Archive for February 3rd, 2008

3 February 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

1. siswa_reform menanyakan:

Dato’ Seri,

Join kempen Sapere Aude! – ‘Jangan Haram Buku’! Harap Dato’ Seri boleh ulas tindakan kerajaan buku dan impaknya kepada masyarakat. Hari ini ramai orang takut berdepan dengan perbezaan pendapat – kerana malas untuk majukan diri. Mereka takut dalam pasaran idea – untuk berdepan dan mengemukakan idea yang lebih baik.

2. Sapere Aude menanyakan:

Sdr Anwar..
besar harapan saya agar soalan saya mendapat jawapan Sdr.
Baru-baru ini saya dapat tahu bahawa ada 11 buku telah diharamkan oleh KKDN, antaranya ialah buku Islam & Pluralisme terbitan MEGC karya Mustaqeem Mahmood Radhi.

Buku ini biasa-biasa saja,sekadar kompilasi artikel berkaitan isu pluralisme. Tetapi diharamkan atas dasar menimbulkan kekeliruan kalangan umat Islam.

Soalan saya,perlukah buku-buku yang kononnya menimbulkan kekeliruan ini diharamkan? apakah rakyat Malaysia semuanya bodoh-bodoh, sehingga kerajaan perlu menjatuhkan hukum kepada buku-buku ini tanpa memberi ruang agar hujah dibalas hujah?

Di Amerika dan England misalnya, buku-buku dalam apa jua kategori tidak diharamkan. dan toko-toko buku di sana begitu terbuka menerima apa saja karya baik dari dalam mahupu dari luar negara. Dan mereka berdiri sebagai sebuah negara maju, dan rakyat mereka terbuka minda dan bebas berfikir. Mengapa realiti di Malaysia yang meletakkan ketamadunan Islam berlainan realitinya?

Apakah rakyat yang bodoh, atau kerajaan mahu rakyat menjadi bodoh agar mudah diperkotak katik?

Sdr siswa_reform dan Sapere Aude,
Lebih dua dekad lalu saya cuba hayati semangat ‘sapere aude’ dan lazzatul makrifah, ghairah atau berahi dengan ilmu. Secara tuntas, ini menuntut kesediaan berwacana berdasarkan tradisi ilmiah, bukan sikap bebal, pantas menghukum atau mengharam karya dengan sewenangnya.

Seandainya kita yakin dengan kebenaran Islam, kita harus bersedia berhujah dengan hikmah.

Lebih wajar diperkenalkan undang-undang jelas melarang cercaan terhadap Allah dan para Rasul.

ANWAR IBRAHIM

3 February 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

fuad memberi respons:

datok seri..
saya ada mendengar rakaman cermah datok seri.
http://www.youtube.com/watch?v=kDSwy6YWEqk

datok seri menyatakan datok seri tidak setuju dgn islamic states. mcm mana ni?? negara islam harus dijadikan matlamat kerana hanya negara islam saja dapat menjamin keadilan mutlak sebagaimana negara Islam madinah dulu.

kepada Pemuda 86, anda boleh baca jawapan dari PAS mengenai permainan politik bangang UMNO tu:
http://www.tranungkite.net/

wallahua’lam..

Isu ini sudah berulangkali dijelaskan. Sila rujuk ucapan saya di Istanbul dan Singapura. Saya lebih cenderung menjelaskan agenda perubahan daripada terperangkap dengan slogan yang memberikan tafsiran berbeza.

Saya sarankan agar merujuk kepada Maqasid Shariah dan prinsip asas Perlembagaan negara.

ANWAR IBRAHIM

3 February 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

kelanajaya

[Isnin, 4 Februari 2008]

Acara Pertama:

9.00 pm Ceramah Perdana Di Pusat Khidmat Masyarakat Kelana Jaya B2-G-29 Desa Mentari, Sg Way (Belakang Kontena Nasional)

Anwar Ibrahim (KeADILan)
Manikavasagam (KeADILan)
Yahya Saari (KeADILan)
Syed Shahir Mohamud (KeADILan)
Dr Dzulkifli Ahmad (PAS)

Contact: Faisal 019-2232002

Acara Kedua:

10.30 – 11.30 pm: Ceramah Perdana DSAI Subang di Markas PAS, Kg Sg Kayu Ara Damansara Utama (berhampiran plaza tol Dsara NKVE)

Anwar Ibrahim (KeADILan)
Manikavasagam (KeADILan)
Dr Nasir Hashim (PSM)
Gobind Singh (DAP)
Tony Pua (DAP)
Dr Hatta Ramli (PAS)
Khalid Samad (PAS)

Contact: Faisal 019-2232002