Archive for January 8th, 2008

8 January 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

Kelihatan sambutan menggalakkan buat Din Merican. Alhamdulillah,
Eddieputra bersedia membantu sebagai sukarelawan. Sila hubungi Din segera. Kita perlu lebih banyak tenaga!

Sdr Dermaputra ada menanyakan mengenai penubuhan Parti Mahasiswa Negara. Sdr Dermaputra diminta menghubungi teman-teman PMN. Kita harus segera berbicara. Tenaga perlu disatukan, berjuang dlm gerakan padu – bunyan marsus!

ANWAR IBRAHIM

8 January 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

Sdr Din Merican kini dilantik sebagai Pengarah Operasi Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat. Satelah memerhatikan penglibatan beliau dengan program saya dan parti beberapa bulan lalu, saya mengusulkan agar beliau diberikan mandat mengendali operasi parti terutama yang melibatkan program dan menyelaraskan program pilihanraya.

Pastinya beliau turut bertanggungjawab kepada Presiden, Setiausaha Agung, Pengarah Pilihanraya dan Majlis Pimpinan Tertinggi. Tetapi saya bangga kerana komitmen beliau dan kepercayaan yang diberikan oleh Biro Politik semalam.

Kami mengalu-alukan sukarelawan lainnya untuk membantu di Ibu Pejabat, Jawatankuasa dan Biro.

ANWAR IBRAHIM