Sdr Din Merican kini dilantik sebagai Pengarah Operasi Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat. Satelah memerhatikan penglibatan beliau dengan program saya dan parti beberapa bulan lalu, saya mengusulkan agar beliau diberikan mandat mengendali operasi parti terutama yang melibatkan program dan menyelaraskan program pilihanraya.
Pastinya beliau turut bertanggungjawab kepada Presiden, Setiausaha Agung, Pengarah Pilihanraya dan Majlis Pimpinan Tertinggi. Tetapi saya bangga kerana komitmen beliau dan kepercayaan yang diberikan oleh Biro Politik semalam.
Kami mengalu-alukan sukarelawan lainnya untuk membantu di Ibu Pejabat, Jawatankuasa dan Biro.
ANWAR IBRAHIM
















