oleh Haji Suhaimi Said
Persinggahan selepas Isya Dato Seri Anwar Ibrahim ke Pahang Timur pada 22hb Januari 2008 adalah sebuah Dewan restoran yang boleh memuatkan lebih kurang 1,500 orang di Kuantan.
Semua kerusi telah diisi penuh maka terpaksalah hadirin berdiri berasak-asak didalam Dewan itu.
Kehadirannya adalah 80% kaum India, 15% Cina dan 5% Melayu di dalam suatu Majlis yang dikhaskan untuk kaum India.
Sejak awal lagi kaum India telah memenuhi Dewan itu dengan terlebih dahulu membuat pendaftaran sebagai sukarelawan semasa pilihanraya umum nanti. Sehingga jam 9 malam, sudah lebih 600 orang-orang India mendaftar diri sebagai sukarelawan, orang-orang Cina dan Melayu juga turut mendaftar sebagai sukarelawan.
Dato Seri Anwar disambut dengan meriah, dan sepanjang ucapan Anwar, para hadirin memberikan tepukan demi tepukan bergemuruh menandakan bahawa mereka menyokong isi ucapan Sdr Anwar.
Majlis yang dimulakan dengan ucapan Sdr Siva, Naib Presiden PKR itu ditamatkan lebih kurang jam 10.30 malam bila mana Sdr Anwar pergi pula ke Kg Pandan 2 untuk ceramah terakhirnya pada malam itu setelah mengadakan ceramah di Bandar Muadzam jam 2.00 petang, di Felda Chini 1, jam 4.30 petang dan di Taman Tas jam 6.00 ptg. Beliau ditunggu oleh ribuan manusia.
Sehabis di Dewan di Bandar Kuantan itu, saya melaungkan untuk para hadirin menyertai KeADILan dengan mengisi borang permohonan menjadi ahli.
Tidak cukup borang yang disediakan.
Sokongan masyarakat India kepada KeADILan kali ini sungguh-sungguh berbeza dengan tahun-tahun yang lepas bilamana kaum India hampir 100% kepada BN. Kali ini sokongan kaum India sudah berpindah kepada KeADILan.
Saya benar-benar teruja untuk meminta supaya PM membubarkan Parlimen serta-merta. Tak tahan nak tunggu dah pilihanraya ni, dan tak tahan dah dengan PM yang sentiasa tidur!
















