Archive for January, 2008



28
Jan

VK Lingam Video - Part III

Pada hari ini saya menerbitkan segmen ketiga rakaman video lawyer VK Lingam yang diberikan kepada saya pada Jumaat lepas, 25 Januari. Klip ini memberikan bukti tambahan bahawa konspirasi yang kini sedang disiasat oleh Suruhanjaya Diraja melangkaui usaha melantik Ahmad Fairuz ke Mahkamah Persekutuan. Segmen 5 minit ini secara langsung mengaitkan bekas Ketua Hakim Negara Dzaiddin Abdullah yang didakwa menerima rasuah dari VK Lingam dan Vincent Tan agar beliau tidak mengkritik kedua-dua individu tersebut secara terbuka. Dzaiddin Abdullah merupakan Ketua Hakim Negara antara Disember 2000 hingga 2003. Di dalam video tersebut disebut VK Lingam menyatakan: “Dan kita telah memberikan beliau hadiah paling mahal. Jangan tanyalah apa bendanya. Saya telah beri kepadanya dan Vincent Tan telah berikan kepadanya.”

Meskipun pada awalnya penubuhan Suruhanjaya Diraja telah memberikan rakyat Malaysia harapan agar kewibawaan dan integriti Kehakiman dapat dipulihkan, kami belum yakin dengan prosiding dan keputusan prosedur yang dibuat para Pesuruhjaya setakat ini. Suruhanjaya Diraja mestilah dapat menjunjung ketelusan dan integriti agar tidak kelihatan merosakkan lagi imej sistem kehakiman negara. Saya dengan ini menyerahkan bukti terbaru ini kepada orang ramai dan menyatakan kesediaan bekerjasama sepenuhnya dengan prosiding Suruhanjaya selama ini.

ANWAR IBRAHIM

Transcript

Lingam: The constitution judges said the constitution said, in the opinion of the prime minister he recommend. Who the prime minister recommend? So you are Dzaiddin, you are chief justice, you recommend 10 names, I consent, I said I want these 15 names, can’t do anything. He recommend to rulers, rulers only consulted, not approve, only consult. You Know?

[Voice off-camera]: Because if it goes up to the Court of Appeal…

Lingam: Now Dzaiddin wants to come through the PM because he wants his Tun-ship. So…he doing everything to please the PM lah, but he recommended five judges, three…three approved, which is Tun Eusoff Chin’s men, two not Eusoff Chin’s men which we objected. I prepared the report and rejected… but he wants to appeal again lah.

[Voice off-camera]: Can he appeal?

Lingam: He can appeal lah, but will be rejected lah.

[Voice off-camera]: I never know appointment can be rejected you know?

Lingam: No, recommendation can be rejected. The PM shall recommend so and so, after consulting so and so. So, PM suppose to consult Loh Mui Fah before he recommends. So Loh Mui Fah recommend 10 names, he in fact can say I disagree with your 10 names, I recommend Gurm…Lingam and so and so. Nothing you can do. You are only…you are supposed to be consulted, not to be approved. You see the point or not? The constitution said consult. I suppose to consult my father before I marry, I consulted him, he disagreed but still I married!

[Voice off-camera]: Because that is not final, ah.

Lingam: Right, consult is to discuss. That’s all. But if I must get my father’s approval before married, then different. Approval different from consult.

[Voice off-camera]: So, who is the lord president now?

Lingam: Now chief justice Dzaiddin.

[Voice off-camera]: Dzaiddin…

Lingam: But between you and me. We have taken Dzaiddin for dinner three times.

[Voice off-camera]: Three times already.

Lingam: And we have given him the most expensive gift. Don’t ask about it lah. I have given him and Vincent Tan has given him. So, he also cannot attack us. Tomorrow we go say we give you this this this. He cannot go and say you are a agent. Correct or not? So, he is neither here nor there lah. That’s all.

[Voice off-camera]: But… Chief Justice..

Lingam: But in the court when I argue with him. He said, Datuk Lingam you said you will take one hour. I said, my Lord, it is only 50 minutes, I got another 10 minutes. But…I appreciate. Thank you, thank you… He is very nice with me, very polite with me. I have been sending cakes every hari raya. Vincent has been sending. He can’t go and say he is very clean, correct or not?

[Voice off-camera]: But then he is…

Lingam: But he is playing his game lah. He got the job, that’s it. Now, September he is finished that’s all. Make sure he is not extended.

[Voice off-camera]: But, he may ask for extension.

Lingam: He is hoping… he told somebody that he likes the job very much. Then he likes…Let him dream lah.

[Voice off-camera]: Above him is the Lord President?

Lingam: He is the number one man, Dzaiddin.

[Voice off-camera]: Whose the Lord President?

Lingam: He is called… those days called lord president, now called chief justice, federal court.

[Voice off-camera]: Oh… it is the same title.

Lingam: Number two President Court of Appeal, that Wan Adnan, my personal friend. He was sick. Nobody knows he is close to me. Right, in fact, he never knew his name is going up until I told him. Then number three, Ahmad Fairuz, Chief Judge Malaya. Ahmad Fairuz is going to be acting, now acting…number two. Right? So, next minute, even Raja Aziz said he is going to be the next top job. He is…definitely number one lah. So, he told me I leave it all to you and you must help me and all…I said I’ll arrange for you to meet Tengku Adnan, Vincent and meet with PM lah…But this bugger is sometimes a bit scared. Ah…I must play shadow from the behind. Nobody should know I know you. Then you can help more. But people, see you know more, like Eusoff Chin, because I met him in New Zealand, became a problem. But if I didn’t meet him in New Zealand, it’s a… no problem. Correct or not? Unfortunate.

[Voice off-camera]: Then, in your…then they said you have taken photograph with him holidaying in…huh…huh…

Lingam: But unfortunately, I didn’t know. The worst thing I didn’t know Eusoff Chin put his hand like that! Alamak…so…I also didn’t know about it. What to do?

[Voice off-camera]: Then… then…

Lingam: Do you know, today one o’clock, Eusoff Chin having lunch in his house today. Hari Raya today. He called me and my wife to come. I told him we don’t go today, we make it another day. I don’t come but my wife and children will come. You know or not?
I told my wife to call…[unclear]… [phone rings]…

Lingam: Hello…Joe Ah…!

Note: Because some parts of the recording are inaudible the transcript may not be 100% accurate.

27
Jan

Rancangan Menyingkirkan Sasterawan Negara Daripada Pengajaran Sekolah

Cadangan Kementerian Pelajaran untuk menggantikan karya-karya para Sasterawan Negara dan penulis tersohor kita dengan penulis-penulis semasa yang dianggap popular di dalam mata pelajaran bahasa dan sastera di sekolah amat mengejutkan dan harus dibantah oleh semua yang menghargai nilai sastera dan warisan khazanah budaya negara.

Rancangan tersebut, yang dicadangkan untuk dilaksanakan pada 2010, dikatakan akan merangkumi penyingkiran karya tokoh-tokoh seperti Shahnon Ahmad, Usman Awang dan Samad Said, untuk digantikan dengan para penulis yang belum lagi terkenal ataupun penulis yang belum diiktiraf para karyawan. Kekayaan khazanah sastera mencerminkan ketinggian budaya sesebuah masyarakat, dan para sasterawan ini telah membina khazanah tersebut secara berterusan selama ini. Adakah kerajaan meluahkan penghargaan terhadap sumbangan mereka selama ini dengan tindakan sebegini?

Kami tidak membantah penggunaan teks penulis semasa yang dianggap popular sekadar memberikan pendedahan kepada pelajar tetapi galakan ini tidak seharusnya mengorbankan karya-karya agung bangsa. Di dalam perkara ini, selain dari mengembangkan karya-karya Bahasa Malaysia, kerajaan mesti turut mengambil peranan proaktif dalam mengembangkan sastera di dalam bahasa-bahasa lain terutamanya minat membaca hasil-hasil klasik sama ada di dalam Bahasa Inggeris, Cina mahupun Arab.

Pendidikan ialah hak asas semua rakyat dan menyediakan pendidikan yang bermutu ialah tanggungjawab pihak berkuasa. Meskipun Kementerian Pelajaran dalam sepuluh tahun kebelakangan ini sememangnya tidak dikenali kerana dasar dan tindakan yang munsabah, namun cadangan terbaru ini teramatlah tidak masuk akal, malah lebih dikesali andainya ia dibuat atas perkiraaan politik. Jelas sekali, tidak ada sebarang manfaat daripada cadangan ini. Saya menyeru semua rakyat Malaysia yang prihatin untuk membantah cadangan yang dikira dangkal dan merendah darjat budaya bangsa.

ANWAR IBRAHIM

27
Jan

Klip Video Terbaru - Cubaan..Cubaan..Cubaan..

pendekar_bujang_lapok_02.jpg

Sekembali saya dari Hong Kong petang Jumaat, saya memperolehi klip video terbaru mengaitkan lagi pelakon utama VK Lingam, para hakim pilihan, tauke judi Vincent Tan, sekutunya Tengku Adnan Mansor serta bekas PM Tun Dr. Mahathir.

Tunggu dan saksikan adegan menarik Isnin nanti inshaAllah.

Apa pula kata ahli Suruhanjaya? Tidak relevan, lupa, atau bukan bidang kuasa kami?

Di Petra Jaya dan Kuching, Sarawak sebentar tadi manakala saya menceritakan kisah Tun Eusoff Chin - yang kebetulan satu penerbangan dengan VK Lingam, kebetulan satu van, kebetulan satu hotel dan kebetulan satu penempahan oleh kedua setiausaha mereka, - maka jeritan dari khalayak: cubaan….cubaan….cubaan (cuba teka siri Bujang Lapok yang mana?)

ANWAR IBRAHIM

27
Jan

Seharian Di Hong Kong

Hari Khamis saya berada di Hong Kong, memenuhi dua acara berasingan dengan kumpulan peniaga dan pelabur.

Pertama, mereka memohon himbauan saya mengenai pospek ekonomi serantau akibat krisis institusi kewangan Amerika. Dan kedua, reaksi saya bersabit pengumuman pentadbiran Hong Kong mahu memperkenalkan perbankan dan pelaburan Islam di sana.

Malangnya minat terhadap Malaysia sebagai destinasi pelaburan asing menjunam, hinggakan lebih rendah dari Singapura, Vietnam, Thailand dan Indonesia.

Pertemuan saya dengan media internasional diselenggarakan oleh Komisi Hak Asasi Asia di Hong Kong.

ANWAR IBRAHIM

25
Jan

Al Fatihah Buat Allahyarham Adlan Benan Omar

Alfatihah buat Allahyarham Adlan Benan Omar, anak muda pintar dan penuh hemah. Beliau aktif sebagai pemimpin mahasiswa di London.

adlanIdealismenya terserlah manakala menolak tawaran jabatan politik sekembalinya ke KL dengan alasan tokoh tsersebut bergelumang dengan rasuah. Tetapi beliau menjalin hubungan kerja dengan rangkaian IKD (Institut Kajian Dasar) dan pejabat saya (TPM) ketika itu.

Beliau kelihatan aktif menjana gerakan reformasi 1998 dan kemudiannya dalam Pemuda KeADILan (kini Angkatan Muda KeADILan).

Saya sempat menziarah beliau tatkala amat uzur dua minggu lalu dan Azizah mewakili keluarga menziarahi jenazahnya semalam. (Saya inshaAllah tiba di KL lewat petang Jumaat)

Semoga rohnya dicucuri rahmat ditempatkan di kalangan roh para salehin.

ANWAR IBRAHIM

25
Jan

Lawatan Kerja ke Kuching

[Sabtu, 26 Januari 2008]

2.00 pm Program Perjumpaan Rakyat di Kg Serpan, Asa Jaya, Kota Samarahan
Contact: Sdr Husin Apok 014 698 3237

3.30 pm Penyerahan Kutipan Tabung SRJKC Sg. Tapang di Hotel Grand Continental
Contact: Sdr Chee How 019 888 6509

5.00 pm Sidang Akhbar untuk Pilihanraya Negeri Sarawak di Hotel Grand Continental
Contact: Sdr Chee How 019 888 6509

6.40 pm Sembahyang Maghrib dan Tazkirah di Masjid Kg Landeh

8.00 pm Ceramah Perdana di Kg. Bako
Contact: Sdr Saidan 016 882 8422

9.00 pm Ceramah Perdana di Petra Jaya di Jln Hj Hashim Jaafar, Kpg Lintang
Contact Hj Baharuddin 019 8660 358

25
Jan

Lawatan Kerja ke Miri

[Ahad, 27 Januari 2008]

Contact: Daniel Gerinang 019 8916060 Zulhaida 013 8337662 Chong 016 8501628

11.00 am Program Perjumpaan Rakyat di Pekan Batu Niah

1.30 pm Program Perjumpaan Rakyat di Bekenu

4.00 pm Program Bersama Rakyat di Emart, Tudan

4.30 pm Program Perjumpaan Rakyat di RPR, Tudan

6.30 pm Sembah Maghrib dan Tazkirah di Masjid Besar Miri
8.30 pm Sidang Akhbar untuk Pilihanraya Negeri Sarawak
9.00 pm Ceramah Perdana di Klinik Dr. Teo

24
Jan

Isu Islam & Demokrasi

Ulasan Subhan, Noh dan lain-lain setelah membaca pidato saya - Islam and Democracy - memaparkan kesungguhan menelaah karya dan mengulas. Khalayak di majlis tersebut terdiri dari sarjana, duta, wartawan dan politikus serantau. Saya mempertahankan keyakinan saya mengenai risalah Islam, bagi menegak keadilan sejagat.

Ini berbeza dengan leteran sebahagian yang sekadar menyadur liputan singkat tanpa membaca. Arakian tersebarlah ceritera sekular, sosok liberal dan lain-lain.

Natijahnya justeru menyemarak semula budaya ilmu. Dan manakala pengunjung mengutip sedutan dari Menangani Perubahan, saya pastinya lebih teransang lagi.

ANWAR IBRAHIM

24
Jan

Dato’ Sheikh Azmi

Minggu lalu, di tengah kesibukan menjelajah seluruh pelusuk negara sempat juga saya dan Azizah menziarah sahabat saya Sheikh Azmi yang sedang dirawat di Anjung Rahmat, Gombak.

Meskipun uzur, beliau terserlah ceria diiringi Kak Ungku, berseloroh mengenai wali Songo, menanyakan kemajuan kempen KeADILan dan mengupas potongan ayat al Quran.

ANWAR IBRAHIM

24
Jan

Video: DSAI Jelaskan Bagaimana Harga Petrol Boleh Diturunkan

Video oleh MediaRakyat

23
Jan

DSAI Ditunggu Ribuan di Pahang

oleh Haji Suhaimi Said

Persinggahan selepas Isya Dato Seri Anwar Ibrahim ke Pahang Timur pada 22hb Januari 2008 adalah sebuah Dewan restoran yang boleh memuatkan lebih kurang 1,500 orang di Kuantan.

Semua kerusi telah diisi penuh maka terpaksalah hadirin berdiri berasak-asak didalam Dewan itu.

Kehadirannya adalah 80% kaum India, 15% Cina dan 5% Melayu di dalam suatu Majlis yang dikhaskan untuk kaum India.

Sejak awal lagi kaum India telah memenuhi Dewan itu dengan terlebih dahulu membuat pendaftaran sebagai sukarelawan semasa pilihanraya umum nanti. Sehingga jam 9 malam, sudah lebih 600 orang-orang India mendaftar diri sebagai sukarelawan, orang-orang Cina dan Melayu juga turut mendaftar sebagai sukarelawan.

Dato Seri Anwar disambut dengan meriah, dan sepanjang ucapan Anwar, para hadirin memberikan tepukan demi tepukan bergemuruh menandakan bahawa mereka menyokong isi ucapan Sdr Anwar.

Continue reading ‘DSAI Ditunggu Ribuan di Pahang’

23
Jan

Suruhanjaya Video - Walhasil Balik Asal!

Nama saya disebut dua kali oleh VK Lingam dalam video tersebut, saya telah menerima sapina, dan hanya menunggu giliran!Sekonyong-konyong setelah berulangkali ditanya peguam, suruhanjaya berbicara: Gerangan alasan apa perlu hadir? Sila catat dulu!

Mengapa hanya saya dan tidak Tun Dr Mahathir atau Tun Eusoff Chin? Nanti kami menitahkan kemudian ujar mereka.

Ada keterangan baru, peguam saya berhujah. Dato’ Abdul Murad Khalid, bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia memberitahu beliau diarah memfitnah saya, bahawa saya punyai simpanan RM3 billion di luar negara.

Selain PM ketika itu, Tengku Adnan Mansor dan tauke judi Vincent Tan turut terlibat. Ha, sekali lagi VK Lingam yang memaksa beliau membuat pengakuan bersalah di mahkamah kerana telah merundingkan penyelesaian dengan Ketua Hakim Eusoff Chin.

Demikian episod drama filem Tamil yang mampu menandingi Sivaji the Boss!

ANWAR IBRAHIM






Galeri Flickr

Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 

Dokumentari Perbicaraan 1998

Video Manifesto KeADILan

Sila klik sini untuk versi Bahasa Inggeris, Cina dan Tamil

Pakatan Rakyat to Putrajaya

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

January 2008
M T W T F S S
« Dec   Feb »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031