Cadangan Kementerian Pelajaran untuk menggantikan karya-karya para Sasterawan Negara dan penulis tersohor kita dengan penulis-penulis semasa yang dianggap popular di dalam mata pelajaran bahasa dan sastera di sekolah amat mengejutkan dan harus dibantah oleh semua yang menghargai nilai sastera dan warisan khazanah budaya negara.
Rancangan tersebut, yang dicadangkan untuk dilaksanakan pada 2010, dikatakan akan merangkumi penyingkiran karya tokoh-tokoh seperti Shahnon Ahmad, Usman Awang dan Samad Said, untuk digantikan dengan para penulis yang belum lagi terkenal ataupun penulis yang belum diiktiraf para karyawan. Kekayaan khazanah sastera mencerminkan ketinggian budaya sesebuah masyarakat, dan para sasterawan ini telah membina khazanah tersebut secara berterusan selama ini. Adakah kerajaan meluahkan penghargaan terhadap sumbangan mereka selama ini dengan tindakan sebegini?
Kami tidak membantah penggunaan teks penulis semasa yang dianggap popular sekadar memberikan pendedahan kepada pelajar tetapi galakan ini tidak seharusnya mengorbankan karya-karya agung bangsa. Di dalam perkara ini, selain dari mengembangkan karya-karya Bahasa Malaysia, kerajaan mesti turut mengambil peranan proaktif dalam mengembangkan sastera di dalam bahasa-bahasa lain terutamanya minat membaca hasil-hasil klasik sama ada di dalam Bahasa Inggeris, Cina mahupun Arab.
Pendidikan ialah hak asas semua rakyat dan menyediakan pendidikan yang bermutu ialah tanggungjawab pihak berkuasa. Meskipun Kementerian Pelajaran dalam sepuluh tahun kebelakangan ini sememangnya tidak dikenali kerana dasar dan tindakan yang munsabah, namun cadangan terbaru ini teramatlah tidak masuk akal, malah lebih dikesali andainya ia dibuat atas perkiraaan politik. Jelas sekali, tidak ada sebarang manfaat daripada cadangan ini. Saya menyeru semua rakyat Malaysia yang prihatin untuk membantah cadangan yang dikira dangkal dan merendah darjat budaya bangsa.
ANWAR IBRAHIM
















Ali (Rad) When asked to pay more money to elites he said “Do you command me that I should seek support by oppressing those over whom I have been placed? By Allah, I won’t do so as long as the world goes on, and as long as one star leads another in the sky. Even if it were my property, I would have distributed it equally among them, then why not when the property is that of Allah.”[
setuju…bahasa manunjukan bangsa…
Rancangan ini dikenali sebagai ‘program membabibutakan’ pelajar-pelajar sekolah, yang bermula sejak mula-mula Pak Lah menjadi PM. Tahun 2003, Bab yang mengajar tentang ‘keadilan’, didalam mata pelajaran Pendidikan Moral disekolah-sekolah Cina telah dihapuskan.
Pantun sekarat.
DBP & GAPENA di salib, tangan di paku mulut di jahit.Pejuang bahasa sujud sembah penuh kaku.
Ini lah nasib negara ku, yang terbilang.
Bila suruhanmadaya dirahjah menutup kepada pemberita dan orang ramai apabila peguam saudara anwar ibrahim berhujah dan berbicara maka jelas undang undang malaysia pilih bulu bila melibatkan orang kenamaan dan orang politik bangsawan (peminpin umno), maka semuanya nak ditutup.mereka malu pada rakyat tetapi takmalu pada allah ini lah islam hadari ciptaan bani kurapsi umno.
Assalamualaikum Dato’ Seri Anwar Ibrahim
saya nak tanya kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang saya hormati
kita imbas kembali semasa Dato’ Seri baru keluar dari penjara
ada satu video yang tersebar luas dan dengar cerita ditayangkan dalam kursus BTN(Biro Tatanegara)
yang menayangkan bagaimana Dato’ Seri kelihatan tidak terdaya sewaktu selepas keluar dari penjara
iaitu sebelum Dato’ Seri dirawat di jerman sedangkan di satu hospital Dato’ Seri Anwar dilihat seperti seorang yang sihat pada ketika itu apabila kelihatan Dato’ Seri bangun dari kerusi roda seolah2 dalam keadaan sihat seperti tidak memerlukan kerusi roda pada ketika itu(walaupun dalam video tersebut Dato’ Seri masih lagi memakai sesuatu pada leher)untuk mengambil sesuatu seakan2 bantal dan kemudian duduk balik di kerusi roda Dato’ Seri.
adakah Dato’ Seri mempunyai penjelasan berhubung dengan perkara itu…saya sendiri pernah melihat video tersebut dalam youtube.com(tapi tak ingat dah linknya,tak pernah save).saya harap Dato’ Seri
Anwar mempunyai penjelasan berhubung dengan perkara ini.
Datuk Seri
Menyentuh isu pendidikan, diharapkan datuk dapat memperjuangkan PENDIDIKAN PERCUMA kepada seluruh warga malaysia, LUPUSKAN PTPTN @ Along Kerajaan. Saya akan UNDI KeADILAN, biarlah terpaksa balik ke Sarawak untuk mengundi tetapi LAWAN TETAP LAWAN!
DATUK A. Samad Said, seorang Sasterawan Negara yang tidak mahu lagi guna gelaran itu, kini mengambil sikap ‘tidak akan menerima sebarang jemputan ceramah atau program berkaitan Kompenan Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu (Komsas)’ kecuali atas nama peribadi. Penentangan ini terpaksa dilakukan ‘…demi masa depan generasi sastera dan dunia kreatif di negara ini yang kelihatan semakin terpinggir.’
Suara Dari Dinding Madrasah
A.Samad Said.
Aku tidak marah kau mencekau dinding madrasah,
Mencungkil atau mengganti langsir lebih berbunga,
Anak-anak memang merindui iklim penuh bermakna,
Tidak juga kubantah kau simini retak lantai rumah,
Memolekkan sekeliling dan mempercantik taman seada,
Anak-anak amat memerlukan kebijaksanaan orang tua,
Tapi, kau merangsang mereka mengenepi rehal,
Mengganti muqaddam dengan kamus barat yang tebal,
Memuja dunia dan mereputkan kesetiaan sebangsa;
Sanubari anak telah dicerobohi sedemikian lukanya.
Aku tidak pun membantah madrasah memiripi pejabat,
Atau dijemur sejadah pada sidaian yang lebih kuat,
Asalkan sejemaah kita masih setia menghadapi kiblat,
Selamat ke matlamat syadu membahagiakan rakyat,
Dan bertambah teguh iman sesihat dunia akhirat.
Tapi, menggelincirkan tapak, menggoyahi hati nurani,
Kebal mendindingi penyonglap, pendedahnya dihukumi,
Tidak’kan kurela otak dan hati begitu berbalah,
Apalagi pesanan semanisnya hanya dalam pura-pura.
Memang kecewaku sebaik begitu mulanya kau bersuara.
Aku impi jujur kau serahi muqaddam dan sejadah,
Menghadiah selautan pasir dan segunung batu bata,
Bersama khalayak dapatlah kita perbanyak madrasah,
Kemudiannya berkhutbah tentang bahagia lara ummah,
Pernah terjajah, merdeka, tergugat, kini terdera,
Aku ingin kita sentiasa menghargai sekolah agama,
Berfikir dan berazam selari meluhuri suci aqidah.
Apa yang kupinta demi lesterinya sanubari Islami,
Memelihara madrasah dan Jawi yang mula dilupai-
Tidakkah begitu wajarnya laku bakti penganut suci?
Dato’ Seri!! Begitulah keadaan Kementerian Pelajaran, dibawah usaha Pusat Perkembangan Kurikulum memilih karya yang tidak berjenama. Kalau diambil karya Sastrawan Negara nanti anak-anak akan tahu derita rakyat, tahu sengsara orang kampung dan peneroka bandar, nanti tak bolehlah nak tipu rakyat muda bahawa sebenarnya merdeka kita 50 tahun lebih tak kesampian. Orang miskin masih ada. Kalau karya masa kini hanya cerita tentang orang-orang kaya, samalah cerita drama kat TV tu.
Tegurlah Dato’ Seri!!, depa nak dengar atau tidak itu lain hal, asalkan pembaca internet tahu serba sedikit hal negara yang diputar alam oleh pemutar-pemutar yang sedikit demi sedikit terbongkar.
Semoga bangsa ini ada pembela, semoga Bahasa Melayu ada yang prihatin untuk membelanya. By the way what about our old friend, YB Kamaruddin Mat Noor, kat Semarak, Bacok. Tetap kekal dalam UMNO lagi ke?. Kawan nasihatkan dia berhentilah tanding jadi YB UMNO tu. Dato Idris Jusi bagaimana pula, tak dengar kabar pun.
Kementerian Pelajaran telah terpesong dari matlamat asalnya. Dari Pendidikan kepada Pelajaran. Apa yang penting generasi muda hanya diajar sahaja tanpa pentingnya pendidikan. Oleh itu sekolah sekarang hanyalah MENTERNAK MANUSIA bukannya MENDIDIK MANUSIA. (Meminjankata kata saudara Anwar ditahun-tahun 70′an)
Generasi muda kini telah hilang jatdiri mereka. Apayang mereka kenal hanyalah glamaur dan popularita sahaja. Mereka lehih mengenal artis pujaan semasa dari tokoh-tokoh sastrawan dan budayawan.
Naskah sastera yang dihasilkan oleh para satrawan tersohor padat dengan falsafah dan pemikiran yang mampu membawa generasi muda untuk membentuk jatdiri mereka. Naskah novel seperti Salina (A Samad Said) Saudagar Besar Dari Kuala Lumupur (Keris Mas, Ranjau Sepanjang Zaman (Shanon Ahmad, atau naskah Drama Matinya Seorang Pahlawan (Usman Awang) perlu dibaca dan perhalusi oleh genarasi muda kita. Memang naskah ini berat untuk dibawa berbanding dengan novel cinta penulisan masa kini.
Sampai bila kita mahu mendidik genarasi muda kita dengan bahan picisan dan ringan. Apakah kita mahu menjadikan generasi muda kita generasi yang tidak mahu berfikir. Kita lihat masyarakat barat mereka masih menyanjungi karya-karya klasik mereka.
teruknya disiplin generasi muda kita adalah kerana mereka tidak mempunyaio jatidiri yang baik. Para pelajar di tahun-tahun 80′an dan sebelumnya banyak didedahkan dengan tokoh-tokoh sejarah silam seperti Mat Kilau, Dato’ Bahaman, Datuk Maharaja Lela dan sebagainya. Generasi kini mereka tidak kenal lagi tokoh-tokoh ini. Tidak heran mengapa generasi kita tidak mempunyai semangat juang yang tinggi. Mereka lebih suka kepada perkara-perkara yang ringan dan picisan sahaja. Hiburan menjadi mainan hidup mereka.
Karya-karya klasik seperti Hikayat Hang Tuah, Sejarah Melayu dan lain-lain perlu terus diajar kepada generasi muda kita supaya negara tidak terus hilang arah dan harapan. Pemimpin yang kotor sudah pasti tidak mahu generasi muda mempunyai marlamat hidup yang murni - sebab itu pelajaran sastra tidak lagi memuatkan karya-karya agung ini.
MENJADI TANGGUNGJAWAG KITA UNTUK MENGUBAH SEMUA INI. UBAH SEBELUM PARAH, UBAH DEMI MARUAH.
AsSalamuAlaikum ws. Dato’ Seri
Saya cadangkan supaya diterbitkan (dibukukan) semua catatan di http://anwaribrahimblog.com/ sejak mula ia dilancarkan dalam sebuah buku “Anwar: Catatan di Blog”.
mudah-mudahan rakyat lebih faham tentang kerangka pemikiran dan idealisme perjuangan Dato’ Seri
SALAM PERJUANGAN….
KEMENTERIAN PELAJARAN HARUS PEKA DENGAN TAHAP PEMIKIRAN DAN PEMBELAJARAN YANG PERLU ADA PADA PELAJAR2 DAN MENGIKUTI ARUS SERTA KEHENDAK SARJANA2,CENDIKIAWAN DAN MASYARAKAT UMUM YANG MEMENTINGKAN PADA ASPEK NILAIAN KUALITI DIMANA DALAM MASA YANG SAMA HARUS MENGEKALKAN IDEALISMA2 YANG TERHASIL DARI SASTERAWAN2 NEGARA,TANPA DIGANGGUGUGAT OLIH KERAKUSAN PENGARUH2 POLITIK,YANG HANYA MELUPUT DAN MEMBANTUTKAN HASIL2 KARYA YANG BERTERASKAN KEBENARAN…
SEHARUSNYA,KARYA2 SASTERAWAN NEGARA DIANGKAT MARTABATNYA,SEBAGAI SATU PENGHORMATAN DAN SANJUNGAN TERHADAP INSAN2 YANG DALAM KESEDARAN DAN BERTANGGUNGJAWAB MEMPERJUANGKAN BAHASA,ADAT DAN BUDAYA BANGSA,UGAMA DAN NEGARA DEMI MENINGKATKAN KESEDARAN DAN KEUPAYAAN BANGSA,TANPA MENGENAL KELELAHAN DAN KEPAYAHAN YANG DITANGGUNG…MAKA,SEHARUSNYA PEHAK KEMENTERIAN,MENGEKALKAN SERTA MENGGALAKAN PELAJAR2 UNTUK MENGKAJI HASIL2 SENI KARYA2 MEREKA YANG BERKUALITI DIDALAM PEMBELAJARAN AGAR SUMBANGAN DAN BAKTI MEREKA AKAN TETAP SEGAR DAN TERUS BERKEMBANG DISUDUT AKAL ANAK CUCU KITA HINGGA AKHIR NANTI..KHAZANAH2 YANG DINUKILKAN BIARPUN SUDAH MENJADI SEJARAH NAMUN IANYA HARUS DIKEMBANGKAN SERTA DIBERI RUANG PADA GENERASI2 MENDATANG UNTUK DINILAI HASILNYA …JANGAN DIPINGGIRKAN ATAU DIKUBURKAN HASIL SENI SASTERAWAN2 NEGARA HANYA KARENA DIPENGARUHI OLIH IDEALISMA POLITIK YANG CETEK.
Di mana-mana pejabat kerajaan semuanya saja. Pegawai-pegawai kerajaan hanya duduk goyang kaki, menghitung hari bila naik pangkat. Bila soal kerja semua main lepas tangan. Inilah hasil dari pegawai yang malas berfikir. Semua ambil mudah dan dah tak tahu menilai yang mana bermutu dan tidak bermutu. Kalau setakat alasan karya tulisan SN negara sukar difahami itu semua merapu. Mana cerdik pandai guru yang mengajar sastera di sekolah? Ulasan tentang buku-buku berlambak ditulis oleh guru/penulis bagi memudahkan pelajar memahami teks dari sudut penceritaan,watak,plot dan lain-lain.
Agaknya penyakit mandul ilmu merebak di merata tubuh. Pengalaman yang saya hadapi juga menakutkan. Lepasan U pun bila diberi tugas menulis rencana, tak reti nak bubuh titik koma di mana. Semuanya bercelaru. Alahai kementerian pelajaran/pengajian tinggi yang kaya dengan akta.
dato sri..ape pendapat dato’ dlam pembelajaran sains n matematik dalam english….bgs ke tak untuk sistem pendidikan dan org melayu????