03
Feb
08

Lawatan Kerja Ke Kelana Jaya dan Kg Sg Kayu Ara

kelanajaya

[Isnin, 4 Februari 2008]

Acara Pertama:

9.00 pm Ceramah Perdana Di Pusat Khidmat Masyarakat Kelana Jaya B2-G-29 Desa Mentari, Sg Way (Belakang Kontena Nasional)

Anwar Ibrahim (KeADILan)
Manikavasagam (KeADILan)
Yahya Saari (KeADILan)
Syed Shahir Mohamud (KeADILan)
Dr Dzulkifli Ahmad (PAS)

Contact: Faisal 019-2232002

Acara Kedua:

10.30 - 11.30 pm: Ceramah Perdana DSAI Subang di Markas PAS, Kg Sg Kayu Ara Damansara Utama (berhampiran plaza tol Dsara NKVE)

Anwar Ibrahim (KeADILan)
Manikavasagam (KeADILan)
Dr Nasir Hashim (PSM)
Gobind Singh (DAP)
Tony Pua (DAP)
Dr Hatta Ramli (PAS)
Khalid Samad (PAS)

Contact: Faisal 019-2232002


16 Responses to “Lawatan Kerja Ke Kelana Jaya dan Kg Sg Kayu Ara”


  1. 1 malaffin Jan 27th, 2008 at 10:39 pm

    InsyaAllah saya akan kesana….

    Kalau boleh DSAI sentuh sedikit maklumat yang saya lampirkan ini.Peluang BA untuk menang di Dun Kuang dan Parlimen Selayang amat susah sedikit.Ini kerana bila saya ke tanah perkuburan Bandar Country Homes adanya bendera BN di tanah perkuburan.Saya agak lebih kurang 400 undi hantu akan keluar mengundi untuk pangkah BN.Jadi tak hairan lah kalau dakwaan kemenangan BN dibantu oleh pengundi hantu.Dikawasan kubur pun nak berkempen

  2. 2 Kapalai Jan 28th, 2008 at 1:37 am

    Salam Dato’ Seri,

    Semoga terus kuat dan segar dgn perjuangan saudara!
    Kami perlukan Dato’ Seri memimpin negara!

    Buat ingatan diri saya sendiri dan juga teman2…
    Kerja kuat mesti berterusan, setidaknya sekecil mampu yg ada..

    Mesej, sms, email, bincang kumpulan, poster, sticker kereta, sebar risalah dll.. teruskan!

    Isu yg terbaik yg boleh sentuh semua rakyat ialah turun harga minyak dan yuran sekolah percuma..

    Kita tekad HEBAHKAN bersama!!!

    BA pasti akan menang bila kerja diteruskan.

    Contoh;

    1) Sticker kereta - “saya tentang kerajaan zalim”
    2) Sebar Risalah - Undi KeADILan dan BA - a) minyak turun serta merta b) yuran sekolah percuma

  3. 3 ungkuomar Jan 28th, 2008 at 4:37 pm

    Mesej paling tepat bukan undi KeADILan atau PAS atau DAP! tetapi TOLAK BN!!!

  4. 4 keadilan sejagat Jan 28th, 2008 at 7:53 pm

    assalamualaikum wbt.

    alhamdullillah, saya lihat DSAI begitu bekerja keras untuk menghadapi PRU akan datang. Tahniah.
    tetapi dikala DSAI kesana kesini untuk berceramah, sambutan yang diberikan masih tidak mencukupi di kawasan lembah kelang. Tidak seperti di utara dan pantai timur yang mana kita lihat lautan manusia akan berhimpun untuk mendengar ceramah DSAI. Saya cadangkan setiap bahagian perlu mempromosikan dengan lebih meluas tentang ceramah-ceramah yang bakal diadakan dikawasan masing-masing. sebagai contoh, risalah-risalah dan poster haruslah diedarkan di masjid2 pada hari jumaat, dipasar, di kuil-kuil dan tokong-tokong yang menjadi tumpuan org ramai di kawasan berhampiran cawangan@bahagian keadilan tersebut. insyaallah lebih ramai yg akan tahu tentang adanya ceramah2 ini dan sekaligus akan hadir untuk mendengar dan membuat perubahan dari mengundi BN kepada mengundi Pembangkang. Saya yakin jika mesej yang DSAI hendak sampaikan kepada rakyat, sampai sepenuhnya kepada semua rakyat malaysia, insyaallah, pembangkang akan memenangi lebih dari 100 kerusi parlimen pada PRU akan datang. saya katakan demikian kerana selama ini kebanyakkan rakyat malaysia hanya menonton kaca tv dan membaca surat-surat khabar yg sememangnya berat sebelah dan tidak adil. kesimpulannya, promosi untuk ceramah-ceramah harus dipertingkatkan bagi menambahkan@meningkatkan jumlah rakyat yang hadir untuk mendengar ceramah. AMIN.

  5. 5 dlr Jan 29th, 2008 at 1:51 am

    Dear Dato Seri,

    I am quite often astounded by the difference in the reports in the newspapers and the news on TV as compared to what is happening in real life. The MSM (main stream media) seems to clearly potray many of the issues dishonestly, such as the one that happened yesterday, ie apprehending and charging those gathered peacefully as being a threat to national security etc. The news is biased and worst still, is shown in bad faith. As an ordinary citizen, all i want, and i am sure i speak for the large majority, is the truth and what is real so that we are able to make informed decisions. Why is that so difficult is mind boggling. I am really glad that there are alternative news such as malaysiakini (which itself gets some flack), is able to shed some glimmer of hope to those yearning for truth in the local political arena. Maybe someone should make a CD of the clips in malaysiakini’s website and distribute them freely. Good luck in the upcoming GE.

  6. 6 Mat Kecoh Jan 29th, 2008 at 9:49 am

    Acara kedua-duanya pukul 9pm. Hari yang sama ke? Harap dijelaskan.

  7. 7 nat Jan 29th, 2008 at 10:11 am

    sdr. mat kecoh,

    acara ini akan diadakan pada masa yang sama. DSAI akan berucap di satu ceramah dan selepas itu akan berangkat untuk berucap di ceramah seterusnya.

    terima kasih,
    nat

  8. 8 Mat Kecoh Jan 29th, 2008 at 12:13 pm

    multitasking ni.. hehehe

  9. 9 abd rahman Jan 31st, 2008 at 12:21 pm

    assalamualaikum DSAI,
    Syabas kerana bekerja keras untuk menyelamatkan rakyat. Kita lihat rakyat dipermainkan diperbodohkan, ditipu, tapi masih ada yang menyokong buta tuli malah kena bayar sekali ganda yuran persekolah pun ok saja. Pada hal awalnya kata percuma, cuma istilah yuran jadi bayaran tambahan. Bila sekolah dah banyak duit senang lah hantar kuncu-kuncu jual yang bukan-bukan.

    DSAI saya harap DSAI dan rakan-rakan dapat tekan dalam setiap ceramah “PILIHLAH WAKIL RAKYAT YANG SEBENARNYA DAN TOLAK WAKIL TAUKEH” lebih-lebih lagi wakil taukeh judi.

    sealamt berjuang, terima kasih.
    Rahman

  10. 10 Zerul Feb 1st, 2008 at 9:07 am

    3 perkara pokok utk menang pilihanraya.

    1. umumkan kabinet bayangan. siapa bakal PM, TPM dan jemaah menteri.

    2. detailkan berkenaan janji2 pilihanraya. spt turunkan harga minyak, sekolah percuma, perubatan percuma dll.

    3. detailkan keburukan BN. rasuah yg bermaharajalela, skandal sukhoi RM400 juta, skandal kapal selam RM530juta, skandal Klang Free Trade Zone dll.

  11. 11 Ong Feb 4th, 2008 at 11:55 pm

    I was so near DSAI just standing behind u where u conduct yr speech at backlane Desa Mentari, but the program was cut chort by police as usual.

  12. 12 anak_muda83 Feb 5th, 2008 at 1:45 am

    Assalamualaikum..saya baru saja pulang dari ceramah Datuk Seri Anwar di Desa Mentari..ribuan rakyat membanjiri taman permainan di situ,Ketua Polis Petaling jaya cuba memberi amaran supaya bersurai sebelum Datuk Seri Anwar sampai,kerana tiada permit katanya, tetapi kami tidak berganjak..hinggalah Datuk Seri Anwar sampai..semangat cukup meluap-luap utk mendengar amanat beliau..walaupun sekali lagi pihak polis menggangu..Alhamdulillah..Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat berucap kira-kira 20minit…Syabas Datuk Seri,InsyAllah saya akan turun ke sekitar Lembah Klang utk mendengar ceramh Datuk Seri lagi,Semoga Allah memberkati perjuangan Datuk Seri..WAMAKARU WAMAKARALLAH, WALLAHU KHAIRUL MAAKIRIN..LAWAN TETAP LAWAN!!!!

  13. 13 saito Feb 5th, 2008 at 8:28 am

    Berkaitan dengan SPR, mungkin Datuk boleh mencuba-cuba list no ic di dlm website SPR: http://daftarj.spr.gov.my/ . Kalau pun data ini adalah data testing, ianya tidak patu berada didalam production server/website sebagai rujukan. TIDAK BERSIH namanya

    991214740101
    981231081137
    890520610089
    961231742099

  14. 14 Elias Hj Idris Feb 5th, 2008 at 10:36 am

    Polis kacauuuu! Orang beribu, tapi polis suruh juga masuk ke dalam premis kesemuanya. Bayangkan, premisnya terletak di lot kedai bawah flet!

    Kemudian, UMNO jakun di blok flet yang lain main futsal tengah malam siap dengan speaker ‘full blast’nya. Ooo, tak cukup lagi ada satu kumpulan lain tiup serunai pep-pep yang menyakitkan telinga berbaris di sepanjang pagar. Haa, yang ni polis tak kacau.

    Sementara menunggu ketibaan DSAI, ada seorang lelaki botak siap dengan buku catatannya. Menurut katanya, dia dari The Straits Times Singapore. Namun bila ditanya sama ‘base’nya di sini, dia gelabah. “Saya tinggal kat sini,” katanya.

    Lebih gelabah lagi, apabila penulis memberitahunya bahawa penulis ni pun seorang penulis….

    Dia bertanyakan senario begini apabila ribuan orang sudah membanjiri tempat ceramah. Laluan penuh sesak hingga melimpah ke padang permainan kanka-kanak.

    Jawab penulis mudah sahaja; Rakyat dah naik jelas dan meluat!

    “Kenapa?” soalnya.

    “Himpitan kehidupan… dengan harga barangnya serta kenaikan harga bahanapi,” jawab penulis. “Kemudian, PM nampaknya tidak berupaya memantau menteri kabinetnya sendiri.”

    “Hasilnya?” tanya beliau lagi.

    “Menteri buat kementerian masing-masing bagaikan harta mak bapak mereka,” jelas penulis. “Tehn, siapa yang akan percaya bahawa Shafie Afdal tidak ada ‘apa-apa’ dengan tauke barangan keperluan? Dia main wayang aje bila depan media.”

    Siapa cakap dia tidak ada syer dalam sebarang kenaikan harga barang? Nakkan bukti, memang takde… sebab menteri ni orang bijak pandai; Kelentong nombor satu!

    Tapi… pendapat umum mengatakan begitu. Sama seperti kata Dr M dulu, “Kita mau keadaan nampak bersih, walaupun ia sebaliknya.”

    Kemudian apabila DSAI tiba dengan sambutan yang meriah sekali, si botak ini pergi begitu sahaja tanpa mengucapkan apa-apa.

    Oleh kerana speaker luar dimatikan (atas arahan polis), maka terpaksalah DSAI berucap agak memekik. Sebab ribuan orang atas jalan dan di padang mahu mendengar ceramahnya itu.

    Itulah tahap budi bicara polis kita. Mereka sibuk dengan Akta Polis, tetapi lupakan Artikel 10 Perlembagaan negara. Sedangkan rumusan akhir perlembagaan ada menyatakan, “… bahawa setiap apa jua peraturan atau ketetapan atau pendapat yang bertentangan dengan semangat perlembagaan ini akan terbatal dengan sendirinya.”

    Kalau gitu, baik sahaja diambil mereka yang lulusan SRP buat jadi Ketua Polis Daerah atau KPN sendiri. Rasionalnya takde. Bak kata orang kampung, “Takde akai….”

  15. 15 ali Feb 6th, 2008 at 1:48 am

    semalam saya di desa mentari untuk mendengar ceramah perdana. Kesimpulannya amat mudah, kerajaan BN tidak mahu rakyat mendengar apa apa kenyataan benar dari parti pembangkang. Kenapa perkara ini berlaku adalah disembabkan Kerajaan BN memganggap rakyat masih bodoh dan mereka boleh diperbodohkan. Sampai bila perkara ini akan berlarutan!!!
    Rakyat hendaklah bersatu dalam menhadapi DAJJAL kerajaan BN. Dajjal ini akan menhancurkan negara ini sekiranya di beri peluang lagi…
    kepada DSAI, you are doing a great job, keep up the good work.
    kepada RAKYAT you can do a good job by kicking the DAJJAL out this time.

  16. 16 Tham Wing Kee Feb 8th, 2008 at 11:01 am

    DSAI, you are perceive as the chief of BA. I ask god to give you more strenght to continue your battle with BN. This coming GE is crucial. Is a matter of life and death. Will fight till the last drop.

Leave a Reply






Galeri Flickr

Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 

Dokumentari Perbicaraan 1998

Video Manifesto KeADILan

Sila klik sini untuk versi Bahasa Inggeris, Cina dan Tamil

Pakatan Rakyat to Putrajaya

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

February 2008
M T W T F S S
« Jan   Mar »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
2526272829