24
Jan
08

Isu Islam & Demokrasi

Ulasan Subhan, Noh dan lain-lain setelah membaca pidato saya – Islam and Democracy – memaparkan kesungguhan menelaah karya dan mengulas. Khalayak di majlis tersebut terdiri dari sarjana, duta, wartawan dan politikus serantau. Saya mempertahankan keyakinan saya mengenai risalah Islam, bagi menegak keadilan sejagat.

Ini berbeza dengan leteran sebahagian yang sekadar menyadur liputan singkat tanpa membaca. Arakian tersebarlah ceritera sekular, sosok liberal dan lain-lain.

Natijahnya justeru menyemarak semula budaya ilmu. Dan manakala pengunjung mengutip sedutan dari Menangani Perubahan, saya pastinya lebih teransang lagi.

ANWAR IBRAHIM


17 Responses to “Isu Islam & Demokrasi”


  1. 1 Pangeran Jan 25th, 2008 at 3:39 am

    Off topic

    Dato Seri sahaja bertanya

    ada orang feedback dekat saya,adakah tindakkan dato seri beritahu semua yang dato seri bole bertanding disesuatu kawasan yg dimenangi oleh PKR dengan pengunduran YB tersebut untuk memberi laluan kepada dato bakal mengundang SPR/AMNO untuk mengubal akta/peraturan supaya dato seri tidak dapat bertanding kawasan tersebut?

    Reply

  2. 2 cokelat Jan 25th, 2008 at 8:07 am

    Ramai pengundi di Kajang cukup ksgum dgn kerja kuat yang dilakukan oleh Cikgu Lee. Saban hari di Pasar Malam, perhentian Bas dan juga kedai kopi, maklumat-maklumat terkini serta risalah diedarkan.

    Tahun 2004, lebih kurang 43% pengundi melayu yang mengundi Cikgu Lee di Kajang.

    Oleh itu keADILan…. untuk menang selesa kerusi di Kajang perlu berani terus maju ke hadapan.

    Tiada yang berani dan berwawasan melainkan Cikgu Lee di Kajang.

    Reply

  3. 3 cokelat Jan 25th, 2008 at 8:13 am

    Tahniah kpd Pengarah Pilihanraya Selangor, Dato’ Zainal dan Sdr. Azmin Ali.

    Kelihatan jentera pilihanraya di Selangor sudah bersedia lebih awal kalau dibandingkan tahun 1999 dan 2004.

    Tahniah kepada DSAI kerana bertindak dengan bijaksana.

    Reply

  4. 4 Datuk Halik Zaman Jan 25th, 2008 at 8:39 am

    Dato Seri

    Keadilan sejagat adalah penting dalam penghidupan manusia. Semoga Parti Keadilan akan bermakna kepada seluruh rakyat Malaysia.

    Reply

  5. 5 Datuk Halik Zaman Jan 25th, 2008 at 8:48 am

    Dato Seri

    Wujudnya Islam atas dasar keadilan. Keadilan itu adalah merupakan sebuah kilang demokrasi.Demokrasi itu juga adalah amalan Islam disamping keadilan. Islam demokrasi dan keadilan tidak dapat dipisahkan, kalau dipisahkan pincanglah ia.Islam mengamalkan prinsip demokrasi yang tulin dan Islam juga mengamalkan keadilan yang tulin. Semua berlantaskan dari Al-Qor’an.

    Lain lah pula andaian UMNO demokrasi kukubesi,keadilan cuma dimulut sahaja. Kalau keadilan itu ditangan “Taukey Judi” sebagai penentu hukuman dan penentu siapa siapa jadi hakim maka hukum hakam sesebuah Negara itu sudah hilang maruahnya dan tidak lagi dihormati, sekaligus sesebuah Negara itu tidak lagi boleh dinamakan pengamal demokrasi dan keadilan yang tulin dalam mentadbirkan Negara dan rakyat.

    Reply

  6. 6 pemuda86 Jan 25th, 2008 at 12:17 pm

    salam dsai….
    dalam akhbr br nie menyatakan pas n keadilan xsejajar,ungkapan itu telah diwar2kan oleh umno sendiri…minta pandagan dato…kemudian penghijrahan 304 ahli pas ke umno di dun jabi terengganu…adkah itu satu spekulasi yg diwujudkan umno atau realiti…mintak dato komen…

    Reply

  7. 7 Mat Yu Jan 25th, 2008 at 3:03 pm

    Jgn baca berita-berita perdana yg berpihak kepada kerajaan!!! Selesai

    Reply

  8. 8 pengundi kajang Jan 25th, 2008 at 3:10 pm

    sebenarnya peluang cikgu lee menang di kajang amat cerah, selain dari faktor cikgu lee sendiri. terdapat ramai ahli pas yg hardcore dan jentera pas yg agak kuat, sekurang kurang nya 5 UPU pas di kajang beroperasi aktif TAPIIIII sampai saat ini kami masih lagi menungu team cikgu lee dtg berbincang dan selaraskan gerak kerja, kajang memmpunyai – 48% pengundi melayu dan untuk cigku menang beliau wajib menumpukan kerja di tempat melayu juga bukan di pasar kajang sahaja. Ramai ahli PAS kajang memang selesa dgn cikgu lee tapi ahli keadilan tak wujud atau terlalu amat sedikit.

    so pls come to us, we wiill help u just like 2004

    info..1999 pas menang dgn 52 undi(melayu masa tu 52%)

    pas_kajang@yahoo.com

    Reply

  9. 9 Pang5 Jan 25th, 2008 at 6:03 pm

    Asalammualaikum DSAI..
    Saya harap BA kerja dengan lebih kuat lagi kerana PRU akan tiba dalam masa terdekat ini lebih2 lagi di selangor dan kuala lumpur…
    Kalau ditakdirkan BA dapat memerintah selangor ini akan membuka mata seluruh rakyat malaysia….
    Kepada perjuang2 sekelian khususnya diselangor mari la kita sama2 membawa seberapa ramai pengundi2 atas pagar supaya bersama2 mengundi parti BA yang kita sayangi ini….

    Reply

  10. 10 fuad Jan 25th, 2008 at 7:24 pm

    datok seri..
    saya ada mendengar rakaman cermah datok seri.
    http://www.youtube.com/watch?v=kDSwy6YWEqk

    datok seri menyatakan datok seri tidak setuju dgn islamic states. mcm mana ni??
    negara islam harus dijadikan matlamat kerana hanya negara islam saja dapat menjamin keadilan mutlak sebagaimana negara Islam madinah dulu.

    kepada Pemuda 86, anda boleh baca jawapan dari PAS mengenai permainan politik bangang UMNO tu:
    http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=6033&mode=&order=0&thold=0

    wallahua’lam..

    Reply

  11. 11 kipaslipas Jan 25th, 2008 at 9:07 pm

    Assalamualaikum wrt Datuk Seri,

    Tahniah, Datuk Seri kejayaan MA dan PhD

    Griffith News

    Queensland chosen for new Islamic studies centre
    By: Deborah Marshall on: Mon 22 of Jan, 2007

    “We also have six PhD scholars enrolled this year including former Malaysian Deputy Prime Minister Anwar Ibrahim, Distinguished Visiting Professor at Georgetown University, Washington, DC.”

    Reply

  12. 12 yusof Jan 26th, 2008 at 5:11 pm

    Polis Malaysia menyalahgunakan kuasa yang di pertanggungjawabkan kepada dengan menggunakan kelebihan yang ada pada mereka untuk mendapatkan perintah makamah untuk menghalang Protes dari mengadakan perhimpunan aman memprotes kenaikan harga barang asas. Apa dah jadi dengan pasukan polis sekarang? Adakah negara ini ditubuhkan hanya untuk memudahkan kerja mereka, sedangkan VK Lingam boleh tentang sebarang perkara termasuk mempermainkana sistem juri Malaysia samada secara mengarut atau dalam keadaan mabuk. Apakah Malaysia sekarang sudah dijadikan sebuah ladang kangroo?

    Reply

  13. 13 Nathan M Jan 28th, 2008 at 8:27 am

    Greetings Dato Seri,

    Saya ada membaca text ucapan DSAI di Singapura, dan ingin saya nyatakan bahawa saya setuju 100% dengan kandungan ucapan itu. Isu Islam telah disalah gunakan oleh pihak tertentu demi menjamin kuasa mereka.

    Akan tetapi, seperti ramai sebelum ini, kalau hanya cakap cakap sahaja, itu memang senang. Yang susah ialah untuk mengotakan janji manis yang telah diberikan.

    Saya ingin mendengar pendirian DSAI mengenai issue “body-snatching” oleh Jabatan Agama Islam kebelakangan ini. Walaupun isu ini agak kerap berlaku terutamanya kes Moorthy and sekarang kes Gan Eng Gor, saya tidak ada mendengar apa apa komen dari parti KeADILAN. Sebagai parti “Multi-Racial” sepatutnya KeADILan sepatutnya memberi pendirian mengenai isu ini. Saya ingin tahu apa pendirian DSAI mengenai perkara perkara di bawah:

    1) Kes-kes diatas menyatakan bahawa “conversion” berlaku samasa mereka sakit tenat dan mungkin menghadapi tekanan jiwa. Adakah sah dan ADIL jika seseorang yang sakit tenat ditukar agama secara pada masa itu. -Apakah pendirian DSAI?

    2) Dalam kes kes ini, penukaran agama dikatakan telah berlaku secara “LISAN” dimana Moorthy & Gan hanya mentuturkan ayat dalam sesuatu bahasa yang tidak mereka fahami tanpa mengikuti procedur secara bertulis and tidak menghadiri apa apa kelas agama dan tidak menandatangani apa apa document. Adakah ADIL untuk pertukaran agama dilakukan sedemikian. – Apakah pendirian DSAI?

    3) Keluarga terdekat tidak diberitahu mengenai penukaran agama sehinggalah mereka yang terlibat meninggal dunia. Ahli keluarga tidak mendapat apa apa peluang untuk memberi penghormatan terakhir kepada yang meninggal. Adakah ini ADIL dari pandangan DSAI. – Apakah pendirian DSAI kemanakah ahli keluarga dapat pergi untuk menuntut hak mereka?

    4) Sebelum meninggal, Moorthy dan Gan terus mengamalkan hidup seperti bulan islam, seperti makanan tidak halal, melakukan upacara sembahyang di thaipusam, hidup bersama keluarga bukan islam dan sebagai nya. Semasa itu tiada pula Jabatan Islam membuat soal siasat atau menisytiharkan mereka murtad kerana melaukan perkara yang haram dari segi agama Islam. Apakah adil untuk Jabatan Agama Islam untuk hanya campur tangan selapas mereka meninggal dunia. Sila bagi pandangan.

    5) Keluarga terdekat tidak boleh membawa kes ke mahkamah sivil kerana kononnya mereka tiada kuasa. Semua bukti di atas tidak dapat di hujahkan di mahkamah sivil. Setahu saya mahkamah syariah hanya mempunyai kuasa keatas orang yang SAH sudah memasuki Islam dan BUKAN untuk orang yang agama mereka dalam persoalan ketika itu. Adakah ADIL untuk mahkamah syariah diberi kuasa untuk menentukan samaada seseorang itu Muslim atau tidak. Bagaimana kah orang bukan islam bahawa percaya bahawa Mahkamah Syariah akan memberi keputusan yang adil – Tolong beri perdirian DSAI mengenai perkara ini.

    Tidak pernah dalam sesuatu negara demokrasi dimana rakyatnya tiada mahkamah untuk mendengar kesnya. Tetapi perkara ini sudah mula berlaku di Malaysia. Secara jujur, saya sudah merasa takut untuk generasi saya untuk terus tinggal di malaysia. DSAI selalu bercakap dalah ceramah bahawa DSAI adalah pemimpin ADIL semua kaum dan semua agama. Saya ingin mengetahui seberapa adil pendirian DSAI dalam perkara ini. Adakah DSAI berani untuk memberi pandangan atau adakah DSAI akan mengelak isu ini kerana takut akan kehilangan undi seperti ramai ahli politik yang lain.

    Reply

  14. 14 Wan Solehah al-Halbani Sep 26th, 2009 at 1:58 pm

    Demokrasi adalah agama ciptaan manusia yang syirik dan kufur kerana ianya adalah agama yang didasarkan kepada prinsip-prinsipnya yang syirik dan kufur, atau lebih tepat, AQIDAHnya (Aqidah Demokrasi) yang syirik dan kufur yang terdiri daripada ULUHIYAH dan RUBUBIYAH MANUSIA yang berkontradiksi secara total dengan Aqidah Islam, iaitu Uluhiyah dan Rububiyah Allah dan Laailaahaailallah. Faktor yang menjadi asas kepada AQIDAH DEMOKRASI ialah undang-undang demokrasi yang diciptakan oleh manusia dan yang ditaati oleh manusia, manakala asas kepada AQIDAH ISLAM ialah undang-undang yang diciptakan oleh Allah dan yang ditaati oleh manusia. Justeru, Aqidah demokrasi sudah semestinya berkontradiksi secara total dengan Aqidah Islam, dan inilah faktor yang utama dan mutlak yang menyebabkan demokrasi ini adalah layak dan wajar untuk disifatkan sebagai agama yang syirik dan kufur di sisi Laailaahailallah.
    Prinsip-prinsip syura, ijma’, egalitarianism, kebebasan dan pluralism dalam Islam adalah bersumberkan daripada wahyu yang sama sekali berbeza dengan prinsip-prinsip yang sama yang wujud dalam sistem demokrasi, iaitu prinsip-prinsip ciptaan manusia yang diasaskan kepada nilai-nilai dan neraca-neraca pertimbangan daripada manusia. Dalam pada itu, prinsip-prinsip syura, ijma’, egalitarianism, kebebasan dan pluralism yang sedang diperkatakan ini, baik dalam Islam mahupun dalam demokrasi, bukanlah AQIDAH, dan justeru prinsip-prinsip ini sudah semestinya bukanlah faktor-faktor yang boleh menentukan status Islam ataupun kufurnya demokrasi atau mana-mana fahaman ciptaan manusia yang lain. Justeru, kewujudan atau ketiadaan prinsip-prinsip ini dalam sistem politik demokrasi, tidak boleh dijadikan faktor-faktor yang menentukan Islam atau kufurnya sistem politik demokrasi kita ini. Status Islam ataupun kufurnya sistem politik demokrasi kita ini hanyalah ditentukan oleh AQIDAH, iaitu samada ianya adalah diasaskan kepada Uluhiyah dan Rububiyah Allah ataupun Uluhiyah dan Rububiyah Manusia sahaja, dan tidak faktor-faktor ataupun unsur-unsur yang selain daripadanya.
    Umat Islam kita yang mengamalkan agama demokrasi serta mereka menyetujui dan meredhainya adalah orang-orang yang terlibat dengan kesyirikan dan kekufuran kerana :

    1. Mereka mengamal, mengimani dan menganuti AQIDAH dan AGAMA yang syirik dan kufur;
    2. Mereka mengiktiraf dan mengakui bahawa demokrasi ini adalah benar atau serasi dengan Islam;
    3. Mereka melantik manusia sebagai Tuhan-tuhan yang berkuasa dan berdaulat ke atas manusia;
    4. Mereka melantik manusia sebagaiTuhan-tuhan yang mengabdikan manusia kepada kekuasaan manusia;
    5. Mereka melantik manusia sebagai Tuhan-tuhan yang disembah oleh manusia.

    Bagi memelihara dan mempastikan kesempurnaan Aqidah Islam kita, Allah memerintahkan kita supaya :

    1. Kita hendaklah mempercayai dan mengakui bahawa demokrasi ini adalah satu agama manusia yang syirik dan kufur;
    2. Kita tidak mengamalkan agama demokrasi yang syirik dan kufur;
    3. Kita hendaklah mengkufur ingkarkan agama demokrasi ini serta kita hendaklah memusuhi dan membencinya (4:60; 60:4);
    4. Kita hendaklah melancarkan Jihad, Perang dan Revolusi terhadap sesebuah kerajaan demokrasi sehingga ianya mengalami kehancuran yang total untuk kemudiannya digantikan dengan kerajaan Allah (2:193,22:40).

    Reply

    orangkita Reply:

    salam puan…
    adalah tidak adil puan berkata bahawa demokrasi itu adalah satu agama…seperti yang kita sedia tahu. demokrasi itu adalah satu sistem politik yang digunakan untuk mengurus sesuatu negara atau kerajaan..agama dan sistem demokrasi itu haruslah dilihat pada prospektif yang berbeza. memang benar islam dan demokrasi tidak sama tetapi mempunyai persamaannya…
    sebelum kemangkatan Nabi Muhammad, para nabi telah dilantik secara khusus oleh Allah sebagai khalifah di muka bumi. ini menggambarkan tugas khalifah pada masa itu adalah bersifat individu. namanu selepas kemangkatan Nabi Muhammad, tugas khalifah tidak menjadi tugas mutlak para nabi tapi menjadi milik bersama umat Islam. kita boleh lihat dalam firman Allah yang bermaksud;
    Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu yang mengerjakan amal-amao yang soleh bahwa dia sesungguhnya akan menjadikan MEREKA berkuasa di bumi sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka berkuasa, dan sesungguhnya Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhaiNya untuk mereka, dan Dia akan benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka berada dalam ketakutan kepada aman sentosa. Mereka tetap menyembahKu dengan tiada mempersekutukan sesuatu dengan Aku. Dan barangsiapa yang (tetap kafir) sesudah janji itu, maka mereka itulah orang-orang fasik.

    berdasarkan petikan ini, perkataan MEREKA ini adalah merujuk kepada tugas yang menjadi pemimpin menjadi milik bersama.

    Reply

  15. 15 Jam Azan Jun 2nd, 2010 at 12:04 am

    Salam DSAI,

    Saya amat kagum sekali dengan usaha DSAI untuk menegakkan kebenaran.
    Semoga terus sukses dan lebih berjaya untuk negara kita ini! :)

    Jam Azan

    Reply

  16. 16 Wan Solehah al-Halbani Aug 22nd, 2010 at 1:57 am

    Assalamualaikum!
    Yang saya hormati Jam Azan,

    Demokrasi adalah agama kerana ianya adalah terdiri daripada Aqidah, Syariat dan Akhlaknya yang tersendiri.

    AGAMA DEMOKRASI :

    Demokrasi adalah agama yang syirik dan kufur kerana ianya adalah didasarkan kepada Aqidah, Syariat dan Akhlak yang syirik dan kufur :

    1. AQIDAH DEMOKRASI adalah ciptaan manusia yang selain daripada Allah yang terdiri daripada RUBUBIYAH DAN ULUHIYAH MANUSIA :

    i. Rububiyah Manusia bererti para pemerintah itu adalah TUHAN-TUHAN bagi manusia kerana mereka mempunyai HAK dan KUASA ke atas Kedaulatan, Otoriti dan Undang-undang dan mereka mempunyai HAK untuk MENGABDIKAN MANUSIA KEPADA KUASA MANUSIA;

    ii. Uluhiyah Manusia bererti para pemerintah itu adalah TUHAN-TUHAN bagi manusia kerana segala kedaulatan, otoriti dan undang-undang yang dibuat dan diluluskan oleh para pemerintah itu adalah DITAATI dan DIPATUHI oleh golongan manusia yang diperintah;

    2. SYARIAT DEMOKRASI yang terdiri daripada segala PERATURAN dan UNDANG-UNDANG yang dibuat dan diluluskan oleh parlimen (fasal 44 Perlembagaan Negara) adalah ciptaan manusia yang selain daripada Allah;

    3. AKHLAK DEMOKRASI yang wujud dan berkembang di bawah kekuasaan dan undang-undang manusia adalah mengikut neraca-neraca dan nilai-nilai manusia yang dikuatkuasakan oleh peraturan dan undang-undang manusia.

    Allah melarang kita daripada mengamalkan agama demokrasi kerana ianya adalah agama yang syirik dan kufur :

    Firman Allah : Fatir 10
    Sesiapa yang mahukan kemuliaan (maka hendaklah ia berusaha mencarinya dengan jalan mematuhi perintah Allah), kerana bagi Allah jualah segala kemuliaan. Kepada Allahlah naiknya segala madah yang baik (yang menegaskan iman dan tauhid untuk dimasukkan ke dalam kira-kira balasan), dan amal yang soleh pula diangkat-Nya naik ( sebagai amal yang makbul – yang memberi kemuliaan kepada yang melakukannya). dan sebaliknya; orang-orang yang merancangkan kejahatan (untuk mendapat kemuliaan), adalah bagi mereka azab seksa yang berat; dan rancangan jahat mereka (kalau berkesanpun) akan rosak binasa.

    Ayat di atas ini memaparkan kepada kita bahawa matlamat yang suci murni tidak boleh diperjuangkan melalui jalan dan metod yang syirik dan kufur seperti jalan dan metod demokrasi .

    Sekian, terima kasih.

    Wan Solehah al-Halbani
    Temerloh, Pahang DM

    Reply

Leave a Reply