Al Fatihah Buat Loloq

31 January 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

loloqSemalam Malaysia kehilangan seorang lagi pejuang seni yang banyak menyumbang karya yang sarat dengan kritik sosial yang menyentuh pelbagai aspek.

Allahyarham Loloq, atau nama sebenarnya Rosli Khamis meninggal dunia petang semalam disebabkan pendarahan dalam otak.

Pemergian Allahyarham akan membawa bersama karya-karya yang penuh dengan metafora bahasa yang indah tetapi tidak meminggirkan pengisian filsafat, sejarah dan kritikan sinis. Karya-karya Allahyarham sebelum ini yang acapkali bergandingan dengan M Nasir, akan meninggalkan kelompongan besar buat industri seni tanah air.

Allahyarham juga antara individu yang bertanggungjawab menjemput beberapa artis terkenal tanah air untuk sama-sama berdialog di dalam Program Seniman anjuran IKD sejurus pembebasan saya pada tahun 2004.

Ada yang memaklumkan bahawa antara karya beliau sebelum ini, Salut, nyanyian kumpulan Spider adalah merupakan satu penghargaan buat saya dan para pejuang reformasi. Demikian juga lagu Mabuk yang sarat dengan kritikan kepada golongan penguasa yang dahagakan kuasa dan pangkat.

Sekalung takziah daripada saya sekeluarga kepada keluarga Allahyarham Loloq. Moga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham.

ANWAR IBRAHIM

Pendapat Anda