13
Jan
08

Khutbah Jumaat Jadi Celoteh Khadam Umno

Kapalai memberi respon:

Khutbah Jumaat tadi menyentuh tentang demontrasi jalanan yg dikatakan khatib sebagai pengkhianat pemimpin dan raja kerana mewujudkan huru-hara, nampaknya Umno-BN Melaka dah gunakan semua jentera termasuk JAIM untuk menakut-nakutkan orang Islam khusunya di Melaka.. lakukan sesuatu khususnya BA di Melaka!

Manakala khatib membisu dengan perjudian dan rasuah, memilih untuk menjadi perkakas perasuah menyerang pembangkang, tidak menyeru yang makruf dan melarang kemunakaran; maka iannya bukan khutbah jumaat tetapi celoteh khadam pemimpin Umno!

Sdr Kapalai boleh membantu menjelaskan kepada rakyat.Pergiatkan edaran maklumat ke semua peringkat.

ANWAR IBRAHIM


7 Responses to “Khutbah Jumaat Jadi Celoteh Khadam Umno”


  1. 1 pelajar uum Jan 13th, 2008 at 3:32 am

    Mmg khutbah2 jumaat adakalanya seakan2 memancing undi,memuji kerajaa dgn apa yg kita nikmati dengan adanya kerajaan hari ini…sekarg siapa yg mempolitikkan masjid….satu benda lagi apabila isi khutbah tidak mengikut kehendak.maksud saya tidak menyentuh masalah hari ini seprti rasuah,gejala sosial,rogol dan lain2 lagi…tiba2 yg kita dgr khutbah cerita kebesihan,mengenai cukai tanah.kita lihat ada sesetngah pengurusan masjid semacam takut berkata benar,di ugut oleh jkkk kampung la mcm2 lagi.jangan rosakkan ank khariah dengan sikap jawatan kuasa yg penakut dan menyokong umno karat…kesempatan yg mmg ada apabila hari jumaat ank khariah datang ke masjid,masa itu la kita menceritakan masalah yg berlaku di tempat kita,cara2 mengatasi tapi sebaliknya yg berlaku….semoga kita dpt membuat perubahan dan menukar kerajaan selain itu dpat menyusun pentadbiran institusi agama seluruh negara menjadi lebih dinamik dan amanah……www.amkpdgserai.bloger.com/www.pdgserai.wordpress.com

  2. 2 gengis khan Jan 13th, 2008 at 11:05 am

    Kepalai,

    Setahu saya Melaka sudah tiada raja kenapa Khatib itu kata Demontrasi khianat Raja Pelik dengan Kahatib Melako ni!….Dimelaka juga tiada peminpin setelah pupus nya kesultanan melaka. Yang ada hanya Junta UMNO di melaka di bawah Ali Ketam dan Yang Di pertua Melaka diinport dari Pahang Tan Sri Khalil Jacob (macam orang melaka tak layak langsung).Sebab itu Negeri melakalah yang paling banyak dijajah di semenanjung tanah melayu sehingga hari ini dijajah pula UMNO dan disnati Razak (Tun Razak,Najib Tun Razak,Hisyanmudin)untuk seluruh Malaysia.Bila Ini semua Khatib saduran.jawab nanti kat akhirat nanti patutnya sedarkan jemaah tentang kekuasaan allah dan takutkan pada allah bukan kepada Peminpin dan Raja ini semua dunia.

  3. 3 crepe_0712 Jan 13th, 2008 at 1:02 pm

    SALAM PERJUANGAN….
    INILAH DIA KHUTBAH ISLAM HADHARI…KHATIB2 HANYA DIJADIKAN KHADAM UNTUK MENUTUP SEGALA KEMUNGKARAN PEMIMPIN2 UMNO..KHUTBAH BUKAN LAGI DIJADIKAN AMALAN UNTUK MEMPERINGATI UMAT TENTANG KEHIDUPAN YANG SEMPURNA…TENTANG AMAL MAKRUF NAHI MUNGKAR…TENTANG PERMASAALAHAN HIDUP SEHARIAN UMAT..TAPI,DIJADIKAN SATU WADAH UNTUK MENENTANG UMAT YANG INGIN MENEGAKAN KEBENARAN DAN MENOLAK KEMUNGKARAN…DENGAN MENGHUKUM UMAT INI SEBAGAI PENGKHIANAT PADA PEMIMPIN DAN RAJA..INILAH HEBATNYA ISLAM HADHARI,SIAPA YANG MENENTANG RASUAH,SALAH GUNA KUASA DAN GEJALA2 BURUK PEMIMPIN2 UMNO/BN..MAKA ORANG2 INI ADALAH PENGKHIANAT…KERANA MEREKA TAK BOLIH MENUTUP ATAU MELINDUNGI KEBOBROKAN PEMIMPIN2..ORANG2 INI HANYA MENYUSAHKAN PEMIMPIN2 UNTUK MELAKUKAN KEMUNGKARAN…
    SAYA MUSYKIL..DIMANAKAH LETAKNYA MARUAH ULAMAK2 DIDALAM GOLONGAN “ISLAM HADHARI” APAKAH MEREKA2 INI JUGA MERELAKAN DIRI MEREKA AGAR DIKHADAMKAN OLIH PEMIMPIN2 YANG KORUP…

  4. 4 nizam Jan 13th, 2008 at 3:33 pm

    Salam,

    Imam dan khatid di Melaka perlukan pencerahan, maka Pak Khalid orang yang sesuai melaksanakan misi tersebut.

  5. 5 Chef Jan 13th, 2008 at 10:43 pm

    Salam..saya org melaka.dari dulu lagi zaman kesultanan melaka…ni la wasris-waris sikitul dan raja manadalaiar.yang menutup mata pada kebenaran.termasukla imam,,yg tak ada akal langsung..ohhh,,,takut kena pecat..pikir la wahai imam semua..bumi ALLAH ni luas, kat mana2 pun boleh cari rezeki. jangan jadi penyapu khadam kepada pemimpin rasuah…

  6. 6 zuhairy Jan 19th, 2008 at 4:09 pm

    Assalamualaikum..

    Inilah dia yang dikatakan Ulama’ Su’ atau Ulama’ dunia atau ulama’ yang berkata menurut kata pemerintah yang tak betul kerana cari makan. Walaupun mereka tahu apa yang diperkatakan oleh pemerintah itu tidak benar tetapi ulama’ spesis ini tak berani menegur. Hal ini telah ditegaskan oleh Imam Al-Ghazali dalam kitabnya yang masyhur iaitu Ihya Ulumuddin.

    Dalam peperangan Siffin antara Saidina Ali K.W dengan Muawiyyah, seorang sahabat bertanya kepada Saidina Ali. Yang mana satukah harus dia ikut? Sama ada Ali sebagai seorang khalifah dan sahabat yang terdekat dengan Rasulullah. Atau Muawiyyah sebagai seorang penulis wahyu Rasulullah. Kedua-duanya sahabat baginda.

    Lantas Saidina Ali menjawab, “Jangalah kamu meletakkan kebenaran itu bersandarkan kepada seseorang. Tetapi hendaklah kamu mengenali kebenaran terlebih dahulu.”

    Jadi, jika kita sudah mengenali kebenarannya, apakah kita harus ikut orang yang berada dalam kebatilan walaupun dia mempunyai Ph.D dalam bidang agama? Kita sendiri boleh lihat dan menafsirnya sendiri.

    Di Malaysia kita boleh lihat Ulama’ dunia ni bersepah dalam UMNO. Tak perlulah saya sebut satu persatu nama mereka di sini.

    Moralnya, janganlah kita meletakkan kebenaran itu bersandarkan kepada seseorang. Walaupun dia seorang imam masjid yang membacakan khutbah pada hari jumaat. Ya, memang benar ada Ulama’ dalam UMNO. Tapi ulama’ yang bagaimana? Adakah mereka ini ulama’ cari makan dengan menyembunyikan kebenaran?

  7. 7 Avros Albatros Jan 21st, 2008 at 5:35 am

    “celoteh khadam pemimpin” , “menjadi perkakas perasuah “, “pecacai”

    kalau anda jadi pemimpin nanti, beginikah sikap anda terhadap golongan yg menjalankan tugas? apatah lagi golongan agama. walaupun mereka salah, begini sekalikah anda hendak hina mereka? kalaulah anda berkerajaan nanti, bukan semuanya sempurna. sekarang memanglah nampak anda semua cantik, sebab tak banyak pun yg anda punyai. yg salah, yg jelak, yg jelik, semuanya pemerintah skrg..tentulah,kerana mereka yg bertanggungjawab.anda tak ambil apa2 tanggungjawab.

    ah,bosan!

Leave a Reply






Galeri Flickr

Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 

Dokumentari Perbicaraan 1998

Video Manifesto KeADILan

Sila klik sini untuk versi Bahasa Inggeris, Cina dan Tamil

Pakatan Rakyat to Putrajaya

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

January 2008
M T W T F S S
« Dec   Feb »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031