13
Jan
08

Pesan Buat Pejuang Muda: Usah Dilayan Propaganda Picisan

daripada anak muar, kampung batu pahat:

kalau saya ada di Malaysia sekarang, pasti saya tidak akan lepaskan peluang berjumpa DSAI.. saya kagum dengan semangat DSAI. masih ingat lagi saya sewaktu menghadiri temuduga disebuah pusat pengajian tinggi, panel bertanya saya, siapa tokoh politik Malaysia yang saya kagumi. tanpa takut atau gentar, saya menjawab nama DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM. terus tercengang panel tu, then dia bertanya saya lagi, bukankan DSAI berada di penjara dan dituduh dengan rasuah (pada ketika itu DSAI masih dipenjara), itu pun awak masih kagumi? hujah saya satu sahaja.. saya ingin contohi semangatnya dan keberaniannya.. lantas panel hanya mengangguk sahaja. hehehe alhamdulillah saya berjaya dalam temuduga tu.

saya dan Azizah tersenyum membaca catatan pengalaman ‘anak muar kampung batu pahat’. AlhamduliLlah sdr berjaya. ramai juga yang kecundang kerana bercakap benar.. :) terus saja berjuang demi kebenaran.

daripada NewRule eelHumm:

Salam ‘alaik ya dato’ seri…
Salam Hijratunnabi 1429H….
Nak mencadangkan kepada biro multimedia n penerangan PKR agar dapat mengoptimumkan penguasaan wadah maya diinternet bagi menghalang n menangkis dakyah2 pihak Laknat UMNO/BN..Penerbitan pengakuan FITNAH/BERBAYAR oleh beruk2 umno ttg hubungn Homo n seksual DSAI sedang hangat disebarkan di lamn YouTube…mmg tersangat bodoh semua2 video2 yang ditayangkan..akan tetapi akan sedikit sebanyak akn menggoyahkan prinsip pada jiwa mereka yang menonton clips videos tersebut…terutamanya mereka yang still baru nak berjinak2 dgn parti PKR…Dakyah cube dilakukan oleh UMNO/BN yang haramnya sama dgn haramnya Zina & Khinzir itu…PKR prlu amik tindakan segera menangkis dakyah…myb boleh hack jer YouTube Jap then..bersihkan ia dari anasir JIJIK UMNO/BN…then buke semula…
Thanx…Membangun Bersama Islam…Reformasi…Islamisasi seiiring Inteligenisasi…

newrule eelhum merasa sedikit gundah kerana pemfitnah Umno, BN dan BTN meningkatkan serangan terhadap saya. Jangan gusar kerana sudah 10 tahun mereka usahakan dengan biaya tauke judi. kita tumpu dengan agenda membangun umat dan negara. Usah dilayan propaganda picisan.

ANWAR IBRAHIM


14 Responses to “Pesan Buat Pejuang Muda: Usah Dilayan Propaganda Picisan”


  1. 1 Din Jan 13th, 2008 at 8:09 am

    Heboh di Perlis tentang Shahidan…seluruh jalan digantung banner kononnya shahidan ramai penyokong…ha ha. Mat rempit diberi baju free, ditulis menyokong shahidan. Gelagat mereka di jalan raya seperti monyxt, tidak hirau lampu isyarat. Terus jalan walaupun lampu merah…terhenjut-henjut, terkinja-kinja di atas motor. Inikah gelagat penyokong shahidan?

  2. 2 Watan Marhaen Jan 13th, 2008 at 10:44 am

    Assalamualaikum DSAI dan para pejuang,

    Dalam kesibukan DSAI dan rakan - rakan pejuang menggempur BN dan UMNO, saya terfikir akan kedudukan dan pandangan PKR dan BA secara kolektif tentang isu Islam terutamanya tentang isu murtad yang walaupun ramai menafikan parahnya masalah tersebut tetapi kita perlu menyedari hakikat wujudnya masalah berkenaan. Saya tersentak dan terkesima tatkala membaca artikel dalam laman IKD berjudul ‘ Malaysia’s Muslims have no way out’. Saya cemas tatakala membaca gerakan Kristianisasi begitu hebat. Diakui bahawa Perlembagaan Persekutuan melindungi hak kebebasan beragama tetapi ia juga diikat dengan limitasi penyebaran agama lain di kalangan orang Islam.

    Bagaimana pendirian DSAI dan PKR akan hal ini? Apakah cadangan untuk menyelesaikannya dan bagaimapula dengan pertikaian antara Muslim dan bukan Muslim dalam mahkamah, tidak adakah penyelesaian konkrit tentang masalah ini? Mungkin ramai yang berpendapat ini masalah atau isu sensitif dan tidak perlulah dibincang sekarang tatkala anda sekalian sibuk menggempur BN namun bagi saya, isu ini teramat penting dan jika diteliti isu inilah yang menjadi duri dalam daging dalam BA hingga PKR terpaksa menjadi ‘pegawai perhubungan’ antara DAP dan Pas. Sekiranya masalah atau isu ini tidak diperjelas, maka sia -sia perjuangan BA lambat laun masalah ini akan muncul juga. Situasi “we’ll cross the bridge when we come to it” tidak wajar dijadikan pegangan.

    Saya amat berharap agar pihak DSAI dapat menjelaskan isu ini. Sekali lagi pada mereka yang mungkin tersinggung pohon kemaafan atas ‘ketaksubab’ saya pada isu ini.Selamat berjuang!

    Lawan tetap lawan, ubah demi maruah!

  3. 3 crepe_0712 Jan 13th, 2008 at 12:01 pm

    SALAM PERJUANGAN….
    SEMALAM BAPA SAYA,BEKAS PESARA POLIS,UMUR 82 TAHUN TERIMA KAD AHLI UMNO..KAD YG BEGITU CANGGIH MACAM KAD KREDIT..KAD YANG DIHANTAR OLIH BUDAK2 UMNO DEKAT KAMPUNG..LEPAS BACA BEBERAPA KALIMAT ALMAKI HAMUN,DIA PUN PANGGIL ANAK2 CUCU DIA,KEBETULAN ADA DIKAMPUNG,DIA BAGITAU,”AKU,BERPULUH TAHUN KHIDMAT SEBAGAI POLIS,BERKHIDMAT UNTUK RAKYAT,KERANA PADA MASA DULU,SEMANGAT BERJUANG HANYA UNTUK TANAHAIR DAN RAKYAT..SEKARANG SEMUANYA BERJUANG UNTUK KEPENTINGAN SENDIRI…PEMIMPIN2 HANYA BIJAK DAN BERSEMANGAT UNTUK MENGUMPUL KUASA DAN HARTA,BIARPUN DENGAN CARA YANG KEJI…PEHAK KESELAMATAN KINI,BAGAIKAN HANYA UNTUK MENJAGA KEPENTINGAN KUASA DAN POLITIK MEREKA BUKAN LAGI MENJAGA KEPENTINGAN DAN KESELAMATAN RAKYAT…SIA2 AKU JADI MANUSIA YANG SELAMA INI BERJUANG UNTUK TANAHAIR DAN RAKYAT,JIKA AKU JADI BARUA DENGAN MENYOKONG PEMIMPIN2 YANG SALAHGUNA KUASA, SANGGUP MEMBEBANKAN DAN MENYUSAHKAN HIDUP RAKYAT
    ,DENGAN HARGA BARANG2 UNTUK MAKAN PUN TINGGI..MEREKA HIDUP KAYARAYA DENGAN HASIL TITIK PELUH RAKYAT…TAPI,YANG MENDERITA RAKYAT..YANG JADI BARUA DAPAT LAH MERASA SIKIT..TAPI HAKIKATNYA,HASIL YANG DIDAPATI ADALAH DENGAN CARA YANG AMAT JIJIK…”DIBAKARNYA KAD AHLI UMNO DENGAN PERASAAN GERAM…HAHAHA..,ORANG TUA UMUR 82 TAHUN MASIH BIJAK BERFIKIR…BILA,DIA NAK DENGAR CERAMAH POLITIK,KALAU PENCERAMAHNYA TAK ADA BERSEMANGAT MACAM PENDEKAR…BALIK RUMAH DIA MULA BISING,DIA BAGITAU SURUH PENCERAMAH TU BELAJAR LAGI..DIA MAHU KALAU CERAMAH POLITIK,MESTI PENUH SEMANGAT DAN KEYAKINAN,KERANA IANYA DAPAT MEMBAKAR SEMANGAT PENDENGAR…HAHAHA…ITULAH BAPA AKU…KETURUNAN JAWA..IDOLA DIA DATUK SERI ANWAR IBRAHIM..SAMALAH MACAM AKU..
    PADA SDR NEWRULE EELHUM…USAH KHUATIR,BIARKAN LAH MEREKA DENGAN CARA BUSUK MEREKA…PERKARA INI BUKAN BARU..DAH BERTAHUN2 DAH,CERITA FITNAH ITU…DARI ANWAR DALAM UMNO LAGI,MEREKA NAK JATUHKAN ANWAR,TERMASUK 50 DALIL…KITA TAK BOLIH SEKAT APA ORANG NAK KATA,CUMA KITA KENA KERJA LEBIH KUAT AGAR APA TOHMAHAN YANG DILEMPARKAN TAK MENDATANGKAN APA2 KESAN…
    LAWAN TETAP LAWAN

  4. 4 Darth_vendor Jan 13th, 2008 at 12:31 pm

    Salam,
    Kebelakangan ni Dato’ Seri, saya ada dengar ada geng2 UMNO mainkan isu, kalau barisan alternatif menang kat penang, DAP akan jadi ketua menteri……Diorang kata DSAI khianati orang melayu kerana sokong calon DAP jadi CM, sebab DAP nak hapuskan Artikel 153. Benda macam orang melayu boleh termakan pasal orang melayu masih ada perasan takut dengan DAP. DSAI kena berbuat sesuatu supaya BN UMNO tak dapat mainkan hal ni PRU 12 nanti, takut terjejas peluang BA di Penang. Percaya cakap saya, orang Melayu takut pasal isu ni. All da best 2 u…

  5. 5 Juwaini Jan 13th, 2008 at 2:45 pm

    Assalamualaikum DSAI

    Mewakili suara rakyat yang saya dengar, ada beberapa perkara yang seringkali bermain di fikiran saya.

    1) Sejauh mana pihak pembangkang benar-benar punya aspirasi ingin memerintah? Kerana kalau diperhatikan, hanya dengan BN menguasai Sabah, Sarawak dan Johor, sudah memadai untuk BN menang dengan majoriti mudah. Sudah cukupkah kelengkapan bertarung pembangkang di tiga negeri tersebut? Saya nampak kegigihan DSAI melakukan jelajah seluruh semenanjung, di Malaysia Timur bagaimana? Di Johor pula bagaimana? Kerana seperti kita tahu, letaklah beruk, babi atau ungka sekalipun, mereka tetap menang.

    2) Dari segi kerjasama pembangkang, saya dapati sinkronasi itu masih tidak ada lantaran yang berbincang dengan DAP adalah PKR semata-mata. Di mana PAS? Tidak bolehkah DSAI mencari satu formula untuk menyatukan titik persamaan antara dua parti yang dominan itu? Sudah tiba masanya, DAP dan PAS bergabung secara idealisma untuk menumbangkan kerajaan nan satu ini. Saya melihat boleh terwujud formula yang ‘menghalalkan’ sebuah parti demokrasi tulen seperti DAP untuk bergabung dengan parti teologi seperti PAS. Sudah cukuplah DSAI bertindak sebagai orang tengah. Tiba masanya untuk ketiga-tiga parti ini duduk semeja dengan rakan-rakan pakatan lain di Sabah dan Sarawak. Kalau mengikut mata kasar saya, isu yang ada kini jauh lebih memberi keuntungan pada pihak pembangkang berbanding tahun 1999.

    Semoga pandangan, cadangan dan soalan saya ini mendapat jawapan yang memuaskan. Terima kasih dan teruslah berjuang untuk rakyat..

  6. 6 Hang Nadim Jan 13th, 2008 at 4:54 pm

    Setiap fitnah mereka akan mereka tanggung sendiri azabnya. Hati mereka sudah mati, mereka sudah tidak dapat memikirkan lagi tentang balasan tuhan. Sekiranya mereka tahu betapa azabnya seksaan yang akn mereka tanggung, nescaya mereka lebih rela diri mereka dipancung… Allah Maha Adil

  7. 7 panglima sdk Jan 14th, 2008 at 10:43 am

    SALAM SEMUA…

    pedulikan ape durang nak kate..lantak la..semua ni dah kita dgr masa dulu lagi..
    terukan berjuang saudara2..hapuskan kezaliman…

    lAWAN TATAP LAWAN..

    JENTERA SDK.

  8. 8 siswa reform Jan 14th, 2008 at 11:43 am

    Sebagaimana Rasulullah s.a.w. berjaya dalam berjuang, kita harus mengambil iktibar.

    Jangan terlalu banyak melayan persoalan lawan, itu hanya usaha untuk divert effort kita pada perjuangan..

    Perjelaskan agenda kita..mengangkat martabat insan

    caranya ialah macam2 antaranya 1) tolak rasuah 2) bebaskan sistem yg mengongkong 3) kerajaan bersih dan amanah 4) pemilihan kerajaan bersih dan amanah 5) sistem pendidikan yang membina 6) pendekatan sistem ekonomi yang adil dan lain2..

    ingat, jangan lupa..tiap apa juga yang mahu kita perjuangkan, sebut martabat insan tu kuat2..agar kita sendiri juga selalu ingat..

    kerana Allah s.w.t. memuliakan seluruh bani Adam..tak kira Islam atau tidak Islam, Melayu atau tidak Melayu..

    kerana syurga itu adalah atas rahmat dan kasih sayang Allah s.w.t…

  9. 9 Tg Jan 14th, 2008 at 2:15 pm

    Baru2 ni saya ada memohon pinjaman peribadi (CIMB) sebanyak 5K…yg hairan, didlm borang terdpt ruang PEMIMPIN YANG ANDA KAGUMI….jadi saya letak nama DSAI….bila approve je hanya dpt minima…3K..alasan quota utk 5K dah mencukupi….ternyata DSAI masih relevant..REFORMASI!..REFORMASI!..REFORMASI!…

  10. 10 siswa reform Jan 14th, 2008 at 3:26 pm

    DS Anwar Ibrahim,

    PKR harus sedar dokongan rakyat kepada isu Reformasi adalah berpunca dari susuk PKR yang dominasinya Melayu walaupun jamak kaum dan apatah lagi DS Anwar sendiri yg menjadi pemimpinnya.

    Perkara ini harus kekal dan cuba dikekalkan oleh PKR dan difahamkan kepada seluruh rakyat terutama penggerak parti.

    Rakyat percaya, usaha perubahan bukanlah usaha yang singkat. Tapi rakyat percaya juga, penggerah2 perubahan ini harus bukan lagi dari kalangan UMNO-BN. Justeru, hal ini perlu ditanggapi dengan hati-hati.

    Curiga perkauman adalah alat BN-UMNO. Itu satu2nya benteng akhir mereka dan itu satu-satunya alat utk orang Melayu gusar.

    Saya bukan mahu meniup api perkauman tetapi saya harap kita semua sedar bahawa perubahan itu kadangkala mengambil sedikit masa dan biarlah tuntutan2 yang pelbagai itu disertai kewarasan agar kemenangan bukan saja dapat dijana tetapi dipertahankan!

  11. 11 ning Jan 14th, 2008 at 9:00 pm

    DSAI,

    teringat nastolgia lama ai itu semasa DSAI membuat keputusan masuk UMNO.ketika itu ana di tingkatan 6 dan masih teringat sampai hari ini ana memberitahu kekawan bahawa DSAI ibarat seekor ular yang masuk ke masyarakat manusia sama ada DSAI membunuh atau dibunuh. tetapi berdasarkan pengalaman kemungkinan besar DSAI sebagai seekor ular akan dibunuh.itulah yang terjadi akhirnya.pada ana umno tak dapat diselamatkan , tetap sama sejak dato onn meninggalkannya.
    dulu kini dan selamanya.apa pun tahniah kerana mencuba……….

  12. 12 ning Jan 15th, 2008 at 9:54 pm

    DSAI,
    maaf terlupa nak ucapkan ni…

    welcome home,its good to have u back.u belong here.

  13. 13 BURHANUDDIN AL-HELMY Jan 19th, 2008 at 5:34 pm

    ayuh contohi semangat Almarhum Burhanuddin Al-Helmy

    http://10tahun.blogspot.com/search/label/Muzik

  14. 14 cnotty Aug 26th, 2008 at 12:11 pm

    Anwar menentang sistem demokrasi Malaysia. Sistem demokrasit telah melantik BN sebagai Kerajaan. Rakyat majoriti telah memilih dan mandat telah diberikan. Tetapi anwar masih ingin menjatuhkan kerajaan yg dipilih rakyat.

    Adakah dia bersama rakyat? atau dia memperjuangkan agendanya sendiri?

    Terang terangan anwar menentang sistem demokrasi kita, menentang perlantikan kerajaan sekarang, menentang kehendak rakyat majoriti. Ape kah motif Anwar? Tidak boleh di tunggu sahaja sehingga pilihanraya yg akan datang dan berjuang semula.
    Kenapa harus menentang sistem demokrasi yg telah mengamankan dan membangunkan malaysia selama 51 tahun?

    Anwar mempotrait negara malaysia sebagai sebuah negara polis yg tidak aman dengan gambaran2 demonstrasi jalanan dimana penyokong berhadapan dengan polis rusuhan, yg melibatkan bom gas, pancutan air dan sebagainya. menunjukkan pada dunia batapa tidak amannya negara ini, wal hal segala kekecohan itu diciptakan sendiri oleh pihal pembangkang. Siapa Pengkhianat Negara sebenarnya?

    1. Menentang Sistem, Demokrasi Malaysia dengan ingin menjatuhkan kerajaan yg telah dilantik rakyat (SUNGGUH PATRIOTIK SEMANGATNYA)

    2. Berhimpun di masjid negara satu ketika dulu untuk meminta simpati (adakah ini caranya?)

    3. Membuat demonstrasi jalanan, memburukkan imej negara malaysia

    4. Menyokong memberi hak kesamaan semua bangsa, yang akibatnya menggadaikan hak istimewa org melayu di tanah melayu sendiri

    5. Masih menyokong DAP yg terang terangan menolak Islam sebagai agama rasmi negara

    6. Menolak pelbagai dasar kerajaan yg sebenarnya telah terbukti 51 tahun membina dan membangunkan negara

    Jikalau poenyokong PKR mengatakan Kerajaan sekarang rasuah dan korupsi, pastikah anda apabla PKR naik tiada masalah rasuah & korupsi?
    (walaupun baru 5 bulan memerintah telah terkeluar skandal2 rasuah PKR yg tidak akan saya bincangkan kerana masih di mahkamah)

    Tidak adil jika saya katakan menuduh kerajaan mempraktis rasuah dan korupsi semata-mata,

    NAMAKAN SAYA SATU NEGARA YG TIADA MALAH KORUPSINYA? jika anda pasti jika PKR naik tiada masalah rasuah n korupsi anda jawab soalan saya. NAMAKAN 1 NEGARA yg TIADA MASALAH KORUPSINYA.

    Saya tahu kenyataan saya ini bakal ditepis oleh mereka mereka yang tidak dapat menerima kenyataan, sama seperti anwar ibrahim yg masih tidak dapat menerima kenyataan kekalahan PRU12 yg lalu.

    Namun ape yg saya katakan adalah berdasarkan fakta dan fikiran logik, saya mintak fikirkan lah sejenak, mengapa lawan sistem demokrasi negara kita yg telah aman ini? Rakyat telah memilih, mandat telah diberikan. kenapa lawan rakyat?

    Hentikanlah semua ini, bersatulah rakyat melayu.
    Bersyukur lah dengan ape yang kita ader hari ini.

    Bandingkan negara kita dengan negara asia yg lain

    Thailand - Beratus malah beribu org telah mati di bom di penggal kepala di bunuh dengan kejam.

    Indonesia - Masalah inflasi yg terlampau teruk di mana matawang jatuh dan harga barangan naik, ekonomi meundum sehingga berjuta2 rakyat Indonesia datang ke negara kita untuk mencari rezki

    Mynmar - Negara Junta yg diperintah oleh kuasa tentera yg menolak sistem demokrasi. menangkap Ang Su Su Ki, yg menang pilihanraya

    Philipines - yg sudah berpuluh tahun menentang pengganas MILF, yg mana baru2 ini berlaku lagi pertempuran di mana 160 ribu rakyat nya lari dan tidak berani balik ke kampung.

    masihkah anda mahu saya teruskan kesengsaraan cerita Vietnam, Laos serta negara2 asia yg lain?

    Fikir fikirkan lah betapa beruntungnya kita hidup di negara Malaysia yang aman dan harmoni.

    Bersyukurlah dan berdoalah semoga Malaysia akan terus aman harmoni

    Hentikanlah cakap2 politik kosong serta fitnah yg menyumbang kepada tanda2 akhir zaman.
    Nau’zubilah

Leave a Reply






Galeri Flickr

Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 

Dokumentari Perbicaraan 1998

Video Manifesto KeADILan

Sila klik sini untuk versi Bahasa Inggeris, Cina dan Tamil

Pakatan Rakyat to Putrajaya

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

January 2008
M T W T F S S
« Dec   Feb »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031