05
Feb
08

“Looks like me, Sounds like me”

[audio:ElvisPresleyDevilInDisguise.mp3|autostart=no]

Prosiding Suruhanjaya Diraja menyiasat skandal perlantikan hakim yang didalangi oleh VK Lingam kini berada dalam proses akhir. Selama hampir 2 minggu perbicaraan berjalan, drama hebat mengalahkan filem hindustan dipertontonkan kepada umum, dengan kenyataan berbelit Tun Dr Mahathir, Eusoff Chin dan juga Ahmad Fairuz. Saya terus dinafikan ruang menjadi saksi meskipun di peringkat awal disapina.

Keterangan VK Lingam terus memperbodohkan Suruhanjaya dan rakyat. “Looks like me, sounds like me, but not sure if its me!” Alahai..

Sekonyong2 saya teringat akan sebuah lagu lama Elvis Presley, Devil in Disguise. Molek sungguh dihadiahkan kepada Lingam, kelak menjadi ingatan rakyat sepanjang masa!

ANWAR IBRAHIM

*

Devil in Disguise - Elvis PResley

You look like an angel
Walk like an angel
Talk like an angel
But I got wise
You’re the devil in disguise
Oh yes you are
The devil in disguise
You fooled me with your kisses
You cheated and you schemed
Heaven knows how you lied to me
You’re not the way you seemed

You look like an angel
Walk like an angel
Talk like an angel
But I got wise

You’re the devil in disguise
Oh yes you are
The devil in disguise

I thought that I was in heaven
But I was sure surprised
Heaven help me, I didn’t see
The devil in your eyes

You look like an angel
Walk like an angel
Talk like an angel

But I got wise
You’re the devil in disguise
Oh yes you are
The devil in disguise

You’re the devil in disguise
Oh yes you are
The devil in disguise
Oh yes you are
The devil in disguise


25 Responses to ““Looks like me, Sounds like me””


  1. 1 Nirman Feb 5th, 2008 at 11:47 am

    Satu sahaja jawapan Lingam yang sahih iaitu “correct, correct, correct…” hehehe…

  2. 2 Elias Hj Idris Feb 5th, 2008 at 11:52 am

    Dato’ Seri,

    Samalah halnya dengan kesimpulan yang dibuat oleh Price Waterhouse, iaitu penanggung PERWAJA apabila kerugian RM11bilion. Banyak bayaran yang dibuat ke atas pesanan yang tidak wujud! Kemudian kebanyakan bayaran yang besar-besar pergi kepada VK Lingam. Cara laporan dibuat seolah-olah VK Lingam ini seorang saudagar besi buruk dari India.

    Pada waktu itu, orang tidak tahu bahawa beliau adalah seorang daripada panel peguam Berjaya Group. Maka bayaran besar-besar itu disalurkan kepada beliau, destinasinya ialah Vincent Tan. Ada tempiasnya sebab bukan semua bayaran itu yang sampai ke tangan Berjaya Group. Ada yang tertahan setakat di kocek VK Lingam saja.

    Saya ada bertanya siapa punya VK Transport yang fleetnya bewarna coklat putih itu. Ada beratus-ratus buah lori, termasuk treler.

    Kemudian dia datang mengadap suruhanjaya dengan menaiki kereta buatan Jepun. Alahai, kemudian anggota suruhanjaya memaparkan bahawa mereka benar-benar serius (dibaca berlakon). Itu sebab Wee Choo Keong selalu kena marah.

    Inilah kisah Musang Berjanggut, bentuk baru bila berkait dengan duit.

    Rakyat di bawah hanya mampu melopong. Anehnya, bila pilihanraya undi ke BN juga….

  3. 3 melayubuntu Feb 5th, 2008 at 12:04 pm

    Dato’, boleh beri penerangan tentang ucapan dato dalam video ini
    http://www.youtube.com/watch?v=VHP1_0ZPmoY
    pada saat ke35 dato berkata tidak menyokong apa2 tuntutan islamic state..

    semoga mendapat respon untuk membetulkan persepsi!

  4. 4 mhasnol Feb 5th, 2008 at 12:08 pm

    DS, lagu Elvis ni harus d sertakan dengan video clip aksi Lingam dan d sebar secara viral d setiap markaz parti. Jadikan markaz parti sebagai markaz viral ekempen. Yang berminat boleh download d markaz parti. Youtube mobile harus d guna secara meluas sebagai alat ekempen. Boleh saja d sebar meluas melalui bluetooth (ingin bahan terbaru? sila ke markaz dan download segera!). Jadikan bahan sinis sebegini sebagai “siulan” umum. Dalam LRT. Semasa shopping. Sebagai ring tone. Lagu Queen “I want to break free” juga boleh d jadikan ekempen dengan video adegan “Projek BN” yang memangsakan rakyat!

  5. 5 eddieputra Feb 5th, 2008 at 1:04 pm

    salam perubahan…

    semalam saya ditanya oleh ketu pemuda umno cawangan****,soalannya mengapa saya terlalu taksub dengan ANWAR? Jawapan saya: saya tidak pernah taksub atau fanatik kepada ANWAR IBRAHIM! Tetapi saya amat teruja dengan visi perjuangannya yang jelas terang lagi bersuluh. saya juga percaya sdr Anwar juga tidak mahu orang fanatik sebagaimana taksubnya ahli UMNO/BN terhadap imam HADHARI,SEOLAH IMAM HADHARI TERLALU MAKSUM untuk DIKRITIK!

    Sedarlah wahai rakyat yang masih bertaqlikkan MAZHAB HADHARI yang tidak berkesudahan ini. Islam hanya satu yakni ISLAM SYUMUL.

    BERUBAHLAH!

  6. 6 angkasawan nasa Feb 5th, 2008 at 1:20 pm

    Yang jelas badan kehakiman malaysia telah terbeli (dikawal oleh orang luar). apa yang kita binbang PDRM dan ATM terbeli oleh orang luar. Negara akan hancur jika peminpin UMNO dan Badan kerajaan sudah diceroboh dari dalam ini menjadikan malaysia sebagai sebuah negara yang amat rapuh. bila dilihat dari sudut kekuatan malaysia ianya amat menakutkan. dengan sebegini rapuhnya malaysia usahkan dilangar manusia dilangar todak pun malaysia kecundang.

  7. 7 Bigfoot Feb 5th, 2008 at 1:33 pm

    “RUPA MACAM SAYA, SUARA MACAM SAYA” ni satu lagi lingam mabuk TODI bodoh punya Lingam, main-mainkan mahkamah. Suruhanjaya PEKAK BADAK asyik naik angin tok dia. Bodoh punya suruhanjaya akai tak da. Lingam baguih punya kelengtong depa buat bodoh saja, Apa punya suruhajaya? Baik lantik budak TADIKA jadi suruhanjaya bagi gula-gula lagi baguih..memang la hampa suruhanjaya nak kena sambar dengan API NERAKA.
    Masalah sekarang bukan masalah Lingam tapi suruhanjaya bodoh yang dilantik ehiii.. pegi mampuih la hampa suruhanjaya. SORI DSAI ni lepaih geram ni..

  8. 8 e Pemuda PAS Feb 5th, 2008 at 1:49 pm

    Dato’ Seri, saya pun kurang faham, mengapalah isu pengecaman suaranya yang perlu diperdebat banyak, sedangkan banyak lagi isu-isu utama yang lain yang kritikal untuk diperbahaskan. benarlah sindiran Saudara Nirman: ‘hanya satu yang sahih daripada tertuduh, iaitu, correct, correct, correct, correct, correct…’ (^_^)

    PS: tak sabar nak mengjadiri perhimpunan perdana malam ini.

    PPS: jika ada sebarang aktiviti (samada outdoor atau indoor, tersurat atau tersirat, saya harap pihak anwaribrahimblog.com dapat memaklumkan kepada saya melalui laman blog saya. saya tanpa rasa segan silu dan takut, akan pasti menyiarkannya di laman blog saya).

    PPPS: semua, mari kita sama-sama berusaha dan berdoa sekuatnya untuk kejayaan BA kali ini. insyaALLAH! aminnn!!! (^_^)

  9. 9 For a better Malaysia Feb 5th, 2008 at 2:14 pm

    Datuk Seri,

    These crooks can deny all they want. We reject all of them come the next GE. My family members and friends are all ready to flush UMNO-BN down the toilet on voting day.

    50 years …. we have had enough of lies, corruption, racist policies, abuses of power etc. We want a better Malaysia. Infact, we demand a better Malaysia for all.

  10. 10 mahasiswa Feb 5th, 2008 at 3:13 pm

    eddieputra
    Saya pun tak taksub dgn DSAI, sebab kalau kita taksub kita akan merosakkan pemimpin kita. Yang benar kita sokong, yang salah kita tegur!!!! walaupun DSAI, TGNA or TGHA.
    INGAT TAKDE MANUSIA YG PERFECT, RASULULLAH PUN ALLAH TEGUR.

    “PEMBEBASAN DIRI DARI TAKLID DAN TAKSUB”

  11. 11 wargamalaysia Feb 5th, 2008 at 3:54 pm

    Assalamualaikum,

    Semakin hari mendengar Al-Hikayat Sang VK Lingam semakin terasa nak muntah hijau umpama perempuang mengandung 2 bulan. Tak diikuti takut diuliti mimpi indah. Kalau diikuti takut nanti dapat sakit darah tinggi. Betul2 serba salah.

    Pembetulan kenyataan DSAI diatas : “Keterangan VK Lingam terus memperbodohkan Suruhanjaya dan ….”. Suruhanjaya tak diperbodohkan langsung oleh VK Lingam kerana hanya pihak yang pandai saja mampu diperbodohkan sedangkan kalau sudah seadanya bodoh, mana mungkin lagi nak diperbodohkan. Yang diperbodohkan hanya RAKYAT MALAYSIA.

    Jadi untuk tidak diperbodohkan lagi, setiap warga malaysia tanpa mengira kaum, tua atau muda, petani atau tauke, pejawat awam atau swasta, pendidik atau pelajar perlu berkorban dari sekarang untuk menyebarkan dan menerangkan SEMUDAH mungkin kepada semua sahabat handai, saudara-mara dan seluruh rakyat malaysia supaya turut menyebarkan serta mengundi BA untuk perubahan kerajaan demi kemajuan, kesejahteraan dan kemakmuran agama, bangsa dan negara.

    Jangan terlalu leka dengan alunan suara merdu VK Lingam dengan rakan produksinya kerana setiap detik rakyat malaysia hanya akan ditertawakan saja. Biarlah ini episode drama terakhir. Tak sanggup hendak mewariskan negara sebegini kepada generasi hadapan termasuk anak cucu, darah daging kita sendiri.

    Penyeluk saku pun akan menutup muka MALU bila dibawa ke mahkamah untuk direman polis sedangkan kita dengan NYATA diketawakan mereka. Pastikan momentum gelombang perubahan stabil meningkat menjelang hari mengundi. BN akan mengadakan pilihanraya umpama “MELONTAR BATU MENUNJUK TANGAN (tanpa malu dan takut)”. Yang pasi kepala kita yang berdarah.

    UBAH SEBELUM PARAH..

  12. 12 amm Feb 5th, 2008 at 4:27 pm

    tumpang..

    JOM KITA MERAMAIKAN FORUM MELAYU KITA. MASIH BELUM RAMAI ORANG, BARU LAGI
    JOM KITA MERAMAIKAN FORUM MELAYU KITA. MASIH BELUM RAMAI ORANG, BARU LAGI
    JOM KITA MERAMAIKAN FORUM MELAYU KITA. MASIH BELUM RAMAI ORANG, BARU LAGI
    JOM KITA MERAMAIKAN FORUM MELAYU KITA. MASIH BELUM RAMAI ORANG, BARU LAGI

    JOM KITA MEMERIAHKANNYA..

    MASUK SINI:
    http://www.keluartopik.com

    :-D :-D :-D

  13. 13 siswa_reform Feb 5th, 2008 at 5:06 pm

    Perhatian!

    Strategi kempen UMNO-BN untuk dikenalpasti

    1) Mengaitkan parti alternatif dengan keganasan.
    2) Memainkan isu kaum di kalangan rakyat luar bandar - diselitkan juga hubungan DS Anwar dengan tokoh2 Amerika dsbgnya.
    3) Menunjukkan keretakan hubungan parti alternatif.
    4) Menggula-gulakan rakyat dgn statistik terpilih.
    5) Mengugut rakyat dengan macam-macam jenis ugutan seperti penarikan balik biasiswa, tidak ada bantuan dsbgnya.

  14. 14 siswa_reform Feb 5th, 2008 at 5:26 pm

    Khabarnya 13 Februari Parlimen bubar dan Pilihanraya selewatnya 8 Mac

  15. 15 eddieputra Feb 5th, 2008 at 5:28 pm

    salam..

    mahasiswa, tahniah anda berada dalam golongan MUTTABI,-kerana mampu membezakan yang mana baik dan buruk, alhamdullilah, manakala orang yang taksub itu, ( UMNO/BN ) dimana menganggap pemimpin itu maksum serta sentiasa berTAQLID kepada mazhab HADHARI, adalah terdiri dari golongan MUQALLID!
    nauzubillah..

  16. 16 Elham Feb 5th, 2008 at 5:31 pm

    Saya lebih seronok sekiranya parti BN ni gagal pertahan majoriti 2/3. Ramai sahabat saya dari kaum cina berpendapat demikian supaya Umno(BN) ni kekal berkuasa ttp majoriti 2/3 ni d nafikan supaya pintu penjara terbuka luas utk pesalah dari kalangan pemimpin atasan terutama pengerusi SPR yg sah menyebelahi parti pemerintah. Najib Razak dah yakin mampu kekal 2/3 d sebalik mod rakyat semakin membenci parti pemerintah. Apakah muslihat & strategi jahatnya?? Rasanya sudah boleh didedahkan apakah tektik jahatnya supaya jenteranya kucar-kacir.

  17. 17 sl Feb 5th, 2008 at 5:51 pm

    alahai surhanjaya..alahai islam hadhari..alahai…alahai hakim…alahai…

  18. 18 kuda Feb 5th, 2008 at 7:25 pm

    Hm… ape nk jadila dgn malaysia… semua dh di control!

    sorry nk undi bN!

  19. 19 crepe_0712 Feb 5th, 2008 at 7:42 pm

    SALAM PERJUANGAN…..
    SDR. EHASNOL…SAYA SOKONG DGN IDEA SDR..MEMANDANGKAN RAMAI YG MENGGUNAKAN HENFON,DARI PERINGKAT KANAK2 HINGGA WARGA EMAS MAKA KITA GUNAKANLAH UTK DIMANFAATKAN..BANYAK LG KESAH2 LAWAK JENAKA YG BOLEH-MEMBERI IDEA UTK SESIAPA YG BIJAK MENGOLAH DGN CARA KREATF AGAR-IANYA-DPT-MENARIK-SESIAPA-SAJA-UTK-DOWNLOAD-DLM-HENFON…SAYA-INGAT-ORANG2-UMNO-MESTI-RAMAI-YG-MINAT-UTK-DOWNLOAD-DLM-HENFON-MEREKA…
    JIKA-KEPUTUSAN-MEMEHAK-PADA-LINGGAM-LEBIH-BAIK-PEMIMPIN2-UMNO-LETAK JAWATAN-DAN-BUBARKAN-SAJA-UMNO…MEMALUKAN-RAKYAT-MALAYSIA…ORANG2-KAMPUNG-PUN-MALU-KALAU-SURUHANJAYA-DIRAJA-BOLIH-DITIPU-DAN-DIPERBODOHKAN-OLIH-LAKUNAN-LINGAM-SERTA-YG-BERSEKUTU-DENGANYA..PAKCIK-DAN-MAKCIK-DIKAMPUNG-LAGI-BIJAK…HANCURLAH-NEGARA-JIKA-UMNO-MASIH-TERUS-MEMERINTAH..UBAH-LA-SEBELUM-PARAH…BERPULUH2-SLOGAN-CIPTAAN-UMNO-HANYA-UTK-MENGABURI-PEMIKIRAN-RAKYAT…

  20. 20 wargamalaysia Feb 5th, 2008 at 7:57 pm

    Saudara Elham…

    Terima kasih dengan keseronokkan saudara supaya BN gagal pertahan majoriti 2/3 pada PRU12 kelak. Jadi saya sarankan supaya saudara mengajak dan memastikan semua kawan2 cina saudara serta saudara-mara, rakan kerja dan sesiapa saja yang saudara kenali supaya mengundi Barisan Alternatif (BA) demi untuk menidakkan majoriti 2/3 BN.

    Terima Kasih

  21. 21 razorblade Feb 5th, 2008 at 9:06 pm

    seronok betui kali ni.. rasa macam parti Baath Saddam nak jatuh.. haha

    Umno = Baath

  22. 22 PWTC Feb 6th, 2008 at 12:42 pm

    Setisp diri kita perlu memberi sumbangan se-kreatif yang mampu. Sebarkan risalah ke setiap unit rumah di kawasan masing2.Kalu di appartment, masukkan risalah dalam peti surat.

    Risalah mesti fokus kepada tawaran BA untuk rakyat MALAYSIA.jika menang PRU. atatu pasal apa2 plan BA berbanding dengan track rekod BN .

    Risalah mesti ringkas ,padat dan berkesan. Contoh seperti POSTER2 yang ada dalam ‘laman marhaen’.

  23. 23 Mera-sa Feb 12th, 2008 at 6:54 pm

    ORANG ITU MACAM SAYA

    Orang itu macam saya
    tak percaya
    tengok dia
    betul macam saya

    Orang itu macam saya
    kawan-kawannya kata
    orang itu mabuk
    tengoklah meja itu
    juga macam meja rumah saya
    ada botol arak

    Pelik juga
    orang itu dapat sebut nama
    banyak betul
    cerita pun bagus
    kenal orang besar sana
    orang besar sini
    tapi itu bukan saya
    cuma macam saya

    Tengok
    semua orang kata itu macam saya
    saya banyak besar hati
    Malaysia kenal saya
    tapi kasi bersih sama dia
    saya tidak mahu kotor
    dengan kisah dia
    banyak jahat itu orang.

  24. 24 kayangsari Feb 13th, 2008 at 3:49 am

    Aren’t people like VK Lingam or Samy Vellu and those culprit judges mentioned not bothered about the fact that there so many people already lining up waiting to piss on their respective graves when they die?

  25. 25 Panic at the Dataran Feb 13th, 2008 at 3:05 pm

    Devil in disguise…..hmmmm…..aku ada ingat aku pernah menyanjungi seseorang…..hingga sanggup bermati-matian mempertahankan haknya apabila musibah menimpa dirinya………hinggalah aku dapati semuanya palsu belaka……orang itulah sebenarnya devil in disguise

Leave a Reply




Galeri Flickr

Rumah terbuka Datuk Seri Anwar Ibrahim Rumah terbuka Datuk Seri Anwar Ibrahim Rumah terbuka Datuk Seri Anwar Ibrahim Rumah terbuka Datuk Seri Anwar Ibrahim Rumah terbuka Datuk Seri Anwar Ibrahim Rumah terbuka Datuk Seri Anwar Ibrahim Rumah terbuka Datuk Seri Anwar Ibrahim Rumah terbuka Datuk Seri Anwar Ibrahim 

Dokumentari Perbicaraan 1998

Video Manifesto KeADILan

Sila klik sini untuk versi Bahasa Inggeris, Cina dan Tamil

Pakatan Rakyat to Putrajaya

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

February 2008
M T W T F S S
« Jan   Mar »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
2526272829