Kepulangan Allahyarham Ustaz Datuk Ishak Baharom ke Rahmatullah adalah satu kehilangan besar buat umat Islam di Malaysia.
Ketegasan Allahyarham mempertahankan hukum Allah dibayar dengan pemecatan Allahyarham meskipun Allahyarham baru dilanjutkan kontrak untuk meneruskan khidmat sebagai Mufti Selangor. Apakan daya, arahan penguasa lebih perlu didulukan berbanding amar maaruf nahi mungkar.
Beberapa tahun selepas pemecatan Allahyarham, Allahyarham terus menyumbang buah fikir bersama-sama Majlis Syura Ulama’ PAS.
Azizah berkesempatan menziarahi jenazah dan keluarga Allahyarham memandangkan saya berada di luar ibu kota.
Saya begitu terkesan dengan pemergian Allahyarham, saya dan keluarga mendoakan moga ditempatkan roh Allahyarham di kalangan para sallehin.
Al Fatihah.
ANWAR IBRAHIM
















Salam semua,
Terlalu hina pemimpin/ketua masyarakat Islam yang diberi kuasa untuk mempertahankan kemuliaan ISLAM tetapi mengambil sikap meminggirkan Islam.
50 tahun UMNO diberi kuasa memerintah negara tetapi ternyata bukan sahaja gagal memuliakan agama ALLAH, malahan ramai pemimpin UMNO telah memperlekehkan Islam.
Pemecatan Allahyarham Ishak Baharom adalah salah satu bukti kehinaan sikap dan perangai pemimpin UMNO.
Lebih hina lagi adalah mereka yang telah melihat segala kepincangan dan kekalutan yang dilakukan oleh pemimpin terkutuk dari BN tetapi masih bersubahat dengan memberi undi kepada mereka.
Pemimpin zalim dan bacul adalah pengkhianat kepada Agama, Bangsa, Masyarakat dan Negara. Rakyat yang memilih pemimpin yang zalim dan bacul adalah lebih hina, lebih buruk, lebih bacul daripada pemimpin itu sendiri. Malahan mereka adalah juga pengkhianat yang dilaknati.
Al Fatihah buat Allahyarham Ishak Baharum.
pengatur:
vk lingam
vincent tan
tengku adnan
cik det
orang suruhan:
hakim hacks
eusoff chin
mokhtar abdullah
tun dzaidin
ahmad fairuz
hilangnya satu lagi permata agama negara.
tidak ramai yang ‘alim seperti beliau. lantang, tegas, terus dan tepat. diharap, pelapis-pelapis pembawa agama negara mencontohi beliau, perjuangan beliau… alfatihah…
Di atas rasa hormat ke atas ketegasan beliau, saya dari Melaka pergi ke Shah Alam, namun agak terlewat.
Apa kata DSAI berkenaan pemecatan Almarhum ust Ishak Baharom, memandangkan waktu itu DSAI ada bersama dalam kabinet TDM?
Salam buat seluruh umat islam Malaysia,
buat umat UMNO yang selama ini menyokong tindakan zalim pemerintah UMNO dalam menindas ulama Islam sejati, insaflah! Anda ada bahagian dalam dosa yang dilakukan oleh pemimpin anda! Pemergian Dato Ishak Baharom seharusnya membuka mata anda untuk kembali ke pejuangan asal umat Islam- menegakkan yang benar dan mencegah kemungkaran! Pilihanraya ini suatu peluang untuk anda membuktikannya. JATUHKAN UMNO!
Ana antara rakyat Malaysia yg amat mengagumi Allahyarham Dato Ishak,,terkenang ana,sekitar selepas Allahyarham Dato’ dipecat,ana terserempak dgn Allyarham di Masjid Tok Naga,Bkt Kemuning,Shah Alam..bersama2 Allahyarham ketika itu juga adalah Al-Fadhil Al-Ustaz Dato’ Dr. Harun Din & Al Ustaz Syeikh Jamaludin(Mudir Madrasah di Tok Naga).Kehadiran Al-Fadhil2 Ustaz2 ketika itu adalah utk meraikan jemaah2 Tabligh yg sedang buat program Ijtimak atas jemputan Al-Fadzhil Ustaz Jamaludin.Allahyarham telah memberi masa sehari suntuk bersama2 jemaah.Kehadiran Allahyarham ketika itu benar2 memberi semangat kpd jemaah2 yg kerap dihina-cerca ini ketika itu.Selang bbrp bln selepas itu,ana duduk program ceramah Allahyarham di Masjid Kg Idaman Klang.Sifat Tawadhuk,lemah lembut,penyampaian yg tulus dr hati beliau,benar2 memberi kesan.Perwatakan Allahyarham & Dato’ Tuan Guru Nik Aziz memang saling tak tumpah,sama..sebenarnya..inilah ulama2 yg biasanya ana lihat perwatakan mereka yg lahir dr Universiti Darul Ulum Deobond,India.
Yang boleh ulas soalan adi fimiyun……almarhum Ust fadhil Nor…
Rakyat memerlukan ulamak yang berani memperjuangkan yang haq dan menentang yang bathil. Moga roh Allahyarham ditempatkan dikalangan para solihin. Takziah buat balu Allahyarham.
Semoga arwah ditempatkan bersama-sama para solehin insyaalah…AL Fatihah
Dengan pemecatan al’ ustaz dari mufti Selangor oleh tauke umno, tak hairanlah juak-juak umno mempersendakan Islam dengan; skendal sek ahli2 parlimennya, rasuah, skendal PKFTZ, memperkudakan JAIS merobohkan surau-surau dan merangka khatubah Jumaat tafsiran islam hadari. Terkini ada pula ketua cawangan umno, berbangsa Melyu, katanya Islam, berhasrat nak robohkan surau di Gombak dengan alasan jemaah boleh pergi kemesjid berhampiran yang baru dibena. Surau ini tak sesuai berada berhampiran dewan yang baru dibena oleh umno untuk orang ramai. Kalau berani robohlah!
kita semakin kehilangan tokoh dan pejuang. apakah ini tanda akhir zaman sprt yg Allah gambarkan didlm Al-Quran. bersedialah anak muda semua. mari kita pikul amanat ulama krn ulama adalah pewaris nabi. Al-Fatihah utk mu tuan guru…..
Azazil yang zuhud beribadat selama 20,000 tahun lalu diangkat menjadi ketua malaikat pun dilaknatkan Allah swt apabila enggan tunduk kepada Adam yang hendak dijadikan khalifah. Puncanya kerana dia angkuh dan sombong; Aku terlebih baik daripadanya, aku Engkau ciptakan daripada api dan dia Engkau ciptakan daripada tanah (Surah Shaad: 76).
Bagaimana dengan mereka yang menentang segala hukum tuhan? Bagaimana dengan mereka yang menolak sebahagian dan mengambil sebahagian daripada ketetapan al-Quran? Bagaimanakah pula dengan mereka yang merobohkan mesjid, menutup surau, menghalang pengajian agama, mengasingkan pelajaran agama di sekolah serta menutup sekolah agama rakyat?
Malah mereka berani memecat seorang mufti yang bertegas dengan Kanun Acara Jenayah yang mereka sendiri luluskan dalam DUN. Puncanya, sebab mufti ini menegur penglibatan gadis Melayu dalam pertandingan ratu cantik.
Kepada mana-mana orang UMNO yang mengikuti blog ini, kamu boleh takrifkan sendiri siapakah yang terlebih baik di antara Azazil tadi dan pemimpin kamu yang memecat arwah tuan mufti ini?
Namun Allahyarham tetap sabar di atas mehnah tersebut dan kini dia telah pun kembali. Dan sebagai pengundi, ada di antara yang terlibat bersubahat.
Apakah cara yang ada untuk menebusnya?
Undilah PAS, PKR dan DAP dalam PRU12 nanti untuk merobah kebejatan yang sejak lama berleluasa. Kemudian bertaubatlah dan tingkatkan amal ibadat. Banyakkah fidyah untuk Allahyarham serta mendoakannya.
Al-fatihah.
Semoga ALLAH memberkati perjuangan dan perngorbanan beliau.semoga kita dapat mengikut jejak langkah nya.