Jumaat, 1 Febuari 2008 (Kedah-Perlis)
Dato Seri Anwar bersama rombongan dari Kuala Lumpur tiba di tol Gurun jam 3 petang untuk ke Program di Dun Naka. Dun Naka adalah salah sebuah kawasan DUN di bawah Parlimen Pedu.

Kawasan ini mempunyai jumlah penduduk Melayu-Siam yang agak tinggi kerana terletak di sempadan Malaysia-Thailand. Perjalanan kami dari Tol Gurun ke Lebuk Merbau dan Naka yang mengambil masa hampir 1 jam diiringi dengan hujan rahmat yang turun ke muka bumi. Setibanya di sana, penduduk kampung telah berkumpul untuk mendengar amanat Dato Seri Anwar. Turut bersama adalah Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, Pengerusi Perhubungan Negeri Kedah Sdr Zamri, Sdr Wan Salleh dan juga Sdr Johari Abdul dan beberapa pimpinan BA Negeri Kedah yang lain.
Terdapat dua program yang telah diaturkan pada hari ini, saya amat terperanjat dan gembira apabila melihat sambutan rakyat di kawasan itu membuktikan bahawa propaganda picisan UMNO-BN tidak lagi dilayan oleh rakyat di bandar mahupun kampung.
Dari Naka, kami bergerak ke Kuala Kedah untuk Solat Maghrib dan Tazkirah. Surau yang sederhana itu dipenuhi ratusan Umat Islam di bahagian dalam dan luarnya untuk mendengar tazkirah oleh DS Anwar.
Dalam Tazkirah beliau, DS Anwar menitikberatkan soal keadilan terhadap setiap insan yang diajar oleh agama Islam dan juga soal pembangunan. Beliau memetik kupasan Dr. Jaafar Sheikh Idris, seorang Sarjana dan Ulama dari Sudan yang menyebut jika kita ingin bicarak soal pembangunan, ia mesti bermula atau pangkalnya daripada diri dan akidah. Kerana akidah itu mencernakan akhlak dan dari ahklak yang baik itu barulah terbinanya sebuah tamadun.
Selesai sahaja Tazkirah, kami terus bergerak menuju ke Perlis. Kali ini, DS Anwar akan melawat bandar Kangar. Program pertama bersama masyarakat Cina di Dewan Kelab Hokkien mendapat sambutan yang cukup baik.
Walaupun hujan turun lebat, Dewan itu tetap dipenuhi ratusan masyarakat Cina. Tidak berubah sedikitpun teras ucapan DS Anwar semasa Tazkirah sebentar tadi, beliau tetap dengan pendirian untuk menjamin keadilan bagi semua kaum.

Tiba masanya untuk kemuncak program pada hari ini, iaitu Ceramah Perdana di Utan Aji, Kangar. Walaupun terdapat tekanan dari pihak atasan yang begitu hebat terhadap penganjur, program tetap berjaya dilaksanakan. Tidak kurang 10,000 hadirin dari setiap golongan rakyat membanjiri kawasan lapang itu.
Tindakan berani petugas BA di sana untuk tidak tunduk kepada tekanan pihak atasan memastikan program itu berjaya. Syabas!
Ceramah berakhir jam 12 malam dan kami bergerak ke Sungai Petani untuk berehat seketika sebelum terus beraksi esok hari!
Sabtu, 2 Febuari 2008. (Pulau Pinang)
Seawal jam 9 pagi di Hotel Seri Malaysia, Perhubungan Negeri Kedah mengadakan mesyuarat bersama DS Anwar.
Kami kemudiannya bertolak ke Pulau Pinang untuk program-program yang telah diaturkan pada hari ini. Sebelum itu DS Anwar membawa kami untuk melawat rumah beliau di Cheruk Tok’un. Di rumah sederhana inilah, Mantan Timbalan Perdana Menteri dan pejuang rakyat ini dibesarkan. Rumahnya cukup sederhana, tidaklah berdiri gah mewah dan tidak pula punyai lampu Chandelier yang diimport. Di hadapan rumah terdapat sebuah galeri yang dinamakan Galeri Pejuang. Galeri ini menempatkan barang- barang dan gambar memori perjuangan DS Anwar membela rakyat. Sempat kami menjamu selera masakan kampung di rumah DS Anwar.
Merentasi jambatan Pulau Pinang jam 2.30 petang, kami tiba di Hang Chiang College beberapa minit selepas itu untuk sesi soal-jawab yang diadakan di dewan auditorium.
Majoriti yang menghadiri sesi soal-jawab ini adalah masyarakat Cina, beberapa persoalan tajam diajukan kepada DS Anwar oleh pengacara dan juga hadirin namun DS Anwar menjawab dengan penuh yakin lantas memberi keyakinan kepada hadirin untuk membuat pilihan yang tepat semasa pilihanraya nanti.
Dari Hang Chiang College, kami bergerak ke kawasan Parlimen Balik Pulau. Dua program yang diaturkan tidak kurang hebatnya. Majlis Sepetang Bersama DSAI menyaksikan lebih kurang 2000 penduduk kampung, majoriti Melayu berkumpul mendengar ucapan DSAI. Dibawah terik panas matahari petang di Bilik Geraka Keadilan Kuala Sungai Pinang ini, mereka setia tetap setia bersama DS Anwar.
Selesai solat Maghrib di rumah Dato Zahrain yang juga Pengerusi Perhubungan Negeri Pulau Pinang, kami bertolak untuk tiga lagi program yang diaturkan di sebelah malam di kawasan Parlimen Bayan Baru. Sambutan di ketiga-tiga progam cukup hebat, ribuan penduduk Bayan Baru dari semua kaum memenuhi program-program tersebut. Apa yang menarik, walaupun hujan lebat turun dan bekalan elektrik terputus semasa Ceramah Perdana diadakan, ribuan rakyat tetap hadir dan setia mendengar ceramah DS Anwar hingga lewat malam.
Selesai sahaja Ceramah Perdana kami terus bertolak balik ke Kuala Lumpur. Dengan yakin, semua harus bekerja keras untuk menumbangkan kerajaan korup UMNO-BN. Tidak kira siang atau malam, DS Anwar sanggup berpenat lelah demi masa depan anak Malaysia. Saya yakin, kali ini berkat kerja keras kejayaan akan menyebelahi kita. Dimana sahaja kami pergi, angin perubahan bertiup kencang. Berlainan dengan tahun-tahun sebelumnya kali ini benar-benar orang Melayu, Cina, India dan seluruh rakyat Malaysia komited untuk satu perubahan!
Harapan Baru Untuk Malaysia!
Gambar-gambar dan laporan oleh anwaribrahimclub.com














Salam Dato Seri,
Meriah sungguh suasana di utara!
Teruskan…REFORMASI.
” Cumo Rindukan Saudara Ruslan Kassim…mano la dio poie….”
Reply
RAMALAN NOMBOR EKOR (HARAM SEBAB TIDAK BERDAFTAR)
YANG “HALAL” ??………
Bubar Parlimen 13 Febuari 2008
Penamaan Calon 21 Febuari 2008
Pengundian Pilihanraya 3 Mac 2008
NUJUM PAK BELALANG
Reply
tuntutan sah rakyat:
Kebebasan bersuara
keluwesan bermazhab
kebebasan mengkritik
wacana bebas dan terbuka
kebebasan beragama
kebebasan menganut faham dan doktrin
musyawarah dan demokrasi
kebebasan berkumpul dan menyuarakan pandangan
Reply
RAMALAN NOMBOR EKOR (HARAM SEBAB TIDAK BERDAFTAR)
YANG “HALAL”????…….
BUBAR PARLIMEN 1328
PENAMAAN CALON 2328
PENGUNDIAN 3308
NUJUM PAK BELALANG
Reply
Dato Seri,
Kita kagum dengan usaha yang tidak kenal jerih ini. Tidakkan ramai yang mampu. Namun ia sebahagian daripada dakwah dan mengajak orang ‘berhijrah’ daripada kemungkaran kepada yang lebih baik. UMNO/BN memang sudah tenat sebab mereka ini asalnya perampas kemerdekaan negara dari tangan ‘pejuang’ yang terdiri daripada Dr Burhanudin Al-Helmi, Ibrahim Yaakob, Pak Sako, Ahmad Boestamam dan ramai lagi. (Nota: Mereka ini disumbat ke penjara melalui Undang-undang Darurat 1948 ciptaan Inggeris hasil hasutan UMNO).
Sebagai orang yang tidak pernah berjasa terhadap negara, mereka ini hanya layak menjadi perompak dan penjarah. Itulah yang mereka lakukan; gadai dan jualkan apa sahaja yang dapat menjanjikan pulangan kebendaan. Sebut apa yang UMNO tak jual, malah isteri sendiri pun mereka jual (seperti dalam kes wanita Filipino yang dikahwini, tetapi tujuannya untuk habuan….).
Strategi sekarang, DAP kena perkukuhkan usahanya di kawasan bandar untuk menarik pengundi Cina. PKR mesti bergerak aktif di kawasan seimbang di kalangan dua ras terbesar; Melayu dan Cina. Dengan peralihan sikap India sekarang, ia memberi ‘mileage’ paling berguna dan bonus. Sementara PAS pula beri tumpuan di kawasan majoriti Melayu. Orang-orang PAS jangan buang masa dan tenaga di kawasan yang tiada harapan menang. Gantung bendera sahaja sudah cukup!
Apabila selesai pilihanraya, baru dikira DAP, PKR dan PAS dapat berapa kerusi? Cantumkan, then baru kita tahu sama ada dapat atau tidak menguasai negeri atau negara. Kita jangan gah dan riuh-rendah sebab lawan sekarang ini memang terkenal dalam serba-serbi; terutama dalam penipuan dan ‘gangsterisme’nya. Kemudian mereka ini ada kuasa dan kemudahan kerajaan yang disalahguna. Perlu diingat, mereka ini tidak faham apabila menjadi ‘caretaker government’ selepas parlimen dibubarkan, harta kerajaan MESTI digunakan secara bersama.
Cukuplah mereka ini (UMNO/BN) menjadi penjarah sejak tahun 1948 lagi. Sudah 60 tahun! InsyaAllah, jika usaha Dato’ Seri dan sahabat yang lain ikhlas, kita akan diberi dorongan dan laluanNya. Kita akan berjaya selagi berani menentang kezaliman dan ketidakadilan. Itulah di antara kehendak Islam agar dapat melahirkan kesejahteraaan. Kan makna Islam itu sejahtera.
Reply
Dato’ Seri
Selamatkanlah kami daripada belenggu “nerd” Koh Tsu Koon yang telah membawa kecelakaan kehilangan mertabat Pulau Pinang.
Berdoa agar dia tidak pergi dari Pulau Pinang dan merosakkan Pulau Pinang kerana beliau nak “cling to power”.
Ingat khasnya orang Tanjung. Satu undi untuk Koh Tsu Koon bermakna ada mecelakakan masa depan anak-anak anda. Pengudi KTK wajar didera oleh anak mereka kerana kebodohan mereka.
Salam Dato’ Seri
Jahaman KSK
Reply
Dari segi kempen, sambutan dan sokongan berbagai kaum tehadap BA pada reality sungguh cemerlang sekarang dan diharapkan berterusan hingga ke hari PRU 12. Tetapi bagaimana dengan logistik dan strategi BA, terutama untuk kounter mainan dan penipuan BN dengan perkara2:
Reply
datuk seri, saya ada berhujah dgn seseorang mengenai BA. kemudian dia menimbulkan soalan ini:
————————————–
aku ni budak selangoran jg dah jadi sabahan, baru2 ni aku ada dgr manifesto BA kat sabah jika di beri peluang memerintah sabah…antaranya
1) Mengembalikan semula kuasa pemerintahan kepada kaum kadazan….
kita semua suda sedia maklum bahwa kaum kadazan ini majoriti berugama kristian…dan kaum muslim ni sabah pernah merasa menderita akibat pemerintahan kerajaan kristian satu masa dahulu di bawah PBS y di sokong oleh PAS dan Semangat 64 sebelum d tumbangkan oleh kerajaan UMNO…
so aku nak tya la adakah gabungan pas y baru ni iaitu BA nak memecah belahkan sekali lagi kaum2 d sabah ini dgn isu y sungguh sensitif…ini bukan soal bangsa…tp soal agama…blh tolong jawab wahai pengokong kuat BA hampeh.png
————————————–
jd apa yg saya perlu jawab kepada dia??
Reply
Tahniah pada orang-orang utara.Gandakan lagi usaha, sebarkan maklumat tentang kelemahan dan kezaliman UMNO dan BN. Orang Melayu, Cina dan India perlu bersatu untuk tumbangkan UMNO dan BN. PRU dah dekat sangat. Saya sangat setuju kalau BA war-warkan ‘Kita mahu kebebasan dari belenggu UMNO dan BN’. Bila rakyat undi BA, bermakna mengundi ke arah Kemerdekan Rakyat.
Reply
Apa dah jadi dgn. “Deklarasi Permatang Pauh” ????
Reply
Dari segi kempen, sambutan dan sokongan orang ramai dari berbilang kaum kepada BA sungguh cemerlang dan membanggakan,dan diharap berterusan sehingga ke hari pengundian di PRU 12. Sudahkah BA bersedia denagn logistik, strategi dan cara2 untuk mematahkan (counter) mainan dan penipuan Umno sebagaimana di PRU-PRU yang lalu, diantaranya:
a) Daftar pemilih yang tidak bersih; pengundi hantu, pengundi dipindah-pindahkan, pengundi
luar menggunakan bas2 dibawa masuk.
b) Pemberian Mykad kepada warga asing untuk mengundi.
c) Pengundian yang berulang-ulang dengan menggunakan k/p dan nama orang lain.
d) Peti2 undi ditukar (swap) dengan peti2 undi hantu.
e) Peti2 undi hantu dibawa masuk disaat-saat akhir ke dewan pengiraan undi.
f) Tektik memadamkan lampu semasa pengiraan undi bertujuan untuk menukar peti2 undi.
g) Kertas2 undi pos yang dipangkah oleh syaitan dan hantu.
h) Tambahan waktu pengundian seperti yang berlaku di Selangor di PRU 2004.
i) SPR dan polis yang meyebelahi Umno/BN.
j) Menjual kertas undi kepada Umno/BN. Harap ada kaedah mengesan pusat-pusat jual beli
kertas undi ini, pastinya ia berhmpiran pusat membuang undi.
k) Gengsterism, siput babi dan pemuda tahan lasak umno menakut-nakutkan pengundi.
Semangat kita cukup kuat untuk memenangkan BA tetapi apakan daya dengan penipuan2 ini.
Reply
minta dapat laung-kan kepada rakyat marhaen.supaya jadi RAKYAT BIJAK.
dapat duit ambil
dapat beras ambil
dapat lembu ambil
dapat geran ambil
tapi UNDI mesti BA, pasai
1. harga minyak turun 30 sen
2. pendidikan percuma
Reply
Walaupun tak bagi speaker bukak kuat kuat….suasana agak gelap….tak menghalang kebangkitan rakyat PERLIS untuk memenuhi segenap ruang di Titi chai bagi mendengar ucapan Dato Seri..
Terima kasih kerana sudi mai ke PERLIS…..Insyallah…kita lakukan yang terbaik
Keria Senawi pun dah berhijrah……yang lain bila lagi?….masih nak angguk angguk geleng geleng?…
Mintak letak skuad pemantau dipintu pintu sempadan PERLIS mana tau kot kot amik player IMPORT mai mengundi….
Reply
salam perubahan…
saya jugak sependapat dengan saudara NOH, berkenaan dengan logistik dan strategi BA, terutama parti keADILan dalam menghadapai PRU 12 yang bakal menjelang. tetapi saya percaya mungkin strategi tersebut sudah diatur dengan baik, dan yang pasti, ianya rahsia…
mungkin jawapannya ada pada Pak Din ( DIN MERICAN ). yang penting kita seharusnya bersiap sedia dengan segala kemungkinan. UMNO/BN sudah semakin terdesak untuk memepertahankan kekuasaannya, jadi mari kita teruskan agenda perubahan.
REFORMASI!!!
Reply
kehadiran datuk seri di utan aji disambut dgn bendera2 bn/umno
poster tampal kat pokok pun takde, tapi kehadiran cukup menggalakkan…
Reply
ds anwr ibrahim memang dah mereng sejak kluar penjara..
ade fitnah yang bukan2.ko x payah nak rosakkan negara Malaysia.
balik umah dan insaflah..
Reply
noh yg x takut akhirat..
janganla menabur fitnah yg bukan2
dahla satu fitnah pastu x masuk akal plak tu ko nye pandangan strategi
aku sedih ngn bakal generasi akan datang bile kalo btul2 PKR jd pemerintah
aku rela mati kalo BA jadi pemerintah.tolonglah korang kalah seteruk2nya supaya negara aman dan rakyatnye hidup senang mengamalkan ajaran ISLAM
Reply
hasrul.. hasrul….kasihan
Reply
good luck PKR in the coming election!
all the best!
reformasi!
Reply
Dato Seri
Pilihanraya makin dekat….persiapan rapi dan strategi harus digunakan untuk mengalahkan BN.
saya cfadangkan kita guna kan pendekatan pengedaran risalah rumah kerumah kerana jika kita mengharapkan media BN mustahil peluang akan diberikan dan jika kita harapkan internet mustahil pakcik-makcik di kg dapat baca kerana segeleintir sahaja yang mempunyai internet dan kalau kita harapkan ceramah yang pergi kebanyakkan muka yang sama sahaja….
Apa yang patut kita buat edarkan isu semasa ,masalah-masalah rakyat ,masalah kepimpinan….skandal , gambar dan sebaginya..
BA juga boleh membuat cabaran terbuka sebagai cth adakah harga minyak atau barangan tidak akan naik dalam tempoh setahun dua ini selepas kemenangan BN. Pasti BN tidak berani menjawab atau menerima cabaran tersebut sebab harga barangan pasti akan naik.
Kemudian baru edarkan risalah apa yang tak dapat dilakukan oleh BN dan apa yang boleh dilakukan oleh BA. Segala cabaran dan isu mestilah sampai ke pengetahuan rakyat , sebab itu cara yang terbaik ialah dgn mengedarkan risalah , mulakan dgn skrg kerana kita tiada masa lagi…..
Reply
Dato Seri,
U R THE NEXT PRIME MINISTER………
Reply
Woi hasrul sang bacul, generasi lagi sedih ada manusia macam kau diatas muka bumi ini. Ini cara kau bercakap?? ISLAM tak mengajar kita bercakap seperti ini. oooo….Kau kan Islam ada had ada hari.
REFORMASI….LAWAN TETAP LAWAN.
Reply
Betul tu hasrul………..
Reply
Salam saudara hasrul yg takut kepada akhirat.
Jika semua penipuan SPR yg dikatakan pembangkang itu fitnah, minta Tan Sri Rashid buat saman kepada pembangkang kerana menjatuhkan integriti SPR sebagai badan yg bebas. Bukan jadi jurucakap kerajaan BN!!. Sudah lama pembangkang membangkitkan hal ini, So kenapa tak saman sahaja kami????
Simple rasional utk tahu pihak mana yg benar..
Reply
Alhamdulillah… nampaknya angin perubahan kian memuncak.
ingin saya sarankan diusahakan satu sessi forum, soal jawap (terbuka / tertutup)yang ahli panelnya DSAI. Utz Hadi Lim Kit Siang serta N Gobalakrishnan dgn tajuk “MENUJU PERUBAHAN”(atau yang berkesesuai)dalam waktu terdekat ini bertempat di Han Chiang College Penang. Melalui Forum ini persepsi persepsi negetif terhadap gabungan parti pembangkang (BA) mungkin dapat dihindarkan. Kalau boleh forum ini divideokan dan semasa kempen pilihanraya nanti bolehlah disiarkan sebelum siri siri ceramah parti pembangkang….insyaallah akan terbuka minda rakyat marhean yang masih sangsi dengan perjuangan DSAI – KEaDILAN PAS dan DAP terhadap NEGARA MALAYSIA yang DICINTAI. terima kasih.
UBAH SEBELUM PARAH
UBAH DEMI MARUAH.
JANGAN SILAP PANGKAH
NANTI HIDUP PUNAH.
**bagi yang ingin mengikuti sesi soal jawab DSAI di Han Chiang College sila lawati:
http://www.hctvnew.net
Reply
Dear Abdullah Badawi,
Why dont you be a real man for once and let Anwar Ibrahim contest in the next coming GE?? What are you so afraid of?? Anwar, satu orang sahaja. And since you are the PM and you have all the heavy machineries like the press and media etc all at your disposal, apa you takut sangat Anwar Ibrahim?? Let the man contest in the coming GE. Be a PM with some character la.
Reply
Aku akan sediakan lubang kubur untuk sdr hasrul sedalam 12 kaki……tolong beri alamat dan no handphone….mudah untuk doktor beri ubat sakaratulmaut…..
Sebelum itu tolong hafal dan hafaz kalimah syahadah…..dan jumpa ibu dan ayah serta tuan guru kau……dan jgn lupa mohon maaf….
Pilihanraya bulan MAC ini….
umur kau tinggal sebulan lagi….
Reply
Bersemangat sungguh saya tgk pemuda-pemuda kita ni. dengan keadaan sekarang, BN dah boleh ditumbangkan sekiranya pilihanraya adil dan telus. Masalahnya sekarang, dapatkah kita menentang strategi BN yang penipu tu.
Persoalan saya sekarang kepada DATO’ SERI dan Pemimpin BA yang lain:
APA YANG AKAN KITA LAKUKAN SEKIRANYA PILIHANRAYA AKAN DATANG PENUH DENGAN PENIPUAN SEPERTI TAHUN 2004? NAK CERAMAH LAGI KER? NAK BERFORUM LAGI KER? CUKUP KE CAMTU NAK TUMBANGKAN BN?
Harap dapat jawapan….
Reply
Tu la pasal. Dengan Anwar depa takut. Bukan dia makan orang pun. Cuma dia berani dari depa la. Kepada Parti BA, kita amuk. Raja adil Raja ku sembah. Raja zalim Raja ku sanggah. Kata2 Keris Laksamana Bentan.
Lawan Tetap Lawan. Demi maruah sebelum parah.
Reply
Assalamu’alaikum Dato Sri,
Antara program sempena lawatan Dato’ Seri ke Pulau Pinang pada 2hb Februari 2008 ialah menunaikan solat maghrib di sebuah surau di Bahagian Bayan Baru. Akan tetapi saya dimaklomkan jawatankuasa surau tidak membenarkan Dato’ Seri ke surau tersebut sehingga Imam dan Pengerusi surau menghilangkan diri.
Adakah surau itu hanya untok mazhab Islam Hadhari dan memmandangkan Dato’ Seri bukan bermazhab Islam Hadhari, Dato’ Seri tidak dibenarkan solat di surau tersebut?
Ramai dari kalangan penduduk dan penyokong Dato’ Seri menunggu ketibaan Dato’ Seri di surau tersebut.
Reply
Dato Seri,you are the man with PRINCIPLE.My family vote for Parti Keadilan for this election.May GOD bless you……….
Reply
hasrul Feb 4th, 2008 at 11:35 pm
noh yg x takut akhirat ….
janganla menabur fitnah yg bukan2
dahla satu fitnah pastu x masuk akal plak tu ko nye pandangan strategi
aku sedih ngn bakal generasi akan datang bile kalo btul2 PKR jd pemerintah
aku rela mati kalo BA jadi pemerintah.tolonglah korang kalah seteruk2nya supaya negara aman dan rakyatnye hidup senang mengamalkan ajaran ISLAM
Wahai hasrul yang ….
Kenapa takut akhirat. Kan akhirat tu lebih baik dari dunia ni. Kebaikan yang kamu nampak didunia ini hanya 1 daripada 99 kebaikan yang sedang menunggu diakhirt. Begitu juga sebaliknya, seksa didunia ini tak ada bandingan hebatnya diakhirat. Cuma manusia disuruh pilih, amal maaruf ke amal mungkar.
Lu cakap mabuk sireh ke, mabuk tembakau atau mabuk laut? Nak mati tak payah tunggu PKR, dalam Umno pun lu boleh mati. Sekarang ni dalam Umno pun kami hampir mati.
Aman ke negara ini? Ibu bapa yang berkerja risau dengan anak2 dirumah mengenangkan penculikan
menjadi budaya negara setelah adik Yin hilang di pasaraya, adik Nazrin di cincang mati dan terkini adik Sharlinie hingga kehari ini tak dapat dikesan dan tak tahu apa motifnya.
Teori apa lu pakai nak hidup senang. Nak harga Tol naik ke nak harga Tol turun. Nak harga barang keperluan naik ke atau turun. Nak harga petrol naik ke nak harga petrol turun. Nak pendidikan kena bayar ke nak pendidikan percuma. Nak air paip berseh dirumah percuma ke atau
nak bayar bil air. Nak ke tak nak. Kalau TAK NAK sahlah lu mabuk tembakau.
Senang mengamalkan Islam? Lu baru hidup ke?. Siapa hapuskan pendidikan tulisan jawi disekolah kalau bukan Umno. Siapa merobohkan surau2 kalau bukan umno memperkudakan jabatan agama. Siapa memansuhkan AJK mesjid dan surau pilihan ahli kariah digantikan dengan AJK pilihan Umno. Siapa menghapuskan bantuan per kapita Sekolah Agama Rakyat kalau bukan arahan tauke Umno (Che Det). Siapa yang kata sekolah2 agama mendidik bakal2 penganas kalau bukan tauke Umno. Siapa yang mencadangkan sekolah 1 sesi supaya sekolah agama disisihkan kalau bukan Umno. Siapa yang pecat arwah Mufti Selangor (Alfatihah) yang menegakkan hukum Allah kalau bukan Umno. Siapa … siapa … siapa. Lu minta juak-juak Umno tolong lu jawab. Kalau tak tau, tak ingat, dah lupa, mudah lupa, tinggalkanlalh Umno tu join BA. Semasa hidup ni pilih lah pintu mana kita berhasrat dan bercita-cita nak masuk apabila di akhirat nanti.
.
Reply
usah dilayan sangat komen2 dari org seperti hasrul ni
tulisan2 dan komen2 dari mereka tidak ada nilai intelek biar sedikit pun
apa tidaknya. metro harian dan mastika yang menjadi bahan bacaan kegemaran. habis berat, mangga.
apa saja buah fikiran yang dapat dikeluarkan. hanya cemuhan meliar saja yang dapat dibuat.
disini, biar kita berhujah berdasarkan fakta. pupuk budaya ilmu, kerana ilmu itu cahaya, tak gitu DSAI.
Reply
Kita tunggu manifesto BA untuk pilihanraya nanti, hampeh ke tak hampeh, kami dari DAP (Duduk Atas Pagar) akan tunggu dan lihat, harap jangan pandai cakap aje…. Menyampah pulak tengok penyokong-penyokong DSAI yang B O D O H . . . . .digunakan oleh DSAI kerana dendam peribadi yang sungguh jahat itu.
Reply
Kami bukan sokong keB O D O Han. Kami menyokongan keA D I Lan
Reply
ni zaid dengar sini jangan cakap macam orang bodoh.orang siasat siapa jahat orang rompak duit rakyat lepas tu jadi dua wajah. apa pun wajib tumbang kan umno bn.jangan duk atas pagar nanti jatuh salam reformasi
Reply
Kerap berjumpa SB-SB yang telah pencen. Kenal SB-SB zaman era reformasi. Kelihatan muka macam cuka…kesal tak sudah. Camne pun dah mula pandai…. menyumpah seranah UMNO….!!!
Jadi siapa yang bodoh…
Sdr MOhd Zaid yang bodoh…. lagi bahlulll>>>>!!!!
Reply
LAWAN TETAP LAWAN………HIDUP KEADILAN………no more BN, our new leadership is KEADILAN………..
Reply
Sekali DSAI beri ucaptama di forum antarabangsa, dia dibayar lebih US50,000.
Kalau setakat penyokong UMNO yang pakai kapcai senget atau paling tinggi pun ada Proton model 1985 nak ngomel kat sini, hah… ghentikan la.
Pemimpin kamu yang buat orang Melayu papa kedana; tengok sendiri la kat Pulau Pinang. Berlambak UMNO totok yang jadi kuli batak orang kat kilang-kilang.
50 tahun UMNO perintah, mana satu bangunan orang Melayu kat KL? Mana universiti UMNO dalam Malaysia ni? Agusta NV dibeli dengan harga RM541juta, kemudian dijual dengan harga RM1.
Cerdik ka pemimpin UMNO tu?
Piraaaah!
Reply
1- Boleh Datuk Seri jelaskan tentang video clip yg sering dipaparkan RTM bahawa Dato Khalid meminta pengundi sokong BN semasa pilihanraya kecil DUN Ijok.
2- Aksi Dato Seri bergedik gedik atas pentas, sedangkan india kiri kanan memerhati saja.
3- Paparan clip video website Alhikmah dalam Youtube .Benarkah Dato Seri tidak Menyokong tuntutan Malaysia sebuah negara Islam.
sila klik disini ; http://www.youtube.com/watch?v=KGSMfikLFJY
Reply
amirul penanng..
hang penang ka.. pening?
dato seri dah jwb dah isu hang ni…
awat kalut sgt ni…
Reply