Archive for January 31st, 2008

31 January 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

syeikhazmi-003.jpg

Saya dan Azizah sekali lagi ke KBMC menziarah sahabat kami Dato Sheikh Azmi yang sedang dirawat setelah menjalani pembedahan. Kami ke sana minggu lalu tatkala beliau masih di bilik pembedahan.

Alhamdulillah nampaknya beliau kian sembuh dan kita mendoakan semoga beliau segera pulih.

ANWAR IBRAHIM

31 January 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

ishak

Kepulangan Allahyarham Ustaz Datuk Ishak Baharom ke Rahmatullah adalah satu kehilangan besar buat umat Islam di Malaysia.

Ketegasan Allahyarham mempertahankan hukum Allah dibayar dengan pemecatan Allahyarham meskipun Allahyarham baru dilanjutkan kontrak untuk meneruskan khidmat sebagai Mufti Selangor. Apakan daya, arahan penguasa lebih perlu didulukan berbanding amar maaruf nahi mungkar.

Beberapa tahun selepas pemecatan Allahyarham, Allahyarham terus menyumbang buah fikir bersama-sama Majlis Syura Ulama’ PAS.

Azizah berkesempatan menziarahi jenazah dan keluarga Allahyarham memandangkan saya berada di luar ibu kota.

Saya begitu terkesan dengan pemergian Allahyarham, saya dan keluarga mendoakan moga ditempatkan roh Allahyarham di kalangan para sallehin.

Al Fatihah.

ANWAR IBRAHIM

31 January 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

loloqSemalam Malaysia kehilangan seorang lagi pejuang seni yang banyak menyumbang karya yang sarat dengan kritik sosial yang menyentuh pelbagai aspek.

Allahyarham Loloq, atau nama sebenarnya Rosli Khamis meninggal dunia petang semalam disebabkan pendarahan dalam otak.

Pemergian Allahyarham akan membawa bersama karya-karya yang penuh dengan metafora bahasa yang indah tetapi tidak meminggirkan pengisian filsafat, sejarah dan kritikan sinis. Karya-karya Allahyarham sebelum ini yang acapkali bergandingan dengan M Nasir, akan meninggalkan kelompongan besar buat industri seni tanah air.

Allahyarham juga antara individu yang bertanggungjawab menjemput beberapa artis terkenal tanah air untuk sama-sama berdialog di dalam Program Seniman anjuran IKD sejurus pembebasan saya pada tahun 2004.

Ada yang memaklumkan bahawa antara karya beliau sebelum ini, Salut, nyanyian kumpulan Spider adalah merupakan satu penghargaan buat saya dan para pejuang reformasi. Demikian juga lagu Mabuk yang sarat dengan kritikan kepada golongan penguasa yang dahagakan kuasa dan pangkat.

Sekalung takziah daripada saya sekeluarga kepada keluarga Allahyarham Loloq. Moga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham.

ANWAR IBRAHIM