Archive for January 13th, 2008

13 January 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

Saya memuji keberanian Loh Mui Fah di atas keputusannya untuk tampil ke hadapan dan mengesahkan identitinya sebagai individu kedua di dalam video VK Lingam. Kesanggupannya berbuat demikian di dalam suasana keselamatan yang tidak terjamin memerlukan keberanian.

Justeru, pengesahan beliau menutup sebarang keraguan terhadap kesahihan video ini, dan membolehkan Suruhanjaya DiRaja memberi tumpuan kepada isu-isu pokok yang ditimbulkan di dalam video tersebut.

Saya akan menghadiri persidangan Suruhanjaya DiRaja esok, Isnin 14 Januari pada 10 pagi. Saya telah melantik pasukan peguam yang akan menarik perhatian terhadap beberapa isu kritikal di hadapan Suruhanjaya tersebut termasuk persoalan keanggotaan Suruhanjaya.

ANWAR IBRAHIM

*

I commend the bravery of Mr. Loh Mui Fah for coming forward and confirming his identity as the other person in the VK Lingam tape. Doing so in an atmosphere of uncertain security required great courage.

In light of Mr. Loh’s confirmation, all doubts as to the authenticity of the video should be dispelled, enabling the Royal Commission to focus on the disturbing issues raised in the video itself.

I will attend the hearing of the Royal Commission tomorrow, Monday the 14th of January at 10am. I have appointed counsel who will raise a number of critical issues before the Commission including the question of the composition of the Commission.

ANWAR IBRAHIM

13 January 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

daripada anak muar, kampung batu pahat:

kalau saya ada di Malaysia sekarang, pasti saya tidak akan lepaskan peluang berjumpa DSAI.. saya kagum dengan semangat DSAI. masih ingat lagi saya sewaktu menghadiri temuduga disebuah pusat pengajian tinggi, panel bertanya saya, siapa tokoh politik Malaysia yang saya kagumi. tanpa takut atau gentar, saya menjawab nama DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM. terus tercengang panel tu, then dia bertanya saya lagi, bukankan DSAI berada di penjara dan dituduh dengan rasuah (pada ketika itu DSAI masih dipenjara), itu pun awak masih kagumi? hujah saya satu sahaja.. saya ingin contohi semangatnya dan keberaniannya.. lantas panel hanya mengangguk sahaja. hehehe alhamdulillah saya berjaya dalam temuduga tu.

saya dan Azizah tersenyum membaca catatan pengalaman ‘anak muar kampung batu pahat’. AlhamduliLlah sdr berjaya. ramai juga yang kecundang kerana bercakap benar.. :) terus saja berjuang demi kebenaran.

daripada NewRule eelHumm:

Salam ‘alaik ya dato’ seri…
Salam Hijratunnabi 1429H….
Nak mencadangkan kepada biro multimedia n penerangan PKR agar dapat mengoptimumkan penguasaan wadah maya diinternet bagi menghalang n menangkis dakyah2 pihak Laknat UMNO/BN..Penerbitan pengakuan FITNAH/BERBAYAR oleh beruk2 umno ttg hubungn Homo n seksual DSAI sedang hangat disebarkan di lamn YouTube…mmg tersangat bodoh semua2 video2 yang ditayangkan..akan tetapi akan sedikit sebanyak akn menggoyahkan prinsip pada jiwa mereka yang menonton clips videos tersebut…terutamanya mereka yang still baru nak berjinak2 dgn parti PKR…Dakyah cube dilakukan oleh UMNO/BN yang haramnya sama dgn haramnya Zina & Khinzir itu…PKR prlu amik tindakan segera menangkis dakyah…myb boleh hack jer YouTube Jap then..bersihkan ia dari anasir JIJIK UMNO/BN…then buke semula…
Thanx…Membangun Bersama Islam…Reformasi…Islamisasi seiiring Inteligenisasi…

newrule eelhum merasa sedikit gundah kerana pemfitnah Umno, BN dan BTN meningkatkan serangan terhadap saya. Jangan gusar kerana sudah 10 tahun mereka usahakan dengan biaya tauke judi. kita tumpu dengan agenda membangun umat dan negara. Usah dilayan propaganda picisan.

ANWAR IBRAHIM

13 January 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

Kapalai memberi respon:

Khutbah Jumaat tadi menyentuh tentang demontrasi jalanan yg dikatakan khatib sebagai pengkhianat pemimpin dan raja kerana mewujudkan huru-hara, nampaknya Umno-BN Melaka dah gunakan semua jentera termasuk JAIM untuk menakut-nakutkan orang Islam khusunya di Melaka.. lakukan sesuatu khususnya BA di Melaka!

Manakala khatib membisu dengan perjudian dan rasuah, memilih untuk menjadi perkakas perasuah menyerang pembangkang, tidak menyeru yang makruf dan melarang kemunakaran; maka iannya bukan khutbah jumaat tetapi celoteh khadam pemimpin Umno!

Sdr Kapalai boleh membantu menjelaskan kepada rakyat.Pergiatkan edaran maklumat ke semua peringkat.

ANWAR IBRAHIM