pengkaji memberi pendapatnya:
kali ini pengkaji ingin berkata-kata..
bahang pilihan raya yang semakin mendekat ini. pengkaji jangkakan ini adalah medan ujian sebenar terhadap keberlangsungan pentaddbiran majoriti 2/3 BN.
pengkaji hairan, mengapa semakin dekatnya pilihanraya, semakin banyak isu yang membelakangkan kepentingan BN dan memungkinkan BN hilang kepercayaan rakyat, semakin dicanang dalam media massa. Kes Chua Soi Lek, kes tembak adun tenggaroh, pita asli Linggam, diputar main oleh media massa. speperti bukan milik UMNO sahaja mereka menabur bahan berita.
namun, pengkaji menyahut baik kebebasan media yang semakin menyerlah ini.
pengkaji melihat DSAI semakin meniti bibir rakyat kebanyakan. sambutan terhadap ceramah semakin hebat. (walaupun pengkaji yakin ia bukan kayuukur sebenar menyatakan kekuatan pihak pembangkang pada setiap masa.
ini tentu perkembangan yang tidak baik utk BN.
pak lah pula, banyak kenyataan beliau mengelirukan. banyak yang tidak memihak kepada kerajaan. Beliau benarkan media keluarkan kenyataan polis saman polis, chua soi lek dan kenakalannya, dan kesahihan pita linggam dalam tajuk utama kebanyakan media arus perdana. Contoh, hari ini pula, beliau mengarahkan BPR campurtangan dalam skandal menteri yang terlibat dalam rasuah di korea. ini baru pengkaji beri dua tiga. ada banyak lagi..
hmm..pengkaji mula terfikir pula..
ada pakatan antara paklah dgn DSAI ke, untk menbawa masuk semula DSAI ke mainstream politic seperti pra Sept ‘98 dulu.
DSAI,
Ada apa2 yg istemewa kah diperkatakan, ketika paklah bertemu sdr di perjumpaan Hari Krismas tempoh hari..?
hmm.. politik…segalanya serba mungkin.
hari ini berkepak menaji musuh..membakar jambatan dan memaki punggung..
esok lusa.. ayam taji jadi BBQ, jambatan baru diberi dana
dan tentu pinggang itu sudah di***** sampai bersih.
yang seronok..nasib penyokong kat bawah nie,
tetap sama..
Assalamualaikum Sdr,
Ulasan Sdr Pengkaji menarik untuk diulas. Bahasa sang dewasa, apologis perasuah lama.
Setelah terserlah bukti kecurangan Umno-BN, maka cuba dikias kisah kononnya ada pakatan baru…Dan yang kekal derita adalah rakyat!
KeADILan menolak perasuah lama dan baru. Agenda kita jelas, menjamin keadilan dan kesaksamaan buat rakyat.
ANWAR IBRAHIM
















