Archive for January 23rd, 2008

23 January 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

oleh Haji Suhaimi Said

Persinggahan selepas Isya Dato Seri Anwar Ibrahim ke Pahang Timur pada 22hb Januari 2008 adalah sebuah Dewan restoran yang boleh memuatkan lebih kurang 1,500 orang di Kuantan.

Semua kerusi telah diisi penuh maka terpaksalah hadirin berdiri berasak-asak didalam Dewan itu.

Kehadirannya adalah 80% kaum India, 15% Cina dan 5% Melayu di dalam suatu Majlis yang dikhaskan untuk kaum India.

Sejak awal lagi kaum India telah memenuhi Dewan itu dengan terlebih dahulu membuat pendaftaran sebagai sukarelawan semasa pilihanraya umum nanti. Sehingga jam 9 malam, sudah lebih 600 orang-orang India mendaftar diri sebagai sukarelawan, orang-orang Cina dan Melayu juga turut mendaftar sebagai sukarelawan.

Dato Seri Anwar disambut dengan meriah, dan sepanjang ucapan Anwar, para hadirin memberikan tepukan demi tepukan bergemuruh menandakan bahawa mereka menyokong isi ucapan Sdr Anwar.

(more…)

23 January 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

Nama saya disebut dua kali oleh VK Lingam dalam video tersebut, saya telah menerima sapina, dan hanya menunggu giliran!Sekonyong-konyong setelah berulangkali ditanya peguam, suruhanjaya berbicara: Gerangan alasan apa perlu hadir? Sila catat dulu!

Mengapa hanya saya dan tidak Tun Dr Mahathir atau Tun Eusoff Chin? Nanti kami menitahkan kemudian ujar mereka.

Ada keterangan baru, peguam saya berhujah. Dato’ Abdul Murad Khalid, bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia memberitahu beliau diarah memfitnah saya, bahawa saya punyai simpanan RM3 billion di luar negara.

Selain PM ketika itu, Tengku Adnan Mansor dan tauke judi Vincent Tan turut terlibat. Ha, sekali lagi VK Lingam yang memaksa beliau membuat pengakuan bersalah di mahkamah kerana telah merundingkan penyelesaian dengan Ketua Hakim Eusoff Chin.

Demikian episod drama filem Tamil yang mampu menandingi Sivaji the Boss!

ANWAR IBRAHIM