Archive for February 5th, 2008

5 February 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

reformistulen menanyakan:

Apa dah jadi dgn. “Deklarasi Permatang Pauh” ????

Reformistulen mengimbas kembali deklarasi permatang pauh, yang masih segar dan membara.
Saya hidangkan semula utk hadhaman sdr:

DEKLARASI PERMATANG PAUH

Menyedari gesaan al-Quran yang bermaksud “tidaklah kami mahu melainkan untuk melakukan islah sekuat daya kami,” ;

Dan berilhamkan tradisi budaya-budaya Asia yang keseluruhannya menganjurkan pembaharuan diri dan masyarakat; Dan menginsafi bahawa Malaysia kini dicengkam kemelut yang dahsyat dan memerlukan kekuatan dalaman untuk bangun semula; Maka kami rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama bertekat untuk melancarkan gerakan reformasi yang menyeluruh:

Gerakan reformasi yang terpancar perjuangan hati nurani,dari kesedaran bahawa sesungguhnya diri manusia itu mulia dan merdeka, mempunyai hak dan tanggungjawab, diri manusia haram dizalimi dan diaibkan, haram di belenggu dan disekat tanpa mengikut proses dan undang-undang yang adil;

Gerakan reformasi untuk menegakkan keadilan untuk semua, yang kuat dan yang lemah, yang kaya dan yang miskin; membersihkan institusi dan proses undang-undang dari dicemari oleh penyalahgunaan kuasa dan rasuah;

Gerakan reformasi untuk mendaulatkan kuasa rakyat melalui proses demokrasi. Demokrasi itu satu kemestian, kerana semangat keadilan yang ada dalam diri manusia membolehkan demokrasi dilaksana, tetapi kecenderungan manusia untuk berlaku zalim menjadikan demokrasi satu kewajipan;

Gerakan reformasi untuk memperjuangkan keadilan ekonomi,menjana pertumbuhan dan pengagihan yang saksama, jangan yang kaya bertambah kaya yang miskin papa kedana. Dunia ini mencukupi untuk keperluan semua, tetapi tidak mencukupi untuk memenuhi kerakusan individu;

Gerakan reformasi untuk membanteras rasuah dan penyalahgunaan kuasa, mengikis manipulasi pasaran oleh segelintir golongan rakus dan mahakaya;

Gerakan reformasi untuk memperkukuhkan jayadiri budaya yang dinamis, setia kepada warisan bangsa yang murni dan terbuka kepada segala yang baik dari semua budaya;

Gerakan reformasi untuk membawa bangsa Malaysia ke zaman maklumat dan dunia tanpa sempadan, menjana kebijaksanaan, keyakinan dan keterbukaan untuk menjalin persahabatan sejagat berdasarkan prinsip kebenaran dan keadilan.

Kami akan menggerakkan reformasi ini dengan aman, mengikut semangat perlembagaan dan bernafaskan prinsip pemerintahan undang-undang.

Masanya telah tiba. Bersatulah untuk reformasi.

Permatang Pauh
12 September 1998

ANWAR IBRAHIM

5 February 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

[audio:ElvisPresleyDevilInDisguise.mp3|autostart=no]

Prosiding Suruhanjaya Diraja menyiasat skandal perlantikan hakim yang didalangi oleh VK Lingam kini berada dalam proses akhir. Selama hampir 2 minggu perbicaraan berjalan, drama hebat mengalahkan filem hindustan dipertontonkan kepada umum, dengan kenyataan berbelit Tun Dr Mahathir, Eusoff Chin dan juga Ahmad Fairuz. Saya terus dinafikan ruang menjadi saksi meskipun di peringkat awal disapina.

Keterangan VK Lingam terus memperbodohkan Suruhanjaya dan rakyat. “Looks like me, sounds like me, but not sure if its me!” Alahai..

Sekonyong2 saya teringat akan sebuah lagu lama Elvis Presley, Devil in Disguise. Molek sungguh dihadiahkan kepada Lingam, kelak menjadi ingatan rakyat sepanjang masa!

ANWAR IBRAHIM

*

Devil in Disguise – Elvis PResley

You look like an angel
Walk like an angel
Talk like an angel
But I got wise
You’re the devil in disguise
Oh yes you are
The devil in disguise
You fooled me with your kisses
You cheated and you schemed
Heaven knows how you lied to me
You’re not the way you seemed

You look like an angel
Walk like an angel
Talk like an angel
But I got wise

You’re the devil in disguise
Oh yes you are
The devil in disguise

I thought that I was in heaven
But I was sure surprised
Heaven help me, I didn’t see
The devil in your eyes

You look like an angel
Walk like an angel
Talk like an angel

But I got wise
You’re the devil in disguise
Oh yes you are
The devil in disguise

You’re the devil in disguise
Oh yes you are
The devil in disguise
Oh yes you are
The devil in disguise

5 February 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

[Rabu, 6 Februari 2008]

Untuk Dihubungi: Faris 012 370 1319

5.00 pm Majlis Perjumpaan Rakyat di DUN Bandar (Parliament K. Terengganu)

6.00 pm Majlis Perjumpaan Rakyat di Kuala Nerus (DUN Seberang Takir) – Parliament Kuala Nerus

7.30 pm Sembahyang Maghrib and Taskirah di Seberang Takir

9.00 pm Ceramah Perdana di DUN Permaisuri- Parliament Setiu

9.30 pm Ceramah Perdana di DUN Kota Putera – Parliament Besut