEADILAN mampu menanganinya dan memimpin rakyat kearah kesejahteraan.

  15. 15 yakob Feb 23rd, 2008 at 3:56 pm

    Saya berharap kepada Datuk Seri agar calon yang dipilih adalah yang berwibawa dan berkebolehan
    untuk membela rakyat terutama bagi kewasan sungai sibuga N42 kerana disana pemimpin berbuluh ayam termasuk dalam keadilan yang ikhlas

  16. 16 rinz R Feb 27th, 2008 at 11:37 am

    Tolong bercakap dengan membuktikan segala perincian dengan fakta yang sahih. Penguindi-pengundi dari semenanjung tak perlu ambil tahu isu dinegeri sabah.
    Dari mana sumber yang mengatakan PTI di Sabah seramai 700,000 orang?

    Biar saya jelaskan:
    Pendatang di Sabah berjumlah621,029 orang sahaja. dari jumlah tersebut terbahagi kepada 3 iaitu:
    1-Pelarian, iaitu mereka yang berasal dari Filipina dan masuk kle sabah dan Labuan dari tahun 1972 sehingga 1984 akibat dari kekacauan politik di selatan Filipina. Mereka dibenarkan tinggal di Sabah tanpa had masa tetapi digalakkan kembali ke negara asal mereka apabila keadaan mengizinkan.

    2-Buruh asing, iaitu mereka yang terdiri daripada warga Indonesia dan Filipina yang masuk bekerja di Sabah. Mereka mempunyai dokumen yang sah atau dokumen perjalanan yang sah. Mereka bekerja disektor pembinaan, perkilangan, peladangan dan perikanana juga pembantu rumah. Jumlah mereka ialah 413,832 orang. Tempoh sah dokumen mereka ialah dalam jangka masa 5 hingga 7 tahun.

    3-Pendatang asing tanpa izin, mereka terdiri daripada pendatang asing yang masuk ke negara kita khususnya di Sabah tanpa menggunakan dokumen perjalanan sah ataupun dokumen perjalanan mereka telah luput tempoh sah laku. Bilangan mereka ialah seramai 100,000 hingga 150,000 orang. Mereka ini tertakhluk kepada tindakan penangkapan dan penghantaran pulang..

    Inilah fakta yang sebenar…Mengapa kita perlu menyokong seorang pemimipin seperti Anwar yang sanggup menggadaikan maruah dan menjual keselamatan negara kepada negara lain..Anwar seorang pemimipin yang licik, terkenal dengan sikapnya yang suka memberontak. Yakinlah, andai Anwar berkuasa semula, anasir-anasir luar akan masuk dan mencampuri urusan pentadbiran negara.

    Hidup Barisan Nasional!!!

  17. 17 nahagan Mar 2nd, 2008 at 5:32 pm

    rinz R yang bodoh.nampaknya engkau adalah kalangan PTI, yang tidak mengakui hakikat sebenarnya.Seseorang rakyat Sabah yang cintakan negeri ini sudah tentu tahu akan hal ini. Saya percaya anda memang mengetahui hal PTI ini tetapi tidak mengakuinya disebabkan anda adalah PTI.Bodoh.Penyangak negeri Sabah. Hidup BN Hidup PTI.

  18. 18 Gundohing H.M.G Apr 3rd, 2008 at 10:45 am

    sejak kebelakanagn ini Parti di bawah pimpinan dato sri mendapat tempat di hati rakyat…. di sabah sahaja PRU-12 menunjukkan sesuatu yg besar akan berlaku. kebanyak penduduk sama ada di dalam atau di luar bandar banyak yg memperkata kan untuk menukar kerajaan…. bagi saya, PKR sudah memulakan satu langkah yang baik. kerana kemenangan BN di sabah bukan lah berkara yang luar biasa , ini kerana meraka cuma mendapat kemenangan yang tipis sahaja…. itu pun dengan taktik kotor mereka…
    saya masih ingat lagi beberapa oarang kampung di berikan wang beberapa puluh ringgit semata-mata untuk meminta penduduk Kg itu mengundi BN. sepekara yang luar biasa berlaku lagi ialah.. semasa mengiraan undi daerah mengundi di Papar mendahuluikeputusan yang di keluarkan.. namun apa yang dimaklumkan oleh pertugas pada masa itu ialah.. kertas undi belum sempat siap dikira keputusan dah di umum kan.. adakah itu tidak luar biasa… tapai yang pasti pelihan raya akan datang.. PKR akan mendapat kerusi … PALING PENTING.. SEMUA JENTERA PKR PERLU BERKERJA KERAS MENGUTARA KAN ISU RAKYAT DENGAN BERSUNGGUH2.. JANGAN PULA MENJAGA KEPENTINGAN DIRI DAHULU BARU BANTU RAKYAT.

    P/S mana mana parti pun perjuanagn mereka bagus dan boleh di pakai.. cuma wakil parti itu yang menjadi penghalang kepada kemajuan negara…

  19. 19 rafiq Apr 7th, 2008 at 9:20 pm

    assalamualaikum… Dato’ Seri

    saya ingin tanya kepada DSAI, bagai mana nasib pelarian-pelarian yang berada di malaysia sejak lebih 30 tahun yang menetap di bumi malaysia, saya pernah baca dalam akta immigresen 1963, sesiapa yang tinggal di malaysia lebih 5 tahun atau anaknya lahir disini sudah mencukupi umur 7 tahun, maka ibubapa akan diberikan kad pengenalan? adakah DSAI akan membela Nasib mereka? atau menzalimi mereka tangkap dan hantar pulang…sebijik MACAM DR.MAHATHIR DAN ABDULLAH.

Leave a Reply






Galeri Flickr

Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 

Dokumentari Perbicaraan 1998

Video Manifesto KeADILan

Sila klik sini untuk versi Bahasa Inggeris, Cina dan Tamil

Pakatan Rakyat to Putrajaya

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

February 2008
M T W T F S S
« Jan   Mar »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
2526272829