Archive for January 27th, 2008

27 January 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

Cadangan Kementerian Pelajaran untuk menggantikan karya-karya para Sasterawan Negara dan penulis tersohor kita dengan penulis-penulis semasa yang dianggap popular di dalam mata pelajaran bahasa dan sastera di sekolah amat mengejutkan dan harus dibantah oleh semua yang menghargai nilai sastera dan warisan khazanah budaya negara.

Rancangan tersebut, yang dicadangkan untuk dilaksanakan pada 2010, dikatakan akan merangkumi penyingkiran karya tokoh-tokoh seperti Shahnon Ahmad, Usman Awang dan Samad Said, untuk digantikan dengan para penulis yang belum lagi terkenal ataupun penulis yang belum diiktiraf para karyawan. Kekayaan khazanah sastera mencerminkan ketinggian budaya sesebuah masyarakat, dan para sasterawan ini telah membina khazanah tersebut secara berterusan selama ini. Adakah kerajaan meluahkan penghargaan terhadap sumbangan mereka selama ini dengan tindakan sebegini?

Kami tidak membantah penggunaan teks penulis semasa yang dianggap popular sekadar memberikan pendedahan kepada pelajar tetapi galakan ini tidak seharusnya mengorbankan karya-karya agung bangsa. Di dalam perkara ini, selain dari mengembangkan karya-karya Bahasa Malaysia, kerajaan mesti turut mengambil peranan proaktif dalam mengembangkan sastera di dalam bahasa-bahasa lain terutamanya minat membaca hasil-hasil klasik sama ada di dalam Bahasa Inggeris, Cina mahupun Arab.

Pendidikan ialah hak asas semua rakyat dan menyediakan pendidikan yang bermutu ialah tanggungjawab pihak berkuasa. Meskipun Kementerian Pelajaran dalam sepuluh tahun kebelakangan ini sememangnya tidak dikenali kerana dasar dan tindakan yang munsabah, namun cadangan terbaru ini teramatlah tidak masuk akal, malah lebih dikesali andainya ia dibuat atas perkiraaan politik. Jelas sekali, tidak ada sebarang manfaat daripada cadangan ini. Saya menyeru semua rakyat Malaysia yang prihatin untuk membantah cadangan yang dikira dangkal dan merendah darjat budaya bangsa.

ANWAR IBRAHIM

27 January 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

pendekar_bujang_lapok_02.jpg

Sekembali saya dari Hong Kong petang Jumaat, saya memperolehi klip video terbaru mengaitkan lagi pelakon utama VK Lingam, para hakim pilihan, tauke judi Vincent Tan, sekutunya Tengku Adnan Mansor serta bekas PM Tun Dr. Mahathir.

Tunggu dan saksikan adegan menarik Isnin nanti inshaAllah.

Apa pula kata ahli Suruhanjaya? Tidak relevan, lupa, atau bukan bidang kuasa kami?

Di Petra Jaya dan Kuching, Sarawak sebentar tadi manakala saya menceritakan kisah Tun Eusoff Chin – yang kebetulan satu penerbangan dengan VK Lingam, kebetulan satu van, kebetulan satu hotel dan kebetulan satu penempahan oleh kedua setiausaha mereka, – maka jeritan dari khalayak: cubaan….cubaan….cubaan (cuba teka siri Bujang Lapok yang mana?)

ANWAR IBRAHIM

27 January 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

Hari Khamis saya berada di Hong Kong, memenuhi dua acara berasingan dengan kumpulan peniaga dan pelabur.

Pertama, mereka memohon himbauan saya mengenai pospek ekonomi serantau akibat krisis institusi kewangan Amerika. Dan kedua, reaksi saya bersabit pengumuman pentadbiran Hong Kong mahu memperkenalkan perbankan dan pelaburan Islam di sana.

Malangnya minat terhadap Malaysia sebagai destinasi pelaburan asing menjunam, hinggakan lebih rendah dari Singapura, Vietnam, Thailand dan Indonesia.

Pertemuan saya dengan media internasional diselenggarakan oleh Komisi Hak Asasi Asia di Hong Kong.

ANWAR IBRAHIM